Adakah Syiah Memukul Badan Sampai Berdarah Ketika Maulidur Rasul?

Sumber berita di abna.ir (KLIK SINI, abna adalah agensi berita Iran untuk masyarakat Syiah seluruh dunia)

Pada 27 Februari lalu, majlis Maulidur Rasul disambut oleh masyarakat Syiah di Malaysia. Berdasarkan berita dari sumber di atas, rupa-rupanya terdapat juga majlis gilang gemilang pernikahan sepasang pengantin daripada mazhab Syiah dan Ahlusunnah. Juga terdapat masyarakat dari bangsa India dan Tionghua yang hadir untuk mengetahui lebih lanjut tentang penindasan terhadap Syiah di Malaysia.

Seorang ulama senior dari Iran juga hadir memberi pesan kepada minoriti Syiah tentang pentingnya perpaduan umat Islam dan penyertaan dalam program-program keagamaan demi melangsungkan dakwah ahlul bait yang suci. Beliau menyatakan rasa kagum atas ketabahan pengikut mazhab Syiah Imamiyah tatkala menghadapi berbagai situasi kesulitan sambil mengingatkan mereka supaya terus bersabar.

Ulama tersebut ialah Ayatullah Jaafar Hadi turut menemui Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika berada di Malaysia (klik sini).

Ada banyak gambar lagi, klik pada sumber dan baca sendirilah. Dari berita tesebut nampaknya ada jamuan makanan yang lazat dan kelihatan meriah sekali.

Walaupun tampak gembira di majlis kelahiran Rasulullah saw, sepanjang Mac ini mereka akan berdepan dengan pencabulan hak yang amat malang, lebih 100 orang masyarakat Syiah akan dibicarakan di bawah kesalahan menganuti fahaman Syiah Imammiyah atau lebih dikenali sebagai mazhab ahlul bait. Disember lalu ketika mengadakan tahlil arwah untuk cucunda Rasulullah saw, Saidina Husin, hak-hak masyarakat Syiah telah dinoda. Media turut melakukan fitnah. Kejadian memalukan tersebut menyebabkan hubungan Malaysia dan Iran berada dalam keadaan kurang selesa (klik sini). Ia juga bertentangan dengan konsep 1Malaysia (laporan media asing, klik sini dan sini).

Kesalahan menganut satu mazhab yang berbeza adalah dipercayai yang pertama berlaku di dunia Islam.


* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 02, 2011 03:22
No comments have been added yet.


Faisal Tehrani's Blog

Faisal Tehrani
Faisal Tehrani isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Faisal Tehrani's blog with rss.