Mawar Safei's Blog, page 113
December 1, 2016
Beberapa hari ini banyak sekali saya melihat pertelingkah...

Beberapa hari ini banyak sekali saya melihat pertelingkahan. Antara radius hasrat dengan takdir yang tertulis. Antara gelisah mengharap dengan kononnya memiliki. Ya persis kata Hamka, orang gelisah kerana mengharapkan yang baru, dia lupa keadaan kekayaan yang sedia ada. Apa lagi yang saya diajar, jika tidak untuk tahu bersyukur. Ya, syukur terus! Dalam musum hujan yang mulai panjang ini, saya suka sekali berdoa dan berdoa saat luruhnya.
Published on December 01, 2016 13:09
November 29, 2016
Melihat dari kotak kecil tingkap pesawat, sering menawark...

Melihat dari kotak kecil tingkap pesawat, sering menawarkan keterujaan. Selain awan yang membuat saya berteka teki, pulau-pulau kecil yang mungil atau jika melangkaui banjaran di Eropah, salju di puncaknya yang sangat memanggil-manggil. Dan enak sekali dalam perjalanan lepas, AM dapat melihat lengkungan pelangi antara lindung awan dengan sayap panjang burung raksasa yang sedang kami tumpang. Ya, Allah. Keindahan yang tiada tara selain melihat sinar mata sang anak yang gembira. Ia sebuah keta'ajuban juga. Maha Suci Allah.
Published on November 29, 2016 12:45
November 25, 2016
Saya pernah dihadiahkan kumpulan cerpen ini lama dulu. Pe...

Saya pernah dihadiahkan kumpulan cerpen ini lama dulu. Pernah juga saya mengundang Gus tf Sakai menulis di Jurnal Melayu kami. Tujuan saya satu, melanjutkan persahabatan tradisi sastera Sumatera khususnya Sumatera Barat dengan sastera Melayu kita yang pernah dikemudi awal antaranya oleh Hamka, Marah Rusli, Idrus, A.A. Navis dan Taufik Ismail. Siapa pernah sangka, kami duduk semeja di Kubik Koffie menghala ke azan Maghrib yang dibawa angin dari Masjid Asra al-Bakrie. Ya, saya minum petang dengan Gustafrizal Busra, penerima Hadiah SEA Write 2004.
Published on November 25, 2016 19:49
November 24, 2016
Seingatnya, saya tidak pernah menjejak kaki ke mana-mana ...

Seingatnya, saya tidak pernah menjejak kaki ke mana-mana kafe ranggi yang menjadi ruang santai kebanyakan orang. Apalagi yang dengan jenama CB atau S. Tapi jadual yang diatur untuk saya di Kubik Koffie, memecahkan sejarah tersendiri. Walau saya bukanlah penikmat kopi, ya saya memesan coklat panas, duduk beberapa jam di sini ternyata mengilhamkan juga.
Published on November 24, 2016 06:32
November 22, 2016
Saya meninjau lagi perkampungan sasterawan besar, Hamka. ...

Saya meninjau lagi perkampungan sasterawan besar, Hamka. Kali kedua ini, ia genap tahun yang ke-20. Ah, betapa masa pergi dan datang. Betapa saya sudah tua. Asyiknya, tidak ada yang berubah. Semuanya ternyata masih alami. Singgalang. Merapi. Sawah padi. Air dingin dari Lembah Anai masih deras. Semuanya masih seperti dulu. Keindahan ini adalah anugerah saat manusia sangat bersyukur, tidak kufur dan rakus dengan bukit, gunung dan tanah.

Published on November 22, 2016 20:37
November 16, 2016
AM jatuh lagi. Waktu digendong Bapak (yang sudah tu...

Published on November 16, 2016 13:02
November 15, 2016
Kelmarin saya menunggunya. Ya, dia kelihatan dalam samar....

Kelmarin saya menunggunya. Ya, dia kelihatan dalam samar. Berbalam antara awan yang perlahan. Sekejap saya meninjau. Sekejap saya seperti berjauh hati. Sebelum tidur, saya masih mendongak. AM dan Zahar menggeleng lagi. Sudahlah mummy, ahli sains meramal saja. Mereka adalah ahli sihir. Saya menebak, adakah lelaki berdua itu cuba mengujarkan ahli sains (kaji bintang) hanyalah ahli nujum. Saya berharap si bulan penuh berjaya menyelinap masuk ke dalam mimpi. Saya ternyata rindukan teduhan yang selalu dibawanya.
Published on November 15, 2016 12:31
November 12, 2016
Bulan Penuh PerigeeSemasa kecil waktu didukung, saya sela...

Semasa kecil waktu didukung, saya selalu ditanya mana bulan, mana bintang. Dan saya akan menunjuk langit. Sehingga kini kesukaan saya mencari bintang dan bulan di langit Apatah lagi akan muncul esok bulan besar usai Maghrib Isnin 14 November, insya-Allah. Saya rindukan sahabat saya si bulan penuh. Dia juga tabib yang banyak meredakan.
Published on November 12, 2016 12:49
November 11, 2016
Naffi MatSusuknya selalu mengingatkan saya kepada almarhu...

Susuknya selalu mengingatkan saya kepada almarhum senior yang satu lagi, Talib Samat. Menuju Maghrib tadi, saya menerima pesanan masuk daripada sahabat di UPSI, PM Dr Halim Ali. Sahabat kita, Dr Naffi Mat telah kembali ke Rahmatullah. Saya tahu arwah memang tidak sihat. Malah kali terakhir sewaktu kami sama-sama menjadi ahli forum di UPSI, arwah sempat bercerita tentang keuzurannya. Sudah tiba detik itu. Seperti selalu mengenang nasib sendiri, detik saya kian hampir juga. Buat saudara kami, Naffi Mat, teriring al fatihah dan doa mudah-mudahan perjalanan pulangmu ditunggu semua yang di langit. Kepulangan yang diraikan, untuk insan sebaiknya.
Published on November 11, 2016 04:57
November 8, 2016
Cuti sekolah hampir bermula. Kami bercadang membawa AM be...

Cuti sekolah hampir bermula. Kami bercadang membawa AM bercuti walau pencapaian peperiksaannya sangat buruk. Ia satu hadiah yang tidak pernah saya dapat waktu kecil. Destinasi percutian yang dipilih Zahar sudah pernah saya jejaki, walau lama dahulu. Saya sebenarnya tidak suka mengulang pergi ke tempat yang sama; khususnya jika pilihannya luar negara. Pelbagai pelusuk lain yang belum sempat saya jengah. Tapi dalam banyak suasana, kita perlu selalu menghormati kesukaan orang lain. Apalagi mengenang AM. Apalagi mengenang diri yang sudah tua ini. Apalagi yang lebih baik selain daripada memberi kebahagiaan kepada orang lain.
Published on November 08, 2016 14:27
Mawar Safei's Blog
- Mawar Safei's profile
- 15 followers
Mawar Safei isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.
