Sindiket Penyamaran SPA Aktif Tawar Perkhidmatan Berbayar
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menafikan penglibatan dalam penawaran perkhidmatan berbayar kepada mana-mana individu untuk dilantik ke dalam perkhidmatan awam.
Laporan polis berhubung tuduhan tersebut juga telah dibuat.
Menurut kenyataan itu, sindiket penyamaran menggunakan platform dalam talian iaitu Telegram sebagai modus operandi untuk memperdayakan mangsa-mangsa mereka.
Baca juga:
Bekalan Ayam Segar Kian BerkurangKadar Pengangguran Di Malaysia MenurunSindiket Penyamaran:SPA membuat penjelasan itu selepas menerima aduan mengenai sindiket penyamaran sebagai ahli dan pegawai pengurusan tertinggi suruhanjaya itu yang menawarkan perkhidmatan berbayar kepada orang awam untuk dilantik ke dalam perkhidmatan awam.
“Sindiket penyamaran ini dikesan aktif dalam platform media sosial Telegram dengan menggunakan nama serta gambar ahli dan pegawai pengurusan tertinggi suruhanjaya untuk memperdayakan mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.
Tiada Sebarang Bayaran Dikenakan:Tambah kenyataan tersebut, SPA memberi peringatan dan menasihatkan kepada semua calon supaya berwaspada dan tidak terpedaya dengan jerat sindiket penyamaran itu.
“Calon boleh terus memohon melalui sistem SPA9 kerana tiada sebarang bayaran dikenakan bagi permohonan kemasukan ke perkhidmatan awam,” ujarnya.
Sumber: ASTRO AWANI
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
