Faisal Tehrani's Blog, page 7

March 6, 2011

Mesej Bahrain Untuk Anda










Adakah Kita Faham?
Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 06, 2011 06:31

March 4, 2011

Peugeot Ahmadinejad Sudah Terjual

Masih ingat berita Presiden Iran, Dr Ahmadinejad yang berhasrat melelong kereta antiknya untuk memenuhi tabung perumahan rakyat termiskin di Republik Islam Iran (klik sini)? Setelah memenangi pilihanraya Presiden penggal pertama dalam tahun 2005, beliau diminta mengisytiharkan asetnya. Apa yang beliau miliki ialah sebuah rumah berusia 40 tahun dengan keluasan 175 meter persegi di Selatan Tehran, dua akaun bank dan sebuah Peugeot tahun 1977. Peugeot 504 yang pernah dipandunya ketika menjawat gelar Datuk Bandar Tehran itu sudah pun ada pembelinya.

Harganya $2.5 juta.

Ia terjual dalam satu lelongan awam yang turut disertai oleh pembida dari lapan buah negara. Khabarnya motokar putih itu sejak awal lagi sudah dibida dengan harga 1 juta oleh seorang pembeli rahsia dari negara Arab.

Dr Ahmadinejad di luar rumahnya.
Peugeot 34 tahun tersebut dilelong dalam satu pameran kereta klasik di Arvand Free Trade Zone wilayah Khuzestan.

Inilah namanya pemimpin yang merakyat.

(Sumber di sini)



Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 04, 2011 16:54

March 3, 2011

Perempuan Nan Iran

Siswi.

Sunti.

Seorang ibu.

Personaliti TV.

Pemuzik.

Berkayak.

Komando.

Juru merawat.

Para militari.

Polis.

Bomba.

Model catwalk.

Doktor.

Pemain catur.

Pemain softball.

Pemanah.

Pekerja kontrak.

Ahli Parlimen.
Mengapa perempuan-perempuan ini ditampilkan di sini?

Kerana saya dapati berdasarkan kajian capaian entri blog ini, ramai pengunjung (saya percaya lelaki) tercari-carikan mereka.


* Pembaca sekalian dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Boleh puaskan hati dengan menekan punat seberapa banyak jika mahu.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 03, 2011 23:58

Majlis Pengkebumian Ahmadinejad








30 Mei 2006, pada usia 82 tahun Haji Ahmad Ahmadinejad, bapa kepada Presiden Mahmoud Ahmadinejad meninggal dunia dan dikebumikan. Di negeri manakah Presidennya menggali sendiri dan masuk ke dalam liang lahad menyambut jenazah bapa tersayang untuk disemadikan?


* Pembaca sekalian dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Boleh puaskan hati dengan menekan punat seberapa banyak jika mahu.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 03, 2011 07:48

March 2, 2011

Malu Menjadi Sunni, Malu Juga Menjadi Syiah

Ada sesuatu yang saya tidak mengerti, masyarakat Syiah baik-baik sahaja meski mereka dituduh berhasrat untuk menumpahkan darah penganut mazhab lain. Lihat sahaja sepanduk yang dibawa oleh penunjuk perasaan Syiah di Bahrain. Seruannya adalah perpaduan. 1Bahrain.

Di bahagian dunia yang lain, tahu-tahulah kan, ada sepanduk melulu diangkat dengan seruan: Sunni atau Mati. Penunjuk perasaan anti Syiah di Bangil, Indonesia pada tahun 2007 mengeluarkan ancaman bunuh terhadap pengikut Syiah jikalau tidak bertukar kepada mazhab Sunni. Mereka juga membuat tuduhan 'anak zina' (sini). Di Malaysia, tidak ada satu tindakan disiplin (undang-undang apatah lagi!) pun diambil sehingga hari ini terhadap penfitnah-penfitnah ini. Itu saya yang tidak faham, seorang pengetua sekolah yang dikatakan menghina kaum India segera dikecam sebagai rasis. Bagaimana ada orang boleh memejam mata jika ada pegawai kerajaan menghina dan menfitnah lebih 40 ribu minoriti di Malaysia dan hampir 400 juta umat Islam Syiah di dunia. 1Malaysia.

Saya kira, kerana kejadian itu, saya malu menjadi Sunni kerana tidak lalu bersekongkol dengan kegilaan segelintir mereka. Saya juga malu mengaku Syiah kerana tidak mampu menjadi setabah mereka.

Saya seorang Muslim. Dan kedua-duanya (Sunni dan Syiah adalah milik saya).


* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 02, 2011 15:05

Adakah Syiah Memukul Badan Sampai Berdarah Ketika Maulidur Rasul?

Sumber berita di abna.ir (KLIK SINI, abna adalah agensi berita Iran untuk masyarakat Syiah seluruh dunia)

Pada 27 Februari lalu, majlis Maulidur Rasul disambut oleh masyarakat Syiah di Malaysia. Berdasarkan berita dari sumber di atas, rupa-rupanya terdapat juga majlis gilang gemilang pernikahan sepasang pengantin daripada mazhab Syiah dan Ahlusunnah. Juga terdapat masyarakat dari bangsa India dan Tionghua yang hadir untuk mengetahui lebih lanjut tentang penindasan terhadap Syiah di Malaysia.

Seorang ulama senior dari Iran juga hadir memberi pesan kepada minoriti Syiah tentang pentingnya perpaduan umat Islam dan penyertaan dalam program-program keagamaan demi melangsungkan dakwah ahlul bait yang suci. Beliau menyatakan rasa kagum atas ketabahan pengikut mazhab Syiah Imamiyah tatkala menghadapi berbagai situasi kesulitan sambil mengingatkan mereka supaya terus bersabar.

Ulama tersebut ialah Ayatullah Jaafar Hadi turut menemui Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika berada di Malaysia (klik sini).

Ada banyak gambar lagi, klik pada sumber dan baca sendirilah. Dari berita tesebut nampaknya ada jamuan makanan yang lazat dan kelihatan meriah sekali.

Walaupun tampak gembira di majlis kelahiran Rasulullah saw, sepanjang Mac ini mereka akan berdepan dengan pencabulan hak yang amat malang, lebih 100 orang masyarakat Syiah akan dibicarakan di bawah kesalahan menganuti fahaman Syiah Imammiyah atau lebih dikenali sebagai mazhab ahlul bait. Disember lalu ketika mengadakan tahlil arwah untuk cucunda Rasulullah saw, Saidina Husin, hak-hak masyarakat Syiah telah dinoda. Media turut melakukan fitnah. Kejadian memalukan tersebut menyebabkan hubungan Malaysia dan Iran berada dalam keadaan kurang selesa (klik sini). Ia juga bertentangan dengan konsep 1Malaysia (laporan media asing, klik sini dan sini).

Kesalahan menganut satu mazhab yang berbeza adalah dipercayai yang pertama berlaku di dunia Islam.


* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 02, 2011 03:22

March 1, 2011

Tidak Berbuat Maksiat Ketika Melakukan 'Revolusi'

Awal revolusi yang berkat ialah tidak berbuat maksiat ketika melakukan revolusi itu. Tidak seperti 'revolusi di Mesir', wanita dan lelaki di Bahrain berarak di lorong yang berbeza. Tidak senggol-senggolan sampai terlanggar 'barang' yang tidak patut. Iyalah, kebangkitan di Bahrain dipelopori ulama; jadi terkawal. Risau juga, nak cegah mungkar besar pemerintah tetapi terbuat mungkar yang lain ketika berdemonstrasi itu.

Saya memang suka melihat foto-foto penunjuk perasaan di Bahrain.
Mereka bersemangat sekali. Aman dan tidak kecoh-kecoh.

Lihat wajah-wajah wanita Bahrain ini. Foto adalah rakaman tunjuk perasaan semalam menuju ke Bulatan Mutiara. Sudah lebih seminggu rakyat Bahrain bangun membantah dan menolak regim Khalifa yang menindas mereka.

















Kebanyakan wanita di atas adalah Syiah,
ada juga yang Sunni. Bagus betul perpaduan mereka begini.


* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 01, 2011 16:00

Sesuatu Yang Tidak Dapat Diteladani Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan






Di Iran juga ada sebuah akademi seni seumpama Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Bezanya akademi seni di Iran tidak menganjurkan hal-hal tidak berfaedah dan membawa kepada kemaksiatan. Sebagai contoh, Fakulti Seni Permaidani di Akademi Seni Islam Tabriz, Iran telah menganjurkan sebuah seni transendental yang ulung dan tiada taranya. Usaha pelajar dan tenaga pengajar di akademi seni tersebut ialah untuk menghidupkan warisan kebangsaan Iran iaitu permaidani yang disulamkan ayat-ayat suci al Quran. Permaidani 76 halaman sebelah menyebelah itu ditenun sebanyak 30 juzuk.

* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 01, 2011 03:04

February 28, 2011

Penganut Ibadi Pun Bangkit

Sudah ada yang terkorban dalam kebangkitan rakyat di Oman (sini). Oman sangat menarik untuk diperhatikan kerana ia merupakan sebuah negara dengan mazhab rasminya adalah Ibadi.

Nah, untuk tuan-tuan yang sudah terkejut kerana ada 40 ribu orang Melayu menganut faham Syiah di Malaysia; saya kira tuan-tuan akan lebih terkejut bila mengetahui ada 1.2 juta penganut mazhab Ibadi yang merupakan tunjang kelompok Khawarij dalam sejarah Islam. Oman lah tempat mereka berbiak sehingga hari ini (sini). Dalam banyak-banyak mazhab dalam Islam, Ibadilah yang paling kontroversial. Ibadi ini tuan-tuan, ia bukan Sunni, ia juga bukan Syiah. Tetapi tetap dianggap Muslim hari ini menurut Deklarasi Amman (sini).

Memang kebangkitan rakyat Oman tidak datang bumbunya dari mazhab Ibadi itu sendiri, mungkin menjangkit dari keadaan di Tunisia, Mesir, Libya, Yaman dan lain-lain. Saya menggunakan perkataan mungkin kerana belum periksa sungguh-sungguh.

Ada yang bertanya ada apa pula dengan mazhab Ibadi? Hah kerana itulah kita tidak boleh duduk di dalam zon selesa dengan mempusakai apa sahaja yang ada dari generasi lalu tanpa belajar dan menyelidikinya.




Foto-foto di atas ialah istana miliknya raja Oman, sultan Qaboos yang menetap di Muscat. Ibadi di Oman didokongi oleh dua puak. Yang pertama, Hinawi (orang asal Yaman, Qahtani, dan Arab dari selatan) dan kedua Ghafiri (asal Qaysi, Nizari, dan Arab dari utara).
Raja Oman tidak mempunyai keturunan.


* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 28, 2011 17:37

Mengapa RTM Menayangkan Filem The Hard Corps?


Pada 19 Februari lalu, pukul 11 malam, TV2 di bawah Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan sebuah filem berjudul The Hard Corps (klik sini).

Apakah masalah dengan filem ini? Ia menggambarkan orang Islam sebagai teroris. Dan Zionis/Baratsebagai 'mangsa' yang perlu dikasihani dan diselamatkan (sini).

Filem kelas B tahun 2006 tersebut memang mengenengahkan plot yang memualkan. Malah demi menjadikan propaganda melagakan krisis mazhab Hollywood ini berjaya, adegan 'teroris' Muslim tersebut ditampilkan dengan poster Imam Khomeini di belakang sebagai latar.


* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 28, 2011 02:41

Faisal Tehrani's Blog

Faisal Tehrani
Faisal Tehrani isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Faisal Tehrani's blog with rss.