Faisal Tehrani's Blog, page 3

March 26, 2011

Bahrain: Sunni Menyamar Syiah

Siapakah sebenarnya pengganas di Bahrain?

Demonstran yang tidak bersenjata dibunuh.


MESTI TONTON: Dan ini kes sunni menyamar menjadi syiah untuk mengganasi sunni supaya dapat dijadikan hujah bahawa kebangkitan rakyat di Bahrain adalah kebangkitan atas nama mazhab. Satu lagi projek untuk menipu dunia. Ada terompah yang tertipu. Ada terompah yang memang buat-buat tak tahu kerana laba dunia. Video di atas memaparkan sekumpulan tentera elit menyamar menjadi penunjuk perasaan syiah sambil membawa senjata. Tetapi bukan semua orang dapat ditipu di muka bumi, ada yang berjaya merakam perbuatan jahat ini. Maka mereka dijejaki lalu didapati samseng ini adalah sebenarnya tentera elit yang menyamar sebagai syiah. Bila rahsia terdedah, para pelajar ini segera diburu dan ditembak.
Kebangkitan di Bahrain bukanlah kebangkitan mazhab. "Mereka tidak boleh lagi memainkan perbezaan sektarian untuk mengekalkan rakyat supaya terus berpecah bagi mengekalkan regim mereka yang tidak sah. Puak Sunni dan Shiah ialah satu iaitu Muslim dan bersama menuntut penamatan kuasa diktator dan penguasaan secara keturunan untuk kebebasan, demokrasi dan keadilan," SM Idris (klik sini).
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 26, 2011 06:56

March 25, 2011

Ana Tak Tahu! Ana Tak Tahu!

KUALA LUMPUR, 25 Mac: Sebuah NGO hari ini menyarankan Raja Abdullah Saudi Arabia dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) mengeluarkan tentera mereka daripada Bahrain.

"Tiada sebarang sebab untuk mereka berada di sana," kata S.M Mohamed Idris, Pengerusi Citizens International dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini.







Jenazah Hani Abdul Aziz,
menurut Qaradhawi 'ana tak tahu, ana tak tahu' (sini).

Campurtangan pihak luar tidak perlu, kata Idris kerana Bahrain sekarang tiada mengalami sebarang kecaman luar, hanya beberapa protes dalaman oleh rakyat yang inginkan reformasi politik untuk menamatkan kerajaan kuno yang berdasarkan penguasaan keturunan.

Idris turut menyelar tindakan Raja Bahrain, Hamad bin Eisa Al Khalifa yang menggunakan kekerasan dan kekejaman sehingga ramai pendemo aman demokrasi terbunuh dan cedera.

"Beliau sepatutnya menggunakan dialog dengan pemimpin-pemimpin gerakan demokrasi untuk mewujudkan satu demokrasi berperlembagaan di Bahrain yang menjamin hak yang saksama untuk semua rakyat," tambah Idris.

Idris turut menyifatkan kenyataan Raja Hamad yang mengaitkan demo aman menuntut demokrasi dengan satu plot peringkat antarabangsa sebagai tidak berasas apabila beliau sendiri memberikan lampu hijau kepada tentera Saudi untuk campur tangan.

"Kenyataannya langsung tidak berasas, dan ia sebenarnya ditujukan terhadap Iran untuk mengalihkan perhatian sedangkan masalah sebenar wujudnya protes ialah rasuah, kurangnya demokrasi dan pencabulan hak asasi manusia yang serius oleh regim beliau," selar Idris.

Idris turut menambah bahawa Raja Hamad tidak boleh lagi meneruskan pembohongan kepada rakyat Arab dengan menuding jari kepada Iran untuk kebangkitan rakyat di sekitar dunia Arab untuk kebebasan dan demokrasi.

"Mereka tidak boleh lagi memainkan perbezaan sektarian untuk mengekalkan rakyat supaya terus berpecah bagi mengekalkan regim mereka yang tidak sah. Puak Sunni dan Shiah ialah satu iaitu Muslim dan bersama menuntut penamatan kuasa diktator dan penguasaan secara keturunan untuk kebebasan, demokrasi dan keadilan," kata Idris.

Dengan mengambil contoh kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia, Idris memberikan amaran bahawa kebangkitan rakyat terhadap diktator-diktator Arab serta raja-raja mengikut keturunan yang lain yang tidak mengendahkan suara rakyat akan menyebabkan mereka ini dihancurkan sebagai sampah sejarah.

"Kita menyeru rakyat Malaysia dan semua yang lain menghargai kebebasan dan demokrasi, di mana mereka berada untuk menyokong perjuangan rakyat Bahrain, Saudi Arabia dan negara Arab yang lain untuk kebebasan, demokrasi dan keadilan," seru Idris.-HD
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 25, 2011 07:09

Dah Macam Israel!


Kelmarin di daerah Malkiya, Bahrain beberapa ratus remaja dan kanak-kanak keluar membantah kekejaman pemerintah Bahrain, Hamad Khalifa. Dalam satu pertemuan dengan utusan khas kerajaan Saudi, Putera Bandar Sultan Abdulaziz Al-Saud, PM kita berkata: "Kami menyokong penuh semua keputusan yang diambil oleh GCC yang bertujuan menjaga kestabilan dan keselamatan di rantau itu bagi memastikan keamanan dan keharmonian rakyat mereka. Malaysia mengutuk sebarang kumpulan berkaitan pengganas yang merosakkan kestabilan dan keselamatan negara."

Selain pengganas dengan belon di atas, marilah kita lihat wajah-wajah pengganas yang dimaksudkan di bawah:















Soalannya sekarang; ganas tak?
Takkan budak-budak pun hendak ditembak dan disembur gas pemedih mata?
Memang macam Zionis.

Mangsa kekejaman pemerintah Bahrain.

Badan hak asasi manusia yang independen iaitu Amnesty International melaporkan apa yang berlaku di Bahrain ialah pencabulan hak asasi manusia yang serius.

Amnesty International today revealed evidence of the Bahraini security forces' systematic use of excessive force in cracking down against protesters, as fresh violence left as many as eight people dead.

In a new report released today, Bloodied but Unbowed: Unwarranted State Violence against Bahraini Protesters, the organization documents how security forces used live ammunition and extreme force against protesters in February without warning and impeded and assaulted medical staff trying to help the wounded.

The report, which is based on first hand testimonies given to an Amnesty International team in Bahrain, comes as the country is gripped by further violence, after Saudi Arabian and UAE forces entered the small Gulf state three days ago and Bahrain's King declared a national state of emergency.

Baca lanjut di sini
Laporan Amnesty International itu selaras dengan laporan Ben Farmer, wartawan The Telegraph yang melaporkan tentera masuk menyerbu dewan pembedahan di Hospital Salmaniya lalu menahan petugas hospital serta mencegah mereka dari melakukan rawatan:

Surgeons in operating theatres were stopped mid procedure and ordered to take off their masks. Once inside the soldiers took charge of wards and searched and questioned staff, though did not use their weapons. Cameras were confiscated and locked doors were knocked in. (Lihat sini)



Kediaman Hisham al Sabbaq, tokoh pembangkang, digelidah tentera.

Kenyataan akhbar Navi Pillay, UN High Commissioner for Human Rights turut mengecam pembunuhan dan kekejaman terhadap penunjuk perasaan di Bahrain: "My office has been receiving desperate calls and emails from numerous individuals in Bahrain, terrified about the armed forces' intentions. There are reports of arbitrary arrests, killings, beatings of protesters and of medical personnel, and of the takeover of hospitals and medical centres by various security forces. These reportedly include Bahraini police, defence forces and troops from the Gulf Cooperation Council's Peninsula Shield Force. This is shocking and illegal conduct. Police and armed forces must immediately leave health-care facilities and cease their harassment and intimidation of health professionals." (Sumber di sini)

Dan, setelah semua laporan bebas itu menjelma, Yusuf Qaradhawi masih mengatakan 'I don't have the enough information on what is happening' (sini).
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 25, 2011 02:26

March 24, 2011

Memang Dasar Israel!

Dalam keadaan kita sibuk-sibuk di Libya, Yaman dan Bahrain; Zionis sedang mengambil kesempatan membunuh saudara-saudara kita di Gaza. Kelmarin 10 rakyat Palestin, termasuk empat kanak-kanak terkorban. Adham Abu Selmiya, petugas kecemasan Gaza melaporkan jet Israel telah, "opened fire on young people who were playing football in Shejaiya on the eastern outskirts of Gaza City (klik sini)










 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 24, 2011 23:59

Elizabeth Taylor di Iran 1976


Pada tahun 1976, mendiang Elizabeth Taylor (27 Februari 1932 – 23 Mac 2011) melawat Iran, 3 tahun sebelum jatuhnya Shah. Ini foto beliau di Isfahan dan makam Shah Chirag.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 24, 2011 18:16

Alhamdulillah, Ikhwanul Muslimin Tampar Qaradhawi

Laman web rasmi Ikhwanul Muslimin, termasuk dalam bahasa Inggeris, klik sini, mengeluarkan satu kenyataan Dr. Salah Ali (salah seorang pemimpin Ikhwanul Muslimin) yang menyokong tuntutan rakyat Bahrain terhadap pemerintah di sana.

Bukan itu sahaja Ikhwanul Muslimin menyatakan isu mazhab akan membolehkan campur tangan kuasa asing di sesebuah negara Islam: "would ignite strife, threaten national unity, and provide a pretext for foreign interventions." (lihat sini). Minggu lalu Bahrain diceroboh oleh kuasa asing yang bertujuan untuk menghancurkan kebangkitan rakyat.

Tidak cukup dengan satu tamparan buat Qaradhawi, Ikhwanul Muslimin sebenarnya telah menolak 'kejumudan atas nama mazhab' awal-awal lagi. Hal ini sejajar dengan tindakan cabang Ikhwanul Muslimin di Bahrain. Ketuanya, Abdel Latif Mahmood, menyatakan perpaduan dan persamaan tindakan dengan masyarakat Syiah Bahrain dalam usaha menjatuhkan pemerintahan regim Khalifa (lihat sini). 10 Mac lalu sunni dan syiah Bahrain membentuk pakatan yang dinamakan National Unity Gathering iaitu sebelum masuknya tentera Saudi menceroboh Bahrain.

Selepas keganasan berlaku di Manama, khususnya di Bulatan Lu'lu, Qaradhawi telah mengeluarkan kenyataan seolah-olah beliau jahil apa yang berlaku: "There is no people's revolution in Bahrain but a sectarian one. what is happening is not like what has happened in Egypt, Tunisia and Libya, but it is the empowerment of some factions via foreign forces on others; thereby it does not include the demands of all of the Bahraini people (sumber di sini). Qaradhawi juga (mungkin) memuaskan hati zionis dengan menganggap apa yang berlaku di Bahrain sebagai 'kemazhaban' atau satu kebangkitan mazhab. Beliau turut berpura-pura tidak tahu apa yang berlaku dengan menyatakan - "For this reason I did not address the Bahraini revolution, because I could not find myself free, and I don't have the enough information on what is happening." (lihat sini). Kenyataan Qaradhawi ini aneh kerana pembunuhan ke atas rakyat Bahrain berlaku terang-terangan.

Qaradhawi di usia mudanya pernah terlibat dengan Ikhwanul Muslimin, bagaimanapun di usia hujung 80an kenyataan-kenyataan beliau dilihat bercanggah dengan aspirasi Islam sebenar setelah menetap di Qatar dalam keadaan empuk. Beliau pernah menerima anugerah dan penghargaan dari kerajaan Saudi dan Malaysia. Hal tersebut (mungkin) menjelaskan mengapa beliau bersikap sedemikian. Selain itu, anak lelaki Qaradhawi, Abdurrahman Yusuf al-Qaradawi, seorang penyair terkenal adalah seorang syiah (sini).

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 24, 2011 04:56

March 23, 2011

Adakah Kelibat Penunjuk Perasaan Bahrain Ini Seperti Teroris?

Malam tadi penunjuk perasaan di Sitrah, Bahrain keluar ke jalan raya untuk mengenang terkorbannya seorang penunjuk perasaan bernama Issa Abdali Rabih. Tengok wajah dan kelibat mereka elok-elok. Saya berpandangan pemimpin negara kita melakukan kesilapan apabila mengatakan penunjuk perasaan ini adalah pengganas ketika bertemu dengan utusan khas kerajaan Saudi, Putera Bandar Sultan Abdulaziz Al-Saud, kata PM: "Kami menyokong penuh semua keputusan yang diambil oleh GCC yang bertujuan menjaga kestabilan dan keselamatan di rantau itu bagi memastikan keamanan dan keharmonian rakyat mereka. Malaysia mengutuk sebarang kumpulan berkaitan pengganas yang merosakkan kestabilan dan keselamatan negara."

























Tidaklah menuduh tetapi kenyataan PM tersebut dibuat setelah PetroSaudi menyalurkan keuntungan tunai tambahan sebanyak US$8.15 juta kepada 1Malaysia Develoment Berhad (1MDB). Kasihanilah orang yang tertindas, tidak kira kita berbeza mazhab atau agama sekalipun. Inilah washatiyyah yang sebenar-benar.

Datuk Seri yang budiman, isu ini lebih besar dari kebangkitan rakyat atau mazhab. Bahrain is one of the few Arab nations that gives entry to Israeli citizens. Pada tahun 2008, rajanya telah mempelawa yahudi 'pulang' ke Bahrain. Seorang aktivis yahudi, Natan Aloof, memberi respon atas pelawaan itu: "This king loves Jews; therefore, he asked the Jews living in Bahrain to request Jews living in Israel to return. There are two reasons for it, one is lip service or to emphasize his love to the Jews there," Lihat: http://www.israelnationalnews.com/New.... Houda Ezra Nonoo duta Bahrain ke Washington D.C juga adalah seorang Yahudi.

Saya berpendapat pandangan pemimpin Turki, Erdogan, lebih matang dan berkecuali. "Our stance is clear. We do not support oil wells; we support people, we support nations, we support democracy, we support peace, we support brotherhood. We scream out loud that a brother should not kill his brother."

Berhati-hatilah melangkah meletakkan Malaysia di peta dunia.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 23, 2011 15:58

Aklas Miah



Namanya 'Aklas Miah'. Saya difahamkan beliau seorang sunni (mazhabnya tidak penting sebenarnya akan tetapi oleh kerana ada dakwaan apa yang berlaku di Bahrain adalah sesuatu yang kemazhaban maka saya nyatakan juga di sini dengan rasa berat). Berasal dari Sylhet Gulap Gong, Bangladesh. Beliau tiba di Bahrain untuk bekerja sejak 31 tahun lalu. Usianya 50 tahun. Punya tiga orang anak perempuan. Yang paling tua berusia 14 tahun. Yang bongsu berusia 4 tahun.

'Aklas Miah' ikut sama menyatakan perasaannya pada 14 Mac lalu. Menurut beliau, hak manusia harus dibela dan ikut sama diperjuangkan.

Dan pada 14 Mac itu juga, beliau rebah tidak jauh dari Ahmed al-Farhan setelah diserang hendap penembak tepat. Beliau tidak sempat dibawa ke hospital di Sitrah kerana pasukan perubatan Bahrain dihalang dari mendekati dan mengambil mereka yang cedera.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 23, 2011 07:09

March 22, 2011

Dukung Saudi, PM Malaysia Sebut Pendemo Bahrain Teroris

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan bahwa Malaysia mendukung tindakan Arab Saudi dan negara-negara anggota Dewan Kerjasama Teluk Persia (GCC) yang diistilahkan sebagai upaya untuk menciptakan perdamaian, rekonsiliasi dan stabilitas jangka panjang di Bahrain.

Kantor Berita Bernama melaporkan, PM Tun Razak mengungkapkan pernyataan setelah melakukan pertemuan dengan Sekjen Dewan Keamanan Nasional Arab Saudi, Pangeran Abdulaziz Al-Saud, sebagai utusan khusus untuk menyampaikan sejumlah pesan dari Raja Abdullah.

"Kami mendukung penuh segala keputusan yang diambil sekutu kami di GCC untuk menjaga kestabilan dan keamanan di wilayah teluk sehingga tercipta harmoni dan kedamaian bagi seluruh warga," ungkap PM Tun Razak.

Ditambahkan, "Malaysia menolak segala tindakan yang dilakukan kelompok teroris yang mengacaukan stabilitas dan keamanan negara (Bahrain)."

Sementara itu, Turki mengecam intervensi Arab Saudi dan rezim-rezim Arab lainnya. PM Turki, Recep Tayyip Erdogan belum lama ini mengatakan, ""Pihak kami sangatlah jelas bahwa kami bukan berpihak pada sumur-sumur minyak. Kami berpihak pada rakyat, demokrasi, perdamaian dan persaudaraan." Ia menambahkan, " Kami tidak akan terjebak dalam kubangan para pedagang senjata. Kami meneriakkan; Wahai saudara janganlah bunuh saudara lain!!!"

"Apa yang terjadi di Bahrain adalah tragedi Karbala, " tegas Erdogan yang mengecam keras intervensi Arab Saudi dan rezim-rezim Arab lainya atas Bahrain.

Kemarin (22/3), Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran atau Rahbar, Ayatollah Al-Udzam Sayid Ali Khamenei menyatakan bahwa intervensi militer Arab Saudi terhadap Bahrain adalah langkah keliru. Dikatakannya, "Langkah ini menyebabkan Arab Saudi dibenci masyarakat dunia."

"Jika AS dibenci masyarakat di kawasan, maka itu tidaklah terlalu penting karena jarak AS yang sangat jauh dengan kawasan. Akan tetapi jika Arab Saudi dibenci di masyarakat kawasan, maka itu adalah kerugian yang besar. Untuk itu, Arab Saudi telah melakukan kesalahan dan negara manapun yang melakukan langkah ini juga akan dihadapkan pada kekeliruan yang sama, " tegas Rahbar. (IRIB/Bernama/AR)

Sumber di sini.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 22, 2011 23:30

Kembar 5













Ibu dan bapa kembar lima ini berasal dari kawasan pergunungan wilayah Damavand berdekatan Tehran, Iran.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 22, 2011 15:58

Faisal Tehrani's Blog

Faisal Tehrani
Faisal Tehrani isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Faisal Tehrani's blog with rss.