Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 177
June 5, 2022
Kasih Asnaf Zero Hunger Bantuan Kewangan RM150 Sebulan MAIWP
Berita Baik!! MAIWP melancarkan Kasih Asnaf Zero Hunger iaitu bantuan RM150 sebulan untuk golongan asnaf membeli barangan keperluan asasi melalui aplikasi e-wallet Boost.
Pendaftaran bermula pada 11 April 2022 dan program akan di laksanakan bermula 1 jun 2022 melalui e-wllet boost
Baca juga: Program SAVE 3.0 Shopee: Baucar RM400
Kasih Asnaf Zero HungerProgram ini adalah bantuan yang diwujudkan untuk membolehkan penerima bantuan kewangan bulanan MAIWP membeli barangan asasi mereka menersui aplikasi Boost.Bermula 11 April 2022, semua penerima bantuan kewangan bulanan maiwp perlu hadir ke pusat zakat maiwp (paza berdekatan anda untuk membuat pengesahan identiti penerima di lokasi-lokasi berikut ;
Paza Wilayah Persekutuan PutrajayaPAZA Wilayah Persekutuan Putrajaya
Aras 3, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya, No3 , Jalan Tunku Abdul Razak , Presint 3, 62100 Putrajaya.
Paza Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur1. PAZA Cawangan Parlimen Batu
No. 838, Tingkat Bawah, Sayap Kiri, Batu 4 ½, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur
2. PAZA Cawangan Bukit Bintang
Tingkat 3, UTC Pudu Sentral, Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur
3. PAZA Cawangan Parlimen Bandar Tun Razak
No 26, Pusat Perniagaan Danau Lumayan 1,
Jalan Danau Lumayan, 56000 KUALA LUMPUR
4. PAZA Cawangan Lembah Pantai
No 93, Tingkat bawah, Jalan Bangsar, 51200 Kuala Lumpur
5. PAZA Cawangan Parlimen Wangsa Maju
No 19, Jalan 9/23e , Taman Danau Kota, Off Jalan Genting Klang, 53300 Kuala Lumpur
6. PAZA Cawangan Parlimen Setiawangsa
No 11-G , Jalan Wangsa Delima 13, 53300 Kuala Lumpur
7. PAZA Cawangan Titiwangsa
Mini UTC Keramat, Jalan Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur
8. PAZA Cawangan Parlimen Seputeh
Lot 4-G & 4-1, Medan Klang Lama 28, 58100 Kuala Lumpur
9. PAZA Cawangan Parlimen Segambut
C-0-3A, M Avanue, Jalan Segambut, 1-38A, Segambut Bahagia, 51200 Kuala Lumpur
Kaunter MAIWP Labuan Ujana Kewangan
Blok 4, Tingkat 13 Kompleks Ujana Kewangan Peti Surat 80960 87019 Labuan.
Kaunter MAIWP akan membantu anda untuk buat semakan dan kemaskini nombor telefon pemilik akaun boost. Pemilik nombor telefon akaun boost juga perlu hadir bagi pengesahan identiti. Bagi penerima bantuan MAIWP yang telah mempunyai akaun Boost, walaupun anda sebelum ini pernah menerima Kasih Asnaf Back To School, anda juga peru hadir ke kaunter MAIWP untuk semakan.
Maklumat LanjutBoleh layari laman web MAIWP di pautan https://www.maiwp.gov.my/.
Tempat Menarik Di Kuala Selangor 2022 I Husin Fauzi Farm, Sasaran Art Park
Tempat Menarik Di Kuala Selangor bagi tahun 2022. Kuala Selangor ialah bandar yang terletak barat laut negeri Selangor, Malaysia. Ia adalah bandar dan pusat pentadbiran terbesar bagi Daerah Kuala Selangor yang berdekatan.
Anda ingin tahu, sebenarnya Kuala Selangor adalah ibu kota Kesultanan Selangor pada tahun-tahun awalnya pada abad ke-18. Ia telah dipindahkan ke Jugra di wilayah Kuala Langat pada tahun 1827, kemudian Klang pada tahun 1870-an. Kuala Selangor mempunyai keluasan 1,195 km persegi dan pastinya mempunyai banyak tempat menarik yang boleh anda kunjungi.
Baca juga: Tempat Menarik Di Taiping
Taman Husin Fauzi Farm

Taman Husin Fauzi Farm berlokasi di Kampung Bukit Belimbing, Kuala Selangor. Ia mempunyai konsep seperti satu mini petting zoo (zoo/taman yang membenarkan anda memegang dan membelai-belai haiwan yang ada di sana). Di sini, anda boleh datang bersama keluarga tersayang untuk melihat, berinteraksi dan mengenali lebih dekat dengan pelbagai haiwan seperti rusa, kambing, arnab dan macam-macam lagi. Jangan risau..semuanya jinak-jinak belaka)
Selain haiwan mamalia yang biasa anda lihat di taman lain, terdapat juga haown reptilia di sini (seperti ular). Dan yang menarik, di sini juga ada burung unta dan burung merak. Staff di sini juga sangat ramah dan mereka sedia untuk menyediakan sebarang informasi yang anda mahu, dan juga demonstrasi bagaimana untuk mengendalikan haiwan tersebut. Best kan..
Di zoo mini ini, anda bukan sahaja boleh melihat dan membelai haiwan-haiwan di sini, malahan terdapat juga beberapa aktiviti lain yang boleh anda lakukan. Seperti memanah, menunggang kuda, dan sudah tentu.. aktiviti memberi makan pada haiwan (yang ini favourite anak admin).. serta aktiviti menangguk ikan. Kalau tak silap admin, anda juga boleh membawa pulang ikan yang berjaya ditangguk (ada bayaran yang dikenakan).


Yang pasti, taman ini merupakan satu tempat yang sangat berbaloi untuk anda sekeluarga kunjungi, terutamanya jika anda mempunyai anak-anak kecil.
Lokasi : Jalan Batu 45 Teluk Penyamun, Kampung Bukit Belimbing, 45000 Kuala Selangor, SelangorWaktu Operasi: 10pagi hingga 6petang (setiap hari)Harga Tiket: RM12 (Dewasa), RM7 (Kanak-kanak)Sasaran Art ParkBerlokasi di Jeram, Kuala Selangor, Taman Sasaran Art Park adalah suatu kawasan lapangan yang juga satu galeri seni. Ia dikendalikan di bawah persatuan Sasaran Art Association, taman ini menjadi pusat pertemuan dan perjumpaan orang seni kelahiran Selangor. Mereka akan berkumpul dan bergaul sesama mereka sambil mempamerkan hasil seni yang telah mereka siapkan. Selain itu, festival seni juga akan dianjurkan oleh mereka untuk jangka masa 3 tahun sekali.
Jika anda seorang penggemar seni, anda wajib berkunjung ke taman Sasaran Art Park. Selain daripada bangunan-bangunan serta taman yang dihiasi dengan mural yang berwarna-warni, persekitaran taman juga dilengkapi dengan pelbagai lukisan, skulptur dan arca. Semuanya diperbuat daripada material dan medium yang pelbagai!


Anda harus membawa anak-anak anda bersama. Pasti mereka sangat teruja dengan gambar-gambar luar biasa yang terlukis indah. (Jangan lupa ambil gambar, ya!)
Lokasi : Jalan Sasaran, Sungai Buloh, 45800 Jeram, Selangor (link google maps)Waktu Operasi: 6 pagi hingga 12malam (setiap hari)Harga Tiket: Tiada yuran kemasukan dikenakanIqbal Zulkefli Dapat Jam Rolex Bernilai RM100,000 Daripada Datin
Iqbal Zulkefli yang sememangnya terkenal kerana sering tampil dengan kontroversi yang panas malah sering menggeletek hati netizen namun tidak pernah berputus asa dalam menaikkan namanya sehingga kini.
Iqbal yang mengatakan dirinya sudah lali dengan dunia glamor , baru – baru muncul lagi dengan berkongsi di media sosial selepas menerima seutas jam tangan mewah jenama terkenal, Rolex bernilai RM100,000 pemberian daripada seorang usahawan wanita yang bergelar Datin.
Dalam perkongsian video tersebut, Iqbal dilihat sangat teruja ketika mengambil sebuah bungkusan yang diletakkan di dalam kereta Ferrari milik seorang usahawan dikenali sebagai Datin Reena.
Iqbal juga seakan terkejut dan tidak percaya apabila dirinya menerima hadiah mewah tersebut daripada usahawan tersebut yang mana dia sudah mengakui hubungan mereka sudah seperti adik dan kakak.
Malah Iqbal tururt berkongsi bahawa dia sememangnya sudah berhasrat untuk membeli jam tersebut sejak dua tahun lalu namun tidak menyangka yang dia memiliki jam tersebut sebagai hadiah paling istimewa buatnya.
Iqbal yang mengakui dirinya tidak pernah saya terima hadiah mahal seperti itu ini dan sangat bersyukur serta gembira kerana sudah memilikinya.
Dia juga berkongsi pengalaman hidupnya sebelum bertemu dengan Datin Reen yang dikatakan banyak membantu dirinya sehingga berjaya dalam bisnes dan kerajayanya.
Menjengah ruangan komen , rata-rata netizen nampak sedikit teruja dengan hadiah yang diterima oleh Iqbal dan meminta dia berkongsi tip untuk mendapatkan hadiah mahal sepertinya.
Tidak kurang juga yang menuduh Iqbal engaja mahu menarik perhatian dan membuat marketing murahan hanya untuk menaikkan namanya kembali setelah lama diam menyepi selepas kesnya baru- baru ini.
Nafiez Zaidi Jumpa Keluarga Fify Azmi
Pelakon yang sudah lama berkecimpung dalam dunia senisejak 2013 , Nafiez Zaidi dikhabarkan telah membawa keluarganya yang berasal dari Perlis dan datang ke kediaman keluarga pelakon, Fify Azmi di Subang Jaya untuk majlis merisik yang telah berlangsung semalam.
Abdul Nafis Abduzaidi atau lebih dikenali sebagao Nafiez ketika dihubungi media menjelaskan bahawa dirinya dan Fify merancang untuk mendirikan rumahtangga dalam masa terdekat namun tidak mahu bertunang dahulu .
Mungkin tidak mahu mengharungi cabaran dalam ikatan pertunangan yang seringkali dikatakan cukup mencabar dan juga mempunyai banyak dugaan sebelum terbinanya masjid.
Nampaknya mereka mengelak daripada perkara tersebut dan telah memikirkan perkara tersebut dengan baik sebelum membuat keputusan untuk berkahwin tanpa mengadakan majlis tunang.
Nafiez telah datang bersama keluarga untuk merisik Fifi dan mempertemukan kedua belah keluarga buat pertama kalinya untuk mengenali antara mereka dan menjalin hubungan yang baik antara kedua belah pihak.
“Majlis semalam adalah majlis merisik, yang mana mempertemukan keluarga saya dengan keluarga Fify buat pertama kali. Jadi, saya bawa mereka dari Perlis ke Subang Jaya.
Nafiez juga lebih memilih untuk meminta restu dan membawa keluarga kedua belah pihak untuk bertemu dan bersiratulrahim agar hubungan mereka dipermudahkan di masa akan datang.
“Setakat ini, kami tak ada merancang untuk bertunang. Yang penting, kami dah dapatkan restu daripada kedua-dua belah keluarga,” katanya kepada Harian Metro.
Nafiez juga menjelaskan bahawa pihaknya dan Fifi akan segera maklumkan mengenai tarikh perkahwinan mereka sekiranya perkara itu sudah mendapat persetujuan daripada kedua belah pihak.
Walaupun banyak pertanyaan berkenaan hubungan mereka yang sangat mesra , mereka lebih memilih untuk tidak tergopoh-gapah untuk berkahwin sehingga perkara itu mendapat keputusan semua pihak yang terlibat.
“Ramai juga yang bertanya, bila kami akan berkahwin. Tapi, buat masa sekarang, kami ‘chill’ dulu dan akan maklumkan tarikhnya apabila semuanya sudah ditetapkan kelak,” katanya lagi.
Pasangan Nafiez dan Fify mulai rapat dan kelihatan mesra selepas kedua-duanya bergandingan dalam sebuah filem bertajuk Ada Hantu 2 dan sejak itu, hubungan cinta mereka mula dihidu banyak pihak kerana sering bersama dan pernah bercuti bersama ke pulau.
Malah sering digosipkan bersama dan mereka juga sering berkongsi aktiviti serta gambar bersama hinggalah mereka mangaku mempunyai hubungan istimewa.
Pahang Pride Kid Dinaikkan RM300 Tahun Depan, Jom Mohon!
Di bawah Belanjawan 2022 Negeri Pahang, setiap bayi yang dilahirkan di Pahang akan menerima saguhati RM200, jumlah ini dinaikkan kepada RM300 di bawah Program Anak Kebanggaan Pahang (Pahang Pride Kid).
Pahang Pride KidKerajaan Pahang bersetuju menaikkan jumlah sumbangan bagi Program Anak Kebanggaan Pahang 2023 (Pahang Pride Kid 2023) sebanyak RM100 menjadikan jumlah sumbangan RM300 bermula tahun depan.
Setiap bayi yang dilahirkan di Pahang mulai tahun 2022 layak menerima saguhati RM200 di bawah Program Anak Kebanggaan Pahang.
Katanya, pemberian RM200 untuk setiap kelahiran itu adalah untuk simpanan dan barangan penjagaan bayi dan ibu ketika berpantang.
Baca juga: Bantuan Prihatin Pahang (BPP) 2022
Kad Pelajar Kebanggaan Pahang (Pahang Pride Student)Iinisiatif yang diperkenalkan dalam Belanjawan 2022 bagi rakyat negeri Pahang adalah Kad Pelajar Kebanggaan Pahang.
Kerajaan negeri dengan kerjasama MBS Book & Stationeries menawarkan kad pelajar yang bernilai RM100 dan diskaun 20% bagi barang keperluan sekolah.
Kad ini dijangka akan memberi manfaat kepada 238,455 pelajar dari keluarga B40 dan M40 dalam negeri Pahang.
KelayakanKad Pelajar ini akan diberikan kepada semua Ketua Isi Rumah (KIR) dari kumpulan B40 (pendapatan isi rumah kurang dari RM4,850) dan M40 (pendapatan isi rumah di antara RM4,851 hingga RM10,970) yang mempunyai anak yang masih bersekolah.
Maklumat LanjutLaman web rasmi Kerajaan Pahang : https://www.pahang.gov.my/
Telefon : 09-512 6600
Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM) Percuma!
Untuk makluman, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan perlindungan pelajar 24 jam sehari dan 7 hari seminggu secara percuma melalui Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM)
Kelayakan PelajarBerikut adalah kelayakan pelajar yang boleh menerima Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM) ini :
Warganegara MalaysiaPelajar yang terdiri daripada :
PrasekolahSekolah RendahSekolah MenengahTingkatan EnamKadar PerlindunganJumlah tuntutan yang boleh dibuat oleh ibu bapa pelajar yang mengalami kemalangan adalah seperti berikut :
No.Jenis TuntutanKadar Tuntutan (Jumlah)1.Kematian akibat kemalanganRM5,5002.Lumpuh berkekalan seluruh anggota akibat kemalanganRM22,0003.Terpisah atau hilang anggota kedua-dua tangan, kaki, atau mataRM11,0004.Khairat KematianRM1,5005.Tuntutan Elaun Tunai Hospital bagi setiap hari yang dimasukkan ke hospital kerajaan/swasta tidak melebihi 60 hari berturut-turutRM25.00 sehari6.Elaun Kerusi RodaRM1,000Panduan Membuat Tuntutan PampasanBerikut adalah cara-cara untuk membuat tuntutan pampasan :
Ibu bapa perlu membawa dokumen berkaitan kepada pihak sekolah.Pihak sekolah perlu memuat turun borang tuntutan di pautan >> KLIK DI SINIPihak sekolah perlu mengisi borang tuntutan tersebut dengan lengkap dan betul.Kemudian borang tuntutan, dan dokumen berkaitan perlu dihantar ke mana-mana pejabat Cawangan Takaful Malaysia atau dihantar terus kepada:Urusetia Tuntutan TPSM
Syarikat Takaful Malaysia Berhad,
Tingkat 19, Blok Utama, Menara Takaful Malaysia,
No. 4 Jalan Sultan Sulaiman,
50000 Kuala Lumpur, Malaysia.
Nota : Setiap tuntutan harus dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh kemalangan.
Baca juga: Bantuan Sehingga RM1000 Bantuan Kanak-Kanak (BKK) 2022
Muat Turun Borang TuntutanBORANG TUNTUTAN TPSMSIJIL TPSMPANDUAN ISI BORANG TUNTUTANBaca Juga: PT3 Dimansuhkan Mulai Tahun 2022
Maklumat LanjutSebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila ke laman rasmi KPM
June 4, 2022
“Abang Tak Main Taik Dik..Adik Yang Gila Bayang…” – Sharnaaz Ahmad
Melalui satu hantaran gambar terbaru beserta dengan kapsyen yang dimuat naik oleh pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad semalam , telah menjadi tanda tanya kepada orang ramai mengenai perkataan “adik ” yang ditulisnya itu.
Dalam gambar tersebut Sharnaaz terlihat berada di pantai sambil bersantai namun gambar tersebut telah dikaburkan sedikit di bahagian jari – jemarinya itu .
Dalam caption yang ditulisnya itu , dia memberitahu bahawa individu yang digelar ‘adik’ itu sebagai gila bayang namun tidak menulis nama individu tersebut dan telah membuatkan netizen saling berteka – teki dan meneka.
Walaupun masih tidak dapat dipastikan perkataan tersebut ditujukan kepada siapa namun netizen berpendapat ianya ditujukan kepada seseorang yang baru-baru ini sengaja memetik namanya.
Malah artikel berkenaan sudah tersebar di media sosial yang mana telah membuatkan dirinya tampil dengan kapsyen berkenaan kerana ianya sudah memburukkan namanya.
Melalui komen yang diberikan pada posting berkenaan , nampaknya netizen sudah mengetahui kepada siapakah tulisan berkenaan ditujukan dan mula merungkai teka -teki berkenaan malah ada yang sengaja memetik nama seorang penyanyi yang pernah bercinta dengan Sharnaaz.
Walaubaimanapun , kesemuanya itu hanya sebuah spekulasi daripada para netizen sahaja dan Sharnaaz sepertinya mengelak untuk memberitahu siapakah indivdu tersebut dan tidak menjelaskan apa- apa mengenai perkongsiannya itu.
June 3, 2022
Shila Amzah Tak Tolak Rezeki Kahwin Lagi
Setelah berpisah dengan bekas suami emoat bulan lalu , Shila Amzah seringkali diusik netizen agar kembali bercinta dan bersama dengan bekas kekasihnya, Sharnaaz Ahmad.
Hubungan cinta mereka yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu dan memilik peminatnya sendiri namun tidak berpanjangan dan berakhir dengan perpisahan .
Hampir empat bulan bergelar ibu tunggal, Shila Amzah akui dirinya lebih selesa dengan keadaan sekarang dan lebih menumpukan perhatiannya demi kerjaya yang kembali pulih.
Berkongsi tentang hubungannya bersama bekas kekasihnya itu, Shila mejelaskan bahawa dia dan Sharnaaz masih berkawan baik namun hanya sebagai kawan sahaja dan tidak lebih daripada itu.
Malah, Shila sempat menolak dakwaan bahawa dirinya akan kembali bercinta dengan Shahnaaz seperti dulu dan memohon peminat dan netizen mendoakan yang baik-baik untuk kebahagiaan mereka.
Hubungan mereka pernah ditempuhi dengan pelbagai dugaan dan cabaran daripada pihak media dan keluarga yang ikut campur hinggakan pasangan ini dikatakan pengakhiri hubungan dengan cara yang tidak baik .
“Saya dan Sharnaaz dah melalui jalan ini (percintaan) dan we are not happy in relationship. Saya tak nampak cara untuk meneruskan atau sambung kembali hubungan yang kita tahu jalan dia tak best.”
“Secara peribadi saya tiada masalah dengan dia. Cuba saya ras tak selesa nak bekerjasama, saya tak mahu netizen cakap benda yang tak perlu. Semoga netizen doakan yang baik-baik kebahagiaan kami masing-masing,” katanya.
Berbicara tentang jodohnya , Shila mengakui dirinya tidak akan menolak untuk berkahwin lagi jika ditakdirkan bertemu jodoh yang baik buatnya namun bukanlah dalam masa terdekat.
“Saya tak nafikan kehidupan sebagai ibu tunggal bukan mudah. Ramai ibu tunggal di luar sana berkongsi inspirasi untuk kekal kuat dan tabah. Saya tak pernah tutup saya punya hati atau dah tak nak ada relationship. Saya rasa itu terlalu negatif,” jelasnya lagi.
“Seandaiknya ada jodoh yang baik untuk saya, boleh menerima baik saya dan anak saya hati saya terbuka untuk mulakan kehidupan yang baru. Tapi of course bukan dalam masa terdekat ini,” katanya.
Shila kini sedang sibuk dengan promosi album terbarunya dan menghadiri pelbagai jemputana di acar berprestij dan semakin banyak “job” sejak akhir – akhir ini namun sentiasa meluangkan masa bersama anak tercinta.
Sebelumnya, Shila pernah berkahwin dengan Haris Idraki Elias pada April 2018 namun telah disahkan bercerai pada 8 Februari 2022 dan pasangan ini mempunyai seorang anak lelaki yang comel bernama Seth.
Tempat Menarik Di Taiping 2022
Tempat Menarik Di Taiping Terkini bagi tahun 2022. Anda ingin tahu tak, sebelum tahun 1937, sebenarnya ibu negeri Perak ialah Taiping, sebelum ditukar menjadi Ipoh. Nama asal Taiping pula ialah ‘Klian Pauh’. Klian membawa maksud melombong, manakala Pauh ialah sejenis buah seperti mangga kecil.
Terletak dengan jarak lebih kurang 72km dari bandar Ipoh, Taiping mempunyai beberapa tempat menarik yang boleh anda kunjungi. Tempat bersejarah pun ada tau. Jom admin bawakan..
Baca juga: Tempat Menarik Di Shah Alam
1. Muzium Telegraf Taiping

Muzium Telegraf Taiping ini memulakan pembinaan pada Mei 2015 dan akhirnya siap sepenuhnya pada Mei 2017. Ia bertujuan bagi mempamerkan sejarah serta rententan perkembangan telekomunikasi daripada zaman dahulu, sehingga ke zaman moden ini.
Sebenarnya, muzium ini adalah merupakan sebuah bangunan Pejabat Pos dan Telegraf yang paling awal dibina di negara kita. Di sinilah moyang-moyang kita dahulu akan pergi jika mereka ingin menghantar telegram, pos dan juga kemudahan perbankan. Ha..perasan tak yang admin sebut zaman ‘moyang’? Ya, betul tekaan anda. Muzium ini sudah mula beroperasi pada abad ke-18 di Tanah Melayu, ketika zaman Pemerintahan British.
Lebih tepat lagi, pada tahun 1885. Oleh itu, bangunan ini sebenarnya sudah mencecah usia 137 tahun!
Di muzium ini, anda akan disajikan dengan pameran alat-alat komunikasi pada zaman dahulu contohnya mesin telegraf. Kalau anda ingin tahu, keretapi dan juga mesin telegraf adalah keperluan yang amat penting yang membawa kepada penemuan bijih timah di negeri Perak.

Disini juga anda berpeluang untuk belajar mengenai sistem kod Morse yang sering digunapakai ketika kecemasan, terutamanya ketika peperangan. Marilah ke Muzium Telegraf Taiping, admin pasti akan ada sesuatu yang anda pelajari!
2. 5D Art Paradise Taiping

5D Art Paradise ialah muzium seni silap mata yang terletak di lot kedai di sepanjang Jalan Maharajalela di Bandar Taiping. Menampilkan lebih 70 ilustrasi optik dan pemasangan yang merangkumi genre dan tema yang berbeza, galeri ini menawarkan aktiviti keluarga yang menyeronokkan mengambil gambar kreatif dengan ekspresi yang jelas. Dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 9 malam, bayaran masuk dikenakan mengikut ketinggian seperti berikut:
131cm ke atas : RM2591cm sehingga 130cm : RM20Bagi anda yang berkunjung ke Taiping, anda dijemput untuk masuk ke muzium seni ini. Lokasinya adalah hadapan Gate Cafe dan berdekatan dengan Taman Tasik, muzium ini adalah bangunan berwarna merah.

Anda jangan risau jika anda bukan jurugambar profesional, dan tidak tahu dari sudut mana patut anda ambil untuk membuatkan gambar yang ditangkap berhasil menjadi 5D (admin pun tak reti..huaaaa). Terdapat staf di sana yang peramah dan sedia membantu samada ambilkan gambar anda, ataupun akan bimbing anda cara untuk mendapatkan gambar yang cantik.
3. Air Terjun Bukit Jana
Anda berkunjung ke Taiping, tetapi sudah bosan asyik ke Zoo Taiping? Anda terasa ingin berada dekat dengan alam semulajadi, tetapi tidak mahu berpenat-lelah berjalan berkilo-kilo meter di dalam zoo? Ini jawapannya. Anda boleh ke Air Terjun Bukit Jana, yang berdekatan denga Bukit Jana Golf Resort.
Anda hanya perlu berjalan selama beberapa minit daripada pintu gerbang ‘Kampung Gerak Daya Wawasan’ untuk sampai ke air terjun, dan yang penting, anda tidak perlu berjalan melalui jalan berbukit atau hiking. Juga tiada yuran kemasukan dikenakan. Tempat parking kereta turut tersedia.

Admin cadangkan supaya anda bawalah makanan, minuman, snek bersama. Kalau anda datang bersama kumpulan yang ramai, anda juga boleh membawa peralatan BBQ. Dah ramai-ramai tu, jangan risau, pasti ada yang nak bergilir dengan anda untuk mengipas dan membakar makanan BBQ.hehe.. Dengan air terjun yang sejuk, ditemani pula dengan makanan panas-panas. Memang syok!
Netizen Dakwa Suami Jadi Punca Jasmin Hamid Kena Serangan Jantung
Baru – baru ini telah tersebar khabar bahawa aktress jelita , Jasmin Hamid telah dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) akibat terkena serangan jantung dan ia tealh dimaklumkan sendiri oleh suaminya, Nazmir Abd Rahim di Ig milik pelakon tersebut.
Setelah berkhabaran itu disiarkan kepada umum , ianya mendapat maklumbalas daripada peminat dan rakan artis yang mendoakan kesihatan pelakon wanita tersebut dan berharap agar suaminya bersabar dengan dugaan tersebut.
Dalam kesedihan yang sedang mealnda keluarga tetsebut , terdapat juga netizen yang tidak menjaga adab ketika memberikan komen tidak senonoh di laman sosial yang mana netizen sempat mengaitkan hubungan seksual mereka menjadi punca Jasmin terkena serangan jantung.
Nazmir yang berasa berang dengan tindakan netizen tersebut dengan memohon agar perkara seperti itu diberhentikan segera demi menghormati orang yang sedang sakit dan sedang dirawat.
Nazmir yang juga merupakan pengurus peribadi kepada Jasminp turut meminta agar netizen yang tidak bertanggungjawab itu tidak menulis komen berbaur lucah dan tidak sopan itu.
Namun masih mempunyai netizen yang mendoakan isteri tercintanya itu dan berterima kasih atas semua doa dan sokongan yang diberikan kepadanya dan Jasmin.
“Saya nikahi Jasmin kerana Allah. Terima kasih kepada kalian yang bercakap buruk tentang saya dan isteri. Kalau tak suka kami, abaikan kami,” katanya.
Nazmir akui merasa terkilan kerana orang masih memberikan tanggapan negatif terhadap hubungan mereka walaupun sudah sah menikah dan menjalani rumahtangga yang bahagia.
Terdahulu , Jasmin Hamid telah mengalami serangan jantung buat pertama kalinya dan pengesahan daripada pihak keluarga juga menyatakan bahawa ahli keluarganya mempunyai sejarah sakit jantung seperti berikut.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
