Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 171
June 13, 2022
Netizen Kecam Aksi Goyang Dan Tepuk Punggung Pengasas Produk Di Khalayak Ramai
Tidak pernah senyap dengan kontroversi sejak kemunculannya , baru – baru ini video yang dikongsikan Kak KM mendapat kecaman netizen lagi apabila memuat naik video tentang beberapa pengasas produk seperti Datuk Seri Vida, Ifa Raziah dan Cheta Pot Pet yang mana mereka disuruh menayangkan punggung mereka di khalayak ramai.
Liana Rosli yang juga anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri sememangnya sering berkongsi aksi seksi dan menarik perhatian tidak kira dimana dia berada.
Kesemua pengasas ini sudah kerap kali dilihat meluangkan masa bersama dan juga melakukan aktiviti bersama sambil mempromosikan produk mereka di media sosial.
Namun kali ini mereka dikatakan sengaja menimbulkan rasa kurang senang orang ramai apabila Kak KM bertindak menepuk punggung kesemua pengasas berkenaan seolah-olah mahu ‘menguji kehebatan aset’ mereka dan memuat naik video berkenaan di media sosial.
“Punggung siapa yang paling mencengkam sekali, kita tengok! Jadi siapa nak dapatkan punggung paling ‘aum’ sekali, korang kena datang,” selorahnya lagi.
Tidak mendiamkan diri sahaja , para netizen mula memberikan komen diposting berkenaan dengan pelbagai kecaman yang menyakitkan mata hingga ada yang menuduh mereka sengaja mahu mencetuskan kontroversi demi melariskan produk.
Malah ada menyifatkan aksi berkenaan seperti wanita tidak bermaruah dan menyifatkan pengasaa berkenaan semakin melampau dalam menaikkan nama mereka di media sosial sehingga memalukan diri sendiri.
Walaupun menerima banyak kecaman daripada netizen yang tidak menyukai pengasas berkenaan tetapi masih ada segelintir yang masih mendoakan agar mereka semua akan diberikan hidayah dan berubah pada masa akan datang.
Meskipun mereka terkenal dengan sikap yang sangat menyantuni ibu bapa dan sayangkan keluarga malah sering tampil dalam membantu orang yang memerlukan namun itu tidak menjadi tiket untuk berbuat perkara tidak senonoh seperti itu.
Semoga mereka menjadi yang lebih baik pada masa akan datang kerana tidak perlu mempromosikan produk dengan cara seperti itu kerana keberkesanan produk terletak pada kualitinya.
Malah produk mereka sudah popular dan mempunyai banyak pengikut di media sosial jadi tidak perlulah keterlaluan dalam melakukan sesuatu perkara kerana mungkin akan memakan diri pada masa akan datang.
Pelan Perlindungan Hospital Untuk Pengguna RapidKL
Inisiatif ini yang merupakan hasil kolaborasi bersama AIG Malaysia ini dilancarkan bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam darat di kalangan rakyat Malaysia yang bekerja di kawasan Lembah Klang.
Pelancaran insentif ini juga mengiringi pembukaan Fasa I MRT Laluan Putrajaya yang akan mula beroperasi pada 16 Jun 2022 begitu juga dengan tawaran pelan HPP menerusi aplikasi PULSE.
Dianggarkan sekitar 50,000 penumpang bakal menikmati manfaat yang ditawarkan ini.
Baca juga:
Cara Kenal Penyakit HFMD, Chickenpox Dan MonkeypoxTambang Skypark Link KL Sentral Ke LTSAAS Kini Hanya RM3.50Kelebihan Pelan Perlindungan Hospital RapidKL:Berikut adalah manfaat penerima pelan perlindungan:
Elaun tunai RM50 setiap hari jika dimasukkan ke hospital disebabkan Penyakit Berjangkit Tertentu.Elaun tunai harian ini akan diberikan sehingga 14 hari pesakit dimasukkan ke hospital.Penerima HPP akan nikmati pelan perlindungan hospital percuma selama 3 bulan.Cara Permohonan:Berikut adalah langkah-langkah permohonan:
Langkah 1: Muat turun aplikasi PULSE di telefon bimbit.
Langkah 2: Nikmati pelan yang ditawarkan.
Khidmat Duta Rel RapidKL:Pengguna yang menghadapi masalah untuk gunakan aplikasi PULSE boleh dapatkan bantuan daripada Duta Rel RapidKL tau Rail Ambassador yang telah dilantik.
Anda boleh kenalpasti petugas khas ini dengan pemakaian selempang dan topi ‘Ask Me’.
Setakat ini, Duta Rel RapidKL akan berada di 19 buah stesen iaitu :
Masjid JamekIOI Puchong JayaBandar Tasik SelatanBandarayaMaluri (untuk Laluan Ampang)Stesen KL SentralPasar SeniWangsa MajuKLCCSubang Jaya (untuk Laluan Kelana Jaya)Bukit BintangImbiKL SentralHang Tuah (untuk Laluan Monorel)Bukit BintangMaluriPasar SeniMuziumCochraneMaklumat Lanjut:Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang myRapid.
Cara Mudah Keluar Duit Tanpa Kad
Pengguna Maybank boleh mengeluarkan duit tanpa menggunakan kad namun melalui penggunaan kod SMS.
Kini, para pengguna boleh mengeluarkan duit tanpa menggunakan kad menerusi aplikasi Maybank MAE yang telah dimuat turun di dalam telefon bimbit.
Cara Menyediakan Tetapan1. Sila buka aplikasi Maybank MAE.
2. Klik pada butang ‘Manage.’
3. Buang salah satu ‘Widget’ dengan klik butang ‘-‘ dan klik butang ‘+’ pada perkataan ATM Cash-Out serta klik ‘Save Change.’
4. Pengguna boleh melihat paparan telah bertukar seperti di bawah.
5. Kemudian, klik pada bahagian ‘ATM Cash-Out.’
6. Klik pada kotak ‘I confirm that I have read the above and agree to the Terms & Conditions’ dan klik butang ‘Confirm.’
7. Masukkan OPT Password yang dihantar melalui telefon bimbit dan klik butang ‘✓’
8. Kemudian boleh pada klik butang ‘Done’ untuk melengkapkan tetapan dan tunggu pengesahan sehingga 24 jam.
Baca juga: Cara Refund Duit Ke Dalam Kad Touch n Go Anda
Cara Mengeluarkan Duit Di ATM1. Buka aplikasi Maybank MAE dan klik butang scan di bahagian tengah aplikasi.
2. Scan QR kod di mesin ATM
3. Masukkan jumlah yang ingin dikeluarkan.
4. Klik pada butang ‘Withdraw Now’ dan duit akan dikeluarkan.
Penerangan LanjutPenerangan lanjut boleh ditonton menerusi video dibawah:
Tawaran Modal Kerja Pembiayaan Sehingga RM500,000
Pembiayaan Modal Kerja Tetap Sehingga RM500,000 kini dibuka.
Pembiayaan oleh SME Bank dan SME Corp ini terbuka kepada usahawan perniagaan kecil dan sederhana (PKS).
Modal Kerja@BAP ialah program yang dibankunkan untuk membantu pembiayaan modal kerja tetap sahaja menampung kos overhead selama 6 bulan.
Program ini bertujuan untuk meringankan beban usahawan PKS yang terjejas akibat COVID-19 bagi mendapatkan modal kerja tetap.
Baca juga: Bantuan Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya RM450
Tarikh PermohonanPermohonan bagi pembiayaan ini dibuka mulai 28 Februari 2022 sehingga 31 Disember 2022 atau sehingga dana program ini habis digunakan.
Jumlah PembiayaanJumlah pembiayaan yang ditawarkan menerusi program ini adalah sebanyak minima RM50,000 dan maksima sehingga RM500,000.
Kadar & Tempoh PembiayaanKadar pembiayaan yang ditetapkan bagi program ini adalah sebanyak 4% setahun.Tempoh pembiayaan pula adalah sehingga 7 tahun termasuk tempoh pernafasan atau moratorium sehingga 12 bulan.Syarat Kelayakan Bagi Permohonan Modal Kerja@BAPPKS seperti yang didefinisikan oleh Majlis Pembangunan Usahawan dan PKS kebangsaan.Pemilikan syarikat sekurang-kurangnya 60% oleh wargenegara Malaysia.Pemilikan bagi perusahaan besar tidak melebihi 20%.Pemohon berdaftar dengan SSM, atau pihak berkuasa/pejabat daerah (untuk Sabah dan Sarawak), atau badan berkanun untuk perkhidmatan professional.Pengendali perniagaan sepenuh masa.Syarikat telah beroperasi sekurang-kurangnya selama 6 bulan.Penilaian SCORE hendaklah dilaksanakan dalam tempoh 6 bulan selepas pembiayaan diluluskan.Baca juga: Saringan Kesihatan Pekerja Secara Percuma Di PERKESO
Cara MemohonUntuk membuat permohonan, boleh kunjungi SME Bank dan SME Corp yang berhampiran untuk membuat permohonan.
Maklumat LanjutBoleh hubungi pihak SME Bank di talian 03-2603 7700 atau melayari laman web https://www.smebank.com.my/.
Tempat Menarik Di Gombak 2022 | Batu Asah Waterfall, Muzium Orang Asli
Tempat Menarik Di Gombak bagi tahun 2022. Daerah Gombak ialah sebuah daerah pentadbiran yang terletak di negeri Selangor, Malaysia. Daerah ini diwujudkan pada 1 Februari 1974, hari yang sama apabila Kuala Lumpur diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan. Sehingga 1997, Rawang adalah ibu kota daerah; ibu negara telah dipindahkan ke Bandar Baru Selayang.
Gombak dibahagikan kepada 4 mukim iaitu Batu, Rawang, Setapak dan Ulu Klang. Berkeluasan 650 km persegi, Gombak mempunyai beberapa tarikan yang harus anda jadikan destinasi pelancongan anda.
Baca juga : Tempat Menarik Di Pontian | Muzium Nenas, Muzium Bugis
Air Terjun Batu Asahan, Gombak
Laluan ini bermula di ATV Adventure Park dan merupakan laluan yang sangat popular untuk aktiviti kenderaan lasak ATV. Ia akan membawa anda ke Air Terjun Batu Asah. Terdapat pemandangan air terjun yang cantik di sini. Berhati-hati kerana beberapa tempat di laluan ini agak curam. Tali bersimpul tersedia untuk membantu anda memanjat. Laluan itu berlumpur dan agak licin di beberapa tempat terutamanya pada musim hujan. Pakai kasut yang sesuai dan selesa semasa mendaki di kawasan denai ini.

Sebenarnya Air Terjun Batu Asahan ini bukan merupakan air terjun tinggi seperti air terjun berbatu lain dan ia juga tidak mempunyai kolam semulajadi. Sebaliknya, ia adalah lebih kepada sungai yang telah dimaju dan dibangunkan. Kolam mandi juga dibina untuk membolehkan orang ramai bermandi-manda.
Aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini ialah berkhemah dan ber’bbq. Kawasan air terjun amat selamat untuk kanak-kanak. Oleh itu, ibubapa boleh membawa anak bersama dan seterusnya memberikan mereka pengalaman baru.

Kemudahan (antaranya adalah berbayar) yang lain adalah seperti gazebo, tapak perkelahan, bilik persalinan, gazebo dan juga chalet penginapan.
Lokasi: Kg. Kemensah, Ulu Kelang, Gombak (link google maps)Muzium Orang Asli Gombak

Dr Baharon Azhar Bin Raffie’i, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) keempat (1969 – 1986) merupakan orang yang mencetuskan idea untuk memelihara sejarah dan pemuliharaan warisan budaya orang asli (masyarakat Orang Asli).
Pelan yang dicadangkan itu mengambil masa enam tahun untuk direalisasikan dan Muzium Orang Asli di Gombak ini, yang dahulunya merupakan kediaman Ketua Pengarah JHEOA, akhirnya dibuka kepada orang ramai pada 29 September 1987.
Diakui, muzium ini masih dalam proses kerana semua suku kaum Orang Asli di Malaysia masih belum dibentangkan di sini. Walau bagaimanapun, ia adalah rumah kepada pelbagai maklumat dan pameran yang mempamerkan sejarah dan tradisi sebilangan besar suku asli negara ini.

Pameran termasuk peralatan memburu, alat muzik tradisional serta perhiasan dan pakaian peribadi. Walaupun sebahagian daripada ini adalah barangan sebenar yang disumbangkan oleh komuniti, sesetengahnya adalah replika.
Pengunjung muzium juga berpeluang menonton video pendek suku Temiar dan memahami cara hidup mereka. Jangan lepaskan peluang untuk melawat Muzium Orang Asli di Gombak ini untuk lawatan pendidikan.
Lokasi: Km 24, Jalan Pahang, Gombak, 53100 Selangor, Malaysia (link google maps)Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat (9 pagi – 5.50 petang)
Tempat Menarik Di Pontian 2022 | Muzium Nenas, Muzium Bugis
Tempat Menarik Di Pontian 2022. Daerah Pontian ialah sebuah daerah di barat daya Johor, Malaysia. Nama Pontian juga digunakan dalam nama dua pekan di daerah itu, iaitu Pontian Besar dan Pontian Kechil, dan Pontian Kechil menjadi ibu kota daerahnya.
Mempunyai keluasan 932.64km persegi, Pontian mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi, samada anda memang berasal dari Johor, ataupun dari seluruh pelusuk tanah air.
Baca juga: Tempat Menarik Di Rawang 2022 | Hutan Lipur Rawang, Big Bucket Splash
Muzium Nenas

Muzium ini mempunyai pameran menarik mengenai agronomi nanas. Lawatan bermaklumat ke Muzium Nanas, pasti membuatkan anda terpesona dengan buah manis ini!
Muzium Nenas berlokasi di KM52, Jalan Pontian, Johor. Ia terletak di sebuah pekan kecil bernama Pekan Nanas. Ia terletak di daerah Pontian, kira-kira 50 minit pemanduan dari Johor Bahru. Kemudian, anda akan menemui Pekan Nanas, bandar di mana terletaknya muzium itu. Di sana, anda ambil Jalan Pontian dan cari papan tanda yang menunjukkan arah ke Muzium Nanas.
Muzium Nanas mempamerkan segala-galanya tentang buah tropika, nanas.
Ia memberi tumpuan terutamanya kepada penanaman nanas, dari permulaan sehingga akhir. Malah, satu bahagian muzium memberi tumpuan kepada kaedah penanaman nanas, memberikan maklumat terperinci tentang teknik penanaman, kawalan perosak dan penyakit, penanaman komersial dan garis panduan penyelenggaraan.
Selain itu, muzium ini juga mempamerkan cara nanas diproses, dan akhirnya dalam tin. Selain itu, anda dapat melihat semua jenis nanas yang ditanam di luar muzium. Jika anda berminat untuk mendapatkan cenderahati di sana, mereka ada menjual produk nanas seperti jem nanas, jus segar nanas dan banyak lagi.
Di muzium, ia menunjukkan bahawa daun nanas juga berguna. Ia sebenarnya boleh digunakan untuk membuat pakaian.
Buah-buahan itu ditanam betul-betul di halaman belakang muzium itu sendiri, dan pengunjung dapat mempelajari banyak tentang buah-buahan daripada penanaman, pemprosesan, pengetinan serta pelabelan sehingga ia menjadi produk siap.
Untuk melihat bagaimana buah nanas diproses, dari ladang ke kilang, di mana ia ditinkan, anda harus berkunjung ke sini. Muzium Nenas ini menempatkan salah satu koleksi artifak, pameran, penerbitan dan maklumat yang paling luas berkaitan industri nanas di Malaysia.
Lokasi: Jalan Pontian, Pekan Nanas, 81500 Pontian, Johor Malaysia (link google maps)Waktu Operasi :08:30 pagi – 12:45 tengahari, 02:00 petang – 04:30 petangMuzium Bugis

Asalnya, penubuhan Muzium Bugis ini adalah pada tahun 1982 iaitu sebagai Warisan Bugis. Pada tanggal 1994, Kerajaan Negeri Johor menyatakan sokongan terhadap muzium ini melalui persatuan Yayasan Warisan Johor. Lalu muzium ini diisytiharkan sebagai muzium Bugis yang pertama di negara Malaysia.
Malahan, Gabenor Sulawesi Indonesia telah datang melawat muzium tersebut dan beramah mesra bersama penduduk Bugis tempatan. Beliu juga berhasrat supaya mana-mana penduduk Bugis dari negara berlainan dapat mengekalkan hubungan sesama mereka.
Menurut pemiliknya, Muzium Bugis ini mempunyai lebih 2600 artifak yang mempunyai sejarah tersendiri dan dari jumlah artifak yang banyak itu, terdapat 300 koleksi yang merupakan barang asli berkaitan masyarakat Bugis dan kesemuanya telah berusia selama ratusan tahun.
Antara barangan yang dipamerkan ialah seperti syiling lama, peluru, pakaian, barang kemas serta gambar-gambar lama. Terdapat juga pelbagai senjata dan keris yang digunakan oleh masyarakat dan pahlawan Bugis dimana ia dihasilkan pada tahun 1617 ke 1836. Senjata-senjata seperti madura, langsuyar, andus, terbang sari, ganja rawan berkalok dan apit liang ini digunakan oleh mereka untuk melindungi daripada penjajah.

Kesimpulannya, para pengunjung yang datang melawat ke Muzium Bugis ini akan memperolehi beberapa perkara;
Mengetahui sejarah dan masyarakat BugisMelihat kepelbagaian artifak dan barangan seperti peluru, peralatan harian dan sebagainya.Menyaksikan banyak koleksi warisan seni dan budaya bangsa Bugis di PontianMempelajari sejarah dan maklumat berkaitan masyarakat BugisLokasi: Muzium Bugis, Kampung Rambah, 82000 Rambah, Pontian (link google maps)Waktu Operasi: Setiap hari (10pagi-6petang)Harga Tiket: Tiada bayaran dikenakan
Tarikh Dan Cara Semak Keputusan SPM 2021
Keputusan SPM 2021 sangat dinanti-nanti oleh pelajar kerana keputusan SPM tersebut akan digunakan untuk permohonan biasiswa, kemasukan UPU dan lain-lain urusan.
Hari ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan tarikh rasmi keputusan SPM akan dikeluarkan untuk rujukan pelajar-pelajar SPM 2021 yang terlibat.
Tarikh Pengumuman Keputusan SPM 2021Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia bagi tahun 2021 akan dikeluarkan pada 16 Jun 2022 (Khamis).
Baca juga: Bantuan Tunai One-Off Pendaftaran IPT
Cara Semak Keputusan SPM 2021Secara Hadir Ke SekolahPelajar boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi.
Namun perlu diingatkan sistem tersebut bukan untuk cetakan slip keputusan peperiksaan. Pelajar masih perlu hadir ke sekolah bagi mendapatkan slip keputusan peperiksaan masing-masing.
Bagi calon persendirian, slip keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia akan dihantar melalui pos pada 16 Jun 2022.
Secara Atas TalianSemak secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM 2021 mulai pukul 10.00 pagi pada 16 Jun 2022 sehingga pukul 6.00 petang pada 24 Jun 2022; dan/atau
Slip keputusan penuh boleh dimuat turun selepas 4 hari pengumuman keputusan melalui pautan myresult3.moe.gov.my
Secara Pesanan Ringkas Atau SMSSemak secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan rumusan keputusan peperiksaan SPM 2021 dengan menaip SPMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888.
Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 16 Jun 2022 sehingga pukul 6.00 petang pada 22 Jun 2022.
Kemaskini Permohonan & Semakan Status BKM Fasa 2 Tahun 2022
Menerusi pengumuman Bajet 2022 yang dibentangkan Menteri Kewangan, jumlah bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) berbeza mengikut kategori penerima. Ia meliputi kategori isi rumah berpendapatan kurang daripada RM2,500 sebulan sehingga isi rumah berpendapatan RM5,000 sebulan dan ke bawah. Individu bujang juga akan menerima bantuan bagi mereka yang berpendapatan kurang daripada RM2,500 sebulan.
Terbaru, BKM Fasa 2 akan dikreditkan kepada yang lama TIDAK LAMA LAGI.
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini
Semakan keputusan permohonan BKM boleh dibuat dengan 2 cara iaitu:
Semakan di laman web berikut : Semakan BKMSemakan melalui aplikasi mudah alih BKM 2022 dengan memuat turun di Play Store untuk platform Android dan di App Store untuk platform iOSJika anda semak dalam talian https://bkm.hasil.gov.my;
Tekan log masuk BKMMasukkan nombor Mykad / ID penggunaKlik semakPastikan kata laluan keselamatan anda betul dan tekan ya jika betulMasukkan kata laluanKlik pada semakan status (status PERMOHONAN DITERIMA akan dipaparkan)
Bagi fasa 2, pembayaran dijangka dibuat kepada penerima pada penghujung Jun 2022. Masih tiada tarikh rasmi diumumkan oleh LHDN.
Sila semak juga kategori penerima yang akan dapat BKM Fasa 2.
Tarikh Permohonan / Rayuan BKMBagi yang tidak menerima BKM, rayuan permohonan BKM akan dibuka mulai 2 Mei 2022 sehingga 2 Jun 2022.
Maklumat lanjutUntuk maklumat lanjut mengenai pembayaran BKM fasa 2 2022 boleh layari laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri di BKM FAQ
Jawatan Kosong Di Perkhidmatan Awam (Pahang) – Pelbagai Jawatan Menarik!
Permohonan Jawatan Negeri Pahang di Perkhidmatan Awam (Pahang) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. Pelbagai Jawatan
Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : 20 Jun 2022 (Isnin)Lokasi : Pahang
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/PT3/PMR/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Perkhidmatan Awam (Pahang).
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
June 12, 2022
Pelan Perlindungan HPP RapidKL Untuk 50,000 Penumpang
Berita baik untuk 50,000 penumpang perkhidmatan Rapid KL yang bakal mendapat manfaat terbaharu daripada Rapid KL iaitu Hospital Protection Plan (HPP) atau Pelan Perlindungan Hospital.
HPP merupakan inisiatif terbaharu hasil kolborasi dengan AIG Malaysia untuk menggalakkan lebih ramai rakyat menggunakan pengangkutan awam darat, khususnya pengguna yang bekerja di sekitar Lembah Klang.
Elaun Tunai HarianMenerusi pelan ini, memegang polisi akan mendapat elaun tunai harian sebanyak RM50 setiap sehari jika dimasukkan ke hospital disebabkan Penyakit Berjangkit Tertentu.
Elaun tunai harian ini berikan sehingga 14 hari pesakit itu dimasukkan ke hospital.
Baca juga: Insentif RM600 Sehingga RM800 Sebulan Untuk 6 Bulan
Cara MemohonPermohonan untuk memohon dan mendaftar pelan ini boleh dibuat menerusi applikasi mudah alih PULSE bermula daripada 16 Jun 2022.
Sila muat turun aplikasi PULS menerusi pautan https://myrapid.com.my/pulse/mobile-app/.
Duta Rapid KLBagi pengguna yang menghadapi masalah menggunakan aplikasi PULSE, mereka boleh memohon bantuan daripada Duta Rel atau Rail Ambassador yang telah dilantik.
Mereka dikenalpasti dengan mudah di stesen dengan pemakaian selempang dan topi ‘Ask Me’.
Buat permulaa, duta Rapid KL akan berada di 19 buah stesen iaitu:
Masjid JamekIOI Puchong JayaBandar Tasik SelatanBandarayaMaluri (untuk Laluan Ampang)Stesen KL SentralPasar SeniWangsa MajuKLCCSubang Jaya (untuk Laluan Kelana Jaya)Bukit BintangImbiKL SentralHang Tuah (untuk Laluan Monorel)Bukit BintangMaluriPasar SeniMuziumCochraneMaklumat LanjutBoleh layari laman web https://myrapid.com.my/.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
