Mawar Safei's Blog, page 115
October 9, 2016
AM mula menganggap di dalam kepalanya ada pelbagai kuasa ...

AM mula menganggap di dalam kepalanya ada pelbagai kuasa yang sama ada membuatnya gembira atau tiba-tiba dia berada di tikungan jalan yang tidak ada lorong keluar. Ia sering berlaku dalam tugas menyelesaikan soalan matematik yang diberikan Bapak. Saya pula ibunya yang sangat imaginatif. Saya tahu beberapa kuasa emosi seperti yang dialami Riley turut bergentayangan dalam fakulti fikiran AM. Dan benar, ia sangat evokatif. Mudah-mudahan AM dilindungi Allah.
Published on October 09, 2016 06:41
October 5, 2016
Beberapa minggu ini, beberapa kali juga kami disergah den...

Beberapa minggu ini, beberapa kali juga kami disergah dengan terputusnya bekalan air terus. Namun syukurnya masih tidak terputus langsung menerusi air yang disimpan atau air yang dibekalkan melalui lori yang datang setiap lorong rumah kami. Beberapa pelajaran didapati apabila tiada air. Antaranya betapa hormatnya kita kepada air dengan tindakan yang sangat berhati-hati terhadap air yang ada; sama ada ia tidak dibazirkan atau sangat menghargai setiap titis. Sehinggakan AM mengujarkan: air menguji kesabaran kita, mummy. O Allah. Benar. Sayalah antara yang gagal dalam ujian sabar apabila berita tentang gangguan bekalan air di kawasan kami. Benar AM, air menguji kita.
Published on October 05, 2016 13:04
October 1, 2016
Salam 1438.Mudah-mudahan kita menjadi hamba yang lebih taat.
Published on October 01, 2016 23:56
September 26, 2016
Banyak perihal AM yang mudah membuat dada saya penu...

Banyak perihal AM yang mudah membuat dada saya penuh dan akhirnya menolak kesebakan saya keluar. Mengenang pertama kali dia berdiri sendiri tanpa kami memegang tangan kecilnya, hingga sekarang melihat dia berdiri hampir setinggi saya. Membesarkan anak memang ujian yang Allah datangkan untuk ibu dan ayah. Menerima semuanya itu hampir memadam ujian lain yang sampai tidak lebih seperti angin. Pernah saya rasakan ujian yang tiba itu hampir tidak memberi kesan deria sama sekali. Dan kembali mengenang AM, saya seperti mahu menatap lama si kembang biru ini. Si cantik ini.
Published on September 26, 2016 16:55
September 19, 2016
Pernahkah sdr bosan dengan dunia maya yang sdr jalani set...

Pernahkah sdr bosan dengan dunia maya yang sdr jalani setiap hari? Sdr bosan dengan whatsapp group? Sdr bosan dengan FB? Di dalam wilayah SNS itu sdr memaksa diri bersuara dan ketawa. Ia menjadi negeri pura-pura yang sangat memualkan. Kemudian sdr mahu sahaja meninggalkannya dan kembali ke negeri asal. Negeri Sunyi.
Published on September 19, 2016 02:31
September 16, 2016
Setiap pagi minggu saya menumpang duduk di kelas dhuha Su...

Setiap pagi minggu saya menumpang duduk di kelas dhuha Surau An Nur yang masyhur di Bandar Baru Bangi. Surau An Nur seperti kembar kepada Darul Syifa, rumah rawatan yang dimiliki tokoh ini. Begitulah ikatan yang jauh antara kami. Sempat juga dalam kesibukannya masih muncul dalam kuliah dhuha kami. Untuk ilmu itu, saya menganggap saya ini muridnya. Begitu saya membaca tulisannya juga. Hari ini dengan penuh kerendahan hati, saya merakam rasa penghormatan ini buat Almarhum Ustaz Haron Din yang menuju jalan pulangnya pagi tadi. Al fatehah.
Published on September 16, 2016 03:13
September 15, 2016
Insya-Allah saya akan hadir!
Published on September 15, 2016 19:33
September 13, 2016
Menyertai pengurusan jurnal akademik, membentangkan saya ...

Menyertai pengurusan jurnal akademik, membentangkan saya tentang kepentingan nama dan kewujudan. Saya antara yang tidak mendukung menulis dalam rombongan. Satu makalah ditulis beberapa nama. Apatah lagi nama-nama yang hanya menjadi penumpang kenderaan rombongan tersebut. Apatah lagi nama-nama yang tidak ada langsung hubungan dengan bidang. Namun satu kejengkelan yang datangnya seperti gergasi adalah saya baru tahu dalam sejarah menulis dalam rombongan ini adalah lima ribu nama dalam sebuah makalah tentang penyelidikan gelas di Glasgow. Jika tidak silap saya tulisan itu tidaklah juga melebih dua puluh halaman. Begitulah dunia dengan perihal nama. Ya, sangat sebal.
Published on September 13, 2016 22:07
September 11, 2016
Salam Eidul Adha. Salam pengorbanan buat saudara.
Published on September 11, 2016 15:44
Suara dan Cintanya, Berita Harian 11 September 2016Terima...

Terima kasih kepada Sdr Nazmi Yaakub, Editor Sastera Berita Harian kerana memilih cerpen "Suara dan Cintanya". Cerpen terbaru saya ini dititip kepada sahabat saya yang mencintai suara azan.
Published on September 11, 2016 03:20
Mawar Safei's Blog
- Mawar Safei's profile
- 15 followers
Mawar Safei isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.
