Roslan Jomel's Blog, page 2
August 2, 2013
anti-sastera
saya menemui frasa ini dalam sebuah artikel yang ditulis buat mewawancara atau mengulas kerja penulisan Etgar Keret. apa bezanya dengan avant-garde?
apa maksud karya kreatif anti-sastera? apakah ia menyerupai filem seperti Man Bites Dog arahan Remy Belbaux, misalnya? saya tidak tahu.
saya fikir ia mungkin penentangan ke atas sejumlah besar bentuk karya kreatif konvensional yang mendominasi kesusasteraan. namun itu bukan tidak sepenuhnya betul.
karya sastera tetap memerlukan tapak cerita untuk dikembangkan. pembaca di sini sentiasa dahagakan cerita sebagai eskapis diri daripada tekanan hidup. disebabkan itu cerita-cerita pop dibiarkan membanjiri pasaran.
jika anda tidak faham kerja penulisan sebegini, ia bukan suatu kesalahan. mungkin ada lebih selesa menikmati kerja penulisan yang biasa ditemui. di situ anda berpeluang mencari mesej atau manfaat daripadanya.

Published on August 02, 2013 01:55
May 22, 2013
apa yang sedang berlaku di belakang tengkuk kita?
dalam cerpen KERUSI, saya memilih nama Faisal untuk dijadikan protagonis. kemudian saya menyiapkan cerpen bertajuk LIDAH. bahkan nama Faisal sekali lagi diangkat sebagai pendukung utama. cerpen LIDAH belum disiar dan saya mengirimkannya untuk siaran akhbar Sarawak. jika boleh, saya lebih gemar menggunakan nama-nama watak yang mencirikan latar belakang kekampungan. tapi di kampung saya, budak-budak sudah biasa dengan samsung tab, i-pad, seluar jeans skinny dan Najwa Latif.
tahun lalu saya mengerat akhbar Mingguan Malaysia. saya menampal keratan akhbar tersebut di dinding. dan membaca berulang-ulang tajuk GADIS DITAHAN BUANG BAYI DALAM BALDI. kisah masyarakat sebegini menyedihkan sesiapa sahaja. wanita itu masih berusia 22 tahun dan belum berkahwin. saya tahu, saya tertarik dengan tajuknya. disebabkan itu saya melekatnya di dinding, tempat pc diletakkan.
"setelah disiasat, suspek menunjukkan lokasi dia membuang bayi berkenaan dalam baldi yang ditutup dengan kain di rumahnya."
nah, di situlah saya mendapat idea menulis cerpen BALDI. tajuknya yang saya ambil. kisahnya jauh berbeza. saya menulis dengan perspektif lain yang tiada kena-mengena dengan isu pengguguran bayi. orang yang berada di dalam baldi itu bukan bayi dan bukan juga lelaki dewasa berusia 40 tahun. itu hanyalah simbolik. mimpi dijadikan medium perantaraan naratif itu. mungkin saya menulis tentang kekeringan perasaan sepasang suami isteri. mungkin juga saya menulis tentang krisis masyarakat di dalam bandar. terima kasih kepada Dr. Awang Azman Awang Pawi yang mengulas cerpen tersebut di dalam majalah Dewan sastera Mei.
sekarang, segala-galanya boleh dijadikan ilham untuk menulis. selepas pru13, Malaysia tidak lagi seperti dahulu. atau mungkin kekal seperti tahun 1950-an. masyarakat semakin arif tentang hak asasi dan pembentukan kerajaan. ramai mahasiswa yang berani menggegar di ruang awam untuk menyatakan pandangan dan hujah. anak-anak muda mula menulis dengan sorotan kitikal tentang sebarang isu besar. ini bukan zaman untuk menganggukkan kepala tanpa soal periksa. bahkan inilah zaman salah-menyalah dan media menjadi landasan sosial yang aktif. PM bukan lagi jawatan selesa pada masa kini.
isu black out, penangkapan Adam Adli, GST, pendidikan percuma atau kesedapan rojak ayam di restoran jalan Bellamy. tapi, bilakah masa yang sesuai untuk menulis? masing-masing sibuk menghantar komen dan menekan LIKE di FB orang. juga termasuk saya. setiap hari ada sahaja perkara baharu yang dibawa oleh laman sosial. pautan demi pautan dipaparkan. maka saya terkenangkan jargon "keyboard warrior" yang kedengarannya mengejek secara senyap. dunia tetap terus berputar. di manakah seniman boleh bersembunyi daripada keserabutan ini? di restoran mamak tanpa perkhidmatan wifi?
"when you're writing, you don't owe anything to anyone" - kata etgar keret.

Published on May 22, 2013 01:07
May 12, 2013
Odisi Bulat Dalam Novel Anak Mat Lela Gila
Judul: Anak Mat Lela GilaPengarang: Ishak Haji MuhammadPenerbit: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM)Tahun Terbit: 2012Jumlah Muka Surat:184 HalamanHarga: RM20.00No. Resit: ITBM02000005

Halaman terakhir novel Anak Mat Lela Giladitutup. Saya berpuas hati dengan cerita yang ditulis sekitar empat puluh tahun dahulu itu. Kopi panas dihirup dengan senyuman. Imaginasi saya digetarkan oleh usaha pengarang menerapkan peranti magis untuk menggerakkan ceritanya. Saya tidak dapat melupakan bagaimana mimpi bertemu Tuan Puteri di Taman Sedia, perjalanan hidup Bulat berengsot sehingga bersatu dengan ibu kandung sendiri. Menggunakan mimpi sebagai medium perhubungan di alam nyata, suatu keajaiban kepada saya yang meminati teknik penulisan realisme magis. Genius. Sebaliknya jika pertemuan semula keluarga itu dibantu oleh jaringan laman sosial seperti Facebook, ia bukan lagi suatu keluarbiasaan pada masa kini. Selesai membaca novel Anak Mat Lela Gila, saya terfikir sejauh mana kerelevanan isi ceritanya untuk dikaitkan dengan keadaan masa kini yang serba kacau dan kompleks? Bukan berlebih-lebihan dikatakan pengarang-pengarang masa silam telah berperanan lebih sekadar daripada tukang cerita. Dalam kesederhanaan penceritaan, mereka menegur secara tersirat. Saya menyedari aspek itu ketika karya-karya sastera masa kini dipersoalkan arah matlamatnya. Sebagai pembaca karya sastera, saya mahukan lebih daripada keindahan artistik atau kelunakan diksi. Saya menunggu penuh debar kemunculan karya-karya yang mengejutkan massa. Di bumi Malaysia, kita memiliki deretan khazanah persuratan silam yang luar biasa struktur penulisannya. Maka, langkah ITBM menerbitkan semula karya-karya penting tokoh persuratan negara terdahulu amat wajar ketika wawasan 2020 berbaki tujuh tahun lagi. Ia mengembalikan khazanah-khazanah silam akan kepintaran pujangga bangsa Melayu menenun jalinan kisah-kisah berteladan. Ia menjentik fikiran kita bahawa banyak perkara yang semakin dilupakan. Tiada sesiapa yang boleh menafikan bahawa sejarah dan kesilapan manusia berulang. Disebabkan itu penulis merakamkan sisi hitam masyarakat ke dalam bentuk kreatif sebagai alternatif untuk dijadikan ruang bersantai sambil berfikir. Karya-karya sastera yang bermanfaat kepada pembacanya kerap menggoncang kesedaran intelektual untuk memperteguh jati diri. Betapa berharganya karya persuratan berbanding emas permata. Izinkan saya menahan anda sebentar dengan berkongsi ulasan secara longgar sebuah novel yang menaikkan nama pengarang tersohor ini suatu ketika dahulu. Saya maklum novel ini sudah beberapa kali disentuh oleh sekian ramai pengkaji sastera Melayu. Saya bergembira kerana akhirnya dipertemukan dengan hasil nukilan pengarang tersohor ini. Mengapa nama pengarang ini sering disebut-sebut selayaknya Sasterawan Negara? Apakah kelebihan yang ditemui melalui hujung mata penanya berbanding pengarang-pengarang tersohor terdahulu? Novel setebal 164 itu boleh dihabiskan dalam masa sejam kerana kelancaran penceritaannya. Sejujurnya, ia sebuah kisah sederhana. Bahkan sebuah kisah melodrama klasik yang berpusar dengan watak utama bernama Bulat. Sebagai watak dominan, Bulat mengembara ke pelbagai tempat seiring dengan peredaran usianya. Budaya orang Melayu dahulu merantau mencari ilmu dan pengalaman, bukanlah suatu yang asing didengari kita ketika ini. “Demikianlah riwayat hidup si anak yang bernama dan dikenali dengan nama Bulat itu. Dalam masa tiga belas bulan sahaja ia bertukar kepada tiga empat tangan mulanya dari ibunya sendiri kepada Mat Lela yang dikatakan seorang yang tidak siuman fikirannya dan tidak berapa lepas itu jatuh pula ke dalam tangan Johari dan Permai sekelamin peladang yang hampir-hampir putus ikatan perkongsian. Bukan itu sahaja, bahkan Bulat sudah menjadi seorang kanak-kanak yang masyhur, menjadi cerita di dalam kampung-kampung dan sebutan beribu-ribu orang kerana keadaannya yang ganjil..” (halaman 37, Anak Mat Lela Gila) Nama dan novel-novel karya Ishak Haji Muhammad sering dikaitkan dengan misi besar pengarangnya. Setiap karya menjadi senjata halus bertujuan mengecam pihak penindas. Ayat-ayat dipilihnya sangat radikal buat menyedarkan bangsa betapa penting berjiwa berani dalam menuntut hak dan maruah sesebuah negara berdaulat. Dengan latar akademik yang baik dan tokoh utama sebagai pengasas akhbar Utusan Melayu, pengarangnya bukan sembarangan manusia. Bekalan intelektual itu menyokong pembaharuan isi naratif yang dibinanya menjadi landasan menyampai amanat sosial. Apabila saya membaca di laman sesawang yang menyebut kecenderungan Ishak Muhammad yang lebih gemar menggunakan pengangkutan awam untuk ke tempat kerja, memberikan gambaran unik kepada karakternya. Maka, tidak mustahil keanehan pengarangnya tumpah di dalam karya kreatif itu sendiri. Dan watak bernama Mat Lela jelas melintas dalam skrin ingatan saya. Ini membuatkan saya segan ketika menyoroti kerja penulisan sasterawan tersendiri ini. Membaca novel-novel Ishak Haji Muhammad kerap menyebabkan pembaca tersentak oleh kepedasan diksi pengarangnya. Tiada berbasa-basi ketika menikam sindiran. Namun apakah ia mampu diserap ke dalam jiwa generasi baharu yang ingin hidup bebas dari beban orang-orang tua dahulu? Ini zaman menuntut ketelusan dari pihak pemerintah tempatan dan bukan lagi berjuang menuntut kemerdekaan daripada penjajah asing. Generasi sekarang semakin kritikal mengawasi setiap apa yang dilakukan oleh pihak atasan. Penjajahan bentuk baharu bahkan semakin merenggut dari dalam. Demikian kesenangan pada hari ini hampir membutakan kita kepada kepayahan silam yang dipikul di atas bahu negarawan-negarawan tulen. Suatu persoalan yang sangat menguja kepada penulis dan pembaca pada masa kini ialah, bagaimana penilaian mereka terhadap kualiti kerja penulisan oleh pengarang-pengarang terdahulu? Apakah kerja penulisan pengarang-pengarang dahulu sekadar terkurung di dalam hal-hal mistik, sentimental kekeluargaan atau cumbu rayu pasangan kekasih yang tiada kesudahan? Tunggu, sasterawan istimewa bernama Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako menepis jangkaan audiens dengan renungan jauh melalui novel-novel monumentalnya. Sejujurnya, saya berbelah-bahagi ketika memilih novel Anak Mat Lela Gila untuk ulasan ini. Saya tidak menolak novelnya termasuk Putera Gunung Tahan juga memukau. Keghairahan saya kepada perkembangan kesusasteraan moden terkini perlahan-lahan akan dipatah dua. Separuh atau mungkin sepenuhnya digunakan buat menghayati kesusasteraan klasik kita. Belum pun sempat membina draf pengenalan, saya yang hidup dengan membaca karya-karya tulisan pengarang-pengarang pasca moden, terkesima oleh beberapa dialog di dalam novel ini. Nada-nadanya menyiat di bawah sedar hati dan fikiran para pembaca. Bahkan kesan sinisnya berdesing ke telinga manusia-manusia moden. Urat dan kulit kita bagaikan terhiris dari dalam. Namun dikutip terlebih dahulu dialog terawal yang menyebabkan saya kegamaman, daripada Mat Lela kepada anak angkatnya, diberi nama Bulat. Lihat dialog yang menembusi sempadan masa di bawah ini, membuatkan kita tersinggung dan menahan air muka; “Orang-orang pada zaman akan datang akan gemar sekali bercakap-cakap pada perkara-perkara yang mereka tidak tahu, merendahkan mutu orang lain: menghina dan mencela dengan tidak usul periksa lebih dahulu dan dengan tidak bersebab apa-apa.” (Halaman 25-26, Anak Mat Lela Gila). Novel ini dimulakan dengan sesuatu yang tidak lazim. Kita tahu watak Bulat akan sentiasa berpindah-randah. Suatu kejadian telah berlaku dan dia dipertemukan dengan seorang lelaki yang dikatakan memiliki beberapa kepandaian. Alang, orang terpenting etnik Sakai mengajar dan menurunkan pelbagai kepandaian kelangsungan hidup di dalam hutan kepada Bulat. Bulat menyerahkan hidupnya kepada takdir tanpa membantah. Di depan Bulat yang masih berusia sekitar 12 tahun, Alang melontarkan dialog yang tidak kurang ngilunya; “Apabila kita berpecah-belah maka puak-puak kita pun jadi kecil; kampung halaman, rumah, periuk, dan bilangan kita jadi kecil; dan hati serta cita-cita atau angan-angan kita pun jadi kecil.” (halaman 115, Anak Mat Lela Gila) Bagaimana? Tidakkah benar kenyataan yang diterbitkan pada tahun 1960 itu? Adapun novel Anak Mat Lela Gila ini dikembangkan dalam enam belas bab, yang masing-masingnya diberi tajuk sebagai pembayang kisah. Sebagai pembaca masa kini, kita menerima kaedah naratif begini untuk disejajarkan dengan tahap audiens ketika itu. Namun, apakah ceritanya menarik untuk memenuhi selera sastera generasi baharu? Sepanjang cerita berkembang, plot berarus lurus dan pada bahagian hujungnya berkelim dengan elemen menyenangkan. Saya fikir pembaca berasa puas hati dengan cara penamat dipilih pengarang. Apabila kesemua watak utamanya berangkat ke Mekah, secara diam-diam pengarang menyampaikan pesanan keagamaan. Betapa indah dan mempesonakan nikmat dunia diharungi, lambat-laun manusia wajib menuju ke pangkuan Tuhan. Gambaran secara umum itu mungkin kurang adil jika pembaca tidak menyorot beberapa kesulitan dan tekanan psikologi yang terpaksa dialami oleh Bulat sewaktu masih kecil sehingga remaja. Saya tidak berdaya untuk membentangkan semula ceritanya dari sebuah babak ke sebuah babak. Namun saya berpuas hati kerana telah memasuki sebuah naratif silam yang tidak kalah menariknya. Memadai buat saya menayangkan sepintas lalu beberapa kejadian penting yang melibatkan watak utamanya, Bulat. Nama yang kedengaran langka kepada kita yang hidup bersosial di laman maya. Kita berundur ke babak-babak permulaan kisah yang ditukang dengan kemas ini. Dengan kanta pembesar, saya cuba melekatkan imej Bulat dalam ulasan ini. Bulat, watak protagonis yang menjadi tulang belakang kepada pembinaan novel ini, mendewasakan diri perlahan-lahan dari bab ke bab seterusnya bermula dengan menempuh nasib yang menjerihkan. Penyabar dan patuh orangnya. Dikenali sebagai kanak-kanak ajaib kerana kemunculan dan kekaburan latar belakang keluarganya. Pada suatu hari, untuk dijadikan cerita; alangkah mengharukan apabila Bulat yang masih bayi ditinggalkan sendirian di dalam sebuah rumah oleh ibu kandung sendiri. Rupa-rupanya adegan itu menjadi kunci utama kepada novel itu. Kita tahu dia, Bulat, tidak akan dimatikan sebelum cerita berkembang dengan tidak disangka-sangka masa depannya bersinar di Singapura. Menjadi penyanyi. Bahkan dituliskan kemunculan watak utama di dalam bab pemula, Bulat Datang Menggolek, sebagai gambaran visual sebelum kedatangan watak utama bernama Bulat. Ternyata bentuk bulat mempunyai besar pengaruhnya dalam kehidupan seharian seperti yang ditulis secara deskriptif oleh pengarang untuk mengiaskan liku-liku perjalanan hidup watak utama bernama Bulat. Bulat, sebagaimana namanya, bergolek ke sana sini diheret takdir. Saya tidak menjangka semasa meniti usia remaja, Bulat dikenali sebagai penyanyi dengan bantuan mistik buluh perindu setelah hidupnya bertolak ke merata tempat. Dan ini mempesonakan saya oleh kebijaksanaan pengarangnya. Pengarang tidak tergesa-gesa menurunkan huruf, malahan disisipkan falsafah makna sesuatu ciptaan Tuhan buat direnung. Bayangkan jika pengarangnya masih wujud ketika ini. Ulasan ini tidak mengikuti ceritanya secara kronologi kerana saya lebih berminat mengulas naratif melodrama ini tanpa urutan. Biarkan pengarang novel itu sendiri berkisah sementara saya melihat kandungan cerita tanpa mengekori setiap pembabakannya. Dengan sentuhan pengarang, kita boleh mengesani bagaimana kisah perjalanan Bulat sebelum menemui ibu bapa kandungnya dilipat menjadi dua babak secara tertib. Saya pada mula menjangkakan Mat Lela menjadi watak dominan yang memegang haluan cerita sehingga ke penghujungnya. Watak Mat Lela yang eksentrik itu sekadar bertahan dalam beberapa bab awal apabila dia dimatikan oleh pengarang. Ini sedikit mengecewakan saya yang berharap dia menjadi hero novel. Saya ingin tahu mengapa namanya dijadikan tajuk novel dan mengapa tidak Bulat yang kekal hidup bernafas hingga hujung halaman? Dikhabarkan Mat Lela meninggal dunia setelah bersedih dirundung pukulan emosi apabila anak angkatnya, Bulat, hilang secara tiba-tiba. Dunia yang bercahaya mendadak gelap buat Mat Lela. Bulat yang muncul secara tidak diduga seakan anugerah Tuhan kepadanya buat mengubati kekecewaan batin. Kita maklum tujuan watak pelik ini membina patung-patung menyerupai alat kelamin lelaki bukan tanpa bersebab. Siapakah Mat Lela dan siapakah Bulat? Latar belakang kedua-dua watak ini menjadi bulatan misteri kepada saya. Melalui mata pena pengarangnya sendiri, kita didedahkan keanehan sikap yang dimiliki oleh Mat Lela pada halaman 20. Sesudah itu, sebaik sahaja Bulat dibesarkan oleh ibu dan bapa angkatnya, Johari dan Permai, keutamaan Mat Lela ghaib di balik muka surat seterusnya. Dunia Mat Lela yang tidak tersingkap dan kemelut jiwa Bulat serta konflik watak-watak sampingan, menyendengkan ceritanya dekat kepada pengisahan tipikal karya kreatif silam. Saya suka pelukisan karakter Mat Lela yang amat relevan dengan jiwa revolusioner anak muda masa kini. Sekiranya anda dan beberapa kawan anda berambut panjang ketika ini, label negatifnya masih kekal sebagai kumpulan minoriti dalam sesuatu masyarakat di sini. Mat Lela mencirikan pemberontakan jiwa seseorang individu yang ingin lari daripada kebiasaan. Bahawa lelaki bernama Mat Lela ialah seorang gila kerana membuat rumah-rumah kecil dan bangku di dalam sebuah hutan. Berambut panjang tanpa janggut dan misai, suka merayau-rayau, memilih untuk menyendiri dan gemar membersihkan halaman masjid namun tidak pernah mendirikan solat di dalam masjid yang dibersihkannya. Apakah maksudnya? Saya belum mengerti kiasan sepelik ini sebagai sindiran kemasyarakatan. Namun rupa-rupanya mesej yang barangkali cuba disampaikan oleh pengarang merujuk kepada sebersih mana iman manusia yang rajin menunaikan ibadat? Saya harap maksudnya lebih daripada itu. Bahkan dibina patung-patung menyerupai organ seks lelaki secara sengaja dan menolak wang kertas yang dianggap pembawa bencana. Bahagian inilah yang paling subversif dan lancang. Masyarakat sekitar menggeleng-gelengkan kepala, sahlah bahawa Mat Lela itu seorang yang kurang siuman. Mat Lela tidak peduli, memang seharusnya dia berjiwa individualistik untuk menzahirkan perbezaan dirinya dengan orang-orang di sekitar. Mat Lela menukarkan duit kertasnya kepada budak-budak untuk digantikan dengan duit-duit syiling. Saya berasa tersinggung apabila harus mengutip dialog yang cerdas diungkap oleh seorang lelaki dianggap tidak waras itu; “Itu duit-duit not yang kompeni buat akan menyebabkan banyak orang hilang akal langsung jadi gila – berkelahi di antara satu dengan yang lain adik-beradik, sekampung dan seagama.” (halaman 14, Anak Mat Lela Gila). Ishak Haji Muhammad, kita sedia maklum, berjiwa nasional dan ini mengangkat wawasan cerita-ceritanya melangkaui zaman dengan memunculkan dialog-dialog bergeliga ke dalam karya-karya kreatif. Menakjubkan. Novel ini selain mengangkut pengembaraan Bulat melintasi beberapa negeri dan kisah-kisah yang pelik yang dialaminya, ia juga menyedarkan kita betapa kehancuran iman manusia sering berpunca dari dalam jiwa yang kumuh. Betapa indah dan bersih penampilan luaran seseorang, ia bukan penanda aras keluhuran dalaman. Lihat grafik perubahan hati setiap watak-wataknya kecuali Bulat yang diberi imuniti dan keistimewaan pengarangnya. Kejujuran paparan sikap manusia sebegini dalam karya kreatif sukar ditemui sekarang. Bahkan Tuan Haji Osman, seorang yang terpandang, turut tersungkur tatkala berhadapan dengan longgokan material di depannya. Atas alasan apa kita menafikan kebenaran yang ditamsilkan oleh pengarang unik itu ketika ini? Dan isu-isu sedemikian menolak perhatian pembaca untuk menelusuri kisah sedih yang ditanggung oleh ibu bapa kandung Bulat. Mengapa dia ditinggalkan sendirian di sebuah tempat asing oleh ibu kandung? Apakah yang mendorong perbuatan ibunya? Sedih benar kisah percintaan ibu dan bapa Bulat. Sebelum Bulat yang masih hijau akan mainan tipu daya dunia mengembara jauh membawa untung nasib, pengarang membabarkan kepada pembaca akan terminologi gila menurut pemahamannya dalam bab pengenalan. Ini penting, kerana individu yang pertama kali menemui Bulat merupakan lelaki yang berperwatakan ganjil dan aneh menurut tanggapan orang-orang di sekeliling. Dia ialah Mat Lela yang lebih dikenali sebagai Lela Gila. Di bawah perhatian dialah, Bulat dipelihara, memberi perlindungan dan meneruskan hayat hidup Bulat di dalam sebuah pondok kecil ciptaan Mat Lela. Aneh, bagaimana individu berjiwa penyayang ini dianggap gila oleh masyarakat sekeliling? Keanehan seseorang itu bermula apabila perspektif atau sudut pandang yang berbeza antara individu dengan pemahaman majoriti. Saya semakin suka dengan watak Mat Lela lebih daripada Bulat. Di dalam bab bertajuk, Gila, Pandir dan Sasau, mari kita berkongsi pengertian penyakit mental ini melalui mata pena novelis. Di samping berkisah, dengan campur tangan pengarangnya, beliau seakan-akan melayangkan pandangan dan menurunkan pesanan masyarakat tentang takrifan gila. Demikian, sekali lagi, nadanya mungkin menyebabkan kita terturis perasaan ketika membaca pada masa kini; “Alangkah payahnya hendak menerangkan makna perkataan-perkataan yang di atas ini (Gila, Pandir dan Sasau) teristimewa pada zaman sekarang kerana banyak benar perkara-perkara dan perbuatan-perbuatan yang dikaitkan atau dicantumkan dengan perkataan-perkataan itu seperti dikata, gila perempuan, gila pangkat, gila kebangsaan, gila talak, gila agama, hingga dunia sekarang pun pernah dikata dunia gila? Siapakah yang tidak pandir dan siapakah yang tidak sasau pada zaman kini?” (halaman 7, Anak Mat Lela Gila). Alangkah tepat sindiran itu menyampai ke abad 21. Di mana kita hendak meletak muka? Di balik banjaran Titiwangsa? Kesemua watak yang diangkut di dalam novel ini menanggung beban psikologi masing-masing. Ceritanya bermula dengan beberapa adegan sedih, suram, hitam sebelum dilimpahi cahaya pada bahagian hujung. Sebagai pembaca masa kini, kita tidak mungkin mengharapkan adegan terperinci pergolakan batin setiap wataknya melalui pendekatan psikoanalisis terkini. Harus Bulat berputus asa oleh konflik batin yang tidak termampu ditanggungnya. Hidup tanpa identiti diri bukan suatu perkara yang menenteramkan peribadi. Bermula dengan Mat Lela yang entah mengapa terus diperkenalkan kepada kita sebagai lelaki kurang siuman yang menjaganya seketika. Kemudian kehilangan Bulat, anak angkat yang menjadi sumber kekuatan semangatnya semula, setelah terkandas dalam percintaan yang tidak diperikan oleh pengarangnya, menjadi tamparan kepada jiwanya yang baharu sembuh. Mat Lela meninggal sesudah itu. Kita juga dibawa sebab musabab ibu dan bapa kandung Bulat tiada kemampuan untuk memelihara sebagaimana sepatutnya. Situasi sebegini masih berlaku ketika ini, bahkan kes penjualan bayi berleluasa di beberapa negara. Namun ibu Bulat ada sebab tersendiri. Ragam percintaan dahulu berbeza dengan suasana percintaan pada hari ini. Watak-watak mula bertambah apabila kemunculan Johari, Permai, Siti Johariah, Alang dan seterusnya ibu bapa kandung Bulat sendiri. Di dalam lingkaran yang sempit, novel ini mengisahkan pertautan persaudaraan. Ikatan tradisi yang sukar dipecahkan oleh apa sahaja anasir. Setelah bergembira dan bergurau-senda dengan anak kecil yang ditemui di dalam sebuah rumah kecil binaannya, sudah tentu sungguh berat kepada batin Mat Lela untuk menerima kehilangan insan kesayangan itu. Namun, apa yang sedikit mengecewakan saya ialah motif Mat Lela membina rumah-rumah kecil dan bangku yang menciptakan sebuah taman yang tersorok di balik hutan. Sungguh, saya berasa sedikit ragu-ragu apabila disingkap tujuan pembinaan taman di balik hutan oleh Mat Lela. Harapan saya bahawa pembinaan taman itu sebagai paparan metafora yang lebih besar maknanya, berkecai sebaik sahaja mendengar pengakuan Mat Lela Gila; “Sebenarnya aku jadi gila ini sebab cintaku kepada seorang lain: seorang perempuan yang aku harapkan jadi kongsi hidupku, tetapi orang itu jadi angan-angan sahaja kepada ak kerana ia sudah berpindah jauh. Aku buatkan taman baginya di sini, aku buatkan rumah-rumah ini, aku buat batu-bata itu cuma sebagai angan-angan – seumpama mimpi sahaja dengan harapan moga-moga roh aku dengan roh perempuan itu bercantum di dalam batin.” (halaman 29, Anak Mat Lela Gila) Namun kegusaran saya segera dipulihkan apabila Mat Lela menyatakan tujuan dibinanya batu-bata yang diambil dari tanah liat dari tebing tasik: “Lagi satu tujuan aku membuat batu-bata ialah hendak menunjukkan kepada orang ramai bahawasanya jika usaha, kita boleh menyamai orang-orang atas angin, membuat rumah-rumah dan gedung-gedung batu, membuat wang kertas sendiri dan memerintah negeri sendiri.” (halaman 23-24, Anak Mat Lela Gila). Saya menarik nafas lega mendengar pengakuan daripada Mat Lela. Ia lebih jauh bermakna. Sungguh, Mat Lela memiliki mesej besar yang malangnya gagal difahami masyarakat kerana beranggapan, apalah yang ada dalam fikiran orang gila. Masyarakat kita sehingga kini mudah dicairkan oleh penampilan luaran. Roda cerita melengkung dengan lebih jauh. Sebagai pembaca masa kini, sekali lagi pengarang novel ini menyindir tentang keghairahan manusia-manusia tempatan yang menyalin budaya asing ke dalam kehidupan mereka. Babak ini mengubati kekecewaan sebentar saya akan sifat eksentrik Mat Lela tadi. Pengembaraan Bulat seterusnya ialah ke tanah tinggi Cameron Highland bersama-sama sepasang lelaki dan perempuan, yang tidak diberitahu sama ada kedua-duanya sudah bergelar suami isteri atau belum. Babak ini berlaku betul-betul di pertengahan novel ini. Setelah kehadiran Bulat tidak diperlukan oleh Johari yang berkahwin buat kali kedua dengan seorang wanita bernama Siti Johariah yang ditemuinya di Kelantan. Perkahwinan kali kedua itu hanya memerangkap Johari yang menjadi mangsa keburukan hati isteri baharunya. Bulat dihalau oleh kehendak Siti Johariah. Pandangan mata Bulat berkelip kebasahan mengenang keanehan-keanehan yang dilaluinya. Ada apa dengan manusia-manusia dewasa? Bulat mengikut sahaja ke mana akan dibawa oleh pasangan muda yang berminat mengupahnya bekerja sebagai budak suruhan. Melihatkan keganjilan perilaku dan pemakaian kedua-dua tuannya itu, bertambah peliklah Bulat akan fenomena dunia baharu yang ditempuhinya. Melalui mata kanak-kanak, Bulat menyuarakan rasa kehairanan - “Ia belum pernah melihat perempuan Melayu pakai seluar mandi yang singkat hingga nampak pangkal paha, tetapi perempuan muda yang hendak membawa akan dia ke Cameron Highland jadi tukang cuci kereta itu begitulah pakaiannya pagi dan petang apabila turun mandi bersama-sama dengan suaminya. Rambut perempuan itu pendek kerinting seperti rambut orang jantan.” (halaman 95, Anak Mat Lela Gila) Pada bahagian-bahagian sebelum halaman novel ini menipis, Bulat meniti saat-saat manisnya bergelar sebagai penyanyi. Liku-liku bergerigi yang menyeksa perjalanan awal hidup menjadi pengalaman mematangkan Bulat. Jika novel ini diadaptasikan ke dalam medium filem, saya fikir tidak menjadi kesukaran kepada pengarah untuk menzahirkan kisahnya. Garis permulaan kisah yang rencam dengan kepayahan, disudahi dengan tangisan kegembiraan di dalam dakapan seorang penyanyi wanita tersohor bernama Elis Sakti iaitu ibu sebenarnya. Kemudian baharulah bapanya Alang Sukarti dipertemukan, lalu menyimpul ikatan sebuah perjalanan hidup Bulat. Tirai pementasan cerita dirapatkan dan lampu dipadamkan perlahan-lahan dengan iringan senyuman Bulat tinggal menjadi ingatan di skrin. Ini pementasan besar kehidupan sosial. Novel nipis sederhana dan ringkas ini, sebenarnya menyirat pelbagai maksud lapisan. Dalam kesederhanaan bentuknya, pengarang melukiskan rakaman sosial perjalanan magis Bulat berselisih dengan pelbagai keanehan dalam hidup seawal usia remaja. Jika pembaca menganggap bahawa novel ini sekadar separuh dongeng, apabila watak utama mendapat perkhabaran dari mimpi serta kesaktian buluh perindu, maka haruslah ia menepati istilah karya fiksyen yang datang dari alam persuratan Melayu. Sebuah dunia Timur yang menawarkan pelbagai elemen artistik luar biasa. Suatu kebanggaan naratif klasik yang harus diraikan. Pengarangnya secara bersahaja menaburkan titik-titik hitam di dalam kehidupan masyarakat dan menegur kealpaan yang berlaku dan masih berlaku sehingga ke hari ini. Mengapa dipilihnya Bulat sebagai watak utama? Mengapa didedahkan kepincangan rumah tangga? Mengapa disindirnya bolak-balik hati seorang yang luarannya berimej warak? Pengarangnya bukan semata-mata berkisah. Sasterawan rakyat yang mendahului zaman. Tanpa kelihatan mengajar pembaca, novel yang ditulis daripada salah seorang tokoh pemikir bangsa ini, masih mempersoalkan isu-isu sosial yang masih berdenyut ketika ini. Hidup di dunia masa lalu dan masa kini sama kompleks dan rencamnya. Sebelum saya menyudahkan ulasan panjang lebar ini, saya kutip kembali dialog daripada Bulat. Dialog yang menggugah itu tercetus ketika Bulat harus berkelana sekali lagi di dalam hutan negeri Pahang. Dialog yang masih terngiang-ngiang di telinga saya. Selama dua tahun Bulat mengikuti Alang berguru kepada alam semula jadi, timbul kemusykilan di dalam fikiran mudanya. Apa sebenarnya yang berlaku dalam kehidupan di luar sana? Dengan seribu persoalan yang bermain dalam kepalanya, Bulat melontarkan soalan kepada Alang malahan kepada kita yang hidup pada masa kini. Dengar baik-baik; “Apakah sebabnya kaum Sakai dan juga kaum Melayu dalam Tanah Semenanjung ini miskin dan hidup merana, hina, dan diperhambakan orang? (halaman 114, Anak Mat Lela Gila).
Published on May 12, 2013 04:10
May 8, 2013
menunggu buku
"the most important thing to me is to write novel that have joy and surprises. if i can do that - if i can do it well, perhaps the reader too will be given the chance to read a novel that has joy and surprises." Haruki Murakami.
suatu malam saya menunjukkan cerita yang sudah siap untuk dibaca oleh isteri. sementara menunggu isteri selesai membaca dan sudah tentu menunggu komen serta kritikannya, saya menonton siaran langsung bolasepak dengan jayanya. beberapa minit kemudian, air muka saya berubah, apabila isteri menyatakan bahawa cerita yang selesai dibacanya kurang menyeronokkan. saya menerima komen dan pandangannya seperti selalu dan membaiki semula agar apabila siap nantinya, cerita itu seronok dibaca. elemen keseronokkan itu penting kepada saya. jika sebuah tulisan yang menyampaikan muatan pemikiran hebat namun tidak seronok untuk dibaca, ia bukan sesuatu yang menggembirakan hati penulis.
di gerai ITBM, saya berkesempatan melihat wajah pembeli buku saya. suatu ketika dahulu saya bertanya kepada isteri, siapa sahaja yang membeli buku saya? isteri saya terdiam, tidak pasti untuk meneka. apakah latar pendidikan mereka? apakah mereka berusia sekurang-kurangnya 30 tahun ke atas? saya tersilap besar. tiga orang pembeli buku saya tampaknya masih muda belia. malahan menuntut di universiti tempatan dan ini tidak dijangka saya sama sekali. salah seorang daripada mereka, mahasiswi universiti tempatan, menyatakan membaca buku saya ketika berada di dalam bas dan berasa suka dengan cerita-ceritanya. ini benar-benar menggamamkan saya. saya sedar diri, nama saya belum mampu mengumpul peminat.
setelah bersembang dengan penulis Marsli NO sambil duduk bersila di tengah-tengah laluan gerai ITBM, saya bertemu dengan seorang pemilik kedai buku dari Indonesia. nama lelaki yang bertubuh tegap itu, berdasarkan pada kad perniagaan yang diberikannya kepada saya, tertera Ir. Azmi. saya berbual-bual seketika dengan beliau tentang fenomena industri buku antara Malaysia dan Indonesia. bahkan beliau menyatakan buku saya, Selamat Datang Ke Malaywood turut dijual di kedai bukunya di Indonesia. dan ini menyebabkan saya melapazkan "sungkan jadinya." memandangkan keramahan pemilik kedai buku itu, tanpa segan silu saya ingin menempah buku-buku sastera dunia terjemahan untuk dibawa ke Malaysia. saya berharap beliau tidak lupa juga membawa buku-buku sastera dari Indonesia.
Ainunl Muaiyanah, editor dari rumah penerbitan ITBM, awal-awal lagi mengkhabarkan bahawa beliau akan memulakan kedai buku. diberi nama kedai buku, Daud Buku. melalui beliau juga saya diberitahu lokasi perniagaan kedai bukunya di Armcop Mall, sama tingkat dengan kedai buku Popular. sudah tentu saya bergembira apabila kewujudan lebih banyak kedai buku dibukakan. saban tahun saya berharap agar rumah penerbitan terkenal dari Indonesia, Gramedia, turut terlibat dalam Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. buku yang bagus dan berkualiti sangat aneh dan magis kerana isi kandungannya tidak memilih sempadan negara.
ketika ini, ketika dinding facebook disarati oleh status berunsur politik pasca PRU13, saya duduk diam menulis. sesekali saya membaca fenomena pasca PRU13 dan berasa gusar dengan apa yang dilakukan oleh media arus utama kebangsaan. berasa segan kerana tidak tampil melibatkan diri denganm polemik di laman sosial, saya mahu fokus kepada projek penulisan buku cerpen seterusnya. projek ini mesti disiapkan dalam tahun ini juga. tanpa fokus dan kerja keras, bakat tidak bermakna - demikian pesan Haruki Murakami sekali lagi. saya juga, ketika ini, duduk diam menunggu buku terbaharu yang, insya-Allah bakal diterbitkan.

Published on May 08, 2013 01:40
April 4, 2013
baldi
baldi. demikian tajuk cerpen terbaharu saya untuk tahun ini. terbit dalam majalah Dewan Sastera isu April. majalah Dewan Sastera kini berwarna-warni. sejak isu bulan Mac, jika tidak silap. sangat cantik. rugi jika tidak membelinya. jika bukan kita yang menyokong majalah sastera sendiri, siapa lagi? semua peminat sastera mahukan majalah tersebut merakyat. dibaca oleh semua lapisan masyarakat. boleh dibeli di mana-mana kedai selain di kedai buku DBP. dan tidak malu ketika membeleknya di dalam monorel.
baldi merupakan antara cerpen saya untuk projek menulis cerpen 10 muka surat. menulis cerpen sehingga 30 halaman tidak susah. menulis cerpen 1 halaman itu yang perit. antara cepen sepanjang 10 muka surat yang tersiar di media dalam tahun ini termasuk, kasut dan bas seluloid yang terbit dalam akhbar Utusan Borneo. sementara cerpen kerusi terbit dalam akhbar Mingguan Malaysia pada 6 Januari. ada empat buah cerpen sudah siap dan dikirim ke penerbitan. dan kesemuanya berhalaman 10 muka surat. ini percubaan saya memadatkan prosa. hidup ini singkat, maka, bereksperimen dengan pelbagai bentuk penulisan, siapa tahu, akan sedikit sebanyak mengurangkan kebosanan hidup.

Published on April 04, 2013 09:23
March 30, 2013
realiti
"most of my stories are not realistic because i am very much interested in the subjective experience or reality. i dont want to write stories that are factually true, but that are fundamentally true. i am much more intersted in potraying an emotional situation than in a correct ontology of the world."
di atas itu, Etgar Keret yang menjawab soalan daripada wartawan laman Words Without Bordes.
mengharapkan yang manis-manis daripada si pengkritik adalah kesilapan besar buat penulis. jika penulis tidak dapat menerima kritikan ke atas karyanya, dari sudut mana lagi dapat dia memandang kelemahan karyanya? kawan-kawan hanya akan memuji dan ia tidak dapat membuka kekurangan si penulis itu untuk kelihatan. dan kawan-kawan, kebiasaannya sangat takut untuk berjujur menyatakan kelemahan karya si penulis. dengan teguran si pengkritik, penulis akan tersedar betapa kerja penulisannya masih amatur. bukankah si penulis sepatutnya berasa berterima kasih kepada si pengkritik? saya sendiri tidak sanggup lagi mengulas buku-buku yang dihasilkan oleh penulis kenalan. silap-silap dinyahkawan dalam laman sosial.
isteri saya berpesan: maka, jangan ego. terima komen dan kritikan daripada orang lain. lihat dari sudut positif.
kematangan menulis tidak dapat dilakukan dalam masa sehari. kecuali jika anda memang genius. namun genius hanya lahir dari latihan demi latihan. jadi, bagimana hendak memajukan penulisan? salah satu caranya, ialah menerima teguran daripada si pengkritik. siapa tahu, akan muncul karya yang lebih mantap sesudah itu?
saya menulis hal di atas kerana, pada hari ini, di Kuching, buku Selamat Datang Ke Malaywood telah pun dibicarakan oleh SM Zakir dan seorang Profesor yang amat arif menjaga bahasa. saya tidak mengharapkan sesuatu yang manis-manis daripada kupasan dua orang tokoh tersebut. malahan saya ingin mempelajari sesuatu daripada kertas kerja yang dibicarakan oleh kedua-duanya. dari situlah saya belajar melihat kelemahan karya sendiri. sangat menyedihkan sekiranya si penulis menerima kritikan ke atas karya secara emosional kerana kelemahan yang terdapat pada karyanya.
sungguhlah benar kata profesor yang menilai buku Selamat Datang Ke Malaywood itu. cerita-cerita yang terdapat dalam buku tersebut tidak dapat dijadikan peralatan seni buat mendidik masyarakat/pembaca. malahan cerita-cerita di dalam buku Selamat Datang Ke Malaywood dianggap sebagai - karya seni. seni untuk seni. beliau benar. dan saya memang tidak berminat menulis untuk mendidik pembaca. pandangan jujur profesor itu tidak mengejutkan saya. sesiapa pun sahaja akan menolak cerita-cerita di dalam buku kumpulan cerpen kedua saya itu untuk dijadikan subjek sastera di sekolah. sangatlah tidak sesuai. kesalahan bahasa saya di dalam buku tersebut ditegur dan diberi beberapa komen untuk mengingatkan saya agak lebih sensitif dalam beberapa aspek. jika buku itu tidak dinilai oleh seorang profesor yang arif tentang bahasa, siapakah yang akan muncul untuk memaklumkan kepada saya akan hal tersebut?
sementara SM Zakir melihat Selamat Datang Ke Malaywood dari sudut sastera pascamoden. sebagai cerpenis terpenting muktahir, SM Zakir menyifatkan cerpen-cerpen yang terkandung di dalam buku tersebut, sebagai pemberontakan seni. suatu perlawanan sastera. pandangan SM Zakir itu juga tidaklah mengejutkan saya. hal sebegitu pernah dibangkitkan oleh beliau semasa berborak buku di KL Sentral beberapa bulan lalu. sebagai penulis yang ingin melarikan diri daripada gaya konvensional semasa, sudah tentu saya lebih cenderung menulis dari dalam dunia saya sendiri. dari zaman kecil saya memang suka berkhayal dan termenung sendirian. haha! contoh karya yang menjadi pilihan sudah tentu yang membawa teknik sureal dan realisme magis. teknik sebegini bukan baharu. saya baharu mengenali nama seorang penulis Jepun. Meiko Kanai, namanya. dia menghasilkan buku kumpulan cerpen bertajuk The Word Book.
mengapakah seseorang menyukai penulisan aliran sedemikian rupa? setiap penulis ada alasan peribadinya. tidak terkecuali saya.

Published on March 30, 2013 02:23
March 16, 2013
art for grabs

buku kumpulan sajak Seksi Ovari tulisan Fazleena Hishamudin, menurut khabar Sufian Abas, penerbit untuk buku tersebut, sedang laku keras. kumpulan sajak sangat sukar dijual, demikian yang sering dirungut penerbit. zaman sajak sudah berlalu? sekarang zamannya untuk bercerita? jika anda ingin menulis dan berhasrat membawa buku anda ke generasi baharu, idea Sufian Abas dan kawan-kawannya sangat berbaloi.
Published on March 16, 2013 19:58
March 3, 2013
bas seluloid
hari ini, 4 Mac, cerpen saya bertajuk Bas Seluloid, disiarkan di dalam akhbar Utusan Borneo.
saya pernah berbual-bual dengan rakan penulis, jika ingin segera terkenal atau ingin dilihat sebagai penulis berkualiti (baca tersohor) menulislah di media kebangsaan. saya tidak percaya sama sekali. siapa penulis Malaysia yang pernah mengirim cerpen atau sajak ke majalah seperti New Yorker lalu diterbitkan sehingga kini? jika ada, saya ingin tahu.
Penyair Abizai, yang sangat dihormati kerana perhatian tingginya ke atas bidang sajak, memaklumkan berita ini melalui kiriman sms. orang yang benar-benar datang ke KL untuk membeli buku ialah dia. ramai yang datang ke KL untuk melancong ke Jalan TAR dan pulang dengan bagasi sarat dari pusat membeli-belah.
perkara yang paling asas apabila seseorang itu untuk menjadi penulis, beli sebanyak-banyaknya buku. saya dinasihati sedemikian oleh ramai tokokh hebat dalam bidang penulisan. saya sangat malu kepada mereka yang banyak membaca sedangkan saya tidak. sebaliknya saya tidak malu mengaku bahawa akademik saya setakat SPM.
jika membeli sebuah buku pun masih berkira-kira, bagaimana hendak menulis sesebuah karya? ramai yang tidak berminat membeli buku tetapi ingin mengaku dirinya sebagai penulis malah tidak segan-segan menganggap diri sudah sasterawan. ramai yang rajin menghadiri perhimpunan bersama-sama penulis dan mengambil gambar kemudian diletakkan di dalam facebook. bersuka-suka di dalam lingkungan kesusasteraan tetapi tidak luas membaca serta lokek mengeluarkan duit membeli buku. untuk apa perhimpunan sebegini sebenarnya?
cikgu sastera saya ketika di Tingkatan 4, Puan Ratnawati Jamil, pernah memberitahu bahawa seseorang yang berminat untuk menjadi penulis, HARUS menggunakan nama sendiri. tujuannya? agar mudah dikenali. setelah mula menulis beberapa cerita dan sajak, baharulah saya mengerti saranan yang diberitahu cikgu sastera saya itu. bayaran honorarium tidak mungkin dibayar melalui nama samaran. etika profesionalisme lebih mustahak. menggunakan nama sendiri mencerminkan keyakinan dan keberanian seseorang penulis. syarat utama untuk menjadi penulis, gunakan nama sendiri. jika segan atau kurang yakin, bergembiralah dengan nama samaran masing-masing.
sehingga ke hari ini, saya berdoa agar kes di Lahad Datu diselesaikan. tidak menulis isu ini di laman sosial bukan bermakna saya menghindari diri. saya cuba mewaraskan diri dengan membaca dari pelbagai sumber tulisan. membaca pandangan dari kedua-dua belah pihak. agar tidak dimanipulasikan secara sedar dan tidak sedar. tidak semestinya kecenderungan politik mesti dipamerkan secara terbuka. pada zaman di mana manusia mengaku bertamadun, peperangan sesama Muslim hanya akan ditertawa oleh negara-negara asing.

Published on March 03, 2013 19:55
February 24, 2013
akan dibincang
sempena Perhimpunan Karyawan Sarawak pada hujung bulan Mac nanti, dikhabarkan bahawa buku Selamat Datang Ke Malaywood akan dibincangkan oleh seorang tokoh bergelar Prof. semoga menjadi nyata perkhabaran itu. dan selamat menikmati cerpen-cerpen eksperimental, Prof.
saya sendiri tidak memiliki buku Selamat Datang Ke Malaywood. di atas meja, ditimbuni buku-buku tulisan orang lain. pernah ada. diberi 10 naskhah oleh penerbitnya ITBNM. kemudian saya memberi kesemuanya kepada beberapa saudara terdekat.
saya sedar, sudah tentu mereka mengalami "kesukaran" mengikuti cerpen-cerpen tulisan saya di dalam buku tersebut. saya menyerahkan begitu sahaja kepada mereka. di Sarawak, saya berkawan dengan mereka yang tidak tahu apa-apa tentang sastera termasuk juga di Semenanjung. mereka kawan lama saya. teman bersembang ketika minum teh di mamak sekitar Selayang Mall di Selangor dan bangku di Tebingan Sungai Kuching, Sarawak. duduk melepak macam orang tiada masa depan. mereka lebih mengenali lagu-lagu Pearl Jam berbanding sajak-sajak Datok Baha Zain, misalnya. jika dapat diputar semula, saya ingin menulis dengan pendekatan mudah difahami. semoga mereka menikmati cerita-cerita yang saya tulis. cerita cinta, kalau boleh.
saya tidak tahu sama ada buku saya itu dibaca oleh para penulis di Sarawak. kecuali Rosani Hiplee, penyair Sarawak, yang sudah tentu orang pertama akan saya beri secara percuma buku tersebut. ini kerana, dialah orang yang bertanggungjawab mula-mula menyusun atur kandungan buku tersebut sebelum dikirim ke penerbitan, yang kemudiannya, ditolak. manuskrip bertajuk Sememnanjung Borneo itu sebaliknya diterbit oleh ITBNM dengan tajuk, yang tidak kalah menariknya, Selamat Datang Ke Malaywood.
sempena Perhimpunan Karyawan Sarawak juga nantinya, saya berharap agar Selamat Datang Ke Malaywood di Sarawak menemui para pembaca. terutamanya dari generasi baharunya. saya menulis untuk mereka. saya mencabar mereka dengan membentangkan naratif Selamat Datang Ke Malaywood. agar suatu masa nanti, mereka akan menulis dengan lebih bagus daripada apa yang mampu saya tulis di dalam Selamat Datang Ke Malaywood. gaya penulisan saya mungkin sudah ketinggalan zaman.
saya berterima kasih kepada mereka yang bermurah hati mengulas buku tersebut di Goodreads. kesemua mereka yang mengulas buku tersebut tidak dikenal secara akrab. saya sedar diri. kadang-kadang ulasan mereka agak memuji sedangkan hakikatnya, terdapat beberapa kelemahan saya sebagai penulisnya. mungkin sahaja naratif yang saya terapkan agak menyukarkan sebahagian pembaca. saya sedang cuba menjadi penulis eksperimental. dan demikianlah yang berlaku pada struktur penulisan saya. masih amatur.
eksperimental? kedengarannya sangat moden dan unik. tidak. kepada saya ia hanya label. bagus atau tidak, tiada kena-mengena dengan istilah. matang atau separuh, ditentukan oleh kerja penulisan. Pramoedya Ananta Toer bukan penulis eksperimental. dia kekal sebagai sasterawan besar dari Asia Tenggara kerana keberkesanan gaya penulisan realismenya. manakala SN Shahnon Ahmad merupakan penulis eksperimental Malaysia yang saya anggap hero. demikian juga SN Anwar Ridhwan.

Published on February 24, 2013 04:46
February 18, 2013
percuma.
"terlalu ramai antara kita
memenangkan orang besar dan kesilapannya
terlalu sedikit antara kita
membela orang kecil dan kearifannya."
- Malam Terakhir Nadim, Raihani Mond. Saaid.
menjadi seniman tidak bermaksud segala kerjanya percuma. saya pernah melihat slogan ini bertebaran di laman sosial. kata-kata itu menyebabkan saya termenung seketika. apa maksud slogan ini? siapakah mereka? mereka yang asing dengan pemikiran golongan seniman beranggap slogan sebegini hanyalah lelucon. atau bertujuan memperlekehkan golongan seniman.
malangnya seniman sering ditafsirkan sebagai komuniti minoriti. penampilan mereka yang aneh menjadi cemuhan para kapitalis. sering melanggar arus dan cenderung berfikir di luar kebiasaan. bukan keperluan kerajaan untuk memahami suara mereka. maka, kerja seniman yang unconventional sering dianggap percuma. sebagai hiburan iringan. demikian pandangan stereotaip ini masih berlaku dan dibiarkan terus berlaku. seniman tidak semahir tukang paip yang perlu dibayar atas perkhidmatannya. seniman tidak makan nasi seperti manusia lain.
saya sedar subjeks ini sudah pun klise. saudara Zaen Kasturi pernah menulis hal ini dengan mata pena yang lebih tajam di halaman belakang majalah Dewan Sastera. berpuluh tahun sudah berlalu.
kononnya seniman tidak perlu menerima apa-apa bayaran sekiranya disuruh melukis mural di dinding bangunan sekolah. akal genius mereka cukup sekadar diberi ucapan terima kasih. seniman akan tersenyum puas melihat karya mereka terbit di akhbar. itu semua kerja seni. dan kerja seni sering ditafsir tidak mendatangkan keuntungan secara praktikal kepada kehidupan. jika dibayar pun, memadailah seringgit dua untuk sajak dan cerpen. cukup untuk minum petang di mamak. tidak mendatangkan masalah negara sekirannya golongan seniman terencat menghasilkan karya kerana hambatan dana.
tanpa sentuhan seniman, tidak mungkin terhasil sinematografi yang memukau di dalam filem. tanpa imaginasi seniman, tidak terucap lirik kata untuk lagu malar segar di radio. tanpa seniman, bagaimana tersusun diksi untuk mengingati siapa pencipta dunia untuk sebuah sajak kerohanian. sayangnya jasa golongan seniman tidak dapat diukur berdasarkan tenaga otot. dan dunia memerlukan orang-orang yang bijak berkata-kata untuk naik di atas.
pendek kata, kerja seniman tidak sepenting kerja pencuci bangunan atau pembantu jualan di pasar raya. maka, apa perlu dibayar segala bakat dan kecerdasan kreatif mereka? tangki kereta seniman tidak menggunkan minyak tapi air paip. ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada seniman. memadailah.

Published on February 18, 2013 23:14
Roslan Jomel's Blog
- Roslan Jomel's profile
- 25 followers
Roslan Jomel isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.