Sedikit Catatan
Baiklah, saya selalu dirundung kecewa apabila mengunjungi blog rakan-rakan penulis (pengkarya kreatif) di Sarawak. Mungkin mereka tidak ghairah menulis di blog. Saya kurang sangat berminat mengunjungi blog yang dijadikan ruang untuk meletakkan karya kreatif. Maka, laman blog mereka seperti sekadar "asal ada" dan terus terbiar dalam tempoh yang begitu lama.
Menulis di blog, jika dilihat dengan perspektif positif, adalah seperti suatu latihan untuk displin penulisan. Menulis cerpen, misalnya. Apabila saya berasa mengantuk selepas membaca novel yang agak tebal, dibosankan oleh "dialog-dialog cerdik" dari drama bersiri, kekeringan idea untuk meneruskan draf karya kreatif, maka, blog adalah ruang untuk menulis dengan santai.
Saya mengharapkan catatan-catatan di blog rakan-rakan penulis Sarawak sentiasa dikemaskini. Saya juga kurang mengenali rakan-rakan penulis Sarawak yang jauh lebih muda dari saya. Apakah mereka memiliki blog atau Facebook? Apakah cita rasa dalam penulisan mereka selain daripada menambah jumlah kenalan pada akaun Facebook, misalnya?
Tidak perlu meletakkan kertas kerja atau menampal tulisan-tulisan dari sumber lain untuk disumbat di blog. OKlah jika ingin hendak mempromosikan buku-buku terbaharu untuk makluman pengunjung. Saya pun melakukan perkara sedemikian. Catatan yang santai, sederhana dan sedikit-sebanyak membicarakan buku-buku yang telah dibaca, amatlah lebih baik. Apakah buku yang anda baca sekarang, kawan?
Juga, laman sastera di akhbar Sarawak, sudah sepatutnya memiliki laman Facebook. OKlah, jika tiada secara "on line". Tiada peruntukan kerana bimbang menjejaskan penjualan akhbar secra fizikal. Membuat akaun Facebook, saya fikir tidaklah susah. Percuma. Dan manfaatkan era teknologi. Sedangkan masing-masing berebut untuk membeli iphone hujung bulan nanti. "Kawan saya dah ada ipad3," kata isteri saya hampir setiap kali sejak kebelakangan ini.
Saya, di sini, di Kuala Lumpur, ingin tahu apa yang diisi dalam ruangan Wadah Bahasa dan Sastera. Disebabkan saya menulis secara kosisten untuk ruangan Yang Indah Itu Bahasa (terima kasih editor, Puan Norazlinda Misran) saya, selalu sahaja gagal memiliki keratan akhbar yang menerbitkan karya-karya tulisan sendiri. Mengapa perkara sebegini kelihatan sebegitu sukar dibuat? Sudah lama saya memikirkan akan hal ini. Janggut saya yang panjang, sudah beberapa kali dicukur.
Melalui Facebook, mengapa tidak kita melakukan sedikit sumbangan demi mengetengahkan aktiviti penulisan di Sarawak? Baiklah, memang ada beberapa individu yang cuba berusaha menyampaikan perkembangan penulisan di Sarawak. Mengkahabarkan bahawa berlangsungnya acara berpidato, berbengkel dan juga berbicara. Terima kasih atas usaha sedemikian. Dan, kita juga ingin melihat kesinambungan dalam hal-hal lain untuk diwujudkan melalui laman maya, Facebook yang menjadi ketagihan kita semua sekarang. Er..apa status terbaharu anda di Facebook? Bertemakan BERSIH?

Published on June 30, 2011 18:17
No comments have been added yet.
Roslan Jomel's Blog
- Roslan Jomel's profile
- 25 followers
Roslan Jomel isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.