Mawar Safei's Blog, page 117

August 7, 2016

Benar. Semakin banyak kita belajar, semakin yang kita tem...



Benar. Semakin banyak kita belajar, semakin yang kita temui adalah kedunguan sendiri. Menyambung kuliah dhuha mingguan yang lama ditangguhkan kerana Syawal, saya mendapati antara jawapan terhadap mengapa saya masih gagal dalam perihal iman yang cuba saya pelihara. Ustaz dhuha mengingatkan empat perkara dalam menuju taqwa yang kita mahukan usai Ramadhan (rujuk al Baqarah: 183). Ilmu..faham..yakin..amal. Perkataan yang sangat lazim. Namun itulah kata kuncinya; sedangkan saya dangkal sekali ilmu agama, konon saya faham tetapi adalah sebaliknya dan saya pura-pura meyakini padahal banyak yang saya tidak pasti. Cuma satu yang saya cuba bersungguh-sungguh untuk mengamalkan walau saya selalu tersandung dan mahu jatuh. Ya Allah. Kasihani kedunguan saya. Maka saya selalu seakan mahu mengemis daripada sahabat yang banyak dikurnia iman agar mereka dapat berbahagi. Saya menumpang nikmat iman mereka, agar suatu masa Allah redha dengan apa yang saya cuba perbuat. Insya-Allah. Tiba-tiba saya merasakan seperti berada di penjuru alam yang sangat sendiri, seperti belantara yang dipisahkan tasik atau panggil saja ia wilayah pengasingan. Mungkin di sana lebih mewaraskan...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 07, 2016 03:46

August 4, 2016

Kisah Saiyidina Abu Bakar yang mempunyai amalan sir dalam...



Kisah Saiyidina Abu Bakar yang mempunyai amalan sir dalam perihal sedekahnya. Sehingga tiada siapa yang mungkin dapat menghidu kesan infaqnya itu. Allah ya Allah. Ia kisah yang sangat mempesona. Saya menceritakan semula kepada AM. Abu Bakar menyantuni perempuan tua buta di khemah kumuh, di tengah perut gurun. Ia dilakukan Abu Bakar setiap usai solah Fajr. Membersihkan, menyediakan makanan buatnya, tiada siapa yang tahu sehingga Saiyidina Umar menjalankan pengintipan. Malah si pikun buta itu juga tidak pernah tahu siapa yang datang ke khemahnya setiap waktu dini. Saya mendakap AM. O anak, cintai si miskin. Nanti bila besar, jadi pemimpin yang saksama dalam hak semua...                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                  
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 04, 2016 08:34

August 1, 2016

30 Syawal hampir menutup segala episod jamuan dan jamuan ...


30 Syawal hampir menutup segala episod jamuan dan jamuan sepanjang bulan ini. Banyaknya jamuan raya yang bertimpa-timpa antara jabatan atau kejiranan. Namun hampir kebanyakannya saya tidak dapat hadir kerana demam. Selebihnya saya hampir tidak tergamak untuk terus makan dan makan sebaik Ramadhan berakhir. Alangkah satu jamuan sudah mencukupi untuk mewakili acara yang sama bertimpa-timpa. Atau, alangkah saya sering membayangkan harga jamuan rumah terbuka yang mahal itu dibawakan ke wilayah murba yang sangat memerlukan makanan dan makanan. Bukankah semasa Ramadhan, kita mengikuti kelas untuk memberi dan memberi. Dan saya sebenarnya mencari-cari mana kelas Syawal yang tenggelam dalam pesta makan dan makan. Mana kelas Syawal yang mengingatkan kita terhadap falsafah Ramadhan. Apa yang kita harus lakukan usai Ramadhan lalu menuju Ramadhan yang akan datang. Adakah saudara sudah diperingatkan?
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 01, 2016 06:45

July 27, 2016

Ini bukan musim Maulidur Rasul. Tapi ingatan yang terus t...


Ini bukan musim Maulidur Rasul. Tapi ingatan yang terus tumbuh buatnya. Sangat menggetarkan saat Mel melangkah sepanjang jalan hijrah rupa-rupanya susuk manusia istimewa ini yang begitu menggoda. Dia tidak lain adalah pahlawan. Sangat luar biasa. Bukan hanya perkasa, Dia sangat budiman dalam banyak gaya. Sedang sekian masa, aku tidak pernah peduli dan ya Allah betapa Dia begitu banyak berbakti buat kami. Aku ternyata bukan jatuh hati, sesungguhnya aku semakin cinta! Alangkah jika Dia di hadapanku sekarang. Tidak tahu apa yang harus aku mulakan dahulu; sama ada begitu cepatnya Dia meraikan dengan salam atau aku masih terkesima, silau akan cahayanya yang memanah keluguanku. Itulah bahasa iman Mel tentang Rasulullah sewaktu kami bertemu lebaran lalu. Allah ya Allah.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 27, 2016 09:09

July 23, 2016

Bagaimana Ramadhan lalumu? Soalan ini berdenting lagi. Da...


Bagaimana Ramadhan lalumu? Soalan ini berdenting lagi. Dan ia harus disahut dalam bulan Syawal. Ya, bagaimana Ramadhan lalu masih bersisa dalam hati. Masihkah kita rasa sangat berbahagia untuk bangun awal dini. Masihkah banyak jalan memberi menjadi pilihan; kita berlari lari mencari yang mahu menerima infaq kita (o Allah, betapa gerunnya tiba saat tiada siapa yang mahu menerima sedekah dari tangan kita nanti). Masihkah dikekalkan solah-solah sunat, sebelum dan usai yang fardhu. Masihkah kita mahu meneruskan puasa sekurang-kurangnya dua hari dalam seminggu. Masihkah dipelihara mata, telinga dan lidah daripada yang sia-sia. Masihkan witir menutup hari kita? Bagaimana dengan al Qur'an, masihkah diteruskan baris surah usai genapnya Ramadhan. Allah ya Allah, masihkah saya berikhlas taat tanpa syarat?
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 23, 2016 20:36

July 21, 2016

Mengenali penulisnya, Hidayah Amin, lebih awal menerusi G...


Mengenali penulisnya, Hidayah Amin, lebih awal menerusi Gedung Kuning dan The Mango Tree. Kali ini menulis lebih dekat dengan zaman kanak-kanak saya di Singapura. Kampung Tempe merupakan kejiranan kami yang duduk di Kampung Tengah, Coronation Road, Bukit Timah. Tahniah kepada Hidayah dan Dr Yahaya Sanusi untuk majlis pelancaran buku ini pada 23 Julai di Auditorium Taman Warisan Melayu 1.30 - 4.30 petang. Ada yang mewakili saya untuk turut hadir. 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 21, 2016 14:43

July 19, 2016

Berada di luar jalur rutinitas juga akan bertemu dengan b...



Berada di luar jalur rutinitas juga akan bertemu dengan banyak susuk baru sama ada yang menyalakan semangat bagi melanjutkan kehidupan yang lebih bererti, atau saya sebenarnya masih mengenang susuk-susuk sebelumnya yang selalu menawarkan jalan cahaya. Berdepan dengan ujian yang datangnya menerjang, kerap membikin saya jatuh dan cuba saya untuk bangun semula. Lelah memang. Ikrar yang cuba diangkat dengan tangan kecil dan tua saya ini, mudah selalu dikalahkan dengan ujian yang datang dengan kepala besar yang sungguh luar biasa. Ya Allah, tuntuni saya. Selain penghormatan dan berikhlas hati, saya tahu ujian ini akan terus mendatangi walau esok saya sudah menyertai ruang rutinitas kembali. Allah, ya Allah.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 19, 2016 13:50

July 16, 2016

Saya masih berkelana sejak beberapa syawal lalu. Berjauha...


Saya masih berkelana sejak beberapa syawal lalu. Berjauhan daripada rutinitas, benar, sangat banyak masa untuk menaakul dan memberitahu apa yang tidak pantas sudah kita perbuat selama ini. Akhirnya kelana ini menjadi titik asuhan yang luhur dan tulus. Betapa banyak perihal keikhlasan dan penghormatan dalam sesebuah hubungan sering dilihat antara pelbagai matra yang aneh. Dalam banyak ragam suasana, saya sangat bersyukur dan berasa terpilih. Namun kemudian menyelinap pula kata-kata dalam hati saya yang lugu ini, ujian Allah sedang berjalan dan ia sangat menuntut kebijakan yang bukan kepalang. Ya Allah, mohon redho-Mu pada tiap inci yang kami jalani. Amin. 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 16, 2016 16:43

July 13, 2016

Syawal 9Ya, foto ini lagi. Kali ini saya melihat ia adala...

Syawal 9
Ya, foto ini lagi. Kali ini saya melihat ia adalah tangan si murba. Dan saya segera teringat pesanan yang mengesankan ini, saat aku takut untuk memberi, aku lupa bahawa semua yang aku miliki adalah pemberian. Bagaimana Ramadhan lalu mengasuh kita untuk jadi tidak berkira-kira dalam memberi. Kita menjadi qana'ah, sering rasa cukup walau terus memberi. Kita mahu memberi bukan kerana memiliki, tetapi mungkin sahaja kerana kita pernah rasa kekurangan dan sebenarnya tidak ada yang kita punya.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 13, 2016 17:07

July 11, 2016

Syawal 7Saya masih mengambil foto ini. Mengapa. Ia sangat...

Syawal 7
Saya masih mengambil foto ini. Mengapa. Ia sangat berupa tamsilan terhadap apa yang saya lalui sepanjang Ramadhan yang baru meninggalkan. Saya melihat ia adalah tangan saya sendiri. Tangan saya yang kotor, namun dengan penuh pengharapan, saya mohon pengampunan Allah. Saya ulang berkali-kali, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, ya Allah. Engkau suka mengampunkan. Maka ampuni kami, ya Allah. Aduhai, betapa tidak malunya saya! 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 11, 2016 14:19

Mawar Safei's Blog

Mawar Safei
Mawar Safei isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mawar Safei's blog with rss.