Faisal Tehrani's Blog, page 6
March 11, 2011
Bukan 'Si Dia' Sahaja Meminati Fesyen...












Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak
Published on March 11, 2011 06:45
Iran Bantah Logo Olimpik 2012 Seperti Zion

Setiausaha Kehormat Komiti Olimpik Iran menulis surat bantahan kepada Presiden International Olympic Committee, Jacques Rogge. Dalam surat tersebut, Iran menyatakan logo 2012 tampak seperti ejaan "Zion," terma biblical yang mengisyaratkan pemilikan Yahudi terhadap Baitul Maqdis.
Setiausaha Kehormat Komiti Olimpik Iran, Bahram Afsharzadeh mengajak negara Islam yang lain supaya membantah logo rasis tersebut.
'Ada banyak rupa logo yang lain boleh dikemukakan, akan tetapi tulisan yang didakwa 2012 itu yang ditampilkan sedangkan ia seperti ejaan Zion'.
Tidak diketahui negara Islam yang mana memiliki sensitiviti setinggi Iran apabila timbulnya isu Palestina. Mungkin Malaysia agaknya kerana Malaysia adalah sebuah negara Islam ulung. Pembetulan, terulung.
Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak
Published on March 11, 2011 00:25
March 10, 2011
Tom Tom Bak ala Iran
























* Datuk Dr Hassan Din al-Hafiz mengatakan dalam Berita Harian, 2010/12/18, halaman 4: 'anak pengikut syiah boleh dikategorikan sebagai anak zina atau anak tidak sah taraf'. Sehingga hari ini beliau masih belum memohon maaf.
Tontoni kartun Dr Susyi (Dr Sunnah+Syiah) menjawab
pelbagai hujah dan fitnah WAHABI.
Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak
Published on March 10, 2011 15:11
March 9, 2011
Perbahasan Tentang Syiah Dalam Parlimen Malaysia 9 Mac 2011

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir Baharum]: Bismillaahir Rahmaanir Rahiim, assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menjawab pertanyaan ini serentak dengan pertanyaan yang dibuat oleh Yang Berhormat Hulu Terengganu pada 7 April 2011 kerana menyentuh isu yang sama iaitu berkaitan dengan fahaman Syiah. Mohon izin Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Sila Yang Berhormat.
Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir Baharum: Tuan Yang di-Pertua, menyedari hakikat negara Malaysia yang berbilang bangsa dan agama, maka dalam menyusun kerukunan dan menjaga keharmonian serta sensitiviti beragama, kerajaan telah mengambil pendekatan berhemah melalui semangat dan roh Perlembagaan negara yang mana agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan agama-agama lain bebas mengamalkan ajaran mereka.
Namun begitu, bagi memastikan ajaran selain daripada Al-Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan di Malaysia tidak menjejaskan keselamatan negara, pihak kerajaan bertindak membuat pencegahan awal melalui pembendungan penyebaran selain daripada Al-Sunnah Wal Jamaah daripada terus menular dan mempengaruhi umat Islam di negara ini.

(i) menyebarluaskan fatwa-fatwa yang telah dibuat tentang larangan penyebaran Syiah kepada masyarakat;
(ii) sesi penjelasan kepada masyarakat melalui program-program ceramah dan penyebaran maklumat larangan ini menerusi media cetak dan elektronik;
(iii) program pemantauan dan mengawal bahan-bahan media cetak dan elektronik dari tersebarnya fahaman Syiah menerusi mediamedia secara berterusan;
(iv) meningkatkan kerjasama antara agensi-agensi agama dan kementerian-kementerian yang berkaitan dalam menangani dan menyekat fahaman selain Al-Sunnah Wal Jamaah dari tersebar dari masyarakat;
(v) mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit sekiranya didapati melanggar mana-mana peruntukan undangundang yang sedang berkuat kuasa di negeri-negeri yang telah mewartakan kesalahan penyebaran ajaran Syiah.
Terima kasih.

Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya kira penangkapan 200 pengikut Syiah pada Disember 2010 adalah satu usaha yang agak kecil kalau kita bandingkan dengan anggaran pengikut Syiah di dalam negara kita yang dianggarkan 40,000.
Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam 1989 memperuntukkan Syiah sebagai menyeleweng atau menyimpang dari ajaran Al-Sunnah Wal Jamaah. Begitu juga dengan Majlis Fatwa Kebangsaan seperti mana yang telah disebut oleh Yang Berhormat Menteri.
Soalan saya, saya ingin mendapatkan penjelasan kepada kerajaan sama ada Syiah ini adalah satu mazhab dalam Islam atau adakah Syiah ini satu ajaran yang baru.
Kedua, apakah tindakan kerajaan terhadap pemimpin Syiah di dalam negara ini termasuk kumpulan Hauzah Ar-Ridha yang telah beroperasi semenjak dua tahun yang lalu? Mohon jawapan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir Baharum: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Kuala Krau. Berkaitan dengan ajaran sebagaimana yang saya jelaskan awal sebentar tadi, untuk menjaga supaya tidak ada berlakunya sensitiviti agama dan begitu juga berlakunya hal-hal yang menyebabkan pertembungan, ketidaksenangan di antara penganut-penganut dan pengamalpengamal, sebab itu di sana diletakkan beberapa peraturan terutamanya akta-akta kepada negeri-negeri yang telah pun mewartakan kebenaran untuk supaya tidak membenarkan ajaran-ajaran selain daripada pegangan Al-Sunnah Wal Jamaah dalam konteks Malaysia.
Jadi, maka sebab itu rentetan daripada itu, kita tidak mencegah atau pun melarang pengamalan kebebasan agama yang disebut pengamalan masing-masing tetapi ditegah penyebaran daripada ajaran tersebut kepada mereka yang telah pun mempunyai pegangan agama masing-masing khususnya dalam konteks Al-Sunnah Wal Jamaah.
Jadi, sebab itu secara kesimpulan saya dapat sebutkan Yang Berhormat Kuala Krau, bahawa ajaran agama yang diwartakan menyeleweng dan sebagainya ini tidak dibenarkan di sebarkan dalam konteks Malaysia dan sebab itu di negeri Selangor sudah ada tindakan. Walaupun mungkin barangkali dilihat satu usaha yang masih lagi kecil tetapi ianya adalah merupakan salah satu daripada pencegahan yang sudah termaktub dalam akta yang sudah pun diwartakan di negeri Selangor bagi menyekat penyelewengan ajaran Syiah ini. Terima kasih.
Tuan Haji Nasharudin Mat Isa [Bachok]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas penjelasan. Saya rasa itu penjelasan yang agak komprehensif menyentuh tentang penyebaran dan amalan sebab kita harus berhati-hati juga dalam mengambil sebarang tindakan kepada perbezaan mazhab ini kerana tidak semua mazhab Syiah itu sendiri dikategorikan sebagai sesat.

Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir Baharum: Terima kasih kepada Yang Berhormat Bachok yang telah memberikan satu pandangan yang cukup baik berkaitan dengan amalan Syiah. Saya sebutkan awal tadi bahawa larangan yang dibuat melalui pewartaan, warta yang dibuat oleh negeri-negeri. Ada enam buah negeri buat masa sekarang yang kalau dapat saya sebutkan di antara negeri-negeri yang telah mewartakan supaya menjadi rujukan kepada semua iaitu Pulau Pinang, Terengganu, Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan dan Melaka.
Selain daripada itu, belum ada lagi pewartaan dibuat. Maka, sebab itu saya sebutkan tadi bahawa larangan ini kita cukup berhati-hati supaya sebagaimana Yang Berhormat Bachok sebutkan bahawa tidak semua daripada yang kita sebutkan Syiah itu mempunyai pertentangan dengan pegangan mazhab Al-Sunnah Wal Jamaah. Jadi, sebab itu kita tidak menyekat pengamalannya sebagaimana kita sebut dalam termaktub Perlembagaan bahawa mereka bebas mengamalkan ajaran agama tetapi dalam masa yang sama juga mereka ini bebas mengamalkan tetapi tidak dibenarkan menyebarkan ajaran ini kepada orang yang lain.

Saya menyedari amat sebagaimana ingatan Yang Berhormat Bachok tadi bahawa pegangan Syiah ini ia terangkum bukan hanya sekadar dalam lingkungan batasan academician, batasan masyarakat, bahkan dalam lingkungan politik pun termasuk daripada pihak pembangkang dan sebagainya pun kita juga mendengar tetapi kita tidak hanya berpegang kepada hearsay, dengan izin.
Akan tetapi kita mencari bukti-bukti, sebab pengamalan ia tidak menyentuh soal penyebaran. Pengamalan dan penyebaran adalah satu hal yang berbeza. Jadi, memang daripada masa ke semasa kita memantau dan saya amat berterima kasih kepada Yang Berhormat Bachok. Kalau boleh – kalau di bawah agensi saya tadi disebut kata ada yang mengamalkan Syiah, saya memerlukan kepada satu maklumat yang boleh untuk kita melihat sejauh mana kebenaran perkara yang seperti ini. Kita bimbang kalau pertentangan pertembungan akhirnya berlaku secara tidak kita sedari ini, yang merugikan adalah ajaran agama yang kita lihat secara kerukunan kita amalkan dalam konteks Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
* Foto hanya hiasan.
Al Azhar Menegaskan Syiah Imamiyyah, mazhab fikahnya Jafari adalah sebahagian dari Islam:

وصف شيخ الازهر أحمد الطيب الدعوى التي طرحها احد المتشددين السعوديين بأن يسحب الازهر اعترافه بالمذهب الشيعي «الاثني عشري» بانها مرفوضة ولا يمكن لاحد ان يقبلها، مشيرا الى ان موقف الازهر الثابت هو تحقيق الوحدة بين المسلمين.
وافاد موقع شبكة سعوديون الاخبارية ان رجل الدين المتشدد أحمد بن سعد بن حمدان الحمدان الغامدي استاذ الدراسات العليا بقسم العقيدة بجامعة ام القرى كان قد استنكر على علماء الازهر الاعتراف بالمذهب «الاثني عشري» وجعله مذهبا فقهيا كبقية مذاهب الامة.
وقال أحمد الطيب في تصريحات خاصة لـجريدة «الوطن» الكويتية، ان السنة والشيعة هما جناحا الامة الاسلامية، وانه عبر أربعة عشر قرنا هي عمر الاسلام لم يحدث ان اقتتل السنة والشيعة، لافتا الى ان ما يحدث بينهما الآن هو محاولة للنيل من المسلمين عبر سلاح التقاتل المذهبي.
واكد شيخ الازهر، ان التقريب بين المذاهب الاسلامية احد اهم اهتمامات الازهر الشريف خلال الفترة المقبلة مشيرا الى ان الاختلاف بين السنة والشيعة في الفروع فقط وليس في الاسس والثوابت التي يقوم عليها الدين.
وقال احمد الطيب: ان الازهر لا يفرق بين سني وشيعي طالما ان الجميع يقر بالشهادتين فذلك يأتي ضمن منهج الازهر الشريف في نشر مفاهيم الاعتدال الفكري والعقائدي.
ورحب شيخ الازهر بالطلاب الشيعة من ايران ومن انحاء العالم المختلفة للدراسة في الازهر منوها الى وجود توافق مع عدد كبير من العلماء الشيعة داخل ايران فيما يخص مسألة عدم التبشير للمذهب الشيعي في اوساط السنة او العكس.
واكد الطيب ان الازهر يسير ويتمسك بدعوة التقريب بين السنة والشيعة التي قادها شيخ الازهر الراحل محمود شلتوت مع المرجع الشيعي تقي الدين القمي عندما اسسا دار التقريب بين المذاهب الاسلامية.
من جهته، قال المستشار الدمرداش العقالي ان زعم الغامدي بان الازهر عندما اجاز فقه الامامية قد ادخل مصدرا للتشريع غير الكتاب والسنة، اما دعوى جاهل او متجاهل لأن الائمة (الشيعة) لا يقولون من عندهم شيئا انما هم مؤتمنون على ما ترك رسول الله.
واضاف العقالي، حسب جريدة «الوطن»: ان الذي يعترض على التقريب بين السنة والشيعة لا يمكن الحوار معه لانه لا يعترف بالآخر.
واكد الدمرداش العقالي ان الشيعة لا يحتاجون الى اعتراف احد بهم، موضحا بان العقائد همزات قلوب ونفحات عقول ولا تحتاج الى صكوك رسمية من هنا او هناك.
واشار الدمرداش العقالي الى ان الازهر اعترف مذعنا بالمذهب الامامي لانه اخذ بفتاوى شيعية حلت بعض مشاكل المصريين التي لا يمكن ان تحل في المذهب السني.
واوضح ان الازهر وافق على اعتبار الطلاق لا يقع الا بشاهدين «وهو ضد المذاهب السنية الاربعة ولا يقول به الا الامامية».
كما وافق الازهرعلى اعتبار المفقود الذي لا يعثر على جثته ولا يعلم حاله من الممكن اعتباره ميتا ولو بعد ساعة، بعد واقعة غرق السفنية «سالم اكسبرس» وهو حكم لا يقول به الا الشيعة الامامية، في حين تتفق المذاهب الفقهية السنية الاربعة على وجوب مرور فترات زمنية تتراوح من 15 الى 60 سنة قبل الحكم على شخص ما بانه مفقود.
وقال الدمرداش العقالي ان الازهر عام 1946 أخذ وقنن قانون «الوصية الواجبة» التي تتيح لابن الابن الذي توفي ابوه في حياة جده اخذ حصة من الميراث، مشيرا الى ان كل المذاهب السنية ترفض الافتاء بهذه الوصية انطلاقا من ان آيات المواريث نسخت الوصية التي كانت في البداية، في حين لا يفتي بالوصية الا المذهب الامامي، «وهو ما يعني اعتراف الازهر عمليا بالمذهب الامامي، واحتياجه فقهيا الى الحلول التي يطرحها».
واقترح الدمرداش العقالي ان يتم جمع الاحاديث واقوال الائمة عند السنة والشيعة وتعرض على القرآن الكريم، «فما وافق القرآن منها نأخذ به جميعا وما تعارض وما خالف كتاب الله نتنحى عنه ايضا».
Sumber di sini.
Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak
Published on March 09, 2011 22:48
Kilang Arak Besar dan Lain-Lain Besar

Pada 28 Januari lalu Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah menerima kunjungan hormat Duta Besar Republik Islam Iran ke Malaysia, Dr Mohamad Mehdi Zahedi di pejabatnya (lihat sini). Orang Iran lihat di Selangor ada kuil besar, ada kilang arak besar, ada gereja besar, ada macam-macam yang besar. Mungkin Duta Besar Iran terkejut besar apabila orang Syiah tempatan yang semazhab dengannya, saat mengadakan tahlil untuk cucu Nabi Muhammad saw, mereka diserbu dilutu difitnah oleh JAIS (Disember lepas) lalu ditohmah secara besar-besaran oleh media tempatan. Duta Besar kemudian lebih terperanjat besar saat dimaklumkan ketua JAIS itu sudah dinaikkan pangkat untuk menjaga pasir.

'Fitnah besar' yang dilakukan pada malam 9 Muharram itu bagaimanapun dinafikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menyebut 'fahaman itu tidak menimbulkan ancaman membimbangkan' (klik sini). Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengatakan, "Kita tidak melarang pengikut ajaran ini untuk terus beramal". Pemimpin minoriti Syiah yang tahu makna besar antara kenyataan dan tindakan pun menjawab kepada agensi berita asing, "Walaupun kami tidak menonjolkan diri dan hidup harmonis dengan kelompok Sunni serta non-Muslim dengan menjalankan ibadah di lingkup komuniti kami sendiri, kami terus dianiaya oleh pemerintah selama beberapa dekad". Kenapa beliau menjawab di media asing? Kerana menurut laporan agensi berita Iran ini, (klik) akhbar tempatan seperti Sinar Harian edisi Utara 'digertak' supaya tidak membuat liputan tentang Syiah.
Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak
Published on March 09, 2011 15:12
Penganut Syiah Kekal Pesimistik

Media Indonesia turut melaporkan kenyataan ustaz Kamil tersebut:
Kuala Lumpur (ANTARA) - Pemerintah Malaysia, Rabu, mengumumkan bahwa kelompok Islam Syiah, yang disebut sebagai sekte "sesat", dilarang menyebarkan ajarannya, namun diberikan kebebasan untuk menjalankan keyakinannya itu.
Sekitar 200 orang pemeluk ajaran Syiah ditangkap pada Desember lalu oleh otoritas keagamaan atas tuduhan bahwa mereka mengancam keamanan nasional di Malaysia yang multikultural, tempat 16,5 juta pemeluk Islam beraliran Sunni.

mereka diganggu dan ditohmah dengan dahsyatnya.
"Kami tidak melarang pemeluk ajaran Syiah untuk melakukan peribadatan, namun ada hukum yang tidak membolehkan mereka berdakwah terhadap jemaah Sunni," kata Menteri Urusan Agama Islam Jamir Khir Baharom kepada parlemen, seperti dikutip media pemerintah.
Jamil Khir mengatakan pemerintah telah melakukan berbagai upaya guna menghentikan penyebaran ajaran tersebut di Malaysia, termasuk mengeluarkan sejumlah fatwa yang mengharamkan aliran itu dan memantau serta mengendalikan materi yang menyebarkan ajaran Syiah.
Mohammed Khusrin Munawi, mantan kepala departemen agama di negara bagian Selangor, mengatakan bahwa Islam Syiah adalah ancaman karena pengikut fanatiknya menganggap pemeluk Islam lainnya sebagai kafir.

"Walaupun kami tidak menonjolkan diri dan hidup harmonis dengan kelompok Sunni serta non-Muslim dengan menjalankan ibadah di lingkup komunitas kami sendiri, kami terus dianiaya oleh pemerintah selama beberapa dekade," katanya kepada AFP.
"Dalam kenyataannya, kami bukanlah kelompok yang menyebarkan ajaran kami. Dengan menangkap serta menjadikan hal itu sebagai masalah, otoritas keagamaan negara justru memberikan publikasi serta menyebarkan ajaran kami dengan sendirinya," katanya.
Perpecahaan antara Sunni dan Syiah terjadi karena sengketa terkait pergantian kepemimpinan setelah wafatnya Nabi Muhammad SAW pada tahun 632.
Diperkirakan 40.000 warga Syiah di Malaysia merupakan salah satu dari berbagai sekte Islam yang berada di bawah pengawasan ketat pemerintah, sebagai tindakan keras atas kelompok yang dipandang menyimpang.
Hukum Islam 1989 dan fatwa 1996 oleh sekelompok imam Islam terkemuka menyebutkan pelarangan terhadap ajaran Syiah, yang mengatakan ajaran itu sebagai ideologi menyimpang.
Malaysia memiliki dualisme sistem hukum, dengan pengadilan sipil yang berjalan secara paralel dengan pengadilan syariat Islam yang mengadili warga Malaysia atas tuduhan moral dan keagamaan.
(SYS/KR-PPT/M016)
Editor: Suryanto
Sumber di sini.
Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.
Published on March 09, 2011 06:30
Dewan Rakyat: Pengikut Syiah Dilarang Sebar Ajaran Kepada Pengikut Ahli Sunnah Wal-Jamaah

Beliau berkata mereka dibenarkan berbuat demikian selaras dengan peruntukan dalam Perlembagaan Negara yang memberi kebebasan hak beragama kepada rakyat negara ini.
"Kita tidak melarang pengikut ajaran ini untuk terus beramal, tetapi terdapat akta-akta yang telah diperuntukkan dalam undang-undang syariah di negeri-negeri yang tidak membenarkan ajaran ini disebarkan kepada penganut ahli Sunnah wal-Jamaah yang sedia ada," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) pada persidangan Dewan Rakyat di sini pada Rabu.
Ismail mahu tahu sama ada Syiah merupakan satu ajaran baru atau mazhab baru dan tindakan yang dikenakan terhadap pengikut Syiah.


Menjawab soalan asal Ismail, Jamil Khir berkata pelbagai usaha dilakukan kerajaan dalam membanteras fahaman Syiah daripada terus menular.
Ini termasuk menyebarluaskan fatwa-fatwa yang telah dibuat tentang larangan penyebaran fahaman tersebut, sesi penerangan kepada masyarakat menerusi ceramah dan media massa, pemantauan dan mengawal bahan-bahan media yang cenderung dalam menyebarkan fahaman Syiah.
Selain itu, kerjasama antara agensi-agensi agama turut ditingkatkan dan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang melanggar peruntukan negeri-negeri yang mewartakan kesalahan penyebaran ajaran Syiah.
-- Sumber BERNAMA di sini.
Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak
Published on March 09, 2011 01:13
March 8, 2011
Keanggunan Pramugari Iran Air





Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak
Published on March 08, 2011 00:24
March 7, 2011
Nak Harapkan Siapa Selepas Ini?











Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak
Published on March 07, 2011 15:20
March 6, 2011
Mungkinkah FLOM Tertarik?





















Pesta Seni Niavaran muncul lagi di Tehran. Kali ini menampilkan 500 pereka fesyen yang hadir dengan bermacam-macam desain. Pesta tersebut dirasmikan oleh Menteri Kebudayaan Iran, Mohammad Hosseini. Menurut Isa Keshavarz, penganjur pesta tersebut, 50 desain yang menampilkan fesyen untuk majlis makan malam, fesyen ke pejabat dan fesyen untuk aktiviti luar ditampilkan buat pertama kalinya. Lebih menarik desain yang ada didasari dari jatidiri pelbagai etnik di Iran termasuk kelompok minoriti. Mungkin FLOM kita wajar menghadirinya untuk mendapat lebih banyak idea dalam menganjurkan Pesta Fesyen Islam yang beliau naungi. Menurut pengamatan saya pada foto di atas, meski penganut Syiah ini sesat, tiada gaun yang tertera sebarang kalimah Allah.
Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.
Published on March 06, 2011 22:18
Faisal Tehrani's Blog
- Faisal Tehrani's profile
- 586 followers
Faisal Tehrani isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.
