?
mengapa sering benar diadakan sayembara menulis karya kreatif pada setiap tahun? dan siapakah pemenang-pemenang utamanya jika bukan penulis yang sudah pun mapan (established). cek berpuluh ribu disampaikan dan apakah mutu karya sastera tempatan meningkat? jika masih seperti dahulu, maka, sayembara ini bertujuan untuk apa?
mungkin alasannya barangkali, penulis-penulis karya kreatif beraliran "serius" tidak seberuntung rakan-rakan mereka yang menulis dengan pendekatan mesra pembaca. lalu, penganjuran siri sayembara menulis karya kreatif tetap sahaja diadakan. dan barisan pemenang utama terus sahaja menampilkan nama yang sama. jika tidak diadakan sayembara sedemikian, konon kesuasteraan negara akan terbantut.
mengapa sering benar diadakan pembentangan kertas kerja hampir setiap tahun? segala kajian dan teori yang diaplikasi dalam menilai karya kreatif dilampirkan hampir berpuluh-puluh tajuk. selepas itu apa yang terjadi? apakah tugas para penulis sesudah makan dan minum di dalam hotel kediaman? bersiar-siar dan membeli-belah sebagai persiapan Hari Raya? kepada Allah mereka menulis di dinding BukuWajah, semoga dipermudahkan...
jumlah hadirin sentiasa ramai. ada yang hadir kerana ingin mendapat ilmu baharu. ada yang tertidur kerana kebosanan mendengar pembentang kertas kerja tidak sudah-sudah memuji penulis tertentu. ada yang hadir dari jauh kerana inilah peluangnya bertemu dengan penulis-penulis tersohor negara. ada yang berhasrat ingin hadir kerana pada kesempatan begitulah, dia boleh merakam gambar-gambar bersama tokoh penulis popular kemudian diletakkan di dinding BukuWajah masing-masing. bukankah ia menyeronokkan?
"Penulis itu memiliki tanggungjawab," kata Carlos Fuentes kemudian menyambung: "Saya fikir tanggungjawab sesungguhnya seseorang penulis ke atas masyarakat adalah meletakkan kekuatan imaginasi dan kemampuan komunikasi bahasa. Kita punya tanggungjawab melalui bahasa kerana bahasa terus-menerus direndahkan. Jika tanggungjawab itu tidak diusahakan, maka informasi tidak akan tersampaikan atau hanya akan tersampaikan secara distortif. Apa yang saya maksudkan dengan bahasa yang terus-menerus direndahkan adalah penggunaaan bahasa yang buruk seperti terdapat dalam bidang politik dan informasi. Kata-kata yang diucapkan justeru disampaikan secara buruk, manakala kata-kata yang tidak terucapkan malah muncul melebihi apa yang disampaikan secara buruk. Saya fikir kita dikelilingi oleh kehiruk-pikukan suara sedemikian. Suara itu cenderung menjadi informasi buruk dan tidak pernah menjadi pengetahuan. Oleh itu, misi penting bagi setiap penulis ialah berusaha menunjukkan bahawa bahasa dapat melakukan sesuatu dan mampu ditempatkan ke sesuatu. Ada banayak kerugian bahasa melalui media dan politik, penulis harus membersihkan kembali deretan kata-kata."
rupa-rupanya penulis punya tanggungjawab. apakah rupanya bahasa buruk? saya tidak tahu. sebelum ini saya fikir bahawa penulis itu wajib mengemaskini status di dinding BukuWajah. menurunkan kata-kata hikmah atau memuatkan kata-kata bersajak untuk tatapan pengunjung. ubah gaya rambut. atau mengecam ahli politik parti itu parti ini. nak bersenang-lenang di laman BukuWajah akhirnya terganggu oleh perutusan politikal melampau.
apakah kaedah selain daripada penganjuran sayembara menulis karya kreatif untuk mencerdas dan meningkatkan kualiti kemahiran penulisan sesesorang pengkarya? beri tiket percuma menonton perlawanan akhir bolasepak kejohanan negara-negara Eropah nanti?
dan pembentangan kertas kerja pun bermulalah setiap tahun. hampir penuh kotak di dalam bilik untuk menyimpan timbunan kertas kerja. ritual setiap tahun. sementara karya-karya kreatif di media-media utama tetap tidak meningkat. seorang tokoh sasterawan pernah menegur kandungan karya dalam XYZ (meminjam sebutan Nimoiz TY) yang tidak pernah berubah-ubah dari tahun awal penerbitan majalah tersebut. alamak!
sebenarnya untuk apa menjadi penulis karya kraetif? ikut trend? supaya nampak intelektual kerana bercita-rasa seni? supaya boleh melepak di mamak Pasar Seni? mempertahankan ego pengetahuan sastera dengan buku-buku dari barat? entahlah..

Published on March 28, 2012 21:33
No comments have been added yet.
Roslan Jomel's Blog
- Roslan Jomel's profile
- 25 followers
Roslan Jomel isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.