Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 174

June 9, 2022

Bantuan Tunai One-Off Pendaftaran IPT BUDI Sabah 2022

Bantuan BUDI Sabah 2022, Bantuan ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan Negeri Sabah untuk membantu pelajar-pelajar dari keluarga golongan B40 dan M40 untuk melanjutkan pelajaran ke insitusi pengajian tinggi awam /swasta

Tarikh Permohonan

Permohonan bantuan tunai pendaftaran IPT secara one-off ini sudah mula dibuka bermula Jun 2022. Pemberian bantuan dijangka akan bermula pada penghujung tahun 2022.

Jumlah BantuanDiploma/Foundation/Matrikulasi -RM1500Ijazah Sarjana muda – RM2000Syarat Kelayakan

Hanya mereka yang memeuhi syarat-syarat permohonan seperti berikut akan di pertimbangkan untuk bantuan ini;

Pemohonan terbuka kepada pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke institut pengajian tinggi awam/swasta tahun 2022 sepenuh masa sahaja bagi kemasukan kali pertama ke IPT di seluruh Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaanPemohon adalah warganegara malaysia dari sabah dan berumut tidak lebih dari 25 tahunIbu bapa pemohon atau penjaga adalah golongan b40 dan m40Mendapat pengesahan kemasukan (telah mendaftar) di IPTPelajar yang telah mendapat tajaan Biasiswa Kerajaan Negeri atau mana-mana institusi lain tidak layak mendapat bantuan BUDI.Dokumen DiperlukanSalinan surat beranak (Pemohon dan Ibu bapa / penjaga)Salinan kad pengenalan (Pemohon dan ibu bapa / penjaga)Salinan slip gaji ibu bapa / penjaga (jika bekerja) atau surat pengesahan pendapatan daripada Pegawai Daerah / Ketua KampungSalinan slip keputusan SPM/STPM/STAM/DIPLOMASalinan surat tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berkenaanSalinan muka penyata akaun pemohon

Baca Juga: Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Negeri Sabah

Cara Permohonan

Permohonan secaraa online melalui>> https://budi.sabah.gov.my/

Maklumat Lanjut

Hubungi 088-369 872

emal melalui pmttk@sabah.gov.my

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 09, 2022 18:41

Jawatan Kosong Di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) – Mohon Sekarang!

Permohonan Jawatan Negeri Sarawak di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan:

1. PEGAWAI PERUBATAN – GRED UD43/UD47/UD51/UD53
2. PEGAWAI SAINS – GRED C41
3. PENOLONG JURUUKUR BAHAN – GRED JA29
4. PENOLONG JURUAUDIT – GRED W29

Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : 21 Jun 2022 (Selasa)
Lokasi : Sarawak
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)

Permohonan dan Borang Disini

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 09, 2022 01:10

Jawatan Kosong Di Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) – Mohon Sekarang!

Permohonan Jawatan Kerajaan di Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan:

1. Ketua Penyelidik Gred 54

Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : 13 Jun 2022 (Isnin)
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan
Gaji : RM6,077.00 – RM13,141.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM320.00
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : KontrakCara Memohon Jawatan:

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI).

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)

Permohonan dan Borang Disini

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 09, 2022 00:59

Jawatan Kosong Di Universiti Utara Malaysia (UUM) – Minima PT3/PMR!

Permohonan Jawatan Kosong di Universiti Utara Malaysia (UUM) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan:

1. PEGAWAI PERUBATAN GRED UD43/UD47/UD51/UD53/PAKAR UD55
2. PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L41
3. PERSONEL MYSTEP

Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : 12 Jun 2022 (Ahad)
Lokasi : Kedah
Sektor : Kerajaan
Gaji : RM1,400.00 – 14,063.00
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/PT3/PMR/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Universiti Utara Malaysia (UUM).

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)

Permohonan dan Borang Disini

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 09, 2022 00:54

June 8, 2022

Bantuan Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya RM450 2022

Untuk Makluman, Permohonan EPOKU merupakan elaun OKU atau bantuan wang tunai RM450 sebulan untuk OKU bekerja.

Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU)

Ianya merupakan salah satu insentif kerajaan di bawah kementerian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berbentuk bantuan kewangan RM450 sebulan seorang. Ianya bertujuan untuk menggalakkan OKU terus bekerja, serta mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyrakat yang produktif.

Baca juga: Bantuan Sehingga RM1000 Bantuan Kanak-Kanak (BKK)

Syarat dan KelayakanWarganegara yang bermastautin di Malaysia;Berumur 16 tahun dan ke atas;Pemegang kad OKU JKM;Pendapatan bulanan RM 1,500 dan ke bawah; ATAUMana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).Cara MemohonSetiap pemohon perlu melengkapkan BORANG berikut ;JKM 18 Borang Permohonan BantuanJKM 20 Borang Kaji Semula BantuanBorang Permohonan Pendaftaran OKU pindaan 2019Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan MasyarakatDaerah / Jajahan / Bahagian seperti:Salinan Kad Pengenalan diri pemohonSalinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersamaSalinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersamaSalinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Maklumat Lanjut

Boleh hubungi pejabat jabatan kebajikan masyarakat di tempat anda atau;

Ibu Pejabat

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya

Telefon : 03 – 8000 8000Faks : 03 – 8323 2045
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 08, 2022 23:50

PA Akui “Terpakai” Duit Fify Azmi Kerana Bayaran Dimasukkan Ke Akaunnya

Masih hangat diperkatakan dimedia sosial dan berita semasa apabila seorang pelakon terkenal , Fify Azmi telah berkongsi sebuah hantaran yang mana dia membuat laporan polis di Balai Polis Subang Jaya atas dakwaan kepada pembantu peribadinya, Nora  yang dikatakan telah mengambil bayaran berjumlah RM15,000 bagi pihaknya tanpa pengetahunannya .

Selepas hantaran tersebut di kongsi di media sosial dan Fify Azmi sempat membuat sebuah live yang bercerita tentang PA nya itu , malah mendoakan agar dia berubah dan mengambalikan wang tersebut dengan baik agar tidak menimbulkan pergaduhan antara mereka.

Kini Nora telah tampil untuk memberikan penjelasan dengan mengakui kesilapan dirinya kerana bersikap cuai dan dia tidak menyedari pihak Skop Production sudah lama melunaskan bayaran Fify menerusi akaun bank miliknya.

Malah Nora juga menjelaskan sebab mengapa bayaran berkenaan terus dimasukkan ke dalam akaunnya dan bukannya Fify ianya kerana selebriti tersebut tidak tahu bagaimana untuk mengeluarkan invois.

Jadi Nora bertanggungjawab ke atas perkara tersebut yang mana bayaran akan dimasukkan ke akaun miliknya dan akan memberitahu kepada Fify tentang penerimaan tersebut.

Namun kali ini dia mengakui dirinya tidak sengaja menggunakan duit tersebut kerana tidak menyedari bayaran tersebut telah dimasukkan ke akaunnya dan mejelaskan dirinya tidak mendapat sebarang pengesahan bayaran daripada pihak produksi yang berkerjasama dengan mereka.

“Saya tak pernah lari… Saya ada balas mesej dia tapi lambat sebab urusan kerja lain. Berkenaan dengan bayaran itu, sebenarnya ada salah faham dan saya pun sudah jelaskan kepada dia.

“Saya akui memang kecuaian daripada pihak saya. Saya tak perasan pihak produksi sudah memasukkan bayaran Fify ke akaun saya. Ikutkan, semua bayaran job, masuk akaun Fify. Cuma kali ini masuk akaun saya sebab membabitkan invois.

“Fify tak tahu nak buat invois. Jadi saya buatkan untuk dia guna nama syarikat saya sebab itu produksi masukkan bayaran dalam akaun saya. Pihak produksi tak update saya mengenai bayaran yang telah dimasukkan dalam akaun saya. Kesilapan saya pula tak check akaun,” katanya.

Nora mejelaskan dirinya sudah berbincang dengan Fify tentang perkara tersebut dan berjanji akan membuat pembayaran secara ansuran namun tidak menyangka perkara tersebut hingga menjadi laporan polis dan mencemarkan namanya .

“Saya mengakui mungkin sudah terpakai duit bayaran tersebut sebab tak perasan. Tapi saya dah beritahu dan jelaskan kepada Fify yang saya akan bayar secara ansuran duit dia.

“Atas persetujuan, saya hanya kena bayar RM12,000 kepada Fify. Sya ingatkan semuanya sudah dijelaskan sebab kali terakhir kami berhubung adalah pada tiga hari lalu dan masing-masing terus senyap.

“Tak sangka pula tiba-tiba semalam dia tularkan saya di laman sosial. Tidak mungkinlah saya larikan diri. Saya pun cari rezeki dalam industri. Kalau saya selalu buat perangai, artis lain pun tak nak ambil saya bekerja tetapi saya tak pernah buat masalah sepanjang bekerja dengan artis,” katanya

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 08, 2022 22:28

Mohon Tawaran Geran Kewangan MITRA 2022 Khas Untuk Masyarakat India

Untuk Makluman, Geran Kewangan MITRA diwujudkan bagi mengatasi masalah utama yang membelenggu masyarakat India di dalam negara iaitu mereka yang tergolong dalam isi rumah berpendapatan rendah atau B40 selain tidak mendapat perkhidmatan kesihatan yang diperlukan, ketidakstabilan keluarga, dan lain-lain lagi.

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan maksimum yang boleh dimohon oleh pemohon adalah tidak melebihi RM300,000.00.

Tarikh Permohonan

Untuk makluman, tarikh permohonan adalah daripada 14 Mac 2022 hingga 13 Julai 2022.

Pihak Yang Layak Membuat Permohonan

Terdapat 3 pihak yang layak membuat permohonan geran ini iaitu:

Badan Bukan Kerajaan (NGO) berdaftarSyarikat/Peniagaan BerdaftarYayasan BerdaftarKategori Permohonan

Kategori 1: Menaik taraf ekonomi dan keusahawanan melibatkan pembangunan kemahiran profesional dan keusahawanan.

Kategori 2: Memperkasakan wanita ke arah kesaksamaan gender, meningkatkan akses, penyaluran maklumat, kesejahteraan wanita dan wanita terpinggir.

Baca juga: I-SEED Bantuan Khas Untuk Usahawan India Di Selangor

Cara MemohonSila Layari laman web iaitu https://aplikasi.perpaduan.gov.my/spgkm/.Klik pada butang ‘Daftar.’Isi maklumat yang diperlukan dan klik ‘Daftar Akaun.’Log in dengan memasukkan alamat email dan kata laluan.Setelah login, klik butang ‘Tambah +’ dan klik butang ‘Permohonan Baru.’Sila Isi semua maklumat yang diperlukan di setiap bahagian.Klik butang ‘Hantar’ untuk menghantar permohonan.Maklumat Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai Geran Kewangan MITRA 2022, sila hubungi 03-8091 8198 atau menghantar email ke infomitra@perpaduan.gov.my.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 08, 2022 19:43

Mohon Skim Insentif Integrasi Ternakan dengan Sawit (ITe) 2022

Tawaran Skim Insentif Integrasi Ternakan dengan Sawit (ITe) 2022 telah dibuka kepada warganegara Malaysia dan pemilik kebun kecil sawit persendirian.

Lembaga Kelapa Sawit Malaysia (MPOB) mempelawa pekebun-pekebun kecil sawit yang berminat untuk mempelbagaikan pendapatan melalui amalan penternakan (ITe).

Skim Insentif Integrasi Ternakan dengan Sawit (ITe)Mengoptimumkan penggunaan tanah melalui amalan penternakanMempelbagaikan pendapatan pekebun kecil sawitMeningkatkan pengeluaran bahan makanan dalam negaraSkop & Nilai Bantuan

Permohonan yang berjaya akan menerima pemberian insentif wang tunai sebanyak RM15,000 bagi setiap projek berikut:-

Ayam daging / kampongItik penelurPecahan SkopRM3,500 bagi penyediaan kandang/reban ternakan.RM11,500 bagi pembelian input seperti benih/anak ternakan, makanan dan ubat-ubatan.Syarat PermohonanWarganegra malaysia berumur 18 tahun ke atas pada tarikh permohonanPekebun kecil sawit persendirian sahaja dengan had pemilikan tanah bertanam sawit tanah bertanam sawit tidak melebihi 6.5 hektar dan bukan peserta lain-lain agensi persekutuan atau negeriMenunjukkan bukti pemilikan atau penguasaan tanah yangsahMempunyai lesen MPOB yang sahBukan peserta lain-lain agensi pembangunan tanah negeri atau persekutuanHanya layak memohon satu jenis projek ternakan sahajaJika pemohon adalah pasangan suami/isteri, maka hanya seorang sahaja layak memohonDokumen Yang Di PerlukanBorang permohonan yang lengkap diisiSalinan kad pengenalanSalinan dokumen pemilikan tanahSalinan lesen MPOBSurat akuan sumpah (melaksanakan projek penternakan di lokasi yang dipohon)Surat wakil kuasa mengusahakan tanah (jika berkenaan)Dokumen sewa tanah/pajak (jika berkenaan)

Cara Permohonan

Dapatkan borang permohonan di mana-mana Pejabat TUNAS MPOB di seluruh negara

E-melkan permohonan anda bersama dokumen-dokumen seperti senarai di bawah kepada Sekretariat Skim ITe melalui alamat e-mel integrasi2021@mpob.gov.my atau melalui serahan tangan ke alamat :

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)

No. 6, Persiaran Institusi, Bandar Baru Bangi,

43000 Kajang, Selangor.

(u.p: Ketua Unit Pemerkasaan Pekebun Kecil)

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Skim Insentif Integrasi Ternakan dengan Sawit (ITe), anda boleh layari website https://www.mpob.gov.my/ atau anda juga boleh hubungi pegawai MPOB berikut ;

Noor Asrani Ab Rahman – 03-8769 4982 (asrani@mpob.gov.my)

Mohd Anuar Roselee – 03-8769 3968 (anuar.roselee@mpob.gov.my)

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 08, 2022 17:09

Pengeluaran Khas KWSP 2.0 Bakal Ada?

Dalam keadaan ekonomi pasca pandemik ini, masih ramai yang mengadu mengalami masalah kewangan.

Bukan semua orang mempunyai caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membolehkan mereka mengeluarkan i-Citra, i-Lestari dan pengeluaran khas KWSP 10K baru-baru ini.

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini

Pengeluaran Khas KWSP 2.0

Selepas mendapat wang KWSP RM 10,000 dan berseronok di Hari Raya Aidilfitri, ada yang mula resah dan tak tenang. Ini kerana, wang semakin kering kerana sudah menyambut hari raya yang sudah 2 tahun tidak disambut. Ada yang seronok membeli barang kemas dan ada yang menggunakan wang itu untuk membayar hutamg adik-beradik atau along.

Sebenarnya tak salah pakai duit KWSP tapi biarlah ukuran baju di badan sendiri. Lebih baik RM 10,000 dijadikan modal untuk membeli aset seperti barang kemas atau buat modal perniagaan kecil-kecilan seperti jual barang di pasar malam atau buat drop ship.

Mengapa wang KWSP perlu dibazirkan seolah-olah tiada hari esok?

Perlu Ke Ada Pengeluaran Kali Ke 2

Siapa yang tak nak duit? Lagi-lagi sekarang tengah zaman susah, lagi banyak yang perlu diselesaikan dengan wang.

Jika korang setuju pengeluaran khas 2.0 ini patut diadakan, sila join Group FB KWSP Pengeluaran RM10,000 One-Off.

Sememangnya kini di zaman orang kaya semakin kaya, orang susah semakin miskin, kita kena banyak berfikir sebelum buat keputusan dalam bidang kewangan ini dan sama-samalah kita bermuhasabah.

Jimat berbelanja kalau RM 10,000 masih ada baki lagi. Moga jangan berharap dengan pengeluaran RM 10,000 daripada KWSP 2.0.

Sumber: utusan.com.my

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 08, 2022 17:05

Tempat Menarik Di Besut 2022 | Bukit Keluang, Kolam Air Panas La

Tempat Menarik Di Besut bagi tahun 2022. Besut merupakan satu daerah di dalam negeri Terengganu, iaitu di bahagian utara. Besut bersempadan dengan Kelantan di bahagian utara, daerah Hulu Terengganu di arah selatan, manakala daerah Setiu serta Laut China Selatan di arah timur. Ibu daerah bagi Besut ialah Jerteh manakala pusat pentadbirannya ialah di Kampung Raja.

Daerah Besut ini mempunyai keluasan seluas lebih kurang 1223 km persegi. Terdapat banyak tempat menarik di daerah ini, yang kebanyakannya adalah bertemakan pantai atau alam semulajadi.

Baca juga: Tempat Menarik Kuala Lipis 2022 | Hutan Simpan Bukit Taching, Taman Negara Sungai Relau

 

Bukit Keluang

 

Kredit: Website Pantai Bukit Keluang

Bukit Keluang mempunyai beberapa pemandangan pantai terbaik di Malaysia dengan pantai yang indah, laluan kayu di sepanjang tebing, gua laut dan bukit setinggi 141 meter dengan pemandangan Laut China Selatan yang menakjubkan.

Lokasi Bukit Keluang yang terletak di Terengganu adalah kira-kira 6 km ke selatan bandar Kuala Besut. Ia menjadi tempat pengunjung untuk mendapatkan bot untuk pergi ke Kepulauan Perhentian.

Bukit Keluang memang cantik, indah dan mempunyai tarikan tersendiri yang mampu menghipnotis pelancong tempatan mahupun antarabangsa. Pengunjung Bukit Keluang berpeluang merasai aktiviti menarik pilihan mereka seperti memancing dan menerbangkan wau atau banyak lagi.

Pantai Bukit Keluang terletak kira-kira 19km dari bandar Jertih dan juga merupakan salah satu Destinasi Percutian utama di kawasan ini. Pantai di sini sama seperti pantai-pantai lain di sekitar Besut, dengan pasir keemasan dan bukit-bukit hijau yang menjadi latar belakang mempunyai tarikan tersendiri. Pemandangan yang menakjubkan dan menakjubkan, dan akan menenangkan mana-mana mata yang letih. Wow!

 

Kredit: airbnb

Keindahan alam semula jadi Bukit Keluang juga menjadi latar belakang popular untuk industri filem dan televisyen. Melihat pemandangan sambil melangkah dan sampai ke puncak Bukit Keluang pastinya satu kemestian dalam jadual perjalanan pengunjung. Banyak pulau-pulau kecil yang menghiasi laut biru kelihatan sungguh memukau.

Terdapat banyak kemudahan awam yang disediakan di sini seperti rumah rehat, restoran, tandas awam dan astaka (dikenali sebagai wakaf). Semua perkara ini menjadikan Bukit Keluang antara destinasi pelancongan yang paling popular.

Lokasi : 22200 Kampung Raja, Terengganu (link google maps)

 

Kolam Air Panas Lakredit: bernama.com

Titik air panas ini terletak di kawasan terpencil Hulu Terengganu kira-kira 28 km dari pekan Jerteh, Terengganu. Pusat pelancongan yang terkenal dengan nama La Hot Spring ini dibuka kepada orang ramai sebagai pusat pelancongan pada tahun 1992 bersempena dengan pelancaran Ekspo Pembangunan dan Pesta Kebudayaan Daerah Besut.

Pusat rekreasi ini sebenarnya telah lama wujud dan pernah dikunjungi penduduk setempat pada hujung minggu dan cuti umum untuk menikmati keindahan alam semula jadi.

Pengunjung berpeluang melihat air panas yang keluar dari cerun bukit dan mengalir terus ke dalam kolam.

Air panas yang mengalir itu mengandungi bahan kimia belerang atau belerang dengan kepanasan 49 darjah celcius. Ia bagus untuk menyembuhkan penyakit kulit dan boleh digunakan untuk mandi. Bekas air panas, Kolam Wadding, juga terdapat di sini.

Kredit: Rileklah.com

Selain itu, terdapat juga kolam air panas buatan manusia dan kolam seperti spa yang bertujuan untuk orang ramai menikmati kehangatan kolam air panas itu secara privasi. Jumlah pengunjung yang datang ke tempat ini tidak pernah berkurangan kerana setiap hari ada orang yang datang. Tarikan utama ialah kolam air panas semulajadi yang dipercayai mampu mengubati penyakit di samping mengekalkan kesegaran badan.

La Hot Spring juga menyediakan pelbagai kemudahan untuk orang ramai seperti rumah rehat, musalla, tandas, restoran dan lain-lain lagi.

Lokasi: Kolam Air Panas La, 22010 Jerteh, Terengganu  (link google maps)Harga Tiket: Dewasa (RM10), Kanak-kanak (RM7)Waktu Operasi:

Isnin : 3 ptg – 12 tgh malam

Selasa, Rabu, Khamis & Ahad : 9 pagi – 12 tgh malam

Jumaat, Sabtu: 9 pagi – 2 pagi

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 08, 2022 06:42

Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.