Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 178

June 3, 2022

Tempat Menarik Di Shah Alam 2022

Tempat Menarik di Shah Alam terkini bagi tahun 2022. Admin yakin, kebanyakan daripada anda pasti pernah menjejakkan kaki ke Shah Alam ,bukan? Samada untuk tujuan kerja, menziarahi keluarga/sahabat, atau saja-saja berjalan ke sini. Bagi yang ingin ke Shah Alam tetapi tidak pasti ke manakah harus anda lawati, jom admin cadangkan tiga tempat best.

Baca juga:  Tempat Menarik di Alor Setar

 

1. ATV Ride Shah AlamKredit: mdfaiez84

Penggemar aktiviti lasak boleh berkunjung ke Skytrex Shah Alam yang terletak di Taman Botani Negara,  Shah Alam, Seksyen 8. Aktiviti menunggang ATV ini adalah suatu pengalaman eko yang sangat sempurna bagi anda yang teringin untuk alami suasana alam sekitar yang benar-benar asli.

Yang penting, dengan cara yang tersusun, berisiko rendah dan juga fleksibel. Terdapat tiga route atau pakej yang boleh anda pilih untuk menunggang ATV di sini.

Route A (Durasi 1 jam)

Jika anda memilih route ini, anda akan melalui kawasan ladang kelapa sawit, ladang tebu, ladang nenas dan akhirnya Dataran Ezzy.

Route B (Durasi 2 jam)

Route yang berdurasi lebih kurang 2 jam ini juga dimulai dengan laluan ladang kelapa sawit, ladang tebu, ladang nenas, dan beza dengan route A, route B ini akan diakhiri dengan aktiviti ‘Bird Watch’ di pinggir sungai Klang.

Route C (Durasi 3 jam)

Route ini adalah untuk mereka yang inginkan jalan yang mencabar. Pastikan anda benar-benar fit untuk melalui jalan  ini. Anda akan memulakan perjalanan dengan melalui ladang kelapa sawit, kemudian ke perkampungan Orang Asli. Seterusnya, menuju ke Bukit Kemandul sambil merentasi tasik semulajadi.

 

Jalan hutan yang dilalui (Kredit: mdfaiez84)

 

Harga bermula dengan RM60 dan jika anda memilih untuk memilih route tambahan, akan ada cas berasingan ya.

Kesimpulannya, di sini tiga jenis laluan yang perlu anda tempuhi iaitu jalan bertar (paling senang), laluan hutan (laluan yang tidak rata) dan melalui jalan yang berbukit.

 

2. Muzium Sultan Alam ShahKredit: tripadvisor.com

Muzium ini bertempat berdekatan sahaja dengan taman tasik Shah Alam.

Terdapat beberapa galeri yang dipamerkan secara kekal di Muzium Sultan Alam Shah.

Galeri Sejarah menunjukkan cara hidup orang dahulu kala, alatan yang mereka gunakan serta pakaian yang mereka pakai. Ia membantu untuk mengingatkan generasi sekarang bagaimana nenek moyang mereka dahulu hidup dan belajar menghargai kekayaan warisan yang mereka miliki. Juga dipercayai nama Selangor diambil daripada nama sungai yang dipanggil Sungai Selangor pada abad ke-18.Galeri Kebudayaan menunjukkan adat resam orang Melayu di negeri ini. Ia menunjukkan secara terperinci ritual yang diamalkan berkaitan dengan kelahiran, perkahwinan dan kematian orang ramai. Alat muzik yang dipamerkan di sini termasuklah “Gendang Sembilan” dan “Cempuling”.Galeri Islam memaparkan sejarah Islam di Selangor. Pelbagai artifak termasuk al-Quran dan kesusasteraan lain dipamerkan di sini. Model masjid terkenal termasuk Masjid Shah Alam di Selangor dan dari seluruh dunia turut dipamerkan.Galeri Sejarah Alam menunjukkan warisan alam semula jadi Selangor dalam bentuk diorama terbuka. Diorama ialah paparan bersaiz hidup yang mewakili pemandangan dari alam semula jadi atau peristiwa bersejarah menggunakan hidupan liar yang disumbat, patung lilin atau objek sebenar.Kredit: museumofmalaysia

 

2. i-city Shah Alamkredit: travelswithsun.com

 

i-City di Shah Alam terkenal dengan taman temanya, City of Digital Lights dan Central i-City iaitu sebuah pusat beli-belah serantau yang bersambung. Terdapat banyak tarikan yang disediakan untuk pengunjung. Antaranya ialah;

City of Digital Lights (lebih daripada sejuta lampu LED yang mesra alam mengubah taman itu menjadi kawasan ajaib yang berwarna-warni pada waktu petang)

SnoWalk (taman dengan persekitaran Artik dan suhu di bawah 5°C)WaterWorld (taman tema luar yang menampilkan perjalanan tornado)FunWorld (menampilkan Muzium Seni Trick, Permaidani Merah, muzium lilin interaktif dan Misi Angkasa @i-City, yang menawarkan pengembaraan aeroangkasa futuristik)Itsy Bitsy (untuk kanak-kanak)

 

Kredit: vacamania.com

Kalau tak silap admin, hanya kemasukan ke City of Digital Lights yang tidak dikenakan bayaran. Dan jika anda ingin masuk ke tarikan-tarikan yang lain, akan ada cas kemasukan yang perlu anda bayar. Untuk mengelakkan sebarang kejutan mengenai cas bayaran, lebih baik anda call dahulu ofis i-city (+603 5521 8800 / +603 5521 8868).

 

 

 

 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 03, 2022 01:01

June 2, 2022

Saguhati RM300 Daripada Kerajaan Pahang Untuk Setiap Kelahiran

Program Anak Kebanggaan Pahang (Pahang Pride Kid) adalah program di bawah Belanjawan 2022 Negeri Pahang, setiap bayi yang dilahirkan di Pahang akan menerima saguhati RM200, jumlah ini dinaikkan kepada RM300.

Tujuannya adalah untuk simpanan dan pembelian barangan penjagaan bayi dan ibu ketika berpantang.

Baca juga:

Kerjaya Merudum, Ali Puteh Sedia Leraikan Permasalahan Dengan HidayahElyana Kecewa Dituduh Menipu Pernah Menghidap Kanser LimfomaJumlah Sumbangan:

Kerajaan Pahang bersetuju menaikkan jumlah sumbangan bagi Program Anak Kebanggaan Pahang 2023 (Pahang Pride Kid 2023) sebanyak RM100 menjadikan jumlah sumbangan RM300 bermula tahun depan.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, jumlah tersebut dinaikkan bagi menggalakkan kadar kelahiran di negeri ini yang masih rendah.

Majlis Pelancaran Program Anak Kebanggaan Pahang 2022 (Pahang Pride Kid 2022) Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur anjuran Kerajaan Pahang bersama Bank Rakyat di Taman Bandar, Indera Mahkota di Kuantan, pagi tadi.

Pemberian Saguhati Kepada Setiap Kelahiran:

Setiap bayi yang dilahirkan di Pahang mulai tahun 2022 layak menerima saguhati RM200 di bawah Program Anak Kebanggaan Pahang.

Katanya, pemberian RM200 untuk setiap kelahiran itu adalah untuk simpanan dan barangan penjagaan bayi dan ibu ketika berpantang.

“Berdasarkan data Jabatan Perangkaan pada 2020, kelahiran bayi Pahang adalah 25,279 orang setahun.

“Oleh itu, keseluruhan peruntukan untuk program ini adalah sebanyak RM5 juta,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Pahang 2022 pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang pada 6 Disember 2021.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang portal Kerajaan Negeri Pahang atau hubungi di talian 09-512 6600.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 02, 2022 23:39

Kerjaya Merudum, Ali Puteh Sedia Leraikan Permasalahan Dengan Hidayah

Sebelum ini, kecoh di media hiburan tentang krisis antara balu pelawak arwah Abam Bocey, Hidayah dengan adik iparnya, Ali Puteh menjadi sorotan di dada akhbar dan juga buah mulut netizen.

Setelah hampir 2 tahun turun naik mahkamah berikutan saman fitnah yang difailkan Hidayah terhadap Ali Puteh, dia telah dituntut untuk membayar ganti rugi sebanyak RM60,000.

Baca juga:

Elyana Kecewa Dituduh Menipu Pernah Menghidap Kanser LimfomaPenampilan Terkini Ameera Khan Kembali Tak BerhijabKerjaya Merudum:

Dan semenjak itu, Ali mengakui kerjayanya sedikit merudum dan tidak menerima banyak tawaran kerja selain dibatalkan pada saat-saat akhir.

Kata Ali, dia hidup sukar dan hanya bertahan dengan wang simpanan sendiri bagi menyara kehidupannya sekeluarga.

Akui tertekan, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan terpaksa kuat dan menganggap apa yang menimpanya kini sebagai ujian untuk memperbaiki mana yang silap dan salah.

Saya tidak mahu salahkan sesiapa sebaliknya meletakkan semua kesalahan kepada diri sendiri.

Mungkin ini adalah balasan Allah terhadap dosa-dosa saya yang dahulu. Allah jentik saya dengan ujian sebegini.

Inginkan Pendamaian:

Tambahnya lagi, dia juga bersedia untuk bersemuka dengan Hidayah bagi meleraikan segala dendam dan permasalahan yang dialami mereka sebelum ini.

Dalam pada itu, Ali berkata dia pernah didekati stesen TV bagi menjadikan kisah perdamaian mereka sebagai satu bentuk hiburan namun menolak.

Ada stesen televisyen yang mahu temukan kami, tetapi bagi saya jika mahu berdamai tidak perlulah diberitahu kepada khalayak. Biarlah saya lakukan sendiri.

“Dia juga boleh berjumpa saya untuk selesaikan segala masalah berkaitan dokumen bagi tuntutan faraid.” ujarnya lagi.

 

Sumber: BEAUTIFULNARA

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 02, 2022 23:01

Elyana Kecewa Dituduh Menipu Pernah Menghidap Kanser Limfoma

Sebelum ini, Elyana dan juga seorang penyanyi lagu Kalis Rindu itu berkongsi satu berita gembira yang memaklumkan bahawa dirinya telah disahkan bebas kanser setelah 11 tahun menderita penyakit itu.

Namun, baru-baru ni Elyana mendedahkan bahawa ada segelintir pihak dan rakan-rakan karibnya telah menyebarkan dakwaan bahawa dia menipu mengenai kanser limfoma yang dialaminya.

Walau bagaimanapun Elyana tidak mengambil pusing dan menganggap mereka itu tidak memahami ‘penderitaan’ yang dialaminya sebelum ini.

Baca juga:Noki K-Clique Diganggu Hingga TraumaJasmin Hamid Alami Serangan Jantung , Suami Mohon Doa Orang RamaiElyana Kecewa Difitnah:

“Saya memang rasa kecewa sebab saya sudah sakit lebih 10 tahun. Kita ulang-alik ke hospital, anak kita sanggup tak sekolah sebab tak ada siapa yang dapat hantar”.

Namun, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana binti Emrizal berkata, dia telah pun memaafkan semua pihak yang pernah melontarkan fitnah terhadap dirinya.

Saya anggap orang seperti ini, dia tidak membantu semasa saya sakit. Jadi, mereka ini memang tak tahu struggle saya macam mana.

Pesan Jaga Pertuturan:

Dalam pada itu, dia turut menitipkan pesanan buat orang di luar agar sentiasa menjaga pertuturan dan berfikir dahulu sebelum melontarkan sebarang kata-kata terhadap seseorang.

Bagi saya, saya tak akan menipu mengenai sakit. Tak mungkin, sebab setiap kata itu adalah doa.

 

Sumber: BEAUTIFULNARA

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 02, 2022 22:35

PT3 Dimansuhkan Mulai Tahun 2022

Mulai tahun ini, Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) secara rasminya akan dimansuhkan.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin hari ini.

Menurut beliau, pihak Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil keputusan untuk tidak lagi menjalankan PT3 bagi pelajar tingkatan tiga.

“Murid akan ditaksir oleh guru setiap masa menerusi pentaksiran berasaskan sekolah.

Baca juga: Penempatan Tahun 1 & Pendaftaran Sesi 2023/2024 KPM


[TERKINI] PT3 dimansuhkan mulai tahun 2022 – Menteri Kanan Pendidikan @RadziJidin pic.twitter.com/vNpWgESfKA


— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) June 2, 2022


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 02, 2022 18:55

Tempat Menarik Di Alor Setar 2022

Tempat Menarik di Alor Setar, Kedah terbaharu bagi tahun 2022. Kalau admin, perkara pertama yang akan terngiang-ngiang di telinga bila sebut pasal Alor Setar ialah dialog dalam filem P.Ramlee,

“Kalau hang pi Alor Staq, kepala hang aku putaq…”

Ha..siapa peminat P.Ramlee mesti dah dapat tangkap ini dialog filem mana kann.

Alor Setar adalah ibu negeri Kedah yang berkeluasan 666 km persegi. Ia adalah bandar kedua terbesar di negeri Kedah, dan juga ibu negeri tertua di negara Malaysia. Di sini, terdapat banyak tempat menarik yang boleh anda kunjungi. Jom ikut admin..

Baca juga: Tempat Menarik Di Putrajaya

 

1. Muzium PadiKredit: libur.com

Negeri kedah amat sinonim dengan tanaman padi, sesuai dengan gelarannya iaitu negeri jelapang padi. Oleh itu, amat wajar sekiranya terdapat satu galeri atau muzium padi dibina di dalam negeri ini. Muzium Padi ini terletak di Gunung Keriang, iatu kira-kira jarak 8km dari Bandar Alor Setar.

Seimbas pandang pada muzium ini, anda akan terus terbayangkan padi. Ini kerana, bentuk bangunan ini seakan gemai padi, iaitu padi yang diketam, diikat dan diirik-irik. Amat unik. Bangunan ini terdiri daripada 3 aras.

 

Aras 1

Aras ini menyampaikan sejarah penanaman padi khususnya di negeri Kedah. Termasuklah alat-alatan tradisional seperti kapok, renggam, tenggiling dan sebagainya. Bagi anda yang teringin merasai pengalaman sebagai pesawah, di sinilah tempatnya. Anda boleh belajar menumbuk padi dan membanting padi di sini. Alatan menangkap ikan juga dipamerkan di sini

Kredit: hasrulhassan

 

Aras 2

Aras 2 pula fokus dengan galeri, iaitu sebanyak enam galeri semuanya. Kesemua galeri ini dilengkapi dengan pelbagai lukisan yang menceritakan mengenai aktiviti pertanian; iaitu dari zaman dahulu kala sehingga zaman hari ini. Yang uniknya, terdapat lukisan yang disiapkan dengan kaedah semburan batu-batu kristal. Memang cantik. Juga terdapat dokumentari tentang kaedah padi ditanam.

 

Aras 3

Di sini pula pengunjung disajikan dengan mural gergasi yang bersaiz 8meter x 103 meter, dimana ia adalah salah satu mural terbesar dan juga tercantik di dalam Malaysia. Oh ya, di aras ini, selepas menapak 59 anak tangga, anda akan menyaksikan pemandangan dari puncak Gunung Keriang. Perkampungan tradisional dan juga sawah padi yang terbentang luas. Anda pasti terpegun.

 

2. Pusat Sains Negara Wilayah UtaraKredit: haizanrunsah

 

Terletak di kaki Gunung Keriang, dan hanya bersebelahan Muzium Padi, anda boleh meneruskan pula lawatan ke Pusat Sains Negara Wilayah Utara. Pusat sains ini mempamerkan banyak fakta dan juga teori berkaitan sains dalam bentuk puzzle, permainan,  dan demonstrasi yang sememangnya tidak membosankan.

Malahan, Pusat Sains Negara ialah destinasi percutian yang amat sesuai untuk anda  membawa bersama anak-anak anda. Juga, ia bersesuaian untuk semua peringkat umur. Jadi jika anda bercuti ke Alor Setar bersama keluarga, anda boleh masukkan sekali Pusat Sains Negara Kedah ini dalam senarai tempat lawatan anda. Ia sedikit sebanyak akan mendedahkan anak anda kepada dunia sains dan seterusnya dapat memupuk minat dalam bidang sains.

Kredit: mdfaiez84

Harga tiket yang dikenakan juga sangat murah! (RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak). Ada juga beberapa aktiviti yang boleh dilakukan di Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara. Semuanya sangat seronok untuk dicuba. Antaranya ialah Air bicycle, Earthquake dan Moon Walker.

 

 

3. Menara Alor SetarKredit: fb Info Sungai Petani

Ha..ini kalau anda ke Alor Setar tapi tak singgah di Menara Alor Setar, maka tak sah lah percutian anda. Hehe gurau.. Menara yang menjadi kebanggaan khususnya bagi rakyat Kedah ini terletak di Lebuhraya Darul Aman. Dengan bayaran tiket yang amat berpatutan, anda akan disajikan dengan pemandangan indah dari atas. Di dek peninjau menara ini.

Admin cadangkan, kalau anda ingin ke sini, anda datanglah pada waktu malam. Selain tidak perlu berperang dengan kepanasan di waktu siang, anda boleh bersantai dengan damai di sini sambil ditemani lampu-lampu neon yang indah.

Yang paling best, anda sekeluarga bukan hanya boleh mundar-mandir berjalan keliling dek peninjau yang berbentuk bulat ini, terdapat juga beberapa kemudahan lain yang ditawarkan di sini. Antaranya ialah Megaview Banquet Hall, dengan ketinggian sebanyak 100 meter dari tanah, anda boleh menjalankan sebarang majlis yang memerlukan dewan.

Anda taknak makan ramai-ramai dan inginkan makan malam yang lebih privasi? Jom ke Restoran Berputar. Selain dihidangkan dengan makanan yang sedap, anda akan juga disajikan dengan pemandangan pusat bandar dalam panorama 360 darjah. Selalunya pengunjung akan menikmati makan malam di sini sambil menyaksikan matahari terbenam. Memang indah! (dan sedap)

Kredit: foursquare.com

 

Kesimpulannya, walaupun terletak di perkampungan dan tidak dikelilingi dengan bangunan yang begitu moden seperti di bandaraya, Alor Setar akan menjadi tempat percutian yang tidak akan ada lupakan. Mai lah ke Alor Setar!

 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 02, 2022 18:16

Skim Dana Selangor Bantuan B40 Miliki Rumah Sendiri

Skim Dana – Sel merupakan skim pembiayaan rumah selangorku (dana – sel) melalui skim sewa milik yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri bagi membantu mereka yang telah mendapat tawaran Rumah Selangorku tetapi gagal untuk mendapat pinjaman dari bank.

Proses KelayakanPemohon berdaftar di bawah LPHS/PHSSBPemohon memohon untuk Skim DanaselPermohonan akan ditapis oleh PHSSBSekiranya pemohon berjaya melepasi proses penapisan, pemohon mestilah menghadiri sesi temuduga bersama LPHS, PWN dan PHSSBPemohon yang berjaya mestilah menghadiri sesi taklimat dan membuat pembayaran awal kemasukanSewaktu proses kemasukan, pemohon mestilah membuat bayaran deposit 10% daripada harga rumahSeterusnya pemohon akan melalui proses penyerahan unit pemilikan kosong, penyerahan kunci, tandatangan perjanjian penyewaan, proses pertukaran nama bekalan air dan elektrik dan membuat lawatan periksa unit

Baca juga: Mohon Program Rumah PPRT 2022

Cara Mohon

Jika anda sudah mendaftar sila semak status permohonan anda dahulu.

Jika belum mendaftar, sila ke kaunter LHPS untuk mengabil borang atau hubungi:

PEJABAT PENGARAH EKSEKUTIF: 603 – 5544 7000
BAHAGIAN PERUMAHAN: 03-5510 3924
BAHAGIAN PEMBANGUNAN: 03-5544 7906
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN: 03-5544 716

Maklumat Lanjut

Tel : 03-5510 3487 samb.108

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 02, 2022 16:48

Tempat Menarik Di Putrajaya 2022

Tempat Menarik Di Putrajaya bagi tahun 2022. Sejak tahun 1999, Putrajaya telah menjadi Pusat Pentadbiran untuk Kerajaan Persekutuan Malaysia; menggantikan Kuala Lumpur.

Putrajaya digelar sebagai ‘ibu kota pintar’ di dalam taman, yang terletak 25 kilometer dari Selatan Kuala Lumpur. Ia adalah bandaraya futuristik dan juga Wilayah Persekutuan ke-tiga bagi negara Malaysia.

Ha..bunyi macam canggih kan Putrajaya ni. Jika ia membuatkan anda ragu-ragu untuk datang bercuti ke Putrajaya kerana bimbang tiada tempat menarik, anda boleh berhenti risau. Di sini Admin akan mencadangkan beberapa tempat tarikan yang ada di Putrajaya yang pastinya berbaloi untuk anda kunjungi.

Baca juga: Tempat Menarik di Perlis

2. Taman Botani PutrajayaKredit: mdfaiez84.com

Pada tahun 2018, Taman Botani Putrajaya mendapat penganugerahan sebagai Taman Paling Menakjubkan untuk seluruh Asia ketika Pameran Bunga Perdana di Chelsea.

Terdapat lapan tema tanaman/botani di sini, iaitu;

Lawn and GramineaeBambusetumMalaysian Ulam & MedicinalAboriginal Medical PlantEdible Fruit ArboretumEcological PondForest FringeZingiberales

Yang menariknya, jika anda adalah seorang penggemar seni budaya Morocco, di sini terdapat Islamic Garden @ Moroccan Pavilion yang boleh anda lawati. Ia dibina bercirikan rekaan Maghribi. Ianya adalah sebuah bangunan replika yang anda boleh masuk dan amati ciri-ciri rekaannya. Memang cantik.

Kredit: illashanahila2. Escape Ice Rink, IOI Mall (Putrajaya)Kredit: ioicitymall.com.my

 

Anda teringin ke luar negara untuk bermain salji? (macam admin). Kini tidak perlu lagi untuk anda hanya berangan-angan bermain salji di London. Dan juga tidak perlu  bersusah payah packing baju untuk bercuti keluar negara pada musim salji. Sekarang anda boleh meluncur ais di Putrajaya secara indoor. Yang bestnya, tak perlu tunggu musim salji pun. Anda boleh menikmati best ini bila-bila masa sahaja, tanpa perlu risau dengan musim.

Dengan suatu bayaran yang telah anda bayar, anda sekeluarga dibenarkan untuk bermain salji atau meluncur ais tanpa perlu bimbang dengan had masa. Jadi, anda boleh bermain sehingga puas!

Jika anda tidak bermain dan hanya ingin memerhati sahaja aak-anak anda, jangan risau, kerusi yang selesa ada disediakan di situ. Paling best dan mungkin tidak ada pada tempat lain, para pengunjung Escape Rink di IOI Mall Putrajaya ini dibenarkan untuk membawa makanan masuk makanan luar. Hooray!

 

 

3. G2G Animal GardenKredit: lokasipercutian.com

 

Jika anda bersama keluarga dan mempunyai anak-anak kecil juga, admin cadangkan supaya anda sekeluarga ke G2G Animal Garden. G2G tu adalah nama singkatan untuk Goat 2 Go Animal Garden.  Ia adalah sebuah petting zoo yang lokasinya terletak di Sri Kembangan, iaitu hanya berjarak lebih kurang 4 km dari pusat membeli belah  IOI City Mall.

Dah siap shopping dan bermain ice skating di situ, anda bolehlah pula menuju ke sini. Asyik ke tempat berhawa dingin sahaja kan, bosan juga. Sekali-sekala perlu juga berinteraksi dengan alam sekitar. Ha gitu..

Walaupun anda tidak berada di kawasan kampung, melalui kunjungan anda di sini, sedikit sebanyak anda sekeluarga terutamanya anak-anak anda mengenali lebih dekat dengan haiwan-haiwan seperti kambing, arnab, burung kakak tua, kuda padi dan sebagainya. Kalau tak silap admin, anda juga boleh membeli makanan haiwan dan memberi haiwan tersebut makan.

Kredit: lokasipercutian.com

Bagi anak-anak yang teringin menunggang kuda, di sinilah tempatnya. Jangan risau, kuda di sini jinak-jinak belaka. Dan ada staff zoo yang akan kendalikan kuda. Anda atau anak anda hanya perlu duduk sahaja (dan jangan lupa ambil gambar!, bukan senang nak dapat peluang tunggang kuda tau)

 

Kesimpulannya, di sebalik bangunan-bangunan yang pesat membangun dan pelbagai tarikan moden disediakan di Putrajaya, terdapat juga kawasan-kawasan rekreasi atau taman haiwan yang dibina untuk kunjungan orang awam. Jadi, berada di bandar ,tidak semestinya tempat percutian anda hanya terhad pada kawasan berhawa dingin sahaja. Jom pergi Putrajaya!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 02, 2022 14:12

Tempat Menarik Di Perlis 2022

Tempat menarik di Perlis bagi tahun 2022. Seperti yang anda sedia maklum, perlis merupakan negeri terkecil di Malaysia, iaitu hanya berkeluasan seluas 819 km persegi. Tetapi ia tidak bermakna bahawa negeri ini tidak mempunyai tempat menarik untuk dilawati. Jom admin buktikan..

Baca juga: Tempat Menarik Di Sarawak

1.Gua Kelam, KangarKredit: media.ohbulan.com

 

Tidak keterlaluan untuk menggelar bahawa Gua Kelam ini  sebenarnya salah satu gua batu kapur yang tercantik di Malaysia.

Lokasi gua kelam ini adalah di bahagian utara Kangar, iaitu berhampiran dengan pekan kecil bernama Kaki Bukit. Terdapat terowong di dalam gua ini, iaitu dengan kepanjangan 370 meter. Rata-rata pengunjung yang datang meneroka gua ini adalah untuk menyaksikan keindahan dan keunikan terowong ini.

Seperti namanya, Gua Kelam diselaputi dengan suasana kelam dan gelap, ia diberikan nama oleh pekerja yang melombong timah di gua ini pada zaman dahulu.

Terdapat beberapa haiwan di dalamnya dan jika anda bernasib `baik’, anda mungkin juga akan terserempak dengan kelawar, ular dan labah-labah. Cuma pastikan anda tidak panik dan menjerit kerana khuatir akan mengganggu haiwan-haiwan tersebut.

Yang menariknya, sesetengah bahagian terowong ini diterangi oleh lampu neon yang berwarna hijau. Sekali pandang, seperti langit yang dihiasi dengan butiran bintang hijau yang indah!

Kredit: bharian.com.my

 

2. ATV Maneq Hills AdventureKredit: menarikdi.com

Jika anda seorang peminat aktiviti lasak dan mencabar tetapi tidak mahu melakukan aktivitu yang begitu merbahaya, anda boleh cuba menunggang ATV di ATV Maneq Hills ini. Ia terletak di Bukit Manik, Tasoh.

Ia bukan sekadar membawa ATV sahaja, trek laluan ATV ini juga dilengkapi dengan 15 jenis halangan dan ia akan diubah sekali-sekala mengikut tempoh tertentu. Jadi, setiap kali anda berkunjung ke sini, anda akan tidak jemu dan akan rasai pengalaman yang berbeza.

Bayaran yang dikenakan adalah antara RM20 hingga RM60.

3. Padang Besarkredit: ohbulan.com

 

Ha..inilah tempat yang ditunggu-tunggu khususnya oleh golongan wanita dan ibu-ibu. Di Padang Besar ini sahaja, terdapat beberapa tempat membeli belah yang bakal mengeringkan poket anda.Hehe..

Pertama, Pasar Padang Besar. Di sini merupakan gedung syurga membeli belah yang menjadi kegemaran semua. Sudahlah barangannya memang berharga murah, malahan anda boleh lagi tawar-menawar untuk dapatkan harga yang lebih murah.

Antara barangan yang didagangkan di sini ialah;

Pakaian. Anda boleh mencari pelbagai jenis pakaian di sini, baik daripada baju tidur, baju jalan, baju santai, baju kerja sehinggalah baju formal.Makanan. Yang uniknya, anda boleh menemui makanan yang jarang ada di tempat lain; Makanan Thailand. Iya.. di sini anda boleh mencuba pulut ayam ,pulut mangga, padthai, dan sebagainya. Makanan ringan seperti kekacang dan jeruk kering pun ada!Peralatan dapur. Ini khas untuk golongan mak-mak. Konfem kereta anda tiba-tiba penuh dengan periuk belanga.Kelengkapan bilik tidur. Peralatan bilik tidur contohnya toto, selimut, cadar, set bantak kekabu dan ada dijual di sini. Yang penting, harganya lebih murah berbanding di tempat lain.

Dan bermacam-macam barangan lain. Memang rambang mata.

Kedua, Wang Kelian. Apabila dah agak-agak puas membeli-belah di Pasar Padang Besar, anda boleh menuju ke destinasi seterunya iaitu Wang Kelian (tempat shopping lagi.. ha, apalagi, cepat-cepatlah topup duit anda). Jarak antara Wang Kelian dan Pasar Padang Besar, sangatlah dekat. Hanya lebih kurang 15 minit perjalanan sahaja. Jangan risau, bagi yang beragama islam dan ingin menunaikan solat, terdapat masjid di sini.

Wang kelian, kredit: traveltips.com

 

4. Canopy Walk FRIM Mata AyerKredit: haikaldani

 

Bak kata orang putih, last but not least, jika anda pencinta alam sekitar dan gemarkan pemandangan yang indah dengan suasana tenang, anda boleh pergi ke Canopy Walk yang terletak di Mata Ayer ini.

Titian kanopi sebenarnya terletak dalam Hutan Simpan Kekal (Mata Ayer), dan ia berfungsi sebagai pusat penyelidikan flora fauna khususnya mengenai pokok jati. Sambil-sambil tu, ia juga dijadikan pusat eko-pelancongan. Best kan..

Canopy walk taklah tinggi sangat dan ada diletakkan jaring di sepanjang laluan. Jadi kalau anda anak-anak kecil dan teringin nak berjalan di titian ini, insyaallah selamat.

Kredit: dinohauz.com

Kesimpulannya, walaupun perlis ini adalah negeri yang kecil sahaja, terdapat banyak tempat yang boleh anda lawati tau. Ha.. jangan pandang sebelah mata tau.. Mai lah sini. Janji puas hati.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 02, 2022 02:16

Noki K-Clique Diganggu Hingga Trauma

Penyanyi rap terkenal ,Noki yang sudah mengikuti jejak sahabatnya MK apabila kini sudah bergelar pelakon dan bergiat aktif dalam dunia seni malah mebgakui dirinya mencuba segala jenis bidang untuk mengembangkan bakatnya.

Melalui pantauan di Instagram Noki K-Clique,  pelakon tersebut kini sering berkongsi gambarnya yang menayang badan tubuh badannya yang kelihatan sado dan mampu menambat hati para gadis.

Memiliki wajah yang kacak dan tubuh yang sado , tidak sukar untuk dia menerima pelbagai pujian daripada wanita diluar sana malah mengakuit pernah menerima mesej yang berbaur lucah daripada peminat.

Baru – baru ini Noki berkongsi bahwa dirinya sering menerima mesej peminat yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur hingga ada yang berani menghantar gambar tidak senonoh serta mengajaknya melakukan perkara tidak bermoral.

“Jujur macam-macam mesej saya terima daripada makcik, perempuan, lelaki dan pelbagai orang. Paling ekstrem ada yang sampai hantar gambar bogel berulang kali dan ada yang ajak bermesra sampai ke katil,” katanya.

Namun Noki menyedari perkara tersebut terjadi kerana ianya berpunca daripda dirimnya yang sering menayangkan tutbuhnya dimedia sosial tanpa memikirkan pendapat orang lain.

“Tapi macam saya katakan, benda yang negatif dan buruk akan saya delete (padam), mana yang baik saya akan layan dan balas.

“Lagipun saya rasa ini salah saya juga sebab selalu ‘belanja’ gambar badan. Insya-Allah lepas ini saya akan ubah perkara tersebut supaya tak berulang lagi kejadian sama,” katanya.

Walaupun begitu dia tidak menolak jika diberikan watak yang memerlukan dirinya tidak berbaju dalam lakonan dan bidang lain yang memerlukan dia berbuta begitu.

Noki juga mengakui dirinya sememangnya menjaga makan dan badan demi menjadi selebriti yang mengikuti standard dan berharap agar kesungguhannya itu memberikan hasil buat kerjayanya.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 02, 2022 01:51

Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.