Mawar Safei's Blog, page 123
January 3, 2016
AM memulakan sesi sekolah kebangsaan darjah empat kali in...

AM memulakan sesi sekolah kebangsaan darjah empat kali ini pada sebelah pagi. Sementara sekolah agamanya selepas itu. Tahun yang saya tunggu-tunggu untuk bertegas dalam perihal solat. Mummy akan rotan kalau tidak solat. Bapak juga akan pastikan AM berjemaah di surau untuk solat fajr. Atau adakah 5.30 terlalu awal untuk anak sepuluh tahun? Sedang AM akan hanya mula membersihkan diri hampir setengah jam kemudiannya setelah mummy jadi tarzan? Aduhai seksanya mengejut anak bujang bangun pagi untuk ke surau; dan benar, ia bukan hanya bertujuan bangun awal untuk ke sekolah. Ya Allah, mudahkan urusan AM menjadi anak soleh.
Published on January 03, 2016 12:59
December 31, 2015
Memulakan tahun 2016 dengan kuliah tadabbur merujuk surah...

Memulakan tahun 2016 dengan kuliah tadabbur merujuk surah Humazah. Surah Pengumpat. Ya Allah, sejak awal Allah berkata, "Celaka" kepada si pengumpat dan pencela, yang mengumpul harta dan menghitungnya dan menyangka ia boleh kekal bersamanya. Allah, ya Allah. Setiap hari saya mengumpat dan mencela. Di jalanraya. Di tempat kerja. Di rumah. Ya Allah. Bukankah nanti akan menjulang api yang disediakan Allah di Hutamah, sampai ke hati saat saya diikat pada tiang-tiang yang panjang. Allah. Ampuni saya.
Published on December 31, 2015 13:46
December 30, 2015
Tiga novel pilihan saya, S.P.I.D.E.R (Teori Sang Labah-la...

Tiga novel pilihan saya, S.P.I.D.E.R (Teori Sang Labah-labah) oleh Nazri Hussein, Trivia oleh Ruhaini Matdarin dan Sarjana Bangsa oleh (Hasanuddin Md Isa) sebagai novel terbaik 2015. Ia mungkin sahaja tidak mewakili sepenuhnya kerana kesempatan saya membaca sekian banyak novel yang diterbitkan. Sayang sekali tiada gambar novel-novel tersebut dalam rencana yang disiarkan. Begitu juga wajah para pengarangnya. Saya jadi malu apabila foto si tukang pilih novel yang menjadi tumpuan di tengah halaman, dengan wajah sihatnya. Aduhai.
Published on December 30, 2015 19:19
December 29, 2015
Sudah hampir tidak ada makna tahun baru. Tahun demi tahun...

Published on December 29, 2015 12:44
Mai Izyani, penulis buku ASAH merupakan mahasiswa tahun a...

Mai Izyani, penulis buku ASAH merupakan mahasiswa tahun akhir kami. Buku yang mencantum kolaj kreativitinya dalam pelbagai genre. Menarik untuk diteliti kerja seni anak muda kontemporari. Apa yang mereka mahu dan bagaimana mereka menyuarakannya. Syabas Mai.
Published on December 29, 2015 04:28
December 23, 2015
Kerusi ZaharZahar menyudahkan bacaan al Qur'annya lagi. K...

Zahar menyudahkan bacaan al Qur'annya lagi. Khatam lagi. Saya sering iri dengan jadual bacaannya usai solat fajr atau usai solat lainnya. Selalu tempat bacaannya di kerusi merah menghimpit jendela. Saya perhatikan Zahar seperti bertafakkur sebelum atau sebaik selesai membaca beberapa halaman. Zahar akan berdiam lama dengan memejamkan mata. Saya pasti selepas itu Zahar mahu sekali bertadabbur, berfikir dalam apa yang dibacanya. Kemudian Zahar akan bertazakkur, mengambil tamsilan dari ayat-ayat itu. Zahar nantinya akan bertaa’kul, menjadikan al Qur'an sebagai sumber ilham fikiran. Dalam perihal kerjanya juga Zahar nanti akan bertaa’alum, menggali sumber ilmu dari al Qur'an sebagai panduan. Saya sebenarnya mengingat apa yang pernah dikuliahkan. Sempena mengenang kelahiran Rasulullah hari ini, detik yang istimewa Zahar memulakan bacaan al Baqarahnya kembali.
Published on December 23, 2015 15:54
December 19, 2015
Kumpulan cerpen terbaru yang sebenarnya sudah agak berumu...

Kumpulan cerpen terbaru yang sebenarnya sudah agak berumur....
Terima kasih Puan Marwati dan Puan Zaiton Abu Samah, editor yang gigih.
Published on December 19, 2015 14:30
December 12, 2015
Antara tikungan Sudahkah Sdr berjumpa dengan guru? D...

Published on December 12, 2015 23:14
December 10, 2015
Saat saya masih berpaling:Ya Tuhan kami, janganlah Engkau...

Saat saya masih berpaling:Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya.
Published on December 10, 2015 13:21
December 9, 2015
Saat saya berpaling lagi:Ya Tuhan kami, janganlah Engkau ...

Saat saya berpaling lagi:Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami....
Published on December 09, 2015 13:00
Mawar Safei's Blog
- Mawar Safei's profile
- 15 followers
Mawar Safei isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.
