Roslan Jomel's Blog, page 4

September 4, 2012

panchayat

pada halaman terakhir, saya menemui bakat dan kepintaran Uthaya Sankar SB dengan membiarkan klimaks cerita yang serba misteri dan tegang itu tergantung tanpa penyelesaian. ini suatu pilihan yang bijak. ini mengingatkan saya pada beberapa karya yang sering menggunakan pendekatan sedemikian. namun, apakah teknik sedemikian berkesan, ia bergantung kepada bakat dan kemahiran seseorang penulis.

apa erti Panchayat? pengertian dan peranannya dijelaskan dalam halaman 23. di bawah pokok banyan, perbicaraan untuk mengadili sesuatu kes diketuai oleh, biasanya ketua kampung. perbicaraan itu penting sebelum sebarang keputusannya diperpanjangkan ke balai polis. dalam filem-filem Tamil, kita biasa melihat majlis perbicaraan sebegini.

"Tapi, sami," jerit Maramanden sambil tergesa-gesa menghampiri Senthamarei. "Cerita saya belum berakhir. Janji Panchayat untuk menegakkan keadilian belum ditepati."

jika tidak silap saya, "janji ditepati" diulang hampir dua kali dalam novel ini. ulangan frasa "janji ditepati" dalam novel ini, sedikit-sebanyak membawa nuansa kontemporari yang berlaku ketika ini. dan siapakah yang tidak mengenali keperibadian Uthaya Sankar SB di luar sana? sama ada dibenci atau disuka, Uthaya Sankar SB memilih prinsip yang diyakininya. pejuang hak cipta penulis ini tahu betapa peritnya bercakap tentang kebenaran walau di mana-mana.

unsur kejutan telah lama dipraktikkan dan ia sangat relevan sehingga kini. Uthaya Sankar SB secara sengaja dan penuh keahlian, melakukan hal yang sama untuk novel Panchayat. sejujurnya ia sangat berkesan malah meyakinkan sebagai naratif sastera. malah dengan pendekatan yang mudah, novel Panchayat seharusnya membuka kesempatan kepada para pembaca untuk melihat budaya dan kepercayaan penganut Hindu melalui gambaran fiksyen. berbeza dengan novel Perempuan Nan Bercinta karya Faisal Tehrani yang lebih rumit dan sukar pertukangannya. tebal atau nipis sesebuah karya, tidak menjadi isu selagi kualitinya setara.

dalam sebuah cerpen klasik yang cukup terkenal hasil karya Kate Chopin, The Story of An Hour, sebaliknya unsur kejutan menegangkan plot cerita, menyebabkan para pembaca berasa seperti tidak percaya akan perkara yang berlaku. suasana yang bermula dengan kesuraman situasi, kepedihan dan kegelapan perasaan, tiba-tiba diletuskan oleh suatu kejutan. hari ini dan esok siapa boleh menduga? siapa berani menjangka seseorang yang dijangka meninggal dunia kemudian muncul tanpa diduga, hidup di depan mata?

"When the doctors came they said she had died of heart disease - of the joy that kills." demikian cerpen pendek klasik itu diakhiri. kegembiraan yang mengejutkan telah merenggut hayat dan bukannya ditentukan oleh penyakit. saya memang sungguh terpukau oleh cerpen klasik tersebut. ia memperlihatkan kebijaksanaan si pengarang cerita di sebalik keterbatasan ayat.

sementara dalam novel Panchayat, para pembaca harus secara perlahan-lahan mengikuti beberapa kisah dari seorang narator ke seorang narator. pada bab permulaannya, pembaca diperkenalkan dengan dua watak dominan, iaitu pasangan kembar, Raja (abang) dan Ramani (adik) yang saling sayang-menyayangi. sudah pun memiliki kekasih hati masing-masing. kemudian dalam suatu kejadian yang tidak disengajakan, ketika Ramani cuba memasukkan racun dalam tangki minuman penduduk kampung Kubur Gajah, berlaku pergelutan antara dua-beradik itu. siapakah yang mati antara dua beradik yang intim hubungan batin itu? si adik atau si abang?

boleh dikatakan pasangan kembar seiras, Raja dan Ramani menjadi benang panjang dan berliku-liku sebaik sahaja plot dan cerita dikembangkan. Raja dilaporkan hilang ketika penduduk Kubur Gajah riuh oleh kehilangan berhala Kaali Devi. tanpa dijangka, dengan bijak, Uthaya Sankar menterbalikkan insiden kehilangan Raja. Lalu, siapakah yang sesungguhnya mati dan menyamar sebagai Raja di belakang hari hingga memaksa Malliga menganggap bahawa dirinya kini sudah pun menjadi balu? balu kepada bakal suami yang sudah pun diyakini mati kerana dirodok oleh tanduk lembu bernama Madurai Kaala. dan Raja secara misteri muncul semula di depan Malliga.

 bermula dengan berhala kes  Kaali Devi dicuri secara mencurigakan, cerita diruncingkan dengan aksi-aksi tragis. pun demikian, unsur-unsur ganas, dikawal dengan kemas apabila penulis novelnya memilih untuk menyederhanakan gaya penceritaan. menulis dengan bahasa yang mudah menjadi pilihan Uthaya Sankar SB. siapakah indivu yang tergamak mencuri dari sebuah tempat beribadat? sama ada di tokong, kuil atau surau, siapakah yang berhati busuk sanggup melakukan kecurian di tempat yang dianggap mulia oleh penganutnya? belum sempat berhala Kaali Devi ditemui, pelbagai perkara yang bertentangan dengan keluhuran Panchayat mula menghuru-harakan penduduk  Kubur Gajah.

cukup di situ saya memberi gambaran novel ini. sejujurnya, novel ini pada permulaannya, mungkin kurang menangkap daya minat para pembaca. tetapi tunggu sekejap, semakin lama para pembaca menyelak helaian demi helaian, cerita bertambah menarik dan mendebarkan. kejadian-kejadian yang tidak dijangka muncul perlahan-lahan di akhir babak. kepada para pembaca yang sudah biasa dengan landskap dalam filem-filem Tamil, novel ini menawarkan kepuasan visual yang tidak kalah menariknya.

"Suatu hari nanti, awak boleh menceritakannya kepada seluruh dunia. Tapi buat masa kini, biarlah cerita awak tergantung begitu sahaja, Mamaranden. Biarlah cerita Panchayat Kubur Gajah tergantung begitu sahaja." demikian kata sami Senthamarei. mengapakah Senthamarei berasa tawar hati untuk meneruskan sidang panchayat? apakah beban kesalahan emosi yang ditanggung secara psikologi dan tidak mahu didedahkannya?

dalam halaman 243, dilukiskan perasaan bersalah ketua pancahayat itu;

Senthamarei memandang para penduduk Kubur Gajah seperti pandangan seorang pesalah yang akan dibawa ke tali gantung sebentar lagi. Ketua panchayat itu memandang mereka bagikan inilah kali terakhir dia akan memandang mereka semua.

lantaran, apalah ertinya perbicaraan menegakkan keadilan sekiranya keadilan itu sudah pun dihakiskan oleh tangan-tangan manusia itu sendiri? ketamakan merebut harta keduniaan, kelunturan maruah diri dan kekuatan makna kasih sayang menebalkan isi cerita dalam novel Panchayat. itulah persoalan utama yang diterapkan dalam novel Panchayat. keadilan yang menjadi asas ketamadunan masyarakat berbudaya tinggi mungkin ada namun kadang-kadang boleh digelapkan oleh kelicikan manusia. perihal keadilan dari dahulu sehingga kini, kisahnya tetap sama selama mana ia dituntut. di mana-mana juga, manusia amat memerlukannya.

"Biarlah orang ramai meneliti semula segala apa yang berlaku di Kubur Gajah sejak Sabtu lalu. Dan mereka sendiri boleh mengadili seadil-adilnya. Kuasa kini di tangan orang ramai, di tangan rakyat." melalui ayat pesanan sedemikian, halaman novel Panchayat ditutup. novel ini wajar dimiliki oleh para peminat kesusasteraan di Malaysia untuk membuktikan keluasan geografi dan pengetahuan. novel Pancahayat bukan semata-mata bercerita dari sudut kepercayaan dan adat resam penganut Hindu, jauh daripada itu, ia masih berbicara tentang hati nurani kemanusiaan.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 04, 2012 18:13

July 22, 2012

dari manakah datangnya pancaran?

"Baiklah, katakan saya seorang pengarang novel. Adakah ini bermakna karya sastera yang tidak memuatkan perbahasan dan wacana agama tidak berilmu?" Bastian menyoal demikian ketika berbalas bicara dengan Dr. Ali Taqi di halaman 145. soalan itu, saya fikir, pasti akan ditanya jika sesiapa (pembaca mahupun penulis) berkesempatan bersemuka dengan pengarang novel Perempuan Nan Bercinta sendiri, Faisal Tehrani.

begini, saya berasakan inilah kali pertama saya menconteng-contengkan muka surat buku. suatu perbuatan yang, pada mulanya hanya mencacatkan pemandangan sesebuah buku. mengapa tidak? kepada saya, sesebuah buku yang mencabar akal fikiran dan penting, sewajarnya dihormati. sebaliknya saya tidak dapat membendung untuk menggaris, membulatkan beberapa perenggan, menulis keterangan dan seterusnya membuat rujukan tentang apa yang tertulis dari buku yang dibaca.

saya teringatkan bahawa SN A. Samad Said pernah melakukan rutin sedemikian ke atas buku-buku bacaan beliau. harga buku berkualiti semakin mahal di pasaran. dan ia dibeli bukan sekadar untuk dibaca, tetapi untuk disimpan sehingga ke generasi berikutnya. dan saya seorang pembaca yang tidak akan mudah berpuas hati dengan hanya membaca sekali sahaja. buku yang berusaha untuk berbeza kandungan penulisannya, bakal mengheret pembacanya untuk dipaksa membaca secara berulang-ulang. akal dilebarkan oleh kunci persoalan buat memahami, memikirkan dan jika berpeluang, menemui sinaran pencerahan di situ.


saya tidak dapat menerima tulisan atau pandangan seseorang tatkala membuat suatu rumusan atau ulasan hanya melalui pembacaan pertama kali. itu kerja simplistik. kata Jorge Luis Borges, membaca selalunya menuntut perhatian yang lebih intelektual berbanding menulis. boleh abaikan pandangan beliau jika kurang bersetuju. namun, dalam kes membaca dengan lebih mendalam novel Perempuan Nan Bercinta tidak dapat tidak, mengerah akal dan kefahaman saya untuk ikut serta dalam beberapa perkara penting yang dibawa oleh pengarangnya, Faisal Tehrani. 


mari kita berjujur, Faisal Tehrani sebenarnya telah terlalu jauh melangkah dalam bidang penulisan kreatif kontemporari. Fasial Tehrani memecah sistem penulisan konvensional yang sekadar berlegar tentang penceritaan, plot dan artistik seni. saya mengakui bahawa kerja penulisan saya sebenarnya ketinggalan dan terpencil di belakang. dan Faisal Tehrani tidak kelihatannya terpengaruh dengan aliran penulisan eksperimental avant-garde. saya sendiri tidak berminat dengan nama istilah itu. saya masih mencari jati diri. di samping kejahilan saya dalam hal-hal tinggi berkaitan agama, teologi dan falsafah ilmu menurut Islam yang sesungguhnya. itulah aspek yang harus menyebabkan saya berasa kerdil sebagai peminat kesusasteraan yang kemudiannya turut menulis karya kreatif. 


apakah ia naratif yang berlawanan dengan naratif barat? bagaimanakah caranya memasukkan naratif keIslaman di dalam jalur kesusasteraan? apakah peranti dari barat tentang penerokaan watak dan perlukisan psikologi menurut perspektif barat diterapkan dalam karya sastera bernafas Islamik? dan di situlah, Faisal Tehrani mendobrak hukum-hakam penulisan selama ini yang mendominasi media arus utama. siapakah lagi penulis yang berani dan sanggup mencabar kebiasaan gaya penulisan nasional? biarkan dahulu persoalan pro dan kontranya di samping.


saya abaikan ribut yang bertiup kencang ke atas novel ini di luar sana. saya tidak berminat dengan kontroversi yang cuba mengurung novel ini dengan dakwaan penyebaran isu syiahnya. setakat ini, dua pokok yang amat menarik perhatian saya ialah pada bab 9 dan 10. jika pembaca ingin melihat atau mengesan "mesej" yang cuba disisipkan oleh pengarangnya, dua bab itu Fasial Tehrani berusaha untuk mentakrifkan semula makud dan tujuan seseorang menulis. pada perenggan kedua dalam bab 9, Faisal Tehrani menjelaskan wawasan sesebuah karya kreatif yang dimaksudkan kesusasteraan Islam.


"Sejak Hamzah Fansuri, membuat sumbangan terbesar yang diberikan oleh pengarang Islam, zaman klasik mahupun zaman moden kita ialah, mereka telah menentukan cara penulisan sastera Melayu-Islam perlu berbentuk mengajar, memimpin, memberi nasihat dan tamsil ibarat, ini semua sesuai dengan firman Allah yang bermaksud, "Kemukakanlah cerita-cerita semoga mereka berfikir." Itu terkesan pada Surah al-A'raf, ayat 175." demikian terang Dr. Ali Taqi. (halaman 115). 


apakah itu ilmu? apakah ia ditemui di makmal sains, misalnya? apakah takrifannya berdasarkan pengertian dan sudut pandang barat? dan bagaimana pula ilmu itu menurut fahaman orang Islam?  dalam bab 10, dinyatakan takrifan ilmu, maknanya, falsafah dan fungsinya. dua bab ini sedikit-sebanyak menjadi tunjang metafizik kepada pembinaan novel ini. "Tanpa wahyu, ilmu manusia adalah sangkaan sahaja, bukan begitu?' dialog Dr. Ali Taqi seterusnya dalam bab 11 ketika menghuraikan takrifan ilmu. novel ini apabila dilihat dari punca kontroversinya, barangkali hanya menekankan usaha pengarangnya agar jangan terlupa pada ahlul bait. pengarangnya cuba melakukan kajian. dan kajian sebegini ketara sangat kritikal kerana mempertembungkan antara ahli sunnah waljamaah dan syiah. "Mengapa...mengapa hanya ahlul bait," soal Idora, watak utama dalam novel Perempuan Nan Bercinta. bukan hal percintaan yang mempertegangkan liku-liku perjalanan novel ini, sebaliknya hal-hal yang lebih rumit dan sensitif berkaitan teologi dan pegangan mahzab.

saya hanya sanggup berbicara secara permukaan tentang serba-sedikit hal-hal dari bab 9 dan 10. hal-hal yang lebih rumit dan melibatkan penguasaan ilmu, keagamaan dan kajian sektarian, biarlah individu-individu yang pakar dan bertauliah untuk menanganinya. jadi, apa yang menyebabkan saudara berasa bimbang dengan isi novel ini?




 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 22, 2012 20:12

July 16, 2012

Jim



lelaki bertubuh kurus tinggi itu kuat merokok. sebatang demi sebatang. dahinya luas dan berkaca mata. siapa sangka bahawa dia berminat pada penulisan sajak?

selain Gurun Sarah, yang hampir menjelaskan kekuatan Jimadie Shah Othman (Jim) sebagai penyair, saya berasa amat suka dengan puisi Langit dan Kelopak. ini sajak yang pertama saya bacapuisi-puisi lain memperlihatkan jangkauan bertemakan politikal, keagamaan dan dua tema sedemikian akhirnya membentuk karekter utama dalam buku Helo-helo Bush. ada 72 buah puisi di dalam buku tersebut.

Jim tidak berkecenderungan memberikan sajak puitis. bahasa yang rapi, metafora yang indah dan diksi yang kelihatan diatur agar bernada merdu bertujuan mengganggu artistik pembaca. itu bukan perwatakan sajak-sajak Jim seperti yang dimaklum. itu sajak untuk menambat hati juri sayembara. walaupun demikian, sajak Langit dan Kelopak, tidak dapat tidak, bernada indah. malahan agak mistik kepada saya.

sajak ini dibina dengan cantik, sedikit berhati-hati, kerana saya percaya Jim kelihatan berusaha secara sedar atau tidak, memperindahkan sentuhan puisi itu. bahasanya kedengaran lembut dan apabila dibaca berulang-ulang, sajak itu kemudian menawarkan semacam perasaan sentimental berbaur kerohanian sekaligus. serius. saya tidak berminat memuji Jim. kepada yang belum memiliki lagi buku puisi Jim, saya perturunkan keseluruhan sajak bertajuk seperti di bawah,

Langit dan Kelopak

saat kupejam mata
dengan jelasnya kulihat
pohon di kaki lereng
seperti kita
sungguh
hijau, koko, kemudian hitam


di atasnya langit mengambang
dalam bayangnya tinggal kita yang keliru
tentang ada
tentang tiada


setinggi mana kamu
yang membiru?


saat kupejam mata
kulihat langit berkelopak
yang bagimu remeh
dan aneh


tapi dalam sesaat itu
kulihat engkau
mengambang di langit
sungguh

kami pun menanam cinta -
hijau, koko
menghitam
dan terus menghitam.

(Helo-helo Bush, halaman 46)


apa indahnya sajak Langit dan Kelopak? tiada yang baharu pada ungkapannya. bahasanya dari baris awal hingga akhir, mudah tanpa solekan. jika tiada apa-apa keistimewaan, lalu apa sebabnya sajak ini menarik perhatian saya?

saya membayangkan bahawa Helo-helo Bush bernada pemberontakan. itu perasaan awal ketika membeli buku tersebut. tajuknya barangkali memberi bayangan, sesuatu yang bersifat revolusioner. tetapi tidak sepenuhnya.

menggunakan kata-kata yang kedengaran hebat sebenarnya bertujuan untuk menutup kelemahan si penulis itu sendiri. demikian kenyataan yang pernah disuarakan oleh Arwah penyair terbilang negara, T. Alias Taib. saya tidak percaya. saya langsung kurang bersetuju. maklum sahaja ketika itu, saya masih muda. saya cenderung menggunakan kata-kata pelik, rumit dan entah apa-apa maksudnya. hampir memakan masa, saya menolak kenyataan itu. apabila usia bertambah, saya berasa sungguh terharu betapa benarnya kenyataan T. Alias Taib itu. pencerahan, kata orang.

kesederhanaan sajak Langit dan Kelopak malah memendamkan sentimen tersembunyi. puisi yang sederhana ditulis, setakat yang saya faham, membawa jauh imaginasi pembaca untuk membayangkan isi karya. sementara sajak-sajak yang sering berpenampilan mengajar, cenderung melupakan untuk bersederhana apabila berbahasa. sajak boleh ditulis dengan pelbagai tujuan dan mood perasaan. disebabkan itu, sekarang bahasa boleh dijadikan senjata atau penentang kezaliman.

apakah Jim sedang berbicara kepada Tuhan? apakah landskap yang indah, langit yang membiru dan di manakah garis batasan ketinggiannya, tanya penyair. cinta apa yang demikian besar ditanam sehingga sekeliling alam menggelapkan mata? lihat baris sajak ini: hijau, koko, menghitam dan terus menghitam. gambaran-gambaran imej dilukis Jim, sering aneh dan tidak bermaksud untuk difikirkan realitinya. saya tidak berdaya memahami keseluruhan sajak Langit dan Kelopak. dan saya sekadar memindahkan semula paparan imej yang dilukiskan oleh imaginasi bahasa Jim.

siapakah yang masih mencintai sajak? untuk apa sajak dicipta lagi? hidup semakin keruh di luar. masing-masing dirundung masalah pada zaman moden. benar, apalah yang karya sastera boleh lakukan lagi selepas ASAS 50. jangan berharap penulis atau seniman kini untuk mendidik masyarakat. google dan FB tidak mungkin mempedulikan sebuah sajak. sebuah sajak yang cantik dan indah jalinan bahasanya, apa yang ia mampu lakukan untuk mengubah dunia? dari dahulu dan sekarang, tiada bezanya, sajak masih sekadar deretan kata.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 16, 2012 01:44

July 9, 2012

khalayak


  
"menulis sebenarnya tidak dapat menonjolkan kepandaian seseorang, sebaliknya kebodohan." -Jimadie Shah Othman.

menurut anda, apakah maksud kata-kata pedas oleh penulis buku kumpulan sajak Helo-helo Kepada Bush itu? para penulis akan sentiasa membaca buku demi buku. duduk menulis halaman demi halaman dan mengedit semula. menganalisis penulisan orang lain dan mungkin akan membalasnya dengan hujah atau memberi sudut pandangan berlawanan. dan apabila berjaya diterbitkan di media, di situlah terpancar status "kebijaksanaan" sesuatu karya penulisan apabila dinilai oleh para pembaca, yang mungkin lebih tinggi jangkauan ilmunya.

Pesta Buku Selangor 2012 berakhir semalam. sambutan memang tetap meriah dan ini memberi pulangan kepada pengusaha buku tempatan. malahan ITBM membuka gerai jualan bukunya. ini suatu usaha yang harus dikekalkan. masyarakat masih sanggup membeli buku ketika gaji belum masuk. manusia moden tidak pernah berhenti untuk diisi dengan ilmu. apakah masyarakat kita kini benar-benar bibliofil sebagaimana yang cuba digambarkan oleh penulis buku Biblioholisme, Shaharom TM Sulaiman?

keluar dari dewan utama SACC Mall, Sham Kamikaze duduk di atas pentas. kerusi kelihatan penuh diduduki para audiens. saya menyatakan kepada Nimoiz TY, populariti seseorang menjadi aset penting buat melariskan jualan buku. respons ini ketara sebaliknya andai seorang penulis serius dijemput untuk membicarakan karya di atas pentas. saya bertanya kepada Uthaya Sankar SB, "bagaimana sambutan hadirin semasa sidang media Faisal Tehrani kelmarin?"

bagaimana karya sastera kononnya merubah masyarakat benar-benar terlaksana? atau seperti kata Sahrunizam Abdul Talib dalam puisinya "Pesan Buat Yang Bernama Cendikia, dari buku kumpulan sajak terbaharu beliau, Membaca Dirimu"

bukankah ungkap itu juga
bicaranya kebenaran dan kemanusiaan?

ITBM telah sempurna melancarkan 30 judul buku terbaharu terbitannya di Putra Jaya. bahkan dilancarkan oleh pemimpin nombor satu negara pada petang 3 Julai lalu. ruang kebebasan akan diberikan kepada golongan penulis untuk berkarya, demikian jaminan PM kita. malah golongan penulis dicabar untuk meningkatkan kualiti penulisan buat bacaan pembaca. itu perkara yang abstraks bunyinya. bagaimana dengan saiz khalayak sebenar pembaca kita terhadap karya sastera? buku apa yang mereka baca di rumah atau di dalam kereta?

dari dahulu sehingga sekarang, jika majlis berkaitan dengan sastera diadakan, di dalam dewan serba indah atau di mana-mana, kerusi di bahagian belakang akan dipenuhi oleh para pelajar. mereka diangkut buat menambah kehadiran yang jika tidak, hanya dihadiri oleh orang-orang sastera. orang-orang yang sama dan tidak bertambah-tambah. khalayak yang hadir semasa acara berkaitan sastera masih bersifat kosmetik dan inilah masalah sebenar pada perjalanan kesusasteraan semasa.

mengapa khalayak sastera kita tidak berkembang? apakah salah laman Facebook atau Samsung Galaxy 3?mengapa pengagum karya sastera mesti golongan penulis itu sendiri? mengapa seorang kerani sekolah, pengawal keselamatan, pekerja kilang, penjaga tandas, pekebun, konduktor bas atau mekanik di bengkel tidak meminati karya sastera sebagai pengisi akal dan kepekaan seni yang memang asasi dalam kehidupan manusia biasa? di dalam drama-drama berbahasa Inggeris di televisyen, saya selalu terpegun apabila dialog dari pelakon-pelakonnya sering memetik nama penulis serta tajuk karyanya sekali. siri Criminal Minds, misalnya. drama tempatan kita?

jika khalayak sastera tidak berkembang, ia sudah tentu memberi petanda negatif kepada penerbitan buku. lalu apakah ertinya perbincangan ilmiah, pergolakan manusia dan siasah ditulis oleh para penulis? menerbitkan buku masih kerja yang berisiko kata Goenawan Mohamad. majalah sastera diterbitkan setiap bulan. penulis baru muncul seiring penulis veteran. persatuan penulis silih berganti bertukar jawatan. baca puisi saban bulan diadakan. pertandingan deklamasi sajak setiap tahun diadakan. anugerah sastera setiap tahun diberikan kepada para penulis. siapa yang akan bersedia melabur wang ringgit untuk membeli buku karya sahabat sendiri jika penggemar buku gagal diwujudkan? apatah lagi masyarakat yang tidak biasa dengan alam fiksyen atau kata-kata ilmiah.

"buku merupakan sahabat sejati yang tidak pernah jemu menemaniku" - ia cuma kata-kata penyedap hati golongan biblioholisme.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 09, 2012 20:21

June 15, 2012

gelora tidak sudah

keinginan untuk memiliki kuasa menjadi obsesi kepada watak antagonis dalam buku  Naratif Ogonshoto, karya SN Anwar Ridhwan. cerpen ini mempersonakan saya sejak terbit pertama kali di dalam majalah Dewan Sastera. plot yang berbelit-belit dan beberapa objek dijadikan kiasan inti kepada ceritanya. apakah maksud zakar yang kekal tegak pada masa hayat seseorang sudah pun meninggalkan dunia?

"Memang anu dia masih menegak, hingga kawasan antara pusat dan lutut mayat itu terangkat seperti khemah." (halaman 172)

dia, politkus muda, memikir-mikirkan rencananya sebelum bersemuka dengan lelaki dari Runakita. bahkan inilah peluang dia menaikkan diri dalam arena politik di Ogonshoto. individu yang jujur dan terlalu baik, politik bukan tempat untuknya bernafas panjang. lambat-laun dia akan dibenamkan oleh perangkap yang dipasang di sana-sini.

presiden Ogoshoto telah meminta bantuan daripada lelaki yang gila kuasa juga kuat nafsu seksnya, untuk menghapuskan hayat lelaki dari Runakita. presiden yang yang tidak mahu kedudukannya disaingi, hanya memilih cara kematian. kaedah sedemikian lebih segera berbanding mengadakan undi tidak percaya yang hanya membazirkan masa.

maka politikus muda mengajak lelaki dari Runakita itu berburu rusa. politikus muda itu terlebih awal tahu bahawa lelaki dari Runakita tersebut memiliki anak perawan cantik. gelora untuk menduduki puncak kekuasaan politik sama derasnya dengan keinginan nafsu berahinya untuk meniduri anak perempuan lelaki dari Runakita yang lurus bendul itu. seks sering dilekatkan dengan politik dan begitulah sebaliknya.

di halaman rumah lelaki dari Runakita, politikus muda itu sudah mula ditiupkan oleh khayalan masa depan:

"Dia mahu misi pembunuhan dapat dibereskan dengan pantas. lebih cepat lelaki itu menemui ajal, lebih cepatlah bintangnya bersinar dalam politik Ogonshoto.." (halaman 149)

kelak, setelah dibunuhnya lelaki dari Runakita itu dengan sebilah dayung,  anak perempuannya itu bakal menjadi gundik terakhirnya. malahan masih terlekat di dalam rahimnya zakar kepunyaan politkus muda itu. gambaran sebegini memang memperkuatkan kesan kepada fiksyen politikal. disebabkan itu saya amat mengagumi cerpen ini kerana keberanian imaginasi dan ideanya. saya tidak dapat membayangkan sekiranya cerpen sebegini ditolak oleh pihak editorial. saya bimbangkan karya sastera kita masih bertakung dalam tema selamat justeru mengeringkan energi sastera.

ada sebuah lagi cerpen yang menyokong tema yang hampir senada. cerpen "Pesta" karangan Awangku Merali Pangiran Mohamed, iaitu tokoh penulis Sarawak yang sangat istimewa. bahkan saya menggunakan semula perkataan "Malaywood" yang sebelum itu sudah pun dipopularkan oleh beliau dalam menghasilkan cerpen "Tuan Direktur Bikin Filem di Malaywood." untuk dua cerpen bernuansa yang hampir senada itu, lebih baik saya kembangkan menjadi esei untuk siaran di akhbar.

kedua-dua tokoh penulis moden itu menyalinkan realiti politikal dengan memindahkannya ke alam fiksyen. dengan itu kiasannya lebih tajam dan pedas. belajar dari karya yang baik seperti berguru dengan penulis yang hebat. begitu juga sebuah karya yang dianggap istimewa tidak mungkin mampu dihasilkan dalam setahun dua melibatkan diri dalam penulisan. melainkan seseorang itu sememangnya genius. genius? apa itu?










 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 15, 2012 19:27

June 12, 2012

Bakal Terbit



Buku kumpulan cerpen ke-2 bakal terbit. Akan dilancarkan pada 4 Julai 2012 oleh YAB Dato' Sri Mohd. Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia, berserta 30 buah buku karya penulis lain.
1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 12, 2012 00:36

June 5, 2012

pensil, pemadam dan kertas.

saya bimbang akan perkara ini. malah sebenarnya tidak ingin menulis tentang perkara ini di laman blog. sepatutnya saya minum teh tarik dan membaca majalah Mangga.

saya bercakap tentang persatuan penulis. persatuan penulis yang ditubuhkan di sana-sini. di sebuah negeri, saya fikir, sebuah persatuan penulis sudah memadai. lakukan aktiviti berfaedah secara menyeluruh. buat bengkel penulisan. kumpulkan duit untuk menerbitkan karya ahli. jika diadakan lawatan luar negeri atas nama sastera, ajak sekali ahli-ahli biasa ikut serta. beri peluang kepada ahli biasa merasai peluang berada di luar negara untuk mendapatkan ilmu, buku. dan bukan sekadar bertujuan melancong untuk membeli t-shirt.

saya kurang berminat menyertai persatuan penulis. saya lebih suka menulis sahaja. maka, menulis tentang perkara yang kurang disukai sebegini, memang menyusahkan hati saya. saya hanya ingin melihat persatuan penulis yang benar-benar melaksanakan matlamat penubuhannya. bukan memenuhi agenda peribadi masing-masing. saya ingin melihat majalah yang mengkhususkan kesusasteraan diterbit selain Dewan Sastera. dahulu ada majalah seperti Penulis. sekarang, saya tidak melihat lagi majalah-majalah yang dihasilkan oleh persatuan penulis muncul di pasaran. atau di laman facebook. tidak termasuk zine.

sebagai pembuat cerita, saya tidak berminat untuk mengambil tahu tentang politikal persatuan penulis. saya lebih suka makan nasi briyani lauk kambing. saya belajar daripada karya-karya orang lain. saya tidak ingin menipu diri sendiri dengan menjadi orang lain. memang ada sekali dua saya menyertai bengkel. tetapi saya percaya, kreativi tidak memiliki hukum-hakam yang formal. banyak perkara tentang masalah yang dialami penulis terbiar begitu sahaja. sementara persatuan penulis asyik bermesyuarat memilih jawatan. saya kurang pasti apakah penulis seperti Dr. Faisal Tehrani menyertai mana-mana persatuan penulis. begitu juga Haruki Murakami. tetapi kedua-duanya merupakan penulis ikonik era masa kini yang menjadi jurucakap kepada generasinya.

persatuan penulis memang bagus. amat diperlukan sebagai pemersatu golongan penulis. memberi kebajikan kepada golongan penulis yang mungkin tertindas atau hidup menderita. membantu penulis yang berbakat menerbitkan karya mereka. memang ada penulis yang berjaya di dalam sesebuah persatuan penulis. malah memegang jawatan penting dalam persatuan penulis. apa yang menjadi masalah ialah ke arah mana persatuan penulis yang ditubuh lebih daripada sebuah itu dibawa? di manakah penulis-penulis luar biasa dan unik yang dilahirkan oleh siri bengkel penulisan saban tahun? jika sekadar bermatlamat mengumpul golongan penulis kemudian menerbitkan karya-karya mereka, saya fikir ia tidak lagi relevan pada masa kini.

ini zaman penerbitan indie. setiap manusia ada cerita masing-masing. Sufian Abas boleh menerbit buku dalam masa sehari. internet membuka pelajaran secara percuma kepada bakal penulis. dosa dan pahala bercampur di internet. ilmu dan sampah dibungkus dalam laman yang sama.

penulis masa kini tidak mahu lagi mendengar retorika manis tentang perjuangan. berapakah abad lagikah diperlukan agar bahasa dapat menyatukan rakyat? berapa kalikah slogan memasyarakatkan sastera dilaungkan saban tahun? dunia sentiasa bergerak terus. hitam dan putih hanya pembentukan warna. dalam bahasa Kebangsaan atau dalam bahasa Inggeris, sastera diperkembangkan oleh mana-mana penulis. sedangkan tulisan-tulisan di media ada yang tidak dibayar. nilai bayaran pula tidak pernah berubah dari zaman 1990-an. penulis-penulis ditipu akan bayaran royalti mereka. perkara-perkara "kecil" ini tidak mungkin dapat melawan kehebatan linguistik kertas-kertas kerja dalam seminar.

akhirnya saya terjerumus. menulis perkara yang kurang disukai begini. saya hanya ingin melihat sastera diperkembangkan. penulis menulis sesebuah karya, bukan untuk sebagaimana kata Carlos Fuentes (baharu sahaja beliau meninggal dalam tahun ini) menaikkan namanya sendiri. sebaliknya penulis itu memberi kelangsunganhayat kepada bidang sastera itu. sesebuah negara itu akan dilupai dalam peta dunia jika tiada bahan kesusasteraannya. demikian, majalah kesusasteraan kita masih pada Dewan Sastera. buletin-buletin sastera yang dihasilkan di setiap negeri tidak ditemui oleh pembaca secara menyeluruh. pendek kata, banyak kerja berkaitan penulisan dan penulis yang masih belum diselesaikan.

apa kata, kita tubuh sebuah lagi persatuan penulis.

1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 05, 2012 21:58

May 15, 2012

mulut buku

pertama kali, saya gembira dengan buku-buku yang dibaca. jika saya mengambil sikap menghukum sesebuah buku, sudah tentu pada awalnya saya tidak gembira dengan buku-buku pilihan yang dibaca. disebabkan itu saya membaca kesemua jenis aliran penulisan dan kemudiannya menghormati gaya pertukangan seseorang penulis itu.

tiada karya yang sempurna dihasilkan oleh manusia, kata bijak pandai. saya perlahan-lahan mengakui kenyataan sedemikian. para penulis akan terus-menerus menulis.

saya gembira membaca novel Man in The Dark karya Paul Auster sebagaimana saya teruja dengan gaya hiperbola G. Garcia Marquez dalam novel One Hundred Years of Solitude mahu pun cerpen-cerpennya. apakah mesej yang disampaikan dari karya-karya mereka? apakah ia bermanfaat untuk pembinaan sahsiah saya? apakah realisme moden menyumbang kepada kebejatan sosial? apakah kerukunan masyarakat akan kucar-kacir oleh cerita-cerita tanpa mesej yang tidak jelas?

maka, apa ertinya metafora dan sinikal dalam sesebuah karya sastera? mengapa tidak sahaja ditulis dengan bahasa tanpa berkias-kias? pantun dan seloka untuk apa digubah?

saya mengikuti dengan penuh kagum karya-karya terbaharu Faisal Tehrani. terbaharu, Faisal Tehrani telah menghadiahkan sebuah novel bertajuk Perempuan Nan Bercinta kepada peminat-peminatnya. ia sebuah novel wacana, tegas penulisnya awal-awal. penceritaan biasa yang penuh dengan konflik psikologi menurut hukum-hakam barat dileburkan oleh asas utama novel tersebut. saya bergembira dengan kerja penulisan Faisal Tehrani walaupun beberapa kenalan saya cukup maklum cita rasa saya dalam karya sastera. tiada masalah kepada saya menghargai kerja ilmiah seseorang penulis untuk memberi makna baharu dalam kesusasteraan.

pertama kali, saya berlapang dada dengan buku-buku yang dibaca. jika saya mengambil sikap menilai sesebuah buku, sudah tentu pada awalnya saya melakukan kesilapan memilih buku-buku untuk dibaca. disebabkan itu, saya meresapkan diri dengan kesemua bentuk penulisan sama ada sastera atau bukan sastera dan berasa bersyukur kerana penulisnya berbahagi pengetahuan kepada saya di pihak pembaca. saya cuba untuk tidak mempersenda-sendakan gaya penulisan seseorang kerana kecenderungan sedemikian  hanya akan mempersempitkan wilayah penulisan.

tidak mungkin pembaca bersetuju dengan penceritaan seseorang penulis. itu hanyalah isu teknik. sebagaimana kata Juan Rulfo, realisme magis hanya suatu label. dan saya bergembira kerana tidak terlalu taksub dengan sebarang gaya penulisan.

saya membaca novel Ahli Politik karya SM Zakir. saya juga berasa seronok membaca novel Kasino karya Saifullizan Tahir. kedua-dua novel itu menggambarkan kemelut dunia politikal semasa melalui pendekatan dan pertukangan kedua-dua penulisnya. hanya sahaja saya belum berkesempatan membaca novel By Night in Chile oleh Roberto Bolano.

dalam novel Tuhan Manusia, saya tidak membaca untuk mencari mesejnya. pembaca-pembaca sedia maklum bahawa Faisal Tehrani tidak lagi menulis melalui pendekatan bercerita semata-mata. sebegitu juga apabila membaca ulang novel Perempuan Nan Bercinta saya tidak berasa bahawa Faisal Tehrani sedang memerangkap pembaca lewat persoalan-persoalan teologi yang terkandung dalam novel terbaharunya itu. persoalan mahzab yang cukup sensitif itu memerlukan latar belakang keagamaan yang tinggi dan tiada penulis lain yang berani menghadapi risiko sedemikian kecuali Faisal Tehrani, buat masa sekarang.

saya bergembira dengan pilihan saya sendiri. membaca pelbagai jenis aliran penulisan memberi kebebasan saya untuk berdiri di mana-mana tema penulisan. jika sesebuah cerita itu tampak kabur, saya akan melihatnya dari perspektif berbeza.

misalnya, apabila saya menonton siri animasi Sponge Bob Square Pants, saya kadang-kadang dapat menangkap perutusan kemasyarakatan yang cuba disampaikan oleh pencipta siri kartun tersebut. apakah mental saya terencat? saya tidak berasa selesa dengan jenama sastera elit. kepada golongan mana karya sastera elit ditujukan? jadi, saya berasa gembira kerana setiap individu pengkarya itu mempunyai caranya tersendiri ketika menghasilkan karya. melepaskan diri dengan sifat menghukum sesebuah karya, sekurang-kurangnya kepada saya,memberi kesempatan untuk seni itu berkembang secara natural tanpa dikurung oleh sebarang teori.

karya itu tetap akan mendatangkan kebaikan dengan pendekatan masing-masing. maka, atas alasan apa harus menghukum  karya yang tidak sesuai dibaca?

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 15, 2012 01:50

May 3, 2012

biarkan sahaja cerita berdongeng



  “sebab awal sastera adalah dongeng, begitu pula ujungnya...” – Jorge Luis Borges, Parabel Cervantes dan Quixote.”
Caronang merupakan sebuah cerpen bergaya realisme magis dan menambat perhatian buat pertama kali ketika saya cuba mengenali kepengarangan Eka Kurniawan. Disebabkan cerpen itu berbeza, saya mencari beberapa lagi buah cerpennya yang terkumpul dalam laman sriti.com. Saya juga baharu tahu bahawa namanya disebut oleh Maman S. Mahayana dalam buku kritikan sastera bertajuk 9 Jawaban Sastera Indonesia. Eka Kurniawan dirujuk sebagai penulis generasi baharu Indonesia yang membawa pelbagai teknik eksperimental dalam penulisan.             Eka Kurniawan dilahirkan pada tahun 1975 di TasikMalaya sebelum berhijrah dan menetap di Jakarta untuk mengembangkan kreativiti kesusasteraan bersama-sama isterinya Ratih Kumala, yang juga merupakan penulis muda terkenal Indonesia ketika ini. Sebelum serius menceburi bidang penulisan, Eka Kurniawan menyelesaikan pengajian falsafahnya di Universiti Gadjah Mada Yogyakarta pada tahun 1995. Di samping menulis fiksyen, dia sekali-sekala menulis artikel berkaitan kesusasteraan,  juga menjadi wartawan, pereka grafik bahkan turut melukis komik. Namun bidang penulisan fiksyenlah yang mengangkat namanya sehingga berjaya menerbitkan beberapa buah buku.             Setelah beberapa cerpen awalnya terbit di akhbar utama Indonesia, dia memberanikan diri menerbitkan buku kumpulan cerpennya, bertajuk Corat-coret di Toilet pada tahun 2000, walau bagaimanapun buku tersebut tidak cukup meyakinkan pengkaji kesusasteraan Indonesia. Namun sebaik sahaja novel sulungnya, Cantik Itu Luka(versi bahasa Melayunya sudah diterbit untuk pasaran di Malaysia), terbit pada Disember 2002 oleh penerbit Yogyakarta: Akypress, 517 muka surat, kemudian diterbitkan semula oleh penerbit Gramedia pada tahun 2004. Novel yang ditulis dengan gaya ala Gabriel Garcia Marquez itu benar-benar mengundang perhatian peminat sastera Indonesia.             Melupakan minat pertama penulisan terawalnya iaitu puisi, Eka Kurniawan semakin produktif menerbitkan buku dan terus bereksperimen. Selepas mencipta nama melalui novel Cantik Itu Luka, dia berhasil menyelesaikan sebuah novella bertajuk Lelaki Harimau juga di bawah penerbitan Gramedia pada tahun 2004. Buku kumpulan cerpennya pula menyusul bertajuk, Gelak Sedih dan Cerita-Cerita Lain dan Cinta Tak Ada Mati dan Cerita-Cerita Lainnya serentak diterbit pada tahun 2005. Manakala buku bukan fiksyen Eka Kurniawan bertajuk Pramoedya Ananta Toer dan Sastra Realisme Sosial pula diterbit pada tahun 1999 kemudian buku tersebut diperbaharui isi kandungannya sebelum diterbitkan semula dengan kata penghantar ditulis oleh Goenawan Mohamad.            Setiap penulis sentiasa mengalami saat sukarnya ketika mula-mula menempa nama mahupun terpaksa menempuh laluan sukar dalam perjalanan menerbitkan karya. Novel sulung Eka Kurniawan dihasilkan ketika dia berada dalam keadaan kurang sihat, bahkan meminjam komputer dari saudaranya demi menulis manuskrip novel Cantik Itu Luka yang rupa-rupanya bakal diterjemahkan ke bahasa Jepun beberapa tahun kemudian. Bahkan novella Lelaki Harimau yang tidak kalah daya eksperimentalnya itu, ditulis menggunakan tangan. Kesengsaraan awal Knut Hamsun, tokoh penulis dunia dari Norway, bahkan dijadikan pembakar semangat penulisan Eka Kurniawan ketika itu.            Eka Kurniawan sendiri diundang ke Jepun untuk membicarakan novelnya yang turut mengisahkan pendudukan askar Jepun ke bumi Indonesia. Di samping meminati gaya penulisan realisme magis, Eka Kurniawan juga meminati teknik penulisan Haruki Murakami yang menyampaikan cerita kompleks tetapi dengan bahasa mudah serta bersahaja. Dan sebagai penulis generasi baharu yang hidup dalam era internet, perkenalan dengan beberapa penulis maestro dunia sudah tentu meneruskan usaha eksperimentalnya ke ruang yang lebih kontemporer dan terkini.            Sebaik sahaja menyelesaikan manuskrip untuk novel Cantik Itu Luka, Eka Kurniawan menempuh pengalaman dari tiga buah penerbit yang menolak manuskripnya itu. Akhirnya dengan bantuan Akademi Kebudayaan Yogyakarta (seperti diceritakan melalui e-mel yang dikirimkannya kepada saya) baharulah novel itu diluluskan penerbitannya. Pengalaman berhadapan dengan kerenah penerbit buku sentiasa menjadi kenangan klasik mana-mana penulis seluruh dunia. Eka Kurniawan mendewasakan penulisannya melalui pembelajaran sendiri di samping mengemas kini pembacaannya ke atas karya-karya besar dunia.             Beberapa karya muktahirnya dalam genre cerpen terus dicipta dan kerap mendapat tempat di akhbar ternama Indonesia seperti Kompasdan Suara Pembaharuan dan majalah-majalah yang turut menampung karya kreatif. Oleh kerana dia lebih mengutamakan kualiti, setiap cerpen yang dihasilkannya ditunggu-tunggu para peminat karyanya. Pelbagai tema dan persoalan dibawa dalam cerpen mengukuhkan nama Eka Kurniawan sebagai penulis fiksyen unconventionalterpenting Indonesia dewasa ini. Tidak menghairankan apabila dia dianggap sebagai pengganti Pramoedya Ananta Toer sedikit masa lagi.             Tidak hanya menulis dalam satu teknik, Eka Kurniawan mula menulis dengan gaya yang lebih sederhana tetapi dijalin dengan begitu kemas dan meninggalkan kesan kejutan pada penghujung cerita. Dari kisah sepasang kekasih yang ingin berpisah dalam cerpen Patah Hati atau sebuah dongeng fantasi dalam cerpen Bercinta dengan Barbie. Malah dia turut menulis cerita tentang liku-liku kehidupan bekas pelacur yang meninggalkan aktivitinya setelah menemui seorang suami. Cerpen ini ditulis dengan sedikit gaya humor malah bernada naif.             Untuk menegangkan atau mengasyikkan sebuah perjalan sesebuah karya sastera, dimasukkan aliran psikologi pada watak utamanya. Begitulah yang terjadi pada wanita bekas pelacur dalam cerpen Gincu Ini Merah, Sayang. Dia menjadi tidak ketentuan tinggal dalam rumah sebaik sahaja berkeluarga sendiri. Tetapi malang apabila dia sering menaruh syak wasangka ke atas suaminya, menyebabkan hubungan menjadi dingin kerana tiada perbincangan secara terbuka. Pada suatu malam dia mengunjungi semula tempat dia menjalankan aktiviti pelacuran, untuk menyiasat sama ada suaminya berada di situ, ironinya, dia tiba-tiba diberkas oleh penguatkuasa. Penjelasan dari individu seperti dia, apalagi di tempat sedemikian, langsung tidak mahu dipercayai oleh sesiapa pun termasuk suaminya sendiri.             Sebuah cerpennya yang bertajuk Pengantar Tidur Panjang tersiar dalam akhbar Kompas Oktober 2009. Secara lahiriahnya, ia merupakan rakaman pengalaman sekeluarga Eka Kurniawan menanti detik ayah mereka meninggal dunia di rumah kediamannya di TasikMalaya. Naratif cerpen ini menggunakan watak Aku, tentu sahaja si pengarangnya sendiri. Bersama-sama ahli keluarga berada di sisi ayah membaca Al-Quran dan meletakkan wangian di sudut rumah sebelum Tuhan mengangkut rohnya ke alam lain. Tiada unsur kesedihan melampau disisip oleh penulisnya tidak sebagaimana kebiasaan karya berunsur kematian. Bahkan cerpen ini sehingga ke penghujung dibiarkan mengalir bersahaja sehinggalah menjelang subuh, si ayah menghembuskan nafas terakhir sesudah melapazkan nama “ALLAH” dan menutup mata buat selama-lamanya.              Apakah karya-karyanya dengan pelbagai teknik dan persoalan merupakan sebagai kritikan sosial kepada pembaca-pembaca? Biarkan sahaja cerita bercerita. Barangkali itu lebih menyenangkan tugas penulis fiksyen, Eka Kurniawan.
 p/s: tulisan in diterbit buat pertama kali dalam majalah Dewan Sastera edisi Mac. kepada Eka Kurniawan, saya merasakan tulisan ini ketara kurang komprehensif sebagai mewakili sejarah penulisannya di Indonesia. ditaip sekitar 5 muka surat sudah tentu kurang memadai buat saya menggambarkan kehebatannya sebagai penulis penting Indonesia ketika ini. memadailah saya menulis secara ringkas sebagai pengenalan namanya di dalam majalah seumpama Dewan Sastera.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 03, 2012 19:12

April 18, 2012

isu


Penulis Fiksyen Berdiri Antara Isu-isu Semasa


Tiadaseorang penulis pun yang terhindar daripada pengaruh karya-karya penulis laindan disebabkan itulah, rutin penulisan selari dengan proses pembacaan. Daripadagaya realisme totok, naratif kesusasteraan diberi puluhan bentuk pengucapanbaharu yang saban tahun diperkembangkan oleh kepintaran imaginasi dan bakatseseorang seniman. Pencapaian para penulis mutakhir juga banyak bergantung kepadapengukuhan teknik penulisan silam yang diperkemas dan disesuaikan dengankemahuan zaman.             Namun demikian, gerakan danperkembangan kesusasteraan di negara kita sebahagiannya kelihatan lambatbersaing dengan kepesatan kesusasteraan antarabangsa. Rak-rak kesusasteraanmoden kita yang masih muda dan kecil malahan dipersempitkan lagi olehkarya-karya yang tidak pun menggugah pemikiran. Tema-tema cinta yang konondijenamakan semula dengan nada keislaman tidak lebih hanyalah strategipemasaran. Atau kerana pengarangnya terlalu ketara berkhutbah dan menyampaikanmesej sehingga kerja penulisannya senipis kertas A4. Justeru, perjalanankesusasteraan kita masih tertangguh disebabkan ketiadaan bakat-bakat luarbiasa.             Tidak dapat dinafikan bahawa gejalakurangnya pembacaan karya-karya luar menjadi faktor kelembapan intelektualitiseseorang penulis. Membiarkan diri terus-menerus menulis dengan kaedah yangkonvensional menyebabkan seseorang penulis gagal melepasi piawai penulisankontemporari bahkan meletakkan diri di bawah tempurung gelap. Sedangkan gayakehidupan dan masyarakat bersosial tidak pernah lagi sama dengan keadaan dimana tiadanya penembusan internet atau laman sosial seperti sekarang.Kisah-kisah urban sebenarnya amat menarik untuk dibincang dan diperincikandalam karya sastera kita yang tampaknya masih bersenandung dengan diksiberbunga-bunga. Kerja penulisan yang sederhana menggambarkan kesederhanaan karakterseseorang pengarang.               Kejadian dan permasalahan di dunia,untuk yang berjiwa seniman, tidak semestinya dilihat hanya dalam satuperspektif. Tidak mungkin lahir misalnya, novel secanggih Naratif Ogonshoto karya SN Anwar Ridhwan tanpa kepekaan intelektualdan mata seninya yang pelbagai dimensi ketika mengupas permasalahan masyarakatdunia semasa. Beberapa karya fiksyen di tangan SN Anwar Ridhwan sangat kompleksdan halus perlambangannya. Beliau adalah contoh kuat bagaimana sasterawan besarkita berhubungan dengan kerja-kerja penulisan antarabangsa demi meninggikanstatus piawaian penulisan. Bahkan sehingga kini, SN Anwar Ridhwan belum lagimenampakkan kekenduran untuk melakukan sebarang eksperimen dalam fiksyen.            Seniman yang peka dan berhasratingin mempertajamkan kemahiran penulisan akan mencari pengkaedahan baharu yangsesuai dan menepati jiwa artistiknya. Sebagai pengembara sastera, meminjam istilahSN Muhammad Haji Salleh, tidak dapat tidak, penulis membangunkan karya sasteraberdasarkan keprihatinan hati nuraninya terhadap sesuatu keadaan disekelilingnya melalui multi-peranti penceritaan. Cerita hanya landasan untukpengarang fiksyen berkias tentang sikap manusia. Permasalah manusia di luar,adalah juga jaringan permasalahan dalaman seseorang penulis. Jika tidak,bagaimanakah para penyair hendak membina baris puisi yang berpijak di buminyata?            Sebagai contoh, setelah dipengaruhioleh sebuah novella bertajuk Pedro Paramokarya Julio Cortazar dan sebuah cerpen panjang The Metamorphosis karya Franz Kafka, Gabriel Garcia Marquez menulisnovel One Hundred Years Of Solitude. Novelyang secara maksimum mengangkat teknik penulisan realisme magis ke mata duniaitu melayakkan pengarangnya mendapat pengiktirafan Hadiah Nobel untukkesusasteraan pada tahun 1982. Dengan kemahiran naratif luar biasa dankecerdikan berhumor, novel-novel yang datang dari Amerika Latin menciptametafora asli untuk menyindir dan memperolok-olokkan penjajah negara mereka. Realismemagis hanyalah teknik penceritaan, apa yang lebih diutamakan ialah isi darikandungan kiasan kisahnya.            Novel One Hundred Years Of Solitude menjadi wahana kepada pengarangnyamempamerkan bakat genius selain novel-novel yang ditulis oleh Carlos Fuentes,Jose Saramago atau Mario Vargas Llosa. Dan lebih penting daripada pencapaianartistiknya, Gabriel Garcia Marquez menyelongkar tipu helah dan bencana yangdisusup masuk oleh penjajah asing ke atas penduduk peribumi. Para peniagabarang-barang dari puak gipsi, pertunjukan sarkas, kemabukan pada kegiatanberjudi, pelacur-pelacur didatangkan khas dari negara luar, hubungan kelamin diluar tabie malahan ketaksuban pada pihak penguasa yang despotik adalah kesan palingbesar ke atas sesebuah negara terjajah. Walaupun tidak disampaikan denganberterus-terang, pendekatan realisme magis melakukan lebih jauh berbanding apadilakukan secara realisme.            Apakah yang mendorong pengarangnovel itu bercerita dengan panjang lebar salur-galur kisah saga keluarga JoseArcadio Buendia yang penuh simpang-siur dan intrik serba melucukan?  Apakah ia sekadar dongeng ringan atau adaperistiwa penting yang ingin disampaikan di sebalik jenaka hiperbola yangmenyinis? Diselitkan peristiwa pembunuhan beramai-ramai penduduk di Macondoyang menjadi latar lokasi para wataknya sementara pemberontakan amatur dilancarkanoleh anak muda penduduk Macondo terhadap penjajah asing. Demikian ribuanmayat-mayat yang ditembak kemudian disumbat di dalam gerabak keretapi, sudahcukup jelas bahawa misi pengarang novel tersebut untuk mengangkat realitisejarah di sebalik pembukaan ladang pisang. Dan dengan pintar dan kemas,perjalanan naratif novel tersebut dimulakan dengan peristiwa imbasan kembalipada perenggan pertama. Dan peristiwa-peristiwa sedemikian masih bergema dalamkehidupan sekarang.             Pada tahun 1991, Dewan Bahasa danPustaka telah menerbit karya masterpieceGabriel Garcia Marquez yang amat penting dan berbaloi kepada peminatkesusasteraan. Apabila novel One HundredYears Of Solitude diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, baharu kompaskesusasteraan ketika itu beralih ke Amerika Latin yang sebelum ini kurangdisedari. Novel tersebut yang kemudian diberi tajuk Sumpah Tujuh Keturunan memberi dampak bukan sedikit kepada jalur perkembangankesusasteraan kita. Suasana kekeruhan politik yang dialami oleh beberapa negaraAmerika Latin tiada bezanya dengan situasi dialami oleh negara kita. Penjajahandemi penjajahan oleh kuasa asing hampir menyebabkan sesebuah negara itukehilangan warisan dan jati dirinya. Di situlah para sasterawan terpentingmengungkapkan kesedaran nasionalisme lewat karya masing-masing.  Dan sastera memberi ruang dan pilihan kepadabakat penulis untuk mencabar apakah mereka mampu menulis dengan cara yang laindaripada kebiasaan.            Terbukti apabila lahirnyakarya-karya tempatan dengan meminjam gaya kerja penulisan dari Amerika Latinsebagai model penciptaan yang membentuk novel-novel moden seperti Patriach dan Hujan Pagi diterbitkan. Dantokoh yang paling terpesona oleh kebangkitan generasi boom di Amerika Latin ialah SN Shahnon Ahmad dengan mempratikkanteknik realisme magis dalam kebanyakan novelnya. SN Shahnon Ahmad menggunapakaipelbagai aliran penulisan yang tidak lagi terkekang dengan keseragamanstereotaip. Penekanan unsur bawah sedar, layangan ilusi, fantasi, mitos, parodidan pendalaman kejiwaan dalam karya-karya SN Shahnon Ahmad, memberi kosmetikbaharu dan sofistikated kepada kesusasteraan negara semasa. Tatakerja penulisantidak lagi dipermudahkan dengan sekadar menulis aksi di kulit permukaan.              Sama ada puisi, cerpen mahu punnovel, para penulis didesak oleh situasi dan keadaan semasa agar memperbaharuikerja penulisan masing-masing. Tiada lagi kata-kata manis dan coretan melodramatikyang tidak menyumbang apa-apa kemajuan kesusasteraan. Sudah lama kita terpaksamembenarkan karya-karya separuh masak memasuki ruangan kesusasteraan oleh sikappara penulis itu sendiri. Bagaimanakah kita akan mengatakan kerelevanan bahawasastera itu penting kepada negara andai karya sastera yang ditulis tidakberkaitan dengan kehidupan manusia di luar? Sementara para penulis masih lagidengan mentaliti negatif dengan tidak segan-silu menyalahkan pihak editorkerana tidak menyiarkan karya ciptaan mereka yang hanya menambahkan lagilonggokan sampah dalam bidang kesusasteraan. Kita sudah terlalu jauhterkebelakang dalam bidang kesusasteraan moden kerana terlalu bermurah hatimelayan selera rendah golongan pembaca.            Tetapi lihatlah perkembangankesusasteraan di peringkat antarabangsa. Dengan kaedah penulisan menjadisemakin dipersulitkan dan susun atur plot serta persoalan terusdijungkar-balikkan untuk mengukuhkan kesungguhan artistik baharu penulisan.Perselisihan politik, ketamakan nafsu duniawi para pemerintah dipersoal dan dipotretkandengan gambaran hodoh dalam naratif sastera yang sudah tentu menyisip lapisanmaksud. Menulis tentang perkara-perkara sedemikian sensitif memerlukan kearifanbahasa dan teknik berkias yang sesuai untuk memasukkan jarum peringatan. Dan kemahiransebegini jelas menagih bukan sedikit tahap kebijaksaan para penulis bertamsilmelalui medium seni. Walaupun demikian, menurut takrifan Dr. Faisal Tehrani,kerja pengarang sastera bukan lagi menyempurnakan bentuk atau luaran karya tetapiharus mendalami makna dan wacana.             Kesedaran dalaman para penulisketika menulis sesebuah karya lebih penting dan difahami terlebih dahulu. Sebagaimanakesan sinikal yang menjadi kunci kekuatan persoalan dalam cerpen Pesta karya Awangku Merali PangeranMohamed. Cerpen bernada pedas dan cukup tajam ini mengingatkan bahawa segalatingkah-laku pihak atasan kini menjadi bahan tertawa oleh masyarakat bawahan. Seorangtokoh sastera yang berpengalaman dan berilmu tinggi seperti Awangku MeraliPangeran Mohamed sudah tentu maklum niat dan visi dalam setiap penulisankarya-karyanya. Segala fahaman sastera dari barat yang selama ini mendominiasikerangka penceritaan karya telah diterbalikkan dengan penuh kesedaran bangsapasca-kolonial. Istilah pensejarahan baharu diperkenalkan untuk menyatakan gelombangbaharu aliran penulisan fiksyen dalam sebuah negara bekas jajahan. Dengandemikian bahasa dan sastera menjadi senjata intelektual untuk menghukum semulapihak penguasa yang terleka di puncak kuasa.             Justeru, perhatian peminatkesusasteraan mula beralih ke perspektif yang lebih natural dan berbeza darikekerasan naratif karya-karya penulis Eropah. Alam mimpi, imaginasi,kepercayaan karut, dongeng rakyat dan perkara-perkara tahyul yang melanggarhukum logik manusia biasa mula diberi tempat yang sewajarnya di dalam teksfiksyen. Elemen-elemen yang dianggap tidak intelektual menurut kaca mataakademik barat itu akhirnya membebaskan kekangan bakat seseorang penulis untukmeninggikan pencapaian kesusasteraan ke tahap katarsis yang tidak mungkindisamakan dengan pencapaian seorang saintis. Lihatlah kesannya bagaimana watakmanusia dari kaum penjajah diperlekeh dan diketawakan dalam cerpen A very Old Man With Enormous Wings.              Alangkah malang tanah semewah dansemistik negeri Sarawak yang begitu kaya dengan kepelbagaian etnik dan kisahrakyatnya tetapi gagal merangsang kepekaan para sasterawannya untuk menuliskarya hebat dan moden serta canggih gaya penceritaannya. Awangku MeraliPangeran Mohamed telah berjaya melakukan kerja penulisan dengan menyingkappermasalahan penduduk negeri ini yang mendiami kawasan terpencil dan bagaimanakeserakahan nafsu pihak berkepentingan datang menghimpit kehidupan mereka.   Juga, sebagai peminat kesusasteraan, kitatidak mahu lagi terus-menerus disajikan dengan kisah sejarah pendudukan Jepundan British sehingga kini. Sudah tentu ada kisah lain yang lebih menarik danpenting untuk dituliskan tentang manusia yang masih hidup selain daripada kisahlegenda buaya Bujang Senang. Bagaimana dengan kisah masyarakat di tengah bandaryang menghadapi kerenah birokrasi, anak-anak muda yang tidak berpelajarantinggi, perebutan tanah tanpa kerelaan bahkan rempuhan urbanisasi yang gagaldifahami oleh para ibu bapa yang buta huruf di kampung. Ini semua menuntut penglibatanpenulis untuk menjelaskan permasalahan ini dalam halaman karya. Dan ia bukankerja penulisan sastera semata-mata. Jika para penulis tidak berdaya menyorotpsikologi masyarakat yang hidup di sekelilingnya secara terperinci, justeru,untuk siapakah mereka berkarya dengan menggunakan komputer riba model terkini?            Dalam majalah Dewan Sastera isu Julai 2011, SN Shahnon Ahmad secarabersungguh-sungguh menekankan betapa perlunya seseorang penulis berusaha keluardari zon selesa dalam kerja penulisan mereka. Dengan menitik beratkankepentingan ilmu pengetahuan yang luas, SN Shahnon Ahmad mengajak para penulissupaya melakukan eksperimen yang bakal menambahnilai kandungan sesebuah karyaitu.  Tanpa capaian ilmu pengetahuan yangluas, maka, sudah tentu eksperimen yang dilakukan oleh seseorang penulis ituakan terkandas dan sia-sia. Tanpa saiz pembacaan yang luas dan pelbagai,amatlah sukar kepada bakal penulis yang ingin mengadaptasi sesuatu peristiwapenting di sekelilingnya ketika menurun ayat dalam karya.             Manakala kepada sebahagian penulisyang masih berada dalam zon zelesa, mereka tidak ada pilihan lain kecualiterus-menerus menulis dalam bingkai konvensional dan dikhuatiri terkebelakangdalam arus besar kerja penulisan semasa.  Sudah tiba masanya para penulis melakukanmetamorfosis dan keluar dari kepompong komplasen. Dan inilah masalah utama yangmencengkam sebahagian besar para penulis yang baharu menulis. Benar, parapenulis zaman sekarang ini beruntung dengan adanya laluan internet di dalamrumah yang menyampaikan segala kejadian dunia melalui hujung jari. Jika pun parapenulis ini berminat untuk menyerapkan kepekaan sosialnya ke atas halamankertas, namun, disebabkan oleh keterbatasan pengetahuan kesusasteraan dan bakatyang tidak dipupuk, maka, karya-karya mereka lebih kepada ayat-ayat terapung yangkedengarannya indah tetapi tidak bersentuhan kepada realiti.            Namun, pada hari ini, ketika duniasemakin berdebu dan tidak menentu keadaan iklimnya apalagi perubahan-perubahan drastikyang melanda hubungan sesama manusia, apakah yang disumbangkan oleh sesebuahkarya sastera relevan kepada negara membangun seperti Malaysia? Kita tidak mahuselamanya duduk di dalam dewan mendengar seorang tokoh terhormat yang dijemputuntuk menyampaikan hadiah sastera mengulangi kata-kata manis di atas teks.Kemudian selesai menyampai ganjaran kepada para penulis tokoh terhormattersebut akan menjawab soalan-soalan dari pihak wartawan berhubung urusanpolitik di mana tempatnya berada sekarang. Apakah sikap tokoh terhormat yangdijemput dalam acara-acara sastera kita benar-benar tulen dan bersimpati denganpermasalahan sastera?            Apa ertinya teknik penulisansesebuah karya fiksyen yang canggih jika dari awal sehingga ke akhir halamanteksnya hanyalah sekadar cerita semata-mata? Para pembaca mahukan sebuah karyayang dapat dijadikan medium  untukmembicarakan isu-isu permasalahan yang melanda hidup mereka dan bukansemata-mata khayalan kisah cinta. Atau apakah maksud yang cuba disampaikan olehSN A. Samad Said melalui puisi PeludahWarna ketika perhimpunan BERSIH mengambil tajuk utama muka depan akhbarnasional? Ketika para sasterawan besar negara turun di atas jalan raya untukmemperjuangkan persoalan masa depan bahasa Kebangsaan dan sastera, apakah pulasikap dan kepekaan dari pihak penulis itu sendiri? Malah jauh sebelum itu,Ishak Haji Muhammad telah pun menulis novel Anak Mat lela Gila dan SN ShahnonAhmad yang menggugah kenyamanan selera pembaca karya sastera melalui novel Shit. Benarlah kata beberapa sasterawantersohor, karya sastera itu tidak mungkin tercipta hasil dari kekosongan.             SN Muhammad Haji Salleh telahmembuat ulasan ringkas tentang sebuah novel TheFeast Of The Goat  karya Mario VargasLlosa dalam majalah Dewan Sastera Mei2007. Menceburi bidang penulisan fiksyen, seseorang penulis secara semulajadidiajak untuk mengasah kepekaan naluri dan emosinya dengan cuba melibatkan diridengan situasi kerungsingan manusia. Novel yang tidak dirapi urutan krologis karanganMario Vargas Llosa tersebut mengangkut kisah tragis tentang kediktatoran bekaspresiden. Tema klasik tentang kekejaman sesama manusia, kebenaran danpembohongan, fitnah dan pengkhianatan di kalangan para tokoh terhormat diperincikandengan sempurna dalam novel tersebut. Dan inilah barangkali kemuncak keterlibatandan keberanian seseorang penulis besar meratakan fikiran, imaginasi, bakat dantanggungjawab sosialnya di atas halaman manuskrip.  

p/s: terbit pertama kali dalam akhbar Utusan Borneo. 9/4/2012.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 18, 2012 00:37

Roslan Jomel's Blog

Roslan Jomel
Roslan Jomel isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Roslan Jomel's blog with rss.