18SX: Dialog Pengantin Sunni & Syiah

Kalau personaliti TV, Azwan Ali pasti akan meloncat: 'Tak sayang molooot...'
Bekas Penasihat Agama Istana Negara, Datuk Dr Hassan Din al-Hafiz mengatakan dalam Berita Harian, 2010/12/18, halaman 4:
"Lebih membimbangkan adalah perkahwinan di antara umat Islam yang berpegang kepada ajaran ahli Sunnah Wal Jamaah dan pengikut Syiah yang boleh mengakibatkan perkahwinan tidak sah dan anak yang lahir daripada perkahwinan terbabit boleh dikategorikan sebagai anak zina atau anak tidak sah taraf."
Nah, marilah kita berdrama sekejap. Bayangkan pengantin sunni dan syiah di malam pertama. Katakanlah suaminya sunni sementara isterinya syiah.
Senario 1:
"Ayang, abang nak."
"Abang nak apa?" Merengek manja.
"Nak tut*tut*tut*tut."
"Eii, cubit nanti."
"Bolehlah."
"Boleh. Tapi ayang ada satu pengakuan nak buat malam ini."
Pengantin lelaki berdebar. Adakah isterinya bukan dara seperti yang diimpikan?

Pengantin lelaki lega, "Syiah pun syiah lah ayang. Janji abang dapat."
"Eiiiiii tak boleh bang, Hasan Din kata nanti kita dapat anak zina."
Pengantin lelaki pun dengan baran menghamun si penuduh, ".....hah di Taman Koperasi Polis II tu...(well, you fill in the blank)..."
Senario 2:
"Awak, abang nak."
"Abang nak apa?" Merengek manja.
"Nak emmm*emmm*emmm*emmm."
"Eii, saya gigit nanti."
"Eh gigitlah. Abang rela awak."
"Boleh. Tapi saya ada satu pertanyaan nak diajukan malam ini, harap abang boleh terima."
Pengantin lelaki berdebar. Adakah isterinya sedang uzur?
"Adakah abang seorang syiah? Saya tengok ibu bapa abang, mereka solat tak dekap tangan."
Pengantin lelaki lega, "Abang syiah keturunanlah awak. Ibu bapa abangkan mamak dari Pakistan, sejak dari zaman Moghul lagi keturunan kami dah syiah. Tak boleh nak ubah."
Pengantin perempuan lega, "Syiah pun syiah lah abang. Abang handsome macam Amir Khan, macam Saif Ali Khan. Cepatlah abang..."
"Eh kejap awak. Tak bolehlah kan awak, kan ulama awak yang terkenal bernama Ustaz Hasan Din al Hafiz kata nanti kita dapat anak zina."
Pengantin perempuan pun dengan angin menghamput si penuduh, "...hah di Taman Koperasi Polis II tu...(well, you fill in the blank)..."

Senario 3:
"Habibi, ana nak enti."
"Nak apa Mahmud?" Merengek manja.
"Nak ahhh*ahhh*ahhh*ahhh*."
"Eii, ana tampar nanti."
"Eh tamparlah habibi. Ana pasrah."
"Boleh. Tapi ana ada satu ikrar nak dilakukan malam ini, harap enta boleh terima."
Pengantin lelaki berdebar.
"Habibi, ana seorang syiah lah. Ramai lagi keturunan Arab di sini syiah lah habibi. Abi wa ummi asal Lubnan. Sejak zaman Fatimiyah lagi kami sudah syiah. Tak boleh nak ubah."
Pengantin lelaki bernama Mahmud lega, "Aiwah. Enti syiah. Ana sunni. Enti muda. Ana tua. Kita bersatu di ranjang. Biarlah orang nak kata apa pun."
Pengantin perempuan mengingatkan, "Eh enta jangan main-main. Enta tak boleh pegang ana kerana Bekas Penasihat Agama Istana Negara, Datuk Dr Haji Hassan Din al-Hafiz fatwakan nanti kita dapat anak zina."
Pengantin lelaki bernama Mahmud pun dengan marah mencaci sang penuduh, "...hah di Taman Koperasi Polis II tu...(well, you fill in the blank)..."
Tuan-tuan, apakah HUKUM QAZAF?
Apabila seseorang melakukan qazaf atau tuduhan zina tanpa mempunyai bukti yang sah, maka dia akan dikenakan hukuman qazaf iaitu sebat sebanyak 80 kali dan jika hamba sebanyak 40 kali. Hukuman ini jelas telah disebutkan oleh Allah Taala di dalam al-Quran:
"Dan orang-orang yang menuduh muhsanat (perempuan-perempuan yang saleh) berzina, tanpa empat orang saksi, maka jilidlah mereka lapan puluh kali. (Kemudian) tidak diterima kesaksian mereka selama-lamanya, mereka itulah orang-orang fasik. Kecuali mereka yang bertaubat sesudah itu dan mereka memperbaiki diri dan amal mereka, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
Apakah LAFAZ QAZAF?
Terdapat tiga bentuk lafaz qazaf, iaitu:
i. Lafaz sarih, iaitu lafaz yang secara jelas membawa maksud zina, seperti: "Wahai, penzina." atau "Aku telah melihat engkau berzina."
ii. Lafaz kinayah, seperti: "Wahai fasik! Engkau tidak pernah menolak setiap tangan yang menyentuhmu."
Jika ucapan seperti di atas itu didakwa bukan bermaksud menuduh zina, maka dakwaan tersebut boleh diterima dengan sumpah.
iii. Lafaz ta'ridh, iaitu berbentuk sidirian seperti: "Aku ini bukan penzina, dan orangtuaku juga bukan penzina."
Apakah SYARAT-SYARAT QAZAF?

1. Penuduh telah baligh
2. Penuduh berakal
3. Penuduh bukan ibubapa orang yang tertuduh
4. Tertuduh seorang muslim
5. Tertuduh telah baligh
6. Tertuduh berakal
7. Tertuduh merdeka
8. Tertuduh afifah, iaitu orang yang terpelihara kehormatannya serta menjauhi diri dari kemungkaran.
Bagaimana GUGUR HUKUM QAZAF?
Hukum qazaf akan gugur dari penuduh zina apabila terdapat salah satu dari perkara-perkara di bawah ini, iaitu:
1. Penuduh dapat membuktikan kebenaran tuduhannya dengan empat orang saksi. Jika kurang, maka penuduh akan dikenakan hukum qazaf.
2. Tertuduh memaafkan penuduh, kerana hukuman qazaf adalah hak tertuduh.
3. Penuduh melakukan li'an sebagai ganti dari empat orang saksi dengan rukun-rukun dan syarat-syarat tertentu.
Sila ulang baca, 'Tertuduh memaafkan penuduh, kerana hukuman qazaf adalah hak tertuduh.'
Katakanlah kita tolak 200-500 juta penganut syiah di seluruh dunia dengan hanya menyorot 20 ribu orang (ada laporan kata 20 ribu, ada 40 ribu, ada 300 ribu) syiah di Malaysia ini; adakah 20 ribu tertuduh akan memaafkan penuduh?
Tuan-tuan apakah pengajaran dari drama di atas?
Sayangilah mulut.
*Tahukah anda ada sejumlah kecil etnik Melayu yang memang bermazhab Syiah turun-temurun? Klik sini.
** Anda dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Pengantin sunni dan pengantin syiah turut dipersilakan mengundi, boleh tekan punat seberapa banyak jika mahu.
Published on December 28, 2010 07:05
No comments have been added yet.
Faisal Tehrani's Blog
- Faisal Tehrani's profile
- 586 followers
Faisal Tehrani isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.
