Mawar Safei's Blog, page 122

January 31, 2016

Saya sebenarnya simpati terhadap mereka yang berada di Ta...



Saya sebenarnya simpati terhadap mereka yang berada di Tanah Suci samada untuk umrah atau haji, terpaksa melaporkan setiap apa yang mereka lalui di sana kepada kita yang berada di tanahair. Pemberitahuan selamat tiba, saya kira memadai tanpa perlu mengirim pelbagai pos gambar dan atur cara rinci. Kasihan, masa yang seharusnya dimanfaatkan sebaiknya untuk beribadah, harus diperuntukkan mengemaskini status. Kasihan, bukankah mereka harus lebih fokus. Kasihan, sedang mereka membayar ribuan ringgit untuk khusyuk di sana. Mudah mudahan mereka tidak diganggu pesona teknologi. Ia amat menyihir!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 31, 2016 21:02

January 30, 2016

AM mendakwa melihat sesuatu di dalam bilik saya di rumah ...


AM mendakwa melihat sesuatu di dalam bilik saya di rumah kami. Bagaimana rupanya? Ekor yang agak panjang. Kepalanya biru, tegak seperti mahu mematuk. Badannya kuning. Saya bertanya lanjut, adakah ia sejenis reptilia. AM menggeleng. Sekali lagi saya bertanya, di mana tepatnya si kepala biru itu berada. Jelas AM, dia seperti merangkak di bawah meja kerja saya. Mata AM bulat seperti mahu melaporkan hasil penyiasatannya lagi tentang lidah, gigi, kaki atau jenis kulit si badan kuning itu. Seusia AM, ya genap tahunnya, saya pernah percaya Margaret Thatcher ke sekolah kami bersama-sama Lady Diana. Tahun yang sama, puisi saya "Merdeka O Merdeka" disiarkan dalam tabloid Mingguan Kanak-kanak. Kerlipan yang sama dengan mata mummy AM dahulunya, mempunyai satu beg sandang - kamera (milik abah), buku nota rahsia dan novel penyiasatan. Kita serupa AM!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 30, 2016 13:29

AM mendakwa melihat sesuatu dalam bilik saya di rumah kam...


AM mendakwa melihat sesuatu dalam bilik saya di rumah kami. Bagaimana rupanya? Ekor yang agak panjang. Kepalanya biru, tegak seperti mahu mematuk. Badannya kuning. Saya bertanya lanjut, adakah ia sejenis reptilia. AM menggeleng. Sekali lagi saya bertanya, di mana tepatnya si kepala biru itu. Jelas AM, dia seperti merangkak di bawah meja kerja saya. Mata AM bulat seperti mahu melaporkan hasil penyiasatannya lagi tentang lidah, gigi, kaki atau jenis kulit si badan kuning itu. Seusia AM, ya genap tahunnya, saya pernah percaya Margaret Thatcher ke sekolah kami bersama-sama Lady Diana. Tahun yang sama, puisi saya "Merdeka O Merdeka" disiarkan dalam tabloid Mingguan Kanak-kanak. Kerlipan yang sama dengan mata mummy AM dahulunya, mempunyai satu beg sandang - kamera (milik abah), buku nota rahsia dan novel penyiasatan. Kita serupa AM!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 30, 2016 13:29

January 28, 2016

Malam tadi saya menutup bab Mengingat Mati dan Mempersiap...


Malam tadi saya menutup bab Mengingat Mati dan Mempersiapkan Diri Menghadapi Kematian. Manusia itu tidur. Apabila mati baru mereka tersedar. Itu antara baris-baris dalam syair Abu Fadhl al-Iraqi. Dan saat itu baru ada sesalan yang merupakan kata-kata: Jika dia seorang yang berbuat baik, dia menyesal mengapa tidak menambah amalnya. Jika dia seorang yang berbuat jahat, dia menyesal mengapa tidak melepaskan diri daripada semua urusan dunia.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 28, 2016 21:25

January 27, 2016

Pendapat mereka tentang buku Coklat: "Kulit buku mac...

Pendapat mereka tentang buku Coklat: "Kulit buku macam genre cerpen remaja. Gaya bahasa tidak mewakili penulisnya sekarang."Saya iyakan saja.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 27, 2016 15:43

January 16, 2016

Undangan WalimahSaya menerima kartu undangan walimah yang...

Undangan Walimah


Saya menerima kartu undangan walimah yang istimewa. Bukan sahaja tarikan rekabentuknya. Ia dikirim seorang yang saya kenali lama dahulu, ya genap 20 tahun. Kemudian saya lebih mengenali susuk ini sebagai seorang yang masyhur dalam bidangnya, neurofizik. Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdulah, pertama kali saya lakukan review kumpulan puisinya, Lawatan Lain (DBP, 1995). Lama kemudian saya mengundangnya bercakap tentang fizik dan puisi dalam SAKM. Benar, Profesor Watwa (panggilan saya) susuk  sederhana dan sarjana yang penuh kerendahan hati. Sehingga dalam kartu undangan puterinya ini, dalil yang jelas. Hanya dicatat dari Encik Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah...subhanallah! Berbanding  kebanyakan kad jemputan yang saya terima penuh dengan gelar serta kedudukan malah lulusan akademik!
Tahniah Profesor Dr Wan dan isteri kerana menerima menantu. Terima kasih sejak awal dulu mengasuh saya jadi sederhana.


Buku Prof Watwa




 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 16, 2016 13:33

January 12, 2016

BlogAda pelajar yang menyediakan blog tentang buku ini.&n...

Blog
Ada pelajar yang menyediakan blog tentang buku ini. 
Blog 
Buku ini juga. Terima kasih. 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 12, 2016 12:22

January 11, 2016

Buku usrah kamiTerima kasih buat DK yang menaja buku usra...

Buku usrah kamiTerima kasih buat DK yang menaja buku usrah kami ini. Benar, cepatnya tumbuh rasa sayang saya terhadap buku ini. Memegangnya seperti mahu terus berlama dan tidak sanggup berpisah. Apa lagi pertama kali mata saya menangkap rangkap ini: ketika Allah mula mencipta Adam, malaikat berkata, sesungguhnya bumi ini tidak cukup luas buat mereka. Lalu jawab Allah, akan Aku ciptakan kematian. Lanjut malaikat, jika begitu maka tidak ada ketenangan dalam hidup mereka. Allah pun berfirman, sesungguhnya Aku akan memberi mereka harapan. Mahu saya tidak menangis membacanya!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 11, 2016 12:51

January 6, 2016

Buku Coklat akan dilancarkan pihak penganjur acara Baca P...


Buku Coklat akan dilancarkan pihak penganjur acara Baca Puisi PENA-ITBM-DBP. Namun disebabkan saya berhalangan untuk hadir, pelancaran tersebut dibatalkan. Walau bagaimanapun saya difahamkan buku lain yang penulisnya dapat hadir, akan diteruskan acara pelancarannya. 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 06, 2016 17:15

January 4, 2016

AM lagi. Saya mula minta AM solat sunat taubat sebelum az...


AM lagi. Saya mula minta AM solat sunat taubat sebelum azan subuh hari ini. Baca niat macam mana, mummy? Saya duduk di sebelah AM sepanjang solat sunat taubat pertamanya. Memastikan dibunyikan semua bacaan wajib. Saya tahu AM tidak bertanya mengapa dia diminta untuk mendirikan solat sunat taubat. Dia tahu solat itu untuk semua kesalahannya - tidak mendengar kata, meninggi suara, menyakit hati mummy dan bapak, tidak bercakap benar, mungkir janji dan banyak lagi. Saya sebak sebenarnya apabila seawal sepuluh tahun sudah meminta AM solat sunat taubat. Saya merenung jauh dan cuba mengingat-ingat bila kali pertama saya mengangkat takbir dengan niat solat tersebut. 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 04, 2016 16:16

Mawar Safei's Blog

Mawar Safei
Mawar Safei isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mawar Safei's blog with rss.