Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 279
May 4, 2012
Ayahanda Fickry! Saya Tangisi Pemergian Ini
AYAHANDA FICKRY! SAYA TANGISI PEMERGIAN INI
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)
Aduhai, kesedihan ini meresap ke dalam setiap penjuru nafas. Ia mengalir dalam darah bersama sebak di dada. Airmata memenuhi pandangan. Betapa mengejut dan menusuk kalbu berita kematian Dato Fickry Yaacob, Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf.
Benar-benar saya tidak sangka beliau meninggalkan kami. Lebih dukacita lagi saya berada di UK ketika ini. Tidak sempat untuk mengiringinya buat kali terakhir. Saya masih terbayang senyuman, gurauan dan jenakanya. Hubungan saya dan beliau bagaikan keluarga yang amat rapat.
Demikian setiap kehidupan ada pengakhiran. Setiap kita akan melalui cerita yang sama. Hari ini kita terkejut dengan kisah kematian orang yang kita kasihi. Besok orang juga mungkin terkejut dengan berita kematian kita pula. Demikian kehidupan tidak sunyi dari kematian. Setiap kita menunggu giliran dan alam akan terus berjalan.
Sayyid Qutb sebelum digantung kerana perjuangannya, menulis surat kepada adiknya Aminah Qutb. Beliau antaranya menyebut:
“Matahari terbit, matahari juga tenggelam. Bumi pula beredar mengelilinginya. Kehidupan itu bercambah di sana dan sini. Setiap sesuatu itu terus bertambah. Ini bertambah pada bilangan dan jenis. Ia bertambah dari segi jumlah dan cara. Jika kematian itu dapat berbuat sesuatu, sudah pasti kehidupan (alam) ini terhenti. Namun kematian hanya kekuatan yang kerdil dan halus dibandingkan kehidupan yang besar, merata dan mendasar. Dari kekuatan Allah Yang Maha Hidup, kehidupan itu bercambah dan berkembang. Apabila kita hidup untuk diri kita semata, maka kelihatan kehidupan ini singkat dan kerdil. Ia bermula sejak kita sedar dan berakhir bersama umur kita yang terhad. Adapun, jika kita hidup untuk orang lain, iaitu hidup untuk sesuatu idea maka sesungguhnya kehidupan itu panjang lagi dalam. Ia bermula dari mana bermulanya keinsanan. Ia terus melebar selepas kita meninggalkan muka bumi ini..”
Saya Mula Kenali
Saya mula mengenali Dato Fickry sejak saya masih belajar di UIAM di peringkat Ph.D. kira-kira sebelas tahun yang lalu. Dia belum bergelar Dato masa itu. Di usia saya menuju 30an ketika itu, saya amat muda di bandingkan beliau. Sebaya dengan anaknya. Saya dijemput oleh beliau dan kawan-kawannya di Taman Tun Dr Ismail untuk memberi kuliah bulanan. Beliau bersama kawan-kawan yang lain bertungkus lumus menyiapkan dewan, mengatur kerusi-kerusi dan pelbagai lagi. Sikap rendah diri beliau amat mengkagumkan. Saya selalu teringat baju melayu putih lusuh yang selalu beliau pakai ketika itu. Seorang jutawan dengan segala tawaduknya.
Kuliah bertambah ramai, dewan yang lebih besar terpaksa disewa. Maka beliaulah orang yang banyak menyumbang bukan sahaja tenaga tetapi juga wang ringgit. Hubungan kami makin rapat. Saya makin mengenali beliau dan keluarganya. Sering saya berada di rumahnya apabila ke KL. Beliau juga kadang-kala turun bersama sahabat-sahabat yang lain ataupun keluarganya ke rumah saya di Bukit Mertajam. Beliau agak ‘kukuh’ ‘kekelantanan’nya. Maka kami juga ketika itu sering ke Kelantan untuk makan dan ‘ambil angin’. Hubungan kami amatlah baik. Perkahwinan keluarganya, biasanya saya akan ada bahagian yang terlibat. Demikian kami pernah pergi umrah bersama dan lain-lain.
Sebagai orang media, bahkan ‘taukeh media’ beliaulah yang menampilkan saya dalam media-medianya di peringkat awal. Majalah i antara usaha beliau untuk perkembangan Islam. Demikian Karya Bestari untuk penerbitan buku agama. Pelbagai seminar dan wacana agama beliau usahakan. Debat antara saya dan Astora Jabat di Dewan Bahasa juga, antara hasil usahanya. Saya tidak dapat membilang lagi segala usaha dakwah, bantuan dan pelbagai lagi yang beliau hulurkan kepada pelbagai pihak. Dewan al-Imam Ibn Qayyim di Bukit Mertajam, antara saksi sumbangan beliau. Semoga Allah memberikan beliau pahala yang besar.
Menjadi Mufti
Apabila saya menjadi Mufti Perlis, saya agak sibuk. Hanya sekali-sekali singgah ke rumah beliau. Namun sering menghubungi beliau melalui telefon. Hubungan persahabatan kami terus. Beliau pengimbang saya. Beliau penasihat saya dalam politik. Mungkin ramai tidak tahu, dari segi politik aliran pemikiran beliau ‘tidak berpihak kepada UMNO’. Parti itu tidak mendapat tempat dalam perasaannya disebabkan pengalamannya. Beliau dahulu memiliki Akhbar Watan dan Akhbar Ekslusif. Pengalaman pahitnya dengan UMNO menjadikan beliau serik dan kritis terhadap parti itu.
Namun beliau bukan fanatik pembangkang. Beliau seorang yang agak tajam analisis politiknya. Dalam Akhbar Sinar, beliau memakai nama samaran Dr Aisar Yee. Selama ini, beliau antara perunding penting pandangan politik saya. Saya akan banyak berbincang dengannya. Beliau amat waras dalam politik dan kritis. Walaupun begitu, beliau sering menyebut kepada saya “kena nilai sikit pandangan ana ni, sebab UMNO ini dah terlalu negatif pada ana“. Namun, beliau sebenarnya waras dan sederhana. Apabila ada isu besar, beliau antara orang awal yang saya akan hubungi. Beliau bagi saya, bagaikan ayah dan guru dalam politik.
Apabila Karangkraf menerbitkan Akhbar Sinar Harian, banyak nilai-nilai positif yang beliau suntikkan supaya akhbar itu lebih adil dan seimbang. Ya, saya tahu, Sinar Harian juga sentiasa terancam dari pihak ‘yang mencekam kuasa lesen akhbar’. Juga bukan suara beliau seorang dalam penerbitan itu. Apapun sekurang-kurangnya Sinar Harian lebih baik dari yang lain. Ada ruang untuk pihak lain juga bersuara. Hari ini Sinar bertambah maju. Wacana-wacana yang dianjurkan oleh Sinar Harian telah mengangkat akhbar itu. Pastinya, sikap kritis Dato Hj Fickry Yaacob mempunyai yang besar.
Jemput Ke Rumah Baru
Rumah beliau di Taman Tun Dr Ismail. Apabila beliau membeli satu rumah lagi yang besar di Sg Buloh, beliau menelefon saya memaklumkan kepada saya: ‘Ana baru beli rumah baru di Sg Buloh, ana siapkan bilik khas di tepi swimming pool untuk ustaz apabila datang ke KL’. Saya rasa terharu. Saya terfikir, apakah beliau beritahu saya kerana saya sudah lama tidak bermalam di rumah beliau sejak saya menjadi Mufti dan selepas itu. Ini kerana, sejak saya ‘menjadi sibuk’, biasanya saya akan tinggal di hotel yang disediakan oleh pihak-pihak tertentu apabila berada di KL. Apabila beliau memberitahu saya demikian, saya terfikir apakah sahabat-sahabat lama merasakan saya telah renggang dengan mereka sejak kebelakangan ini.
Alhamdulillah, saya sempat duduk di rumah baru beliau beberapa kali. Kali terakhir semasa kenduri anak perempuannya Alwani. Saya turut menjadi wakil jurucakapnya semasa majlis perkahwinan tersebut. Segalanya indah dan meriah. Anak-anak beliau juga sering singgah ke rumah saya. Malangnya, kenduri anak lelaki beliau Dr Azri saya tidak sempat hadir kerana berada di UK.
Tergamam
Semasa saya pulang ke Malaysia baru-baru ini saya ke rumah beliau. Seperti biasa, menikmati hidangan yang menarik. Dr Maszlee Malik juga turut hadir. Saya simpati beliau uzur, dan kehabisan ‘kuota makan’. Beliau tidak dapat makan seperti dahulu lagi. Dua minggu lepas, anak perempuan yang belajar di Mesir menghubungi saya meminta saya memujuk beliau untuk melawat UK, khususnya Oxford. Minggu lepas beliau tweeted kepada saya gambar makanan beliau di Kelantan. Saya membalas tweetnya bergurau ‘mai la makan nasi ulam kat Oxford’.
Semalam, saya masih lagi membaca tweet beliau. Tiba-tiba hari ini berita kematian beliau diberitahu. Saya tergamam. Saya pulang bersendirian di bilik berdoa dan bersedih atas kehilangan yang besar, seorang insan yang amat baik dengan saya. Saya tahu beliau juga baik dengan ramai orang. Sumbangan wang dan harta kepada dakwah bukannya sedikit. Kasihnya kepada agama ini bertambah dari hari ke hari. Jika ada ruang kebaikan, beliau berusaha untuk menghulurkan.
Saya sugul. Apatah lagi saya tidak dapat mengiringi jenazahnya ke perkuburan. Saya ingin melawatnya apabila pulang nanti. Saya harap rohnya akan terus mengenali saya dan suka dengan kedatangan saya nanti. Ini bak dalam satu riwayat:
“Tiada seorang yang melintasi kubur saudaranya yang mukmin yang dia kenalinya dahulu di dunia, lalu memberi salam, melainkan dia (si mati) mengenalinya dan menjawab salamnya” (riwayat Ibn ‘Asakir dll, dinilai sahih oleh Ibn al-Mubarak, ‘Abd al-Barr, ‘Abdal-Haq al-Ashbili, Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim dan lain-lain).
Semua kita akan melalui perkara yang sama. Kematian. Amalan kita akan dibawa dan ditimbang. Sesiapa yang kebaikannya mengatasi keburukannya dia berjaya. Firman Allah: (maksudnya)
“Sesiapa yang berat timbangan kebaikannya, maka dia dalam kehidupan yang senang lenang” (al-Qari’ah: 6-7).
Demikian kita harapkan diri kita dan diri sahabah-sahabah kita yang pergi terlebih dahulu. Kita telah bersahabat di dunia ini. Semoga Allah mengekalkan persahabatan ini di kehidupan yang akan datang. Kita tidak berjumpa dengan sahabah-sahabah di dataran maksiat ataupun kejahatan. Kita mengenali mereka kerana perjuangan dan Islam. Kita harap dan berdoa agar ada habuan kita seperti hadis Nabi s.a.w:
“Sesungguhnya dari kalangan hamba-hamba Allah adanya golongan yang mereka bukan para nabi, atau para syahid. Namun para nabi dan para syahid cemburu kepada mereka pada Hari Kiamat disebabkan kedudukan mereka di sisi Allah”. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Beritahulah kami siapakah mereka?”. Jawab Nabi: “Mereka itu golongan yang cinta mencintai dengan roh Allah, tanpa ada hubungan kekeluargaan dan bukan kerana harta yang diidamkan. Demi Allah, sesungguhnya wajah-wajah mereka adalah cahaya, mereka berada atas cahaya. Mereka tidak takut pada saat manusia ketakutan, mereka tidak berdukacita ketika manusia berdukacita”. Lalu baginda membaca ayat al-Quran: (maksudnya) “Ketahuilah sesungguhnya wali-wali Allah tiada ketakutan untuk mereka dan tidak pula mereka berdukacita” (Hadis riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani).
Ayahanda Fickry telah pergi. Kami masih di sini. Menunggu giliran hari. Kita berpisah, tapi tidak selamanya. Akan ada harinya, jika diizinkan Allah, kita akan berjumpa. Moga kita direzekikan bertemu di tempat yang baik. Saya menangis. Saya pasti terus menangis kerana beliau telah pergi ke destinasi. Saya belum lagi. Tapi saya tahu, saya juga akan ke sana. Namun, antara bahagia dan derita hanya Allah Yang Maha Tahu. Sebagai sahabat saya doakan untuknya. Namun, siapakah nanti yang sudi doa untuk saya yang hina?! Ya Allah! Ampunkan saya, ampunkan sahabat lagi ayahanda saya Fickry Yaacob, dan ampunkan kami semua.
May 3, 2012
Lain Budaya, Lain Fatwanya
LAIN BUDAYA, LAIN FATWANYA
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)
Minggu lepas saya tidak menulis. Saya agak sibuk melayan rombongan Ahli Majlis Fatwa Perlis yang melawat UK dan Spain. Rombongan disertai S.S Mufti Negeri dan beberapa ahli fatwa yang lain. DYTM Raja Muda Perlis sebagai diPertua MAIPs mengetuai delegasi. Sebagai bekas Mufti Perlis dan masih menjadi ahli Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs), saya yang berada di UK ini mengambil peranan bersama rombongan di sini dan Spain.
Seperti biasa, Raja Muda Perlis akan mengenakan jadual yang agak ketat kepada ahli-ahli rombongan beliau. Lawatan, perjumpaan dan perbincangan di sana dan sini. Setiap ahli diberikan tugasan menganalisa tempat yang dilawati ataupun perjumpaan yang diadakan. Kemudian dibentangkan. Saya melihat banyak manfaat yang jika dihayati akan berperanan dalam pembentukan fatwa.
Sebenarnya, kembara dan memerhati perbezaan budaya dan latar manusia adalah penting sebelum seseorang meletakkan sesuatu penilaian ataupun hukum. Ramai orang melawat tempat orang lain, tetapi hanya asyik melihat bangunan dan pemandangan cantik sahaja tanpa mempelajari perbezaan budaya dan adat manusia.
Gambar: Penulis dan ahli-ahli Fatwa Perlis mendengar taklimat di Alhamra, Spain
Dalam fatwa memahami latar budaya dan adat amatlah penting. Mengetahui latar isu sebelum sesuatu fatwa itu dikeluarkan adalah satu kemestian. Hanya kebelakangan ini apabila munculnya golongan literalist terutama di beberapa Negara Teluk, mereka membid’ahkan apa yang disebut sebagai Fiqh al-Waqi’ (understanding the reality in the light of jurisprudence) ataupun fekah berdasarkan realiti. Kejumudan yang seperti itu boleh menatijahkan fatwa yang menyusahkan dan tidak kena pada tempatnya.
Golongan yang menentang fatwa berasaskan latar realiti ini kononnya kerana menganggap hukum Allah semua sama di setiap tempat, zaman dan individu. Pada asasnya, kenyataan itu mungkin betul jika setiap tempat, zaman dan individu mempunyai keadaan dan latar yang sama. Namun realitinya dunia sentiasa berubah.
Budaya dan masalah di setiap zaman dan tempat juga tidak sama. Nabi s.a.w sendiri dalam pelbagai hadis memberikan jawaban yang berbeza-beza bagi satu soalan yang sama disebabkan latar penyoal dan keadaan semasa. Sebab itu kita dapati jawapan Nabi s.a.w bagi soalan seperti “Apakah amalan yang terbaik?” dan “Berikan pesanan untukku” berbeza-beza berdasarkan latar penyoal.
Demikianlah hukum agama dalam Islam ini. Terdapat perkara yang tetap tidak boleh berubah seperti solat, puasa, haji dan yang seumpamanya. Namun terdapat banyak hukum yang berkait dengan latar keadaan manusia terutama yang membabitkan urusan muamalat seperti urusan jual-beli, sewaan, riba, pakaian, pergaulan dan seumpamanya.
Al-Imam Ibn Qayyim dalam karyanya yang terkenal I’lam al-Muwaqqi’in meletakkan satu bab Taghaiyur al-Fatwa wa Ikhtilafuha bi Hasbi Taghaiyur al-Azminah wa al-Amkinah wa al-Ahwal wa al-Niyyat wa al-‘Awaid (Perubahan fatwa dan perbezaannya berdasarkan perubahan zaman, tempat, keadaan, niat dan adat).
Fahami Budaya
Justeru, para ulama Usul al-Fiqh menegaskan hal ini sejak dahulu. Kata al-Imam al-Qarafi (meninggal 684H):
“Jika kita keluar dari satu negeri ke negeri yang lain yang adat (kebiasaan) mereka berbeza dengan adat negeri kita maka kita berfatwa berdasarkan adat negeri mereka dan bukan adat negeri kita. Demikian juga jika seseorang datang dari negeri yang adatnya berbeza dengan adat negeri kita, maka kita tidak boleh berfatwa melainkan dengan adat negerinya bukan adat negeri kita”. (Al-Ihkam fi Tamyiz bain al-Fatawa wa al-Ahkam, m/s 218. Syria: al-Matbu’at al-Islamiyyah).
Bahkan al-Imam al-Qarafi sekali lagi dalam karyanya al-Furuq dengan tegas menyebut:
“Jangan sepanjang hidupmu jumud dengan baris-baris ayat dalam kitab. Apabila datang seseorang dari negeri yang iklim (budaya) berbeza denganmu meminta fatwa, jangan engkau hukum berdasarkan keadaan negerimu. Hendaklah kamu tanya keadaan negerinya dan nilai serta fatwalah berdasarkan keadaan itu. Bukan keadaan negerimu dan apa yang tertulis dalam kitab-kitab. Inilah kebenaran yang nyata. Jumud dengan petikan-petikan (kitab) pasti satu kesesatan dalam agama, kejahilan terhadap maksud para ulama Islam dan golongan salaf yang lampau”.
Inilah yang kita lihat kepada sesetengah fatwa ulama zaman ini yang tidak mengikuti keadaan semasa. Tidak memahami realiti baru umat Islam dan perubahan dunia. Ada yang begitu literal sehingga mengambil fatwa-fatwa muamalat dan siyasah dari para ulama yang dangkal tentang hal politik dan berada dalam iklim yang berbeza serta kepentingan yang tersendiri.
Inilah yang berlaku kepada golongan literalist di Barat yang memetik fatwa-fatwa muamalat dan politik dari negara-negara Teluk seakan wahyu yang boleh diubah. Apa kurangnya juga di negara kita apabila ada yang menganggap semua fatwa dalam kitab dahulu, ataupun dari ulama dokongan mereka itu sesuai untuk semua keadaan tempat. Ada pula yang memetik fatwa sempit tertentu kononnya mengundi dalam pilihanraya itu haram sebab zaman sahabat tiada pilihanraya!
Al-Imam Ibn ‘Abidin (meninggal 1252H) menyebut dalam Nashr al-‘Uruf:
“Kebanyakan hukum berbeza disebabkan perbezaan zaman, perubahan keadaan, suasana darurat ataupun kerosakan di mana jika hukum itu kekal seperti sebelumnya akan menyebabkan kesusahan dan mudarat kepada manusia. Sedangkan kaedah-kaedah syarak itu dibina atas meringankan, memudahkan dan menghalang mudarat dan kerosakan. Oleh itu, uruf (kebiasaan) berubah dan berbeza disebabkan perbezaan zaman. Jika berlaku uruf yang baru, maka mufti pada zaman kita hendaklah berfatwa berdasarkan uruf itu dan hendaklah berbeza dengan apa yang tertulis dalam kitab-kitab mazhab.
Maka golongan yang terkemudian yang menyanggahi apa yang tertulis dalam kitab-kitab mazhab dalam perkara-perkara yang pernah dibahaskan dahulu, sebenarnya tidak menyanggahinya melainkan disebabkan perubahan zaman dan uruf. Mereka tahu, jika tuan punya mazhab berada pada zaman mereka akan memberikan pendapat yang sama. Maka mufti hendaklah memberikan fatwa berdasarkan uruf zamannya sekalipun menyanggahi ulama terdahulu”.
Ikuti Perkembangan
Maka bagi golongan ulama pada zaman ini, di mana dunia teknologi berkembang begitu pesat, penting untuk mereka melihat hukum hakam syarak dan pendekatan agama luar dari kerangka kitab yang mereka baca. Mereka mesti mampu untuk keluar dari kerangka petikan-petikan hukum yang lampau yang mempunyai konteks yang berbeza. Masyarakat di Eropah umpamanya dalam hukum-hakam muamalat dan siyasah tidak boleh terikat dengan fatwa-fatwa Arab Saudi ataupun Malaysia yang tidak luas dalam hal-hal seperti itu. Latar keadaan juga berbeza. Apatahlagi jika sesuatu fatwa mempunyai pengaruh budaya dan politik tertentu.
Maka malang, jika mereka yang belajar di Negara-Negara Teluk cuba menegaskan agar wanita di negara lain turut memakai pakaian hitam seperti wanita Teluk. Itu hanya adat mereka yang bukan warisan salaf untuk dihayati. Demikian juga memakai purdah amat tidak sesuai untuk difatwakan di Barat ini.
Bahkan al-Imam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H) menyebut dalam Iqtida Sirat al-Mustaqim tentang keadaan muslim yang berada di negara bukan muslim:
“Sekiranya muslim berada di negara musuh, ataupun negara kufur yang tidak musuh maka dia tidak disuruh untuk berbeza dengan mereka dari segi penampilan zahir kerana itu akan memudaratkan. Bahkan digalakkan ataupun diwajibkan menyertai mereka di sudut penampilan zahir jika itu terdapat kemaslahatan agama seperti untuk dakwah mereka kepada Islam dan memerhati keadaan dalam mereka untuk dimaklumkan kepada orang muslim ataupun menghalang bahaya mereka terhadap orang muslim ataupun selainnya yang merupakan niat yang baik”.
Maka, penafsiran hadis-hadis Nabi s.a.w dan penukilan fatwa terutama yang membabitkan soal muamalat dan politik hendaklah dilihat dalam kerangkan teks dan konteks. Bukan kerana sesuatu nas hadis itu tidak sesuai, tetapi latar keadaan yang telah berubah. Ia memerlukan ijtihad baru dalam kerangka yang baru. Kata Syeikh Mustafa al-Zarqa dalam al-Madkhal al-Fiqh al-‘Am :
“Betapa banyak hukum yang dahulunya perongkai dan penyelesai masalah yang berkesan dalam suasana zaman tertentu, namun selepas beberapa jenerasi ia tidak lagi mencapai maksudnya. Mungkin memberikan kesan yang sebaliknya disebabkan perubahan keadaan, pendekatan dan akhlak… di atas asas ini diletakkan kaedah fekah “Tidak dinafikan perubahan hukum disebabkan perubahan zaman”.
Kembara dan memerhati suasana orang serta memahami budaya mereka amatlah penting. Ramai yang mencerca Barat dan mereka yang tinggal di Barat, tetapi tidak memahami latar budaya dan falsafah mereka dalam kehidupan. Lebih buruk lagi, ada yang ingin mengenakan fatwa sempit di negaranya kepada umat di Barat ini. Lebih buruk ada yang ingin mengenakan hukum-hakam syarak yang dirumuskan oleh ulama untuk umat yang hidup di kurun-kurun yang lalu kepada umat yang hidup di kurun teknogi dan segala kecanggihan dan perubahan cara fikir dan budaya hari ini. Maka, penting untuk memahami realiti sebelum berfatwa, jika tidak kita akan menjadi fatwa itu literal yang sempit dan memundurkan umat.
April 19, 2012
Cintakan Keadilan Itu Fitrah
CINTAKAN KEADILAN ITU FITRAH
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)
Islam adalah agama Allah yang ajaranNYA berasas fitrah yang DIA ciptakan manusia. Maka Islam adalah agama fitrah (natural religion), sesuatu yang bercanggah dengan fitrah manusiawi ia ditolak oleh agama ini. Islam yang sebenar selaras dengan sifat penciptaan manusia yang telah Allah jadikan. Maka, Islam menolak homoseksual, lesbian dan segala yang menyanggahi fitrah asal insan itu. Demikian Islam menolak kezaliman, penindasan, ketidakadilan, kebodohan dan seterusnya kerana ia bercanggah dengan fitrah manusia. Mereka yang menolak homoseksual ataupun lesbian tetapi membiarkan atau akur dengan ketidakadilan tidak memenuhi element fitrah yang Allah ciptakan. Demikian juga mereka yang menentang ketidakadilan tetapi menerima amalan songsang, ia bercanggah dengan roh Islam ini. Firman Allah:
“maka hadapkanlah wajahmu ke arah agama yang hanif (yang menyembah Allah Yang Esa) itu agama Allah yang fitrah (natural religion) yang DIA ciptakan manusia di atasnya. Tiada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui” (Surah ar-Rum, 30).
Allah telah ciptakan manusia atas fitrah (natural instinct) yang menjadikan naluri manusia yang benar mempunyai persamaan sekalipun berbeza keturunan, tempat, zaman dan agama. Kezaliman umpamanya, ditolak dan dibenci oleh fitrah manusia tanpa mengira keturunan, tempat, waktu dan agama. Justeru itu, dalam semua cerita, drama dan filem yang diterbit oleh sesiapa sahaja di dunia ini samada oleh Hollywood, ataupun Bollywood mestilah mengakhirinya dengan kemenangan ataupun sokongan moral berada di pihak yang baik dan kekalahan di pihak yang jahat.
Jika ia love story seperti Titanic yang heronya mati pun, perasaan dan support moral filem tetap berada di pihak yang ditindas. Jika ada filem yang menyimpulkan watak jahat menang dan dimuliakan, sementara watak baik tewas dan dihina oleh kesimpulan filem, tentu ia tidak mendapat sambutan. Ia terkeluar dari naluri yang dibekalkan dalam jiwa insan. Padahal para penonton itu mempunyai latar keturunan, tempat dan agama yang pelbagai. Namun mereka berkongsi satu perkara yang sama dalam hal itu, iaitu fitrah insan menolak ketidakadilan dan kezaliman.
ANTI-ZALIM
Apa-apa ajaran yang mengiyakan kezaliman dan penindasan, ataupun ketidakadilan, ia terkeluar dari fitrah, dan sudah pasti ia bukan ajaran Tuhan yang menciptakan manusia atas fitrah. Apa sahaja fatwa agama, ataupun tindakan keagamaan yang menyanggahi fitrah, ia tersasar dari kebenaran. Perasaan insan yang betul fitrahnya sensitive dengan kezaliman dan ketidakadilan. Inilah yang Nabi s.a.w didik para sahabah baginda. Kata sahabah Nabi s.a.w yang bernama Jabir:
“Apabila pulang dari penghijrahan ke Habshah (Abyssinia), kami kembali kepada Rasulullah s.a.w, lalu baginda berkata: “Tidak mahukah kamu semua ceritakan kepadaku perkara paling menakjubkan yang kamu lihat di Habshah? Seorang pemuda berkata: “Wahai Rasulullah! Ketika kami duduk, seorang wanita mereka melintas, dia membawa atas kepalanya suatu bekas air. Dia melintas di hadapan seorang pemuda mereka, lantas pemuda itu meletakkan satu tangannya atas bahu wanita tua itu dan menolaknya sehingga jatuh melutut. Terpecahlah bekas airnya.
Apabila dia bangun, dia menoleh ke arah pemuda tersebut lalu berkata: Wahai pengkhianat! Apabila Allah meletakkan kerusiNYA, DIA menghimpunkan makhluk yang awal dan akhir, apabila tangan dan kaki boleh berbicara mengenai perbuatan yang telah mereka lakukan, kelak nanti kau akan tahu keadaanku dan keadaan kau”.
Rasulullah s.a.w bersabda: “Wanita itu benar! Sesungguhnya wanita itu benar! bagaimanakah Allah akan memuliakan satu kaum yang tidak mengambil tindakan atas penindasan golongan yang kuat terhadap yang lemah?!” (Riwayat Abu Ya’la, Ibn Hibban dalam sahihnya dan Ibn Majah, hadis hasan).
Lihat pemuda ini, dalam banyak pemandangan yang dia saksikan sepanjang perjalanan yang jauh, isu kezaliman juga yang menarik perhatiannya. Ulasan Nabi s.a.w menegaskan betapa satu kaum tidak akan mulia jika membiarkan golongan yang kuat menindas yang lemah. Apakah akan mulia suatu negara jika kekayaannya dibolot oleh satu pihak secara yang tidak adil, sementara yang lemah merintih di sana sini mencari kehidupan. Apakah akan mulia jika ada penguasa yang mempunyai ratusan juta tanpa jalan yang sah, sedangkan rakyat marhaen bawahan bertarung dengan kehidupan yang payah?!
Berpakat Lawan Kezaliman
Sebelum Nabi s.a.w muncul sebagai rasulullah, suatu perjanjian menentang kezaliman yang dikenali dengan Half Fudul ataupun ‘Sumpah Setia Fudul’ pernah dibuat di Mekah. Ia dibuat di rumah Abdullah bin Jad’an. Isi kandungannya untuk membela dan mengembalikan hak sesiapa yang dizalimi dalam kalangan penduduk Mekah, ataupun sesiapa yang memasuki Mekah. Ini kerana ada kalangan bangsawan Mekah yang sering menindas pihak yang lemah. Beberapa kabilah Quraish seperti Bani Hashim, Bani ‘Abd al-Muttalib dan lain-lain turut terlibat dengan Sumpah Fudul itu. Al-Tahawi (meninggal 321H) meriwayatkan hal ini dalam Mushkil al-Athar, juga al-Baihaqi (meninggal 458H) dalam as-Sunan al-Kubra di mana Nabi s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya aku telah menyaksikan satu sumpah setia di rumah Abdullah bin Jad’an yang membabitkan Bani Hashim, Zahrah, Taiyyim dan aku juga dalam kalangan mereka. Aku sukakan perjanjian itu melebihi unta merah. Jika aku diajak kepadanya semasa Islam pun, aku akan sertai. Aku tidak suka untuk tertinggal dari menyertainya sekalipun diberikan kepadaku unta merah”.
Unta merah adalah lambang kemewahan kenderaan arab ketika itu. Nabi s.a.w menegaskan bahawa jika perjanjian seperti itu dibuat lagi, sekalipun setelah baginda menjadi rasul, baginda tetap akan menyertainya. Lihatlah, Islam mengiktiraf perjanjian yang dibuat oleh pihak lain, sekalipun di zaman sebelum Islam kerana isi kandungan menepati maksud ajaran Islam yang menentang kezaliman dan penindasan. Malanglah, jika ada orang muslim yang tidak merasa terpanggil dalam isu-isu tempatan dan antarabangsa yang membabitkan soal sokongan kita ke atas pihak yang ditindas.
Bersih
Ada orang bertanya saya, apakah saya menyokong Bersih? Saya kata saya masih di UK, tapi saya sokong keadilan dan pemberian hak secara yang wajar. Saya tidak kisah siapa pun menang dalam pilihanraya, tetapi menanglah dengan cara yang adil dan saksama. Setelah keadilan dibuat, lalu rakyat membuat pilihan memilih parti tertentu, itu adalah hak mereka. Kita mesti akur dengan kerajaan pilihan rakyat secara adil dan saksama. Saya ada ramai kawan dalam BN, juga ramai kawan dalam PR. Saya tidak bersetuju perkara-perkara tertentu dalam di pihak BN, juga di pihak PR. Tapi, saya inginkan agar apabila pilihanraya berlaku, ia berlaku dengan seadilnya, supaya saya tahu apa yang menjadi hak rakyat diberikan secara yang wajar.
Saya tidak mahu bahas soal pendaftaran undi dan seumpamanya, ambil soal media sahaja. Saya rasa tidak semua rakyat suka untuk hadir ke tempat ceramah politik. Ia bercampur positif dan negatifnya. Namun, rakyat perlu tahu apakah idea parti-parti yang bertanding. Jika TV dan media kerajaan hanya dikuasai sepenuhnya oleh satu pihak sahaja, di manakah peluang rakyat mendengar secara saksama?! Jika di Barat, bahkan di banyak negara demokrasi yang lain, ada saluran-saluran swasta yang membolehkan setiap pihak menyatakan pendapat dan pandangan mereka untuk didengari oleh rakyat, ruang itu tiada dalam negara kita. Setelah rakyat dengar dan nilai, biarlah mereka membuat keputusan mereka. Seperti mana bukan semua hujah kerajaan itu munasabah, demikian juga bukan semua hujah pembangkang itu boleh diterima. Agama mengajar kita menjadi golongan ulul albab, iaitu mereka yang mempunyai akal yang matang, yang membuat pertimbangan setelah mendengar pelbagai hujah. Firman Allah: (maksudnya)
“..oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu . (Iaitu) mereka yang berusaha mendengar perkataan (yang sampaikan) lalu mereka menurut yang terbaik; mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah Ulul Albab” (al-Zumar: 17-18).
Seseorang yang menuntut keadilan perjalanan sistem kerajaan, bukan semestinya dia penyokong pembangkang, tetapi itu tuntutan naluri insani yang inginkan sesuatu berjalan dengan cara yang betul. Jika kita pergi menonton bolasepak, lalu dibuat peraturan yang berat sebelah, lebih baik kita tidak menonton. Ataupun, kita cadang berikan kemenangan percuma sahaja. Sekalipun kita mungkin tidak sokong pihak yang dianayai, tetapi tidak juga tidak boleh sokong ketidakadilan. Ini fitrah manusia normal. Melainkan kita ini songsang fitrah.
Justeru, menjadi hak rakyat untuk menyatakan perasaan mereka. Alangkah baik jika Bersih itu tidak dijadikan acara parti politik, tetapi acara yang rentas parti politik. Hadir bukan tanda menyokong pembangkang, tapi menyokong pembaikian sistem. Namun, saya menasihati mereka yang ingin hadir agar membetulkan niat. Sayangkan negara anda. Bagi yang muslim, berakhlaklah dengan akhlak Islam. Bagi yang bukan muslim berpegang dengan nilai-nilai baik yang anda yakini. Jangan rosakkan harta negara, jangan memaki hamun orang lain, jangan mencerca tetapi laungkan slogan keadilan dan hak yang anda inginkan. Berhimpun dengan penuh sopan dan adab, tetapi dengan penuh semangat. Semoga Allah merahmati anda dan negara kita!
April 15, 2012
Demonstrasi PTPTN: Satu Pandangan Awal
DEMONSTRASI PTPTN: SATU PANDANGAN AWAL
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Saya baru sahaja menonton rakaman demonstrasi Mansuh PTPTN oleh sebahagian mahasiswa. Izinkan di sini saya coretkan beberapa pendapat saya tentang hal tersebut;
1. Pertamanya, saya ucapkan tahniah kerana mereka ada keberanian. Itulah sikap sepatutnya bagi anak muda, tidak bacul tetapi bertindak balas dengan persekitaran.
2. Mereka terlalu muda dan sedang menimba pengalaman. Saya rasa tidak salah untuk mereka meneliti beberapa ulasan saya di sini. Mungkin kita berbeza tapi bukan bererti membenci. Pandangan ini mungkin boleh memberikan sedikit manfaat untuk perjuangan mereka yang seterusnya.
3. Adalah hak mereka untuk melaungkan hasrat ataupun berdemonstrasi, namun setiap tindakan sekalipun di medan perang fi sabilillah mempunyai disiplin yang mesti dipatuhi.
4. Saya sedar bahawa kemarahan rakyat bukan sekadar tertumpu kepada isu PTPTN, tetapi korupsi, penyalahgunaan kuasa, gaya mewah ‘orang-orang tertentu’ yang melebihi kewajaran dan lain-lain. Kesemuanya itu membangkitkan kebencian yang berjangkit kepada pelbagai isu yang lain.
5. Pada saya, alangkah baiknya jika mereka mahasiswa yang terlibat hanya melaungkan slogan tuntutan mereka tanpa mengiringinya dengan slogan-slogan yang berbau parti-parti tertentu. Ini bagi menunjukkan bahawa mahasiswa itu bebas dalam menentukan halatuju mereka tanpa ditentukan oleh pihak lain, samada pembangkang ataupun kerajaan.
6. Alangkah baiknya jika mereka mengawal bahasa dalam slogan-slogan yang dilaungkan. Orang muda bersemangat tapi juga beradab dan berhemat. Slogan-slogan yang buruk Allah tidak suka dan hanya mengikis simpati mereka yang belum menentukan pendirian.
7. Alangkah baiknya juga jika mereka tidak bertakbir ALLAH AKBAR mengiring ucapan yang tidak elok. Kalimat Allah itu boleh mengiringi semangat yang membakar dan pendirian yang tegas, tapi amat tidak wajar untuk mengiringi ucapan yang berunsur makian dan cercaan.
8. Isu samada memansuhkan langsung PTPTN, ataupun menghapuskan bunga (riba/pengurusan) ataupun menyusun semula agar tidak menjadi beban boleh dibahaskan secara ilmiah. Boleh dilihat di sudut positif dan negatif. Isu sebenar bagi saya yang membakar segala isu yang lain ialah wang dan harta negara ini banyak dibelanja secara salah dan tidak telus. Kebocoran di sana sini. Belanja yang melampau pada urusan yang tidak wajar, sedangkan para pelajar yang miskin ataupun kurang kemampuan dipaksa tanggung beban.
9. Jika negara belanja dan diurus secara telus, mungkin memansuhkan PTPTN tidak dilihat begitu perlu, sebaliknya ditimbang semula beberapa aspek dalam PTPTN itu.
10. Mahasiswa hendaklah terus memikul idealisma perjuangan tetapi hendaklah berakhlak dan mempunyai pendirian yang ilmiah dan mantap.
Fact and Evidence in Islam
FACT AND EVIDENCE IN ISLAM
(The original title of the article is Ikut Dalil dan Fakta, Buang Taklid Buta)
by
Assoc. Prof Mohd Asri Zainul Abidin
(join facebook DrMAZA.com and twitter realDrMAZA)
Islam is a religion established by reason and evidence, and the supreme bases of its teachings are the Quran and the Sunnah. Islam does not exist without reason, and any utterance beyond reason is unworthy of association with it. Islam is the religion of Allah the Creator, the Omniscient. It is therefore impossible to find in its teachings anything that opposes truth, evidence and fact. If an opinion produced in the name of Islam fails the test of reason and evidence established in the Quran and Sunnah, then such an opinion cannot be said to derive from the teachings of Islam even though the one who makes that opinion assumes a religious title or dresses in a manner that reflects piety.
Similarly, any view must be excluded from Islam if it contradicts demonstrable truth or scientific certainty, or if it is prejudicial to the good of common humanity. A prominent scholar of Islam, al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (d. 751H), said:
Indeed for the shariah of Islam, its construction and foundations are built on all wisdom and goodness for humanity in this world and the Hereafter. The shariah of Islam is all about justice, goodness and wisdom. Therefore, if any aspect that departs from justice into vindictiveness, from blessing into curse, from goodness into evil, from wisdom into foolishness, then it is not from the shariah of Islam even though it is interpreted as such. (I’lam al-Muwaqqi’in, Beirut: Dar al-Jail, 3/3.)
Facts not Personalities
Whichever observation about Islam that conflicts with the Quran and Sunnah, or which contradicts the fundamentals of human welfare established by shariah must be rejected without consideration of who makes that observation. Therefore, the opinions of even a mufti, a respected teacher or an ustaz or maulana (religious teacher) can be accepted or rejected on this basis.
The opinion of any individual —even the most respected Islamic scholar— may be questioned if it does not concur with evidence provided in the Quran and Sunnah. No one is maksum (infallible) other than the Prophets of Allah. The religious opinions of the esteemed, or of an ustaz, should not be swallowed without proper chewing. Allah proclaims in Surah al-Isra, verse 36:
“And pursue not that of which you have no knowledge; for every act of hearing, or of seeing or of (feeling in) the heart will be enquired into (on the Day of Reckoning).”
Imam al-Shatibi (d. 790H) said:
Thus, it is compulsory for us to follow the one that was guarded from making mistakes (that is, the Prophet Muhammad pbuh) and to stop from following whoever is not being shielded from mistakes whenever there may be doubt. Moreover, we should consider whatever comes from all imams (scholars) side by side with the Quran and the Sunnah. Whatsoever is accepted by both (Quran and Sunnah), we consequently accept, and whatsoever is rejected by both we consequently abandon. (Al-I’tisam, Beirut: Dar al-Kitab al-Arabi, p. 165.)
Respect and the observation of good manners when dealing with ulama (the Muslim clergy) are commanded by the nas (Scripture) of Islam, but this has never stopped a person presenting intelligent criticisms, or prevented his questioning the opinions of ulama, even though he maintains the disciplines of religion. This is a principle of truth that has long been practised by all established Muslim scholars.
Consider al-Hafizd al-Zahabi (d. 748H), the celebrated historian and biographer of distinguished members of the mediaeval Muslim community. In one of these biographies, Imam al-Zahabi praised the great scholar Waki’ Ibn al-Jarrah thus: “He was between the sea of knowledge and the imams (scholars) of huffaz (hadith).” Later, Al-Zahabi recorded the words of Yahya bin Aktham: “I befriended Waki’ at his home and also when he travelled. He fasted al-dahr (every day) and finished reciting the Quran in one night.”
Al-Zahabi commented on Waki’s achievements thus:
This is an amazing ibadah (act of worship) but for it to be practised by an imam (scholar) amongst the imams of hadith, then that is not normal. Indeed it was sahih (authentic) that the Prophet pbuh prohibited daily fasting and reciting the Quran (until completion) in fewer than three days. The religion is simple. Adhering to the Sunnah is more imperative. May Allah bless Waki’. Where can we find an individual as great as he? Nevertheless, he frequently drank nabiz (date wine) that could be intoxicating if consumed a lot. He made his own judgment with regards to drinking it (he does not consider it as prohibited so long as it does not intoxicate). Should he forsake it (the drink) on the ground of devoutness, that would be much better for him. This is because whoever avoids elements of doubt, thus his religion and dignity will be saved.
Indeed, it is sahih that nabiz is forbidden and prohibited, but this is not the place to deliberate it. For every person, each of his opinions can be accepted or abandoned (except for the Prophet pbuh). Take not as an example the wrong deeds of an alim (knowledgeable person). (Siyar A’lam al-Nubala, Beirut: Muassasah al-Risalah, 9/142-144.)
Waki’ was an established ulama, but an academic fault must be acknowledged as such and judged accordingly. It is clear that, while we are enjoined to respect others, especially religious teachers, respect should not impede our speaking the truth while always maintaining the discipline and manners taught by Islam.
Reject Unproven Views
I discuss this subject because there those in our community who will not dare question those regarded as ustaz, even though what an ustaz claims may be utterly groundless. It is as if such an ustaz has somehow obtained an infallible licence to say anything in the name of religion without presenting reason or evidence. Worse, some religious teachers in the old days warned their students that “whoever asks a lot of questions shows that his faith is weak.”
It is unsurprising, therefore, that some states in Malaysia have issued a number of strange fatwa, such as prohibiting the sale cows to Chinese, or that budu (pickled fish) is impure when spilled on clothing but is pure when consumed. However odd these edicts might be, no one has dared question the grounds on which these fatwa were issued for fear of being labelled “weak in faith”.
There is a religious speaker who goes about our country saying that, according to Islam, the remedy for AIDS is 100 lashes of a cane on one’s back. He claims that this is a genuine “cure” based on the teachings of Islam and is derived from research based on both the Quran and science. One wonders which scientist gave him that information; but on the strength of this claim alone, the speaker has received a number of invitations to provide religious enlightenment in a similar vein—and there are those who have received him well. I wish to pose some questions: since not all those with AIDS have been involved in immoral sexual activities, is it therefore “right” to whip everyone? Is having AIDS sufficient justification in the eyes of the shariah to subject a person to 100 lashes? Such ideas are clearly mistaken; but unfortunately there are mosques, even in Kuala Lumpur, that extend speaking invitations to those who champion such views. I am perplexed when I come upon people who are seemingly highly educated and trained to make best use of their minds—but when confronted by matters of religion, they prefer to abandon their education in favour of a silence that makes it seem as if Islam opposes logic and the intellect.
There was another religious speaker who claimed that he buried the body of a rich man, which later transformed into a supernatural entity without anyone knowing a thing. What is fascinating is that in a country based on the rule and application of law, no one looked into the matter of a missing person until the one who buried him told this astonishing story. Whatever the case, the story involved a celebrity and this in turn affected the religious beliefs of many. It was a baseless claim that should not have been made, but unfortunately there were many who believed it.
We have also heard about a certain individual who declared another an apostate; and later did the same thing to the students of a college on no greater merit than some news reports, the truth of which could not be ascertained. An allegation of apostasy—if it is at all true—is very serious and requires careful scrutiny, that is, iqamah al-hujjah (the construction of proof). Apostasy cannot be declared haphazardly, but there were many who accepted these allegations without further thought and in the name of religion, and regrettably the allegations were made by one learned in religion.This attitude extends even to matter of sin.
Exploitation
In some Malaysian states there are religious groups that impose various types of “taxes” on bereaved families, and sometimes these taxes amount to thousands of ringgit. Many rituals associated with the religion are performed and the corresponding bills will then be charged to families of the deceased. For this reason some grin widely upon hearing news of death, and even recitations and forms of solat (prayer) that were not taught by the Prophet pbuh are included in the list of costs incurred. The community dares not ask if religion is really so cruel that even distressed families deserving of support should be burdened further by these “costs”. Or is Islam so materialistically driven that only those with the largest purses can be assured of the absolution of sin and the attainment of reward in the Hereafter? If this is the case, then the Gates of Heaven will open only for those with the means to pay these “agents of Allah” here and now on this transitory earth. Does this truly represent the beauty of Islam that commands believers to perform good deeds and not depend on others?
My point is that it is the community’s right to ask questions in any discussion of religion. Neither an ustaz nor a respected teacher is God’s appointed agent, unlike the Prophets of Allah, such that their declarations are binding even if they lack nas. Islam is not man’s ultimate justification to do as he pleases—it is, instead, a religion built on reason and evidence. If each of us asks the ustaz for the causes of and reasons behind every one of his religious opinions, then we should, by doing so, help realise the principles of Islam and thus improve intellectual discussion in our own community.
We must guard against the complacent satisfaction of merely memorising religious opinions without thinking about them analytically and rationally. One of the foremost scholars of our own times, Prof Muhammad Qutb, said:
From another point of view, Islamic scholarship is bound to the way it was studied around five centuries ago. There was (then) the influence of Greek thought from ilm al-kalam (Scholastic theology) that was futile and unrewarding. More than that, the speculative excesses of ilm al-kalam diverted the study of faith towards matters that overloaded the mind to no purpose. It took the concept of faith away from that which provides the essence of life, and turned it towards mere philosophical disputation without direction or benefit. Religious students devolved from thinkers into mere memorisers: a student could appear learned simply on the strength of how many texts, lectures and footnotes he managed to memorise. However, he could not think for himself or even think independently. Consequently, the authenticity of knowledge was lost to the ulama and they turned to taklid and simply quoted from others. Scholarship was impaired further by a third factor, namely the obsessive devotion towards a certain mazhab, which affected all students. Everyone fixated on the mazhab that he grew up in. He turned his ultimate religious duty into an effort to prove that his mazhab and sheikh (teacher) were superior to any other…” (Waqi’una al-Mu’asir, p. 176.)
The practice of blind taklid was never taught by any imam of the Ahl al-Sunnah wa’l-Jamā‘ah (the Sunni community as a whole). On the contrary, imams have demanded that each person must strive to build his or her own intellectual ability. We read the following mentioned by a student of Imam al-Shafi’i, Imam al-Muzani (d. 264H):
“I have summarised all of this from the knowledge of al-Imam al-Shafi’i and from the meaning of what he taught in order to impart it to whoever wants it, along with notice of his prohibition of taklid (of his opinions) or of those of others, so that the reader will himself consider the evidence for the sake of his religion, and so as to be the more circumspect about it”. (Waliyy Allah al-Dahlawi, Al-Insaf fi Bayan Asbab al-Ikhtilaf, p. 100.)
If this form of learning should flourish, Islam will no longer be considered exclusivist such that only a privileged few may reflect upon it while the rest must follow blindly. Indeed, we are commanded to respect rigorous study and never to accept blind taklid. The development of the Muslim community will not take place as long as the intellectual competence of our religious leaders fails to meet the academic standards of an increasingly competitive world. The Muslim community must rally to support the advancement of tajdid (revitalisation) that began decades ago and which is still in progress.
April 12, 2012
Umat Yang Kehilangan Jenama
UMAT YANG KEHILANGAN JENAMA
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)
Sering kali apabila bersolat di al-Masjidil Haram ataupun Masjid Nabi s.a.w, perasaan saya tersentuh, penuh rasa kagum kepada umat ini. Apa tidak, ratusan ribu, bahkan jutaan manusia datang dari pelbagai negara dan bangsa, latar pendidikan dan budaya yang berbeza, tidak mengenali antara satu sama lain namun tetap mampu untuk membentuk saf-saf salat yang penuh teratur. Tidak pernah sama sekali sebelum itu mereka melakukan apa-apa rehearsal membentuk saf untuk jumlah yang demikian besar, melainkan practise solat berjemaah di negara masing-masing.
Namun, apabila sahaja iqamah dilaungkan, jutaan manusia pelbagai bangsa, pelbagai latarbudaya, pelbagai gaya, pelbagai negara bangun berdiri mengambil tempat dalam saf-saf solat dengan penuh disiplin. Tiada siapa berhak bertanya apakah awak layak berada di sebelah saya ataupun tidak? Tiada siapa berhak menghalau orang lain keluar dari safnya tanpa sebab yang diizinkan syarak. Tiada saf khas untuk golongan bangsawan yang diharamkan golongan bawahan berada sebaris dengan mereka. Betapa agama ini telah menghimpunkan dan mendisiplinkan manusia.
Demikianlah ibadah-ibadah lain dalam Islam ini. Haji, perlambangan keserataan manusia. Tiada hak sesiapa menghalang orang lain bertawaf kerana orang bangsawan ingin bertawaf. Tiada siapa yang berbeza dalam beribadah kepada Allah. Tiada raja ataupun sultan yang boleh menyeru Allah dengan kesombongan diri atau bahasa yang berbeza kerana dia raja atau presiden ataupun sultan. Maha Suci Allah dari membezakan hamba-hambaNYA disebabkan kedudukan dunia mereka. Bahkan, Allah menerima mana-mana doa yang penuh kerendahan jiwa dan menolak doa yang dilafazkan dengan kesombongan diri.
Demikian puasa, zakat dan pelbagai ibadah lain dalam Islam jika dihayati banyak nilai-nilai mulia dalam kehidupan individu dan masyarakat muslim dapat dibina. Bab taharah ataupun kebersihan dan penyucian diri, pakaian dan tempat ibadah mempunyai banyak nilai yang Islam didik penganutnya.
Manakah Kesannya?
Namun, malang sekali negara-negara orang muslim itu kebanyakannya kotor. Ambil sahaja Kaherah yang orang Islam bangga kerana adanya University al-Azhar. Ia dianggap sebagai kota ilmu oleh sesetengah pihak. Namun, Kaherah juga merupakan kota sampah-sarap. Kekotaran seakan menjadi budaya. Tiada disiplin dalam hidup bermasyarakat. Rasuah dan salah guna kedudukan bermula dari tukang sapu sampah sehingga ke presiden negara.
Jalanraya tiada peraturan. Bunyi hon kereta rukun wajib dalam memandu. Sehingga saya pernah bergurau: "Orang Mesir, boleh pandu kereta tanpa tayar tetap tidak boleh pandu kereta tanpa hon". Asap dan bau busuk adalah aroma kehidupan mereka. Di manakah perginya golongan agama dan ilmuwan kota itu?! Di mana perginya segala perbahasan ilmu yang dilaung-laungkan itu?!! Apakah pula disiplin dan nilai baik yang manusia dapat kutip dari mereka?
Dua minggu lepas saya berada di Irbid, Jordan. Bandar yang mengelilingi University Yarmouk. Malang sekali, sampah sarap bagaikan bunga-bunga yang menghiasi bandar itu. Menyedihkan. Saya bukan ingin memuji Oxford berlebihan kerana saya berada di sini sekarang. Namun ini suatu realiti. Bandar ilmu ini bersih. Sukar sama sekali mendengar hon kenderaan. Juga tiada pencemaran asap bas ataupun kenderaan biasa. Orang tahu menggunakan tong sampah, bahkan tahu membezakan jenis sampah.
Gereja memang banyak di bandar ini, namun ia tidak semakmur masjid-masjid di tempat kita. Bahkan kebanyakan mereka tidak percayakan agama, sekalipun mereka percaya wujudnya Tuhan. Saya percaya nilai-nilai baik itu tiada kaitan dengan agama, tetapi kejayaan pendidikan yang mantap dan berkesan. Sehingga nilai-nilai baik menjadi budaya. Sementara kita, golongan agama ramai yang sibuk dengan teori itu dan ini, ataupun sibuk mengisi dan menggemukkan poket masing-masing melebihi usaha mendidik dan membentuk umat yang berkualiti. Sibuk menghukum orang lain sehingga terlupa mengemaskan diri, rumah dan negara sendiri.
Umat Contoh
Kita membaca firman Allah: (maksudnya)
"Demikian Kami jadikan kamu umat yang wasat supaya kamu menjadi saksi ke atas manusia dan al-Rasul itu menjadi saksi ke atas kamu" (Surah al-Baqarah: 143).
Perkataan 'wasata' yang jika diterjemahkan ke dalam bahasa kita bermaksud pertengahan (moderation). Ayat ini dibahaskan oleh para mufassirin dengan pelbagai tafsiran yang kesemua memberi makna umat Islam ini dijadikan Allah sebagai umat yang adil, mulia dan contoh kepada umat lain. Al-Syinqiti dalam Adwa al-Bayan menafsirkannya sebagai umat pilihan dan adil. Demikian juga Ibn 'Ashur dalam al-Tahrir wa al-Tanwir memberikan tafsiran yang hampir sama. Dalam edisi English Taisirur Rahman ditafsirkan: "a nation which profoundly great and most superior". Persoalannya, di manakah ini semua pada hari ini. Ya, umat ini telah membuat sejarah pada masa lalu, tetapi apakah realiti hari ini?
Kita mengutuk ataupun mengkritik Barat tetapi kita jangan lupa bahawa banyak nilai yang baik Barat telah bina untuk kehidupan mereka. Di samping perkara-perkara yang kita tidak setuju tentang mereka, mereka mempunyai banyak perkara positif yang kita gagal dalam kehidupan kita. Ambil sahaja soal hak rakyat dalam mempersoalkan sesiapa yang menyalahgunakan harta awam dan taxpayer's money, mereka miliki hak itu. Surat khabar dan media mereka berhak mempertikaikan baju, cuti dan segala perbelanjaan yang digunakan oleh HM Queen dan istananya. Tiada sebarang hukuman kerana itu.
Belanja Queen dan istana dibentangkan kepada rakyat jelata. Mereka berhak mempersoalkannya. Jadilah mereka bangsa yang bermaruah dalam soal tersebut. Kita tahu pada tahun ini Kerajaan British menolak untuk HM Queen Elizabeth membeli kapal persiaran. Padahal Queen telah 60 tahun berkhidmat. Jurucakap PM David Cameron, Steve Field menyebut: "I don't think anyone is suggesting public money should be used for this. There is a difficult economic situation, there are scarce public resources, therefore we don't think it would be an appropriate use of public money".
HM Queen bawa payung sendiri.
Inilah sikap rakyat yang merdeka dari menjadi hamba penguasa. Malang sekali di dunia muslim; presiden, sultan dan raja boleh menggunakan harta awam tanpa dipersoalkan. Lebih buruk lagi, rakyat yang mempersoalkan itu pula yang dianggap bersalah dan derhaka, sedangkan si penguasa dan raja yang menggunakan harta negara dan awam disanjung mulia. Harta dan belanja mereka tidak dibentangkan kepada awam. Istana, kereta, komisyen projek itu dan ini didiamkan sahaja. Inilah dunia muslim.
Laungan Allahu Akbar (Allah Maha Besar) hanya di corong pembesar suara, tapi dalam kehidupan rakyat, penguasa juga yang maha besar. Inilah rakyat yang diperhambakan dan tidak merdeka. Bagaimana mungkin rakyat yang seperti ini menjadi umat contoh kepada agama lain? Ini bukanlah ciri wasatiyyah yang dimaksudkan oleh al-Quran. Sama sekali tidak!
Sebab itu, walaupun 'Arab Spring' mempunyai kesan negatifnya, tetapi positifnya lebih banyak. Sekurang-kurang umat Islam tidak dilihat menjadi hamba golongan regim dan pemerintah yang zalim lagi korupsi, yang memeras harta dan darah, sedangkan umat ini berdiam saja. Ini mesti dihentikan! Sekurang-kurang dibuktikan pada dunia, umat ini masih hidup!
Saya teringat kisah Khalifah Umar bin al-Khattab yang disebut oleh Ibn Qayyim (meninggal 751H) dalam I'lam al-Muwaqi'in bagaimana satu hari beliau bangun berucap di hadapan rakyatnya sambil berkata:
"Hendaklah kamu dengar dan taat!". Tiba-tiba sahabat Nabi s.a.w yang lain, iaitu Salman al-Farisi bangun dan berkata: "Kami tidak mahu dengar". Umar pun bertanya: "Mengapa wahai Salman?". Jawab Salman: "Engkau membahagikan kepada rakyat pakaian seorang sehelai, sedangkan engkau mengambil sebanyak dua helai". Jawab Umar: "Sabar wahai Salman!. Lalu Umar berkata kepada anaknya: "Wahai Abdullah (bin 'Umar), beritahulah dia bahawa pakaian yang aku pakai ini adalah bahagian engkau yang engkau berikan kepadaku". Jawab Abdullah bin 'Umar: "Ya, demi Allah". Jawab Salman: "Kalau begitu, silakan, kami mendengar (taat)".
Kita perlu mengembalikan jenama kita yang tinggi nilai di mata manusia. Kita umat yang branded pada suatu masa dahulu. Tiada siapa yang wajar membiarkan kemunduran ini. Hanya golongan pengampu ataupun literalist sahaja yang cuba menjustifikasikan kemunduran kita yang gagal menjadi umat contoh. Islam terhijab dalam banyak keadaan disebabkan realiti yang kita alami ini. Kita mesti berubah. Rakyat dan pemerintah mesti bergerak ke arah perubahan. Kembalikan jenama kita. Kita umat yang branded. Kita umatan wasatan.
April 8, 2012
Ini Kesimpulan Dari Sebuah Kehidupan
INI KESIMPULAN DARI SEBUAH KEHIDUPAN
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)
Kita ini hanyalah bilangan hari dan waktu. Apabila sebahagian bilangan itu pergi, pergilah sebahagian dari kita ini. Setiap bilah hari yang meninggalkan kita, membawa bersamanya pelbagai coretan, kenangan, rahsia, cerita, derita, bahagia dan segala rupa warna dan rasa. Sebahagian yang tinggal menunggu giliran untuk melalui peristiwa yang sama. Mungkin berbeza nama hari, bulan dan tahun, tetapi tetap sama pada keadaan dan peranan. Ia akan membawa lagi sebahagian dari kita pergi meninggalkan kehidupan dunia ini. Sehinggalah pada saat tamatnya bilangan terakhir, maka ketika itu berakhirlah kehidupan kita di dunia ini.

Walaupun saban waktu dan hari bilangan itu pergi tidak kembali lagi, tetapi ia tetap meninggalkan kesan pada bilangan yang masih ada. Kenangan, peristiwa, pengajaran dan bekalan yang dikutip oleh hari-hari semalam ditinggalkan untuk hari-hari mendatang. Adakala ia pahit, adakala manis, adakala kita membencinya, adakala kita menangisi kehilangannya dan adakala kita ingin melupai dan mengharapkan supaya bilangan itu tidak pernah wujud dalam diari kehidupan kita. Bilangan yang pergi dan datang jua menyimpan pelbagai rahsia setiap kita. Bukan semua babak lakonan setiap insan diketahui oleh orang lain. Sebahagian besarnya adalah rahsia kehidupan, hanya dia dan Tuhan. Beruntunglah insan yang rahsianya di sisi Yang Maha Esa lebih baik dari apa yang disangka oleh manusia.

Ramai yang seakan merasa segala kezaliman dan kekejamannya ke atas orang lain berakhir dengan berlalunya hari-hari dirinya dan orang lain. Segalanya dilupa. Tapi, kesan kesakitan dan luka yang ditinggalkan oleh hari-hari semalam tidak semestinya dilupai oleh yang dizalimi. Hari-hari yang pergi mewarisi luka-luka yang terpalit dalam memori. Si mangsa tidak lupa. Allah juga tidak lupa, akan hari pembalasanNYA. Samada pembalasan itu hadir dalam baki hari-hari duniawi yang masih tertinggal ataupun pada Hari Pembalasan yang sangat agung. Ataupun, pembalasan itu akan tiba dalam dua alam; dunia yang fana ini dan akhirat yang kekal abadi. Ataupun, Allah mengampunkannya atas ilmuNYA yang DIA Maha Tahu.

Hari yang pergi, jika ia kejelekan dan kotor hitam, kita diberi peluang untuk mengindahkan dan memutihkannya pada hari-hari yang masih berbaki. Adakala kejelekan itu tidak boleh diindahkan kembali melainkan melalui proses yang panjang. Adakala kekotoran dan kehitaman itu tidak boleh dicuci dan diputihkan dengan mudah. Mengambil masa yang lama dan memerlukan bahan pembersih yang banyak.
Ada kalanya pula, kita telah benar-benar membersihkannya namun oleh kerana warna hitam semalam terlalu kuat mempengaruhi pemikiran sebahagian orang, lantas mereka tetap menafikan warna putih, ataupun kain yang sudah kita bersih pada hari-hari yang berbaki. Mungkin mereka tahu hakikatnya telah suci, tapi masih ingin menafi atas sifat rakus insani. Ataupun, memang rupa jelek atau warna hitam semalam telah benar-benar membutakan mata dari melihat warna murni hari ini.
Namun, kita perlu yakin tanpa syak bahawa Allah benar-benar mengetahui segalanya. Dia Maha Mengetahui antara yang hitam dan putih, antara yang bersih dan kotor. Dia Mengetahui siapa hambaNYA yang bertaubat, siapa pula hambaNYA yang keras jantung hati. Penilaian Tuhan sentiasa adil tanpa kekurangan. Hari-hari yang baki memberi peluang insan membaiki diri. Bahkan dengan keikhlasan kepada Tuhan, kebaikan hari ini dapat memadamkan keburukan hari semalam.

Sebahagian manusia pula menyangka bahawa kemanisan hari-hari yang pergi akan terus diwarisi tanpa siapa yang dapat menghalangi. Tiba-tiba dia sedar, bahawa hari-hari yang berbaki tidak semestinya menjejaki warna-warna indah, ceria dan bahagia yang telah pergi meninggalkannya. Duka mengambil tempat suka, derita merampas hari-hari bahagia. Sekali lagi diingatkan agar insan sentiasa bersyukur atas apa yang telah diberikan dan memohonkan dikekalkan nikmat kurniaan. Disuruh kita membunuh rasa bongkak dan takabur atas kurnia nikmat, kerana segalanya mungkin saja bertukar. Senggara itu boleh menjelma dalam pelbagai rupa. Walaupun sang raja masih hidup di istana mewahnya, namun senggara boleh masuk dan mencabut gembira dan bahagia sekalipun dia masih berada atas singgahsana empuknya. Kepada Allah juga pengharapan dalam setiap detik kehidupan. Dia Yang Memberikan segala kurnia sebagai ujian untuk sebahagian hamba-hambaNYA.

Hari-hari yang pergi dengan penuh dengan tangisan dan kesedihan tidak semestinya mewarisi airmata derita dan wajah duka untuk hari-hari yang menjelma selepasnya. Tangisan dari sepasang mata mungkin terus mengalir pada hari yang berbaki, tetapi disebabkan gembira dan bahagia. Bukan lagi disebabkan sengsara. Hari-hari yang datang, tidak semestinya mencontohi lagi hari semalam. Bahkan derita semalam, memuncakkan kenikmatan apabila kebahgiaan menjelma pada hari ini. Siapakah penentu segalanya? Allah. Allah. Allah tiada tuhan melainkan Dia Yang Maha Menguasai segalanya. Maka jangan hairan wahai teman, jika anda melihat yang miskin bertukar menjadi kaya, yang sengsara bertukar bahagia. Juga jangan hairan, jika berlaku hal yang sebaliknya. Sesiapa yang bertawakal kepada Allah, akan dibukakan baginya pelbagai keajaiban yang tidak disangka.

Akhirnya kita akui bahawa, kita hanya bilangan hari. Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan detik dan waktu. Kita semua akan sampai pada saat bilangan detik yang terakhir. Di kala itu tamatlah segala drama dan babak-babaknya yang kita lalui di atas pentas dunia yang fana. Menunggu saat perhitungan Tuhan atas segala cerita yang kita lakonkan. Segala lenggang lenggok watak dan gaya kita, telah tamat dengan berakhirnya bilah terakhir yang pergi dan tiada yang datang lagi. Tiada subsidi waktu dan hari yang mampu diberikan oleh sesiapa pun. Segalanya kenangan bagi semua drama kehidupan. Tiada lagi teman, tiada lagi harta dan tiada lagi senyum tawa. Derita dan derita. Atau pun, tiada lagi derita, tiada lagi sengsara. Bahagia dan bahagia. Di kala itu kita akan hidup dalam bilangan hari yang tiada kesudahan, dan waktu yang tiada berbaki. Ya Allah! Ampunilah kami ini.
March 29, 2012
Kembara Ke Tempat Lama: Kenangan Dan Sayang
KEMBARA KE TEMPAT LAMA: KENANGAN DAN SAYANG
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)
Saya baru sahaja pulang ke UK setelah seminggu di Jordan. Bumi Jordan meninggalkan petanda besar dalam kehidupan saya. Apa tidaknya, di situlah saya mempelajari Bahasa Arab dan Shariah. Walaupun dahulu ada pihak yang hasad cuba menafikan bahawa saya memiliki pengajian far'i Shariah dari University of Jordan, namun dunia dokumen menafikan segala. Kadang-kala hasad dengki menjadikan kita kebingungan apakah yang dikehendaki oleh empunya penyakit itu.
Setelah 15 tahun meninggalkan University of Jordan, saya kembali melawat semula. Perasaan saya terbang bersama keindahan lampau. Namun, tempat kenangan tidak dapat mengembalikan keindahan, jika watak-watak kenangan sudah tiada lagi. Bahkan, berada di tempat kenangan mungkin hanya membangkitkan kesedihan apabila memikirkan kenangan yang tidak akan menjelma semula.

Gambar: Penulis Dalam University of Jordan
Saya melawat kuliah utama saya, Kuliah al-Adab dan juga kuliah far'i saya Kuliah Shariah. Alhamdulillah, semasa di kuliah Shariah saya ditakdirkan bertemu dengan sahabat lama saya Rayyan yang hari ini sudah bergelar Dr Rayyan dan menjadi pensyarah di situ. Dia menjemput saya makan tengahari bersama tetapi saya tidak sempat.
Demikian masa itu menukar manusia, dari seorang pelajar kepada seorang pensyarah. Hari-hari semalam setiap kita tinggalkan bersama pengetahuan dan pengalaman yang dikutip. Nilainya merujuk kepada bekalan yang berjaya dikumpulkan. Itu kekuatan dalam membentuk insan menghadapi realiti yang baru.
Guru-guruku
Insan yang paling saya ingin temui ialah guru saya Dr Salah 'Abd al-Fattah al-Khalidi. Dia seorang ilmuwan dalam tafsir dan lain-lain. Banyak karyanya dalam dunia ilmu. Dahulu dia imam di Masjid 'Abd al-Rahman bin 'Auf, Sweileh, Amman. Masjid tersebut memang bersejarah. Dr Abdullah 'Azzam pejuang Afghanistan yang syahid juga dari masjid itu.
Dulu, kami para pelajar yang dahagakan ilmu menghadiri kelas pengajian Dr Salah al-Khalidi di masjid. Dia ada kuliah tafsir tetap setiap pagi selepas solat fajar. Kami menikmati semangat perjuangannya yang tinggi. Khutbah-khutbahnya membakar semangat. Pernah polis mengepungnya untuk diambil tindakan.
Di masjid itu juga, kami mempelajari ilmu dari guru-guru lain yang handal-handal yang berjiwa pejuang terutama dua ahli Parlimen Jordan ketika itu Dr Hammam Sa'id dan Dr Abd al-Qadir Abu Faris. Dr Hammam mengajar hadis dan Dr Abu Faris dalam politik. Masjid itu sering panas dengan isu-isu semasa.
Saya agak rapat dengan Dr Salah al-Khalidi. Saya sering ke rumahya, bahkan sebelum pulang dia memberikan bukunya Qabasat Tarikhiyyah yang belum dicetak dan masih tulisannya kepada saya. Saya masih simpan naskah asal itu sehingga hari ini.
Saya menemui Dr Salah al-Khalidi, dia sudah bertongkat. Dia dibuang dari Masjid Abd al-Rahman 'Auf. Dia juga tidak dibenarkan meneruskan kuliahnya. Kini dia hanya boleh memberikan kuliah subuh tafsir ringkas di masjid lain di kawasan Sweileh itu iaitu Masjid Farid Khalil, sebuah masjid baru. Namun, dia bukan lagi imam dan khatib seperti dulu. Mungkin istilah tanpa tauliah tidak digunakan, namun dia tetap dihalang. Dia hanya boleh mengajar kuliah singkat subuh dan di universitinya sahaja.
Dia seperti semalam. Semangatnya tidak pudar. Dia berkata kepada saya 'kerajaan yang zalim menghalang kelas-kelas ilmunya'. Saya berjumpa beliau di masjid baru itu selepas solat fajar. Sedih juga melihat keadaannya. Malang sekali, saya terlupa membawa sesuatu untuknya sebagai kenangan dari saya. Itu kesilapan besar. Saya sayangkan beliau. Banyak yang saya pelajari dari beliau.
Demikian dalam hayat kita, ramai guru yang berjasa menyumbang ilmu dan pembentukan fikiran kita. Seseorang guru kita sayangi, walaupun tidak semestinya kita bersetuju dengan setiap bilah perkataannya. Guru yang jujur memberikan kesan yang dalam kepada jiwa kita. Jika ada yang kita tidak bersetuju dengan tindakan atau pendapatnya pun, tidaklah bererti kita melupai jasanya.
Sayang dan cinta, mempunyai ruang yang berbeza dari 'ikut semua yang guru kata'. Tidak bersetuju, bukan bererti tidak sayang. Bersetuju pula, tidak bererti sayang. Namun, mengasihi guru adalah faktor yang amat penting dalam pembentukan ilmu. Setiap orang akan sedar, ilmu yang paling mudah dipelajari, ialah apabila murid menyayangi gurunya.
Justeru itu, guru yang disayangi sering membawa pelajar cemerlang. Mudah masuk, mudah faham. Melihat wajah pun sudah mengembirakan perasaan. Kehadirannya dinanti, maka ilmunya mudah dinikmati. Jika guru dibenci, segala ilmunya menjadi pahit. Maka, murid hanya menunggu masa berhenti untuk guru meninggalkan ucapannya. Ilmu juga sukar dapat, tidak berkat.
Sebab itu, Islam menyuruh kita menyayangi guru yang paling agung, Rasulullah s.a.w. Cinta Rasul adalah asas agama ini. Ini kerana baginda sumber ilmu dan kebenaran. Ilmu dan kebenaran itu diambil dari baginda dengan penuh rasa cinta. Sesiapa yang membenci atau tidak menyayangi Rasulullah s.a.w maka segala ambilan ilmunya tidak bermakna dan berfungsi secara sepatutnya.
[image error]
Gambar: Penulis dan Dr Salah 'Abd al-Fattah al-Khalidi
Saya adalah insan yang amat kerdil untuk menceritakan tentang diri sendiri yang penuh dengan segala kelemahan. Namun, saya rasa saya sayangkan insan-insan yang berjasa membentuk ilmu dan fikiran saya. Saya masih terasa betapa nikmat semasa saya mencium dahi al-Syeikh Muhammad Salih ibn Uthaimin r.h. Beliau seorang yang amat soleh dan alim. Ratusan ribu muridnya. Ribuan manusia sering mengelilinginya.
Saya sayangkannya, walaupun beliau tidak kenal saya. Saya berdoa kepada Allah tentangnya. Banyak kali Allah rezekikan saya mencium dahinya. Pada tahun 2000, Allah rezekikan saya menjadi penterjemah semasa beliau berceramah kepada tetamu-tetamu haji yang tidak tahu bahasa Arab. Saya sempat berada di sisinya ketika itu, walaupun sebelum itu sering juga. Namun semasa tersebut, ruang lebih selesa dan lama.
Saya juga masih ingat ketika saya meminta guru sanad saya Maulana Zain al-'Abidin al-'Azami di Saharanfur India mendoakan saya. Saya rasa sayang kepadanya atas ilmunya. Semasa di berada dalam masjid, saya solat di sampingnya dan meminta beliau berdoa kepada saya. Beliau berdoa kepada saya dalam bahasa urdu, saya tidak faham, tapi saya yakin beliau doakan kebaikan saya. Amiin kata saya. Saya mencium beliau. Dia soleh dan alim. Pada tubuhnya yang uzur, terlihat tanda ikhlas seorang guru. Saya bukan orang soleh, tapi saya sayang orang soleh. Mudah-mudahan Allah ampunkan saya, dan dapat saya memperolehi syafaat mereka.
Apabila kita mencintai guru, kita mencintai ilmu. Apabila kita mencintai ilmu, kita wajar mencintai guru. Keikhlasan guru dilihat pada jihad ilmunya. Memang, keikhlasan itu dalam pengetahuan Allah, namun sering tandanya hadir dalam kehidupan insan. Ilmu bukan semata untuk wang. Ilmu yang dicurah kerana wang semata akan lesu ruhnya. Inilah yang sering berlaku kepada sebahagian guru-guru di university dan sekolah pada hari ini. Tidak dinafi, ramai juga yang ikhlas. Di Jordan, saya tidak lupa Dr Mu'iz Hariri, Dr Amin Qudah, Dr Sharaf Qudah, Dr Umar Ashqar dan lain-lain. Saya sayangkan mereka semua. Tentu saja saya amat sayangkan sahabat dan guru PhD saya Prof Dr Muhammad Abul Laits al-KhairAbdi.
Kedai Kitab
Saya pergi melawat beberapa kedai buku di Amman. Semasa pelajar, kedai kitab merupakan antara menu utama hidup. Saya pergi ke kedai buku Dandis, Amman. Sebelum sampai saya berfikir apakah Muhammad Dandis masih ingat saya dan nama saya. MasyaAllah, apabila sampai beliau masih ingat saya yang telah 15 tahun tidak datang ke kedainya. Bahkan apabila ada orang bertanya tentang kitab tulisan saya Sabab Wurud al-Hadith, dawabit wa ma'ayir, beliau menunjukkan ke arah saya: 'itu penulisnya'. Beliau memberitahu saya bahawa ada empat orang pengunjung setia kedainya yang beliau tidak lupa; Prof Zulkifli Yusuf (UM) yang dulu belajar di Jordan, saya, seorang pelajar Bosnia dan seorang pelajar Korea.
Bau kedai kitab menggamit kenangan masa belajar. Banyak kitab baru yang muncul. Kitab bagaikan bukit yang tersusun. Bandar Amman itu sendiri ada pelbagai kedai kitab. Namun saya juga tertanya, Bandar Amman itu kelihatan kotor dan tidak tersusun. Manusianya susah dan serabut wajah mereka. Apakah peranan timbunan kitab-kitab jika gagal untuk mengubah kehidupan manusia? Apakah buku sekadar penghias bahasa orang ilmuwan, ataupun hiasan dinding rumah dan perpustakaan namun berfungsi mengubah pemikiran dan kehidupan? Segala falsafah dan likuk-pikuk perbahasan agama, ke mana akan pergi akhirnya? Penyedap bicara? menghabis wang manusia membayar harga kutub khanah? sedang khazanah ilmu itu gagal mengubah segala derita dan kemunduran umat.
Jika penulisan di Barat banyak yang berjaya membentuk polisi politik dan kehidupan yang mereka impikan, sejauh manakah pulak impak tulisan agama dalam masyarakat Arab? Nyata bahawa 'Arab Spring' itu satu keperluan untuk umat Arab.

Gambar: Penulis dan Muhammad Dandis kedai kitab.
Peranan Mahasiswa
Akhirnya, saya berterima kasih kepada pihak Kedutaan yang menyambut kedatangan saya dengan mesra. Para pelajar di Irbid yang memeriahkan ceramah-ceramah saya dengan kehadiran mereka. Sambutan kepada saya yang mesra dan memberangsangkan amat dihargai. Hari ini saya rasa fikiran pelajar di Jordan sudah banyak yang merdeka. Merdeka dari kongkongan kerajaan dan pembangkang. Bebas menentukan pendirian. Berani bersuara Itulah harapan kepada jenerasi baru jika kita ingin melihat mahasiswa berfungsi.

Gambar: Penulis berucap kepada pelajar yang memenuhi dewan besar University Yarmouk.
Seorang ahli politik yang ada kaitan dengan agama datang melawat pelajar Jordan sebelum itu dan menyatakan betapa pelajar terhutang budi kepada kerajaan dan mesti menyokong dasar-dasar kerajaan. Lalu diungkit jasa seakan 'wang yang diberi terbit dari poket menteri'. Bahasa yang seperti itu menunjukkan betapa pengucapnya membodohkan pendengar. Betapa rendahnya nilai mahasiswa pada matanya.
Saya 'menghasut' pelajar untuk membebaskan diri dari fanatik kumpulan politik atau selainnya, sebaliknya menentukan pendirian sendiri setelah membaca, mengkaji dan berfikir. Itulah asas kehidupan ahli ilmuan selaras dengan firman Allah: (maksudnya):
"Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta akal, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya".(Surah al-Isra ayat 36).
March 22, 2012
Apa Yang Saya Lalui Tentang Yahudi
APA YANG SAYA LALUI TENTANG YAHUDI
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)
Semalam (21 Mac 2012) saya bermusafir dari UK ke Jordan. Saya hadir memenuhi undangan para pelajar Malaysia di sini. Ada seminar yang sedang berlangsung. Sebanyak empat sessi untuk saya. Asalnya, saya macam 'berusaha' untuk tidak memenuhi undangan yang datang dari pelbagai pihak sepanjang berada di Oxford kerana ingin menumpukan kepada tugasan saya.
Pelbagai jemputan khususnya dari para pelajar dan masyarakat Malaysia dari Eropah, saya masih tangguhkan. Saya pernah berkata kepada beberapa sahabat 'rasanya jemputan yang saya dapat melebihi hari-hari yang ada'. Tapi, saya terima undangan dari Jordan, sekalipun jauh selama 5 jam penerbangan. Sedangkan saya baru sahaja selesai ibadah umrah beberapa hari lepas di Mekah.
Saya datang juga kerana di sini tempat saya belajar dahulu. Saya ingin mencium bau padang pasir dan udaranya yang telah lama saya tinggalkan. Saya ingin menikmati 'maqlubah', kunafah, mansaf dan lain-lain hidangan Jordan. Namun lebih penting, saya rindu ingin melihat wajah guru-guru saya. Kata orang melayu 'tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain'.
Saya pulang dari Jordan pada 1995, setelah hampir 5 tahun berada di sini. Saya belajar ijazah pertama Bahasa Arab dan Shariah di University of Jordan. Pulang ke Malaysia ketika usia masih 20an. Kini baru saya datang semula setelah saya menjejak kaki ke atas pelbagai benua dan negara.
Jika para imam yang agung dan besar seperti al-Imam al-Syafi'i itu berubah pandangan dan pendapat setelah melalui pelbagai kembara, sudah pastilah insan yang kerdil seperti saya terdedah kepada perubahan. Namun, kesan dan pengaruh pengalaman mewarnai banyak perkara dalam hidupan.
Isu Yahudi
Di Malaysia sekarang timbul isu yahudi. Sesiapa yang pernah hidup di Jordan terutama pada era saya berada dahulu yang mana Perang Teluk memuncak, akan tahu betapa Israel dan Yahudi menjadi 'zikir' bicara setiap rakyat Jordan. Kedudukan Jordan yang bersempadan dengan Israel dan jumlah orang Palestin yang memenuhi pelbagai ruang di negara ini menjadikan isu Palestin sentiasa segar.
Di sinilah saya mengikuti pelbagai aktiviti yang kesemuanya ke arah pembebasan Palestin dan penghapusan yahudi. Demonstrasi, khutbah, ceramah, nasyid, syair dan segala pementasan seni dan segala berasaskan isu Palestin dan Israel. Guru-guru saya di masjid seperti as-Syeikh Dr Salah 'Abd al-Fattah al-Khalidi, as-Syeikkh Dr Hammam Said, as-Syeikh Dr Muhammad Abu Faris dan lain-lain merupakan lambang rakyat dalam menentang Yahudi.
Di universiti juga demikian. Kawan-kawan arab ramai yang bersemangat jihad. Kadang-kadang kami ponteng kelas kerana menyertai demonstrasi anti-yahudi. Sehingga saya terfikir untuk pergi berperang di Palestin dan mati syahid di sana. Usia yang teramat muda, yang baru sahaja meninggalkan alam remaja ketika itu menjadikan segala slogan-slogan itu berkobar terbakar dalam darah dan perasaan. Apa tidaknya, nasib Palestin dan kekejaman Yahudi yang disaksikan saban hari.

Di Jordan inilah kami menghafal slogan-slogan bersemangat menentang Yahudi. Dalam demonstrasi, slogan-slogan seperti Khaibar, Khaibar Ya Yahud, Jaisyu Muhammad saufa ya'ud (Khaibar! Khaibar! wahai Yahudi! Tentera Muhammad akan kembali) berkumandang di sana sini. Lirik-lirik nasyid juga penuh dengan isu Yahudi. Kami menghafal dan mendendangkannya. Maka Yahudi isu asas di sini. Bak kata guru-guru kami; kerana Yahudi itu isu asas, maka Surah al-Isra ataupun Bani Israil itu berada paling tengah al-Quran.
Yahudi di Barat
Apabila saya melawat Berlin, Jerman pada tahun 2009, saya melihat gambaran yang lain cuba diberikan. Yahudi dilihat sebagai mangsa kekejaman Hitler. Dibuat memorial khas untuk mengenang Yahudi yang menjadi mangsa pembunuhan di Eropah. Walaupun banyak yang boleh dipersoalkan.
Apabila saya ke Oxford sekarang, saya mendapati betapa ramai penulis muslim di Barat membincangkan mengenai Yahudi di sudut ia sebagai salah satu agama tanpa isu Palestin. Maka Yahudi dilihat sebagai agama seperti agama Kristian. Emosi Palestin tidak berperanan.
Sementara di pihak sebahagian penulis dan media Barat pula menjadikan isu Israel itu sebagai asas dalam menilai seseorang tokoh muslim. Sesiapa yang tidak mengiktiraf Israel tidak akan mendapat redha Barat sekalipun dia seorang pemikir yang hebat. Sehebat mana pun ilmunya, seluas mana pun toleransi dan keterbukaannya dengan pihak yang lain, namun jika dia tidak mengiktiraf Israel, maka dia tidak akan digolongkan dalam 'moderate muslim'. Ini persis seperti yang disebut oleh Louay Safi dalam artikelnya Reflection on Ijtihad and Moderate Islam, kata beliau:
"I would, rather, underscore an important point: The effort to dismiss authentic Muslim voices when they express views critical of American foreign policy or Israeli policies in the West Bank and Gaza violates the essence of democratic politics. We must all recognize that efforts to intimidate and marginalize voices critical of Israel and American foreign policy are anti-democratic and extremist.
Therefore, I fully agree with Graham Fuller that the term moderate Muslim is subject to an unrealistic litmus test regarding views on Israel that excludes the majority of serious Muslims voices, thereby dismissing potential interlocutors. I would add that such isolation tactics work both ways in a world in which the United States increasingly finds itself unable to sustain its unilateralist approach to world politics".
Maka, disebabkan hal inilah yang menyebabkan sebahagian tokoh-tokoh muslim tidak mahu atau tidak mampu mengkritik Israel. Hakikatnya, jika seseorang tokoh muslim itu takut mengkritik Israel dan dasar luar Amerika, dia sebenarnya gagal menghayati asas demokrasi yang sepatutnya dipertahankan. Juga tipis nilai ukhuwwah islamiyyahnya.
Yahudi Dan Islam
Yahudi sebenarnya bukan seperti agama lain. Yahudi itu agama dan keturunan. Itulah yahudi yang asal. Seperti mana yang saya tegaskan bahawa Islam adalah agama yang menghormati semua keturunan manusia. Islam tidak menghukum seseorang disebabkan keturunannya. Tidak mungkin Allah menghukum ciptaanNYA, yang bukan pilihan makhluk yang dicipta itu.

Keturunan bukan pilihan seseorang. Juga, Islam juga tidak memaksa orang menganut Islam dan memerangi serta menghukum hanya kerana perbezaan agama. Demikian seseorang yahudi tidak boleh dihukum hanya kerana dia berketurunan yahudi atau beragama yahudi. Permusuhan berlaku antara masyarakat Yahudi dan Nabi s.a.w dalam sejarah disebabkan sikap permusuhan mereka terhadap Islam, bukan keturunan mereka.
Maka, permusuhan umat Islam dan Yahudi pada hari ini juga sepatutnya atas isu kekejaman mereka di Palestin. Sesiapa dalam kalangan Yahudi yang tidak terlibat, maka dia tidak dimusuhi.
Dalam sejarah Nabi s.a.w; baginda mempunyai isteri yang merupakan seorang yahudi iaitu Safiyyah binti Huyai. Sahabat Nabi s.a.w yang dianggap ilmuwan 'Abdullah bin Salam, juga seorang yahudi. Baginda Nabi s.a.w dalam urusan muamalat pernah menggadai barang kepada yahudi. Baginda juga menziarahi Yahudi yang sakit.
Ini menunjukkan kita boleh berbuat baik kepada Yahudi atas dasar persahabatan yang tidak mengkhianati Islam atau atas asas dakwah. Bahkan Al-Quran dalam Surah al-Maidah membenarkan perkahwinan dengan wanita yahudi dan kristian yang dikategori sebagai Ahlul Kitab.
Maka, seseorang Yahudi ataupun Negara Yahudi ditentang kerana permusuhan mereka. Sementara Yahudi di tempat lain yang tidak menzahir permusuhan kepada umat Islam, tidak wajar dimusuhi. Emosi tidak membolehkan menghukum yang tidak bersalah, dan juga tidak boleh membiarkan kezaliman ke atas yang pihak yang lain. Firman Allah:
"Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim". (Surah al-Mumtahah, 8-9)
Juga perlu kita tahu, al-Quran menyatakan bahawa kecenderungan Yahudi dan penyembah berhala memusuhi Islam lebih besar dibandingkan orang Kristian. Orang Kristian disifatkan lebih lunak kepada orang Islam dibandingkan Yahudi dan musyrikin. Firman Allah:
"Demi sesungguhnya engkau (Wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang paling dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Bahawa kami ini orang-orang Nasrani" yang demikian itu, disebabkan antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak sombong" (Surah al-Maidah: 82).
Pun begitu, Islam hanya bertindak apabila terbukti. Sesiapa yang tidak menzahirkan tindakan permusuhan maka dia tidak dimusuhi sekalipun dia Yahudi. Dalam sejarah Yahudi, The Golden Age of Judaism itu di Spain ketika di bawah pemerintahan umat Islam. Sedangkan di Eropah pada masa dahulu, Kristian sering memandang buruk dan jahat terhadap Yahudi disebabkan perangai mereka. Sebab itu mereka terpaksa hidup di sebalik tembok ghetto.
Rekod Yahudi yang buruk itu menjadikan mereka sering dimusuhi di serata tempat dan Hitler itu hanya salah satu manifestasi dari kebencian tersebut. Namun, Islam yang tulen hanya menghukum berdasarkan kesalahan yang dizahirkan.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
