Roslan Jomel's Blog, page 9
August 5, 2011
Tidak Faham Berhumor
Masalah paling utama pada sebilangan ahli akademik ialah kejahilan mereka untuk berhumor. Dan saya tidak faham mengapa. Kata-kata mereka seperti buku teks.
Mereka selalu berperwatakan serius dengan pakaian pejabat dan berkaca mata. Apabila berada pada era bermasyarakat di laman maya, sering saya membaca status-status FB mereka yang kedengarannya seperti pesan dalam bilik kuliah. Sungguhlah membosankan.
Kemudian Nimoiz TY menerbitkan buku puisi jenaka. Saya membeli dua naskhah, Sudah terlalu lama kita menganggap karya sastera itu bersifat berat, rumit dan menyulitkan pemahaman. Maka, kehadiran buku Nimoiz TY mengurangkan bukan sedikit tekanan yang dipikul kesusasteraan selama ini.
Peminat-peminat laman FB tidak semuanya orang-orang yang tidak memegang buku. Atau buta pada peristiwa semasa.
Apakah akan jatuh imej dan keperibadian ilmiah seseorang ahli akademik jika sesekali berhumor? Keseriusan dan kepekatan elemen serius yang dipegang oleh ahli akademik itu, rupa-rupanya terus ditunjuk di pasaraya, misalnya. Malah ketika menekan butang lift tetaplah wajah mereka seperti sedang memberi ceramah bioteknologi. Dan itu pun saya kurang mengerti untuk apa.
Alangkah keringnya hidup sedemikian. Seumpama kertas dan kulit buku yang berkedut. Dan seandainya sesekali ahli akademik itu hendak berhumor, alangkah terasa janggal dan kosong kesannya. Dan kaedah berhumor itu tidak perlu mengikut lawak-lawak tempatan yang kita maklum tidak berkembang standardnya. Tidak salah jika ahli akademik ini berbaring di depan televisyen pada petang sabtu dengan menonton siri animasi SpongeBob Square Pants, sekali-sekala.
Dunia semakin keras di luar sana, wahai cendiakawan sekalian.

Published on August 05, 2011 20:22
August 2, 2011
Salin Dan Tampal
"Cerita ini hanyalah versi penulis atas berbagai cerita serupa, dengan latar belakang berbagai agama di muka bumi."
Demikian Seno Gumira Ajidarma menyatakan pada bahagian "Nota Kaki" untuk cerpennya yang bertajuk Dodolitdodolitdodolibret. Dengan pendedahan itu, saya fikir, Seno Gumira Ajidarma bermaksud mengkhabarkan, bahawa cerpen Dodolitdodolitdodolibret tidak sepenuhnya sebuah ciptaan asli. Dan apakah ia sebuah karya sastera seratus peratus asli pada masa kini? Ingatkah pada kes beberapa buah novel karya Ian McEwan?
Jika anda rajin, silalah baca cerpen Three Hermits karya Leo Tolstoy. Disebut cerpen itu, kerana, ramai yang menganggap terdapat persamaan antara kedua-dua isi cerpen tersebut. Tentang cara berdoa yang benar, konon, secara perlambangan rohaniah, memungkinkan para pendoa yang yakin dan iklhas itu, mampu berjalan di atas permukaan air. Malah berjalan di atas bara api pun boleh - tambahan saya sendiri.
Saya terpesona oleh kecermatan dan kerapian bahasa Seno Gumira Ajidarma. Itu ekspresi jujur dan datang secara langsung dalam hati saya sebaik sahaja selesai membaca cerpen tersebut. Tidak lebih daripada itu. Kemudian untuk dijadikan cerita, saya diberitahu oleh rakan penulis (Rebecca Ilham dan Hani Salwah Yaakup), bahawa, ada sesuatu yang kurang manis di sebalik kejayaan cerpen tersebut sebagai pemenang untuk hadiah cerpen terbaik Kompas 2010.
Saya sudah tentu sahaja saya ingin bersikap neutral. Saya maklum, GG Marquez mendapat inspirasi yang bukan sedikit sebaik sahaja menemui karya seperti Pedro Paramo atau The Metamorphosis. Mendapat sumber inspirasi dari karya-karya penulis lain untuk kemudiannya dikembangkan ke dalam karya ciptaan sendiri bukan pula suatu perkara yang menjijikkan. Tinggal lagi, apakah mampu atau setinggi mana daya kreativiti untuk mencipta suatu berdasarkan dari sumber inspirasi yang dirujuk.
Lihat bagaimana menariknya cerpen Dilarang Menyanyi Di Kamar Mandi. Atau, jangan lupa pada sebuah lagi cerpen karya Seno Gumira Ajidarma yang bertajuk, Bercinta Di Atas Perahu Cadik. Saya fikir, apabila penulis memilih kaedah kesederhanaan ketika berbahasa, lebih jauh dari itu, subjeks ceritanya juga terserlah dengan begitu bersahaja. Tidak mudah menulis sebuah tulisan yang harmonis, lancar dan senang diikuti oleh para pembaca. Ia memerlukan pengalaman dan kemahiran khusus. Saya sehingga kini tidak mampu melakukannya.
Sangatlah berbeza jika melakukan Salin Dan Tampal. Sementara Seno Gumira Ajidarma berusaha untuk "berkreativiti" pada cerpen Dodolitdodolitdodolibret.
Disebabkan kes-kes sebegini, saya lebih suka penulis yang menggunakan nama sebenar. Kita bukan lagi hidup dalam zaman penaklukan Jepun atau British. Seburuk dan dan sekuat mana karya yang dibawa di bawah nama penuh sendiri, menunjukkan kredibiliti seseorang penulis itu untuk berhadapan dengan publik. Raihani Mohd Saaid sering mengeluh kerana nama ayahnya kerap dieja salah. Betapa dia bangga dan cukup sensitif akan nama penuhnya.
Bagaimana pula dengan penulis yang menggunakan nama olok-olok? Apa masalah dia sesungguhnya di negara Malaysia ini? Ketika dia menulis, apakah dia sedang melakukan plagiat atau sebaliknya? Sedangkan kita tidak tahu siapakah dia. Seluas mana pembacaan karya sasteranya? Dan bagaimana jika dia menulis tanpa sebarang godaan dari teks-teks sastera lain?
Berbeza. Penulis yang menggunakan nama sebenar tidak perlu gusar pada tahap piawai karyanya. Ia lebih jujur malah menyerlahkan kerendahan hati. Saya sangat tidak senang pada nama-nama samaran yang tidak dikenali profil sebenarnya.
Sama ada untuk siaran akhbar, majalah bahkan zine sekalipun, nama Roslan Jomel (seperti tercatat pada Kad Pengenalan) cukup untuk mewakili kerja penulisan saya yang tidak seberapa itu. Dan saya tidak perlu berselindung dengan kekurangan dan kelemahan pada setiap penulisan justeru pembaca lain boleh berhubungan dengan saya berdasarkan pada kerja penulisan saya. Tapi, tidaklah menjadi feloni jika masih ingin menggunakan nama samaran sebagai tujuan untuk bermisteri, kononnya.

Published on August 02, 2011 15:56
July 25, 2011
Borak Buku Hujung Minggu
Saya memilih untuk hadir pada acara Borak Buku bersama Mohamad Khair Ngadiron dalam Coffee Bean. Dengan penuh semangat dan lontaran vokal yang memuaskan pendengaran, beliau bercakap isi kandungan buku Temasya Tinta karya A. Samad Ismail yang menurut pandangannya, amat relevan dengan situasi semasa. Saya teringat akan baris puisi T. S Elliot berkenaan pengulangan kejadian dalam kehidupan manusia. Masa lalu dan masa depan, mungkin juga berlaku pada hari ini.
Baiklah, saya duduk di kerusi bahagian belakang. Senang sikit untuk menyorok muka dan bergurau-senda dengan Nimoiz TY. Apabila pembicara buku mengatakan bahawa beliau amat menyenangi karya yang mengangkat realiti kehidupan, saya juga maklum, ia tidak semudah untuk dilaksanakan di negara Malaysia. Penulis-penulis tempatan yang menulis menggunakan bahasa Melayu, tampaknya begitu takut-takut untuk menulis isu semasa dengan berani, tambah pembicara buku. Tidak sebagaimana yang dilakukan oleh penulis-penulis di luar negara yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium penyampaian.
Kemudian pembicara buku menyebut novel Ketupat Cinta karya Dr. Faisal Tehrani yang dianggapnya amat kritikal dan mempunyai hubungan dengan situasi yang melanda negara. Saya belum membaca novel tersebut. Tetapi saya pernah membacanya secara bersiri dalam sebuah akhbar. Kepada penulis-penulis, sama ada mereka hendak menulis sesebuah karya berdasarkan kejadian sebenar atau membuat satira untuk mengelak daripada karyanya tidak terlalu ketara menyentuh isu-isu sebenar dalam negara, ia juga bukan suatu pekerjaan yang mudah. Karya sastera, tetap menitik-beratkan sentuhan seni, kata bijak pandai sastera.
Hujan Pagi merupakan contoh karya yang sering disebut membicarakan tentang sepak-terajang dunia persuratkhabaran. Apabila saya membaca novel tersebut ketika berusia akhir belasan tahun, saya sebenarnya lebih suka dipesonakan oleh teknik penulisan novel tersebut terlebih dahulu. Benar, saya lebih menyukai gaya GG Marquez itu sendiri berbanding percubaan yang dilakukan oleh SN Pak Samad. Disebabkan itu, saya mengatakan bukan pekerjaan mudah mengangkat isu-isu realiti dalam karya sastera. Di samping bakal berhadapan dengan pihak penguasa, suatu aspek yang lebih penting dari risiko keselamatan itu, bagaimanakah kita menulisnya dengan sedikit berseni? Berterus-terang dengan menggunakan bahasa yang mudah? Atau lebih selamat sedikit, iaitu menulisnya dengan pendekatan satira?
Di hujung bicara buku, saya bertemu dengan seorang pembaca buku kumpulan cerpen saya. Namanya Syukri Sapuan? Mantan MPR2009. Terima kasih kerana sudi membaca Namaku Epal Kuning. Dan seorang editor akhbar alternatif, memaklumkan bahawa dia sukar menemui buku Namaku Epal Kuning di kedai buku. Tahniah, kata saya. Sedangkan majalah-majalah terbitan DBP isu Julai pun belum tahu nasibnya, sama ada dicetak atau tidak.

Published on July 25, 2011 00:08
July 19, 2011
Buku-buku Karya Sahabat

Penulis Mohd. Lutfi Ishak akhirnya menerbitkan buku cerpen pertamanya pada tahun ini. Bertajuk Cerita Malam Pertama. Malangnya, ia bukan cerita berkisarkan hubungan kelamin seperti yang kita harap-harapkan. Hehehe.
Sebaliknya, sebagaimana yang kita maklum tentang lelaki kacak ini, beliau merupakan penulis yang memiliki cita-rasa falsafah yang tinggi. Perbincangan serius sesuatu isu sosial dalam blognya, mengangkat perspektif berbeza bagaimana Lutfi mengupas kemelut masyarakat semasa. Dia tidak mahu kita dibodohkan oleh temberang-temberang ahli politik. Apabila Lutfi menurunkan hujah-hujah bernasnya di laman blog, itu bermakna, rakyat Malaysia tidak mudah diperkotak-katikkan oleh sensasi konyol pihak penguasa. Saya adalah pengunjung setia pada laman blognya. Jika saya ada duit, saya akan mencari buku-buku yang disebutkan di laman blognya.

Dan seorang sahabat saya, Nimoiz TY turut menerbitkan buku terbaharu. Nimoiz TY sudah pun melangsungkan perkahwinannya. Tetapi, gelaran penulis Playboy, masih melekat dalam karektornya sehingga kini. Awas kamu di luar sana jika didampingi oleh lelaki yang mahir bermain kata-kata merayu ini. Hehehe.
Membaca buku puisi terbaharu Tukang Auta karya Nimoiz TY menyebabkan saya berasa terhibur. Apakah sebabnya? Bukan semata-mata puisi-puisi tersebut disampaikan dengan bertujuan menggelikan hati para pembaca, bahkan Nimoiz TY memiliki kecerdasan yang jarang dimiliki oleh penulis-penulis generasi baharu lain. Iatu berhumor secara sinis. Ini bukan kerja mudah. Saya yang setiap hari suka menonton siri SpongeBob Square Pants pun tidak mampu menulis walau sebuah puisi jenaka.
Kebanyakan penyair ternama tempatan jarang yang ingin menulis puisi berunsur jenaka secara produktif sebagaimana dilakukan oleh Nimoz TY. Masing-masing seperti mahu menjaga kredibiliti dan imej intelek. Masing-masing ingin dikenali sebagai pemain bahasa dengan laras yang tinggi-tinggi. Sebenarnya apa yang sedang dilakukan oleh Nimoiz TY benar-benar sesuatu kepandaian yang sulit untuk dikuasai. Menulis puisi berunsur jenaka sama payahnya menulis puisi yang digarapkan dengan penyampaian serius.
Seorang pelawak hebat dianggap berkualiti kerana kualiti yang terdapat dalam setiap persembahan lawaknya. Cuba bandingkan filem-filem komedi arahan Woody Allen dengan filem-filem komedi kita di sini. Amacam? Lagi best kan filem-filem komedi kita di sini? Belum lagi jika ingin dibandingkan dengan siri drama Desperate Housewive.
Di samping menulis cerpen dan artikel, puisi berunsur jenaka merupakan suatu jalur yang nampaknya mula menjadi "trade mark" kepada Nimoiz TY. Negara kita memiliki sumber khazanah yang tidak ternilai banyaknya dalam genre puisi jenaka. Puisi-puisi jenaka terdahulu amat akrab kepada kanak-kanak. Dan Nimoiz TY mempertingkatkan bahasa dan kesesuaian tema semasa dalam setiap puisi-puisi jenaka agar dirasakan kesannya dalam kehidupan harian kini.
Sebagai rekod, Nimoiz TY telah dianugerah HSPM untuk sebuah puisi ciptaannya yang bertajuk Sang Pelakon pada penilaian tahun 2006/2007. Manakala cerpennya yang bertajuk Batu Niah & Harapan turut menerima pengiktirafan HSPM untuk penilaian tahun 2008/2009. Saya pernah menyatakan hasrat kepada Nimoz TY untuk menulis ulasan ringkas tentang buku terbaharunya itu, Tukang Auta, di media bercetak. Tetapi, saya semakin kecewa dengan media-media cetak sekarang yang tidak ingin saya tuliskan di laman blog ini.
Published on July 19, 2011 20:33
July 16, 2011
Ulasan Buku TENTANG
Balik dari Amcorp Mall petang tadi, saya membeli buku koleksi cerpen Haruki Murakami, After Quake. Buku ini dijual murah di "flea market" tingkat bawah Amcorp Mall. RM15. Niat saya untuk ke acara urbanscape di Padang Astaka, jadi terbantut. Tetapi ada hati pula nak makan di Kenny Rogers.
Apabila membuka komputer riba di rumah, terus menuju ke laman sosial terpopular masa kini, facebook. Dan akhirnya, rebiu ringkas saya untuk buku TENTANG karya Saharil Hasrin Sanin, diterbitkan di laman jalantelawi.com. Jemputlah baca jika tak malas. Dan seterusnya Malaysia kalah lagi. Kali ini kepada kelab Liverpool. Pasukan negara kita, memenangkan kelab Liverpool dengan keputusan 3-6. Ada kemajuan.
Piala Dunia 2014 nanti, dijamin pasukan kita melangkah ke separuh akhir selepas mengalahkan Sepanyol, Jerman dan Brazil dalam peringkat kumpulan. Serius ni.

Published on July 16, 2011 10:01
July 15, 2011
Riang Ria Pada Detik 9711
Di dalam rumah, sebelum sarapan, saya mengecas bateri kamera. Bukan kamera compact. Tapi jenis dlsr. Kamera compact saya dah setahun hilang. Bukan rezeki kamera compact tu bersama dengan saya sehingga detik 9711. Jika menggunakan kamera compact, anda tak dirasakan ranggi. Namun apabila anda menggantungkan kamera dlsr di leher, sudah tentu ada sorang dua yang akan menanya apakah anda bekerja di press?
Sambil menghirup nescafe 3 dalam 1, saya bercakap seorang diri, "T-shirt apa nak pakai keluar nanti?" Oh ya! T-shirt jenama Cap Ayam yang baru dibeli dari pasar malam Jalan TAR sabtu lepas. Dengan seluar jeans corduroy warna cokelat dan t-shirt warna hitam bercetak sebelah telapak tangan, saya fikir, sangat berterampilan dan negara pun maju.
"Nak keluar jugak ke, Bang?" Tanya orang rumah saya yang sedang membaca majalah-majalah bertema kewanitaan.
"Off Course lah. That's why le saya sedang mengecas bateri kamera ni." Jawab saya dengan gaya John Travolta dalam filem Be Cool.
Orang rumah saya pada mulanya sedikit keberatan untuk bersiar-siar pada detik 9711. Kalau duduk aje dalam rumah, dapat tengok cerita Hindustan. Boleh sental baju dua baldi. Boleh layan facebook sampai 4 jam. Boleh makan nasik dalam rumah dengan ulam lady's fingers. Dengar khabar, kedai mamak banyak yang ditutup pada detik 9711.
Kalau kena pancut air berkimia, macam mana? Kalau ditembak dengan gas pemedih mata/tekak, macam mana? Kalau kena perhambat dek FRU, macam mana? Kalau Harimau Malaya kalah 4-0 dengan kelab Arsenal, macam mana? Memang dia tidak bertanyakan soalan-soalan bodoh tu dengan saya. Tapi, saya boleh menjangkakan dia memang concern akan malapetaka sedemikian.
Akhirnya kami keluar jugak pada hari itu. Sepanjang Jalan Loke Yew, amat lengang. Boleh bermain batu seremban 5 pusingan atas jalannya. Menghampiri stesen monorel Hang Tuah, kelihatan pihak keselamatan membuat benteng. Kenderaan-kenderaan keselamatan bersusun di luar Stadium Merdeka. Beberapa para wartawan dengan kamera digantung pada leher masing-masing sedang berdiri dan menunggu sebarang aksi untuk dirakamkan. Er..termasuklah saya.
Kami memilih makan tengah hari di Mc donald, sebelah pasar raya Ocean Jalan Tun H. S. Lee yang ditutup. Jam baru pukul 12 tengah hari. Nampaknya dalam Mc Donald sesak dengan pelanggan. Semua orang mengisi perut dengan hati yang senang. Para pekerja Mc Donald kelihatan bersahaja dan mesra dengan setiap pelanggan, tanpa rasa takut-takut. Nah! Mereka beruntung kerana menjalankan perniagaan seperti biasa pada detik 9711 itu. Siapalah yang yang tidak bertamadun datang membuat huru-hara dalam premis orang, kan?
Di stesen LRT Pasar Seni, saya terserempak dengan beberapa individu tersohor. Oh! Orang-orang seni, you know. Saya berdiri di tempat kebiasaannya bas menuju ke Seremban berhenti. Tetapi, sudah tentulah jalan di situ ditutup untuk laluan kenderaan awam. Di sebelah tenpat saya berdiri, beberapa orang asing dengan kamera dlsr masing-masing. Wah! Ada acara apa hari ini? Mengapa ada bengitu banyak manusia berpakaian kuning? Mengapa ada begitu banyak pihak keselamatan bersusun atas jalan raya? Ada jualan mega kah? Atau ada siaran langsung ceramah Perdana Islam?
Seterusnya saya ke lokasi itu, ke lokasi ini dan pulang ke rumah sebelum masuk waktu maghrib. Dan menonton Buletin Utama, RTM1, NTV7, TV9 dan tersenyum puas kerana inilah Malaysia kita. Sentiasa lucu dan menggembirakan rakyatnya.

Published on July 15, 2011 00:32
July 13, 2011
Wilayah Penguin
Itulah tajuk cerpen yang sedang cuba saya usahakan. Disebabkan itu, saya terpaksa terbang ke kawasan kutub berais untuk membuat penyelidikan sistem habitat, urutan demografi, seksualiti dan bagaimana kitaran kelangsungan hidup penguin di sana. Sungguh sainstifik kedengarannya. Dan saya baru menjual kereta proton waja sebagai membiayai kos penerbangan saya ke komuniti penguin.
Saya membaca semula cerpen The Ice Man karangan Haruki Murakami. Dalam wawancara, Haruki Murakami mendedahkan idea untuk cerpen tersebut berdasarkan dari mimpi isterinya. Hanya melalui mimpi? Bermakna, tiada duit yang digunakan. Jadi, mengapa saya yang serba miskin ini perlu bersusah-payah ke kawasan kutub semata-mata untuk menyiapkan sebuah cerpen fiksyen? Membeli kamera digital, camcorder dan 5 kotak mi segera sebagai kelengkapan semasa membuat kajian berbagai?
Terlanjur sudah menjual kereta proton waja, saya akan ke lapangan terbang malam ini. Dengan bagasi yang memuatkan segala peralatan elektronik. Dan imaginasi sekaligus. Saya perlu melihat dunia luar. Melihat apa yang berlaku di luar tingkap bilik saya. Saya tidak sepatutnya sekadar duduk di meja tulis dan membaca sejumlah buku di depan komputer riba yang terpasang dan merasa diri sudah cukup bijak. Selamat tinggal Malaysia. Selamat datang ke wilayah penguin.

Published on July 13, 2011 01:12
July 8, 2011
Bengkel Penulisan
Suatu hari, pernah saya diajak secara lisan untuk menjadi pembimbing sebuah bengkel penulisan cerpen. Saya menjawab, tidak berminat. Saya memberi alasan bahawa saya masih lagi dalam peringkat amatur. Masih lagi belajar dari orang lain yang lebih pandai.
Supaya tidak kedengaran sombong, saya memberi sebab mudah, saya tidak biasa bercakap di depan hadirin. Saya bimbang hadirin tidak akan faham apa yang sedang saya bebelkan di depan. Fikiran saya ke tempat lain dan percakapan saya tiada haluan, seperti orang sewel. Saya suka filem Easy Rider, manakala hadirin lebih menyukai drama bersiri Makbul.
Sehingga kini, saya membaca buku-buku bimbingan penulisan untuk menambahkan kemahiran yang belum juga mahir-mahir. Saya masih lagi membaca majalah seperti Writers yang dijual dalam kedai Popular tetapi tidak membelinya. Bagaimana menajamkan konflik dan mengekal mood keseluruhan cerpen, demikian sebahagian daripada kandungan dalam majalah tersebut.
Ada tiga bengkel penulisan cerpen yang sempat saya hadiri. MPR dan dua lagi bengkel yang diadakan oleh DBP Cawangan Sarawak di dalam bangunan DBP Cawangan Sarawak dan di daerah Sarikei. Ketiga-tiga bengkel itu dihadiri saya pada awal tahun 1990-an. Hasil daripada menghadiri bengkel-bengkel itu, saya bergaya dengan kemeja corak bunga-bunga ala Zainal Abidin penyanyi lagu Hijau, dalam gambar kenangan.
Melihat karya-karya awal, rupa-rupanya ayat saya berterabur. Kadang-kadang saya terlalu bermegah-megah menggunakan jargon yang sangat asing. Sungguh tidak sedar diri saya ini. Berpeluang menghadiri bengkel penulisan semasa menjadi peserta MPR anjuran DBPKL kemudian masih juga menghadiri bengkel yang serupa di Sarawak, saya kemudiannya memutuskan, terdapat kaedah lain, yang tidak terlalu formal, untuk menghasilkan cerpen.
Kesemua yang diajar oleh pembimbing cerpen dalam bengkel, saya tolak ke tepi apabila saya mengenali Franz Kafka, Jorge Luis Borges, Gabriel Garcia Marquez, Richard Brautigan, Kurt Vonnegut, Etgar Keret juga Haruki Murakami. Bukanlah kerana saya sudah berpindah ke negara omputeh. Segala unsur-unsur pembinaan sebuah cerpen, latar belakang, plot, konflik dan katarsis, bukan lagi menjadi keperluan utama kerana saya sedang mencipta hasil karya - berbentuk fiskyen. Bukan membuat kasut atau pasu bunga.

Published on July 08, 2011 05:35
July 1, 2011
Republik Kutu
Saya menunggu dengan penuh harapan. Tidak sehingga ke saat ini. Buku koleksi karya kreatif dan non kreatif Republik Kutu, belum lagi diulas di mana-mana media. Seperti melakukan masturbasi, apabila saya sendiri yang cuba mengulas atau menulis serba sedikit apa yang terkandung dalam buku tersebut.
Hampeh.
3 buah cerpen saya yang dimuat dalam buku Republik Kutu, 2 daripadanya pernah terbit dalam media bercetak. Cerpen Kata Barbie, Dia Bukan Boneka disiarkan dalam majalah Pelita Bahasa terbitan DBP. Dan saya menerima bayaran honorarium sebanyak RM200. Cerpen Romantika Di Tandas diterbitkan dalam akhbar Utusan Borneo dalam ruangan Yang Indah Itu Bahasa, juga tajaan DBP. Untuk cerpen itu, saya dibayar RM150.
Dengan duit bayaran itu, saya mengajak aweks makan di KFC.
Sedangkan cerpen Timbus Bayi, belum pernah, sehingga ke saat ini, terbit dalam media bercetak. Cerpen tersebut pertama kali dimuatkan dalam laman e-sastera. Sebuah laman yang dibina oleh Profesor Dr. Ir. Irwan Abu Bakar (silalah mengunjungi ke laman maya sastera itu). Pada malam penganugerahan HESCOM 2010, saya dipilih sebagai pemenang untuk kategori cerpen. Saya menulis tentang ini kerana ingin memaklumkan bahawa laman e-sastera sentiasa konsisten mengadakan acara penilaian karya pada penghujung tahun.
Jadi, sudah tentu saya bergembira, apabila, pada suatu hari, Shafiq Halim (editor dan penerbit Jargon) menjemput saya untuk turut menyumbang bahan tulisan dalam projek Republik Kutu. Dengan itu, cerpen Timbus Bayi dicetak dalam sebuah buku Republik Kutu. Saya berharap agar buku ini diterima baik oleh pembaca-pembaca yang dahagakan bahan bacaan alternatif. Itu rayuan dari Amri Rohayat, tuan punya projek buku Republik Kutu.
Cerpen Ridhwan Saidi bertajuk Pengembaraan Shell-Searching Seekor Umang-Umang Rock N' Roll menangkap perhatian saya terlebih dahulu. Saya perlu mengenali karya-karya awal dia sebelum saya memulakan bacaan novel sulungnya CEKIK, terbitan syarikat FIXI. Untuk bersikap jujur, cerpen ini dibuka menyerupai insiden yang dialami oleh Gregor Samsa dalam sebuah cerpen bertajuk The Metamorphosis karangan Franz Kafka. OK, ini fiksyen. Fiksyen selalunya berusaha memecah stereotaip umum tentang realiti. Meminjam semangat dan teknik Franz Kafka untuk menulis sering dikaitkan dengan Haruki Murakami bahkan juga Etgar Keret.
Watak "Aku" yang terbangun awal pagi dan mendapati dirinya berubah (secara fiksyen) menjadi seekor umang-umang, sangat psikologis kesannya. Saya selalu berasa gembira apabila ada usaha sebegini yang dilakukan oleh penulis kreatif. Penulis kraetif diberi semacam suatu lesen besar untuk bebas mencipta apa-apa sahaja dunia imaginasinya. Oleh kerana cerpen ini ditulis pendek, maka perjalanan, "Aku" atau seekor umang-umang itu, dihentikan di sebuah rumah ayah dan ibunya. Dan memakan lauk ketam masak kari kesukaan "Aku" atau seekor umang-umang. Apakah cerpen ini mengundang maksud berlapis? Sudah tentu ada. Disebabkan itu, membaca karya kraetif, otak juga harus dipaksa untuk berfikiran kreatif.
Serius jugak bunyi ulasan saya ni.
Sorotan psikologi golongan orang muda yang hidup sedikit bertentangan dengan kebiasaan masyarakat (lihat kecenderungan muzik yang diminati oleh "Aku" itu), saya fikir, menjadi tema magis kepada cerpen yang sangat ringkas itu. Jika Ridhwan Saidi mengembangkan cerpen ini menjadi lebih panjang, usaha untuk dia mengkomplekskan penceritaan akan lebih menguji kemahiran penulisannya.
Kemudian, dalam cerpen bertajuk Pengalaman Manisku Selama Menjadi Seorang Pencuri Seluar Dalam, Ridhwan Saidi sekali lagi melakukan suatu usaha, yang menurut saya, jika dikembangkan menjadi lebih panjang atau diperdalamkan, cerpen yang menggunakan tajuk yang sungguh menarik ini, pasti menjadi sebuah cerpen yang wajar dipandang dengan serius. Khayalak sastera kita memerlukan cerita-cerita masyarakat yang jujur dan diolah dengan baik.
Perihal mencuri seluar dalam pernah ditulis dalam sebuah puisi oleh Arwah T. Alias Taib. Saya sangat suka puisi tu.
Saya ingin menyebut di sini, (Profesor) Rahman Shaari, penyair, penulis skrip teater, novelis cerpenis, pernah menghasilkan sebuah cerpen yang ceritanya tentang seorang watak yang mengalami suatu jenis penyakit gila seks. Fetish? Watak dalam cerpen karya Rahman Shaari itu amatlah berminat pada seluar dalam wanita yang belum dicuci. Seluar dalam wanita yang dijual di pasar raya, kurang nilai sensualnya pada watak tersebut. Cerpen tersebut (saya lupa tajuknya kerana saya sudah tidak kacak lagi) terbit dalam majalah seumpama Dewan Sastera. Nah! Mengapa cerpen-cerpen eksentrik sebegini jarang muncul lagi?
Malas pulak saya untuk menulis panjang-panjang di blog ini. Cerita-cerita selebihnya dan tulisan-tulisan genre lain yang terdapat dalam buku Republik Kutu tidak kurang menariknya. Raikan kepelbagaian corak penulisan daripada penulis-penulis kita. Ada karya dari Hafiz Hamzah, Amaluddin Zhafir, Stam Mustapha, Fadli al-Akiti dan lain-lain. Saya, dengan gaya DBP saya (ehem!) manakala penulis-penulis lain, teruskan gaya penulisan anda dan lakukanlah eksplorasi tanpa sempadan selagi ia bernama fiksyen.
Saya nak merokok sekejap.

Published on July 01, 2011 19:30
June 30, 2011
Sedikit Catatan
Baiklah, saya selalu dirundung kecewa apabila mengunjungi blog rakan-rakan penulis (pengkarya kreatif) di Sarawak. Mungkin mereka tidak ghairah menulis di blog. Saya kurang sangat berminat mengunjungi blog yang dijadikan ruang untuk meletakkan karya kreatif. Maka, laman blog mereka seperti sekadar "asal ada" dan terus terbiar dalam tempoh yang begitu lama.
Menulis di blog, jika dilihat dengan perspektif positif, adalah seperti suatu latihan untuk displin penulisan. Menulis cerpen, misalnya. Apabila saya berasa mengantuk selepas membaca novel yang agak tebal, dibosankan oleh "dialog-dialog cerdik" dari drama bersiri, kekeringan idea untuk meneruskan draf karya kreatif, maka, blog adalah ruang untuk menulis dengan santai.
Saya mengharapkan catatan-catatan di blog rakan-rakan penulis Sarawak sentiasa dikemaskini. Saya juga kurang mengenali rakan-rakan penulis Sarawak yang jauh lebih muda dari saya. Apakah mereka memiliki blog atau Facebook? Apakah cita rasa dalam penulisan mereka selain daripada menambah jumlah kenalan pada akaun Facebook, misalnya?
Tidak perlu meletakkan kertas kerja atau menampal tulisan-tulisan dari sumber lain untuk disumbat di blog. OKlah jika ingin hendak mempromosikan buku-buku terbaharu untuk makluman pengunjung. Saya pun melakukan perkara sedemikian. Catatan yang santai, sederhana dan sedikit-sebanyak membicarakan buku-buku yang telah dibaca, amatlah lebih baik. Apakah buku yang anda baca sekarang, kawan?
Juga, laman sastera di akhbar Sarawak, sudah sepatutnya memiliki laman Facebook. OKlah, jika tiada secara "on line". Tiada peruntukan kerana bimbang menjejaskan penjualan akhbar secra fizikal. Membuat akaun Facebook, saya fikir tidaklah susah. Percuma. Dan manfaatkan era teknologi. Sedangkan masing-masing berebut untuk membeli iphone hujung bulan nanti. "Kawan saya dah ada ipad3," kata isteri saya hampir setiap kali sejak kebelakangan ini.
Saya, di sini, di Kuala Lumpur, ingin tahu apa yang diisi dalam ruangan Wadah Bahasa dan Sastera. Disebabkan saya menulis secara kosisten untuk ruangan Yang Indah Itu Bahasa (terima kasih editor, Puan Norazlinda Misran) saya, selalu sahaja gagal memiliki keratan akhbar yang menerbitkan karya-karya tulisan sendiri. Mengapa perkara sebegini kelihatan sebegitu sukar dibuat? Sudah lama saya memikirkan akan hal ini. Janggut saya yang panjang, sudah beberapa kali dicukur.
Melalui Facebook, mengapa tidak kita melakukan sedikit sumbangan demi mengetengahkan aktiviti penulisan di Sarawak? Baiklah, memang ada beberapa individu yang cuba berusaha menyampaikan perkembangan penulisan di Sarawak. Mengkahabarkan bahawa berlangsungnya acara berpidato, berbengkel dan juga berbicara. Terima kasih atas usaha sedemikian. Dan, kita juga ingin melihat kesinambungan dalam hal-hal lain untuk diwujudkan melalui laman maya, Facebook yang menjadi ketagihan kita semua sekarang. Er..apa status terbaharu anda di Facebook? Bertemakan BERSIH?

Published on June 30, 2011 18:17
Roslan Jomel's Blog
- Roslan Jomel's profile
- 25 followers
Roslan Jomel isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.