Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 172
June 12, 2022
Along Eyzendy Dan Isteri Makin Pulih Selepas Pemindahan Buah Pinggang
Pelakon dan pelawak yang terkenal dengan keletahnya yang mencuit hati , Along Auzendy kini dikatakan sudah pulih sepenuhnya selepas menjalani pembedahan.
Malah iserinya juga sudah pulih dan menjalani aktiviti harian seperti biasa selepas melakukan pemindahan buah pinggang miliknya buat suami tercinta.
“Keadaan isteri saya alhamdulillah baik. Dia memang diberi kebenaran untuk bagi buah pinggang pada saya sebab dia tiada sakit apa-apa”.
“Buah pinggang kanannya diberikan untuk dimasukkan ke sebelah kiri pinggang saya. Yang sebelah kanan keadaannya 90 peratus bagus manakala yang sebelah kiri 96 peratus. Bacaan 96 peratus dikira bagus,” jelasnya lagi.
Along Eyzendy, 43 juga ada mengulas tenatang proses pemindahan buah pinggang isterinya, Hamidah Mohd. Yatim, 38, yang mendermakan buah pinggang kepadanya pada 15 April tahun lalu.
Bercerita tentang pengalamannya isterinya itu , doktor mengesahkan keadaan isterinya baik dan air kencingnya banyak selepas sedar daripada Unit Rawatan Rapi (ICU) .
“Maksudnya ia berfungsi elok. Keadaan isteri saya pun okey. Dia keluar wad seminggu selepas pembedahan, manakala saya sebulan.
“Cuma saya nampak dia macam cepat penat sekarang. Masalah senggugutnya pun datang balik. Dulu sebelum kahwin memang dia ada sakit ini. Lepas dapat anak dia hilang. Apapun kesihatan dia okey,”
“Selepas setahun pembedahan, kesihatan saya makin okey. Badan pun berisi semula. Cuma saya kena berjumpa doktor sebulan sekali. Kalau bacaan darah tak okey saya akan ‘warded,” katanya lagi.
Kini Along semakin pulih dan sudah mendapatkan tawaran drama dan juga teater yang mana dia akan kembali sibuk menjalani penggambaran dan juga aktiviti seninya tetapi masih tetap mengutamakan dirinya .
Malah Along sekarang sedang menjalani latihan teater arahan Roslee Mansor terbitan Karyawan Negeri Sembilan yang akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 26 hingga 31 Ogos tahun ini .
“Saya akan membawakan watak sebagai Si Amat, utusan Moyang Salleh ke Johor. Lama saya tak beraksi di Istana Budaya dan kebanyakan yang terbabit adalah rakan teater.”
“Jadi saya rasa tergerak untuk ikut sekali bersama. Saya sebenarnya dah mula bekerja. Saya beritahu produksi saya sihat, tapi saya akan jumpa doktor bila perlu dan kalau doktor kata saya kena tahan di wad saya akan ikut.”
“Tapi tak lama dalam dua tiga hari kerana doktor nak pantau bacaan darah. Kalau ia naik, saya kena masuk wad dan tengok bacaan. Kalau dah okey, saya boleh keluar. Saya kena jaga pemakanan,” ceritanya lagi.
Along juga berharap agar orang ramai mendoakan kesejahteraan dirinya dan isteri agar dapat menjalani aktiviti harian dengan sempurna dan sihat selalu .
Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) Cecah RM450 Sebulan
Kerajaan menawarkan satu insentif di bawah kementerian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) iaitu bantuan elaun untuk Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU).
Ianya merupakan satu bantuan atau insentif yang diwujudkan bagi golongan OKU yang bekerja.
Tujuannya adalah untuk menggalakkan OKU terus bekerja, serta mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyrakat yang produktif.
Baca juga:
Peluang Pekerjaan di Bank Negara Malaysia (BNM) 2022Bantuan Kewangan Asasi Sehingga RM3,920 SetahunKadar Elaun:Kadar elaun yang diberikan adalah sebanyak RM450 sebulan.
Syarat Kelayakan:Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan untuk memohon:
Pemohon mestilah seorang warganegara yang bermastautin di Malaysia.Pemohon mestilah berumur 16 tahun dan ke atas.Pemohon mestilah pemegang kad OKU JKM.Pendapatan bulanan pemohon mestilah RM 1,500 dan ke bawah.Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).Cara Permohonan:Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:
Langkah 1: Muat Turun Borang permohonan:
JKM 18 Borang Permohonan BantuanJKM 20 Borang Kaji Semula BantuanBorang Permohonan Pendaftaran OKU pindaan 2019Langkah 2: Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
Langkah 3: Lampirkan dokumen sokongan.
Langkah 4: Hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat.
Dokumen Sokongan:Berikut adalah dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan:
1 Salinan Kad Pengenalan diri pemohon.1 Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama.1 Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama.1 Salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.Maklumat Lanjut:Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang portal Jabatan Kebajikan Masyarakat atau hubungi di talian 03 – 8000 8000.
Peluang Pekerjaan di Bank Negara Malaysia (BNM) 2022
Berita baik buat mereka yang sedang mencari pekerjaan, Bank Negara Malaysia (BNM) kini sedang menawarkan beberapa kekosongan penjawatan untuk diisi.
Calon-calon adalah yang berminat, disarankan supaya meneliti hebahan kekosongan jawatan ini, bagi mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan jawatan yang ditawarkan.
Baca juga:
Jawatan Kosong Di Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA) – Mohon Sekarang!Jawatan Kosong Di Astro – Mohon Sekarang!Jawatan Kosong:Berikut adalah senarai kekosongan penjawatan yang ditawarkan:
EKSEKUTIF PERINGKAT PERTAMA, PENYELIAAN RISIKO IT.EKSEKUTIF PERINGKAT PERTAMA, RISIKO TEKNOLOGI – PAKAR RISIKO & JABATAN PENYELIAAN TEKNOLOGI.PENGURUS, TEKNOLOGI & PENGURUSAN RISIKO SIBER, JABATAN PENGURUSAN RISIKO.PEGAWAI PENYELENGGARAAN, PENGURUSAN FASILITI.EKSEKUTIF PERINGKAT PERTAMA, SOKONGAN KHUSUS IT – JABATAN PEMANTAUAN PERKHIDMATAN PEMBAYARAN.DEALER, PELAKSANAAN DASAR MONETARI.PENGANALISIS/PENGANALISIS BERSEKUTU, AUDIT IT & KESELAMATAN SIBER.Syarat Kelayakan:Berikut adalah syarat-syarat kelayakan untuk memohon:
Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.Pemohon mestilah berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup hebahan jawatan.Syarat kelayakan akademik boleh dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.Cara Permohonan:Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:
Langkah 1: Permohonan kekosongan jawatan yang ditawarkan ini boleh dibuat secara atas talian seperti mana yang ditetapkan oleh pihak majikan.
Langkah 2: Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
Langkah 3: Hantar permohonan.
Maklumat Lanjut:Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Jawatan Kosong Bank Negara.
Cara Check Bayaran BKM Masuk Akaun Kita Atau Pasangan
Lihat Cara BKM Masuk akaun anda atau pasangan.
Masa register tak ingat letak nama siapa. Jadi macam mana nak check?
Bayaran BKM Masuk Akaun Kita Atau Pasangan?Menurut FAQ BKM, anda boleh menentukan akaun siapa yang akan menerima bayaran BKM.
Boleh buat semakan seperti berikut:
Login ke MyBKM (https://bkm.hasil.gov.my )Klik pada menu Semakan StatusKlik Maklumat PembayaranSemak maklumat pembayaran anda pada butiran berikut yang akan dipaparkan:Nombor Pengenalan Akaun DikreditNama PenerimaFasa PembayaranJumlah dikreditStatus KreditNama bankNombor Akaun bankBaca juga: Kategori Dan Individu Yang Akan Terima BKM Fasa 2
Nanti klik pada ‘Maklumat Pembayaran’.
Anda boleh membuat semakan semua butiran pembayaran.
Lihat Contoh seperti dibawah:
Bantuan Kewangan Asasi Sehingga RM3,920 Setahun
Pelajar yang berkelayakan akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM3,920 setahun atau sepanjang tempoh pengajian.
Baca juga:
Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2022Mohon Air Percuma Skim Air Darul Ehsan 2022Kadar Bantuan:Berikut adalah kadar bantuan yang akan diberikan:
Elaun Wang Saku: RM2,500/setahun.Yuran Pengajian dan Yuran Penginapan: RM1,420/setahun.Tambang penerbangan sekali: (pergi dan balik untuk pelajar Sabah, Sarawak dan Labuan atau sebaliknya).Syarat Kelayakan:Berikut adalah syarat-syarat kelayakan untuk memohon:
Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.Pemohon mestilah tergolong dalam kumpulan B40 dan M40 pada tahun semasa.Pemohon mestilah mengikuti program bertaraf asasi di Universiti Awam.Pemohon mestilah seorang pelajar yang telah mendaftar mengikuti kursus dengan menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau yang setaraf dengannya.Kursus pengajian telah diperakui dan diluluskan oleh Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi.Cara Permohonan:Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:
Langkah 1: Layari laman sesawang Portal Rasmi Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, KPM.
Langkah 2: Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
Langkah 3: Lampirkan dokumen sokongan yang diperlukan.
Langkah 4: Hantar permohonan melalui Pejabat Pendaftar Universiti Awam (UA) masing-masing dan tidak boleh dikemukakan terus kepada pihak KPM.
Dokumen Sokongan:Berikut adalah dokumen-dokumen sokongan yang perlu dilampirkan:
1 Salinan Surat Tawaran.1 Salinan Surat Setuju Terima Tawaran.3 Borang perjanjian.1 Borang penyata kewangan penjamin.1 Panduan mengisi borang perjanjian.Maklumat Lanjut:Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang portal Portal Rasmi Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, KPM.
Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2022
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) ialah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) yang menawarkan Skim Rumah Mesra Rakyat (RMR) kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan.
Selaras dengan Dasar Perumahan Negara, SPNB diletakkan di bawah pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang menyediakan rumah mampu milik dan berkualiti kepada setiap keluarga di Malaysia.
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini
RMR diwujudkan untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan keluarga miskin yang tiada tempat tinggal atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina kediaman sendiri yang sempurna dan selesa.
Bantuan ini akan diberikan dalam bentuk subsidi pembinaan sehingga RM20,000 dan pembinaan rumah juga akan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan seperti di seperti di bawah :
Harga bagi setiap tempat adalah berbeza tetapi konsep binaannya adalah sama iaitu 1 tingkat dilengkapi dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Berikut adalah harga RMR mengikut tempat:
1. Keluasan Rumah 1,000 KPS (Semenanjung)Harga: RM75,000Subsidi pembinaan: RM20,000Jumlah Pinjaman: RM55,000Anggaran Bayaran Bulanan (16 tahun): RM300
Berikut adalah syarat kelayakan untuk memohon subsidi RMR:
Warganegara MalaysiaPemohon berumur 18 tahun ke atasPendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah atau mempunyai rumah usang/tidak sempurnaTapak/tanah adalah sesuai dan bebas daripada gadaian/beban ke atasnya. Sekiranya pemohon bukan pemilik tanah, pemohon hendaklah mendapatkan kebenaran pemilikKeluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 KPS (tertakluk kepada reka bentuk)Cara Membuat Permohonan RMRBerikut ialah cara memohon:
Melalui talian (Secara Online)Buka laman web SPNB di https://rmr.spnbonline.com.my/ @ https://spnb.com.my/Klik Pendaftaran Baru dan lengkapkan borang pendaftaranSelepas itu, ID Log Masuk dan Kata Laluan akan dihantar ke e-mel yang didaftarkanLog masuk ke SPNB dengan id dan kata laluan yang disediakanLengkapkan borang yang diperlukanUntuk melengkapkan borang, klik Lengkapkan Pendaftaran dan Cetak BorangHantarkan borang beserta dokumen yang lengkap ke Pejabat SPNB atau cawangan SPNB yang berhampiranSecara manualBorang permohonan boleh didapati di Cawangan SPNB dan dihantar semula ke SPNB setelah permohonan dan dokumen sokongan lengkap.
Dokumen yang diperlukanBerikut adalah dokumen yang perlu disertakan semasa menghantar borang permohonan RMR:
Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)Salinan kad pengenalan tuan rumahSalinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkenaan)Salinan geran hak milik tanah terkini dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah Terkini.Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*Surat Akuan Sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah lama*Surat kebenaran pelepasan tuan tanahSalinan sijil nikah pemohonBorang laporan tapak bergambarNota Tambahan :Surat pengesahan pendapatan / tidak memiliki rumah / memiliki rumah usang perlu disahkan oleh Ketua Kampung / Pegawai Ikhtisas Kelas A.
SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan mereka dari semasa ke semasa.
Semakan Status KelulusanMaklum balas status permohonan akan diberikan dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan hanya akan dibuat tertakluk kepada peruntukan kewangan tahunan.
Bagi pembinaan rumah, tempoh yang diperuntukkan adalah selama 18 bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong dan perjanjian tertakluk kepada terma dan syarat.
Maklumat LanjutSebarang persoalan dan maklumat terperinci, sila hubungi RMR SPNB di talian berikut :
IBU PEJABAT
Syarikat Perumahan Negara Berhad
Tingkat 8, Wisma Perkeso
Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Telefon: 03-2618 5555 / 03-2618 5556 (Talian Am)
Emel: aduan@spnb.com.my
Mohon Air Percuma Skim Air Darul Ehsan 2022
Jom mohon Skim Air Darul Ehsan untuk mendapat bekalan air percuma untuk anda!
Apakah Skim Air Darul Ehsan?Program Pemberian Air Percuma ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat Negeri Selangor, khususnya kepada golongan berpendapatan rendah. Walau bagaimanapun, program ini telah dapat dinikmati oleh semua peringkat pendapatan.
Baca juga: Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat 2022
Cara Pendaftaran20 meter padu air percuma kepada kumpulan sasar di Negeri Selangor untuk golongan yang berpendapatan bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah.
Pendaftaran SADE terbuka sehingga 31 Disember 2024.
Jika anda menepati syarat-syarat di atas, daftar segera di https://ssipr-daftar.selangor.gov.my/register
Semakan Permohonan Skim Air Darul Ehsan (SADE)Semakan sila layari ke pautan : https://ssipr-daftar.selangor.gov.my/semakan-sade.
Pertanyaan lanjut berkenaan SADE, sila rujuk https://www.airselangor.com/residen…/skim-air-darul-ehsan/
Tempat Menarik Di Raub Pahang 2022 | Krau Wildlife Reserve, Raub Durian Orchard
Tempat Menarik Di Raub Pahang bagi tahun 2022. Raub adalah sebuah bandar di Pahang, Malaysia. Pekan ini terletak 110 km dari Kuala Lumpur dan 265 km dari ibu negeri Pahang, Kuantan. Raub merupakan salah satu pekan tertua di Pahang.
Mempunyai keluasan 977 km persegi, Raub Pahang mempunyai beberapa tempat menarik yang harus anda kunjungi, terutamanya jika anda seorang yang gemarkan alam semula jadi. Di dalam artikel ini, admin memilih dua tempat untuk destinasi persinggahan anda jika anda bercuti di Raub Pahang.
Baca juga: Tempat Menarik Di Hulu Selangor | Sungai Congkak Recreational Foret, Teratak River View
Krau Wildlife Reserve, Raub Pahang

Rizab Hidupan Liar Krau ialah rizab hidupan liar terbesar seluas 60,349 ha terletak di Pergunungan Titiwangsa, negeri tengah Pahang, Malaysia yang ditubuhkan semasa Pentadbiran Kolonial British. Ia terletak berhampiran Gunung Benom di Daerah Temerloh, Pahang dan dialirkan oleh Sungai Krau, Sungai Lompat dan Sungai Teris.
Kawasan Hutan Simpan Hidupan Liar Krau yang berlokasi di Raub Pahang ini amat luas, seperti yang anda boleh lihat di peta ini:
Ia diuruskan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara, yang terletak di selatan perbandaran Lanchang. Mengikut sejarah, pada 1960-an, Lord Medway mengetuai ekspedisi zoologi ke Gunong Benom (2110 m dpl), Raub Pahang yang kemudiannya telah menarik ramai saintis, ahli biologi dan ahli primatelogi untuk menjalankan penyelidikan di bahagian timur rizab yang dipanggil Kuala Krau.
Kawasan hutan dipterokarpa tanah rendah yang terletak di Raub Pahang ini mengandungi kepelbagaian burung dan mamalia yang sangat tinggi terutamanya primata dan kelawar.
Terdapat beberapa tapak kemasukan rizab dengan fungsi tersendiri iaitu di:
Kuala Lompat (pusat kajian lapangan)Bukit Rengit (Pusat latihan kakitangan jabatan hidupan liar/pusat kajian lapangan/Ibu Pejabat Krau)Kuala Gandah (pusat pemulihan gajah)Jenderak Selatan (pusat pembiakan seladang)

Gajah Asia di Kuala Gandah ,Raub Pahang adalah tarikan pelancong yang sangat popular, dan ia boleh menjadi sesak di sini pada hujung minggu. Yang menariknya, gajah yang jinak di sini mungkin dipanggil untuk membantu penjaga gajah untuk menenangkan gajah liar yang ditangkap yang terlibat dalam insiden konflik manusia-gajah dan perlu dipindahkan.

Fakta nombor
Kajian yang dilakukan di Krau setakat ini mendapati 60 spesies amfibia dan 60 spesies reptilia, masing-masing mewakili 56% dan kira-kira 22% daripada jumlah spesies yang terdapat di Semenanjung Malaysia.
Lokasi: 324, C149, Kampung Sungai Klau, 27630 Raub, Pahang (link google maps)Raub Durian Orchard, Raub Pahang

Anda ingin tahu, boleh dikatakan durian musang king yang dijual dalam pasaran Malaysia hampir keseluruhannya adalah berasal dari kebun durian di Raub Pahang!
Jadi, sekiranya anda seorang penggemar durian, anda wajib ke Raub Durian Orchad. Raub Durian Orchard dimiliki dan diuruskan oleh Koperasi Sejati Berhad dengan kerjasama duta dan pengasas Eddie Yong. Lokasi kebun durian ini terletak dalam jarak lebih kurang 15 minit dari bandar Raub Pahang.
Dengan keluasan 10 ekar, kebun ini menempatkan lebih kurang 300 pokok durian iaitu dari bermacam-macam jenis kacukan, antaranya ialah Udang Merah, Hor Lor, Musang King dan yang paling menjadi kegemaran pengunjung; Tekka.


Selain buah durian, terdapat juga buah-buahan tempatan lain yang ditanam di Kebun Durian Raub Pahang ini. Jadi, jika ada antara ahli keluarga anda yang tidak menggemari durian, jangan risau. Mereka boleh memilih pelbagai jenis buah-buahan lain seperti manggis, dukung, pisang, pulasan, rambutan, duku dan sebagainya.
Yang menariknya, anda sekeluarga juga boleh memancing di Kebun Durian Raub Pahang ini. Sambil memancing, sambil menjamu durian yang enak. Syok bukan!
Tips Penting
Jika anda sememangnya berhajat untuk makan durian di sini, anda harus datang ketika musim durian. Admin yakin, pasti anda berasa berada di syurga durian. Anda jangan bimbang dengan kualitinya, kerana hanya durian gred A yang dijual di Kebun Durian Raub ini, dan semuanya dijual dengan harga berpatutan dan tidak akan lari dari harga pasaran (malahan mungkin lebih murah)
Lokasi: Raub Durian Orchard, 27600 Raub, Pahang (link google maps)
Harris Annuar Dan Asha Merican Kini Sah Sebagai Suami Isteri
Pelakon yang juga anak kepada pengasas produk terkenal iaitu Harris Annuar semalam telah selamat mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya , pelakon dan model, Asha Merican pada jam 4 petang di Magica Hall, Kuala Lumpur.
Pasangan ini rupanya sudah lama menjalin kasih asmara sejak 4 tahun lalu dan dirahsiakan daripada umum sehingga hari ini semuanya terbongkar dan Haris sudah berkongsi moment bahagia bersama isterinya itu di media sosial miliknya.
Pelakon yang terkenal dengan imej kepala botaknya mengakui sengaja menyembunyikan hubungan mereka dan hanya keluarga terdekat sahaja yang mengetahui tentang perkara tesebut.
“Alhamdulillah dengan sekali lafaz, saya sah bergelar suami kepada Asha. Sebenarnya kami sudah bercinta hampir empat tahun tapi memilih untuk merahsiakan hubungan ini.
“Sepanjang perkenalan kami kunci rapat mengenai status hubungan kepada orang luar. Hanya keluarga kedua belah pihak dan rakan-rakan rapat saja yang tahu.
“Kami tidak pernah bertunang, cuma ada ke rumah keluarga Asha untuk merisik,”katanya lagi.
Di hari pernikahannya itu , Harris telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1,001 kepada isterinya Asha beserta lima dulang hantaran manakala pihak Asha membalas dengan tujuh dulang hantaran.
Majlis pernikahan yang meriah itu telah disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak lelaki dan perempuan beserta rakan selebriti yang terdekat dengan pasangan ini .
Berbicara tentang gadis pilihannya itu , Harris mengakui yang Asha memiliki keperibadian yang hampir sama dengan ibunya yang cukup terkenal dengan budi bahasa dan bicara yang cukup santun iaitu Zaiton Hassan .
“Asha memiliki sisi yang menghiburkan berbanding saya yang pendiam. Jadi bila ada isteri yang ceria dan periang saya rasa seronok”.
“Rasanya ramai juga yang tahu saya seorang yang agak sensitif dan mudah menangis. Orang kata suka layan perasaan”.
“Jadi, bila ada Asha dalam hidup sekurang-kurangnya dapat menjadi penyeri selain dia memiliki perangai yang lebih kurang sama dengan mummy,” jelasnya lagi.
Harris juga berkongsi bahawa mereka bakal mengadakan majlis resepsi di lokasi yang sama pada malam ini dan majlis akan berlangsung meriah atas kehadiaran rakan influencer dan juga artis.
June 10, 2022
Hawa Rizwana Dikecam Berpakaian Ketat Di Pusat Karaoke
Sosok selebriti wanita yang juga merupakan penyampai berita dan radio popular , Hawa Rizwana yang dikenali kerana kecantikkannya dan juga rupa paras yang dikatakan mirip dengan artis terkenal , Neelofa.
Hawa yang pernah menjadi tarikan umum apabila ramai peminat yang mengiyakan bahawa wajahnya saling tak tumpah seperti Neelofa dan dikatakan bakal mengikuti jejak langkah Neelofa sebagai selebriti terkenal di Malaysia.
Hawa Rizwana yang berdarah keturunan Arab, Siam dan Aceh dilahirkan di Amerika Syarikat dan mempunyai kacukan membutakannya mempunyai ramai peminat dan pengikut di media sosail.
Namun kelmarin setelah satu perkongsian daripada Hawa telah menjadi perhatian ramai apabila memuat naik sebuah video di aplikasi TikTok memaparkan dirinya sedang sakan berkaraoke dan meluangkan masa bersama sahabat handai dan keluarga.
Tetapi lain pulak yang menarik perhatian netizen apabila penampilan Hawa di tempat awam seperti itu dengan memakai seluar yang dilihat terlalu ketat dengan baju yang singkat.
Malah diruangan komen video berkenaan , netizen tidak ragu – ragu meluahkan rasa sedih melihat cara pemakaian Hawa dans empat memberi komen menegur supaya memakai seluar yang lebih longgar selpas kejadian ini agar kelihatan lebih sopan dan menjaga imejnya.
Manakala disebalik semua kecaman yang diterima , terdapat juga netizen yang mendoakan agar dirinya diberikan hidayah dan tidak menjadi wanita idaman seperti yang digambarkan oleh mereka.
Sosok HAwa dijadiakn ikon wanita kerana sentiasa berpakaian sopan sebelum ini , malah memiliki budi bahasa yang tinngi dan berpelajaran serta jelita orangnya .
Oleh kerana it , netizen sangat bimbang dengan pemakaiannya itu dan tidak mahu terus menghukum selebriti tersebut kerana netizen yang melebih – lebih dalam memuji dan ini membuatkan mereka mahu melihat yang lebih baik sahaja.
Dalam pada itu , Hawa juga tamil mengucapkan terima kasih diatas kesemua komen dan teguran yang diberikan tanpa berasa hati malah menyatakan dirinya akan memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang.
“Mungkin orang biasa lihat penampilan saya di kaca televisyen menjadi penyampai berita. Apa yang saya pakai dalam video itu adalah gaya kasual yang biasa saya pakai apabila keluar ” , jelas Hawa.
“Terima kasih atas komen-komen yang diberikan. Saya tidak marah dan mengambil iktibar supaya menjadi seorang yang lebih baik di masa akan datang,” katanya lagi.
Hawa cukup bagus dalam mengahadapi kritikan dan cemuhan daripada netizen dan menerima semuanya dalam keadaan baik tanpa bertikam lidah dengan netizen.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
