Roslan Jomel's Blog, page 5
April 10, 2012
selumbar
apakah perlu idea besar untuk memulakan karya fiksyen? apakah menulis sajak tentang bekalan air terputus selama seminggu disebabkan kerja pembaikian dianggap serius?
dulu saya fikir harus ada. idea besar. sekarang, beban itu beransur-ansur dilepaskan daripada fikiran. menjadi manusia itu sendiri adalah isu besar selagi masih berhayat.
bagaimana dengan masalah harian? sesuatu yang trivial. saya teringat pada kata-kata Raihani Mohd. Saaid dalam majlis bicara karya mantan MPR tidak berapa lama dulu. yang kira-kira berbunyi, bagaimanakah anda menulis puisi tentang kekejaman di Palestin sedangkan anda tidak pernah pun berada di Palestin? mengapa tidak sahaja menumpukan kepada isu-isu harian di dalam negeri, di dalam rumah dan di dalam kehidupan sendiri? pandangan Raihani Mohd. Saaid jujur dan sememangnya penulis itu tidak perlu mempopularkan diri dengan isu-isu yang agak lofty berbanding pengalaman dan kematangan sendiri.
kesukaran untuk tidur menjadi inti pati kepada Haruki Murakami dan gejala itu dibawa sehingga ke penghujung cerpen Sleep. lihat, betapa remehnya isu cerpen penulis hebat ini. watak utama, seorang wanita, terkurung dalam kereta yang tiba-tiba meragam. dia terkunci di dalam kotak kecil, seperti kiasan yang digunakan pengarangnya. sambil menagis ketakutan dan cuba mententeramkan diri. kasihan watak utama itu. dia terpaksa menerima hakikat betapa hampir tujuh belas hari dia gagal melelapkan diri walau sepicing. apa yang sebenarnya berlaku ke atas dia?
di luar keretanya yang diparkir berhampiran pelabuhan, dua lembaga manusia, semakin besar dan membesar sedang menggoyang-goyangkan kereta. dia sudah pun diberi peringatan oleh polis peronda. tetapi mereka mahu pun masyarakat luar, tidak mungkin menerima alasan mengapa dia perlu berada di luar rumah pada pukul 3.00 pagi. manusia perlu tidur untuk merehatkan diri dari segala proses kehidupan. mengapa watak utama ini sanggup meninggalkan suami dan anak lelakinya tidur nyenyak di dalam rumah? sukar untuk menjelaskan kekacauan psikologi watak utamanya.
sementara kehadiran dua lelaki itu sudah tentu bermaksud jahat. memukul cermin kiri dan kanan kereta dengan ganas. bahkan menggoyang dan siapa tahu akan menterbalikkan kereta itu. nyawa watak utama itu di hujung tanduk. kemudian cerita yang bermula perlahan dan mungkin mudah itu dibiarkan tersangkut tanpa penyelesaian. penyelesaian? sebuah cerita yang dianggap menarik sering memilih teknik sedemikian. mengapa perlu memberitahu kepada pembaca apa yang seterusnya berlaku? dari awal perenggan hingga ke noktah terakhir, segala liku-liku intrik cerita sudah dijelaskan oleh Haruki Murakami tentang teras pergelutan batin yang dialami watak utamanya.
jika sesiapa pernah membaca cerpen Eveline, sebuah cerpen yang amat saya suka, James Joyce turut membiarkan watak utamanya itu tersekat antara kehendak naluri dan rasa beban tanggungjawab kepada keluarga. Eveline menjerit sekuat hati ke arah gelombang lautan yang sedang menuju ke arahnya. di tengah-tengah orang ramai, Eveline terperangkap di dalam suatu kurungan psikologi. bahkan pada saat itu, Eveline bahkan tidak mengenali kekasihnya Frank yang ingin membawanya hidup bersama di Buenos Aires. ceritanya mudah tapi disudahkan dengan dengan tekanan kompleks.
apabila saya membaca baris permulaan novel pendek KO KB KL KU karya Fadli Al-Akiti, saya membayangkan sesuatu penceritaan yang tajam. baris permulaan novel pendek itu mengingatkan saya kepada permulaan novel The Outsider karangan Albert Camus. watak seorang khunsa sangat jarang diterokai. apakah ia kawasan taboo dalam etika penulisan karya sastera tempatan? Fadli sangat bijak memilih dimensi sebegini untuk dituliskan dalam karya fiksyen. suatu pilihan yang agak risky tetapi eksentrik. elemen-elemen sebegini sudah lama dibiarkan tanpa dihidupkan dalam karya sastera. namun bagaimana hendak memindahkan pergelutan batin watak khunsa dengan cemerlang dalam karya fiksyen? sudah tentu bukan sahaja menagih ketepatan gambaran emosi malah jauh daripada itu kerja keras pengarang untuk memperinci surut-naiknya fikiran watak tersebut. dan ia bukan tugasan mudah.
saya membaca novel pendek (pulpa) KO KB KL KU dengan rasa enjoy. tanpa menuntut kesempurnaan sebuah karya, saya menerima novel pendek ini sebagai suatu percubaan menyimpang daripada penulis generasi baharu. secara sedar saya abaikan aspek kualiti atau "nilai sasteranya". sebagai pembaca, saya ingin fikiran dan perasaan saya turut dicemari dengan hal-hal sebegini. ia suatu pengembaraan sosial yang harus dibawa lebih jauh dan ke dalam untuk melukiskan segala persimpangan keanehan hidup itu sendiri. jika tidak, pembacaan saya akan bosan dan tidak berwarna-warni.
dulu saya fikir harus ada. idea besar. sekarang, beban itu beransur-ansur dilepaskan daripada fikiran. menjadi manusia itu sendiri adalah isu besar selagi masih berhayat.
bagaimana dengan masalah harian? sesuatu yang trivial. saya teringat pada kata-kata Raihani Mohd. Saaid dalam majlis bicara karya mantan MPR tidak berapa lama dulu. yang kira-kira berbunyi, bagaimanakah anda menulis puisi tentang kekejaman di Palestin sedangkan anda tidak pernah pun berada di Palestin? mengapa tidak sahaja menumpukan kepada isu-isu harian di dalam negeri, di dalam rumah dan di dalam kehidupan sendiri? pandangan Raihani Mohd. Saaid jujur dan sememangnya penulis itu tidak perlu mempopularkan diri dengan isu-isu yang agak lofty berbanding pengalaman dan kematangan sendiri.
kesukaran untuk tidur menjadi inti pati kepada Haruki Murakami dan gejala itu dibawa sehingga ke penghujung cerpen Sleep. lihat, betapa remehnya isu cerpen penulis hebat ini. watak utama, seorang wanita, terkurung dalam kereta yang tiba-tiba meragam. dia terkunci di dalam kotak kecil, seperti kiasan yang digunakan pengarangnya. sambil menagis ketakutan dan cuba mententeramkan diri. kasihan watak utama itu. dia terpaksa menerima hakikat betapa hampir tujuh belas hari dia gagal melelapkan diri walau sepicing. apa yang sebenarnya berlaku ke atas dia?
di luar keretanya yang diparkir berhampiran pelabuhan, dua lembaga manusia, semakin besar dan membesar sedang menggoyang-goyangkan kereta. dia sudah pun diberi peringatan oleh polis peronda. tetapi mereka mahu pun masyarakat luar, tidak mungkin menerima alasan mengapa dia perlu berada di luar rumah pada pukul 3.00 pagi. manusia perlu tidur untuk merehatkan diri dari segala proses kehidupan. mengapa watak utama ini sanggup meninggalkan suami dan anak lelakinya tidur nyenyak di dalam rumah? sukar untuk menjelaskan kekacauan psikologi watak utamanya.
sementara kehadiran dua lelaki itu sudah tentu bermaksud jahat. memukul cermin kiri dan kanan kereta dengan ganas. bahkan menggoyang dan siapa tahu akan menterbalikkan kereta itu. nyawa watak utama itu di hujung tanduk. kemudian cerita yang bermula perlahan dan mungkin mudah itu dibiarkan tersangkut tanpa penyelesaian. penyelesaian? sebuah cerita yang dianggap menarik sering memilih teknik sedemikian. mengapa perlu memberitahu kepada pembaca apa yang seterusnya berlaku? dari awal perenggan hingga ke noktah terakhir, segala liku-liku intrik cerita sudah dijelaskan oleh Haruki Murakami tentang teras pergelutan batin yang dialami watak utamanya.
jika sesiapa pernah membaca cerpen Eveline, sebuah cerpen yang amat saya suka, James Joyce turut membiarkan watak utamanya itu tersekat antara kehendak naluri dan rasa beban tanggungjawab kepada keluarga. Eveline menjerit sekuat hati ke arah gelombang lautan yang sedang menuju ke arahnya. di tengah-tengah orang ramai, Eveline terperangkap di dalam suatu kurungan psikologi. bahkan pada saat itu, Eveline bahkan tidak mengenali kekasihnya Frank yang ingin membawanya hidup bersama di Buenos Aires. ceritanya mudah tapi disudahkan dengan dengan tekanan kompleks.
apabila saya membaca baris permulaan novel pendek KO KB KL KU karya Fadli Al-Akiti, saya membayangkan sesuatu penceritaan yang tajam. baris permulaan novel pendek itu mengingatkan saya kepada permulaan novel The Outsider karangan Albert Camus. watak seorang khunsa sangat jarang diterokai. apakah ia kawasan taboo dalam etika penulisan karya sastera tempatan? Fadli sangat bijak memilih dimensi sebegini untuk dituliskan dalam karya fiksyen. suatu pilihan yang agak risky tetapi eksentrik. elemen-elemen sebegini sudah lama dibiarkan tanpa dihidupkan dalam karya sastera. namun bagaimana hendak memindahkan pergelutan batin watak khunsa dengan cemerlang dalam karya fiksyen? sudah tentu bukan sahaja menagih ketepatan gambaran emosi malah jauh daripada itu kerja keras pengarang untuk memperinci surut-naiknya fikiran watak tersebut. dan ia bukan tugasan mudah.
saya membaca novel pendek (pulpa) KO KB KL KU dengan rasa enjoy. tanpa menuntut kesempurnaan sebuah karya, saya menerima novel pendek ini sebagai suatu percubaan menyimpang daripada penulis generasi baharu. secara sedar saya abaikan aspek kualiti atau "nilai sasteranya". sebagai pembaca, saya ingin fikiran dan perasaan saya turut dicemari dengan hal-hal sebegini. ia suatu pengembaraan sosial yang harus dibawa lebih jauh dan ke dalam untuk melukiskan segala persimpangan keanehan hidup itu sendiri. jika tidak, pembacaan saya akan bosan dan tidak berwarna-warni.
Published on April 10, 2012 21:07
March 28, 2012
?
mengapa sering benar diadakan sayembara menulis karya kreatif pada setiap tahun? dan siapakah pemenang-pemenang utamanya jika bukan penulis yang sudah pun mapan (established). cek berpuluh ribu disampaikan dan apakah mutu karya sastera tempatan meningkat? jika masih seperti dahulu, maka, sayembara ini bertujuan untuk apa?
mungkin alasannya barangkali, penulis-penulis karya kreatif beraliran "serius" tidak seberuntung rakan-rakan mereka yang menulis dengan pendekatan mesra pembaca. lalu, penganjuran siri sayembara menulis karya kreatif tetap sahaja diadakan. dan barisan pemenang utama terus sahaja menampilkan nama yang sama. jika tidak diadakan sayembara sedemikian, konon kesuasteraan negara akan terbantut.
mengapa sering benar diadakan pembentangan kertas kerja hampir setiap tahun? segala kajian dan teori yang diaplikasi dalam menilai karya kreatif dilampirkan hampir berpuluh-puluh tajuk. selepas itu apa yang terjadi? apakah tugas para penulis sesudah makan dan minum di dalam hotel kediaman? bersiar-siar dan membeli-belah sebagai persiapan Hari Raya? kepada Allah mereka menulis di dinding BukuWajah, semoga dipermudahkan...
jumlah hadirin sentiasa ramai. ada yang hadir kerana ingin mendapat ilmu baharu. ada yang tertidur kerana kebosanan mendengar pembentang kertas kerja tidak sudah-sudah memuji penulis tertentu. ada yang hadir dari jauh kerana inilah peluangnya bertemu dengan penulis-penulis tersohor negara. ada yang berhasrat ingin hadir kerana pada kesempatan begitulah, dia boleh merakam gambar-gambar bersama tokoh penulis popular kemudian diletakkan di dinding BukuWajah masing-masing. bukankah ia menyeronokkan?
"Penulis itu memiliki tanggungjawab," kata Carlos Fuentes kemudian menyambung: "Saya fikir tanggungjawab sesungguhnya seseorang penulis ke atas masyarakat adalah meletakkan kekuatan imaginasi dan kemampuan komunikasi bahasa. Kita punya tanggungjawab melalui bahasa kerana bahasa terus-menerus direndahkan. Jika tanggungjawab itu tidak diusahakan, maka informasi tidak akan tersampaikan atau hanya akan tersampaikan secara distortif. Apa yang saya maksudkan dengan bahasa yang terus-menerus direndahkan adalah penggunaaan bahasa yang buruk seperti terdapat dalam bidang politik dan informasi. Kata-kata yang diucapkan justeru disampaikan secara buruk, manakala kata-kata yang tidak terucapkan malah muncul melebihi apa yang disampaikan secara buruk. Saya fikir kita dikelilingi oleh kehiruk-pikukan suara sedemikian. Suara itu cenderung menjadi informasi buruk dan tidak pernah menjadi pengetahuan. Oleh itu, misi penting bagi setiap penulis ialah berusaha menunjukkan bahawa bahasa dapat melakukan sesuatu dan mampu ditempatkan ke sesuatu. Ada banayak kerugian bahasa melalui media dan politik, penulis harus membersihkan kembali deretan kata-kata."
rupa-rupanya penulis punya tanggungjawab. apakah rupanya bahasa buruk? saya tidak tahu. sebelum ini saya fikir bahawa penulis itu wajib mengemaskini status di dinding BukuWajah. menurunkan kata-kata hikmah atau memuatkan kata-kata bersajak untuk tatapan pengunjung. ubah gaya rambut. atau mengecam ahli politik parti itu parti ini. nak bersenang-lenang di laman BukuWajah akhirnya terganggu oleh perutusan politikal melampau.
apakah kaedah selain daripada penganjuran sayembara menulis karya kreatif untuk mencerdas dan meningkatkan kualiti kemahiran penulisan sesesorang pengkarya? beri tiket percuma menonton perlawanan akhir bolasepak kejohanan negara-negara Eropah nanti?
dan pembentangan kertas kerja pun bermulalah setiap tahun. hampir penuh kotak di dalam bilik untuk menyimpan timbunan kertas kerja. ritual setiap tahun. sementara karya-karya kreatif di media-media utama tetap tidak meningkat. seorang tokoh sasterawan pernah menegur kandungan karya dalam XYZ (meminjam sebutan Nimoiz TY) yang tidak pernah berubah-ubah dari tahun awal penerbitan majalah tersebut. alamak!
sebenarnya untuk apa menjadi penulis karya kraetif? ikut trend? supaya nampak intelektual kerana bercita-rasa seni? supaya boleh melepak di mamak Pasar Seni? mempertahankan ego pengetahuan sastera dengan buku-buku dari barat? entahlah..
mungkin alasannya barangkali, penulis-penulis karya kreatif beraliran "serius" tidak seberuntung rakan-rakan mereka yang menulis dengan pendekatan mesra pembaca. lalu, penganjuran siri sayembara menulis karya kreatif tetap sahaja diadakan. dan barisan pemenang utama terus sahaja menampilkan nama yang sama. jika tidak diadakan sayembara sedemikian, konon kesuasteraan negara akan terbantut.
mengapa sering benar diadakan pembentangan kertas kerja hampir setiap tahun? segala kajian dan teori yang diaplikasi dalam menilai karya kreatif dilampirkan hampir berpuluh-puluh tajuk. selepas itu apa yang terjadi? apakah tugas para penulis sesudah makan dan minum di dalam hotel kediaman? bersiar-siar dan membeli-belah sebagai persiapan Hari Raya? kepada Allah mereka menulis di dinding BukuWajah, semoga dipermudahkan...
jumlah hadirin sentiasa ramai. ada yang hadir kerana ingin mendapat ilmu baharu. ada yang tertidur kerana kebosanan mendengar pembentang kertas kerja tidak sudah-sudah memuji penulis tertentu. ada yang hadir dari jauh kerana inilah peluangnya bertemu dengan penulis-penulis tersohor negara. ada yang berhasrat ingin hadir kerana pada kesempatan begitulah, dia boleh merakam gambar-gambar bersama tokoh penulis popular kemudian diletakkan di dinding BukuWajah masing-masing. bukankah ia menyeronokkan?
"Penulis itu memiliki tanggungjawab," kata Carlos Fuentes kemudian menyambung: "Saya fikir tanggungjawab sesungguhnya seseorang penulis ke atas masyarakat adalah meletakkan kekuatan imaginasi dan kemampuan komunikasi bahasa. Kita punya tanggungjawab melalui bahasa kerana bahasa terus-menerus direndahkan. Jika tanggungjawab itu tidak diusahakan, maka informasi tidak akan tersampaikan atau hanya akan tersampaikan secara distortif. Apa yang saya maksudkan dengan bahasa yang terus-menerus direndahkan adalah penggunaaan bahasa yang buruk seperti terdapat dalam bidang politik dan informasi. Kata-kata yang diucapkan justeru disampaikan secara buruk, manakala kata-kata yang tidak terucapkan malah muncul melebihi apa yang disampaikan secara buruk. Saya fikir kita dikelilingi oleh kehiruk-pikukan suara sedemikian. Suara itu cenderung menjadi informasi buruk dan tidak pernah menjadi pengetahuan. Oleh itu, misi penting bagi setiap penulis ialah berusaha menunjukkan bahawa bahasa dapat melakukan sesuatu dan mampu ditempatkan ke sesuatu. Ada banayak kerugian bahasa melalui media dan politik, penulis harus membersihkan kembali deretan kata-kata."
rupa-rupanya penulis punya tanggungjawab. apakah rupanya bahasa buruk? saya tidak tahu. sebelum ini saya fikir bahawa penulis itu wajib mengemaskini status di dinding BukuWajah. menurunkan kata-kata hikmah atau memuatkan kata-kata bersajak untuk tatapan pengunjung. ubah gaya rambut. atau mengecam ahli politik parti itu parti ini. nak bersenang-lenang di laman BukuWajah akhirnya terganggu oleh perutusan politikal melampau.
apakah kaedah selain daripada penganjuran sayembara menulis karya kreatif untuk mencerdas dan meningkatkan kualiti kemahiran penulisan sesesorang pengkarya? beri tiket percuma menonton perlawanan akhir bolasepak kejohanan negara-negara Eropah nanti?
dan pembentangan kertas kerja pun bermulalah setiap tahun. hampir penuh kotak di dalam bilik untuk menyimpan timbunan kertas kerja. ritual setiap tahun. sementara karya-karya kreatif di media-media utama tetap tidak meningkat. seorang tokoh sasterawan pernah menegur kandungan karya dalam XYZ (meminjam sebutan Nimoiz TY) yang tidak pernah berubah-ubah dari tahun awal penerbitan majalah tersebut. alamak!
sebenarnya untuk apa menjadi penulis karya kraetif? ikut trend? supaya nampak intelektual kerana bercita-rasa seni? supaya boleh melepak di mamak Pasar Seni? mempertahankan ego pengetahuan sastera dengan buku-buku dari barat? entahlah..
Published on March 28, 2012 21:33
March 26, 2012
hari Sabtu yang bersurat
pagi 24 Mac, saya hadir ke acara Program Alumni Minggu Penulis Remaja 2012 Bicara Karya Apresiasi Sastera anjuran DBPKL. waktu untuk memulakan acara tersebut ditulis pada pukul 9.00 pagi dan ia dilangsungkan pada sekitar pukul 10.00 pagi. biasalah tu, meneruskan tradisi. bersembang dulu di luar, lepas tu barulah terhegeh-hegeh masuk dalam ruang Laman Karyawan.
saya perlu hadir, salah satu sebabnya, menambahkan jumlah hadirin yang agak mengecewakan. selain daripada alasan itu, ia sebagai tanda mengucapkan terima kasih kepada jasa baik pihak DBPKL yang memilih saya sebagai perserta MPR pada tahun 1991. turut hadir pada acara itu ialah Saharil Hasrin Sanin (saya dan Saharil satu lencana untuk sesi MPR91). kehadiran Saharil menjadikan kami berdua sebagai mantan MPR paling tua dan paling hensem pada pagi itu.
Raihani Mohd Saaid, Hafizul Osman dan Ida Munira Abu Bakar dipilih sebagai pembicara untuk buku terbitan masing-masing. selepas ketiga-tiga mereka meluahkan pengalaman proses penghasilan karya, tiada soalan dikemukakan (seingat saya) daripada hadirin. pihak media dari akhbar Berita Harian turut kelihatan membuat liputan. di laman JalanTelawi.com, saya menulis tentang Raihani Mohd Saaid dengan bertujuan untuk memperkenalkan nama dan bakat kepenyairannya di media alternatif. saya hanya akan mengulas buku yang benar-benar mengkagumkan saya sebagai peminat kesusasteraan. maka, memang saya memilih untuk bersikap bias.
kemudian apabila Dr. Zurinah Hassan bangun menceritakan liku-liku awalnya sebagai penulis, barulah saya sebagai hadirin berasa seperti inilah "the moment" yang ditunggu-tunggu. betapa beruntungnya para penulis generasi baharu. komputer riba ada, ipad ada, telefon genggam pintar ada. laman sosial BukuWajah ada. tinggal lagi bagaimana untuk terus menulis dengan lebih bagus. tetapi bakat dan kecerdasan seseorang penulis perkara lain.
tengah hari pada hari yang sama, di restoran mamak belakang Pasar Seni, saya bersembang sekejap dengan Fadli Al-Akiti. Fadz (panggilan untuk Fadli Al-Akiti) merupakan editor majalah dewan Sastera terbaharu. untuk memecahkan rahsia, Fadz merupakan editor untuk manuskrip kumpulan cerpen ke dua saya, Semenanjung Borneo. insya-Allah manuskrip kumpulan cerpen ini akan diterbitkan oleh ITBNM. jadi, tidaklah nampak saya sedang membodek ketika bersembang dengan dia. dalam perbualan ringkas pada petang itu, saya juga tahu mengapa dan apakah puncanya ruangan Cerpen Terjemahan dimansuhkan. saya sangat suka ruangan Cerpen Terjemahan. apa lagi jika ada cerpen-cerpen yang datang dari penulis-penulis besar dunia yang menulis dalam bahasa asalnya bukan bahasa Inggeris.
kerana saya tidak suka bersembang lebih lama, saya meminta diri dulu. sebenarnya bercakap tentang sastera dengan editor muda seperti Fadz memang mengambil masa. dari dalam pejabat, Fadz sedang merencanakan pembaharuan untuk pengisian majalah Dewan Sastera agar tampak segar, fleksibel dan disukai oleh pelbagai lapisan pembaca. itulah yang sepatutnya dilakukan oleh generasi editor baharu. kandungan majalah Dewan Sastera harus tampil dengan idea-idea menarik supaya tidak lagi kelihatannya mengulangkan pendekatan yang sama. dengan penglibatan Fadz ke lingkungan scene sastera indie, saya fikir, majalah Dewan Sastera di bawah kendaliannya akan lebih bersikap terbuka ketika menilai bahan-bahan tulisan kiriman penulis yang mungkin kurang dikenali oleh pembaca setia majalah tersebut.
petang itu saya terus pergo ke SOGO. beli dompet baharu dan makan ais krim.
saya perlu hadir, salah satu sebabnya, menambahkan jumlah hadirin yang agak mengecewakan. selain daripada alasan itu, ia sebagai tanda mengucapkan terima kasih kepada jasa baik pihak DBPKL yang memilih saya sebagai perserta MPR pada tahun 1991. turut hadir pada acara itu ialah Saharil Hasrin Sanin (saya dan Saharil satu lencana untuk sesi MPR91). kehadiran Saharil menjadikan kami berdua sebagai mantan MPR paling tua dan paling hensem pada pagi itu.
Raihani Mohd Saaid, Hafizul Osman dan Ida Munira Abu Bakar dipilih sebagai pembicara untuk buku terbitan masing-masing. selepas ketiga-tiga mereka meluahkan pengalaman proses penghasilan karya, tiada soalan dikemukakan (seingat saya) daripada hadirin. pihak media dari akhbar Berita Harian turut kelihatan membuat liputan. di laman JalanTelawi.com, saya menulis tentang Raihani Mohd Saaid dengan bertujuan untuk memperkenalkan nama dan bakat kepenyairannya di media alternatif. saya hanya akan mengulas buku yang benar-benar mengkagumkan saya sebagai peminat kesusasteraan. maka, memang saya memilih untuk bersikap bias.
kemudian apabila Dr. Zurinah Hassan bangun menceritakan liku-liku awalnya sebagai penulis, barulah saya sebagai hadirin berasa seperti inilah "the moment" yang ditunggu-tunggu. betapa beruntungnya para penulis generasi baharu. komputer riba ada, ipad ada, telefon genggam pintar ada. laman sosial BukuWajah ada. tinggal lagi bagaimana untuk terus menulis dengan lebih bagus. tetapi bakat dan kecerdasan seseorang penulis perkara lain.
tengah hari pada hari yang sama, di restoran mamak belakang Pasar Seni, saya bersembang sekejap dengan Fadli Al-Akiti. Fadz (panggilan untuk Fadli Al-Akiti) merupakan editor majalah dewan Sastera terbaharu. untuk memecahkan rahsia, Fadz merupakan editor untuk manuskrip kumpulan cerpen ke dua saya, Semenanjung Borneo. insya-Allah manuskrip kumpulan cerpen ini akan diterbitkan oleh ITBNM. jadi, tidaklah nampak saya sedang membodek ketika bersembang dengan dia. dalam perbualan ringkas pada petang itu, saya juga tahu mengapa dan apakah puncanya ruangan Cerpen Terjemahan dimansuhkan. saya sangat suka ruangan Cerpen Terjemahan. apa lagi jika ada cerpen-cerpen yang datang dari penulis-penulis besar dunia yang menulis dalam bahasa asalnya bukan bahasa Inggeris.
kerana saya tidak suka bersembang lebih lama, saya meminta diri dulu. sebenarnya bercakap tentang sastera dengan editor muda seperti Fadz memang mengambil masa. dari dalam pejabat, Fadz sedang merencanakan pembaharuan untuk pengisian majalah Dewan Sastera agar tampak segar, fleksibel dan disukai oleh pelbagai lapisan pembaca. itulah yang sepatutnya dilakukan oleh generasi editor baharu. kandungan majalah Dewan Sastera harus tampil dengan idea-idea menarik supaya tidak lagi kelihatannya mengulangkan pendekatan yang sama. dengan penglibatan Fadz ke lingkungan scene sastera indie, saya fikir, majalah Dewan Sastera di bawah kendaliannya akan lebih bersikap terbuka ketika menilai bahan-bahan tulisan kiriman penulis yang mungkin kurang dikenali oleh pembaca setia majalah tersebut.
petang itu saya terus pergo ke SOGO. beli dompet baharu dan makan ais krim.
Published on March 26, 2012 06:22
March 21, 2012
bentang kertas kerja sana bentang kertas kerja sini. selepas itu apa?
Selamat Tahun Baharu Sastera Sarawak kepada penulis generasi baharu Sarawak. Beberapa tahun lepas, beberapapenulis Sarawak dari generasi baharu mencipta kemenangan hasil dari peraduananjuran DBPKL. Dan sudah tentu kita berbangga apabila Jong Chian Lai menerimaS.E.A Award dari kerajaan Thailand. Anugerah berprestij itu tidak mudah dicapaitanpa penglibatan penuh komited dalam penulisan. Kemudian Abizai dan Jais Sahokterpilih sebagai penerima HSPM untuk penilaian tahun 2006-2007 dalam kategorikarya eceran. Siri kemenangan dari penulis-penulis Sarawak di peringkatkebangsaan sebelum itu dan sekarang, boleh dijadikan kayu pengukur pencapaiansastera Sarawak. Jika Saya ingin jujur, penulis Sarawak berhasil mencipta namadi peringkat kebangsaan dari penganugerahan pelbagai peraduan. Namun, Saya tidak berminat menulis perkarasedemikian. Ada beberapa perkara yangmengganggu perasaan dalaman Saya ketika menghadiri Perhimpunan Alumni MingguPenulis Remaja 1, 2009 pada 19 Disember di dalam Dewan Seminar DBPKL tahunlepas. Memikirkan bahawa hanya Saya sahaja mantan peserta Minggu Penulis Remaja(selepas ini MPR) dari negeri Sarawak yang berkesempatan hadir dalam majlispertemuan semula itu. Saya teringatkan rakan-rakan penulis di Sarawak. FikiranSaya tidak sepenuhnya berada di dalam Dewan Seminar yang dihadiri sekitar limapuluh orang mantan peserta MPR serta beberapa pegawai dari DBPKL sendiri. Jumlahkehadiran pada hari tersebut tidak menggambarkan realiti betapa sengitnyapersaingan merebut tempat di media dewasa ini. Kuala Lumpur secara tidak rasmimenjadi pusat ekspresi sastera peringkat kebangsaan. Bertemu sesamapenulis-penulis segenerasi sudah tentu berbeza dengan bersemuka penulis-penulisveteran dari segi jurang budaya semasa ataupun aliran pemikiran kontemporari. Merekainilah generasi pascamerdeka yang lebih bebas menyatakan pandangan dan beranimerubah pegangan lama. Pentafsiran nilai kesusasteraan juga semakinbertentangan ketika komuniti penulis generasi baharu yang menulis di laman mayamenggunakan kelebihan teknologi untuk menambahkan kesan artistik padakarya-karya mereka. Pun demikian, menyiarkan karya-karya di laman blog tetapmengundang beberapa masalah dari segi nilai harga sesebuah karya itu. Setiappenulis era moden perlu tahu hak cipta pada penulisan mereka. Demikianlah juga,sebarang kegiatan kesusasteraan tidak semestinya diadakan di dalam dewan serbacantik serta dihadiri para peserta berpakaian kemas seperti datang dari syurga.Sehingga kini, Saya tidak faham untuk apa istilah penulis pelbagai kaumdiwujudkan. Apakah sastera itu belum lagi bersifat sejagat? Sastera adalah cerminkehidupan dan kehidupan itu sendiri teramat kompleks. Sudah terlalu lama kitamembaca karya-karya berbentuk fizikal yang kosong inti jiwanya. Jika seseorangpenyair menulis tentang penderitaan sebuah penghuni setinggan di tengah-tengahbandar dari bilik berhawa dingin dan duduk di atas kerusi empuk, kata-katapuisinya itu adalah ciptaan palsu dan hipokrit. Puitis yang berlebihan adalah sikapkarya tradisional. Walau seindah mana pun kata-kata puisinya, ia akan menjadidebu oleh masa kerana sifat kosmetiknya. Dunia pada hari ini tidak lagimemerlukan suasana mimpi yang ingin dituliskan oleh para penulis. Karyabertemakan Islam juga tidak semudah mendidik pembacanya agar insaf padabahagian penghujung cerita. Pendekatan sebegini hanyalah memudahkan penulisan. Sayabelum lagi menemui sebuah novel yang berkesan mempengaruhi emosi dan pemikiransehinggalah Saya membaca novel Kokoro karyapenulis Jepun iaitu Natsume Soeseki. Demikian juga sudah terlalu banyak karya diterbityang dengan sengaja merendahkan daya intelektual pembaca. Penulis-penulis generasibaharu harus keluar daripada kaedah lama yang memandang kehidupan dari luartingkap bilik kreatif mereka. Ini bukan zaman menunggu ilham dengan merenungbulan atau duduk sendirian di depan komputer riba. Masuklah ke dalam psikologimasyarakat sekiranya sanggup menulis dengan berkesan dan relevan. Misalnya, penulisgenius berasal dari Norway, telah berhasil menulis sebuah novelet bertajuk Hunger setelah bertarung dengan realitikelaparan dalam kehidupan sebenarnya. Novelet itu bukan lagi bercerita mengikutgaya sedia ada malah telah mencetuskan fenomena sastera ketika itu. Teknikpenulisan bergaya aliran kesedaran itulah yang sehingga kini disinonimkandengan James Joyce mahu pun Haruki Murakami. Ciptaan monumental itu tidakmungkin lahir jika penulisnya duduk di dalam keadaan selesa di sebuah rumah yangmewah dengan makanan. Sastera semasa mendesak para penulisnya bersikap radikal,turun kepada kenyataan dan bergelut dengan segala kerenah manusia realiti. Demikianlah zaman menulismelalui media bercetak berhadapan dengan pesaing baharunya. Blog bukan sekadar lamansosial dan interaktif maya yang remeh-temeh. Lewat blog itu, penulis-penulismengambil kesempatan dengan sifat global dan pantasnya sebagai ruang untukpelbagai kegunaan yang berkaitan dengan aktiviti penulisan. Menjadi penulispada masa kini semakin menarik dengan adanya kemahiran menggunakan teknologibaharu itu. Kesusasteraan di Sarawak turut sama mengalami evolusi penulisansebagaimana fenomena yang berlaku di Semenanjung. Penulis-penulisnya sama adayang sudah awal mencipta nama sehingga kepada yang baharu membina nama,masing-masing membina laman blog sebagai wadah kehadiran mereka sebagai penulisera moden. Blog Saiee Driss, misalnya,dijadikan ruang maya yang sangat bermanfaat oleh pemiliknya sebagai penghebahbeberapa kegiatan kesusasteraan dari Sarawak di samping turut memuatkan kandungankarya-karya yang tersiar di dalam ruangan YangIndah Itu Bahasa, akhbar UtusanSarawak. Sesungguhnya usaha yang dilakukan Saiee Driss sebagai pemilik blogboleh dijadikan jambatan penghubung kepada peminat kesusasteraan dariSemenanjung yang ingin mengikuti perkembangan sastera dari Sarawak. Dalam suatutemu bual bersama Jeniri Amir dalam rancangan Blog di saluran RTM1beberapa tahun lepas, beliau pernah menyuarakan pandangannya betapaakhbar-akhbar Sarawak agak ketinggalan untuk membina laman sesawangakhbar-akhbar mereka secara talian berbanding akhbar-akhbar di Semenanjung. Untukitu, Saya berharap agar usaha yang telah dirintis oleh Saiee Driss akanberpanjangan. Penglibatan Saiee Driss yangmewakili penulis mapan dalam penggunaan laman maya seperti blog, wajardijadikan contoh kepada penulis-penulis terdahulu agar kekal seiring denganperubahan zaman. Sebagaimana kini turut dilakukan oleh penyair yang mulamenulis sekitar tahun 70-an Pharo Abdul Hakim yang memanfaatkan blognya untukmenyiarkan beberapa buah puisi terbaharunya buat tatapan pengunjung. Bahkandengan kemahiran dan pengetahuan teknologi yang dimiliki, beliau memiliki lebih daripada sebuah blog.Sikap sebegini sungguh memberangsangkan untuk mencabar penulis-penulis generasiterbaharu sekurang-kurangnya memiliki sebuah blog. Walau apa pun bentuk mediapenampungan karya, sastera dari segi disiplin artistiknya tetap mengutamakanisi jiwanya. Saya secara peribadi berada di tengah-tengah medium ini dengansenang hati. Tanggapan umum sebelum ini yang menganggap karya-karya di lamanmaya sebagai karya sampah tidak sepenuhnya tepat. Malah ada antara rakan-rakanpenulisan Saya mencipta nama di persada sastera kebangsaan datang darikedua-dua medium ini. Medium hanyalah peralatan menghantar karya kepadapembaca. Mutu sesebuah karya akhirnya akan mempengaruhi walau di mana pun mediapenyiarannya. Sebegitu juga dengan karya-karya yang terbit di media bercetaktidak lagi sepenuhnya lebih berkualiti. Bahkan kualiti sesebuah karya yangterbit di dalam sesebuah majalah terkemuka pun dianggap sebagai mitoskesusasteraan era moden. Pada zaman moden kini, semua dibenarkan menulis untukmenyatakan pandangan masing-masing. Lihatlah bagaimana laman e-sastera.com berkeupayaan melangsungkanhayat sehingga berjaya menganjurkanpenganugerahan HESCOM saban tahun berkat usaha dan kesungguhan Prof. Dr. IrwanAbu Bakar. Walaupun menyedari dia sendiri terpaksa berkorban menggunakan danadari poketnya sendiri demi melangsungkan jenama e-sastera.com. Tidak sia-sia, laman e-sastera.com kekal bertahan malahan semakin bertambah pengikut danahlinya. Sungguh menarik, pengasaslaman esastera.com iaitu Prof. Dr.Irwan Abu Bakar bukan datang dari latar sastera tetapi dari bidang ilmu yangjauh berbeza dengan suasana kesusasteraan. Penglibatan individu dari golonganprofesional berbeza latar akademik membuktikan sastera bukan milik tunggalkepada manusia seniman yang sensitif dan penyendiri. Dan inilah gelombang baharu yang berlaku dan melanda perjalanan sasterakonvensional. Media elektronik seperti blog bagaikan makhluk baharu penulisansastera. Lewat laman inilah media sastera konvensional dari suatu sudut, menjadiwatak purba yang asing kerana kekolotannya. Walaupun demikian, karya sasterayang dibaca dari halaman kertas tetap kekal bertahan sehingga zaman masihmemerlukan nilai sentimentalnya. Penulis-penulis yang menulis di luar arusperdana tidak lagi menaruh keghairahan untuk mencipta populariti di dalammajalah-majalah terbitan DBP, sebagai contohnya. Kepuasan berkarya bersifatsubjektif. Apalagi terlalu banyak hambatan konsep sesebuah penerbitan yangmenghalang penulisan gaya baharu muncul di media bercetak. Kadang-kadang kitaterpaksa membaca karya yang serupa di dalam sesebuah media dan ini sebenarnyabertentangan dengan sifat sastera yang harus tulen penulisannya. Dengan bertambah ramainyapeserta MPR yang diasuh selama seminggu untuk mengikuti beberapa sesi bengkelpenulisan, DBP tidak sepatutnya lagi selama-lamanya berlagak seperti orang tuadi tengah-tengah kepelbagaian idea oleh penulis-penulis baharu yang hampirseratus peratus mendapat pendidikan tinggi di universiti. Mereka inilah yangkelak memecah hegemoni kesusasteraan tradisi dengan pendekatan yang lebihrelevan dengan situasi semasa. Memang benar, penulis tidak seratus peratuslahir dan berjaya dari sesuatu bengkel penulisan anjuran DBP. Hala jenispenulisan mereka juga sudah pasti berbeza. Namun apabila seseorang penulismendedahkan diri kepada dunia alam siber yang disediakan oleh internet, batasgeografi kesusasteraan bukan lagi menjadi penghalang untuk menerobos koridorsastera antarabangsa semasa. Apa yang perlu diubah juga ialah pemikiranseseorang penulis itu agar lebih terbuka kepada suasana penulisan fiksyen kontemporari.Bukan lagi berkurung di dalam kelompok sesama sendiri sehingga mendabik dadadengan kehebatan ciptaan sendiri. Dan inilah faktor urbanisasibudaya penulisan kepada generasi baharu untuk meneruskan cita-cita merekasebagai penulis era kini. Menulis bukan lagi sekadar minat atau hobi pada masalapang. Penulisan adalah pekerjaan yangmelibatkan akal dan pemikiran, suatu bentuk aktiviti intelektual yang mengerahimaginasi dan keupayaan dalaman seseorang individu. Tidak pernah Saya mendengarbahawa menulis adalah suatu hobi. Bahkan sastera bukan lagi semata-mata pembawamesej moral ketinggalan zaman. Hidup di luar tidak lagi seindah yang digubaholeh penyair-penyair romantik silam. Sebagaimana kata SN Muhammad Haji Sallehdalam sebuah artikelnya, "Kita tidak dapat lagi terus-terusan menipu diridengan bahasa manis, tenang dan harmonis serta sentimental, dan masihmempercayai bahawa dunia ini murni dan manusianya juga adalah bersih dan suci."Tidak mudah menjadi penulis ketika dunia bukan lagi hitam putih. Sebagaimana kehidupan diluar, sudah semakin jarang kita temui individu yang tidak berani untuk bersikaptelus dan berterus-terang ketika berbicara. Apa yang kita temui sekarang ialahindividu-individu hipokrit yang sukar untuk bersikap jujur hingga mempengaruhimasyarakat di sekelilingnya tidak ubah sebagai komuniti pengecut kerana tidakberani berkata benar. Bahkan kerenah birokrasi yang selama ini menjadi barahhubungan sosial bagaikan raksasa halimunan yang melindungi individu-individu berjiwakecil ini. Sastera di sebalik kehebatan tamadunnya dalam bidang kebahasaan mahupun pengungkapan jiwa dan pemikiran sesebuah bangsa, tetap terpalit denganinsiden politiking yang memualkan itu. Apakah agaknya keadaansastera Sarawak pada tahun baharu ini? Apakah akan berubah atau masih kekalseperti sediakala? Apakah wujud komuniti penulis generasi baharu yang bakalmenggegarkan tolok kesusasteraan negara? Dengan jumlah penulis yang bolehdihitung dengan jari, bagaimanakah kita hendak meneruskan legasi sastera yangtelah ditinggalkan oleh penulis-penulis terdahulu? Lebih malang,penulis-penulis yang pernah menaikkan nama negeri Sarawak suatu ketika dahuluakhirnya menjadi pasif dan tidak turun membantu penulis-penulis terkemudiansebagai jurubicara sastera yang serba canggih. Apakah mereka sudah ketandusanidea untuk menulis atau gagal mengadaptasi situasi kesusasteraan semasa? Insidenini bukan sahaja menyedihkan malah merugikan kepada kesinambungan sasteraSarawak. Makanya, kita menaruh harapan kepada sejumlah kecil penulis mapan agarkekal menulis untuk menyuburkan sastera Sarawak seperti sdr. Jais Sahok, SaieeDriss, Zaini Ozea, Pharo Abdul Hakim, Latifah Haji Sabli dan lain-lain darigenerasi terdahulu. Kesinambungan penulisan mereka akan menyemarakkan usahapenulis generasi baharu. Namun, Saya secara peribadi,begitu mengagumi bakat istimewa yang dimiliki oleh Awangku Merali PengiranMohamad. Penulis sehebat Awangku Merali Pengiran Mohamad yang telah melahirkan kumpulancerpen berkualiti bagaikan hilang dari muka bumi. Saya menunggu-nunggukemunculan cerpen terbaharu dari beliau yang lebih hebat daripada Cerita Dari Sebuah Taman. Penulis luarbiasa ini tidak mungkin berhenti menulis sebegitu sahaja ketika namanyabagaikan sudah menjadi ikon sastera Sarawak sehingga kini. Itulah yang Sayatidak mengerti sehingga kini. Penulis seperti Awangku Merali Pengiran Mohamadbukan sahaja mencipta nama sehingga terkenal hingga ke peringkat kebangsaan,malah cerpen-cerpen terakhirnya menjadi subjek kajian sarjana sastera dalamteori pensejarahan baharu. Teknik penulisannya jauh ke hadapan dengan membawapengaruh pembacaan luasnya. Dalam cerpen CeritaDari Sebuah Taman, secara tidak langsung Awangku Merali Pengiran Mohamadtelah membawa pengaruh karya fiksyen dari Amerika Latin yang amat terkenaldengan kecanggihan plot kepada pembaca-pembaca di Sarawak ketika itu. Bukankahini bermanfaat kepada pengetahuan pembaca atau pun para penulis terkemudian? Kita mahukan penulis-penulisyang pernah dihadiahkan anugerah sastera seperti Anugerah Sastera Kebangsaan NegeriSarawak (ASKNS) hadir dengan aktif dan menulis secara konsisten dengan muatanpemikiran canggih sebagai rujukan penulis-penulis terkemudian. Menyampaikanpengetahuan kesusasteraan dan keluasan pembacaan dengan memaklumkan nama-namapenulis besar dunia melalui penulisan untuk bacaan penulis terkemudian.Pemindahan ilmu sebeginilah yang sepatutnya berlaku. Jika tidak, majlis ASKNSyang diadakan hanyalah sekadar memenuhi acara ritual di mana pihak penilaiuntuk anugerah tersebut bagaikan terpaksa memilih personaliti tertentu untukdimenangkan. Alangkah ironisnya penulis yang telah diberi anugerah itu adalahpenulis pasif pada zaman semasa dan hanya dibangga kerana pencapaian silamnya.SN Muhammad Haji Salleh sebagai contoh terbaik, beliau sentiasa memperbaharubacaannya seiring dengan zaman dan melalui penulisan artikel, beliau berkongsipengetahuan intelektual dan seni kepada pembaca kepada golongan penulisgenerasi baharu. Sikap sebegitulah yang kita mahukan dari penulis-penulisSarawak yang mendapat anugerah tertinggi dari kerajaan Sarawak. Pengalaman Saya mendampingipenulis-penulis muda di Semenanjung sudah tentu juga berbeza dari segi keluasanpengetahuan dan pembacaan yang dimiliki mereka. Sebilangan besar mereka sudahmengenali karya-karya hebat dunia yang ditulis oleh penulis-penulis genius luarnegara. Malahan mereka begitu merendah diri dan sentiasa komitedmempertingkatkan kualiti penulisan. Saya mengeluh betapa bertuahnyapenulis-penulis muda yang berada di Semenanjung kerana berpeluang mengikutiacara kesusasteraan bertaraf kebangsaan. Apakah faktor geografi sebeginimempengaruhi daya saing penulisan penulis-penulis di Sarawak? Apa yang kitaharapkan ia bukan lagi menjadi penghalang kemajuan penulisan sastera Sarawak. Kemajuanteknologi sudah pun memecah halangan jarak dan membawa geografi dunia kepadamanusianya di skrin komputer. Mohd. Fahmi, salah seorang penulis generasibaharu Sarawak, telah beberapa kali berjaya menembusi majalah Tunas Cipta dengan puisi-puisinya. Ituhanya contoh kecil untuk menggambarkan keberanian penulis generasi baharuSarawak menempatkan diri di media kebangsaan. Tiada tempat untuk penulis manjadan hanya menyibukkan diri dengan kerenah polemik yang tidak mendatangkanapa-apa keuntungan. Ini zaman yang memaksapenulis muda agar agresif bersaing menunjukkan bakat dan keistimewaanmasing-masing. Bahkan DBP sentiasa memberi ruang untuk berkarya. Penulis haruskeluar dari kokun sempit mereka dan berhadapanlah dengan persaingan sengit diluar sana. Berjiwa besar dan berpandangan luas, kerana sastera bukan lagidimiliki oleh sesuatu negara mahu pun kaum. Semua karya penulis besar duniadimiliki oleh pembaca sejagatnya. Salah satu caranya ialah mendedahkan dirikepada teknologi alam maya yang dibawa internet. Terlalu banyak contoh karyadan senarai penulis besar dunia yang belum kita kenali kerana sifat malas kitasendiri. Di samping jangan mudah merasa besar dengan penulisan awal yangsebenarnya masih terlalu banyak terdapat kelemahan. Sastera Sarawak amatbertuah memiliki sarjana sastera seperti Awang Azman Awang Pawi sebagai wakildari penulis generasi baharu Sarawak yang cukup canggih pengkajian sasteranya.Tetapi kita mahukan lebih dari seorang sarjana sastera muncul dari Sarawak. Kitamasih berada di peringkat kosong, sesungguhnya, apabila terus-terusanmembutakan mata kita untuk membaca karya-karya besar dunia. Selamat Tahun Baharu SasteraSarawak kepada penulis generasi baharu Sarawak.
p/s: artikel ini ditulis pada tahun 2010. pernah dikirim ke media dan TIDAK diterbitkan. saya siarkan di laman blog ini untuk maksud perkongsian. terima kasih kerana sudi membaca.
Published on March 21, 2012 20:42
March 20, 2012
U-Wei dan buku

apabila nama U-Wei HajiSaari disebut dalam laman BukuWajah Borak Buku, saya membayangkan khalayak yang sesak di dalam kafe Coffee Bean KL Sentral. 18 Mac pada petang ahad itu bagaimana pun, jumlah hadirin tidak sebagaimana yang dijangkakan saya. U-wei HajiSaari, pengarah filem penting negara kita. menyebut tentang latar belakang pengarah filem yang dianggap berjaya di negara kita selalunya membawa konotasi "berbeza".
saya sangat bertuah pada hari itu. bukan kerana adanya dalam kalangan pembikin filem di negara kita yang akrab dengan teks sastera, sebaliknya kerana berpeluang melihat keluasan pengetahuan U-Wei tentang karya sastera. dia memuji William Faulkner yang disebutnya (dalam bahasa Inggeris) sebagai antara pengarang terbagus. untuk itulah saya bertanya kepada dia mengapa atau atas alasan apa cerpen Barn Burning diangkat menjadi bentuk filem. "setiap filem harus mewakili diri kita, dan filem ini dipilih kerana ia dapat mewakili sikap saya," tegas U-Wei HajiSaari. filem yang dihasilkan sekian banyak tetapi tanpa jiwa dan pemikiran, mengecewakannya.
saya mengikuti tulisan U-Wei HajiSaari dalam akhbar Harian Metro suatu ketika dahulu. drama-drama yang pernah dihasilkannya untuk saluran TV3 dahulu membekas dalam ingatan saya. kemudian apabila Zhang Yimou mengatakan bahawa tanpa teks sastera yang kuat tidak mungkin muncul filem yang bagus, saya memikirkan sejauh mana keghairahan pengarah-pengarah filem tempatan pada teks sastera? apakah mereka membaca buku (selain akhbar) sebagai budaya kemestian dalam hidup? apakah mereka ambil tahu siapakah individu misalnya Baharudin Kahar, Fatimah Busu atau Dr. Faisal Tehrani? siapa yang menjangka U-Wei HajiSaari meminati karya Gabriel Garcia Marquez?
"Saya meminati kata-kata dan suka mendengar kata-kata dilafazkan," cerita U-Wei HajiSaari. sebelum Lutfi Ishak datang, entah bagaimana, saya turut dihukum membaca teks buku Odisi Anak Kampar (buku yang dibicarakan pada hari tersebut) dan kemudian giliran Lutfi Ishak membaca. melihat ketokohan dan kelainan corak penceritaan dalam setiap karya filemnya, jelaslah kepada khalayak pada petang Ahad itu, sudah tentu ada bahan bantu yang menyokong nilai pemikiran seorang pengarah filem seperti U-Wei HajiSaari. dengan mengasihi sastera dan meletakkan keghairahan yang tinggi pada teks sastera, saya berasa puas hati meninggalkan kafe Coffee Bean KL Sentral. dan petang Ahad itu saya terlepas drama bersiri Indonesia, Lorong Waktu yang sungguh lucu dan mencerdaskan.
Published on March 20, 2012 08:57
March 12, 2012
ruang
Baharu-baharu ini ketika saya mengunjungikedai-kedai buku bertaraf mega di pasar raya seperti MPH MidValley, BordersTimes Square, Kinokuniya KLCC dan Times Pavilion; mendapati majalah Dewan Sastera tidak lagi dijual dikedai-kedai buku tersebut. Saya memeriksa berulang kali kerana bimbang sepasangmata cuba menipu pandangan. Manakala majalah-majalah berbahasa Melayu yangdipamerkan di situ lebih bersifat pengisian hiburan remaja, komik, kekeluargaan,perhiasan dalaman rumah, resipi masakan dan semestinya fesyen. Bahawa majalah-majalahberbentuk sebegitu, seperti yang dimaklumi memang memiliki pasaran yangmenguntungkan. Boleh didapati di mana-mana sahaja kerana permintaanpembaca-pembacanya. Tentusahaja saya kurang berpuas hati dengan apa yang dialami tadi. Saya memangsengaja mencari majalah kesusasteraan itu dari bulan ke bulan di kedai-kedaibuku bertaraf mega dan ternyata benar, majalah Dewan Sastera tidak lagi dijual di situ. Ini suatu mimpi burukkepada reputasi majalah kesusasteraan itu di pasaran. Jauh di dalam hati sayamerasakan bahawa perkara ini sangat mengguriskan perasaan. Alangkah sedihnya,majalah kesusasteraan berbahasa Melayu itu seperti terusir dari rak-rak kedaibuku bertaraf mega di dalam negaranya sendiri. Membeli majalah Dewan Sastera selain yang sedia terjualdi kedai koperasi dalam bangunan DBP sendiri, lebih memberi kepuasan kepadasaya. Sementaramajalah-majalah import dari luar berbahasa Inggeris seakan-akan menjadi kebanggaankepada golongan pembaca. Ini negara mana, fikir saya? Apakah keghairahanmasyarakat Malaysia kepada sastera kebangsaan hanya milik golongan penulissahaja? Itu pun jika mereka membelinya setiap bulan. Realiti terdapatnya ramaigolongan penulis sendiri tidak membeli majalah Dewan Sastera bukanlah hal mengejutkan. Maka, majalah berbentuksastera itu bersifat eksklusif dan kurang nilai komersialnya. Atau juga majalahsastera berbahasa Melayu itu kalah dari segi muatan kandungannya berbandingmajalah sastera dari luar? Dengan kesimpulan itu, saya berfikir kewujudanmajalah Dewan Sastera era kinibenar-benar dirempuh oleh jaringan pesaing-pesaingnya di pasaran. Saya tidakberminat untuk bertanya kepada penjaga di kaunternya. Sayamula membaca majalah Dewan Sastera padaawal usia belasan tahun. Edisi sulung terbitan majalah Dewan Sastera tahun 1971, entah bagaimana tersimpan di dalam almaribilik rumah saya di kampung Tabuan Lot. Ketika itu saya merasakan penggunaanbahasa di dalam majalah tersebut terlalu bermetafora dan tidak mungkindijangkau oleh pemahaman akal muda. Saya hanya menyedari kemudiannya bahawamajalah tersebut dibeli oleh bapa saudara saya. Sudah tentu sekarang saya lebihmemerlukan majalah tersebut dari bapa saudara kerana keperluan proses penulisan.Majalah yang mendapat idea penerbitannya oleh penulis-penulis terdahulu inibukan sekadar menjadi ruang kepada penulis mencipta nama malah sumbangannyalebih besar kepada kelangsungan kesusasteraan negara. Sejakitu saya menganggap majalah Dewan Sasterabegitu signifikan dalam proses penulisan saya sendiri. Tidak boleh tidak,saya tidak ingin kelewatan mendapatkan majalah Dewan Sastera pada setiap keluaran. Dengan membaca majalah Dewan Sastera pada setiap keluarannya,saya bagaikan dapat merasa bahawa pada suatu masa nanti, saya akan berpeluanguntuk melihat karya sendiri diterbitkan di dalam majalah tersebut. Dan inilahyang memberi keghairahan serta keyakinan untuk saya kekal membacanya. Kepadasaya, usia tidak menjadi syarat kepada sesiapa pun penulis yang ingin mengirimkarya kreatif mereka muncul di majalah DewanSastera ketika itu. Sebelum beberapa tahun kemudiannya majalah Tunas Cipta diwujudkan khas untuk penulis baharu. Penulisbaharu harus berasa syukur dengan kemunculan majalah seperti Tunas Cipta dan segera memanfaatkanpeluang yang dibuka. DiKuching, suatu ketika dahulu, saya berulang-alik ke kedai buku demi mendapatkanmajalah ini yang selalu benar tiba sehingga ke pertengahan bulan. Inilahpermasalahan yang kerap dirintih oleh beberapa penulis terkenal Sarawak sendiriketika itu. Memiliki majalah DewanSastera terbaharu pada ketika itu, bermakna saya telah memasuki idea-ideaterkini dari pelbagai penulis besar negara lewat tulisan non fiksyen danfiksyen. Oleh kerana saya tidak mendapat apa-apa untuk menajamkan akal fikirandari majalah-majalah hiburan, DewanSastera merupakan harta bernilai untuk mengisi kecintaan terhadap bahasadan kesusasteraan. Dan karya pertama saya bergenre puisi terbit buat pertamakali di dalam majalah Dewan Sastera ketikaberusia 21 tahun. Sehingga kini, saya terus-menerus mengirimkan karya untukdipertimbangkan penyiarannya di dalam majalah kesusasteraan yang menjadi ruang rebutangolongan penulis itu. Masayang berlalu mengingatkan saya betapa media kesusasteraan perlu diperbanyakkan.Apakah ada majalah kesusasteraan yang setaraf dengan majalah Dewan Sastera terbit di negara kita?Jika tiada, ini bermakna kos telah mengatasi daya kreativiti kita. Denganpenerbitan majalah Tunas Cipta untukpenulis berusia di bawah 35 tahun, sekurang-kurangnya menjadi teman pengiringkepada majalah Dewan Sastera. Bukanmustahil, penulis-penulis yang mendapat tempat di dalam majalah Tunas Cipta kemudian akan menyumbangtulisan ke majalah Dewan Sastera. Tetapijumlah ini tidak seiring dengan kepesatan idea yang pelbagai bentuk di kalanganpenulis generasi baharu. Sastera dalam bentuk baharu tidak mungkin selamanyaberbahasa seperti yang ada sekarang. Kreativiti yang dirangsang imaginasimemerlukan pengucapan bahasa yang lebih urban, bebas dan dekat kepada pembacazamannya. Terdapatbeberapa nama penulis yang berkarya dengan pendekatan dan teknik yangtersendiri. Karya-karya mereka ditulis seperti sengaja berbeza daripadakarya-karya yang kerap muncul di penerbitan arus perdana. Sikap dan pandanganmereka terhadap sastera juga berlainan daripada apa yang menjadi tafsiran tradisipenulis-penulis terkenal negara. Karya-karya fiksyen mereka tidak lagimendukung hukum logik umum sebagaimana terdapat pada karya fiksyen terdahulu, sebagaicontoh kecilnya. Kebiasaannya, individu atau komuniti penulis gerakan baharuini diaktifkan oleh anak-anak muda urban yang mendapat pendidikan tinggi sertadibantu oleh rejim pembacaan yang luas. Bentuk pengucapan yang terdapat padakarya penulisan mereka lebih realistik dan tidak lagi disaluti oleh pembungaanbahasa yang agak stereotaip. Namun, mengapakah mereka ini kurang dikenali padaperingkat arus utama kebangsaan? Apakah media sedia ada belum lagi dapatmenerima gaya penulisan mereka. Itulah cabaran media sastera kita. Rupa-rupanya,sehingga kini, negara kita hanya mampu menerbitkan sebuah majalah yangmengkhususkan penulisan kesusasteraan iaitu DewanSastera terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Pengisiannya sudah tentu lebihdewasa, ilmiah dan canggih, sudah semestinya. Manakala majalah Tunas Cipta tetap penting sebagai ruangkepada penulis muda bersama-sama menyokong perkembangan kesusasteraan negara. Dewan Sastera yang sering bertukar wajahdan pengisian kandungan, satu-satunya majalah kesusasteraan terutama negarakita setakat ini. Memang diterbitkan beberapa wadah untuk menampung penulisanberkaitan kebahasaan dan kesusasteraan peringkat negeri seperti Jendela Selatan, Jendela Timur, JendelaSabah dan Jendela Sarawak sendiri.Inisiatif penerbitan media-media domestik ini juga sebagai suatu motor yangakan menggerakkan lagi aktiviti penulisan di negeri masing-masing. Usahapenerbitan media-media domestik ini bukan sahaja diperlukan untuk memuatkankarya kreatif penulis, malah ia akan memperbanyakkan wadah kesusasteraan secaratidak langsung. Ketika suasana bentuk penulisan sastera popular menakluki dipasaran, maka, kehadiran penerbitan media-media domestik itu diharap dapat menjadiruang tambahan buat penulis kreatif di negara mengembangkan bakat. Terutamanyakepada golongan pelajar di sekolah menengah atau individu baharu yang cenderungkepada aktiviti penulisan kreatif. Minat sebegitu harus dipupuk dengan menyediakanruang kreatif kepada mereka. Dengan adanya ruang kreatif, sudah tentu bermanfaatkepada mereka memberanikan dirimengirimkan karya sebelum berasa yakin dengan kebolehan penulisan untukmengirimkan karya ke media bertaraf kebangsaan pula. Gembira juga disebut apabila penerbitan Jendela Sarawak yang telah sekian lamaberhenti penerbitannya, kini dihidupkan kembali. Saya sebagai pengamal fiksyenberasa hakikat kekurangan media untuk menampung karya sastera kepada negeriyang mana telah melahirkan seorang penulis novel terawal di Malaysia memang sungguh ketara. Walaupun iabukanlah penyebab utama menghakiskan keghairahan aktiviti penulisan di Sarawak.Beberapa penulis Sarawak berkesempatan mendapat nama setelah memenangi hadiahdari pelbagai bentuk peraduan di peringkat kebangsaan. Bertuahnya bumi Malaysiadan pihak yang saban tahun sanggup menyediakan hadiah lumayan kepadapenulis-penulis. Persoalannya, berapa orangkah dari mereka yang meninggalkanimpak atau memberikan fenomena sastera pada peringkat kebangsaan dengansesungguh-sungguhnya? Sayembara yang menawarkan wang nilai berpuluh-puluh ribudi negara kita, malangnya tidak membawa manfaat besar kepada tahap lonjakankualiti sastera. Penulis yang mendapat nama dari peraduan-peraduan sastera,malangnya masih menjadi penulis bermusim yang hanya menunggu peluang dariperaduan-peraduan seterusnya. Apakah yang mereka cari selain daripada ganjaranwang? Dunia sastera antarabangsa telah membuktikan, bahawa karya sastera yangbesar dan hebat pencapaiannya lebih kerap diciptakan di luar upacara sayembara. Harusdiakui bahawa ketika ini Sarawak masih kekurangan media untuk menampung karyakreatif. Saya cuma berharap agar ruangan YangIndah Itu Bahasa di akhbar UtusanSarawak kini akan sentiasa dikekalkan dan dimanfaatkan dengansebaik-baiknya untuk mencungkil seberapa banyak penulis baharu dari pelbagailatar. Bayangkan tanpa ruangan Yang Indahitu Bahasa, media manakah yang menampung karya sastera kepadapenulis-penulis Sarawak ketika ini secara konsisten? Sarawak sudah sepatutnyamelahirkan seberapa banyak mungkin penulis generasi baharu yang lebih segar danradikal pengucapan sasteranya. Jika ini gagal berlaku, penulis-penulis generasibaharu Sarawak yang ada ketika ini sentiasa berasa terpinggir dan sekadarpenjadi pengikut kepada ikon penulis-penulis di Semenanjung sana yang lebihrancak bereksperimen. Apalagi kepada sikap penulis itu sendiri yang mengakudiri penulis tetapi tidak menulis. Kembalikepada media kesusasteraan pilihan arus utama. Berbeza dengan majalah Dewan Sastera, dengan muatan canggihnyadisumbang pelbagai karyawan terkemuka peringkat nasional malah antarabangsa. Tidak dapat disangsikan bahawa inilahmajalah yang membawa indikator naik turunnya kualiti kesusasteraan negarakepada pembaca. Rencana, skrip drama, puisi dan cerpen yang terbit di dalamnyamenunjukkan sejauh mana penulis-penulis negara berdaya menulis karya sebaikmungkin. Sebuah majalah kesusasteraanterbitan seawal tahun 1971 itu kini harus menempuh ambience dan persekitaran gelombang baharu bentuk penulisan fiksyenterkini. Inilah cabaran intelektualisme kepada majalah yang kini berusia 38tahun itu. Pembaca-pembaca dari generasi baharu sudah tentu menganalisiskandungan di dalam majalah Dewan Sastera dengansikap kritis. Impak kesusasteraan yang berlaku di peringkat antarabangsa bakalmenghimpit kredibiliti muatan DewanSastera untuk setiap keluaran. Makanya,pembaca-pembaca dari generasi baharu yang luas pembacaan mempunyai perspektiftertentu berhubung prestasi majalah DewanSastera. Teknik, imaginasi dan tahap intelektual pembaca-pembaca generasibaharu sentiasa diperbaharui seiring dengan perkembangan dan pembacaan semasa. Merekaini akan mengunjungi kedai buku di pasar raya mega (seperti Kinokuniya KLCC,MPH MidValley atau Borders Times Square) untuk mendapatkan tulisan-tulisansastera terbaharu di peringkat antarabangsa. Ini kerana saban bulan,majalah-majalah seperti Harper'sMagazine, New Yorker atau AtlanticMonthly turut menerbitkan tulisan kesusasteraan seperti cerpen, puisi atauartikel kritikan sastera. Saya sendiri tidak terkecuali menunggu setiap hujungbulan, untuk membaca genre kesukaan iaitu cerpen di dalam majalah-majalahtersebut. Dantidak seperti kebiasaan cerpen-cerpen tulisan di media tempatan, cerpen-cerpenterbitan di dalam majalah antarabangsa, lebih panjang. Penerbit majalah-majalahtersebut seolah-olah menghargai sumbangan karya dari pelbagai nama-nama penuliskreatif. Siapakah yang tidak mengenali Alice Munro yang merupakan penuliscerpen yang baharu-baharu ini memenangi hadiah Man'sBooker Prize 2008? Cerpen-cerpen tulisan Alice Munro sentiasa panjang,menghiburkan dan sangat mendalam penulisannya tentang pelbagai krisiskemanusiaan. Sebuah cerpen terbaharu Alice Munro yang terbit di dalam majalah Atlantic Monthly bertajuk Too Much Happiness memakan hampir duapuluh halaman majalah tersebut. Saiz hanyalah perkara luaran. Tinggi rendahkualiti penulisan tidak pernah bergantung pada panjang atau pendek sesebuahkarya. Sebagaimana Etgar Keret, penulis ini pula cenderung untuk menghasilkancerpen-cerpen yang paling pendek, sinikal, tajam dan berlapisan maksud. Sedemikianjuga Haruki Murakami yang lebih senang menulis cerpen-cerpen mengikut gayakemahuannya sendiri. Bagi pengikut karya fiksyen Haruki Murakami, kebanyakankarya fiksyennya ditulis dengan gaya bersahaja dan kadang-kadang tidak masukakal. Dengan kisah hidup manusia sehari-hari dan apa yang lebih menakjubkanbagaimana kisah-kisah itu ditulis dengan pendekatan psikologikal yang mendalamoleh Haruki Murakami. Kehebatan yang terdapat pada karya mereka seharusnyamenjadi cabaran kepada penulis-penulis negara meningkatkan kualiti sastera. Penulisan karya kreatif era moden benar-benarmenuntut ruang yang lebih di media dan apakah media-media di negara kitasanggup bermurah hati membuka kebebasan kreatif kepada penulis fiksyennya? Pertentanganantara ruang dan ekspresi seseorang penulis menjadikan karya sastera berbahagidua. Satu, condong kepada tuntutan sesebuah media dan kedua, memilih ruangalternatif sendiri. Dalam erti kata lain, kebebasan seni berlawanan dengansikap penerbitan arus utama. Sebuah kurungan awam memerangkap eksperimentalismeseseorang penulis berjiwa bebas. Negara kita tidak mungkin akan melahirkanpenulis-penulis revolusioner seperti Henry Miller, Francis Sagan atau HaroldPinter. Namun, seandainya negara kita mampu memunculkan penulis seperti AntonCheckov atau Mario Vhargas Losa, sudah memadai buat masa kini. Sebagaipenulis kreatif, kadang-kadang prinsip kesenimanan mereka terpaksa berhadapandengan kehendak sesebuah penerbitan. Dan bagaimanakah cara penulis untuk kekalmenulis di bawah kepungan kehendak editorial yang bakal menapis penulisan? Tidakmungkin seseorang penulis yang tidak berminat langsung dengan tingkah politikalakan turut menulis dengan pendekatan yang tidak diminatinya itu hanya semata-mataingin mendapat ruang. Saya sendiri berasa sungguh kecewa dengan segala himpitansebegini. Tetapi, apakah yang mampu dilakukan oleh penulis jika tidak menulis? Namun,sudah menjadi ketentuan, media-media di negara kita memiliki konsep dan temayang sesuai dengan pendekatan kandungan sesebuah saluran media. Denganpemerhatian yang tidak lagi kondusif ini, majalah Dewan Sastera tetap bertahan sebagai media utama biar pun beberaparuangan kreatif yang terdapat di akhbar harian kebangsaan turut kekal menyumbangkesusasteraan negara. Saya tidak dapat membayangkan bagaimana sekiranya majalahseumpama Dewan Sastera tidak wujud. Sehinggamenara terbaharu DBP siap dibina pada tahun 2002 dibelakang bangunan lamanya, majalah Dewan Sastera sentiasa menjadi media berprestij kepada komunitipenulis. Namun, apakah media seperti majalah Dewan Sastera sudah bersedia menghadapi kemungkinan risiko daripersaingan media-media lain yang sudah tentu akan membuka kebebasan ruang kepadapengkarya fiksyen era moden bereksperimen? Barangkali itu persoalannya.
p/s: Artikel ini pertama kali terbit dalam ruangan Yang Indah Itu Bahasa, 2009.
Published on March 12, 2012 03:17
March 4, 2012
trafik sastera.
Rupa-rupanya untuk melibatkan diri dalam bidang pengkaryaan,seseorang pengkarya tidak semata-mata hanya duduk membaca sejumlah buku, menajamkreativiti seni, meruncing hujung bahasa atau menjalin episod dan plotimaginasi sesebuah cerita. Tutupkan pintu bilik dan hidupkan suis komputerriba. Dan mulalah memasang kerangka dan draf pengkaryaan. Di situ, pengkaryamemencilkan diri lalu meninggalkan suasana dunia di luar bilik sepinya. Malangnya,pengkarya kreatif juga manusia biasa. Bil jalur lebar perlu dibayar jika tidak,bekalan internet akan terputus. Pengkarya kreatif yang menjana kerjaya seninyabersama buku-buku, tiada bezanya dengan manusia normal lain ketika berhadapandengan sebarang permasalahan dalam kehidupan sebenar. Akal dan emosi merekamudah digoncang oleh realiti sekeliling. Kata-kata indah bernada merdu sekadarhiasan kreativiti atas kertas. Hidup di luar semakin mengelirukan dan apalahyang dapat diubah oleh sebuah puisi ke atas dunia, misalnya? Lebihrumit dari itu, tahap kesedaran sosial seseorang pengkarya akan dituntut olehprinsip seninya. Seni untuk seni dan seni untuk masyarakat, apa bezanyasekarang ketika dunia dihancur peperangan dan gempa bumi di sana-sini? Apakahpengkarya yang kononnya tinggi daya sensitiviti itu menjauhkan diri daripergolakan realiti kehidupan di balik kata-kata puitisnya? Dan menjadi egokerana meraih sekian anugerah-anugerah sastera yang dipamer di ruang tamurumah. Atau hanya duduk dengan rambut bersikat rapi memusatkan jiwa raga kepadapekerjaan seni yang mula membentuk ayat pada skrin komputer riba modelterbaharu dalam bilik peribadinya? Jika sedemikian, untuk apakah karya-karya diisidengan nilai-nilai tinggi kemanusiaan dinukilkan? Apakah pengkarya kreatifmanusia separuh aliens? Malahgolongan pengkarya kreatif difahamkan sangat sensitif dan bersifat responsifapabila sesuatu kejanggalan berlaku sepanjang kerjaya pengkaryaan mereka. Merekahidup di dalam teks mahupun di luar teks kreatif. Namun demikian, kita harusmengakui, tidak semua mereka yang dianggap pengkarya itu manusia pemikir,kritis atau intelek yang terlibat dengan permasalahan besar dunia realiti. Pengkaryakreatif memiliki misi masing-masing dan dengan objektif yang pelbagai. Jika dahulupengkarya kreatif menghasilkan karya untuk kepuasan seni, hakikatnya sekarang merekajuga terpengaruh kepada tarikan pembinaan mahligai kemewahan. Siapa yang hendakmenolak material? Memangbenar kerancakan industri pengkaryaan novel negara kita memberi keuntunganmenakjubkan kepada pengkarya-pengkaryanya. Persoalannya, apakah sumbangan yangpaling tinggi nilainya dalam sesebuah pengkaryaan itu selain cerita-cerita yangdigilai oleh pembaca-pembaca muda itu? Memupukpeningkatan tahap minat membaca melalui karya-karya bersifat popular dan justeruitu tiada lagi budaya melepak di pusat membeli-belah? Itulah hal yang sulituntuk diterangkan dalam jalur seni sementara semakin ramai pengkarya kreatifmenghasilkan buku-buku yang meraih pulangan lumayan. Demikian juga adalahsangat tidak beradab merendahkan kerja pengkaryaan seseorang yang berbezaaliran pengkaryaan. Garis pemisah antara karya popular dan karya yang dikatakanseni serius itu hanyalah dipisahkan oleh pertukangan yang baik. Dantiada sesiapa boleh menafikan hak orang ramai untuk membuat pilihan. Golonganpembaca karya kreatif zaman sekarang rupa-rupanya lebih menggemari cerita yangmudah difahami, segar, bercita rasa urban dan itulah aliran permintaan pasaranyang sedikit payah disenangi pengkarya serius. Golongan pembaca masa kinimahukan paparan realiti dan bukannya cerita-cerita yang terlalu berdrama. Jikasesiapa yang pernah mengunjungi kedai buku terkenal seperti MPH atau Popular,lihatlah di rak buku bahagian manakah pengunjung-pengunjung dari kalangan anakmuda berkumpul. Mengapa mereka berasa selesa dengan pilihan mereka dansekan-akan menjauhi rak-rak buku yang dihasilkan oleh pengkarya kreatif aliranserius? Apakah tahap intelektualiti mereka rendah? Permasalahan sastera bukansemata-mata disebabkan oleh kandungan bahan bacaan yang kurang mesra pembaca. Demikiansastera, sebagaimana juga alam politik, sering dihempas pelbagai gelombangmalah kontroversi yang sesekali perlu membukakan mata pihak tertentu. Sama adakeributan itu dicetuskan melalui hasil pendobrakan sesebuah karya kreatif ataukritikan beberapa pengkarya berhubung situasi kesusasteraan semasa, statuskontroversi itu sentiasa menarik perhatian peminat sastera. Misalnya krisisPPSMI dan novel Interlok bukan hanya menuntutsokongan para penggiat seni dan cendikiawan linguistik malah juga dari kalanganahli politik untuk bergabung kesepakatan idea demi meleraikan kekusutannya.Tiada negara maju sanggup menggadaikan bahasa ibundanya. Bunyinya sungguh romantiktetapi bagaimana realitinya kini? Dan bagaimanakah pihak dari kalanganpemerintah menganggapi dunia dalaman sesebuah karya kreatif? Masyarakatingin memahami sedalam mana kepentingan isu seni dan bahasa dalam kehidupanharian mereka dan generasi masa depan. Masyarakat juga ingin terlibat untukmenyatakan sokongan atau bantahan berdasarkan timbangan hujah-hujah ilmiah yangdisuarakan oleh sasterawan dan ahli bahasa. Para pengkarya kreatif dan ahlibahasa bakal menghadapi jalan berliku seandainya sikap dan pandangan ahli politikterhadap kepentingan seni dan sastera bersifat sekadar di permukaan. Tambahanpula tiada rancangan khusus disediakan dalam televisyen kita untuk membicarakanhal-hal kesusasteraan jika dibandingkan dengan kekerapan paparan duniaremeh-temeh tentang artis bergaduh sesama sendiri berebut pasangan. Jadi, apaperlunya memikirkan persoalan masa depan sastera dan bahasa kepada negara kitaselagi ada makanan di dapur? Jarangbenar berlaku persamaan perspektif antara golongan seni dan ahli politik hinggamenyebabkan isu sebenar kesusasteraan dan kebahasaan menemui lorong mati danterbengkalai selamanya di situ. Atau diperalatkan oleh individu tertentu denganagenda mengukuhkan kedudukan peribadinya untuk menjadi hero masyarakat ataukaum. Tidak menjadi keanehan setiap perkara dan isu sama ada terpencil atautidak, berpotensi dileburkan menjadi modal politik di negara berbilang kaum danbudaya. Memang, sudah tentu dunia politik tidak memerlukan kata-kata puitisuntuk meraih undi. Maka, golongan pengkarya kreatif tentu maklum bahawa mereka hidupbukan lagi pada era satu pemerintah. Di situlah kaum pengkarya dicabarintelektualiti penglibatannya dalam dunia pengkaryaan. Apakah sumbangan merekakepada masyarakat selain mengumpul keuntungan hasil dari royalti buku ceritamereka? Malangnya,nilai sastera tidak dipandang secara terhormat di negara kita. Juga malangkerana bidang kesusasteraan itu semakin diperlekehkan sumbangannya olehpihak-pihak yang tidak pun bergelut dan memahami proses pengkaryaan karyakraetif. Menulis sebuah cerpen, misalnya, tidak seperti menyiapkan sebuahkerusi kayu yang memperincikan ketepatan setiap posisi. Apabila sesuatu isukesusasteraan dicetuskan oleh ahli politik, apakah impaknya kepada nilaikesusasteraan? Golongan masyarakat sudah tentu memandang serong tentang imej duniapengkaryaan kreatif itu sendiri. Kepada masyarakat awam, mereka tidak mungkin dapatmenerima alasan mengapakah karya fiksyengagal memerikan ketepatan fakta sebagaimana laporan pembaca meter air. Tidakmustahil nanti masyarakat awam akan menilai bahawa gambaran kerja mendongengkancerita sesungguhnya bukan sesuatu pekerjaan seni yang layak dipandang tinggi. Martabatketinggian kualiti hasil karya dibandingkan dengan timbunan batu permata. Justeruuntuk mencapai kejayaan dalam hidup masa moden, maka gunakanlah bahasaantarabangsa, iaitu bahasa Inggeris. Seolah-olah perjuangan mendaulatkan bahasaIbunda sekadar mitos, berunsur politik perkauman dan ketinggalan zaman keranagagal bersaing mengadaptasi teknologi terkini. Sudah pun terjadi apabila sasterawantidak semena-mena didakwa menjadi batu api perkauman, misalnya. Berkecailahimej kesusasteraan. Bagaimanakah kaum pengkarya kreatif berhasil menghakispandangan serba hitam begini? Dengan menulis kisah cinta anak muda terus-menerus? Entahbilakah agaknya kita berpeluang melihat tokoh-tokoh pengkarya diangkat keperingkat tertinggi negara sebagaimana diperolehi sebilangan besar ahli-ahlisukan serta artis. Dunia seolah-olah tidak bersikap adil dengan kesusasteraandan itulah realiti yang selama ini menguatkan lagi stigma bahawa bidangkesusasteraan itu bukan aset bernilai kepada pencapaian sesebuah negara. Selainsiri penganugerahan bertaraf negeri dan kebangsaan, kesusasteraan kita masihlagi dianggap sekadar dunia kata-kata, sandiwara dan tidak sepopular bidanghiburan yang kita maklum dijadikan modal pelaris kelangsungan hayat sesebuahmedia. Dan sebagai peminat kesusasteraan, kita tidak ingin lagi melihat penyiaranlaporan pembakaran buku atau gambar sasterawan di akhbar, kerana ia jelasmengaib dan merendahkan kredibiliti kesusasteraan yang ditulis dengan perantiimaginasi seni si pencerita. Prosesnya bukan kepalang payah. Jikaisu di atas agak kompleks atau lofty sifatnya,bagaimana pula dengan isu rintihan pengkarya-pengkarya di Sarawak dan Sabahyang dikatakan gagal menempatkan diri di media kebangsaan? Tiada kesudahannyakeluhan ini. Isu sebegini pernah ditimbulkan bertahun-tahun dahulu. Apakahpersoalan sedemikian belum boleh dianggap klise? Apakah benar laluan trafikkepada pengkarya-pengkarya dari Sarawak dan Sabah tidak selancar sebagaimana dinikmatioleh rakan-rakan di Semenanjung? Pengkarya sebagai peminat kesusasteraan berasatertarik memikirkan krisis ini memandangkan pengkarya berasal dari negeriSarawak. Mengapa hal sebegini masih dihangatkan kembali dan apakah benarkesusasteraan kita bersifat kenegerian? Apakah mungkin editor yang mengendaliruangan sastera kebangsaan kononnya memilih dan menyiarkan karya-karya kenalandari kalangan tertentu sahaja saban bulan? Harusdiakui, kita kekurangan media sastera berprestij. Media sastera berprestijtidak semestinya diterbit oleh penerbit terkenal. Pada zaman serba canggih ini,malangnya media sastera kita masih bersifat konvensional yang membawa maksudpengisian kandungan dan penyampaiannya. Bahkan muncul penerbitan media-mediasastera gaya baharu berbentuk zineselain usaha yang dilakukan oleh pengarang-pengarang kreatif untuk menerbitkanhasil pengkaryaan sendiri. Dan kini ia menjadi fenomena kepada pengarang generasibaharu. Sedanggolongan pengkarya kreatif bertambah bilangannya dan sudah tentu mendesakkeinginan mereka melihat karya-karya sendiri tersiar di media. Hal inilahkurang diusahakan. Golongan pengkarya kreatif mahukan ruang dan penyiaran lebihadil. Disebabkan itulah timbul pelbagai isu seperti diskriminasi yang mendorongpelbagai emosi kurang menyenangkan. Pengkarya-pengkarya kreatif tetap masihmahu terus menerbitkan hasil pengkaryaan mereka dalam media kebangsaan yangdikenali umum. Bukanhanya majalah-majalah terbitan DBP yang menyediakan ruangan kreatif, malah akhbar-akhbarnegeri mahupun kebangsaan bahkan beberapa majalah turut memperuntukan ruanganseperti itu. Pengarang kreatif dipelawa mengirim bahan tulisan dan berhentimerungut. Editor menunggu kedatangan buah tangan mereka. Maka, dari manakahdatangnya dakwaan bahawa ruang sastera negara kita begitu sempit? Kepada golonganpengkarya kreatif semasa, mereka mahukan sebuah media sastera alternatif yangjika boleh, setanding dengan media-media seperti Harpers, New Yorker atau Granta. Permintaan sebegini mungkin sukartertunai kerana aliran pasarannya tidak sehebat dengan penerbitan majalah yangmemuatkan koleksi kain fesyen terbaru, misalnya. Isuketidakpuasan hati mula kedengaran bingit sejak keputusan Hadiah SasteraPerdana Malaysia (HSPM) baharu-baharu ini yang memilih empat orang pengkarya kreatifdari Sarawak sekaligus sebagai penerimanya. Siapakah boleh mempersoalkan rezekiTuhan? Dihebohkan isu ini di laman sosial malah akhbar arus utama juga turutmemuatkan keluhan pengarang-pengarang kreatif. Apakah penganugerahan HSPM diberikankepada empat orang pengkarya kreatif dari Sarawak telah menimbulkan rasacemburu dalam kalangan pengkarya yang tidak terpilih? Ini sungguh menyedihkankerana bidang kesusasteraan seolah-olah diperlakukan seperti persaingan sukan. Pekerjaanseni yang subjektif memang menjadi spekulasi apabila dipertandingkan. Jugadibangkitkan betapa pengkarya kreatif yang sama kerap muncul di mediakebangsaan saban bulan sementara pengkarya-pengkarya dari Borneo kelihatanbegitu payah untuk menembusi media kebangsaan. Pandangantajam dan kadang-kadang agak emosional, agar sastera kebangsaan lebih bersifatadil kepada pengkarya-pengkarya yang berada di luar Kuala Lumpur, tetap pentinguntuk direnungkan dengan maksud membukakan mata pihak tertentu. Tiada pengkaryakreatif menulis sekadar untuk tatapan peribadi sahaja. Jauh di dalam hati mereka,karya-karya kreatif dihasilkan dengan penuh perhatian di dalam bilik peribadimereka, bakal tersiar di media-media berprestij. Sebagai pengarang kreatif,adalah tampak pelik seandainya membising dengan mengatakan karya-karya tidak tersiar sedangkan mereka tidak punmengirimkan bahan tulisan. Jika ada pun, bagaimana kualiti pengeditannya? Di manakahlogik luapan rasa marah sebegini? Juga tampak mengecewakan lagi sekiranyaeditor sesebuah ruangan sastera itu seandainyabersikap hanya menyiarkan karya dari kenalan mereka tertentu sahaja. Maka,apabila puluhan karya kreatif dikirim kepada editor ruangan sastera namun tidakdisiar walaupun sebuah, sudah tentu ada sebab berasas golongan pengkaryakreatif berasa dianak tirikan. Tetapipengkarya ingin melihat subjek ini dari perspektif lain yang lebih utama. Tiadayang lebih mustahak selain kualiti dan mentaliti seseorang pengkarya kreatifitu sendiri sebelum mereka mempersoalkan sikap editor sesebuah media atau pihaklain. Tidak mengejutkan bahawa segelintir pengkarya kreatif sangat berkirauntuk melaburkan duit mereka untuk buku-buku berkualiti berbanding untukdihabiskan kepada model terbaharu gadgetatau perhiasan sebagai menunjuk-nunjukkan kemewahan luaran. Apakah merekamenyalahkan editor seandainya karya-karya mereka yang masih tidak menampakkanperubahan kualiti tidak disiar? Sedangkan beberapa pengkarya kreatif lain sudahjauh meninggalkan mereka dengan pembacaan terkini. Isupenganugerahan HSPM yang dibangkitkan oleh pengkarya kreatif kemudian merebakkepada luahan kekecewaan kerana kegagalan menempatkan karya ke media utamakebangsaan, barangkali adalah manisfestasi klise apabila membicarakan perkembangansastera di Sarawak dan Sabah. Tindakan segelintir pengkarya kreatif dari Borneotidak berpuas hati ini juga tidak semestinya dinafikan kepentingannya. Keterpisahanmereka dari tanah Semenanjung tidak mustahil menjadikan hati dan kepekaanmereka bertambah sensitif. IMalaysia dalam bidang kesusasteraan harusbenar-benar bersifat menyeluruh. Bahkan mereka membeli sesebuah media secarakonsisten dan sudah tentu memantau penyiaran karya-karya kreatif. Tidakdinafikan mengapa suara golongan pengkarya kreatif ini demikian keras menuntutjawaban dan perhatian dari pihak berkenaan. Mendapattempat di ruangan sastera dalam media kebangsaan sama pentingnya denganmemperolehi pengiktirafan kesusasteraan peringkat kebangsaan. Media sasterabertaraf kebangsaan seolah-olah bagai mengangkat status nama pengkarya kreatif itu keluar darikepompong kenegerian. Benarkah? Apakah sungguh geografi menjadi jarak pemisahdalam kesusasteraan pada era dunia tanpa wayar? Insan kreatif seperti AwangkuMerali Pangeran Mohamad dan Amil Jaya dikenali oleh peminat sastera kebangsaankerana kualiti yang terdapat dalam karya-karya mereka. Kecanggihan persoalandan ketajaman renungan yang terkandung dalam tulisan pengarang-pengarangtersohor dari Borneo itu sudah cukup melayakkan nama mereka meraih publistikebangsaan. Dan elemen-elemen sebegitulah yang dicari oleh penilaian seseorangeditor. AkhbarBerita Harian bertarikh 17 Mei dalamruangan sasteranya, menyiarkan berita bahawa nilai wang untuk hadiah HSPM akandinaikkan sekali ganda. Berita ini memang kedengaran manis tetapi tidak kepadagolongan pengkarya kreatif yang masih merasakan kehadiran mereka seolah-olahtelah dipinggirkan oleh media kebangsaan. Laluan trafik karya kreatifsebenarnya, jika boleh, harus bersifat terbuka dan lancar hanya kepadakarya-karya yang memenuhi piawai kualiti. Dan bukan seperti yang didakwa olehsegelintir golongan pengkarya kreatif bahawa wujudnya sifat bias, pilih kasihdan kenegerian di kalangan editor. Politik dan sebarang agenda lain tidakseharusnya dibenarkan masuk mencemari nilai kesusasteraan. Golongan pengkaryakreatif yang benar-benar komited akhirnya tersepit dan menanggung tekananemosi. Apabilagolongan pengkarya kreatif mula mempersoalkan sikap negatif pihak editor,perkara pertama perlu mereka persoalkan ialah kualiti pada karya merekaterlebih dahulu. Mereka tidak mungkin duduk selama-lamanya dalam bilik sepi danmenutup diri dari realiti kehidupan sebenar di luar. Segala kata-kata indahyang berbunga-bunga pada skrin komputer tidak mungkin benar pada pembacaanmanusia biasa di luar keasyikan pengarang. Sebagaimana pelbagainya coraktingkah laku manusia di luar teks, maka sebegitu jugalah karya sasteradipelbagaikan gaya pengkaryaan sejalan dengan permasalahan hidup masa kini.Kenyataan sama ada karya sastera mengadaptasi kehidupan atau mencipta kehidupanyang mustahil berlaku dalam kehidupan sebenar, golongan pengkarya kreatif mahutidak mahu hidup di tengah-tengah komuniti manusia. Profesionalisme editor dan keterampilan pengkarya kreatifbakal bertembung pada taakulan kualiti sesebuah hasil pengkaryaan. Inilah zonyang mencabar standardisasi sesebuah pencapaian karya kreatif. Jika karyakreatif dikirimkan itu melepasi tahap kualiti untuk disiarkan dalam media,maka, tiada masalah bakal meletus dari kedua-dua pihak. Dan diharap selepasitu, laluan trafik untuk melihat karya kreatif masing-masing menembusi mediasastera berprestij, lebih lancar dan tidak tersekat dalam laci meja editor.Tidak seperti menukang sebuah kerusi kayu, karya kreatif sangat subjektif dankompleks janaan falsafahnya. Inilah aset istimewa sesebuah karya sastera jikaingin bersaing dengan kehadiran ramai pengarang mapan mahupun dari generasibaharu yang semakin berasak-asak ingin menempatkan karya dan nama di sesebuahmedia. Makanya, suara rungutan golongan pengkarya kreatif yang berasa dianaktirikan oleh editor tidak akan kedengaran lagi hari ini dan sampai bila-bila.
p/s - terbit buat pertama kali dalam ruangan Yang Indah Itu Bahasa, akhbar Utusan Borneo, 2011 .
Published on March 04, 2012 23:26
February 24, 2012
ada apa di atas sekeping cek? sudah tentu duit, kan?
BERTARIKH pada8 hari bulan Jun, saya membaca laman web TheGuardian tentang kemenangan mengejut penulis fiksyen wanita berusia 25tahun dari Serbia. Melalui novel sulung yang bertajuk Tiger's Wife, hadiah OrangePrize untuk tahun ini dianugerahkan kepadanya. Pencapaian ini benar-benarmengejutkan penulis wanita tersebut. Dan penulis berwajah cantik itu bernama TeaObreht dan segera saya mencari cerpennya, TheSentry yang diterbitkan juga dalam laman web The Guardian. Sungguh, kecermatan naratif dan keluarbiasaanbakatnya terserlah dan kini dia bakal mengejutkan sastera antarabangsa. Bagaimana dengan kita di sini?Teruja untuk memenangi anugerah sastera sekadar di peringkat nasional selama-lamanyadengan tema yang selamat? Apakah maknanya ketika seseorang berjalan menaikipentas untuk menerima pengiktirafan hadiah sastera dari wakil Yang Berhormatdalam suatu majlis? Apabila beberapa hari kemudian akhbar arus utama melaporkanberita kemenangan dan wajahnya turut dimuatkan sedang memegang sijil sertapiala. Maka, dirasakan bahawa namanya kini menaik sebagaimana karya-karyasastera yang memenangi hadiah tersebut hampir langsung tidak didiskusikan.Demikianlah situasi kita di sini dan setiap tahun akan diadakan penganugerahansastera kepada penulis-penulis. Menerima sepucuk surat keputusan menggembirakandari pihak penganjur sayembara menulis karya kreatif, ada dua perkaramengujakan bermain dalam fikiran seseorang penulis. Saat inilah yang palingdramatik. Secara umum, pertama kali, dia dibawa perasaan, kemudian diam-diam mengucapkankesyukuran kepada Tuhan pemberi rezeki bahkan sumber kepada segala ilham usahapenulisan. Sesudah berkali-kali membaca kandungan surat diterima, seseorangpenulis tersenyum puas. Barangkali ia boleh difahami oleh insan akrab penyokongkerja-kerja penulisannya. Sinaran mistik seolah-olah terpancar dari sepasangmata bercahayanya. Azam untuk terus menulis karya-karya berkualiti semakindirangsang. Sastera tidak pernah mati, bisiknya penuh semangat. Memang benarsastera tidak pernah mati tetapi apakah benar sastera dihargai? Segala proses perit mengambil tempohlama demi menyiapkan draf manuskripnya berbaloi. Kecerewetan seseorang penulismenjaga kualiti dan menyempurnakan struktur penulisan berakhir dengan bonusmembahagiakan. Dia sekali lagi dianugerahi rezeki berbentuk material juga tidakmustahil populariti namanya segera menganjak justeru semakin dicemburuilingkaran pesaing-pesaing. Tidak lama lagi, manuskrip diterbit dan naskhahbuku-bukunya kemas disusun di rak kedai buku ternama selain diulas olehpengkritik karya sastera tersohor. Atau kenalan yang dikenalinya secara rapat.Maklumlah, kadang-kadang sesama penulis sering berlaku perasaan tidak berpuashati. Tiada ikatan saling menyokong sesama penulis dan inilah sikap yang sukardifahami tentang mentaliti penulis. Sesebuah karya yang lengkap ialahapabila ia diterbitkan kemudian menemui setiap pembaca seluas yang boleh. Bayangkanjika kesemua manuskrip karya sastera Franz Kafka dibiar terbakar tanpadiselamatkan oleh sahabat baiknya. Tetapi penulis-penulis masa kini sedar diaharus berdepan dengan risiko penembusan ke media-media terpilih yang sudahtentu membayar hasil penulisan. Dia mengirim beberapa kaya terbaharu kepadaeditor bertanggungjawab menjaga halaman karya sastera dan menunggu beberapawaktu apakah manuskrip-manuskripnya diterbitkan atau tidak. Ini pengalamanlumrah dialami oleh sesiapa pun penulis. Kesusasteraan negara tidak memberitempat kepada penulis pemalas. Tidak ada istilah senioriti dalam penulisansekiranya dia tidak menyumbang karya yang dapat dianggap relevan dengan corakpenulisan masa kini. Apatah lagi jika dia masih terbuai-buai oleh sentimentalsilam ketika berkarya. Persaingan mendapat ruang halaman sastera di media-medianegara sangat sengit dan bertambahnya jumlah penulis setiap masa menjelaskanbetapa kerja penulisan sentiasa berkembang seiring masa. Suatu persoalan yang sering sayafikirkan kebelakangan ini ialah apakah pihak media memberi ruang secukupnyakepada kebanjiran karya-karya? Sebagai peminat karya kreatif, saya bahkanterpaksa menulis di laman web maya untuk mencari ruang berkarya. Beberapa mediadilihat mula mengecilkan saiz halaman sastera yang dilihat tidak menyumbangkepada kelangsungan hayat sesebuah media. Maka, halaman yang sebelum ini dibukauntuk menampung karya-karya sastera digantikan menjadi halaman untuk menyiariklan-iklan. Penulis fiksyen terpaksa menulis mengikut konsep sesebuah mediadan terpaksa menyederhanakan idea. Inilah realiti di luar sana. Apakah pihak media bersikap terbukamenerima karya-karya berbentuk eksperimental dari penulis-penulis generasibaharu? Sudah tentu jawabannya sedikit negatif. Begitulah, saya juga terpaksamenulis di dalam zine-zine terbitankenalan saya yang menulis di luar media arus utama. Saya juga berfikir, sedikitmasa lagi, setiap penulis lebih cenderung untuk menerbitkan buku masing-masingseandainya tiada pilihan lain untuk mengembangkan idea dan gaya penulisanperibadi. Sebagai contoh, Amir Muhammad telah berjaya menerbitkansekurang-kurangnya lima buah novel setakat ini yang ditulis oleh penulispertama kali. Usaha ini membangkitkan daya saing yang sihat asalkan sahajakualiti penulisannya turut berkembang. Bagaimana pula usaha dari DBP sendiriuntuk mencetuskan keghairahan menulis di kalangan penulis? Apakah DBP meraikanseorang penulis yang berjaya menerbitkan buku dalam sebuah majlis pelancaranseperti yang dilakukan oleh syarikat Fiximilik Amir Muhammad? Kita tidak memiliki media-mediaseperti Harpers, New Yorker atau Atlantic Monthly yang menyediakan halamanpanjang kepada penulis fiksyen. Inilah perkara yang dicemburui saya apabilamembanding kemurahan hati pihak editorial luar. Media kita memandang sebelah mataperanan karya sastera sebagai daya penarik melariskan produk jualan mereka.Bukan perkara aneh apabila sesebuah media tidak langsung membayar hasil karyakreatif yang diterbitkan. Namun, perkara sebegini, entah mengapa, dianggapkecil ini dan jarang sekali didengari dalam sebuah majlis sastera bertarafkebangsaan di dewan seminar. Memang sungguh, hampir kesemua penulis kreatifnegara kita memiliki banglo tiga tingkat dengan halaman berkolam. Anggapan bahawa penulisan merupakansejenis hobi mengisi masa lapang tidak boleh diterima akal. Apakah benarpenulis hebat seperti Umberto Eco atau Lydia Davis menulis kerana menganggappekerjaan di atas kertas itu sebagai hobi ringan? Tidak ada istilah komplasenkepada penulis zaman moden. Emosi bangga yang melanda dalaman seseorang penulishanya berlalu sekejap waktu. Hadiah sastera dan pujian-pujian ibarat awan diudara. Sesudah itu, dia perlu bergelut di depan meja berselerak dengan tompokanbuku membuka sumber rujukan. Kualiti karya terbaharu tidak sepatutnya mengundurke bawah. Dan bukan sekadar membentangkan halaman buku-buku berkaitan sasteradan karya penulis-penulis disukai. Bergantung menerusi bakat alam tidak memajukan tahap penulisan, sebagaimana kataSubagio Sastrowardojo, jika menutup pengetahuan kepada topik-topik lain yangbersifat ilmiah dan semasa. Penulis eksperimental seperti Ali Smith dalam suatuwawancara, memberitahu dia membaca hampir 70 buah buku seminggu. Apakah diagila? Apakah kerja yang amat menyeksakan otak manusia begini boleh disamakanseperti menanam pokok bunga, sebagai hobi masa petang? Di bawah cengkaman psikologikal, dia akan dibelit jaringan emosi perwatakan, menghalusfikiran, menyusun teknik, menajam intelektualiti, imaginasi dan lain-lain kerjadrastik untuk kemantapan bahan ditulis. Tiada jalan pintas untuk penulis berjayasekelip mata dengan kerenah murahan mengkritik pihak editorial yang tidakmenyiarkan karya mentahnya. Saya tidak pernah percaya sebuah karya sempurnaditulis dalam masa lebih kurang setengah jam. Apakah tidak perlu melakukanrevisi dan pengeditan semula? Kerja pengeditan tidak pernah selesai, kataHaruki Murakami. Gaya spontan yang matang memerlukan seseorang penulis itubenar-benar genius seperti Gabriel Garcia Marquez. Bahkan penulis seperti diaberhutang budi kepada bakat luar biasa penulis-penulis lain seperti JulioCortazar, Franz Kafka dan juga William Faulkner. Apa lagi kita yang sekadar membacadua buah buku setahun tetapi mengaku penulis dengan hanya sebuah karya tersiar.Tiada henti kerja seseorang penulis. Status akal perlu dicabar untuk mencernailham dan kepekaan seseorang penulis bergantung pada keluasan perspektifmuktahirnya. Bahasa adalah perbendaharan kepada seseorang penulis dan harusmembaca tanpa henti untuk mempertingkatkannya melebihi kebiasaan jika tidakingin menggunakan metafora lapuk berulang-ulang. Bahasa klise menggambarkankecetekan pembacaan seseorang penulis. Setiap masa dan peluang ketika penulisduduk menaip di skrin komputer riba, adalah bahagian paling sensitif dari sebarangbentuk gangguan. Diksi yang terlalu putis perlu dikasarkan sedikit sebagaimanakehidupan realiti di luar. Bagaimana dengan isu kewujudanpenulis-penulis yang hanya muncul ketika musim peraduan? Ia sudah klise danseolah-olah tidak lagi dirasakan merendahkan kredibiliti seseorang penulistersebut. Tidak ada paksaan dalam kerja penulisan. Mungkin dengan cubaan memasukisebarang peraduan, seseorang penulis dapat memaklumi bagaimana karya-karyatahap awalnya dinilai secara profesional oleh pihak penilai bertauliah. Hakikatnyaramai penulis besar tanah air mencipta kedudukan melalui kemenangan-kemenangan yangdiperolehi melalui sayembara menulis. Fakta itu memang benar. Maka, tidak salahkepada calon-calon penulis untuk beradu nasib. Selepas memenangi banyakperaduan, apakah dia masih terus mengekori peraduan lagi? Inilah persoalan yang perlu direnungoleh penulis ketika menunaikan beberapa keping cek hasil dari penganugerahankarya kreatif di luar pintu bank. Dan bagaimanakah kesusasteraan dapatmencungkil nama dan potensi baharu yang lebih segar dari seseorang penulisgenerasi terkemudian jika mentaliti sebegitu tidak mampu diubah? Dan apakahkaedah selain daripada menganjurkan peraduan menulis peringkat domestik untukmembantu para penulis mempertingkatkan imej kepengarangan setaraf denganpenulis-penulis antarabangsa pemenang Hadiah Pulitzer, misalnya? Penulis wanitanegara, Ana Balqis pernah berkata bahawa sastera kita ketinggalan 200 tahunterkebelakang dari perkembangan sastera besar dunia. Bunyinya memang sinis. Menyertai peraduan atau tidak, bukansoal buruk dan baiknya difikirkan. Tetapi sudah tiba masanya seseorang penulismenyatakan keperibadian tulen dalam kerja penulisan. Untuk apa dia hadir dalammasyarakat sebagai penulis? Mengapa tidak sahaja dia berkerja sebagai tukangmembaiki paip bocor atau membuka restoran makanan yang lebih menguntungkan? Denganitu dia tidak perlu bersusah-payah bersengkang mata lewat malam menekunimansukrip. Apakah kerjaya sebagai penulis mendatangkan populariti sebagaimanayang dikecapi oleh para artis? Mungkin. Bergantung pada jenis penulisan. Apabilatema menjadi syarat utama dalam sesebuah peraduan, sejauh manakah kebebasanseseorang penulis dilaksanakan? Dan mengapa syarat berkaitan tentang temasebegini sentiasa lekang dalam sesebuah peraduan menulis? Penulis tersohor negarakita seperti SM Zakir boleh dikatakan tidak lagi mengikuti sebarang peraduanpenulisan kebelakangan ini. Benar, pada awal pembabitan sebagai penulis padaawal tahun 1990-an, dia memasuki banyak peraduan dan pernah memenangi beberapahadiah. Menjelang tahun 2000 dia mula berhenti menyertai sebarang peraduanmenulis. Mengapa agaknya? SM Zakir merupakah contoh penulisterkini yang paling besar pengaruhnya kepada perkembangan kesusasteraan semasadalam genre cerpen. Dia juga contoh terbaik bagaimana seseorang penulis erapasca moden berdaya maju melalui kepelbagaian displin pembacaan. Pelbagaipenghargaan sastera dimilikinya tanpa perlu terikut-ikut dengan gelagatsegelintir penulis yang sekadar muncul ketika peraduan. Karya-karya dihasilkanoleh pemenang MASTERA baharu-baharu ini cenderung menggabungkan beberapapersoalan rumit bertemakan pertembungan falsafah, isu politik, pergolakanliberalisme dan lain-lain perkara besar bersandarkan rejim pembacaannya. Diamelanjutkan apa yang dikatakan sebagai pengkritik sosial menurut takrifanMathew Arnold. Kesusasteraan sesebuah negara hanya meningkat maju jika terdapatramai penulis berpandangan global dan tidak terlalu menyempitkan diri dibawasikap nostalgik melampau. Selain Faisal Tehrani, SM Zakir menjadi jambatankesusasteraan generasi baharu bersifat antarabangsa dan secara tidak langsungmemberi imej yang membanggakan kita. Kita tidak berasa malu apabila munculpenulis intelektual negara kita yang memiliki jati diri dan mampu berhujahdengan kebijaksanaan kemas kini melalui tulisan-tulisannya. Perubahan pemikiran berlaku darigerakan psikologi seseorang penulis itu sendiri. Jika tidak, dia masih lagiberada di bawah tempurung egonya. Penyair besar Pablo Neruda memuji Jorge LuisBorges sebagai contoh penulis global yang membuka luas zon sasteranya sehinggatanpa sempadan etnografi. Tidak ada salahnya menulis tentang kaum peribumitetapi apakah gaya tulisan itu relevan dengan corak kesusasteraan masa kini?Kekuatan cerpen-cerpen bertemakan kaum peribumi oleh Awangku Merali PengiranMohamed paling istimewa disebabkan tahap ketajaman persoalan dan strukturpenceritaan yang dirasakan moden serta jujur pengolahannya. Memang tampak unsurpendramaan tetapi watak-watak yang dibina diberi suara batin alamiah dan itulahaspek yang meyakinkan pembaca-pembaca. Pembaca masa kini tidak mahu lagimenerima sebuah karya yang dilihat seperti dibuat-buat kerana hasilnya sudahtentu membosankan. Kemunculan penulis-penulis seperti Dahiri Saini, Jaya Ramba,Poul Nanggang, Justin Dingun Ugah, Mohd. Ali Salim dan Rosani Hiplee memberiharapan kepada kesusasteraan negara dengan bawaan isu-isu domestik melaluikarya masing-masing. Bumi eksotik Borneo ini sewajarnya menuntut kepekaan dandaya intelektual yang bukan sedikit ditagih dari seseorang penulis. Sama ada didorong oleh nilaikewangan disediakan pihak penganjur peraduan atau tidak, seseorang penulistetap menulis sebagai pernyataan batiniahnya melalui teks sastera. MichelHouellebecq, pemenang hadiah Prix Goncourt at Le Drouant iaitu hadiah sasteraPerancis, menerima sekeping cek bernilai Euro10, sama nilainya dengan RM40.Tetapi impak kepada buku-bukunya jauh lebih besar daripada nilai hadiahsekeping cek yang diterimanya itu. Kita tidak mahu sesebuah karya yangmemenangi sesebuah hadiah sastera tetapi nilainya tidak dibanggakan oleh parapembacanya. Seseorang penulis juga perlu berani berbeza dan yakin menyatakanpandangan berlawan arus. Penghargaan yang diberi dari pihakDBP seperti HSPM untuk peringkat kebangsaan, Majlis Tinta Kenyalang (dahulunyadikenali HPPS) atau pun dari pihak media sebagaimana HSKU yang secara konsistendiadakan setiap tahun, tidak disifatkan sebagai bentuk peraduan yang biasadikenali. Hadiah-hadiah sastera ini memberi pengiktirafan berdasarkan kualitikarya. Menyebut tentang kualiti, sering ia dianggap sebagai perkara subjektif.Apakah benar dan terjamin pegangan itu? Tidak ada perkara lebih bermakna darihadiah sastera yang diberi kepada seseorang penulis berdasarkan kualitikaryanya. Siapa pun dia, latar belakang, gelaran, personaliti mahu punkaitannya dengan pihak pembesar, kelayakan dinilai ketika memberi hadiahsastera semata-mata ketinggian kualiti sesebuah karya itu. Apa yang membezakantulisan seorang pekerja kilang dengan seorang berpangkat Profesor diukurberdasarkan kualiti. Inilah jalan matinya. Sebarang unsur-unsur lain selain merampastempat pertimbangan kualiti dalam pemberian hadiah sastera menggambarkan ada kejelikan berlaku di balikkeputusan. Kita tidak mahu lagi mendengar kritikan keras yang berlaku tahun initerhadap pihak panel HSPM berulang. Genre sastera pesat berkembang dan jikamelihatnya dari nilai-nilai lama, ia juga membayangkan kelemahanintelektualiti. Penulis-penulis masih beruntung. Denganadanya berbagai hadiah sastera ditawarkan oleh agensi kerajaan seperti DBPsendiri, agensi bukan kerajaan, pihak akhbar malahan usaha dari pihak tertentu,misalnya anugerah HESCOM yang diberi oleh laman komuniti sastera iaituE-SASTERA demi rasa cinta kepada tradisi penulisan. Penulis-penulis sudah tentumengambil kesempatan sebegini untuk memperagakan hasil penulisan. Benar, nilaihadiahnya jauh lebih rendah berbanding apa yang diperolehi oleh jaguh-jaguhsukan. Tidak mengapalah. Menyokong kekuatan otot lebih diutamakan berbandingkecanggihan akal pemikiran di negara kita. Namun, ada sesuatu yang lebihpenting daripada nilai sekeping cek dalam sepucuk surat. Jika kita lebih realisitik, persekitaransemasa kian menghimpit kesusasteraan. Malahan sangat parah keadaannya. Bahkanmasyarakat kita tidak ambil peduli tentang kesusasteraan utama berbandingmembaca novel-novel ringan yang mudah. Dalam suatu program televisyen bualbicara terbitan TV3, tanpa berselindung, Ketua Pegawai Eksekutif InstitutTerjemahan Negara Malaysia, Mohamad Khair Ngadiron berkata, " usahamemertabatkan karya agung Malaysia di kalangan rakyat belum mencapai tahapmemuaskan sehingga menyukarkan penerimaan karya sastera tanah air di kalanganmasyarakat antarabangsa." Kita berterima kasih kepada tokoh ini keranaberterus-terang. Sudah tentu banyak faktor menyebabkan masalah kekangan itu.Masih belum terlambat untuk memulihkan tragedi itu melalui kerja penulisangolongan penulis sendiri dan dari pihakkerajaan yang sepatutnya lebih peka. Asalkanberani berubah dari kebiasaan.
p/s: terbit buat pertama kali dalam jurnal Jendela Sarawak 2011.
Published on February 24, 2012 22:33
February 21, 2012
serba ringkas tentang kepenyairan Abizai

Di sebuah hotel di Miri, tidak direncana, sayabertemu dengan seorang penyair terpenting kontemporari Sarawak, iaitu Zainal Abidin Haji Suhaili atau lebih dikenali sebagai Abizai. Seterusnya dalamperbualan santai di meja makan, beliau menghadiahkan sebuah buku kumpulan puisipilihan, Sang Kelawar Kesiangan terbitanCitra Kurnia tahun 2010. Beliau merupakan tokoh penyair yang selama inimengganggu nurani saya kerana kecermatan bahasa dan kehalusan pengamatanseninya ketika merenung segala permasalahan dunia. Kematangan pengucapan yangdiserlahkan lewat puisi-puisi beliau menjadi inspirasi dalam pembinaanartikel ini. Sepertitercatat pada prakata untuk buku SangKelawar Kesiangan, Abizai mula serius menceburi dunia kepenyairan dalamawal tahun 1980-an sehingga kini. Dan usaha menerbitkan buku kumpulan puisipilihan itu dibuat apabila beberapa buah buku puisi terdahulu tidak lagi beradadi pasaran di samping meletakkan contoh terkini karya-karya terkininya yang terbitdi beberapa akhbar dan majalah. Sungguh malang, bakat dan kecerdasan imaginasibahasa yang utuh dalam puisi-puisi garapan beliau kurang diperkatakan malahdiselidiki mutiara maknanya. Penglibatan beliau yang konsisten menghadirkanpuisi-puisi berkualiti justeru meletakkan namanya sebaris dengan beberapapenyair terkemuka kebangsaan. Paling memperkuatkan kedudukan ialah tandapengenalan kepenyairannya yang sentiasa dipertahankan.

aslitubuhmu tumbuhmembentuklekuk pengalaman jauhsuaraemosimu terkawaldiimbangicekal tapisan akal
denganberbekalkan selendang keyakinankaumelangkahpenuh bergayadisetiap negeri kehidupanmenayangkanlenggang tari kebenarandalamgemalaian keindahan
Puisi di atas memerikan rasa kebertanggungjawabanpenyair betapa dalam susunan indah struktur yang membalut fizikal sesebuahpuisi, apa yang jauh lebih mustahak daripada kelahirannya ialah makna danamanat tersembunyi di sebalik kata-kata. Suara penyair amat perlahan, tidakmembentak atau mengajar dan segala kesan perutusan keseluruhan isi puisimeresap ke dalam jiwa pembaca secara psikologi. Saya mengesani beberapa buahpuisi cipta Abizai kebelakangan ini menjurus kepada persoalan-persoalankerohanian dan apabila beliau mendedahkan bahawa setiap hasil kerja penulisanadalah tercipta semata-mata atas kehendak Allah sebagai pencipta kepadasegala-galanya di muka bumi ini, saya mula mengerti dan tidak meragui akanketelusan sikapnya. Kesedaran hakikat insaniah dalam diri seseorang penulissedikit-sebanyak turut mengangkat pentahapan status tema-tema dalam setiappenulis. Ini bukan perkara luar biasa kepada seseorang penulis yang mengakuikebesaran Allah melebihi daripada segala ciptaan. Puisi di atas yang sayakutip, tidak jauh bezanya dengan sekian besar jumlah puisi Abizai dengan gayaberbahasa terkawal, harmonis dan memperdalamkan renungan hakikat kemanusiaan.Itulah karekter tulen yang terus-menerus kekal dan dipergiatkan oleh Abizaisehingga menjadi pegangan dan keyakinannya sebagai seniman yang bermakna. Aspekdalaman datang mengetuk pintu nurani penyair di atas meja tulisnya, jelastergambar melalui puisi Menjejak PuncakSajak yang ditulis Abizai dengan penuh rendah diri:
Hanyakau yang kutemuiKetikamenjejak puncak sajak
Semakinjauh kumendakiBertambahtinggi kau berdiriPemilikseluruh alam dan perbendaharaanAkarkepada pohon kata-kataPerduuntuk setiap maknaPangkalyang tidak berawalanHujungyang tidak berkesudahan
Danaku sebagai penyajakCumalahbayang-bayangKepadakehendak dan gerakPemiliksegala keindahan
Disamping puisi di atas, bakat dan kecemerlangan kepenyairan Abizai diperkukuhkandengan sebuah puisi bertajuk RahsiaBerselubung (Sinar Benar) yangmenurut saya amat kuat menusuk hati nurani pembaca. Persoalan kerohanian kepadapencarian manusia untuk mengenali siapakah pemilik kepada alam semesta tempatdi mana para mahkluknya sudah mula melupai asal-usul kewujudan mereka. Tanpaperlu mendakwa bahawa dirinya sedang menulis puisi berunsurkan ketuhanan kepadakhayalak umum, Abizai telah pun melakukannya secara diam dan terpulanglahkepada daya ketajaman para pembaca untuk mendapat sinaran maknanya. Dan disitulah kejujuran penyair menyampaikan suara hati nuraninya lewat penggunaanbahasa yang mudah untuk menyenangkan aliran komunikatif mahupun pemahamanpembaca. Sebagaipenyair yang peka kepada kepentingan pemilihan bahasa yang sesuai dan tepatuntuk membangunkan sesebuah puisi, perkara paling asas menurut Abizai ialah isikandungan dan bagaimana kaedah untuk menyampaikan amanatnya. SN Muhammad HajiSalleh menyatakan bahawa seorang penyair penting harus dengan konkritmenyumbang kepada penciptaan suatu gaya bahasa yang dapat memerikan tamadunnya.Peranan sebagai penyair selalunya dikaitkan dengan usaha memadatkan dunia besarmenjadi kata-kata terpilih yang mampu memikul pengalaman kehidupan melalui pemadanancitra-citra paling tepat dalam sesebuah susunan puisi. Jelas ini bukanperkerjaan mudah yang boleh dilakukan dalam masa beberapa minit. Usahamematangkan seseorang penulis tidak mungkin disediakan jalan pintas kerana iaberlaku sepanjang masa dan menuntut kepekaan, imaginasi dan kecerdasan akaluntuk sentiasa berkerja keras memperbaharui perbendaharaan bahasa di hujung mata pena. Sebagaimanadiakui sendiri oleh penyair ini, Abizai menulis dalam prakata buku Sang Kelawar Kesiangan: keindahan tanpakebenaran merupakan bayangan kosong dan kebenaran tanpa keindahan adalahrealiti yang beku dan membosankan. Kedua-duanya tidak boleh dipisahkan,baharulah puisi mampu berperanan sebagaimana sewajarnya. Justeru dengan sikapbegitulah, dalam setiap penciptaan puisi-puisinya, Abizai jelas dilihat begitumementingkan kerapian bahasa, menyukat susunan kata agar tidak terlaluberlebih-lebihan sementara sentiasa menjaga kesimbangan antara isi dan bentukBahkan jika kita menyusuri puisi-puisi awalnya, seperkara yang begitu menyerlahpada setiap ciptaan Abizai ialah sikap dan kesantunan berbahasanya tidak pernahdihakis oleh sebarang keinginan semasa untuk melakukan eksperimen-eksperimenketara. Dari diksi ke diksi, beliau meraut tema sehingga menjadi runcing danapabila citranyanya kelihatan jernih,baharulah disarungkan metafora sealamiah mungkin. Maka, tidak pernah terkilastitik kekaburan atau percanggahan setelah selesai kita menikmati puisi-puisibeliau. Penyairini lebih menyenangi gaya pengucapan yang sederhana melalui setiap patahanbahasa, ekspresi sikap dan pemaparan metafora. Warna pada setiap puisi-puisinyaselalu diredupkan oleh kelembutan bahasa. Sebagaimana kita mengingati hasilkerja penyair T. Alias Taib dan A. Latiff Mohidin yang cenderung memilihkata-kata harian yang kemudiannya menjadi luar biasa kerana sudut pandangandalam setiap puisi-puisi mereka. Manakala Abizai tidak pernah berhenti untukmelakukan ekskavasi kerohanian untuk mencari inti di sebalik kewujudan manusiaitu sendiri. Usaha-usaha beliau terserlah ketika puisi-puisinya sedikit demisedikit mengupas tirai ghaib di dalam kalbu manusia. Persoalan sedemikian yangsering dilupai oleh manusia, diperincikan oleh Abizai melalui puisi-puisi dalambuku Sinar Benar seperti Hujung dan Pangkal dan Tidak Semua Bertemu Mutiara serta pada kebanyakan puisi lainnya. Lihat bagaimana Abizai denganmistiknya melukis bagaimana kepayahan batiniah untuk menemui setitik cahayaillahi dalam puisi Tidak Semua BertemuMutiara (Sinar Benar halaman 99):
TidaksemuaDapatbertemu mutiaraYangbersembunyi di mulut tiramDiperut laut yang dalam
TiramdiamMenyimpanmutiara berhargaMutiaradiamMenyimpankilauan rahsia
MutiaraHanyauntuk sang penyelam gigihMutiaraHanyauntuk sang penyelam bersih
Adayang lemas diduga gelombangMenyerahtewas di alam permukaanAdayang sampai ke lantai lautanTapikeliru menetapkan tujuan
Cangkerangtebal tiramMenghalangpenemuanCangkerangcantik tiramMenipupandangan
Mutiaramenjelma batuJikahasrat membanggakan ilmuMutiarabertukar ularJikaniat mendapatkan gelarMutiaramenjadi pasirJikanafsu serakah tiada diusir
TiadasemuaDapatbertemu mutiara
Seringberlaku dalam puisi-puisi ciptaan penulis generasi terkemudian, sebagaimanapernah diperingatkan oleh T. Alias Taib, yang seakan-akan ghairah mengangkutkata-kata besar. Disebabkan kegopohan untuk menulis, bahkan cenderung memasangjargon aneh yang bergegar-gegar konotasinya sedangkan jika dibaca secaramendalam, perbuatan sedemikian tidak lebih sebagai suatu usaha untuk melindungikelemahan puisi-puisi mereka. Perkara senaif itu, sudah tentu dimaklumi olehAbizai yang berpengalaman menempuhi segala aneka puisi kontemporari. Dan beliaumemilih jalan kebijaksanaan ketika menyampaikan makna sebenar puisi yang akankekal dalam pemikiran pembaca sampai bila-bila. Sungguhpun demikian, nilai kesederhanaanhanya akan menimbulkan kesan luar biasa seandainya penulis itu benar-benar berkemahiranmemberi dimensi-dimensi baharu yang tidak terfikir pun oleh penulis-penulislain Cukup sekadar melalui kata-kata biasa yang telah diperhebatkan kesandramatiknya. Hanya penyair yang sudah pun teruji oleh pengalaman kehidupanmampu menyayat sejuta bahasa menjadi baris-baris kata yang berharga kerananilai kepaduan mesej dan jangkauan maknanya. Untuktujuan itu, Abizai menegaskan peranansebenar sesebuah puisi dalam puisi beliau yang bertajuk Sekadar Manisan Kata-kata dalam buku Sinar Benar:
Setelahmengunyah juadah sajakSemestinyakau kenyangMenyerapkanlazatnya keindahan bicaraMenikmatienaknya kehalusan rasaMenghadamkankhasiat kebijaksanaan mindaMerasakankesan kebenaran makna
JikatidakYangkaukunyah bukanlah sajakHanyasekadar manisan kata-kataYangberhiaskan ukiran bahasa
Perananpara penulis era moden tidak mungkin selamanya harus patuh mempraktikkan kaedahlama sedangkan perubahan semasa pesat mula merasuki kehidupan masyarakat. Jikapada era penjajahan, para penulis terpaksa menggunakan bahasa-bahasa arkaik,tebal dengan dekorasi bahkan agak abstraks lalu diabaikan oleh pembaca. Berbezapada masa kini di mana nilai kesusasteraan itu sendiri sudah jauh terhanyut danhanya sesekali dihormati. Maka, para penulis tidak dapat tidak, mendekatkanmata pena mereka kepada realiti semasa agar kemudiannya segala rintihan merekadisuarakan ke halaman media. Jika tidak, kehadiran mereka tidak mungkin bermakna kepada situasi masyarakat. Segalapermasalahan manusia harian, ketidaktentuan politik, perubahan mengejut yangmelanda sikap manusia apabila dilonggokkan kekayaan malah pelbagai gejala kemanusiaanlain, menjadi dakwat penuh untuk diturunkan ke atas kertas buat para penulismenyampaikan peringatan. Seusaipertemuan di dalam hotel di Miri, timbul idea kepada saya untuk menulis sebuahartikel dan sedikit ulasan ringkas berkaitan dengan kepenyairan dan sumbanganAbizai sebagai tokoh sasterawan terkemuka dalam kesusasteraan moden Malaysia. BukuSang Kelawar Kesiangan menggerakkanperenggan awal tulisan ini. Kemudian pada tahun berikutnya, muncul bukukumpulan puisi terbaharunya, Sinar Benar(yang dikutip beberapa puisi di dalamnya untuk tujuan artikel) terbitan DewanBahasa dan Pustaka. Sementara buku kumpulan puisi beliau, Membentuk Elok di Teluk Esokmengangkat namanya sebagai penerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia dalampenilaian tahun 2000/2001. Tidak perlu saya membentangkan kronologi kejayaanselebihnya memandangkan beliau merupakan antara tokoh penulis paling menonjoldi Malaysia bersama penulis segenerasi. Secara konsisten, beliau terusmenerbitkan puisi-puisi justeru mengekalkan reputasinya sebagai penyair yangmelibatkan diri dalam permasalahan masyarakat semasa. Dengan bahasa sopan danterpilih, beliau meneruskan bakat penulisan puisi moden yang kaya membawakiasan dan lukisan penuh kemanusiaan lewat puisi-puisi ciptaannya untukmemperingatkan kealpaan manusia itu sendiri. Artikel ini terbit pertama kali dalam ruangan Yang Indah Itu Bahasa, akhbar Utusan Borneo pada 20 Februari 2012.
Published on February 21, 2012 05:34
February 19, 2012
Tanpa Hujan Tanpa Kata
Published on February 19, 2012 06:22
Roslan Jomel's Blog
- Roslan Jomel's profile
- 25 followers
Roslan Jomel isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.
