Nafiez Zaidi Jumpa Keluarga Fify Azmi

Pelakon yang sudah lama berkecimpung dalam dunia senisejak 2013 , Nafiez Zaidi dikhabarkan telah membawa keluarganya yang berasal dari Perlis dan datang ke kediaman keluarga pelakon, Fify Azmi di Subang Jaya untuk majlis merisik yang telah berlangsung semalam.

Abdul Nafis Abduzaidi atau lebih dikenali sebagao Nafiez ketika dihubungi media menjelaskan bahawa dirinya dan Fify merancang untuk mendirikan rumahtangga dalam masa terdekat namun tidak mahu bertunang dahulu .

Mungkin tidak mahu mengharungi cabaran dalam ikatan pertunangan yang seringkali dikatakan cukup mencabar dan juga mempunyai banyak dugaan sebelum terbinanya masjid.

Nampaknya mereka mengelak daripada perkara tersebut dan telah memikirkan perkara tersebut dengan baik sebelum membuat keputusan untuk berkahwin tanpa mengadakan majlis tunang.

Nafiez telah datang bersama keluarga untuk merisik Fifi dan mempertemukan kedua belah keluarga buat pertama kalinya untuk mengenali antara mereka dan menjalin hubungan yang baik antara kedua belah pihak.

“Majlis semalam adalah majlis merisik, yang mana mempertemukan keluarga saya dengan keluarga Fify buat pertama kali. Jadi, saya bawa mereka dari Perlis ke Subang Jaya.

Nafiez juga lebih  memilih untuk meminta restu dan membawa keluarga kedua belah pihak untuk bertemu dan bersiratulrahim agar hubungan mereka dipermudahkan di masa akan datang.

“Setakat ini, kami tak ada merancang untuk bertunang. Yang penting, kami dah dapatkan restu daripada kedua-dua belah keluarga,” katanya kepada Harian Metro.

Nafiez juga menjelaskan bahawa pihaknya dan Fifi akan segera maklumkan mengenai tarikh perkahwinan mereka sekiranya perkara itu sudah mendapat persetujuan daripada kedua belah pihak.

Walaupun banyak pertanyaan berkenaan hubungan mereka yang sangat mesra , mereka lebih memilih untuk tidak tergopoh-gapah untuk berkahwin sehingga perkara itu mendapat keputusan semua pihak yang terlibat.

“Ramai juga yang bertanya, bila kami akan berkahwin. Tapi, buat masa sekarang, kami ‘chill’ dulu dan akan maklumkan tarikhnya apabila semuanya sudah ditetapkan kelak,” katanya lagi.

Pasangan Nafiez dan Fify mulai rapat dan kelihatan mesra selepas kedua-duanya bergandingan dalam sebuah filem bertajuk Ada Hantu 2 dan sejak itu, hubungan cinta mereka mula dihidu banyak pihak kerana sering bersama dan pernah bercuti bersama ke pulau.

Malah sering digosipkan bersama dan mereka juga sering berkongsi aktiviti serta gambar bersama hinggalah mereka mangaku mempunyai hubungan istimewa.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 05, 2022 06:18
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.