dari manakah datangnya pancaran?
"Baiklah, katakan saya seorang pengarang novel. Adakah ini bermakna karya sastera yang tidak memuatkan perbahasan dan wacana agama tidak berilmu?" Bastian menyoal demikian ketika berbalas bicara dengan Dr. Ali Taqi di halaman 145. soalan itu, saya fikir, pasti akan ditanya jika sesiapa (pembaca mahupun penulis) berkesempatan bersemuka dengan pengarang novel Perempuan Nan Bercinta sendiri, Faisal Tehrani.
begini, saya berasakan inilah kali pertama saya menconteng-contengkan muka surat buku. suatu perbuatan yang, pada mulanya hanya mencacatkan pemandangan sesebuah buku. mengapa tidak? kepada saya, sesebuah buku yang mencabar akal fikiran dan penting, sewajarnya dihormati. sebaliknya saya tidak dapat membendung untuk menggaris, membulatkan beberapa perenggan, menulis keterangan dan seterusnya membuat rujukan tentang apa yang tertulis dari buku yang dibaca.
saya teringatkan bahawa SN A. Samad Said pernah melakukan rutin sedemikian ke atas buku-buku bacaan beliau. harga buku berkualiti semakin mahal di pasaran. dan ia dibeli bukan sekadar untuk dibaca, tetapi untuk disimpan sehingga ke generasi berikutnya. dan saya seorang pembaca yang tidak akan mudah berpuas hati dengan hanya membaca sekali sahaja. buku yang berusaha untuk berbeza kandungan penulisannya, bakal mengheret pembacanya untuk dipaksa membaca secara berulang-ulang. akal dilebarkan oleh kunci persoalan buat memahami, memikirkan dan jika berpeluang, menemui sinaran pencerahan di situ.
saya tidak dapat menerima tulisan atau pandangan seseorang tatkala membuat suatu rumusan atau ulasan hanya melalui pembacaan pertama kali. itu kerja simplistik. kata Jorge Luis Borges, membaca selalunya menuntut perhatian yang lebih intelektual berbanding menulis. boleh abaikan pandangan beliau jika kurang bersetuju. namun, dalam kes membaca dengan lebih mendalam novel Perempuan Nan Bercinta tidak dapat tidak, mengerah akal dan kefahaman saya untuk ikut serta dalam beberapa perkara penting yang dibawa oleh pengarangnya, Faisal Tehrani.
mari kita berjujur, Faisal Tehrani sebenarnya telah terlalu jauh melangkah dalam bidang penulisan kreatif kontemporari. Fasial Tehrani memecah sistem penulisan konvensional yang sekadar berlegar tentang penceritaan, plot dan artistik seni. saya mengakui bahawa kerja penulisan saya sebenarnya ketinggalan dan terpencil di belakang. dan Faisal Tehrani tidak kelihatannya terpengaruh dengan aliran penulisan eksperimental avant-garde. saya sendiri tidak berminat dengan nama istilah itu. saya masih mencari jati diri. di samping kejahilan saya dalam hal-hal tinggi berkaitan agama, teologi dan falsafah ilmu menurut Islam yang sesungguhnya. itulah aspek yang harus menyebabkan saya berasa kerdil sebagai peminat kesusasteraan yang kemudiannya turut menulis karya kreatif.
apakah ia naratif yang berlawanan dengan naratif barat? bagaimanakah caranya memasukkan naratif keIslaman di dalam jalur kesusasteraan? apakah peranti dari barat tentang penerokaan watak dan perlukisan psikologi menurut perspektif barat diterapkan dalam karya sastera bernafas Islamik? dan di situlah, Faisal Tehrani mendobrak hukum-hakam penulisan selama ini yang mendominasi media arus utama. siapakah lagi penulis yang berani dan sanggup mencabar kebiasaan gaya penulisan nasional? biarkan dahulu persoalan pro dan kontranya di samping.
saya abaikan ribut yang bertiup kencang ke atas novel ini di luar sana. saya tidak berminat dengan kontroversi yang cuba mengurung novel ini dengan dakwaan penyebaran isu syiahnya. setakat ini, dua pokok yang amat menarik perhatian saya ialah pada bab 9 dan 10. jika pembaca ingin melihat atau mengesan "mesej" yang cuba disisipkan oleh pengarangnya, dua bab itu Fasial Tehrani berusaha untuk mentakrifkan semula makud dan tujuan seseorang menulis. pada perenggan kedua dalam bab 9, Faisal Tehrani menjelaskan wawasan sesebuah karya kreatif yang dimaksudkan kesusasteraan Islam.
"Sejak Hamzah Fansuri, membuat sumbangan terbesar yang diberikan oleh pengarang Islam, zaman klasik mahupun zaman moden kita ialah, mereka telah menentukan cara penulisan sastera Melayu-Islam perlu berbentuk mengajar, memimpin, memberi nasihat dan tamsil ibarat, ini semua sesuai dengan firman Allah yang bermaksud, "Kemukakanlah cerita-cerita semoga mereka berfikir." Itu terkesan pada Surah al-A'raf, ayat 175." demikian terang Dr. Ali Taqi. (halaman 115).
apakah itu ilmu? apakah ia ditemui di makmal sains, misalnya? apakah takrifannya berdasarkan pengertian dan sudut pandang barat? dan bagaimana pula ilmu itu menurut fahaman orang Islam? dalam bab 10, dinyatakan takrifan ilmu, maknanya, falsafah dan fungsinya. dua bab ini sedikit-sebanyak menjadi tunjang metafizik kepada pembinaan novel ini. "Tanpa wahyu, ilmu manusia adalah sangkaan sahaja, bukan begitu?' dialog Dr. Ali Taqi seterusnya dalam bab 11 ketika menghuraikan takrifan ilmu. novel ini apabila dilihat dari punca kontroversinya, barangkali hanya menekankan usaha pengarangnya agar jangan terlupa pada ahlul bait. pengarangnya cuba melakukan kajian. dan kajian sebegini ketara sangat kritikal kerana mempertembungkan antara ahli sunnah waljamaah dan syiah. "Mengapa...mengapa hanya ahlul bait," soal Idora, watak utama dalam novel Perempuan Nan Bercinta. bukan hal percintaan yang mempertegangkan liku-liku perjalanan novel ini, sebaliknya hal-hal yang lebih rumit dan sensitif berkaitan teologi dan pegangan mahzab.
saya hanya sanggup berbicara secara permukaan tentang serba-sedikit hal-hal dari bab 9 dan 10. hal-hal yang lebih rumit dan melibatkan penguasaan ilmu, keagamaan dan kajian sektarian, biarlah individu-individu yang pakar dan bertauliah untuk menanganinya. jadi, apa yang menyebabkan saudara berasa bimbang dengan isi novel ini?

Published on July 22, 2012 20:12
No comments have been added yet.
Roslan Jomel's Blog
- Roslan Jomel's profile
- 25 followers
Roslan Jomel isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.