Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 182
May 30, 2022
Bantuan Kewangan Secara One Off Didik ANIS 2022
Untuk Makluman! Bantuan ini khusus untuk insitusi yang bergerak di negeri Selangor sahaja! Insiatif ini merupakan salah satu bantuan dari kerajaan negeri Selangor yang disalurkan melalui Yayasan Wanita Anak Selangor YAWAS
Baca Juga: Permohonan Bantuan Kewangan Pelajar OKU & Pendidikan Khas IPT
Dokumen di PerlukanBorang Profil lengkap Institusi Pendidikan Anak Istimewa (borang yang diisi di website)Salinan sijil pendaftaran pertubuhan/sijil pendaftaran dengan undang-undang tubuh yang disahkan oleh Pendaftar Pertubuhan/ Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).Senarai nama dan sijil petugas Institusi.Senarai nama pelatih/kanak-kanak beserta umur, nombor kad pengenalan dan jenis kecacatan/kurang upaya/permasalahan.Cara PermohonanPermohonan hendaklah dibuat secara atas talian di laman sesawang >> www.anisselangor.com/didikanis Pemohon diminta untuk muat turun borang yang diisi di website dan lampirkan bersama dokumen sokongan seperti yang dinyatakanPenghantaran dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses.Borang permohonan dan dokumen boleh dihantar secara fizikal di alamat berikut:Pusat ANIS, East Entrance, Lot G26-28 ,
Tingkat G Bangunan IDCC,
Jalan Pahat L 15/L, Seksyen 15,
40200 Shah Alam, Selangor
Pembayaran akan dibuat terus ke akaun agensi yang memohon
Maklumat LanjutAnda boleh layari website https://www.anisselangor.com/ atau hubungi talian 03-55453170
Jawatan Kosong Di Telekom Malaysia (TM) – Pelbagai Jawatan Menarik!
Permohonan Jawatan Kosong di Telekom Malaysia (TM) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. Clerk (ERU)
2. Clerk Account Receivable & Billing Unit
3. Clerk Credit Management Unit
4. Clerk Procurement
5. Assistant Manager Security Operation Center (SOC) Shift 2
6. System Analyst, MPU
7. Technician – Mechanical
8. Technician – Residential Unit
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Telekom Malaysia (TM).
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
Jawatan Kosong Di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) – Mohon Sekarang!
Permohonan Jawatan Kerajaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. Executive, Project Monitoring
2. Executive, DevOps Enterprise Services
3. Manager, DevOps Enterprise Services
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
Jawatan Kosong Di CIDB Holdings – Minima SPM!
Permohonan Jawatan Kosong di CIDB Holdings dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. Pembantu Eksekutif
Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : 03 Jun 2022 (Jumaat)Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/STPM/SPM/elayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di CIDB Holdings.
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
May 29, 2022
Khai Bahar Nafi Beli Undi Demi Anugerah
Penyanyi popular Malaysia , Khai Bahar yang telah dinobatkan sebagai Top Top MeleTOP Lelaki pada Anugerah MeleTOP Era 2021 (AME2021) buat kali ketiga yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, malam tadi.
Khai Bahar 28, mengakui dirinya tidak pernah terbabit dalam sebarang aktiviti semasa pengundian yang mana perkara tersebut hanya dilakukan oleh kelab peminatnya iaitu Khai Bahar Empire.
Malah hingga kini , Khai telah banyak tercalon dalam pelbagai anugerah dan berjaya memenangi banyak anugerah dalam acara hiburan yang mencalonkan dirinya.
Nama Khai Bahar mulai dikenali menerusi aplikasi nyanian smule yang pernah popular pada suatu ketika dulu dan mendapat gelaran King of Smule daripada peminatnya dan mempunyai sejumlah pebgikut yang banyak di akaunnya.
Dia mempunyai kelompok penyokong yang ramai , yang bukan sahaja berada di Malaysia malah di Brunei, Hong Kong, Indonesia, Singapura dan Thailand.
Sehinggakan dalam tempoh 5 tahun dalam bergelar anak seni dirinya telah meraih 40 anugerah iaitu dari Anugerah MeleTOP ERA (2017 – 2020), Anugerah Bintang Popular Berita Harian (2017 – 2021), Anugerah Planet Muzik (2017 & 2018), Top Hot HOT FM (2017) dan Anugerah Digital Muzik ERA (2018 & 2019).
Berkongsi tentang pencapaiannya itu , Khai Bhai mengakui dirinya tidak pernah mencampuri urusan atau aktiviti pengundian dilakukan oleh kelab peminatnya, Khai Bahar Empire selama ini.
Namun merasa sangat terharu kerana mempunyai kelab peminat yang sentiasa menyokong kerjaya seninya daripada mula sehingga kini tanpa jemu .
“Saya memang tak pernah suruh mereka (Khai Bahar Empire) agar terus menghantar undian buat saya sehingga menang dalam apa saja majlis anugerah dicalonkan. Semuanya hasil daripada kesungguhan mereka sendiri yang sentiasa mahu melihat saya menang. Terima kasih diucapkan pada mereka,”
“Saya pun tidak sangka mendapat sokongan padu yang sebesar ini daripada kelab peminat yang sentiasa bersungguh menyokong kerjaya seni saya sejak dari dulu lagi. Di antara kami, sangat saling menyayangi dan menghargai,” selorahnya lagi.
Dek kerana kesungguhan dan kerja keras daripada kelab peminatnya itu , Khai mengatakan bahawa dirinya sering berjumpa dan menghiburkan ahli kelab tersebut dengan aktiviti bersama dan nyanyian secara percuma .
“Saya juga tidak pernah menghulur dana kepada kelab peminat untuk mereka membeli undian. Kemenangan yang saya peroleh ini telus dan ikhlas daripada undian mereka kerana sayang dan terus menyokong saya,”
“Saya ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Khai Bahar Empire di atas kasih sayang diberikan. Terima kasih juga kerana selalu menyokong kerjaya saya tanpa jemu,” jelasnya lagi.
pada malam tersebut , Khai membawa pulang anugerah utama, Top Top MeleTOP Lelaki dan dua lagi trofi lainnya iaitu dua kategori Penyanyi MeleTOP dan Program MeleTOP.
Program Selangor Saring Tawar Pemeriksaan Awal Penyakit Kronik
Program Saring Selangor ditawarkan oleh Kerjaan Selangor bakal memberikan manfaat kepada 39 ribu penduduk di Selangor.
Pengumuman ini dibuat melalui Belanjawan Selangor 2022 di mana sejumlah RM 3.4 juta akan dibelanjakan bagi tujuan ini.
Program saringan kesihatan ini membolehkan individu menjalani rawatan penyakit sedari awal sekaligus membantu meningkatkan peluang seseoran individu itu untuk sembuh.
Melalui program ini, penduduk Selangor yang layak dapat menjalani saringan kesihatan bagi tiga kategori penyakit berikut:
Penyakit tidak berjangkit termasuklah penyakit jantung, kencing manis, darahtinggi dan buah pinggang.Penyakit kanser termasuklah kanser kolorektal, prostat, serviks dan payudara.Penyakit berkaitan mata seperti rabun, glaukoma dan retina.
Baca juga:
Bantuan Sihat Selangor Mohon Secara Online 2022Jom Mohon Program Rumah PPRT 2022 Dengan MudahTarikh Permohonan Dibuka:Permohonan boleh dibuat di aplikasi SELANGKAH mulai 6 Mei 2022.
Kategori Penyakit:Berikut merupakan jenis-jenis penyakit yang difokuskan:
Kategori A: Penyakit Tidak Berjangkit:
Jantung.Darah Tinggi.Kencing Manis.Buah Pinggang.Kategori B: Kanser:
Kolorektal.Prostat.Serviks.Payudara.Kategori C: Mata:
Rabun.Glaucoma.Retina.Syarat Kelayakan:Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan untuk memohon:
Program ini adalah untuk individu-individu yang mempunyai faktor-faktor risiko seperti sejarah keluarga, berat badan berlebihan, faktor keturunan dan lain-lain.Program ini juga boleh disertai oleh mereka yang masih belum dikenalpasti oleh doktor mempunyai penyakit yang dinyatakan.Cara Permohonan:Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:
Langkah 1: Layari laman sesawang Selangor Saring.
Langkah 2: Pilih Daftar.
Langkah 3: Masukkan nombor telefon untuk mendaftar.
Langkah 4: Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
Langkah 5: Selesai.
Maklumat Lanjut:Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang portal Selangor Saring atau hubungi di talian Hotline Selcare 1-800-22-6600.
Sindiket Penyamaran SPA Aktif Tawar Perkhidmatan Berbayar
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menafikan penglibatan dalam penawaran perkhidmatan berbayar kepada mana-mana individu untuk dilantik ke dalam perkhidmatan awam.
Laporan polis berhubung tuduhan tersebut juga telah dibuat.
Menurut kenyataan itu, sindiket penyamaran menggunakan platform dalam talian iaitu Telegram sebagai modus operandi untuk memperdayakan mangsa-mangsa mereka.
Baca juga:
Bekalan Ayam Segar Kian BerkurangKadar Pengangguran Di Malaysia MenurunSindiket Penyamaran:SPA membuat penjelasan itu selepas menerima aduan mengenai sindiket penyamaran sebagai ahli dan pegawai pengurusan tertinggi suruhanjaya itu yang menawarkan perkhidmatan berbayar kepada orang awam untuk dilantik ke dalam perkhidmatan awam.
“Sindiket penyamaran ini dikesan aktif dalam platform media sosial Telegram dengan menggunakan nama serta gambar ahli dan pegawai pengurusan tertinggi suruhanjaya untuk memperdayakan mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.
Tiada Sebarang Bayaran Dikenakan:Tambah kenyataan tersebut, SPA memberi peringatan dan menasihatkan kepada semua calon supaya berwaspada dan tidak terpedaya dengan jerat sindiket penyamaran itu.
“Calon boleh terus memohon melalui sistem SPA9 kerana tiada sebarang bayaran dikenakan bagi permohonan kemasukan ke perkhidmatan awam,” ujarnya.
Sumber: ASTRO AWANI
Jom Mohon Program Rumah PPRT 2022 Dengan Mudah
PPRT ialah Program Perumahan Rakyat Termiskin yang diwujudkan untuk meningkatkan kualiti kehidupan keluarga miskin dan miskin tegar di Malaysia. Jangan Lepaskan Peluang ini!
Tujuan PPRT ini diperkenalkan adalah untuk membaik pulih atau membina rumah baru untuk keluarga miskin yang berkelayakan bagi meningkatkan kualiti kehidupan serta mempunyai tempat kediaman yang lebih selesa.
Baca juga: Mohon Pinjaman Rumah Dengan Mudah SJKP Tanpa Slip Gaji
Golongan Yang LayakBerikut adalah beberapa golongan yang layak untuk menerima bantuan PPRT ini :
Orang Kurang Upaya – OKUMangsa bencana alam yang berskala kecilWarga EmasBapa atau Ibu Tunggal yang mempunyai tanggungan keluarga yang ramaiKeutamaan perlaksanaan Program ini adalah kepada daerah dan negeri yang mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi
Kategori RumahTerdapat 2 kategori dan jenis rumah yang disediakan bagi Program PPRT ini :
1) Baik Pulih Rumah
2) Bina Baru Rumah
Cara MohonSila ikuti langkah-langkah untuk membuat permohonan Bantuan Rumah PPRT 2022 seperti dibawah:
Sila Layari Portal Rasmi eSPKR di pautan https://espkr.rurallink.gov.my/v1/online/Klik Pada “Program Perumahan Rakyat Termiskin” di laman utamaAnda Perlu Lengkapkan maklumat yang diperlukan dengan betul di ruangan yang telah disediakan.Kemudian klik pada ”Hantar Permohonan”Maklumat LanjutUntuk maklumat lanjut mengenai Program Rumah PPRT, boleh hubungi : 03 8000 8000
Bantuan Sihat Selangor Mohon Secara Online 2022
Jom Mohon! Bantuan Sihat Selangor merupakan satu inisiatif kerajaan dalam memberikan bantuan rawatan kesihatan bagi rakyat Selangor yang kurang berkemampuan.
Jenis BantuanBerikut adalah jenis bantuan yang diberikan dalam program ini.
Dialisis Buah PinggangPemohon atau pesakit buah pinggang yang berkelayakan boleh mendapatkan rawatan dialisis di pusat hemodialisishospital kerajaan atau swasta.Bayaran bantuan akan dibayar secara terus ke hospital tersebut bagi pemohon yang berjaya mendapatkan bantuan.Katarak MataKatarak mata atau bular merupakan sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun serta
menjejaskan penglihatan seseorang yang boleh menyebabkan buta sekiranya lewat atau tidak dirawat.PembedahanBantuan bagi pembedahan pula meliputi kos pembedahan atau pembelian peralatan atau kedua-duanya sekali.Pembedahan yang ditanggung hanyalah pembedahan yang dijalankan di hospital kerajaan sahaja.Kaki PalsuPemohon yang berkelayakan khususnya golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang tidak berkemampuan boleh
membuat permohonan pembelian peralatan mahupun kos rawatan pesakit.Lain-lain permohonanPemohon juga boleh membuat permohonan peralatan dan lain-lain jenis rawatan yang dijalankan di hospital kerajaan.
Baca Juga: Bantuan Ibu Bersalin
Tarikh TutupTarikh tutup permohonan adalah sebelum 31 Oktober untuk setiap tahun. Setiap pemohon hanya boleh membuat permohonan sekali sahaja pada setiap tahun.
Syarat KelayakanBagi rakyat negeri Selangor dan penduduk yang telah bermastautin boleh memohon sekiranya memenuhi syarat kelayakan dan permohonan di bawah:
Pemohon mestilah merupakan Rakyat Negeri Selangor atau sedang bermastautin di Negeri Selangor lebih daripada 10tahun (mendapat pengesahan daripada Ahli Parlimen / ADUN / Penghulu / Ketua Kampung / JKKK Kampung / Ketua
Penduduk / Ketua Komuniti)Mempunyai pendapatan seisi rumah RM3,000.00 ke bawahKeutamaan diberikan kepada pemohon yang tidak menerima sebarang bantuan daripada mana-mana program atau
organisasiKeutamaan juga diberikan kepada pemohon yang memiliki tanggungan yang ramai, ketua keluarga yang telah meninggal,
ahli keluarga yang sakit atau golongan Orang Kurang Upaya (OKU)Pemohon mesti mendapatkan rawatan untuk katarak mata, pembedahan kecil dan lain-lain rawatan perubatan di hospital
kerajaan sahajaBagi permohonan bantuan pembedahan kecil dan katarak mata, pemohon perlu membuat permohonan sebulan lebih awal
daripada tarikh pembedahan berlansungSebarang tuntutan bayaran dan tunggakan ke atas sesuatu bil rawatan yang telah dibayar tidak akan dipertimbangkan
Permohonan mengenai Kos Perjalanan dan Sumbangan Kewangan tidak akan dipertimbangkan
Pemohon atau ahli keluarga yang merupakan kakitangan kerajaan atau penjawat awam tidak akan dipertimbangkan.
Cara MemohonSekiranya anda memenuhi syarat kelayakan di atas, boleh di pautan berikut:
Maklumat LanjutTelefon : 03-55447453 / 7628Emel : sihatselangor@selangor.gov.myBekalan Ayam Segar Kian Berkurang
Kebelakangan ini, kecoh tentang bekalan ayam habis.
Peniaga ayam di Pasar Besar Jerantut mendakwa mereka tidak memperoleh bekalan ayam hidup sejak Selasa lalu kerana pembekal memaklumkan stok ayam tidak mencukupi.
Seorang peniaga ayam, Rosdi Omar, 55, berkata bekalan ayam segar mula sukar didapati sejak Selasa dan Rabu minggu lalu, peniaga mendapat sedikit bekalan, tetapi tidak cukup untuk pembeli malah saiz ayam yang dibekalkan juga kecil.
Baca juga:Fungsi Terbaharu Maybank Pengeluaran Tanpa KadKadar Pengangguran Di Malaysia MenurunTidak Menerima Bekalan Ayam Segar:Seorang peniaga ayam segar yang enggan namanya disiarkan berkata, semalam dia tidak menerima bekalan dan menerima sedikit bekalan pada hari ini, tetapi tidak lebih 50 peratus bekalan ayam.
“Selalunya saya terima bekalan kira-kira 500 ekor tetapi hari ini hanya terima tidak sampai 250 ekor, begitu juga penjual ayam yang lain.
“Di pasar ini ada tujuh pintu gerai dan bagi mengelakkan perebutan antara pembeli, kami terpaksa menutup gerai dan menghantar kepada pelanggan tetap sahaja, terutama kedai makan,” katanya.
Peniaga Merayu Isu Diatasi Segera:Katanya, biasanya peniaga menerima purata 500 ekor setiap hari tetapi sekarang tidak sampai separuh bekalan diterima dan ada gerai langsung tidak menerimanya.
“Saya turut menghubungi rakan penjual ayam di daerah lain seperti Lipis dan Bentong dan mereka turut mengalami keadaan sama, malah penjual ayam di daerah Kuantan juga mahu mendapatkan bekalan dari Jerantut.
“Kami penjual ayam di daerah ini merayu agar isu bekalan ayam daging dapat diatasi segera demi kesejahteraan rakyat Malaysia, dan memohon maaf kepada pembeli di daerah ini kerana tidak dapat membekalkan ayam segar seperti biasa, ” katanya.
Seorang pembeli yang ditemui, Shaharuddin Hasim, 48, berkata dia terkejut apabila mendapati semua gerai menjual ayam di Pasar Jerantut ditutup hari ini.
Tinjauan di beberapa pasar raya di bandar ini turut menghadapi masalah sama dan mendapati tiada ayam segar berada di bahagian kaunter jualan ayam.
Sumber: BERITA HARIAN
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
