Mawar Safei's Blog, page 126
October 23, 2015
Lagi cerita surat merah. Nampaknya kami harus ikut ...

Lagi cerita surat merah. Nampaknya kami harus ikut arahan kerajaan. Bayar denda dan upah pelukis plan untuk binaan-binaan di rumah kami. Zahar sudah mendapatkan seorang arkitek muda untuk melukis. Saya terkial-kial menyemak buku telefon yang panjang senarainya. Saya tahu ada kawan-kawan lama yang pandai melukis semasa di sekolah, sekarang menjadi arkitek bertauliah. Aduhai! Saya teringat tegur kenalan baru di al-Fikrah, susah mencari guru agama sukarela sekarang; ramai yang bersedia dan punya masa ialah mereka yang dibayar. Apa pula kaitan pelukis pelan, arkitek dan guru agama, ya?
Published on October 23, 2015 17:41
October 21, 2015
Masih kisah surat merah. Sah, kami didenda kerana membina...

Published on October 21, 2015 15:20
October 20, 2015
Seingat saya dalam hidup, saya jarang sekali menerima sur...

Seingat saya dalam hidup, saya jarang sekali menerima surat merah, surat rasmi dikenakan denda daripada kerajaan. Kelmarin kami menerima sehelai surat merah yang ditujukan kepada PEMUNYA PREMIS (ya, itulah gelarannya) dan antara kandungannya berbunyi, ... sila runtuhkan mana-mana penambahan sambungan bangunan yang telah dibuat di premis anda. Memang surat itu membuat kami bertiga terpinga-pinga. Saya menjenguk bahagian hadapan dan belakang rumah, mana bangunan baru yang kami tambah? Setahu saya, rumah kami adalah model rumah asal yang boleh dilihat sehingga ke hari ini sejak membelinya 15 tahun lalu. Berbanding tetangga yang menyambung dan membangunkan, tiada apa yang kami lakukan selain menambah sengkuap yang ketara di bahagian hadapan seperti rumah-rumah lain sebagai teduhan kereta. Rumah kami tidak semewah tetangga lain. Rumah yang paling sederhana. Arahan pihak majlis perbandaran untuk mendapatkan penafsir melukis semula plan baru (pasti dengan kos), sangat menimbulkan kemusykilan. Rumah yang hampir dilunaskan bayarannya tahun hadapan, tidak pernah diugut sebegini rupa. Dahsyatnya bahasa orang yang berkuasa!
Published on October 20, 2015 21:53
October 19, 2015
Saya bukanlah seorang yang masyhur sehingga perlu buat pe...

Saya bukanlah seorang yang masyhur sehingga perlu buat pengumuman ini lagi. Tapi kasihankan beberapa pesanan yang penting masuk, sedang saya minggu ini tidak dapat dihubungi di WA. Mohon sms saja atau buat panggilan jika perlu. Maaf dan maklum.
Published on October 19, 2015 17:52
October 18, 2015
Saya sedar, projek Kesusasteraan dan Gerontologi in...

Published on October 18, 2015 15:30
October 16, 2015
Dia datang mengingatkan saya tentang MASA. O Allah, ...

Dia datang mengingatkan saya tentang MASA. O Allah, dekatnya hati. Saat saya sedang diekori masa yang sebenarnya sebentar lagi akan deras mengambil alih tempat, dan saya segera akan ditinggalkan. Terima kasih jam gerak yang selalu berdenting nyaring pada detik yang persis. Pedoman yang dikirim untuk terus beriman dan beramal soleh; berpesan kebenaran dan kesabaran.
Published on October 16, 2015 19:06
October 13, 2015
Tahun Baru 1437.Selamat meraikannya dengan doa panjang un...

Tahun Baru 1437.Selamat meraikannya dengan doa panjang untuk terus dalam
ketaatan dan selalu dalam pengampunan.
Published on October 13, 2015 13:50
October 11, 2015
Harinya semakin dekat. Alhamdulillah, seluruh syukur,&nbs...

Harinya semakin dekat. Alhamdulillah, seluruh syukur, terima kasih kepada semua penyumbang projek Kesusasteraan dan Gerontologi. Sehingga kelmarin, menerusi wang tunai yang disumbang telah kami dapatkan hampir empat kotak besar lampin dewasa, sabun basuh pakaian dan sabun mandi. Itu keperluan utama al Fikrah buat masa ini. Allah, mudah mudahan usaha kecil ini lebih membawa hati kami menyertai tokoh-tokoh pikun itu. Redha Allah tergantung kepada keredhaan orang tua dan murka Allah tergantung kepada kemurkaan orang tua [Bukhari, Ibn Hibban, Tirmidzi dan Hakim].
Published on October 11, 2015 14:54
October 8, 2015
Pesanan si bulan penuh di penjuru jendela, sampai lagi. K...

Pesanan si bulan penuh di penjuru jendela, sampai lagi. Kita hidup di Zaman Fitnah. Kisahnya tentang fitnah yang bergentayangan pada penjuru zaman. Allah ya Allah. Ya, fitnah dan keaiban berdiri di kiri, kanan, depan dan belakang. Hampir kita tidak dapat berpaling. Mudah-mudahan Allah lorongkan hati saya untuk terus memilih jalan yang lurus, jalan orang yang Allah anugerahkan nikmat.
Published on October 08, 2015 13:25
October 6, 2015
Pedoman saya kepada para mahasiswa lewat kuliah kelmarin,...

Pedoman saya kepada para mahasiswa lewat kuliah kelmarin, yang saya petik dari buku: Bertingkah atas landasan syukur kerana itu ibadah orang yang merdeka. Sedang selama ini kita bergaya seorang pedagang kerana ibadah kita hanya mahukan pulangan. Atau pula kita berjiwa hamba, maka ibadah kita kerana takutkan Allah.
Published on October 06, 2015 13:33
Mawar Safei's Blog
- Mawar Safei's profile
- 15 followers
Mawar Safei isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.
