baldi

baldi. demikian tajuk cerpen terbaharu saya untuk tahun ini. terbit dalam majalah Dewan Sastera isu April. majalah Dewan Sastera kini berwarna-warni. sejak isu bulan Mac, jika tidak silap. sangat cantik. rugi jika tidak membelinya. jika bukan kita yang menyokong majalah sastera sendiri, siapa lagi? semua peminat sastera mahukan majalah tersebut merakyat. dibaca oleh semua lapisan masyarakat. boleh dibeli di mana-mana kedai selain di kedai buku DBP. dan tidak malu ketika membeleknya di dalam monorel.

baldi merupakan antara cerpen saya untuk projek menulis cerpen 10 muka surat. menulis cerpen sehingga 30 halaman tidak susah. menulis cerpen 1 halaman itu yang perit. antara cepen sepanjang 10 muka surat yang tersiar di media dalam tahun ini termasuk, kasut dan bas seluloid yang terbit dalam akhbar Utusan Borneo. sementara cerpen kerusi terbit dalam akhbar Mingguan Malaysia pada 6 Januari. ada empat buah cerpen sudah siap dan dikirim ke penerbitan. dan kesemuanya berhalaman 10 muka surat. ini percubaan saya memadatkan prosa. hidup ini singkat, maka, bereksperimen dengan pelbagai bentuk penulisan, siapa tahu, akan sedikit sebanyak mengurangkan kebosanan hidup.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 04, 2013 09:23
No comments have been added yet.


Roslan Jomel's Blog

Roslan Jomel
Roslan Jomel isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Roslan Jomel's blog with rss.