Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 167

June 18, 2022

Pelakon Lelaki Popular Belasah Penghuni Kondominium Direman

Beberapa hari lalu , seorang pelakon lelaki sensasi telah ditahan reman oleh pihak berkuasa atas dakwaan menumbuk dan menendang seorang lelaki tempatan di sebuah kondominium sekitar Segambut, Kuala Lumpur.

Suspek berusia 30 an itu juga adalah salah seorang penghuni kondominium tersebut dan tinggal di situ sejak beberapa tahun lalu tanpa sebarang kekecohan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji, berkata suspek ditahan reman selama tiga hari bermula semalam.

Melalui laporan daripadanya , kejadian berlaku ketika mangsa dikatakan meminta bantuan rakannya untuk membelikan minyak masak di luar kawasan kediaman berkenaan tetapi setelah kembali rakan mangsa tidak dibenarkan masuk oleh pengawal ke kawasan kondominium tersebut.

“Ketika rakan mangsa hendak menghantar minyak masak yang dipesan, dia bagaimanapun tidak dibenarkan masuk ke kawasan kondominium berkenaan oleh pengawal keselamatan di situ sebelum memaklumkan perkara terbabit kepada mangsa,” katanya.

Kemudian mangsa dikatakan turun ke kawasan lif lobi kondominium itu sebelum bertanya punca rakannya tidak dibenarkan masuk untuk menghantar minyak masak yang dipesan.

Dikhabarkan terdapat sedikit pertengkaran berlaku antara mangsa dan pengawal keselamatan berkenaan sebelum pelakon lelaki berkenaan datang secara tiba – tiba dan menumbuk mangsa.

“Kita percaya ketika itu berlakunya pertengkaran mulut antara mangsa dan pengawal keselamatan terbabit sebelum artis lelaki yang juga suspek tiba-tiba datang dan menumbuk serta menendang mangsa.”

“Mangsa mendakwa suspek menumbuk dan menendangnya di bahagian muka, dada serta perut dan belakang badan, selain mencekik dan mengugut akan membunuhnya,” jelasnya lagi.

Setelah kejadian itu berlaku , mangsa kemudian mengambil keputusan untuk membuat laporan polis sebelum Bahagian Siasatan Jenayah, Polis Daerah Sentul, memberkas suspek di kediamannya.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 18, 2022 21:57

Bantuan Warga Emas RM500 Sebulan – Mohon Untuk Ibu Bapa (Borang Permohonan)

Bantuan Warga Emas RM500 atau dikenali sebagai BWE ini merupakan satu inisiatif khas yang diwujudkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat untuk membantu golongan warga emas yang memerlukan. Portal Malaysia akan kongsikan kepada pembaca info lengkap & panduan lanjut mengenai bantuan ini.

Permohonan Bantuan Warga Emas 2022

Tujuan bantuan ini dilaksanakan adalah untuk meneruskan kelangsungan kehidupan seharian dalam komuniti di Malaysia. Dan juga mengurangkan beban kehidupan yang ditanggung.

Kadar Bantuan

Kadar bantuan untuk Bantuan Warga Emas (BWE) ini adalah sebanyak RM500 sebulan.

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join WhatsApp Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini

Syarat Kelayakan

Berikut adalah kriteria kelayakan khusus untuk bantuan ini :

Warganegara yang tinggal di Malaysia;Warge emas yang berumur 60 tahun dan ke atas sahaja;Pendapatan hendaklah tidak melebihi PGK (Pendapatan Garis Kemiskinan);Tidak tinggal di Institut kendalian JKM atau pusat jagaan harianAtau mana-mana kes yang berkeperluan akan dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.Cara Permohonan Bantuan Warga Emas Online

Permohonan bantuan kewangan RM500 ini, perlu dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian di setiap negeri di Malaysia.

Sila muat turun (download) & isi Borang JKM di pautan berikut :
JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
JKM 20 Borang Kaji Semula BantuanBawa dokumen sokongan dan salinan kad pengenalanan pemohon, suami/ isteri/ ibu/ bapa/ anak yang tinggal bersama.Bawa juga salinan sijil kelahiran anak-anak atau ahli keluarga lain yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (kalau ada) serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan.Dan hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian di kawasan berdekatan anda.

Untuk alamat pejabat JKM Negeri, sila klik di pautan berikut : Klik Sini

Untuk alamat pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah pula, Klik Sini.

Alang-alang anda nak pergi ke Pejabat JKM untuk mohon bantuan, anda juga boleh mohon sekali Bantuan Kanak-kanak JKM. Maksimum RM1,000 sebulan untuk setiap keluarga.

Semakan Bantuan Warga Emas

Semakan kelayakan untuk bantuan warga emas ini perlu dibuat secara online/ atas talian.

Anda boleh buat semakan permohonan di http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp

Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan & klik butang semak.

Info Lanjut

Untuk maklumat lanjut & seabrang pertanyaan mengenai Bantuan JKM ini, sila hubungi JKM di talian berikut :

Telefon : 03-8000 8000

Berapakah bantuan kewangan untuk warga emas JKM?

Mereka yang layak akan dapat RM500 sebulan.

Apakah syarat kelayakan?

Warganegara yang tinggal di Malaysia dan berpendapatan tidak melebihi PGK.

Bagaimanakah cara permohonan?

Sila download dan isi borang yang disediakan. Kemudian hadir ke pejabat JKM berdekatan.

{ "@context": "https://schema.org", "@type": "FAQPage", "mainEntity": [ { "@type": "Question", "name": "Berapakah bantuan kewangan untuk warga emas JKM?", "acceptedAnswer": { "@type": "Answer", "text": "Mereka yang layak akan dapat RM500 sebulan." } } , { "@type": "Question", "name": "Apakah syarat kelayakan?", "acceptedAnswer": { "@type": "Answer", "text": "Warganegara yang tinggal di Malaysia dan berpendapatan tidak melebihi PGK." } } , { "@type": "Question", "name": "Bagaimanakah cara permohonan?", "acceptedAnswer": { "@type": "Answer", "text": "Sila download dan isi borang yang disediakan. Kemudian hadir ke pejabat JKM berdekatan." } } ] }

Sumber : Kerajaan

 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 18, 2022 19:45

June 17, 2022

Bantuan RM300 Untuk Bayi Yang Baru Lahir

Program ini merupakan program di bawah Bajet 2022 kerajaan negeri, untuk ibu bapa yang mempunyai anak yang baru lahir. Ini adalah insentif kerajaan negeri dengan bantuan berjumlah RM300.

Program Bantuan RM300 untuk bayi yang baru lahir ini bertujuan untuk meringankan beban ibu bapa yang memerlukan duit untuk pembelian barangan penjagaan bayi dan ibu bersalin semasa berpantang.

Baca Juga : Semakan BKM untuk bulan Jun 2022

Jumlah Bantuan

Kerajaan Pahang telah melancarkan program Anak Kebanggaan Pahang 2023 (Pahang Pride Kid 2023) dan terbuka kepada semua orang untuk memohon bantuan RM300 ini. Menurut YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, tujuan kenaikan kadar bantuan ini kepada RM300 adalah untuk menggalakkan kadar kelahiran di negeri itu yang masih lagi rendah.

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini

Pemberian Saguhati Untuk Setiap Kelahiran

Setiap bayi yang dilahirkan di Pahang mulai 2022 layak menerima saguhati tersebut di bawah Program Anak Kebanggaan Pahang. Tambahnya, tujuan pemberian bantuan adalah untuk meringankan beban keluarga membuat simpanan dan barangan penjagaan bayi serta ibu semasa berpantang. “Justeru, jumlah peruntukan program ini ialah RM5 juta,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Pahang 2022 pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang ke-14 di Wisma Sri Pahang pada 6 Disember 2021.

program-anak-kebanggaan-pahang

Sumber : Bantuan Dinaikkan Kepada RM300 Untuk Anak Pahang

Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web portal Kerajaan Negeri Pahang atau hubungi 09-512 6600.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 17, 2022 19:56

Gunung Ledang, Tempat Menarik Tangkak 2022

Tempat Menarik Di Tangkak bagi tahun 2022, Gunung Ledang. Tangkak adalah  bandar utama dan ibu kota Daerah Tangkak di Johor, Malaysia. Pekan ini digelar “Pekan Fabrik” atau “Syurga Kain” sebagai satu simbolik untuk menunjukkan betapa banyaknya kedai tekstil yang terdapat di sana. Ia juga terkenal sebagai pintu masuk utama ke Gunung Ophir, gunung tertinggi di Johor.

Berkeluasan 381 km persegi dan mempunyai 6 mukim di dalamnya, Tangkak mempunyai banyak tempat menarik yang boleh anda kunjungi. Tetapi artikel kali ini admin ingin berkongsikan mengenai Gunung Ledang.

Baca juga: Raflesia Mekar Lagi Di Taman Pertanian Sabah | 17 Jun 2022

 

Taman Negara Gunung Ledang, Tangkak

entrance of Taman Negara Gunung Ledang

Sejarah Gunung Ledang

Taman Negara Gunung Ledang Johor telah ditubuhkan pada tahun 2005 untuk melindungi gunung istimewa ini, bersama-sama dengan semua tumbuhan dan haiwan unik yang mendiami hutan ini. Kawasan perlindungan seluas 8,611.9 hektar, yang merentangi seluruh kawasan Ledang, mempunyai hamparan hutan hujan tropika yang asli dan berfungsi sebagai kawasan tadahan air yang kritikal untuk Johor dan Melaka.

Gunung Ledang juga terkenal dengan legenda. Banyak lagenda tertumpu pada puteri mitos, Puteri Gunung Ledang. Dalam versi yang paling terkenal yang dicatatkan dalam Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin / The Malay Annals), puteri itu menolak pinangan Sultan Melaka dengan menetapkan tujuh dulang hantaran yang amat mustahil untuk disediakan.

Anda ingin tahu apakah tujuh permintaan Puteri Gunung Ledang?

 7 dulang hati nyamuk 7 tempayan air pinang muda 7 dulang hati kuman 7 tempayan air mata anak dara Jambatan perak dari puncak Gunung Ledang ke istana Melaka Jambatan emas dari istana Melaka hingga ke puncak Gunung Ledang Semangkuk darah Raja Muda Melaka

Info Puteri Gunung Ledang

 

Gunung ini mempunyai beberapa nama. Pelayar Cina yang melayari Selat Melaka pada abad ke-14 memanggilnya Kim Sua, yang secara harfiah bermaksud “gunung emas” dalam bahasa Hokkien. Juga merujuk kepada deposit emas yang dikhabarkan terdapat di gunung itu, kartografer British menamakannya Gunung Ophir, sempena lombong Ofir yang hilang yang membekalkan harta Raja Salomo. Nama “Gunung Ledang” berkemungkinan telah dicipta semasa pemerintahan empayar Majapahit. Dalam bahasa Jawa Kuno, “Ledang” boleh diterjemahkan sebagai “tinggi” atau “jauh”.

Gunung Ledang Hari Ini

Pada hari ini, Gunung Ledang adalah salah satu destinasi mendaki gunung paling popular di negara ini – antara 15,000 dan 20,000 pengunjung cuba mendaki gunung setinggi 1,276 meter setiap tahun. Walaupun puncak gunung boleh dicapai dalam masa setengah hari, ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk mendaki dengan apa cara sekalipun. Mereka yang berjaya mencapai puncak diberi ganjaran dengan pemandangan 360 darjah yang menakjubkan dari dataran sekeliling, jika cuaca mengizinkan.

Air Terjun Sungai Ayer Puteh

Pintu masuk utama ke taman itu, yang juga dikenali sebagai Taman Hutan Lagenda, terletak di kaki selatan gunung, berhampiran bandar Sagil di daerah Tangkak. Walaupun kebanyakan pengunjung datang ke sini untuk mendaki gunung, pintu masuk taman itu sendiri adalah tempat yang bagus untuk aktiviti yang kurang berat seperti berkelah atau berkhemah di tepi sungai.

Jadi, jika anda tidak mahu mendaki gunung, apa kata anda meluangkan masa besama keluarga di kaki gunung ini.  Terdapat pelbagai penginapan disediakan, termasuk chalet, asrama, pondok hutan dan tapak perkhemahan; dan juga terdapat beberapa pakej berkumpulan ditawarkan, dengan aktiviti yang menyeronokkan seperti lari berhalangan, paintball dan nature walk.

Yang penting, jangan lepaskan peluang untuk bermandi-manda di Air Terjun Sungai Ayer Puteh. Airnya sejuk menyegarkan dan arusnya tidak deras. Sesuai dan selamat untuk anda bermain air bersama anak-anak anda.

 

#Tips Perjalanan

Cuba elakkan cuti sekolah dan cuti umum kerana tempat ini boleh menjadi sangat sesak pada waktu tersebut.Monson/musim hujan perlu dielakkan terutamanya. Ini untuk mengelakkan ‘kepala air’ yang terlampau deras.Datng awal, kerana slot parking adalah terhad.Jangan buang sampah, bawa beg sampah sendiri dan buang di rumah anda atau di tong sampah yang betul.Jangan mencabut sebarang tumbuhan kerana ia boleh merosakkan hutan hujan yang indah ini.Jangan beri makan kepada hidupan liar. Makanan manusia tidak sihat untuk haiwan liar.Lokasi: 26 Batu, Jalan Segamat, Sagil, 84020, Johor (link google maps)Waktu Operasi: Setiap hari

 

 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 17, 2022 09:32

Jawatan Kosong Di Jabatan DiRaja Johor – Minima PT3/PMR!

Permohonan Jawatan Negeri Johor di Jabatan DiRaja Johor dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan:

1. PEMBANTU PENYEDIA MAKANAN N19
2. PEMBANTU OPERASI (PELAYAN ISTANA) N11

Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : 07 Julai 2022 (Khamis)
Lokasi : Johor
Sektor : Kerajaan
Gaji : RM1,216.00.00 – RM4,003.00
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/PT3/PMR/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : KontrakCara Memohon Jawatan:

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Jabatan DiRaja Johor.

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)

Permohonan dan Borang Disini

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 17, 2022 07:47

Jawatan Kosong Di Majlis Perbandaran Kuala Selangor – Minima PT3/PMR!

Permohonan Jawatan Negeri Selangor di Majlis Perbandaran Kuala Selangor dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan:

1. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
2. Penolong Jurutera (Awam)
3. Penolong Jurutera (Elektrik)
4. Penolong Jurutera (Mekanikal)
5. Pelukis Pelan (Awam)
6. Pembantu Kemahiran (Mekanik)

Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : 21.06.2022 (Selasa)
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan
Gaji : RM 1,377.00 – RM5,753.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00 – RM145.00
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/PT3/PMR/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Majlis Perbandaran Kuala Selangor.

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)

Permohonan dan Borang Disini

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 17, 2022 07:36

Jawatan Kosong Di Universiti Putra Malaysia (UPM) – Mohon Sekarang!

Permohonan Jawatan Kerajaan di Universiti Putra Malaysia (UPM) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan:

1. PEGAWAI EKSEKUTIF PE4

Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : 30 Jun 2022 (Khamis)
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : KontrakCara Memohon Jawatan:

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Universiti Putra Malaysia (UPM).

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)

Permohonan dan Borang Disini

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 17, 2022 07:29

Raflesia Mekar Lagi Di Taman Pertanian Sabah | 17 Jun 2022

Raflesia Mengembang Lagi Di Taman Pertanian Sabah pada hari ini. Anda penggemar bunga Raflesia dan tinggal di berhampiran Tenom, Sabah? Atau anda sedang bercuti di kawasan sekitar Tenom?

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan bunga Raflesia yang luar biasa dan rare ini pada hari ini, esok atau lusa.

Baca juga: Taman Tema Dinosaur 2022 | Prehistoric Adventure

 

Info Bunga Raflesia

Raflesia sememangnya ialah sejenis tumbuhan yang aneh. Sebenarnya, apabila bunga gergasi ini berkembang mekar, ia akan mengeluarkan aroma yang sangat busuk.

Ia juga bertentangan dengan tumbuhan lain yang mengeluarkan oksigen. Ini kerana, bunga ini tidak mempunyai daun. Oleh itu, ia tidak dapat memproses karbon dioksida serta cahaya matahari untuk tujuan menghasilkan oksigen dan karbohidrat.

 

Cara Raflesia Mendapat Nutrisi

Raflesia juga sejenis tumbuhan yang tidak mempunyai akar bagi tujuan menyerap air serta mineral dari tanah untuk proses penghasilan protein. Tetapi, bunga ini mempunyai tisu yang kelihatan seakan tiub halus yang memanjang. Tisu inilah yang akan memasuki dan menceroboh tumbuhan perumah untuk ‘mencuri’ nutrisi.

Sebab itu bunga ini adalah sejenis tumbuhan parasit. Ia tidak akan menghasilkan sendiri nutrisi untuk kegunaan sendiri, sebaliknya hanya menyerap nutrisi yang diperlukan daripada perumah.

 

Raflesia di Sabah

Hanya terdapat tiga spesies bunga Rafflesia di negeri Sabah, iaitu;

Rafflesia Keithii-Kebiasaannya tumbuh di kawasan tanah rendahraflesia keithiiRafflesia KeithiiRafflesia Pricei-Kebiasannya ditemui di kawasan tanah tinggiRaflesia PriceiRafflesia PriceiRafflesia Tengku Adlinii-Tumbuh di Maliau Basin dan Trusmadi.Rafflesia Tengku Adlinii

Bunga Rafflesia secara umumnya biasa tumbuh di hutan secara liar (tidak ditanam) iaitu di sekitar Taman Kinabalu,Ranau serta Taman Banjaran Crocker,Keningau dan ada juga di Tambunan.

Namun, dengan tidak disangka-sangka, usaha yang dijalankan oleh Taman Pertanian Sabah di Tenom dalam tujuan untuk memulihara dan memelihara spesies bunga yang rare ini membolehkan hasil. Ia ditanam dengan kaedah ‘whip grafting’. Tidak terhad di dalam hutan, kini bunga unik ini dapat dilihat dan disaksikan tumbuh di dalam taman.

Lebih menarik lagi, menurut siaran di laman Facebook TPS (Taman Pertanian Sabah), sekuntum bunga Rafflesia, secara spesifiknya dari spesies keithii telah mekar berkembang pada hari ini!

Bunga Raflesia yang mekar di Taman Pertanian Sabah pada hari ini. Sumber: FB Taman Pertanian Sabah

Orang awam, terutamanya penggemar bunga Rafflesia dijemput untuk datang berkunjung ke Taman Pertanian Sabah dan menyaksikannya berbunga sebelum ia layu selepas tiga hari.

Lokasi: Taman Pertanian Sabah Lagud Seberang, Tenom, Sabah (link google maps)Waktu Operasi: Setiap Hari kecuali Isnin (8.00pagi-5.00petang)

Baca juga: Bunga Raflesia Di Sarawak

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 17, 2022 07:22

Setelah Lama Mendiamkan Diri , Syamsul Yusof Akhirnya Bersuara

Setelah pelancaran filem terbaru ,Mat Kilau daripada pengarah terkenal , Syamsul Yusof semalam terdapat ura-ura mengatakan Syamsul tidak berani hadir ke pancaran tersebut kerana menyorok daripada media.

Sumber daripada sebuah portal tempatan yang juga terkenal dengan gosip hangat daripada artis tanah air juga mendakwa kelibat pengarah itu tidak muncul pada hari tersebut.

Portal berkenaan telah mendapat maklumbalas daripada Syamsul sendiri apabila tampil membuat hantaran di media sosial miliknya dengan mengetag portal berkenaan.

Syamsul menuslis bahawa dirinya tidak pernah menyorok dan sememanngnya tidak mahu mengeruhkan keadaan tetapi nampaknya semaikn diserang pihak media yang membuatkan dirinya tampil .

Malah meminta pihak berkenaan menunggu kehadirannya kerana tajuk portal berkenaan seolah mengundangnya untuk ke pejabat media berkenaan dan berniat mencari individu yang menulis berita tersebut.

“Wui bahasa ..bakar line nampak mstar? Aku tak menyorok la sial..”

“Nak aku datang pejabat dan cari penulis untuk menyembur depan muka? Hal ini tak mainlah dalam media.”

“Cabar aku, nanti aku sampai, aku cari. Silap orang kau cari gaduh, wahai wartawan sial. Nanti abang sampai k?” tulisnya.

Semasa pelancaran tersebut , adiknya iaitu Shamin Yusof sempat memaklumkan kepada pihak media bahawa abangnya mengalami demam panas dan dinasihatkan untuk tidak hadir ke majlis pelancaran tersebut demi menjaga kesihatannya.

“Dia memang nak datang malam ini, tapi dia demam panas. Saya nasihatkan lebih baik dia tidak datang. Bagaimanapun, dia kata akan berusaha nak datang,” jelas Shamin kepada media.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 17, 2022 04:12

Taman Tema Dinosaur Di Malaysia 2022 – Prehistoric Adventure!

Taman Tema Dinosaur bagi Tahun 2022. Seperti yang kita semua sedia maklum, banyak destinasi pelancongan yang sedia ada memilih dinosaur sebagai tema tarikan utama. Namun begitu, ada sahaja pengunjung khususnya yang mempunyai anak-anak kecil akan datang membanjiri, bercuti ke taman-taman dinosaur ini.

Oleh itu dalam artikel kali ini, admin bawakan tiga tempat percutian menarik bertemakan dinosaur. Sekiranya anak-anak anda (ataupun anda sendiri) merupakan penggemar dinosaur, berikut ialah antara destinasi yang anda patut anda kunjungi!

Baca juga: Tempat Menarik Negeri Sembilan 2022 | Gua Batu Maloi, Muzium Adat

 

Dinosaur Encounter

Entrance Dinosaur Encounter

Dinosaur Encounter dikenali sebagai taman dinosaur interaktif terbesar di Asia Tenggara. Menampilkan 100 spesies replika dinosaur bersaiz sebenar, anak-anak anda pasti suka menyelami pengalaman seperti Taman Jurassic ini, yang merupakan lokasi kedua Dinosaur Encounter selepas Pusat Sains Negara di Kuala Lumpur.

Dinosaur Encounter setakat ini mempunyai tiga cawangan iaitu:

Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur (lokasi)Zoo Melaka (lokasi)Zoo Teruntum, Kuantan (lokasi)

Dinosaur Encounter Zoo Melaka terletak di taman hutan seluas 5 ekar di Zoo Melaka, jadi melangkah ke tarikan ini terasa seperti anda kembali ke zaman prasejarah. Dinosaur bersaiz hidup ini agak realistik dan jangan terkejut melihat pelawat-pelawat yang begitu gigih merakam gambar Velociraptor, Triceratops dan T-Rex besar-besaran dari telefon mereka.

Apa yang menarik tentang menerokai Dinosaur Encounter di sini ialah laluan pejalan kaki yang luas yang sesuai untuk keluarga yang mempunyai kereta sorong.

Semasa bersantai dengan anak-anak, admin cadangkan untuk anda bermain permainan meneka dengan keluarga anda dan minta anak-anak anda menamakan setiap replika dinosaur yang mereka temui di sepanjang laluan pejalan kaki.

Dinosaur Encounter Pusat Sains Negara pula lebih kepada taman pendidikan prasejarah. Ia bahkan adalah pusat taman pendidikan prasejarah yang terbesar di Malaysia!

Ia menawarkan satu pengalaman luar biasa yang seakan perjalanan jutaan tahun terdahulu, kembali ke dunia Jurassic.

Yang menariknya, pusat ini menyediakan pelbagai aktiviti visual, auditori dan amali yang menyeronokkan. Lebih mengagumkan lagi, penerokaan ke dunia dinosaur ini dilengkapi dengan bantuan animatronik, realiti tambahan (Augmented Reality) dan teknologi realiti maya (Virtual Reality) untuk masa akan datang.

 

Jurassic Research Centre Genting

Bertemu dengan lebih dekat dan lebih personal dengan makhluk prasejarah yang paling terkenal, Tyrannosaurus Rex yang sangat besar, kunjungan ke Jurassic Research Centre Sky Avenue Genting Highlands adalah pengalaman keluarga yang menakjubkan dan mengasyikkan.

Di dalam Ripley’s Adventureland, di tingkat empat Genting Sky Avenue terdapat Pusat Penyelidikan Jurassic yang luar biasa di mana tetamu boleh menemui pelbagai jenis dinosaur. Selain daripada replika, taman ini juga menampilkan pelbagai fosil DNA dinosaur.

Anda akan sangat teruja di sini, kerana lebih daripada 100 dinosaur animatronik bersaiz sebenar mula hidup di hutan Jurassic prasejarah. Ini adalah perjalanan pengembaraan yang tidak boleh dilepaskan melalui 165 juta tahun apabila dinosaur menguasai bumi.

Anda juga akan terpukau di kawasan ajaib Jurassic ini dimana anda tidak akan dapat membayangkan bagaimana teknologi di pusat ini dapat ‘menghidupkan’ makhluk terhebat yang pernah hidup di bumi.

Di kawasan ini juga kanak-kanak berpeluang menjadi ahli paleontologi, mencari fosil mereka sendiri dan membuat penemuan menarik lain untuk keseronokan keluarga yang tidak dapat dilupakan.

Lokasi: Ripley’s Adventureland,Level 4, Sky Avenue Genting Highlands,69000 Bentong, Pahang (link google maps)

 

Jurassic Research Centre Penang

Pusat Penyelidikan Jurassic ialah pusat aktiviti interaktif di The TOP di Komtar, Pulau Pinang. Dicipta untuk mendidik dan menghiburkan, pusat ini mempunyai pameran bermaklumat tentang paleontologi, daripada paparan fosil kepada replika tapak penggalian.

Dua daripada tarikan utama Pusat Penyelidikan Jurassic ialah Makmal Dinosaur, tempat telur dinosaur menetas, dan Taman Jurassic, yang didiami oleh dinosaur gaya hidup. Dinosaur mekanikal ini bergerak dan mengeluarkan bunyi yang realistik.

Terdapat lebih 200 replika dinosaur bersaiz hidup dan beberapa daripadanya dilengkapi dengan robotik untuk bergerak dan mengaum. Hebat bukan! (Juga sedikit menyeramkan)

Dinasour Theme Park at PENANG

Terdapat dua bahagian yang boleh anda sekeluarga terokai di sini, iaitu di indoor dan di outdoor. Sebelum anda memasuki pameran dalaman, anda berjalan melepasi beberapa fosil. Bahagian indoor lebih kepada memaparkan info-info dan rekod sejarah mengenai dinosaur dan di bahagian luar lah terdapat banyak patung, dan replika yang boleh bergerak!

Lokasi:  Level 5, The TOP @ KOMTAR, 1, Jalan Penang, 10000 George Town, Penang (link google maps)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 17, 2022 01:17

Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.