Roslan Jomel's Blog, page 7
December 3, 2011
merah
di medan selera atau restoran, saya sering bertemu dengan rakan-rakan penulis atau sesekali bertemu dengan individu-individu yang bekerja di agensi kebahasaan dan kesusasteraan. jarang saya terserempak dengan mereka di stadium bolasepak atau di bilik air pusat membeli-belah, contohnya.
entah mengapa, tempat minum dan makan menjadi lokasi kegemaran untuk bersembang tentang kecintaan(atau juga kebencian)masing-masing pada dunia penulisan. apakah ia sebuah ruang awam yang paling santai untuk berdiskusi dunia ilmu atau sekadar tempat untuk mengatakan orang ini dan orang itu?
sambil menghirup kopi atau sirap bandung, pelbagai cerita dan pandangan berkaitan dengan kesusasteraan malahan intrik di dalam persatuan penulis diungkapkan untuk pendengaran rakan-rakan yang berlonggok mengelilingi meja. sejujurnya, subjeks politiking sedemikian bukan kesukaan saya untuk didengar. apabila saya menghadirkan diri dalam program Borak Buku, misalnya, saya mengharapkan ada pengetahuan-pengetahuan baharu daripada pembicara jemputan dengan buku pilihan mereka.
saya mahukan sesuatu rangsangan untuk menajamkan kemahiran penulisan melalui pertemuan-pertemuan rakan penulis. kupasan karya, membicarakan kegeniusan bakat seseorang penulis besar dan mencari dimensi-dimensi terselindung yang ada dalam kekuatan sesebuah karya hebat. topik sedemikian lebih mencambahkan perspektif baharu dalam penulisan masing-masing berbanding berbicara tentang perkara di luar lingkup kesusasteraan. tetapi, kelazimannya, tatkala perut sudah berisi segala jenis makanan dan minuman, apa yang disembangkan tidak selalu menarik perhatian saya.
bukan tidak pernah kedengaran, dari meja makan dan minum, saya kadang-kadang terpana dan terusik oleh kenyataan mahupun pandangan yang bernada suram. misalnya yang sebegini: sekiranya menerbitkan karya tulisan ke sebuah akhbar negeri dianggap sedikit rendah tarafnya berbanding mendapat siaran di media nasional, apakah ia suatu sikap yang tepat memajukan bakat penulisan seseorang? apakah yang membezakan standard penulisan antara kedua-dua media tersebut jika bukan pada aras kualitinya?
atau bagaimana pula dengan mentaliti penulis generasi baharu yang siang malam menyemak laman sosial di FB tetapi tidak tahu perkembangan terkini hal ehwal kesusasteraan dan media-media yang menampung bahan tulisan boleh berlaku? sedangkan ketika bersembang di meja makan, kedengarannya mereka kelihatan amat cerdik, kemaskini dengan keadaan semasa, vokal dan sedang mengusahakan beberapa manuskrip yang bakal siap pada sekian-sekian tarikh hinggakan saya duduk di sebelah mereka terpaksa mengangguk dan tersenyum kambing.
disebabkan kisah-kisah sedemikianlah saya selalu merindui pertemuan sesama rakan penulis di meja makan. di samping memenuhi tembolong, saya juga didengarkan celoteh-celoteh yang mungkin bermanfaat untuk menambahkan vitamin dalam fikiran saya pula.

Published on December 03, 2011 03:45
November 24, 2011
kalau peria itu tidak pahit
sesiapa yang pernah menghabiskan buku Istanbul karangan Orhan Pamuk, pasti terkesan oleh beberapa perkara tentang sudut tersembunyi dalam hati pengarangnya mahupun tentang kota itu sendiri. pembaca juga mungkin maklum, cita-cita terawal Orhan Pamuk ialah melukis. bukan menjadi penulis. siapa tahu, kita tidak akan mengenali Orhan Pamuk seandainya dia tetap berkeras ingin menjadi pelukis sehingga kini.
hal peralihan cita-cita ini juga sangat menarik. pada bahagian terhujung sekali buku memoir ini, terdedah bagaimana kegagalan cinta pertama Orhan Pamuk menyebabkannya tergelincir untuk menjadi penulis. dan dia benar-benar menulis seperti yang kita maklum sekarang. rupa-rupanya Orhan Pamuk berjiwa sentimental. disebabkan itulah penulisannya jauh mendalam dan terperinci.
sebelum ke perenggan terakhir dalam buku ini, ibu Orhan Pamuk mengingatkan kepada anak lelakinya itu akan situasi seni dalam negaranya (sebagaimana juga yang terjadi dalam negara-negara lain). disebabkan Orhan Pamuk menulis buku memoir itu dengan jujur, maka, diturunkan dialog daripada mulut ibunya (sambil menghisap rokok):
"Ini bukan Paris, kau tahu. Ini Istanbul. Bahkan jika kau adalah pelukis terbaik di dunia, tiada yang akan memberi perhatian sedikit pun. Kau akan menghabiskan hidup sendirian. Jika kita ini masyarakat kaya yang menghargai seni dan lukisan, nah, mengapa tidak? Namun, bahkan di Eropah, setiap orang maklum bahawa Van Gogh dan Gauguin adalah orang gila."
dialog sedemikian belum ironis kepada saya. dan di bawah ini, saya kutip dialog yang paling jujur dan mencerminkan kebimbangan fikiran pihak ibu bapa masa sekarang berkaitan dengan subjek seni. dengan penuh harapan, ibu Orhan Pamuk mencerahkan simpang-siur kesedihan dalam hati Orhan Pamuk, betapa payahnya jika ingin menghambakan diri kepada tuntutan seni:
"Di Eropah, banyak orang menjadi seniman kerana mereka bangga dan dihormati. Kerana di sana, mereka tidak menyamakan seniman dengan tukang atau pencopet. Mereka memperlakukan para seniman seakan-akan mereka itu makhluk istimewa. Tetapi, apakah kau benar-benar mengira dapat menjadi seniman di negara seperti ini dan tetap mempertahankan kebanggan dirimu? Untuk dapat diterima oleh orang-orang di sini, yang sama sekali tidak mengerti tentang seni, agar orang-orang ini mahu membeli hasil karyamu, kau harus menjilat pemerintah, menjilat orang-orang kaya, dan yang paling buruk, menjilat para jurnalis yang setengah buta huruf itu. Apa menurutmu kau sudah bersedia mengahadapi ini?"
Orhan Pamuk akhirnya memilih untuk tidak menjadi pelukis. Dia tidak berganjak daripada kecenderungan seni. Sehingga kini Orhan Pamuk masih menulis demi membuktikan kepada sesiapa pun juga, jangan mengalah kepada desakan persekitaran. disebabkan itulah, barangkali, buku memoir ini melepasi tahap buku memoir biasa. sudah tentu kerana ia ditulis dengan nuansa artistik.

Published on November 24, 2011 19:29
November 6, 2011
yang menjajah dan dijajah
diberi secara percuma 3 buah buku pada majlis tinta kenyalang 2011, saya memilih buku karya Rahimah A. Hamid yang bertajuk Fiksyen Pascakolonial -Yang Menjajah Dan Dijajah untuk dibaca terlebih dahulu. sementara masih di Sarawak, dan tidak menulis sebarang karya kreatif. dua buah buku lagi, Lisan Dan Tulisan - Teks Dan Budaya karya Noriah Taslim dan Naratologi Shahnon Ahmad, karya Talib Samat. Ketiga-tiga buah buku terbitan DBPKL dan kesemuanya mengkhusus kepada perbicaraan kesusasteraan.
maknanya, bulan depan saya tidak perlu membeli buku baharu lagi. duit yang diperolehi dari ganjaran penulisan boleh digunakan untuk membeli pucuk ubi kayu di pasar malam Jalan Tar atau seluar jean di kedai bundle.
buku ilmiah setebal 494 muka surat karya Rahimah A. Hamid yang memfokus perihal masa depan sesuatu bangsa, tidak dapat tidak, sentiasa relevan. kesusasteraan, suatu bidang keilmuan yang tidak mungkin dengan semberono dipermudahkan etika penulisan mahu pun pengupasannya. biar pun di luar, masyarakat kita masih bertekak tentang kepentingan bahasa Melayu atau bahasa Omputeh, untuk dijadikan bahasa medium untuk pengajaran Sains dan Matematik. aktiviti persuratan, masih dirai. acara penganugerahan kepada mereka yang berbakat dalam penulisan, tidak pernah diabaikan.
jadi, kembangkanlah hidung masing-masing sambil merenung sijil penghargaan yang diberi. dan jangan ambil perhatian pada isu pembatalan acara Seksualiti Merdeka. menjelang tarikh pilihanraya, perkara-perkara pelik, secara tradisinya, memang mengiringi acara kemuncak pembuangan undi.
menyelak helaian demi helaian buku Fiksyen Pascakolonial, saya teringat akan sebuah puisi bertajuk Penjelasan Petugas Hotel, karya SN Muhammad Haji Salleh dalam buku Watak Tenggara. buku terbitan Pustaka Cipta tahun 1993 dibeli ketika saya baharu tahu lokasi Kampung Attap. Tempat yang kini sering dilalui. 18 tahun kemudian, saya menulis puisi bertajuk Penjelasan Pekerja Kilang. sebab yang paling kuat saya menyukai puisi-puisi SN Muhammad Haji Salleh ialah ketajaman kata-katanya. renda-renda bahasa gaya pengarang terdahulu, diroboh oleh deretan ayat yang lebih berotot, tegas dan berdesing ke pendengaran.
kata-kata SN Muhammad Haji Salleh dalam puisi Penjelasan Petugas Hotel;
bangsaku lebih menghina
daripada orang putih
lebih nyaring tuntutan,
lebih kecil tukarannya.
dengan ayat pedih itu, saya meneruskan bacaan buku Fiksyen Pascakolonial, kerana, di luar sana, penjajahan masih dilakukan. dan marilah kita bergembira kerana menjadi sebahagian daripada warisan penjajah.

Published on November 06, 2011 19:28
November 4, 2011
majlis tinta 3 november
naik atas pentas menerima hadiah, saya terimbas kali pertama ketika majlis hadiah sastera siswa-bank rakyat tahun 1991 di hotel Hilton Kuala Lumpur. kedua-dua majlis itu saya menyarung kasut untuk berjogging. kasut hitam berkilat kurang sesuai kepada saya.
berada dalam balai budaya Dewan Bahasa dan Pustaka bandar Kuching mujur berkesempatan bertemu dengan Jong Chian Lain. saya bertanya apakah novel terbaharu beliau. dengan tidak menunjukkan riak muka bahawa beliau merupakan penulis terkenal, beliau mengatakan buat masa sekarang, masih belum diusahakan. dia hendak berehat seketika. dan menyatakan ada masalah kesihatan yang menahan seketika keghairahan kerja penulisan beliau.
bertemu dengan penulis yang mudah mesra dan merendah diri seperti beliau di Sarawak, negeri kelahiran saya, amat menyenangkan hati. tidak sia-sia saya menghadirikan diri di majlis tinta kenyalang 2011. "saya menyukai cerpen saudara," katanya dan menyebabkan saya tidak mampu mengatakan terima kasih. setelah menjadi penulis kelahiran Sarawak pertama dianugerah SEA Write Award, novel OK OK merupakan buah tangan terbaharu beliau.
walaupun saya duduk sebaris dengan beberapa penulis tersohor Sarawak, jauh dalam hati, saya merasa asing dan canggung. siapa yang hendak diajak bercakap, fikir saya. kemudian baharu datang Dahiri Saini dan Jaya Ramba. malangnya saya tidak bertemu Abizai Abi. memang ada beberapa penulis yang ingin diajak berbual. malangnya saya berasa ragu-ragu apakah penerimaan mereka terhadap saya yang separuh Semenanjung Malaysia separuh Sarawak ini. maka saya berdiri mendiamkan diri dan ingin segera keluar dari balai budaya. duduk melepak di kedai kopi di bandar Kuching lebih menyelesakan. tiada protokol dan bebas daripada suasana formal yang melemaskan saya.
apabila saya melihat senarai pemenang untuk genre puisi dalam kategori hadiah penghargaan penulis-penulis Sarawak, saya disedarkan oleh beberapa nama baharu yang mungkin tidak pernah didengar oleh saya mahu pun teman-teman penulis di Semenanjung Malaysia. begitu juga apabila melihat golongan pelajar yang turut melibatkan diri dalam bidang penulisan. suatu perkembangan yang merangsangkan kepada aktiviti sastera di Sarawak. dan harapnya mereka akan berkarya di pelbagai media di Semenanjung Malaysia pula selepas ini.
oh ya, syukur untuk hadiah-hadiah diterima. rezeki hari raya haji. hu hu hu.

Published on November 04, 2011 18:15
October 31, 2011
tentang Kuching
membaca buku memoir Istanbul karangan Orhan Pamuk, menjadikan saya terasa ingin menulis tentang Kuching. bandar separuh moden yang saya diami dengan penuh kecintaan walau kini harus memilih untuk berjauhan dengannya. loghat Melayu Sarawak saya tidak pernah hilang sekian lama saya merantau di bandaraya Kuala Lumpur. demikian saya sering ditanya, mengapa saya seperti kurang berminat menulis cerita perihal orang Sarawak berlatarkan di negeri Sarawak. bukan tidak pernah saya menyampaikan kecintaan pada bandar Kuching lewat puisi-puisi. saya menceritakan tekanan psikologi si perantau yang terperangkap antara suasana elit di bandaraya Kuala Lumpur sebaik sahaja tiba semula ke tanah Bumi Kenyalang. jika saya terpaksa melukis dengan ayat-ayat puitis, akan saya contengkan sedikit warna suram dan perang di hujung puisi. saya tidak menulis yang indah-indah untuk menghiburkan hati. dan bandar Kuching tidak mungkin menerima segala pengakuan dari saya betapa merdu atau kasar sekalipun saya berpuisi. bandar Kuching tetap tinggal diam dan dingin.suasana sunyi dan tenteram menjadi atmosfera yang melindungi bandar Kuching biar sedemikian derasnya urbanisasi cuba dimasukkan ke dalam struktur pembinaan semulanya. ketika saya melintasi bangunan-bangunan lama yang pernah meriah ketika usia remaja saya. betapa pilu dan tidak berdayanya untuk saya mencintai bandar Kuching. pokok dan lalang yang tumbuh pada Kuching Plaza, Perpustakaan Negeri diruntuhkan untuk didirikan bangunan yang lebih hebat dan bertingkat-tingkat, tasik reservoir yang tidak lagi dikunjungi pasangan kekasih, jambatan di kampung digantikan dengan hamparan asfal, bas yang semakin payah dilihat melalui jalan bandar, panggung wayang Cathay yang dijadikan pasar barangan rumah dan anak-anak muda belasan tahun yang lebih suka menyebut "ayam" berbanding "manok" untuk menunjukkan mereka dekat pada cita rasa bandaraya Kuala Lumpur.mahu ke mana kau dibawa bandar Kuching?
Published on October 31, 2011 18:14
October 26, 2011
s.o.s

dia menghadapi dilema sebaik sahaja cerita siap ditulis. cerita yang ditulis dirasakan agak panjang. tetapi dia menaruh keyakinan kepada ceritanya. jadi, dia mencuba untuk mengirim cerita ke media dengan harapan. siapa tahu, jika ceritanya diterbit, maka benarlah bahawa dia sesungguhnya berbakat dalam bidang penulisan. dia baharu sahaja menerima penyeksaan pertama ketika editor memulangkan manuskrip ceritanya dengan alasan cerita tersebut agak panjang.
dengan demikian, editor telah menganjurkan kepada dia, si penulis, untuk memendekkan cerita bersesuaian dengan saiz diperuntukkan oleh ruang media. tidak menjadi masalah, dia tetap juga memendekkan cerita. apa yang tinggal pada manuskripnya, tidak ubah seperti isi ikan yang dikikis sehingga kelihatan tulang sahaja. pengorbanan melepaskan keegoaan dan keaslian karyanya demi melihat cerita terbit di media kepada editor benar-benar meluluhkan hati si penulis. bahkan percubaannya meringkaskan cerita sehingga ke tahap paling minimum turut tidak membawa penulisannya tercetak di media. apa mahunya editor itu, marah si penulis.
dengan jiwa tertekan dan hilang sabar, si penulis akhirnya mengambil keputusan hanya mengirimkan kertas kosong kepada editor. itulah sahaja jalan penyelesaian kepada kerenah editor. itulah pilihan berkias kepada keangkuhan editor. editor kemudian memulangkan manuskrip kosong itu kepada si penulis, kerana tiada apa lagi perlu diperkatakan. si penulis merasakan usaha penulisannya sia-sia sementara editor pula harus berfikir dari segi kelangsungan hayat penerbitan majalahnya.
demikian sebahagian kandungan cerpen "Sehingga Ke Infiniti" karya Anthony N Fragola. dilema sedemikian barangkali lumrah kepada insan penulis yang terpaksa berdepan dengan pelbagai kemungkinan halangan ketika menghantar karya. kesesuaian konsep, pergelutan saiz dan bakat kreatif seseorang penulis serta budi bicara editor sentiasa tegang dalam hubungan. penulis mahukan keaslian ceritanya dipertahan tetapi tidak kepada editor yang berfikir dari sudut saiz, konsep, moraliti atau juga bakat.

kita menaruh harapan besar sebaik sahaja majalah s.o.s diterbitkan. ia bukan sahaja memberi ruang kepada mata pena penulis-penulis muda mengasahkan pandangan dan mempelbagaikan pendapat, jauh daripada itu, membentuk media yang bersifat lebih bebas dan tidak cenderung bersifat formal. masa depan majalah s.o.s bermula pada hari ini. andai diberi sokongan padu oleh khalayaknya, tidak mustahil majalah s.o.s akan dapat dilihat 30 tahun lagi, misalnya. terima kasih kepada mereka yang bermurah hati menzahirkan idea dan wawasan anak-anak muda sehingga membentuk sebuah majalah yang anda sedang pegang sekarang.
Published on October 26, 2011 01:45
October 20, 2011
menganugerahkan hasil karya
jika tiada aral melintang, saya akan balik ke Sarawak 3 hb November. juga jika tiada hal menghalang, pada pukul 2 petang hari yang sama, saya akan menghadirkan diri di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak sempena Majlis Tinta Kenyalang 2011. majlis apakah itu? saya akan menceritakannya di perenggan ke tiga di bawah.
dengan buku memoir Istanbul karangan Orham Pamuk, novel Pedro Paramo karangan Juan Rulfo dan buku puisi Setitik Darah di Bilik Bundar karangan SN Muhammad Haji Salleh dibekal, menjadi peneman masa senggang selama seminggu di tanah kelahiran, Bumi Kenyalang tercinta. buku cerpen After Quake karangan Haruki Murakami, dibeli dari jualan murah di tingkat bawah Amcorp Mall akan diulang baca.
pada tahun 1991, jika tidak silap, saya pertama kali menghadirkan diri pada sebuah majlis yang dikenali dahulu dengan nama Hadiah Penghargaan Penulis-Penulis Sarawak. majlis diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak pada sebelah malam, selepas waktu Isyak, jika tidak silap. waktu solat di negeri Sarawak memang lebih awal dari waktu solat di negeri-negeri Semenanjung. saya hadir dengan lagak kononnya orang seni. rambut diminyak code 10 dan baju berbunga ala Zainal Abidin penyanyi lagu Hijau. o yeah!
dengan sedikit tersipu bercampur ghairah, maka saya pun menghadirkan diri. tahu-tahu sahaja kerana gugup, saya tersalah tempat duduk di kerusi vip. Puan Hajijah Jais (orang besar Jabatan Penerbitan DBPKL sekarang)dengan senyuman melihat kecanggungan saya, mengarahkan saya untuk duduk di meja belakang. haha! pada majlis yang menganugerahkan pencapaian para penulis Sarawak menghasilkan karya-karya sastera itu, penilai hadiah belum lagi memilih saya sebagai pemenangnya. saya masih muda ketika itu, pipi masih terbentuk dan sekarang sudah tembam ditambah dagu yang berlipat dua.
duduk di meja belakang, saya merenung diri sendiri, melihat barisan pemenang diraikan. duduk menyandar di kerusi ketika itu, saya sedar akan pembacaan yang masih sempit, darjah kefahaman masih cetek apalagi dengan jangkauan intelek agak terbatas. ketika masih muda, saya sering menyalahkan hal-hal tanpa sebab, mudah terlepas cakap kerana keterbatasan fahaman dan selalu dialahkan oleh kerendahan adab serta ilmu. maka, lebih kurang 20 tahun kemudian, jika tiada aral mengganggu, saya akan menghadirkan diri untuk Majlis Tinta Kenyalang (nama baru kepada Hadiah Penghargaan Penulis-Penulis Sarawak)dan mungkin tidak lagi duduk di meja sebagai hadirin.
merindui kau Pasar Kuching..

Published on October 20, 2011 18:58
October 16, 2011
tahniah SN Shahnon Ahmad
sambil melepas penat mata membaca novel Hard-boiled Wonderland and The End of The World karangan Haruki Murakami, (konon novel itu paling disukai Jay Rubin, penterjemah sekian karya-karya Haruki Murakami)saya menyelak laporan berita sastera di akbar Berita Harian secara talian.
tahniah SN Shahnon Ahmad yang akhirnya dinobat sebagai penerima hadiah sastera MASTERA. pilihan yang sukar diragui lagi.
secara konsisten, SN Shahnon Ahmad membentangkan pandangan serta sikapnya terhadap sastera dalam majalah Dewan Sastera. insan penulis inilah yang paling saya segan kerana sentiasa hidup segar dalam kesusasteraan kita. ideanya kadang-kadang mengejutkan. demikian karya-karya seperti Tivi dan Shit dituliskannya sehingga menyukarkan fahaman selesa pihak pembaca.
dengan semangat tidak pernah kering, bahkan beliau menganjurkan kepada para penulis supaya segera insaf akan misi dan wawasan masing-masing dalam bidang kesusasteraan. saya jadi terkenang pada ruangan kolum yang ditulis Arwah SN S. Othman Kelantan yang secara berseni menegur kelalaian kita.
melalui mata pena SN Shahnon Ahmad, diangkutnya nama-nama sasterawan luar biasa dari negara-negara Amerika Selatan ke halaman artikel-artikel untuk mengingatkan kepada penulis-penulis di sini betapa luas dan rencamnya gaya penulisan. realisme telah diberi dimensi baharu yang lebih segar. imaginasi dilayangkan dari bakat-bakat genius.
kepada SN Shahnon Ahmad,tahniah sekali lagi.

Published on October 16, 2011 23:28
October 13, 2011
berenggang
hari ini, saya memilih untuk berenggang daripada fb. sudah lama saya ingin melakukannya, tapi tertangguh. sementara mungkin, tidak tahu bila saya akan kembali bersosial di fb. di laman sosial tersebut, saya gembira berkenalan dengan pemilik fb yang bijak mengurus kefahaman. pemilik-pemilik fb yang saya jangka memiliki daya intelek tinggi dan tidak sesekali menutup pandangan berbeza atau berasa ego dengan perspektif sendiri.
terlalu banyak buku perlu dibaca. buku-buku tebal sastera yang harus diulangi. karya-karya penulis yang perlu ditelusuri kerana kecerdikan penceritaan. tidak, saya memilih untuk tidak lagi terlibat merebiu sebarang buku lagi di blog. apa boleh buat. Haruki Murakami mengajar saya untuk menolak berbicara tentang karya orang lain. dengan perasaan menyesal kerana sepatutnya saya memperkenalkan karya-karya rakan penulis di blog.
semoga saya kembali fokus menulis, selepas ini, dan belajar dengan rasa rendah diri kebijaksanaan bakat dan intelektualiti dari penulis-penulis lain.

Published on October 13, 2011 08:23
October 11, 2011
dunia gantian
tanpa dunia gantian, meminjam istilah SN Muhammad Haji Salleh dalam buku Puitika Sastera Melayu, hidup barangkali mendatar.
kreativiti dengan nama tuanya, begitu membuka pintu kepada penulisan, imaginasi, bahasa, ilmu dan perasaan malah fikiran menjadi lebih diindahkan. atau dari kreativiti itu, surat ditujukan kepada kekasih dimerdukan bisikannya.
demikian sastera membina dunia gantian. tempat di mana wayang kehidupan ditunjukkan. segala yang hitam dan belum diberi warna, diberi kesempatan untuk bergelut di atas halaman naratologi. watak jahat dipatahkan di pertengahan babak. watak baik menemui penghujung yang menggembirakan.
sekarang, sastera diseksa oleh bermacam jenis permintaan para penulisnya. ada yang mahukan sastera harus menjadi saluran buat si posmen menghantar bungkusan mesej. ada pula yang mendesak agar sastera dibentuk sebagai perkakas pasang siap untuk dijual.
dunia gantian sastera bukan lagi sebuah dunia yang aman.

Published on October 11, 2011 05:43
Roslan Jomel's Blog
- Roslan Jomel's profile
- 25 followers
Roslan Jomel isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.