Mawar Safei's Blog, page 120

April 11, 2016

Takwim 2016 sudah melangkah masuk kotak April. Ya, begitu...


Takwim 2016 sudah melangkah masuk kotak April. Ya, begitulah cepat masa bergerak. Kuliah  sudah berjalan separuh semester. Tugasan pelajar banyak yang perlu disemak dan pastinya membuat saya lebih migraine apabila kesalahan yang sama diulang-ulang; daripada ayat yang berjela tidak bersumber hingga kepada format penulisan yang jungkir balik. Projek penulisan yang terus diburu tarikh akhir. Jawatankuasa penilaian yang turut menuntut laporan segera. Kerja penulisan sendiri yang masih banyak tergantung. Ya Allah...dalam kepala yang berat saya teringat beberapa kepulangan bulan ini. Tetangga seusia saya yang pulang tanpa sebarang tanda. Hanya tewas sewaktu menyediakan makan pagi keluarga. Bapa saudara Zahar, almarhum Abdul Jalil Hashim, yang pulang selepas memasuki tahun ketiga tularan barah. Betapa kesempatan yang Allah beri buatnya termasuk mengerjakan haji dan khatam al Qur'an berkali-kali. Allah ya Allah. Ruang apalagi yang saya tunggu sedang ia akan datang tanpa sesiapa yang tahu dan ia hanya menuntut  persediaan. 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 11, 2016 02:31

April 2, 2016

Rentetan ke majlis Mega-Asyraf, dalam perjalanan ke kotak...



Rentetan ke majlis Mega-Asyraf, dalam perjalanan ke kotak parkir untuk pulang, Zahar menyapa tokoh yang kami hormati, Prof Syed Husin Ali. Mekarnya hati saya. Cepat saya mengingat kali terakhir mengikuti kuliahnya di fakulti beberapa tahun lalu. Mengingat lebih jauh, saya kali pertama bertemu dan duduk mendengar ucapannya semasa masih remaja di Johor Bahru. Susuk yang sederhana, masih seperti selalu dengan kemeja lengan pendek polos. Zahar dan saya berbahagi buku Dua Wajah. Suara keadilan menjadi sekian talun di rumah kami.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 02, 2016 20:31

Buah tangan buat tetamu Mega-AsyrafHari ini kami menghadi...

Buah tangan buat tetamu Mega-AsyrafHari ini kami menghadiri majlis raja sehari puteri bungsu mahaguru saya. Mega, saya kenali kali pertama saat dipimpin ayahnya, Prof Muhammad Haji Salleh sewaktu saya bergelar mahasiswa tahun pertama; ya 1991. Cepat sekali masa berlalu. Melihat kedua mempelai, ia juga membawa kenangan hari bersejarah Mawar-Zahar hampir mencecah 20 tahun. Prof Muhammad hadir meraikan kami. Dan saya masih ingat, (dan ini bukan imaginasi), yang turut datang mengucap selamat adalah Pak Ashraf Wahab, ya pendukung kuat Sastera untuk Masyarakat. Aneh juga, apabila mengingat semula, bagaimana saya akrab dengan tokoh masyhur itu. Seingatnya, saya bertemu Pak Ashraf sewaktu menjalani praktikal di DBP. Saya renung lama foto pengantin kami. Aneh sekali wajah saya...

Buah tangan buat tetamu Mega-Asyraf adalah kotak bahulu pandan yang enak dengan sisipan buku comel Pantun dari Tujuh Tanjung. Ini antara pantun Muhammad Haji Salleh yang saya gemari, dari belahan Pantun di Bali,

Kain tenun berjalur-jalur,Janganlah pakai kain yang tua;Tulislah dengan kata yang jujur,Kerana jujur menjernihkan manusia.


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 02, 2016 06:42

March 29, 2016

Selain menyertai dua orang ahli rumah kami yang mudah mel...



Selain menyertai dua orang ahli rumah kami yang mudah melenting dan menjadi hali lintar atau petir sabung menyabung, saya terkenal dengan watak Neng Yatimah. Zahar kata di tepi mata saya ada suis yang hanya menunggu masa untuk ditekan dan nantinya saya boleh mengalirkan airmata dengan lancar sekali. AM selalunya yang mudah mengesan bila suis itu mula dihidupkan. Kenapa mummy menangis? Apa yang AM buat? Kadangkala AM pernah menggiat saya, mummy menangis sebab happy AM buat baik? Ya, kita kerap juga menangis pada perkara yang begitu membahagiakan. Ia seperti lambang kesyukuran. Seperti selalu Zahar akan berasa aneh melihat suis itu menyala sekonyong-konyong! Sahabat baik saya itu akan terus tertanya-tanya. Selebihnya, saya menangis apabila datang rasa kecewa, sering juga marah yang menggempur atau pasti sahaja saat saya merasakan cukuplah Allah sebagai penolong  dan Dia sebaik-baik pelindung...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 29, 2016 13:45

Selain saya menyertai dua orang ahli rumah kami yang muda...



Selain saya menyertai dua orang ahli rumah kami yang mudah melenting dan menjadi hali lintar atau petir sabung menyabung, saya terkenal dengan watak Neng Yatimah. Zahar kata di tepi mata saya ada suis yang hanya menunggu masa untuk ditekan dan nantinya saya boleh mengalirkan airmata dengan lancar sekali. AM selalunya yang mudah mengesan bila suis itu mula dihidupkan. Kenapa mummy menangis? Apa yang AM buat? Kadangkala AM pernah menggiat saya, mummy menangis sebab happy AM buat baik? Ya, kita kerap juga menangis pada perkara yang begitu membahagiakan. Ia seperti lambang kesyukuran. Seperti selalu Zahar akan berasa aneh melihat suis itu menyala sekonyong-konyong! Sahabat baik saya itu akan terus tertanya-tanya. Selebihnya, saya menangis apabila datang rasa kecewa, sering juga marah yang menggempur atau pasti sahaja saat saya merasakan cukuplah Allah sebagai penolong  dan Dia sebaik-baik pelindung...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 29, 2016 13:45

March 25, 2016

Siang tadi saya menghadiri satu acara yang lebih mendekat...




Siang tadi saya menghadiri satu acara yang lebih mendekatkan saya kepada Allah (bukankah Allah itu ternyata sangat dekat dengan kita sehingga jaraknya sekitar urat leher ini?) Mendengar perbahasan tentang keperluan anak-anak istimewa wajar atau tidak diberi pendidikan agama seperti membaca al-Qur'an, sebelumnya hampir saya tidak terfikirkan. Soal mukallaf atau tidak, surah suci itu akan selalu menjadi syifaa', huda dan rahmah (Yunus: 57). Allah ya Allah. Harus sahaja saya tunduk dan malu dengan kesungguhan anak-anak ini  mencintai al-Qur'an; saat saya memilih-milih masa untuk membuka al-Qur'an. Allah. 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 25, 2016 06:04

March 18, 2016

Equinox. Lawannya solstice. Itu ilmu yang saya tahu sejak...



Equinox. Lawannya solstice. Itu ilmu yang saya tahu sejak berada di sekolah menengah. Ya, memang sudah sekian masa kita mendepani suhu bahang dan kering apabila menjadi warga belah khatulistiwa. Antara petunjuknya, migraine saya menjadi-jadi. Sesekali beberapa teman di sebelah bulatan bumi mengirim video salju lebat luruh di laman atau angin bersama hujan nipis di pulau mereka. Ia agak mengamankan perasaan. Ternyata Allah itu Maha Adil, dalam menghantar angin panas, hampir setiap petang hujan semahunya datang saat kereta di jalanraya bersusun untuk pulang. Dan saya selalu ingatkan diri, itu masa doa diangkat. Maka doalah bersungguh-sungguh. Ya, Allah Maha Dekat, memberi takdir yang terbaik buat kita. Usahlah sesal akan apa yang tidak terjadi seperti yang diimpi. Saya belajar lagi erti bersyukur antara garis-garis hawa yang dikirim-Nya...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 18, 2016 18:30

March 14, 2016

Mengenali Prof Watwa dan melihat judul ini, ia bagaikan m...


Mengenali Prof Watwa dan melihat judul ini, ia bagaikan magnet. Saya hadir, insya-Allah. 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 14, 2016 16:59

AM mengalami halusinasi. Itu kenyataan doktor selepas pem...




AM mengalami halusinasi. Itu kenyataan doktor selepas pemeriksaan. Ternyata semua bersih. Tiada masukan. Tiada luka. Mengadu telinganya sering ada bunyi goncangan sejak seminggu lalu sekembali daripada aktiviti di kolam renang. Aneh. Tanpa bertanya apa itu halusinasi, AM menerima beberapa kata-kata hukuman daripada Bapak. Lain kali cepat jawab apabila dipanggil. Menyahut azan. Awalkan solat. Dengar cakap Mummy dan Bapak. Kasihannya AM. Bapak masih belum puashati menambah, goncangan itu tanda Allah mahu beritahu, begitulah tidak selesanya apabila derhaka pada Mummy dan Bapak. Allah mahu AM rasa.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 14, 2016 06:49

March 11, 2016

Terima kasih Sdr Hafizah Iszahanid atas ulasan ini. Sanga...




Terima kasih Sdr Hafizah Iszahanid atas ulasan ini. Sangat saya hargai. 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 11, 2016 08:12

Mawar Safei's Blog

Mawar Safei
Mawar Safei isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mawar Safei's blog with rss.