Tempat Menarik Di Perlis 2022
Tempat menarik di Perlis bagi tahun 2022. Seperti yang anda sedia maklum, perlis merupakan negeri terkecil di Malaysia, iaitu hanya berkeluasan seluas 819 km persegi. Tetapi ia tidak bermakna bahawa negeri ini tidak mempunyai tempat menarik untuk dilawati. Jom admin buktikan..
Baca juga: Tempat Menarik Di Sarawak
1.Gua Kelam, Kangar
Tidak keterlaluan untuk menggelar bahawa Gua Kelam ini sebenarnya salah satu gua batu kapur yang tercantik di Malaysia.
Lokasi gua kelam ini adalah di bahagian utara Kangar, iaitu berhampiran dengan pekan kecil bernama Kaki Bukit. Terdapat terowong di dalam gua ini, iaitu dengan kepanjangan 370 meter. Rata-rata pengunjung yang datang meneroka gua ini adalah untuk menyaksikan keindahan dan keunikan terowong ini.
Seperti namanya, Gua Kelam diselaputi dengan suasana kelam dan gelap, ia diberikan nama oleh pekerja yang melombong timah di gua ini pada zaman dahulu.
Terdapat beberapa haiwan di dalamnya dan jika anda bernasib `baik’, anda mungkin juga akan terserempak dengan kelawar, ular dan labah-labah. Cuma pastikan anda tidak panik dan menjerit kerana khuatir akan mengganggu haiwan-haiwan tersebut.
Yang menariknya, sesetengah bahagian terowong ini diterangi oleh lampu neon yang berwarna hijau. Sekali pandang, seperti langit yang dihiasi dengan butiran bintang hijau yang indah!

2. ATV Maneq Hills Adventure

Jika anda seorang peminat aktiviti lasak dan mencabar tetapi tidak mahu melakukan aktivitu yang begitu merbahaya, anda boleh cuba menunggang ATV di ATV Maneq Hills ini. Ia terletak di Bukit Manik, Tasoh.
Ia bukan sekadar membawa ATV sahaja, trek laluan ATV ini juga dilengkapi dengan 15 jenis halangan dan ia akan diubah sekali-sekala mengikut tempoh tertentu. Jadi, setiap kali anda berkunjung ke sini, anda akan tidak jemu dan akan rasai pengalaman yang berbeza.
Bayaran yang dikenakan adalah antara RM20 hingga RM60.
3. Padang Besar
Ha..inilah tempat yang ditunggu-tunggu khususnya oleh golongan wanita dan ibu-ibu. Di Padang Besar ini sahaja, terdapat beberapa tempat membeli belah yang bakal mengeringkan poket anda.Hehe..
Pertama, Pasar Padang Besar. Di sini merupakan gedung syurga membeli belah yang menjadi kegemaran semua. Sudahlah barangannya memang berharga murah, malahan anda boleh lagi tawar-menawar untuk dapatkan harga yang lebih murah.
Antara barangan yang didagangkan di sini ialah;
Pakaian. Anda boleh mencari pelbagai jenis pakaian di sini, baik daripada baju tidur, baju jalan, baju santai, baju kerja sehinggalah baju formal.Makanan. Yang uniknya, anda boleh menemui makanan yang jarang ada di tempat lain; Makanan Thailand. Iya.. di sini anda boleh mencuba pulut ayam ,pulut mangga, padthai, dan sebagainya. Makanan ringan seperti kekacang dan jeruk kering pun ada!Peralatan dapur. Ini khas untuk golongan mak-mak. Konfem kereta anda tiba-tiba penuh dengan periuk belanga.Kelengkapan bilik tidur. Peralatan bilik tidur contohnya toto, selimut, cadar, set bantak kekabu dan ada dijual di sini. Yang penting, harganya lebih murah berbanding di tempat lain.Dan bermacam-macam barangan lain. Memang rambang mata.
Kedua, Wang Kelian. Apabila dah agak-agak puas membeli-belah di Pasar Padang Besar, anda boleh menuju ke destinasi seterunya iaitu Wang Kelian (tempat shopping lagi.. ha, apalagi, cepat-cepatlah topup duit anda). Jarak antara Wang Kelian dan Pasar Padang Besar, sangatlah dekat. Hanya lebih kurang 15 minit perjalanan sahaja. Jangan risau, bagi yang beragama islam dan ingin menunaikan solat, terdapat masjid di sini.

4. Canopy Walk FRIM Mata Ayer

Bak kata orang putih, last but not least, jika anda pencinta alam sekitar dan gemarkan pemandangan yang indah dengan suasana tenang, anda boleh pergi ke Canopy Walk yang terletak di Mata Ayer ini.
Titian kanopi sebenarnya terletak dalam Hutan Simpan Kekal (Mata Ayer), dan ia berfungsi sebagai pusat penyelidikan flora fauna khususnya mengenai pokok jati. Sambil-sambil tu, ia juga dijadikan pusat eko-pelancongan. Best kan..
Canopy walk taklah tinggi sangat dan ada diletakkan jaring di sepanjang laluan. Jadi kalau anda anak-anak kecil dan teringin nak berjalan di titian ini, insyaallah selamat.

Kesimpulannya, walaupun perlis ini adalah negeri yang kecil sahaja, terdapat banyak tempat yang boleh anda lawati tau. Ha.. jangan pandang sebelah mata tau.. Mai lah sini. Janji puas hati.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
