Faisal Tehrani's Blog, page 9
February 23, 2011
Siapa Tergamak Berimamkan Gaddafi?

* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.
Published on February 23, 2011 15:02
February 22, 2011
Saya Terpaksa Mengaku, Rakyat Iran Pula Bangkit

Bagi menjawab laporan media Barat tersebut, dan kegirangan mak cik Clinton bahawa 'revolusi Mesir sudah merebak ke Iran', 20 juta rakyat Iran muncul di jalan-jalan raya seluruh kota di Iran (bukan Tehran sahaja) untuk membantah tindakan khianat segelintir sekularis dan penghasut di Iran yang mahu menjual agama dan negara kepada Amerika Syarikat.
































Kononnya demonstran di atas telah diupah untuk turun ke jalan raya.
Agak-agaknya seorang dapat berapa toman?
* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.
Published on February 22, 2011 22:22
Siapa di Belakang Raja Bahrain?

Nancy Khedouri, ahli parlimen Yahudi Bahrain menjelaskan, "We are all numbed, saddened and shocked by what has happened. Yes, it's very upsetting, but we all have faith that this is just a temporary cloud that will float away." (lihat sini)
Selain daripada Nancy, Yahudi yang juga berpengaruh dan menjadi orang kepercayaan oleh Raja Bahrain ialah Duta Bahrain ke Washington, iaitu Houda Ezra Nonoo (lihat sini).
Selain mendapat dukungan bersepadu Yahudi, Raja Bahrain turut menikmati ikrar taat setia daripada Arab Saudi (lihat sini dan sini). Pakatan longgar Yahudi-Wahabi untuk mengekalkan kekuasaan di rantau Teluk bakal beakhir. Satu demi satu pemimpin dunia Arab yang Yahudi di belakangnya akan dikejar.
Kelmarin rakyat Bahrain, tidak kira Sunni dan Syiah bangkit terus dari tidur untuk menuntut hak mereka. Yang cacat, yang kecil, yang perempuan, yang tua, yang muda, yang lelaki sudah bingkas semuanya.











* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.
Published on February 22, 2011 15:22
Gaddafi Bom Rakyat Libya






Dalam pada itu, Libya mempunyai kepentingan sendiri buat seluruh dunia Islam khusus Timur Tengah. Jika Gaddafi disingkirkan dalam revolusi berdarah ini maka ada kemungkinan Imam Musa Sadr, ulama Syiah yang sangat berpengaruh akan menjelma kembali dari ghaibnya. Jika itu berlaku, politik Timur Tengah akan mengalami tsunami skala besar. Ini kerana Imam Musa Sadr bukan sahaja dihormati dalam kalangan penganut Syiah tetapi juga oleh umat Islam bermazhab ahlus sunnah wal jamaah.


Kedudukan Imam Musa Sadr sebagai ulama adalah sangat besar, dan ada laporan mengatakan beliau masih hidup dan dipindahkan ke suatu tempat rahsia dalam keadaan kekecohan di Libya sekarang ini.
* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.
Published on February 22, 2011 08:51
Siapa Boleh Bunuh Muammar Gaddafi: Tanya Qaradhawi

Akan tetapi kenapa sekarang baru dikeluarkan 'fatwa' seperti ini?
Mungkin Sheikh Yusuf Qaradhawi 'berbulu' mendengar komen Gaddafi di tv nasional Libya (sambil berpayung) yang berbunyi: "Aku mahu menunjukkan yang aku masih di Tripoli dan bukannya di Venezuela. Jangan percaya saluran tv asing kepunyaan anjing-anjing itu. Aku mahu mengatakan sesuatu kepada muda-mudi di Dataran Hijau (di Tripoli) dan berjaga malam bersama mereka, tetapi nampaknya hari sudah hujan. Syukur Alhamdulillah ia adalah hujan rahmat."
Gaddafi menanti masa untuk dijatuhkan dan kita percaya dia akan berkongsi nasib melarat seperti Ben Ali dan Hosni Mubarak. Tetapi mungkinkah pemerintah Arab Saudi yang merupakan 'Khadam Dua Tanah Suci' akan terus melindungi penjenayah seperti si gila ini?

Dia ini adalah duta Bahrain ke Amerika Syarikat. Nonoo adalah seorang Yahudi (lihat Jerusalem Post sini). Sejak bila pula Bahrain ada Yahudi dan berapakah jumlah Yahudi di Bahrain (baca di situ). Nampaknya si wahabi Bahrain, Raja Hamad Khalifa sangat mempercayai Nonoo. Kalau Nonoo kata bunuh maka bunuhlah sang raja.
* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.
Published on February 22, 2011 00:46
February 21, 2011
Bagaimana Islam Tiba di Nusantara?

Syarifah segera menangkas, "Orang Jawa panggil dia Raden Paku, atau nama betulnya Muhammad Ainul Yakin. Sunan Giri bagi aku adalah Wali Songo yang terhebat. Sunan Giri terlibat dengan Islam siyasi, Islam tarbawi dan Islam tsaqafi. Pondok atau pesantren beliau Giri Kedaton sangat berpengaruh sehingga menjadi penasihat dan menteri pertahanan Kesultanan Demak. Hal ini tercatat dalam Babad Demak. Bukan itu sahaja Sunan Giri juga diterima sebagai mufti, untuk seluruh Tanah Jawa kala itu. Anak murid Sunan Giri berdakwah pula di Sulawesi Selatan, namanya Datuk Ribandang. Beliau dinamakan Sultan Abdul Fakih dan juga merupakan seorang seniman yang luar biasa. Bahkan ada permainan kanak-kanak seperti jelungan, jamuran, lir-ilir dan cublak suweng disebut sebagai hasil seni Sunan Giri yang diteruskan oleh beliau."
"Kau ni macam ensiklopedialah!" Sofea kagum.
Seru katak kuang menguang kuang kuang meningkah bertingkah, berlapis tindan antara satu sama lain.
"Ada lagi Sofea, Sunan Gunung Jati. Dia ini wali Allah yang aneh, banyak sungguh kisah-kisah ajaib melingkungi beliau. Dalam bidang seni dan budaya Sunan Gunung Jati bukan sahaja berdakwah tetapi menjadi arkitek yang menggamamkan pengikut agama Hindu waktu itu dengan seni bina yang hebat-hebat. Paling unik sekali beliau juga membangunkan infrastruktur berupa jalan-jalan yang menghubungkan antara wilayah untuk memudahkan orang ramai. Hah mana hati orang tak tertawan dengan Islam." Syarifah berbuih mulut menjelaskan.
Mereka menghampiri bangunan asrama perempuan.
"Sunan Kudus atau nama betulnya Jaffar Shadiq itu juga seorang pencipta senibina yang mempesonakan. Kaedah Sunan Kudus mendekati masyarakat setempat yang masih Hindu pada zamannya ialah dengan memanfaatkan lambang-lambang Hindu dan Buddha. Kita mesti ambil gambar dan imej masjid Kudus sebagai footage tambahan doku-drama kita. Kau kena lihat bentuk menara, gerbang dan pancuran juga tempat berwudhu yang melambangkan lapan jalan Buddha."
"Hah?" Sofea beliakkan mata.
"Bukan pluralisme agama tapi kompromi budaya yang tidak bertentangan dengan Islam dilakukan oleh Sunan Kudus." Sangkal Syarifah gesit.
"Aneh." Sahut Sofea sepatah.
"Begini Sofea, pada satu masa Sunan Kudus ingin mengajar tafsir surah al-Baqarah, kau tahu apa yang dia buat? Dia sengaja memancing masyarakat untuk pergi ke masjid dengan menambatkan seekor sapi yang diberi nama Kebo Gumarang di halaman masjid. Orang-orang Hindu yang mengagungkan sapi atau lembu, pun singgah sekejap di luar masjid dan mendengar ceramah agama Sunan Kudus tentang surah Al Baqarah yang bererti sapi betina. Sunan Kudus sangat suka bercerita untuk meraih perhatian madh'unya. Hah tapi kau kena ingat, masa dia bercerita, dia berceritalah tapi bila dia berperang, wow Sunan Kudus menjadi Panglima Perang Kesultanan Demak. Dia ikut berperang di bawah kepemimpinan Sultan Prawata, bertempur menentang Adipati Jipang." Syarifah bersungguh-sungguh menerangkan.
* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.
Published on February 21, 2011 20:12
Mesir, CNN Puji, Bahrain dan Iran, CNN Ada Pendapat Lain

Cuba klik di sini, apa yang anda akan dapati dari laman CNN ialah suatu artikel tulisan Barak Seener, seorang felo di Royal United Services Institute dan Jerusalem Center for Public Affairs (think tank Zionis). Artikel bertarikh 17 Februari 2011 tersebut merujuk Barak Seener sebagai "expert" dan sumber yang berautoriti.
Tulis Seneer, Amerika Syarikat sewajarnya menyokong "clampdown" terhadap penunjuk perasaan di Bahrain.
Catat Yahudi ini lagi: It's so important for the United States to have a friendly regime there, Bahrain has no choice but to clamp down and can't afford to blink."
Lebih 'menyeronokkan' CNN gagal memetik sebarang pandangan kontra. Dalam erti kata lain editor CNN berasa wajar untuk melakukan endorsement terhadap pembunuhan penunjuk perasaan di Bahrain khamis lalu. Menurut sang Yahudi Zionis, perkembangan di Bahrain adalah "very, very dangerous" untuk Amerika Syarikat.

maka kekuasaan kita di dunia akan kekal lebih lama.
Bush dan Raja Bahrain.
Juga yang 'lebih menyeronokkan' ialah Abang Obama dan Mak Cik Clinton tidak menunjukkan sebarang minat dalam membantu kesuburan demokrasi di Bahrain berbanding di Mesir, Tunisia, mahupun Libya. Bukankah Hamad bin Isa Al Khalifa raja Bahrain itu teman mesra Amerika Syarikat? Dan bukankah Hamad bin Isa Al Khalifa itu didokong oleh Arab Saudi yang sanggup melakukan apa sahaja demi menjaga Bahrain dari jatuh ke tangan rakyatnya sendiri? Tentulah 'wahabi akan menolong wahabi' demi memelihara takhta dan hubungan suci dengan Amerika Syarikat (sini).
Dalam pada penunjuk perasaan di Bahrain dibunuh oleh sekutunya, iaitu keluarga diraja al Khalifa, Amerika lebih berasa perlu mengapi-apikan tunjuk perasaan (yang dikhabarkan oleh ramai saksi sebagai 'tidak ada') di Iran (sini). Kalau betullah ada kekacauan di Tehran, masakan elok-elok sahaja speaker Iran bertemu dengan Fernando Cordero, speaker Ecuador (sini) dan Ayatullah Ali Khamenei bermesra-mesra dengan Presiden Turki (sini).

Harapan Amerika Syarikat biarlah pemerintahan Islam di Iran tergolek dan eloklah dinaikkan manusia seperti Mir Houssein Musavi yang didokong oleh Mohsen Namjoo si murtad (sini), untuk itu Jabatan Negara Amerika berlari membina laman twitter dalam bahasa Parsi, mudah-mudahan, tiada lagi penghalang untuk Amerika berkuasa di seluruh pelusuk dunia (sini).

Entah apa ertinya. Mungkin kerana penunjuk perasaan di Bahrain itu terdiri dari orang syiah (juga ada sunni) maka eloklah jangan disokong. Dan penunjuk perasaan di Iran itu terdiri dari penentang wilayatul faqih seperti Faezah Rafsanjani, maka eloklah nekad didokong.
* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.
Published on February 21, 2011 05:47
February 20, 2011
Keuntungan


syahid dibunuh pihak berkuasa Bahrain tersenyum ketika dimandikan.


Jangan perasan kalau kamu menganiaya manusia hari ini lalu kamu angkat sumpah esok hari maka kamu sudah selamat dari sebarang kerugian.
* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.
Published on February 20, 2011 15:01
Negro

Pengarang kedua-dua buah novel tersebut adalah Samuel Langhorne Clemens (30 November 1835 – 21 April 1910). Beliau lebih dikenali sebagai Mark Twain. Pada usianya empat tahun, Twain telah berpindah ke bandar Missouri, sebuah kota pelabuhan di pesisiran sungai Mississippi. Kota inilah yang akan bangkit dalam imaginasi Twain sebagai St. Petersburg dalam The Adventures of Tom Sawyer dan Adventures of Huckleberry Finn. Missouri ketika itu adalah sebuah kota perhambaan dan ia memberi basis yang sangat kuat buat Twain dalam menggarap persoalan perhambaan kulit hitam kelak. Ernest Hemingway, pengarang terkenal Amerika pernah mengatakan, 'Semua karya sastera besar Amerika sebenarnya berasal dari satu hulu, sebuah buku berjudul 'Adventures of Huckleberry Finn'.
Oleh kerana itu tindakan penerbit edisi pelajar buku-buku karya Mark Twain menggantikan kata Negro dengan kata Hamba ternyata menimbulkan bantahan luar biasa dalam kalangan sarjana sastera. Tom Quirk, seorang Profesor Sastera Inggeris di University of Missouri menegaskan 'perubahan' yang dilakukan itu adalah sesuatu yang 'terburu-buru'.
"Kehebohan ini sungguh mengelirukan. Sarjana yang mengkaji karya-karya Mark Twain termasuk dari etnik African-American turut merasakan penggantian perkataan tersebut sesuatu yang teruk, ia adalah saranan yang tidak dapat diterima dan meruntuhkan seluruh kekuatan karya klasik tersebut."
Saranan merubah perkataan Negro kepada Hamba timbul ekoran cadangan Alan Gribben, seorang lagi Profesor Sastera Inggeris di Auburn University, Montgomery. Gribben yang menyiapkan prakata buku-buku tersebut untuk penerbit NewSouth Books di Alabama menyatakan terdapat 219 perkataan Negro dalam "Huck Finn" dan 4 kali perkataan yang sama dalam "Tom Sawyer."
"Adalah sangat memalukan perkataan ini akan menyebabkan pembaca berasa jengkel lantas mengenepikan novel tersebut," ujar Gribben.
Akan tetapi Profesor Quirk membantah idea Gribben dan menghujahkan, mereka yang menyetujui cadangan untuk menggugurkan kata Negro ternyata "kesasar dan keliru." Menurut Quirk, Mark Twain menulis perkataan Negro bukan untuk tujuan menghina. Kata itu timbul untuk menjelaskan keadaan dan realiti pada era perhambaan dan penindasan terhadap bangsa kulit hitam di Amerika Syarikat. Malah perkataan Negro digarap pengarang dengan penuh skil sehingga menimbulkan kesan kepada pembaca bahawa kata Negro adalah bertujuan untuk menjelmakan kesan satirikal. "Kita tahu, Twain menggunakan perkataan itu berkali-kali memang untuk menunjukkan kejengkelannya."
Kedua-dua buah novel remaja yang tersohor tersebut dijangkakan menemui pelajar sekolah Februari ini.
Quirk turut menegaskan, "Kita mesti mengetahui apakah pelajar kita telah bersedia untuk memahami konteks novel tersebut ditulis. Ada buku yang kita tidak beri kepada kanak-kanak untuk dibaca kerana mereka belum dapat memahami konteks. Apabila mereka sudah mencapai satu takah kematangan sehingga dapat mencerna isu-isu yang sofistikated maka mereka dengan sendiri akan membaca buku tersebut lantas memahami ironi dan satira. Dan itulah tujuan kita membaca karya sastera!"
Guru-guru subjek sastera yang bakal menggunakan dua buah novel tersebut sebagai teks sastera di sekolah kelihatan bersetuju dengan Quirk. Rata-rata berpandangan sesuatu perkataan yang telah menempa pengalaman sendiri dalam sejarah haruslah dikekalkan untuk menggambarkan sejarah era tersebut. Pembaca zaman ini tentunya memahami ia adalah satu perkataan nista yang sudah tidak digunakan lagi sekarang. Hari ini, misalnya, perkataan Nazi tidak dibuang dari kamus atau novel Jerman yang dikarang ketika era Perang Dunia Kedua. Ia mengajar pembaca tentang nilai sejarah.
Cadangan penerbit untuk merubah perkataan Negro kepada Hamba menunjukkan kedua-dua teks itu gagal dibaca dan difahami secara keseluruhannya. 'Huck Finn' sebagai misalan adalah sebuah novel kembara. Di awal novel tersebut, kata Negro dipaparkan demi menunjukkan realiti perhambaan di Amerika Syarikat satu masa dahulu. Walaubagaimanapun di hujung teks, watak Huck menerima Jim (yang dirujuk sebagai Negro) sebagai sahabat karib dan seorang manusia yang telah banyak berkorban. Penumpuan dan fokus kepada aspek semantik sambil mengabaikan keseluruhan teks tentu sahaja menerbitkan kekeliruan.
Kedua-dua karya Mark Twain tersebut telah menempa sejarah yang panjang. Ia telah dibaca selama 126 tahun khususnya "The Adventures of Huckleberry Finn". Ada pengkritik sastera yang berpandangan memberi terlalu banyak kuasa sensor kepada penerbit dan penyunting akan menjurus kepada hilangnya sejarah. Kebanyakan sarjana bersetuju Mark Twain menulis kedua-dua buah novel tersebut ketika Amerika mengalami angin perkauman yang kencang. Malah Mark Twain diketahui sebagai pejuang hak asasi manusia yang membela nasib minoriti kulit hitam dan orang Cina yang dianiaya di Amerika ketika itu.
Hari ini, tentunya Amerika Syarikat telah pun memiliki seorang Presiden berkulit hitam maka perkataan Negro tersebut sepatutnya menjadi satu imej lampau yang telah berjaya dipadam oleh realiti semasa. Perkataan Negro dan novel-novel Twain tersebut boleh menjadi satu himbauan sejarah yang bermakna dan renungan mendalam buat masyarakat tentang apa yang telah Amerika Syarikat sebagai sebuah negara lalui.
Sesungguhnya karya sastera tidak boleh dibaca secara terpisah-pisah dan perlu dihadapi dengan pengetahuan disiplin lain. Bahkan sebuah karya sastera yang kompleks perlu didekati dengan turut memahami latar belakang pengarang.
Dewan Sastera Februari 2011.
* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.
Published on February 20, 2011 07:37
February 17, 2011
Kekejaman di Bahrain Harus Dibantah


Manama Bahrain pada khamis lalu.


















Khamis lalu pada 17 Februari, seawal pukul 3 pagi, tentera Bahrain dan Saudi, serta polis anti perusuh menyerang orang awam tanpa senjata sehingga menyaksikan ramai penunjuk perasaan anti regim tumpas syahid.
Adalah dipercayai 20 orang terbunuh, 3 ribu orang cedera. Termasuk 2000 orang remaja, kira-kira 400 orang tua termasuk ulama, 250 wanita, 70 orang kanak-kanak, dengan 300 mangsa mengalami kecederaan parah.
Demi membolehkan pangkalan tentera laut Amerika Syarikat tidak tergugat dan perlumbaan F1 tidak terjejas, Raja Bahrain sanggup membunuh rakyatnya sendiri.
* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.
Published on February 17, 2011 17:53
Faisal Tehrani's Blog
- Faisal Tehrani's profile
- 586 followers
Faisal Tehrani isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.
