Error Pop-Up - Close Button This group has been designated for adults age 18 or older. Please sign in and confirm your date of birth in your profile so we can verify your eligibility. You may opt to make your date of birth private.

Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 173

June 10, 2022

Insentif RM600 Sehingga RM800 Sebulan Untuk 6 Bulan Sehingga 30 Jun 2022

SIP Gig memberikan insentif kewangan kepada individu yang menganggur atau tidak bekerja untuk melaksanakan pekerjaan secara jangka masa pendek.

Syarat Kelayakan

Individu yang layak adalah mereka yang memenuhi salah satu daripada syarat berikut:

Individu yang diberikan notis cuti tanpa gaji (minimum sebulan) atau yang diberhentikan kerja.Individu / graduan yang menganggur melebihi 60 hari.Pencari kerja daripada golongan terjejas seperti OKU, bekas banduan dan lain – lain.Suri rumah yang tidak bekerja lebih daripada 6 bulan dan pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,208 selaras dengan had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) terkini.Semua pekerja untuk program ini mesti berumur 18-60 tahun pada tahun 2022.Semua pekerja untuk program ini mesti membuat pendaftaran mulai 1 Januari 2022 di platform digital yang berdaftar dengan PERKESO.

*Individu yang TIDAK LAYAK adalah:

Individu yang aktif bekerja.Individu yang telah menerima insentif di bawah Program KerjayaGig.Individu yang telah menerima insentif mobiliti di bawah Program Penjana Kerjaya tetapi telah berhenti kerja secara sukarela.Pelajar praktikal atau individu yang masih belum tamat pengajian

Baca juga: Bantuan RM1,000 Untuk Rider, Ibu Tunggal Dan Penganggur

Kadar Insentif / Bayaran

Kadar bayaran insentif yang akan diterima adalah dari RM600 sebulan sehingga RM800 sebulan.

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan: 17 Januari sehingga 30 Jun 2022

Cara PermohonanBuat permohonan di Aplikasi PERKESO atau di matrix.perkeso.gov.mySekiranya permohonan diluluskan, log aktiviti perlu dimuat naik setiap bulan untuk menerima insentif.

Sekiranya anda lulus>>

Menghantar Log Aktiviti pembuktian secara cetakan berkomputer yang mengandungi jumlah komisen berserta letterhead rasmi atau logo platform digital setiap bulan bagi tempoh 6 bulan.Dengan minimum komisen bulanan berjumlah RM1,200 atau 40 jam seminggu, OBS layak mendapat insentif berjumlah RM600 sebulan.Sekiranya OBS mencapai jumlah komisen RM2,500 dan ke atas ataupun 60 jam seminggu, insentif tambahan sebanyak RM200 akan diberikan kepada OBS menjadikan insentif keseluruhan berjumlah RM800 sebulan.Maklumat LanjutBoleh kunjungi www.perkeso.gov.my atau www.myfuturejobs.gov.my 03-80915300 / 1-300-22-8000
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 10, 2022 19:25

awatan Kosong Di Majlis Perbandaran Sepang – Pelbagai Jawatan Menarik!

Permohonan Jawatan Negeri Selangor di Majlis Perbandaran Sepang dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan:

1. PEMBANTU PENILAIAN – GRED W19 [W19]2. ARKITEK LANDSKAP, GRED J41 [J41]3. PELUKIS PELAN (SENI BINA) / PENOLONG PEGAWAI SENI BINA, GRED JA29 [J29]4. PEMBANTU PENGUAT KUASA – GRED KP19 [K19]5. PEMBANTU KESIHATAN AWAM, GRED U19 [U19]6. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN – W29 [W29]7. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN, GRED U29 [U29]8. PEMBANTU AWAM – GRED H11 [H11]9. PENOLONG AKAUNTAN – W29 [W29]10. PEGAWAI PENGUAT KUASA, GRED KP41 [K41]11. PELUKIS PELAN (KEJURUTERAAN AWAM) / PENOLONG JURUTERA – JA29 [J29]

Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : 20 Jun 2022 (Isnin)
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan
Gaji : RM1,218.00 – RM9,643.00
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Majlis Perbandaran Sepang.

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)

Permohonan dan Borang Disini

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 10, 2022 01:06

Tawaran Kemasukkan Pengajian Diploma PPUM Sesi 2022/2023

Universiti Malaya menawarkan Program Pengajian Diploma Pusat Perubatan Universiti Malaya bagi sesi akademik 2022/2023.

Lepasan SPM 2020 dan 2021 dialu-alukan untuk memohon.

Skim Bantuan Keusahawanan MAINS Untuk Golongan B40

Baca juga:

Bayaran BKM Fasa 2 Akan Dikreditkan Hujung Bulan Jun IniSkim Bantuan Keusahawanan MAINS Untuk Golongan B40Tarikh Permohonan Dibuka:

Permohonan untuk permohonan dibuka sehingga 30 Jun 2022.

Program Pengajian Diploma Yang Ditawarkan

Untuk makluman, antara program pengajian Diploma yang ditawarkan oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya adalah seperti berikut :

Diploma Kejururawatan (MQA/FA8919)Dploma Teknologii Makmal Perubatan (MQA/SWA0813)Diploma Radiografi (MQA/SWA0812)Syarat Kelayakan Akedemik:

Berikut adalah syarat-syarat akedemik untuk program pengajian Diploma yang ditawarkan oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya:

Diploma Kejururawatan (MQA/FA8919) – Calon hendaklah memperolehi KEPUJIAN bagi 2 mata pelajaran dan salah satu mata pelajaran Sains Teras atau Sains Tulen (keutamaan dalam mata pelajaran Biologi).

Diploma Teknologi Makmal Perubatan (MQA/SWA0813)- Calon perlulah memperoleh KEPUJIAN bagi 2 mata pelajaran Sains Tulen (Keutamaan dalam subjek Kimia dan Biologi).

Diploma Radiografi (MQA/SWA0812)- Calon perlulah memperoleh KEPUJIAN bagi 2 mata pelajaran Sains Tulen (Keutamaan dalam subjek Fizik dan Biologi).

Syarat Kelayakan:

Beikut adalah syarat-syarat untuk memohon:

Pemohon mestilah seorang warganegara MalaysiaPemohon mestilah lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya.Pemohon mestilah mendapat KEPUJIAN dalam Bahasa Melayu (termasuk LULUS Ujian Lisan), Bahasa Inggeris, Matematik dan LULUS mata pelajaran Sejarah.Pemohon mestilah berumur antara 18 hingga 25 tahun.Pemohon mestilah berstatus bujang.Pemohon mestilah sihat fizikal dan mental serta tidak mengalami kecacatan yang menjadikannya tidak sesuai untuk mengikuti latihan.Cara Permohonan:

Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:

Langkah 1: Buat pembelian no. Pin PPUM berharga RM 10.00 di Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 25 April 2022.

Langkah 2: Lengkapkan permohonan secara atas talian menerusi Sistem Pengambilan Pelajar, Kolej Sains Kesihatan di talian spp@ummc.edu.my.

Langkah 3: Pastikan anda sertakan bersama no. pin dalam permohonan secara online.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang, portal program Diploma PPUM atau hubungi di talian 03-2028 7047 / 03-2028 7070 / 03-2028 7077 / 03-2028 7015 / 03-2028 7010.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 10, 2022 01:01

Jawatan Kosong Di Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA) – Mohon Sekarang!

Permohonan Jawatan Kosong di Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan:

1. Pegawai Personel MySTEP

Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : 15 Jun 2022 (Rabu)
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : KontrakCara Memohon Jawatan:

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA).

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)

Permohonan dan Borang Disini

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 10, 2022 00:56

Jawatan Kosong Di Astro – Mohon Sekarang!

Permohonan Jawatan Swasta di Astro dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan:

1. EVENT MANAGER
2. EDITOR
3. CONTENT CREATOR
4. VIDEO CONTENT CREATOR
5. SENIOR EXECUTIVE, LEGAL & HUMAN RESOURCES
7. HEAD OF BUSINESS DEVELOPMENT
8. SENIOR ASSOCIATE, BUSINESS ANALYST
9. DIGITAL ADVERTISING OPERATIONS MANAGER
10. OFFICER, DATA ANALYST

Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : Rujuk Iklan
Lokasi : Selangor/Kuala Lumpur
Sektor : Swasta
Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Astro.

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)

Permohonan dan Borang Disini

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 10, 2022 00:52

June 9, 2022

Bayaran BKM Fasa 2 Akan Dikreditkan Hujung Bulan Jun Ini

Seperti mana sedia maklum, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan kewangan dari kerajaan Malaysia untuk meringankan beban rakyat yang terjejas akibat Covid-19:

BKM mempunyai 4 fasa. Fasa 1 telah diagihkan pada Mac lalu.

Pembayaran BKM Fasa 2 akan melibatkan pemberian kewangan sebanyak RM100 sehingga RM400 mengikut pecahan penerima pada hujung bulan Jun 2022.

Baca juga:

Skim Bantuan Keusahawanan MAINS Untuk Golongan B40Tukar Kad Maybank Online | Kad Dihantar Terus Ke RumahKategori Penerima BKM Fasa 2:

Berikut adalah kategori-kategori penerima BKM Fasa 2:

Kategori 1:  Isi Rumah (Berkahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah:

Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500Bilangan anak 0: RM200Bilangan anak 1- 2: RM300Bilangan anak 3 ke atas: RM400Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000Bilangan anak 0: RM100Bilangan anak 1- 2: RM100Bilangan anak 3 ke atas: RM100

Kategori 2: Isi Rumah (Berkahwin) – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300):

Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500Bilangan anak 0: RM200Bilangan anak 1- 2: RM300Bilangan anak 3 ke atas: RM400Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000Bilangan anak 0: RM100Bilangan anak 1- 2: RM100Bilangan anak 3 ke atas: RM100

Kategori 3: Isi Rumah Ibu Bapa Tunggal yang mempunyai anak – Tiada Had Umur:

Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500Bilangan anak 1- 2: RM300Bilangan anak 3 ke atas: RM400Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000Bilangan anak 1- 2: RM100Bilangan anak 3 ke atas: RM100

Kategori 4: Bujang dan Ibu Bapa Tunggal yang tidak mempunyai anak – Berumur 60 tahun dan ke atas (Pendapatan RM0 – RM5,000):

Bayaran BKM Fasa 2: RM150Cara Pembayaran:

Berikut adalah kaedah-kaedah pembayaran BKM Fasa 2:

Kaedah 1: Kredit ke akaun bank:

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon / pasangan yang telah didaftarkan semasa permohonan BKM 2022 secara berperingkat.

Kaedah 2: Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN):

Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan BKM 2022.Pembayaran Fasa 1 BKM 2022 berstatus Gagal Kredit.Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang BKM atau hubungi di talian berikut:

Hotline BKM MOF : 03-8882 4565 / 4566.Hotline BKM LHDNM: 1-800-88-2747.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 09, 2022 22:38

Tampil Berhijab, Peminat Doakan Almy Nadia Kekal Istiqamah

Pelakon jelita , Datin Almy Nadia baru – baru ini telah mencuri perhatian ramai apabila tampil berhijab semasa bercuti bersama keluarganya di Genting Highland.

Almy dan keluarga yang sudah beberapa kali mengunjungi tempat berkenaan kelihatan sangat seronok bersama anak – anak bercuti sebelum penggambaran filem terbasru dijalankan.

Video berkenaan dikhabarkan telah dikongsi oleh sebuah akaun Instagram milik kelab peminat Almy Nadia dan suaminya, yang juga pelakon pekalon popular, Datuk Fizz Fairuz.

Dalam video tersebut , pasangan pelakon itu dilihat bersama empat orag anaknya yang teruja menaiki kereta kabel dan tidak sabar menikmati kesejukkan di pusat peranginan terkenal itu.

Genting Highland adalah antara pusat peranginan terkenal di Malaysia kerana cuacanya yang sejuk dan nyaman malah mempunyai banyak permainan menarik yang boleh dinikmati oleh kana-kanak dan orang dewasa.

Melalui video tersebut , netizen lebih memilih untuk memberikan komen tentang Almy yang dilihat memakai tudung bawal berwarna biru dan berbaju putih.

Sesuai dengan kejelitaannya dari dahulu lagi , netizen tidak henti – henti memuji kecomelan dan kecantikkan Almy apabila memakai tudung seperti itu.

Malah, ramai yang tutut mendoakan agar pelakon itu kekal istiqamah dalam berhijab selama lamanya kerana dia sememangnya kelihatan lebih anggun dan cantik ketika berhijab.

 

Namun tiada pengesahan daripada pelakon berkenaan sama ada sudah berhijab penuh atau sekadar memakai hijab pada waktu tertentu dan melakukan “review” bagi produk yang membayarnya kerana Almy sememangnya terkenal sebagai selebriti yang banyak mempromosikan produk baru sebagai mata pencariannya selepas sudah lama tidak aktif berlakon.

Manakala dalam satu perkongsian di Instagram milik Almy juga ada berkongsi gambar yang terlihat dirinya sudah berhijab ketika membuat panggilan video bersama anak dan suaminya.

 

Berkemungkinan Almy sudah bersedia bertudung dan selesa dengan keadaan tersebut dan netizen hanya mampu mendoakan kebaikkan agar ramai lagi artis di Malaysia bertudung dan menjaga batas semasa berlakon dan tidak melakukan gimik yang merosakkan industri bagi mempromosikan filem atau drama mereka.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 09, 2022 20:38

Skim Bantuan Keusahawanan MAINS Untuk Golongan B40

Skim bantuan keusahawanan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) kini dibuka untuk membantu golongan fakir, miskin dan B40 yang ingin berdikari dan meningkatkan taraf ekonomi.

Permohonan dibuka sepanjang tahun.

Syarat Permohonan:

Berikut dikongsikan syarat-syarat permohonan:

Pemohon mestilah beragama Islam.Pemohon mestilah warganegara Malaysia.Pemohon mestilah bermastautin di Negeri Sembilan.Perniagaan mestilah merupakan sumber pendapatan utama pemohon.Perniagaan mestilah dijalankan sepenuh masa.Tertakluk pada pengiraan had kifayah.Cara Permohonan:

Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:

Langkah 1: Hadir ke kaunter Pejabat MAINS Daerah dan Cawangan.

Langkah 2: Imbas kod QR.

Langkah 3: Muat turun borang.

Langkah 4: Lengkapkan maklumat yang diperlukan.

Langkah 5: Hantar.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) atau hubungi di talian 06-765 1402 / 06-765 1405.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 09, 2022 19:54

Tukar Kad Maybank Online | Kad Dihantar Terus Ke Rumah

Tukar Kad Maybank Online | Kad akan dihantar terus ke rumah anda. Semua kad debit Maybank boleh ditukar secara online melainkan kad tersebut hilang/dicuri atau nombor PIN terlupa. Jika anda malas atau tiada masa untuk berurusan di kaunter bank, anda boleh menukar kad secara online dan tunggu kad baru sampai di rumah.

Cara Tukar Kad Maybank Online

Mudah je nak tukar kad maybank anda secara online, ikuti langkah-langkah mudah di bawah :

1. Log masuk ke Maybank2U

2. Pergi ke Settings

3. Pergi ke Menu Cards

menu maybank2u

4. Pilih Debit Cards dan pergi ke Replace, Activate & Block

Replace, Activate & Block

5. Tekan tiga titik seperti dalam bulatan di dalam gambar

titik tiga

6. Pilih Replace Card

Replace Card

7. Isikan alamat anda untuk penghantaran kad, alamat poskod bersama dengan negeri anda. Klik pada T&C untuk bersetuju dan tekan Replace Card

tekan Replace Card

8. Tekan Request SMS TAC dan isikan TAC yang diterima di ruangan yang disediakan.

9. Masukkan nombor TAC dan klik CONFIRM

Setelah selesai, kad baharu anda akan dihantar dalam tempoh 9 hari bekerja selepas permohonan diterima. Caj penukaran kad ialah RM12 dan ditolak daripada baki simpanan dalam akaun anda.

Setelah kad anda sampai, anda perlu mengaktifkan kad menggunakan dua saluran iaitu ATM Maybank atau dalam talian.

Cara Mengaktifkan Kad Baru Anda Melalui ATM

1. Masukkan Kad

2. Pilih Bahasa

3.Masukkan nombor PIN

4. Pilih Transaksi lain

5.Pilih Perkhidmatan lain

6. Tekan Seterusnya

7.Klik pada Pengaktifan Kad

Cara Mengaktifkan Kad Baharu Anda Melalui Laman Web

1.Log masuk ke laman web Maybank2U

2. Klik Settings

3.Klik Cards

4. Klik Manage Debit Cards

5. Klik Activate

*Anda mesti mengaktifkan kad baharu anda dalam masa 90 hari atau anda perlu mengulangi langkah 1 untuk memohon kad baharu dan caj pertukaran baharu akan dikenakan.

Nombor Pin lama juga boleh digunakan. Tetapi jika anda ingin menukar kepada Pin baru anda perlu menukarnya di Maybank2U.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 09, 2022 19:37

Tempat Menarik Di Hulu Langat 2022 | Sungai Congkak Recreational Forest, Bukit Broga

Tempat Menarik Di Hulu Langat bagi tahun 2022. Hulu Langat ialah sebuah daerah di Selangor, Malaysia. Daerah ini terletak di sudut tenggara Selangor, antara Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan

Berkeluasan 829.4km persegi, Hulu Langat mempunyai beberapa tempat menarik yang bersuasanakan alam semulajadi. Jika anda menghuni di kawasan bandar dan ingin melepaskan tekanan dengan cara bermesra dengan persekitaran semulajadi, inilah tempatnya.

Baca juga: Tempat Menarik Di Johor Bahru 2022 | Legoland, Danga Bay

 

Sungai Congkak Recreational Forest, Hulu Langat

Hutan Lipur Sungai Congkak ialah percutian hujung minggu yang popular terutamanya untuk keluarga, pengembara dan pencinta alam terutamanya yang tinggal di Hulu Langat dan Kuala Lumpur.

Kira-kira 35 kilometer dari kedua-dua pusat bandar Kuala Lumpur dan pekan Kajang di Selangor, Hutan Lipur Sungai Congkak, atau Hutan Lipur Sungai Congkak, merupakan destinasi yang ideal untuk warga kota merehatkan minda, berkelah dan menikmati semua alam semula jadi yang ditawarkan.

Hutan hujan dipterokarpa yang merupakan sebahagian daripada banjaran gunung Titiwangsa yang hebat, Hutan Lipur Sungai Congkak kaya dengan flora dan fauna dengan sungai yang berliku-liku dan jernih.

kem sungai congkak, hulu langatKredit: kemsungaicongkak.com

Terletak di kawasan Hulu Langat (Hulu Selangor) yang sejuk dan berbukit, laluan menuju ke hutan melalui pekan dan perkampungan pelik di mana rentak kehidupan nyata lebih perlahan.

Gerai buah-buahan dengan hasil segar dari dusun berhampiran dan gerai makanan dengan menu kampung di kedua-dua belah jalan adalah pemandangan biasa, memberikan pengunjung rasa asli kehidupan di luar bandar, yang sebenarnya tidak jauh.

Kenderaan boleh dipandu masuk ke dalam kawasan hutan untuk sampai ke pelbagai tapak perkhemahan serta unit chalet yang disediakan untuk disewa. Gazebo di sepanjang sungai berdekatan menjadikan tapak perkelahan yang baik dan juga menyediakan perlindungan daripada hujan.

Walaupun Hutan Lipur Sungai Congkak kekurangan air terjun, kolam sungainya adalah luas dan cetek di beberapa tempat, menjadikannya sesuai untuk berenang atau berenang.

 

aktiviti camping di sungai congkak Hulu LangatKredit: ulupersonale.blogspot

 

Anda ingin melakukan aktiviti Hiking Sungai Congkak?

Lebih dalam sedikit ke dalam Hutan Lipur Sungai Congkak adalah titik permulaan denai mendaki yang mencabar ke Bukit Chenuang (Bukit Chenuang) yang mengambil masa kira-kira sejam. Mencapai ketinggian kira-kira 850 meter, puncak di sini memberikan pemandangan indah lembah di sekitarnya.

Dari Bukit Chenuang, seseorang boleh meneruskan pendakian ke Bukit Batu Kumbang sebelum pulang, iaitu kira-kira sejam lagi. Pemandangan banjaran gunung Titiwangsa dari puncak Bukit Batu Kumbang menjadikannya perhentian tambahan yang amat berbaloi untuk anda kunjungi.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di Hutan Lipur Sungai Congkak, Hulu Langat ini;

TeambuildingKem kepimpinanKem motivasi pelajarKem cuti sekolahBBQ setObstacle courceJungle trekkingRiver TrekkingFlying foxNight walkingKembara hutanFlying dropLokasi: Hutan Lipur Sungai Congkak,Jalan Sungai Congkak, Kampung Padang 43100 Hulu Langat Selangor (link google maps)Waktu Operasi: 24 jam setiap hariHarga Tiket: Dewasa (RM1), Kanak-kanak (RM0.50)

 

 

Bukit Broga, Hulu LangatPintu gerbang Bukit Broga Hulu LangatKredit: visitmalaysia2020.amirazrael.com

 

Bukit Broga Hulu Langat adalah tempat mendaki yang popular dan salah satu destinasi terbaik untuk mereka yang sukakan aktiviti luar di Selangor.

Dengan denai kembara yang mudah dan sederhana, orang ramai dari semua peringkat umur sering datang beramai-ramai ke daerah Hulu Langat ini pada awal pagi untuk mendaki laluan indah ke puncak Bukit Broga dengan ketinggian 400 m dari paras laut, manakala ada yang meneruskan perjalanan ke Gunung Tok Wan dan Puncak 18. Walaupun bukitnya agak rendah, pemandangan dari atas tetap menawarkan salah satu pemandangan terbaik di sekeliling.

Pemandangan puncak Bukit Broga Hulu LangatKredit: wonderfulmalaysia.com

Terdapat tiga ‘puncak’ di Bukit Broga. Laluan di sini ditandakan dengan jelas menjadikannya sangat mudah untuk menavigasi sendiri ke pemandangan indah lembah hijau di bawah. Adalah penting untuk merancang pendakian anda terlebih dahulu, kerana cuaca yang baik membantu mengelakkan pendakian licin yang mungkin lebih mencabar.

P/s:Jika anda ingin menikmati pemnadangan matahari terbit, seeloknya anda harus datang seawal 5 pagi dan jika anda ingin melihat matahari terbenam, anda perlu datang selewatnya pukul 6 petang.

Lokasi: Jalan Broga, 71750 Semenyih, Selangor (link google maps)Waktu Operasi: Setiap hariHarga Tiket: Kemasukan adalah percuma

 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 09, 2022 19:00

Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.