Mohon Skim Insentif Integrasi Ternakan dengan Sawit (ITe) 2022
Tawaran Skim Insentif Integrasi Ternakan dengan Sawit (ITe) 2022 telah dibuka kepada warganegara Malaysia dan pemilik kebun kecil sawit persendirian.
Lembaga Kelapa Sawit Malaysia (MPOB) mempelawa pekebun-pekebun kecil sawit yang berminat untuk mempelbagaikan pendapatan melalui amalan penternakan (ITe).
Skim Insentif Integrasi Ternakan dengan Sawit (ITe)Mengoptimumkan penggunaan tanah melalui amalan penternakanMempelbagaikan pendapatan pekebun kecil sawitMeningkatkan pengeluaran bahan makanan dalam negaraSkop & Nilai BantuanPermohonan yang berjaya akan menerima pemberian insentif wang tunai sebanyak RM15,000 bagi setiap projek berikut:-
Ayam daging / kampongItik penelurPecahan SkopRM3,500 bagi penyediaan kandang/reban ternakan.RM11,500 bagi pembelian input seperti benih/anak ternakan, makanan dan ubat-ubatan.Syarat PermohonanWarganegra malaysia berumur 18 tahun ke atas pada tarikh permohonanPekebun kecil sawit persendirian sahaja dengan had pemilikan tanah bertanam sawit tanah bertanam sawit tidak melebihi 6.5 hektar dan bukan peserta lain-lain agensi persekutuan atau negeriMenunjukkan bukti pemilikan atau penguasaan tanah yangsahMempunyai lesen MPOB yang sahBukan peserta lain-lain agensi pembangunan tanah negeri atau persekutuanHanya layak memohon satu jenis projek ternakan sahajaJika pemohon adalah pasangan suami/isteri, maka hanya seorang sahaja layak memohonDokumen Yang Di PerlukanBorang permohonan yang lengkap diisiSalinan kad pengenalanSalinan dokumen pemilikan tanahSalinan lesen MPOBSurat akuan sumpah (melaksanakan projek penternakan di lokasi yang dipohon)Surat wakil kuasa mengusahakan tanah (jika berkenaan)Dokumen sewa tanah/pajak (jika berkenaan)
Dapatkan borang permohonan di mana-mana Pejabat TUNAS MPOB di seluruh negara
E-melkan permohonan anda bersama dokumen-dokumen seperti senarai di bawah kepada Sekretariat Skim ITe melalui alamat e-mel integrasi2021@mpob.gov.my atau melalui serahan tangan ke alamat :
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)
No. 6, Persiaran Institusi, Bandar Baru Bangi,
43000 Kajang, Selangor.
(u.p: Ketua Unit Pemerkasaan Pekebun Kecil)
Maklumat LanjutSekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Skim Insentif Integrasi Ternakan dengan Sawit (ITe), anda boleh layari website https://www.mpob.gov.my/ atau anda juga boleh hubungi pegawai MPOB berikut ;
Noor Asrani Ab Rahman – 03-8769 4982 (asrani@mpob.gov.my)
Mohd Anuar Roselee – 03-8769 3968 (anuar.roselee@mpob.gov.my)
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
