Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 186
May 24, 2022
Yonnyboii Terkilan Isteri Dikecam Netizen
Penyanyi rap yang sedang mencipta nama persada tanah air, Yonnyboii baru – baru ini tampil membalas tindakan segelintir netizen yang melemparkan kecaman dan kata-kata negatif terhadap isterinya, Nik Nazira .
Yonny merasakan kata – kata hinaan dan kritikan yang dilemparkan oleh netizen sangat keterlaluan sehingga mengguris perasaannya dan isteri yang kini sudah tidak berhijab.
Yang mana pada mulanya , keputusan isteri kepada penyanyi tersebut untuk tidak lagi berhijab sejak Februari lalu sudah mengundang pelbagai reaksi netizen yang kebanyakkannya mengecam tindakan tersebut.
Malah Yonnyboii juga tidak menghalang keputusan isterinya itu dan berharap peminat agar tidak terkejut jika terserempak dengan isterinya Nik Nazira atau nama sebenarnya Nik Nazira Narriman tidak bertudung di tempat awam.
Dia juga mengakui isterinya itu sememangnya tidak bertudung sebelum ini dan masih dalam proses belajar untuk bertudung sepenuhnya selepas menikah dengannya .
Mendapat pelbagai hujatan daripda netizen yang tidak henti – henti memberikan komen negetif selepas perkongsian gambarnya bersama isterinya di Ig milik mereka , Yonny menghantar beberapa “story ig” dengan menghujat para netizen di Malaysia.
“Dunia seperti sudah terbalik. Mereka yang masih ‘couple’ disanjung manakala yang sudah berkahwin pula dihina. Zina memang dapat pahala ke bagaimana?,”
“Adakah hanya ada satu dosa saja yang tertulis dalam Al-Quran iaitu hanya tidak bertudung saja Bagaimana pula golongan yang bermulut celupar, memaki hamun sesama manusia?'”
“Adakah mereka secara automatik terus masuk Syurga? Anda perlu ingat yang dosa sesama manusia, harus meminta maaf.”
Malah menegaskan bahawa dosa antara manusia memerlukan kemaafan daripada empunya diri dan belum tentu diamaafkan jika tanpa keredhaannya selepas hatinya terguris dek kerana tohmohan yang menyakitkan hati.
Yonnyboii juga sempat berterima kasih kepada netizen yang tidak henti mengutuk dan menghina dirinya kerana sanggup bergadai diri hanya untuk mendapatkan dosa.
Nampaknya perkara ini bakal berlanjutan seperti artis lain yang pernah mengalami perkara yang sama , yanag mana netizen tidak henti-henti memberikan nasihat agar memakai tudung kerana ianya wajib bagi seorang wanita.
Namun perkara sebegitu tidak dapat dipaksa kerana setiap manusia mempunyai pilihannya sendiri dan sedia maklum tentang perkara tersebut tetapi masih lagi mahu melakukan perkara tersebut .
Terdahulu, Yonnyboii atau pemilik nama sebenar, Muhammad Nuriman Nor Azin,23, telah mendirikan rumah tangga dengan Nik Nazira pada 20 November tahun lalu selepas sebulan mengikat tali pertunangan.
Mohon Insentif Bantuan Bayi Baru Lahir Sarawak EFS
Berita Baik! Permohonan Endowment Fund Sarawak (EFS) dibuka. Pemberian RM1,000 kepada setiap kelahiran anak Sarawak, dalam bentuk simpanan bermula tahun 2019 tanpa mengira bangsa, agama atau status sosio-ekonomi.
Dana ini adalah bertujuan untuk membantu anak-anak Sarawak sebagai persediaan bagi melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi, memulakan karier atau sebagai modal kecil perniagaan.
Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:
Warganegara Malaysia;Lahir di Sarawak atau di luar Sarawak;Kedua-dua atau salah seorang ibubapa pemegang MyKAD berstatus ‘K’; dan (iv) Permohonan dibuat semasa pendaftaran kelahiran atau dalam tempoh satu (1) tahun selepas kelahiran.Bagi kategori anak angkat:
Kedua-dua atau salah seorang ibu bapa angkat pemegang MyKad berstatus ‘K’; danMempunyai Sijil Pengangkatan Anak yang sah.Baca Juga: Bantuan Kerajaan Sepanjang Tahun 2022
Cara MohonPemohonan boleh dibuat di cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Sarawak dengan membawa borang permohonan EFS yang disertakan dengan dokumen yang lengkap seperti
Salinan sijil lahir bayi yang telah disahkan oleh pegawai JPN,Salinan MyKad ibu atau bapa berstatus ‘K’ yang telah disahkan oleh pegawai JPN atauSalinan cetakan biometrik ibu atau bapa berstatus ‘K’ yang telah disahkan oleh pegawai JPN.Borang EFS yang diisi lengkap >> CIF-01-Account-Opening-Form-for-EFS-programmeSemakan StatusSemakan status permohonan boleh dibuat dalam 14 hari waktu bekerja tertakluk kepada kelengkapan dokumen yang dihantar kepada JPN Negeri Sarawak
Maklumat LanjutHubungi +6082-442050 (Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi hingga 5.30 petang) atau anda juga boleh layari website https://isarawakcare.sarawak.gov.my/
Penularan ‘Monkeypox’ Tidak Sahih
Dakwaan penularan cacar monyet atau dikenali sebagai Monkeypox melibatkan seorang kanak-kanak di Malaysia hangat diperkatakan hari ini adalah tidak sahih.
Semalam tular di media sosial Twitter mengenai satu hantaran foto yang memaparkan seorang kanak-kanak didakwa telah dijangkiti virus Monkeypox ataupun cacar monyet di Malaysia.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan pada Selasa petang mengesahkan belum menerima sebarang notifikasi berhubung penularan virus tersebut.
Baca juga:
Nilai Ringgit Malaysia Kekal Tidak BerubahMiera Liyana Dituduh Jadi Punca Penceraian Suami dan Isteri PertamaPenularan foto tersebut ternyata telah menimbulkan perasaan cemas dalam kalangan netizen dan sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara itu.
Menurut KKM, pihak mereka telah mengesahkan belum menerima sebarang notifikasi berhubung penularan virus tersebut.
Sehingga 24 Mei 2022 jam 5 petang, KKM tidak menerima sebarang notifikasi berkenaan kes yang dijangkiti virus monkeypox atau kes kanak-kanak yang dikatakan dijangkiti virus monkeypox seperti dalam mesej berserta gambar yang ditularkan dalam media sosial.Segera Dapatkan Rawatan:Menurut KKM, waris kanak-kanak tersebut wajar mendapatkan rawatan segera jika benar apa yang didakwa dalam posting tersebut.
“Sekiranya gambar tersebut adalah benar, waris kepada kanak-kanak tersebut dinasihati untuk membawanya ke fasiliti kesihatan kerajaan berdekatan dengan segera untuk menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan.
Henti Sebar Berita Tidak Sahih:KKM juga menasihatkan orang ramai agar tidak menularkan atau menyebarkan berita tidak sahih atau yang belum pasti kerana boleh mencetuskan kebimbangan dalam kalangan rakyat netizen.
“Orang ramai dinasihati supaya tidak menularkan berita yang tidak diketahui kesahihannya, sebaliknya menasihati pesakit atau waris untuk mendapatkan nasihat perubatan terlebih dahulu jika berkaitan penyakit atau lain-lain masalah kesihatan,” ujar KKM lagi.
Sumber: Twitter
Nilai Ringgit Malaysia Kekal Tidak Berubah
Mata wang tempatan disahkan tidak berubah berbanding dolar AS.
Seorang penganalisis berkata bahawa nilai ringgit Malaysia tidak berubah berbanding dolar AS walaupun mesyuarat Kabinet membincangkan isu-isu berkaitan kos sara hidup dan bekalan makanan.
Nilai ringgit Malaysia berada pada paras 4.3870/3915 berbanding dolar AS daripada 4.3870/3910 pada penutup Jumaat lalu.
Baca juga:
Bantuan Kewangan BISTARI Untuk Anak Sabah 2022Mohon Rumah SJKP Mudah Tanpa Slip GajiBincang Jurang Semasa:Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kerajaan sedang berusaha untuk membincangkan jurang semasa dalam isu bekalan makanan.
“Isu-isu mengenai isu makanan semakin menjadi tumpuan dan kerajaan dijangka mengambil langkah untuk menangani jurang semasa itu,” katanya kepada Bernama.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan memberi taklimat kepada Jemaah Menteri mengenai isu-isu ini, termasuk rancangan jangka pendek dan panjang untuk mengatasi masalah berkenaan.
Pembukaan Semula China:Sementara itu, rakan kongsi pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata pertukaran asing Asia akan stabil tidak lama lagi berikutan pembukaan semula China daripada sekatan pergerakan yang berpanjangan, pada 1 Jun.
“Sekiranya China boleh membina semula ekonomi yang selamat dan sihat, maka ringgit akan mengukuh dari semasa ke semasa,” katanya.
Bagaimanapun, peniaga akan turut memerhati dan mengawasi sentimen risiko global terutamanya apabila kebimbangan terhadap pertumbuhan kian meningkat.
“Justeru, ini boleh mengehadkan keuntungan ringgit memandangkan sensitiviti mata wang terhadap eksport,” tambahnya.
Ringgit, bagaimanapun, diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.
Nilai ringgit kekal berbanding dolar AS kepada 3.1845/1883 daripada penutupan Jumaat pada 3.1845/1879, lebih rendah berbanding yen Jepun menjadi 3.4354/4392 daripada 3.4236/4270 dan lemah berbanding pound Britain kepada 5.4934/4990 berbanding 5.4732/4782.
Namun begitu, ringgit menambah nilai berbanding euro kepada 4.6414/6462 daripada 4.6445/6488 pada Jumaat.
Sumber: BERNAMA
Jawatan Kosong Sime Darby Motors – Jom Mohon!
Jawatan Kosong Sime Darby Motors
Anda semua dipelawa untuk memohon jawatan kosong di Sime Darby Motors
Latar BelakangSime Darby Motors ialah salah satu pemain automotif utama di rantau Asia-Pasifik dengan kehadiran di Malaysia, Australia, China, Hong Kong, Macau, New Zealand, Singapura, Thailand, Vietnam dan Taiwan. Kami terlibat secara aktif dalam pelbagai bahagian rantaian nilai seperti pengimportan, pemasangan, pengedaran dan peruncitan.
Bahagian Motors mempunyai hubungan dengan banyak pengeluar kenderaan di seluruh dunia. Bersama-sama rakan kongsi kami, kami berusaha untuk menangani cabaran semasa yang dihadapi oleh industri automotif dan berusaha untuk menyokong dan mempromosikan kemampanan dalam industri.
Baca Juga: Jawatan Kosong SME Bank
Jawatan:1. SALES ADVISOR – PRE-OWNED CARS (TEBRAU)
2. SALES ADVISOR BMW
3. INTERNSHIP
4. EXECUTIVE, FINANCE
5. TECHNICIAN | 8753
6. SENIOR EXECUTIVE, PROCUREMENT | 8751
7. ASSISTANT MANAGER / MANAGER – ASSEMBLY OPERATIONS
8. EXECUTIVE, SERVICE
9. EXECUTIVE, SOURCING
Cara Mohon:Permohonan untuk senarai kerja kosong di atas adalah melalui Jobstreet. Oleh demikian, anda dikehendaki mendaftar terlebih dahulu sebelum memohon.Jika anda sudah mendaftar, boleh memohon jawatan kosong di atas dengan menekan link yang admin sediakan di bawah.Tarikh tutup permohonan : 20 June 2022
Kami doakan anda semua dapat jawatan yang anda inginkan. Amin.
Jawatan Kosong SME Bank – Jawatan Seluruh Malaysia!
Jawatan Kosong SME Bank
Anda semua dipelawa untuk memohon jawatan kosong di SME Bank
Latar BelakangBank kami adalah 100% dimiliki oleh MOF yang beroperasi dengan cawangan di seluruh negara dan kami kini sedang memulakan Transformasi Budaya utama ke arah Organisasi Berprestasi Tinggi. Inisiatif Utama kami didorong oleh pelbagai pelan tindakan untuk mewujudkan PENGLIBATAN tahap tinggi sambil memupuk Nilai Semangat, Komitmen dan Amanah di kalangan Modal Insan organisasi.
Baca Juga: Jawatan Kosong S P Setia Berhad
Jawatan:1. RM INVESTMENT, CEDAR
2. EXECUTIVE / SENIOR EXECUTIVE, RELATIONSHIP MANAGEMENT, KUANTAN ENTERPRISE CENTRE
Cara Mohon:Permohonan untuk senarai kerja kosong di atas adalah melalui Jobstreet. Oleh demikian, anda dikehendaki mendaftar terlebih dahulu sebelum memohon.Jika anda sudah mendaftar, boleh memohon jawatan kosong di atas dengan menekan link yang admin sediakan di bawah.Tarikh tutup permohonan : 10 – 23 June 2022
Kami doakan anda semua dapat jawatan yang anda inginkan. Amin.
Jawatan Kosong S P Setia Berhad – Pelbagai Jawatan Menarik!
Jawatan Kosong S P Setia Berhad
Anda semua dipelawa untuk memohon jawatan kosong di S P Setia Berhad
Latar BelakangS P Setia telah mewujudkan kehadiran jenama yang kukuh di Malaysia dan juga di luar negara, jenama yang sinonim dengan kualiti, kebolehpercayaan dan penciptaan nilai. SP Setia juga berada di barisan hadapan dalam penjenamaan dalam industri hartanah di Malaysia, menjadi perintis dalam mencipta konsep LiveLearnWorkPlay yang terkenal yang ditanda dagangan oleh syarikat serta falsafah ECO dalam semua perkembangan SP Setia, menjadikannya jenama yang dipandang tinggi dalam industri. Produk berkualiti kami serta kepekaan kami terhadap keperluan dan aspirasi pelanggan kami juga telah menyumbang kepada reputasi cemerlang S P Setia sebagai pemaju hartanah.
Baca Juga: Jawatan Kosong Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
Jawatan:1. EXECUTIVE, CUSTOMER RELATIONS
2. SITE SUPERVISOR (CUSTOMER RELATIONS)
3. ENGINEER
4. SENIOR MANAGER, CORPORATE SECRETARIAT
5. EXECUTIVE, SALES & MARKETING
6. MANAGER, FINANCE (BERTAM)
7. SITE SUPERVISOR (CUSTOMER RELATIONS) – BERTAM
8. EXECUTIVE, SALES & EVENT SERVICES
9. EXECUTIVE, SALES & MARKETING – 220060
10. SENIOR MANAGER, GROUP LEGAL – 220118
11. EXECUTIVE, SALES & MARKETING (BERTAM)
12. EXECUTIVE, INTERNAL AUDIT – 220088
13. EXECUTIVE, GROUP ACCOUNTS
14. EXECUTIVE, CONTRACTS ADMINISTRATION – 210309
15. ASSISTANT MANAGER, TALENT ACQUISITION
16. EXECUTIVE, FINANCE
Cara Mohon:Permohonan untuk senarai kerja kosong di atas adalah melalui Jobstreet. Oleh demikian, anda dikehendaki mendaftar terlebih dahulu sebelum memohon.Jika anda sudah mendaftar, boleh memohon jawatan kosong di atas dengan menekan link yang admin sediakan di bawah.Tarikh tutup permohonan : 23 June 2022
Kami doakan anda semua dapat jawatan yang anda inginkan. Amin.
Jawatan Kosong Di Universiti Putra Malaysia (UPM) – Pelbagai Jawatan!
Permohonan Jawatan Kerajaan di Universiti Putra Malaysia (UPM) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (HPUPM):
1. Pegawai Perubatan (Pakar) UD53/55
2. Pegawai Perubatan UD43/47/51
3. Jururawat U29
4. Penolong Pegawai Sains C29
FAKULTI KEJURUTERAAN UPM (FKUPM):
1. Pegawai Akademik
Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : 29 Mei, 02 Jun, 31 Dec 2022Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Universiti Putra Malaysia (UPM).
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
Permohonan dan Borang Disini – HPUPM
Permohonan dan Borang Disini – FKUPM
Jawatan Kosong Di Gas Malaysia Berhad – Mohon Sekarang!
Permohonan Jawatan Kosong di Gas Malaysia Berhad dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. Executive, Stakeholder Management
2. Driver
3. Pengawal Keselamatan
Lokasi : Pelbagai Negeri
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/STPM/SPM/PT3/PMR/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Gas Malaysia Berhad.
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
Jawatan Kosong Di Shopee Mobile Malaysia Sdn Bhd – Pelbagai Negeri Dibuka!
Permohonan Jawatan Swasta di Shopee Mobile Malaysia Sdn Bhd dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. Relationship Management
2. SPX – Warehouse Supervisor
3. SPX – Hub Lead (Last Mile)
4. SPX – Last Mile Fleet Supervisors
Lokasi : Pelbagai Negeri
Sektor : Swasta
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/STPM/SPM/elayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Shopee Mobile Malaysia Sdn Bhd.
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
