Mawar Safei's Blog, page 112

December 21, 2016

Dalam perjalanan pergi dan pulang, rumah ke kampus, hampi...


Dalam perjalanan pergi dan pulang, rumah ke kampus, hampir setiap hari saya dibentangkan pemandangan yang mengesankan. Ya, paginya saya melihat mereka yang memulakan langkah untuk meraih nafkah. Ya, mereka berjalan kaki.  Petangnya, lebih membuat saya insaf dengan kotornya baju, lelahnya wajah yang entah dimarah majikan dan hampir tidak ada apa yang dibawa pulang selain menjinjing kepayahan. Saya menebak darjah kelesuan mereka melihat hari esok bermula malam nanti. Saya sebak mengenang sikap sendiri yang memberontak dengan kerja yang bertali arus saban hari. Bukankah saya sering mengingatkan diri sabar dan syukur, sabar dan solah. Bukankah itu pesan al-Qur'an yang mahu saya simpan serapinya. Catatan beberapa hari ini, mengheret saya untuk memasuki ruang berdiam. Saya terkadang percaya, dalam diam banyak bicara rahsia yang tersibak. Dalam diam saya dituntun untuk lebih mengerti misteri nurani. Ya, untuk sekian kali saya memilih jalan ini, menuju Negeri Sunyi. 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 21, 2016 01:23

December 20, 2016

Allah ya Allah. Saya dimaklumkan gegantung ini berpindah ...


Allah ya Allah. Saya dimaklumkan gegantung ini berpindah randah dari ruang legar PTSL ke DECTAR dan hari ini di Canselori. Malunya saya bukan kepalang. 

Pernahkah dalam perjalanan pulang ke sarang usai seharian di ruang kerja, saat memandu atau duduk di tren, Sdr melakukan introspeksi apa yang dilalui sepanjang hari? Mungkin antara bacaannya, ada yang menjadikan kita lebih baik daripada kelmarin. Ada juga mungkin membuat kita menggeleng lama. Apa yang diikrarkan jarang sekali terlaksana. Berjanji untuk menjadi sebaik-baik manusia yang bermanfaat buat semua; sering berada di tikungan (yang aneh). Saya belum sempat berdiri di hadapan gegantung yang berpindah randah ini. Ya, saya membayangkan nantinya saya berdiri di tikungan yang aneh itu dengan wajah dusta. Benarkah nurani saya mengujar ikhlas dalam memberi? Benarkah saya menjunjung kerendahan hati atau  tanpa sedar, ia saya khianati? Allah ya Allah. Ampunilah apa yang saya tersalah dan terlupa. Mudah-mudahan Allah terima kelemahan saya dalam redha-Nya jua. Ya, sekali lagi, ini catatan nurani. Siapa yang mengerti. 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 20, 2016 06:45

Allah ya Allah. Saya dimaklumkan gantungan ini berpindah ...


Allah ya Allah. Saya dimaklumkan gantungan ini berpindah randah dari ruang legar PTSL ke DECTAR dan hari ini di Canselori. Malunya saya bukan kepalang. 

Pernahkah dalam perjalanan pulang ke sarang usai seharian di ruang kerja, saat memandu atau duduk di tren, Sdr melakukan introspeksi apa yang dilalui sepanjang hari? Mungkin antara bacaannya, ada yang menjadikan kita lebih baik daripada kelmarin. Ada juga mungkin membuat kita menggeleng lama. Apa yang diikrarkan jarang sekali terlaksana. Berjanji untuk menjadi sebaik-baik manusia yang bermanfaat buat semua; sering berada di tikungan (yang aneh). Saya belum sempat berdiri di hadapan gantungan yang berpindah randah ini. Ya, saya membayangkan nantinya saya berdiri di tikungan yang aneh itu dengan wajah dusta. Benarkah nurani saya mengujar ikhlas dalam memberi? Benarkah saya menjunjung kerendahan hati atau  tanpa sedar, ia saya khianati? Allah ya Allah. Ampunilah apa yang saya tersalah dan terlupa. Mudah-mudahan Allah terima kelemahan saya dalam redha-Nya jua. Ya, sekali lagi, ini catatan nurani. Siapa yang mengerti. 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 20, 2016 06:45

December 19, 2016

Tidak jarang puisi mempunyai lorong takdirnya sendiri. Da...



Tidak jarang puisi mempunyai lorong takdirnya sendiri. Daripada kata yang tersaring dan rima yang mengiring. Saya sering terpukau dengan tamsilan dan makna rahsia yang disimpan penyairnya. Mungkin sahaja pena'akulan batin sang penyair tersimpang daripada apa yang saya maknakan, namun begitulah misterinya mengapung dan menebar banyaknya suara yang tak terdengarkan. Puisi dan takdirnya itu barangkali juga mewakili keta'ajuban waktu kecil saya (malah hingga kini) ketika melihat bulan penuh. Masih dengan tamsilan dan pena'akulan batin. Lingkungan bulan penuh itu menawarkan bukan sekadar cahaya yang menyilau seperti mantera pujukan tetapi jauh mengheret saya memasuki lorong kejadian dan mengakui jalan penciptaan. Benar, ia jalan yang Allah bawakan untuk saya agar sentiasa bahagia dengan bersyukur. Ini bunyinya catatan peribadi, entah siapa yang mengerti.



 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 19, 2016 07:16

December 14, 2016

Duduk berhadapan dalam kuliahnya siang tadi, membawa saya...


Duduk berhadapan dalam kuliahnya siang tadi, membawa saya hampir 25 tahun lalu. Ternyata masih begitu gayanya menyampaikan ilmu. Saya yang mencatat nota, ghairah sekali mengumpul kata yang cantik, metafora yang memukau. Semuanya itu seperti puisi yang sampai ke nurani. Itu antara jalan saya menjadi penulis awalnya. Ya, mendengar kata-kata yang terpilih. Pedomannya buat mahasiswa saya tentang keperluan berbilang bahasa dan membaca, sejak dulu juga kepada kami. Terlalu banyak himpunan kenangan saya sebagai mahasiswa di bawah bimbingannya dan begitulah banyak budinya yang tak akan pernah hilang kerana ia ternyata menumbuhkan saya sekarang...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 14, 2016 06:18

December 12, 2016

Ta'azimnya, Sdr dipersilakan hadir.


Ta'azimnya, Sdr dipersilakan hadir.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 12, 2016 19:08

December 11, 2016

Benar. Setiap hari saya bersalawat. Dan setiap kali itu s...



Benar. Setiap hari saya bersalawat. Dan setiap kali itu saya merindui Rasulullah. Saya pernah bertanya kepada dua lelaki di rumah, apa episod kehidupan Rasulullah yang membikin hati mereka sebak. Zahar akan kekal menjawab saat Aisyah melempar piring berisi kurma sebagai protes dan cemburu lalu Rasulullah mengutip kurma yang jatuh dan menggantikannya dengan piring yang baru. Subhanallah. AM pula mengingat kisah Rasulullah mohon agar bukit tidak menghempap penduduk Taif yang enggan beriman kepada Allah. Malah Rasulullah mohon petunjuk buat mereka dan berdoa agar baginda sendiri dapat terus bersabar. Subhanallah. Dan saya akan selalu mahu menangis apabila mengenang betapa pemaafnya Rasulullah kepada semua. Saya teringat kisah bagaimana Rasulullah menyuap makanan kepada seorang pengemis yahudi buta yang sekian lama membenci baginda. Dia hanya tahu pemilik tangan yang memberinya makan selama ini adalah baginda Habibullah, setelah kewafatan baginda.

Sejak semalam di masjid-masjid yang kami singgah, sedang meriah dengan sambutan maulidur Rasul.  Tahun ini sebak saya bertambah dengan kekeliruan tentang tarikh 12 Rabiul Awal. Ia bukan tarikh kelahiran sebaliknya kewafatan? Malah kita tidak perlu meraikan tanggal 12 Rabiul Awal itu? Saya jadi keliru dan pastinya saya mahu menangis lagi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 11, 2016 14:23

December 8, 2016

Tugasan cuti sekolah AM kali ini adalah hafazan surah al-...



Tugasan cuti sekolah AM kali ini adalah hafazan surah al-Mulk. Saya bersyukur dengan keputusan Ustaz Lukman ini. Membaca al-Mulk bersama-sama al-Misyari hampir setiap malam sebelum tidur, menjanjikan harapan besar kami, AM akan menguasai surah ini dengan cepat. Sesekali saya memeriksa bacaan AM. Sesekali AM pula mahu menguji bacaan saya. Selaku orang tua, banyak yang saya lupa. Dan AM dengan sinis membantu saya mengingat dengan memberikan petunjuk ayat tertentu. Ternyata saya belum lancar, mummy..mummy..tak apa nanti AM ajar lagi. Allah ya Allah, saya  berasa tua benar!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 08, 2016 14:31

December 4, 2016

Mesra, saya sering dipanggilnya kanda. Saya mengenali Azm...








Mesra, saya sering dipanggilnya kanda. Saya mengenali Azman Ahmad sebagai anak muda yang sangat cepat tumbuhnya dalam wilayah kami. Mengenali dia lama dulu dalam bengkel penulisan KEPEZI, saya percaya lingkungan tempat kerjanya di DBP, antara yang membantu dia tumbuh rancak. Baru hari ini saya tahu jarak umur kami tidaklah begitu jauh jurangnya. Ya, dia  kelihatan jauh lebih muda daripada usianya, 42 tahun. Dan hari ini berakhirlah angka itu. Daripada sahabat KEPEZI juga, Dil Froz, saya menerima kiriman pesanan yang mendebarkan, Azman Ahmad pulang ke Rahmatullah di Lebuhraya Duke setelah dilanggar lari. Allah ya Allah! Tak akan siapa pernah tahu apa yang akan berlaku sedetik nanti. Al Fatehah buat Azman Ahmad, adinda sahabat yang baik buat kami.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 04, 2016 07:39

December 3, 2016

Rindu. Bilakah agaknya ia menjadi api yang liar. Adakah s...


Rindu. Bilakah agaknya ia menjadi api yang liar. Adakah seperti bersyukur saat hujan lebat setelah musim kering yang sangat panjang. Atau adakah datangnya seperti melihat bulan penuh yang cantik di langit malam yang berjelaga dan ia sangat menyihir. Rindukah ini sedang dalam gundah yang lama, saya sering bermimpi. Alangkah dia yang sangat mengerti sebelum saya menyatakan kekeliruan yang bersarang di hati. Alangkah saya dinaungi kasih sayangnya walau kami tiada hubungan darah saudara. Alangkah dia sangat melindungi ketika orang lain hampir tidak mempeduli. Dia yang meyakini apabila banyaknya curiga berselerak di mana-mana. Ya, dia yang saya sanjung kerana banyak menuntun kedunguan saya tentang hakikat kejadian. Rindu sekali.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 03, 2016 05:48

Mawar Safei's Blog

Mawar Safei
Mawar Safei isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mawar Safei's blog with rss.