Mawar Safei's Blog, page 121
March 1, 2016
Saya menemukan kata-kata yang sangat mengilhamkan ini, an...

Saya menemukan kata-kata yang sangat mengilhamkan ini, antaranya berbunyi: bukan namanya sabar dan ikhlas, jika masih ada batas dan sakit hati. Allah. Malunya saya, kononnya mahu selalu sabar dan mahu sering berikhlas hati. Ini dua ujian yang saya sering dapat gred gagal!
Published on March 01, 2016 15:55
February 23, 2016
Rupanya untuk sekian lama masa, saya sangat banyak berhar...

Rupanya untuk sekian lama masa, saya sangat banyak berharap pada manusia. Berhentilah mengharap, nasihat seorang sahabat yang mukhlis. Saya terpempan. Lamanya saya terikat dengan moment. Tidak kira ia membahagiakan atau membuat saya sebak berjam-jam. Bukankah ia akan berlalu dan berubah lagi. Begitu juga dengan manusia. Mereka datang dan pergi. Maka, ya, berhentilah mengharap wahai diri...
Published on February 23, 2016 16:00
February 21, 2016
Bermula semester baru lagi. Saya akan bertemu mahasiswa d...

Bermula semester baru lagi. Saya akan bertemu mahasiswa di bilik kuliah dan tutorial. Mudah-mudahan ini semester yang lebih baik daripada yang lepas. Mudah-mudahan Allah redha dengan apa yang diperbuat. Insya-Allah.
Published on February 21, 2016 16:04
February 17, 2016
Saat memanggil namamusepertinya sepi itu maknanya sendiri...

Saat memanggil namamusepertinya sepi itu maknanya sendirisepertinya ia hanya wangi musim semi.Hanya pada satu nama Dia menunggu diseru-seruhanya Dia yang menyahut sebelum disebutAllah, ya Allah!
Published on February 17, 2016 17:36
February 15, 2016
Sejak AM bersekolah, setiap awal tahun ada sahaja sesuatu...

Sejak AM bersekolah, setiap awal tahun ada sahaja sesuatu yang mencemaskan terjadi. Bermula dengan tangan patah jatuh basikal. Apendiks. Tangan patah lagi di padang bola. Dan tahun ini kami berdebar-debar menunggu. Semalam, saya menyambut bunyi loceng rumah. AM masuk dengan lemah. Allah. Dalam pakaian sekolah agama, anak saya menyeringai dengan bibir bengkak dan saya sedar lurus gigi cantiknya tidak seperti biasa. Sebaknya saya, AM tersungkur sewaktu mahu berwudhu. Lantai licin, mummy. Allah anakku....saya tidak tahu mengapa saya memilih foto si kemboja putih antara merah yang banyak. Kenangan di Bali mungkin. Atau saya melihat AM, yang satu dalam beribu.
Published on February 15, 2016 16:11
February 10, 2016
Perjalanan rutin yang dilalui setiap hari, pasti akan ber...

Perjalanan rutin yang dilalui setiap hari, pasti akan berhenti apabila tiba saatnya. Bukankah sering hati kita berkata-kata, mungkin esok kita tidak akan menjalani lagi apa yang kita lakukan hari ini. Saya masih ingat sewaktu dalam perjalanan pergi dan pulang menghantar jenazah nenda dari Yishun ke Jalan Bahar, hati saya berbisik-bisik, inilah jalan yang nenek lalui hampir setiap hari. Dan kali ini nenek lalui lagi dengan suasana yang berbeza sama sekali. Allah. Hari ini genap tiga tahun nenda pulang. Doa dan permintaan saya tidak henti-henti agar redha Allah buat nenda...
Published on February 10, 2016 13:02
Saya mengenali penulis manis ini lama dulu. Seingat saya ...

Saya mengenali penulis manis ini lama dulu. Seingat saya seawal tahun-tahun 1990-an bermula di lobi Dewan, sedang menunggu ayahnya menjemput usai acara sastera. Hingga kini kami bersahabat baik. Ternyata hormatnya pada orang tua (dan saya dikira orang tua juga), sangat terpuji. Semalam Jas mengirim kawat tentang buku barunya ini terbitan ITBM. Menariknya, RM4 daripada harga jualan, RM25 dimasukkan ke dalam dana pembiayaan adik iparnya (adik kepada suaminya yang merupakan pelakon masyhur) yang sedang berdepan dengan barah melanoma. Saya terfikir sesuatu untuk turut menyertai bantuan pembiayaan tersebut. Nanti saya khabarkan. Mungkin buat masa ini Sdr boleh turut serta dengan mendapatkan buku tersebut daripada penulisnya sendiri. Siti Jasmina Ibrahim. Ayuh.
Published on February 10, 2016 13:00
February 8, 2016
Entah mengapa setiap kali pulang ke selatan, saya mahu me...

Entah mengapa setiap kali pulang ke selatan, saya mahu menziarahi perempuan pikun ini selain ibu sendiri. Pernah tanpa kehadiran anaknya yang merupakan sahabat sekolah sejak kecil, saya ziarah bertanya khabar. Kali ini mendengar keuzuran perempuan 84 tahun itu, saya segera menarik Zahar ikut serta, kebetulan sahabat saya turut pulang untuk ibunya. Ketika saya masuk ke rumah, perempuan yang sudah bertongkat itu mahu berwudhu. Sementara menunggu, saya berbual panjang dengan anaknya yang banyak sekali bercakap tentang iman dan kegilaan dunia yang tidak jarang mengocak keikhlasan dalam beribadah. Saya mendengar dan banyak belajar. Selepas bertukar-tukar buku, saya mohon izin bersalaman dengan ibunya sekali lagi. Memasuki kamar perempuan ahli solat itu seperti membawa saya masuk ke ruang Narasi Gua dan Raqim (ingat buku tipis saya?) Mak risau bacaan solatnya tidak betul. Singgul sahabat saya. Sebenarnya bacaan mak betul. Mak yang risau solatnya tidak sah, sambung kakak sahabat saya pula. Saya terus bersimpuh mendapatkan tangan suci ahli solat itu. Saya kucup lama. Saya seperti mahu terisak-isak mengenang bacaan solat saya sendiri. Dengung tajwidnya. Makna yang tenggelam timbul. Hingga selalu saya lalai sendiri surah yang dibaca. Ya Allah....
Published on February 08, 2016 17:29
February 7, 2016
Pulang ke selatan pada musim cuti panjang begini, mengara...

Pulang ke selatan pada musim cuti panjang begini, mengarah Zahar memilih jalan lama untuk pemanduannya. Ternyata ia banyak hikmah. Di samping melihat pemandangan kampung halaman orang, banyaknya jalan yang dilencongkan akibat banjir di Melaka, kami bertembung dengan papan tanda kari kambing. Zahar yang kuat keazamannya perihal apa saja (dan kami bertiga penggemar kambing), berjumpa sendiri pemiliknya, Puan Idayu, untuk mendapatkan lauk kambing walaupun sedikit dengan harga berapa pun. Rupanya petang itu ruang kedai digunakan untuk satu majlis pertemuan semula jadi ia ditutup untuk umum; malah sebenarnya ia ditutup bermula jam 3 petang. Begitulah selalunya perjalanan atau kembara akan banyak menemukan kita dengan kebaikan. Saya bersalaman lama dengan Puan Idayu apabila dua set bungkus nasi arab (pasti lengkap dengan lauk kambing dan acar) yang dihulurkan sebagai sedekah. Kami membalasnya dengan ucapan syukur dan doa perniagaannya lebih maju. Pemilik yang mempunyai air muka jernih itu menggenggam erat tangan saya samil berbisik, doakan iman saya. Iman saya yang susah dijaga. Allah. Saya terpempan.
Published on February 07, 2016 17:12
February 5, 2016
AM pernah menegur saya yang membaca tafsir al Qur'an dala...

AM pernah menegur saya yang membaca tafsir al Qur'an dalam keadaan berbaring, walaupun masih dalam telekung. Malunya mummy yang tidak tahu menjaga adab. Sedangkan waktu itu jadual saya memerhati dan merapikan solat fajarnya. Langsung saya menukar topik, sambil masih berbaring, saya bercerita beginilah keadaan mummy apabila menjadi jenazah nanti (tangan di atas tangan). AM merenung saya lama. Subuh itu amat bersejarah apabila anak saya langsung berjanji, AM mahu jadi imam solatnya, mummy. Rasanya saya mahu meraung!
Published on February 05, 2016 16:06
Mawar Safei's Blog
- Mawar Safei's profile
- 15 followers
Mawar Safei isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.
