Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 165

June 21, 2022

Semakan Dan Permohonan Baucar Perlindungan Tenang B40

Baucar Perlindungan Tenang B40 adalah skim bantuan kewangan di mana baucar sebanyak RM50 diberi kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat yang layak bagi membantu mereka membeli produk daripada syarikat insurans dan pengendali takaful berlesen.

Baucar ini diperuntukkan khas kepada golongan B40 dan akan diteruskan tahun ini dengan nilai baucar ditingkatkan daripada RM50 kepada RM75.

Kriteria / Kelebihan Perlindungan Tenang

Pengguna Baucar Perlindungan Tenang B40 layak untuk melanggan pelbagai jenis pelan perlindungan yang meliputi kematian, kemalangan kerosakan harta benda dan lain-lain. ⠀

Baucar tersebut juga boleh digunakan untuk membeli polisi insurans komprehensif bagi motosikal 150cc ke bawah bermula 1 Januari 2022.

Disamping itu, pihak kerajaan juga bercadang untuk memberikan pengecualian duti setem kepada produk Perlindungan Tenang serta produk insurans atau takaful dengan nilai premium atau sumbangan tidak melebihi RM150 bagi individu dan RM250 bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Syarat KelayakanPenerima BPR sahajaSatu baucar hanya boleh digunakan untuk membeli / menyertai satu polisi sahajaPulangan tunai atau pembayaran balik secara tunai tidak dibenarkanBaucar hanya boleh digunakan untuk polisi / sijil baharu memperbaharui polisi / sijil sahaja (Tidak boleh digunakan untuk polisi / sijil sedia ada.

Baca juga: Bantuan Deposit Sewa Rumah MAIWP Khas Golongan Miskin

Cara SemakanSecara Manual: Sila kunjungi wakil insurans pengendali TakafulSecara Online : Sila layari laman web : www.myPTV.myMaklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan sila layari pautan berikut: www.myptv.my

Atau hubungi Pusat Panggilan Program Baucar Perlindungan Tenang di talian: 03 7723 9333

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 21, 2022 00:24

June 20, 2022

Jawatan Kosong Di Bursa Malaysia Berhad – Mohon Sekarang!

Permohonan Jawatan Kerajaan di Bursa Malaysia Berhad dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan:

1. Executive, Regulatory Policy & Advisory
2. Manager, Investigation, Regulation
3. HR EXECUTIVE
4. PRODUCT EXECUTIVE

Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : Rujuk Iklan
Lokasi : Kuala Lumpur/Selangor
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Bursa Malaysia Berhad.

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)

Permohonan dan Borang Disini

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 20, 2022 22:21

Datuk Yusof Haslam Turut Bersedih Atas Isu Yang Berlaku , Beri Pesanan Buat Puteri Sarah

Setelah beberapa bulan isu tentang kemelut rumahtangga antara pelakon jelita , Puteri Sarah dan suaminya Syamsul hangat diperkatakan di media sosial.

Kini Datuk Yusof Haslam pula ditanya mengenai hubungan mereka dan diminta mengulas lebih lanjut mengenai isu rumah tangga anaknya dan menantu perempuannya itu.

Sebelum ini , Puteri Sarah yang sudah beberapa kali mengulas dan meluahkan rasa tertekan malah sangat kecewa kerana sudah lama diganggu oleh pihak ketiaga tersebut yang masih mengganggu rumhatangganya.

Malah terdapat isu terbaru yang timbul apabila ada yang  mengatakan Syamsul Yusof bakal berkahwin lagi dalam masa tedekat dengan seorang wanita yang dikenalinya sejak empat tahun lalu.

Yang mana wanita tersebut adalah wanita yang dikenali ramai dan juga merupakan anak kepada seorang selebriti terkenal dan popular di Malaysia.

Baru – baru ini dalam satu temubual Datuk Yusof Haslam menjelaskan dirinya tidak mahu membuat apa- apa kenyataan yang bole menyebabkan isu ini semakin berlanjutan.

Namun mengakui dirinya dan keluarga terkesan dengan isu yang sedang hangat diperkatakan itu kerana ia melibatkan keluarga bersarnya dan nama baiknya .Datuk juga sangat menjaga nama baik anaknya dan menantu malah memberitahu bahawa hubungan mereka masih baik dan tidak mahu mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh mengeruhkan lagi hubungan mereka.

“Sebagai seorang ayah kita mesti terasa, sebagai orang tua saya mendoakan anak-anak saya dilindungi Allah, buatlah sesuatu pilihan bukan silaplah.”

“Saya tak boleh cakap berita benar, saya pun baca dekat media sosial sahaja. Saya harap benda tu tidak menjadi kenyataan. Saya dan Datin sayangkan rumah tangga anak saya, menantu saya, besan saya,” katanya.

“Kita sebagai orang tua hanya boleh memberikan nasihat, mendoakan yang terbaik. Itu sahaja. Sebab saya tak boleh bagi komen menyebelahi menantu saya, anak saya. Saya kena tengah-tengah. Dua-dua kita sayang,” katanya.

Sebelum mengakhiri temubual tersebut , beliau turut meninggalkan pesanan buat menantu perempuannnya itu agar terus tabah dan sabar dalam mempertahankan rumah tangganya.

“Saya cuma doakan mudah-mudahan Sarah kuatkan semangat ya, kalau boleh pertahankan rumah tanggalah. Semoga Sarah terus tabah, istiqamah dan hadapi dengan tenang.”

“Walaupun saya tahu bercakap memang mudah, menanggungnya di bahunya sendiri. Saya harapkan yang terbaik untuk Sarah, menantu saya,” titipnya.”

Datuk Yusof Haslam dan isteri sering dilihat bersama dan mengambil berat tentang Puteri Sarah malah sangat rapat dan memanjakan cucu – cucunya itu .

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 20, 2022 22:15

Jawatan Kosong Di UEM Edgenta Berhad – Pelbagai Negeri Dibuka!

Permohonan Jawatan Kosong di UEM Edgenta Berhad dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan:

1. Senior Database Administrator
2. Lead, Product Software as a Service (SaaS)
3. Graduate Trainee
4. Chargeman (HT)
5. Application Developer (Low Code) – Information Technology

Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : Rujuk Iklan
Lokasi : Pelbagai Negeri
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di UEM Edgenta Berhad.

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)

Permohonan dan Borang Disini

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 20, 2022 22:14

Harga Ayam Dijangka Naik Mendadak Hunjung Bulan Jun Ini

Harga ayam dijangka naik mendadak bulan depan apabila ia diapungkan ekoran berakhirnya skim harga maksimum runcit ayam pada 30 Jun ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, susulan jangkaan kenaikan harga ayam, Kementerian Kewangan (MOF) sedang merangka pemberian bantuan kepada golongan memerlukan, yang akan dimuktamadkan hujung bulan ini.

Baca juga:

Permohonan YTP MARA Untuk Lepasan SPM 2021Johor Beri Kelonggaran Solat Rapatkan Saf Tanpa SejadahHarga Maksimum Runcit:

Pada masa ini kerajaan menetapkan harga maksimum runcit ayam dan telur bagi Semenanjung Malaysia bagi ayam bulat standard adalah pada RM8.90 sekilogram dan ayam bulat super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal) pada RM9.90 sekilogram.

Sebelum ini dilaporkan pihak penternak berharap kerajaan mengapungkan harga ayam susulan penamatan subsidi kepada mereka. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, berkuat kuasa 1 Julai, Putrajaya tidak lagi akan memberikan subsidi kepada penternak ayam.

Nanta berkata, penamatan skim harga maksimum ayam bukan bermaksud kerajaan tidak mempedulikan pengguna, tetapi ia boleh menjejaskan industri ternakan ayam dalam jangka masa panjang, termasuk keadaan negara tidak lagi dapat mengeluarkan sumber ayam sendiri dan terpaksa mengimport.

Henti Harga Apungan:

“Sebab itu perlu diteliti secara mendalam, dan seharusnya kita hentikan harga maksima dan bantu pengguna yang berpendapatan rendah cara lain, bukan lagi subsidi pukal,” katanya.

Nanta dalam pada itu mengingatkan pemain industri agar tidak menggunakan kesempatan menerusi harga apungan dengan menaikkan harga sewenang-wenangnya.

Apabila harga diapungkan, katanya KPDNHEP akan turut memantau aspek harga dan jika perlu akan menggunakan kuasa di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 sekiranya terdapat peniaga mencatut, yakni mengambil untung suatu barangan atau perkhidmatan secara berlebihan.

Sumber: BERNAMA

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 20, 2022 22:10

Jawatan Kosong Di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) – Minima PT3/PMR!

Permohonan Jawatan Kerajaan di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan:

1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR (PEREKA GRAFIK) – N27
2. JURUTEKNIK AWAM – J17
3. JURUTEKNIK MEKANIKAL – J17
4. PEMBANTU AM RENDAH – N1

Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : 28 Jun 2022 (Selasa)
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/PT3/PMR/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)

Permohonan dan Borang Disini

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 20, 2022 22:06

Jawatan Kosong RISDA Dibuka Sehingga Julai 2022

Berita baik buat pencari pekerjaan. RISDA ada menawarkan beberapa jawatan kosong baharu untuk diisi segera.Pemohon mestilah mempunyai ciri-ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, kreatif, komited, berintegriti dan mempunyai kecemerlangan peribadi, anda di alu-alukan untuk mengisi kekosongan yang ditawarkan di RISDA.Baca juga:Bantuan Kewangan Khas RM1200 Untuk Golongan BeliaJohor Beri Kelonggaran Solat Rapatkan Saf Tanpa SejadahMaklumat Kekosongan :Pembantu Tadbir (P/O) N19.Penjaga Jentera Elektrik J19.Pembantu Kemahiran H19.Pembantu Operasi N11.Pembantu Awam H11.Pemandu Kenderaan H11.Operator Loji H11.* Nama Majikan : Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)Tarikh Tutup : 3 Julai 2022Kelebihan Jawatan:Gaji dengan Pelbagai Imbuhan Menarik.EPF, SOCSO & SIP.Cuti Tahunan.Cuti Sakit dan lain-lain.Syarat Kelayakan:

Berikut adalah syarat-syarat permohonan:

Pemohon mestilah seorang calon yang berkelayakan dengan Ijazah, Diploma, Sijil Tinggi Persekolahan (SPM, STPM, “A” Level, Pre-U) atau Kelayakan Professional yang diiktiraf adalah di pelawa untuk memohon kekosongan jawatan di atas.Pemohon mestilah cukup syarat akademik yang ditetapkan.Pemohon mestilah berminat bina kerjaya bersama majikan.Pemohon mestilah berpengetahuan.Pemohon mestilah mempunyai ciri kepimpinan dan lain-lain.Cara Permohonan:

Berikut adlah langkah-langkah untuk memohon:

Langkah 1: Bagi permohonan kali pertama, pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebelum melakukan pengisian maklumat yang diperlukan oleh sistem.

Langkah 2: Pemohon disarankan agar mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini.

Langkah 3: Calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga.

 Dokumen Sokongan:Berikut adalah dokumen sokongan untuk memohon:1 Salinan resume bergambar.1 Salinan kad pengenalan.1 Salinan sijil akademik.Maklumat lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang portal MARDI.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 20, 2022 21:56

Permohonan YTP MARA Untuk Lepasan SPM 2021

Young Talent Development Programme (YTP) adalah program penajaan pinjaman pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Permohonan dibuka kepada pelajar cemerlang SPM 2021 untuk melanjutkan pengajian tinggi bermula peringkat persediaan hingga ke peringkat ijazah sarjana muda di institusi terpilih dalam dan luar negara.

Baca juga:

Bantuan Kewangan Khas RM1200 Untuk Golongan BeliaPICKids Program Imunisasi Covid-19 Dibuka Semula Selama 5 Hari Hingga 24 Jun 2022Tarikh Permohonan Dibuka:

Permohonan boleh dibuat mulai 17 Jun 2022 (Jumaat) hingga 27 Jun 2022 (Isnin).

Syarat Permohonan:

Berikut adalah syarat-syarat untuk memohon:

Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berstatus Bumiputera dan Warganegara Malaysia.Ibu, bapa, penjaga, penjamin serta pelajar TIDAK DISENARAI HITAM atau sedang dalam tindakan undang-undang MARA.Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian pada peringkat yang sama.Lulus pemeriksaan kesihatan.Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat kali pertama pada tahun 2021.Memenuhi SYARAT KELAYAKAN PROGRAM seperti yang diiklankan.Jumlah Pinjaman:Pinjaman pelajaran di peringkat persediaan merangkumi Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup serta Elaun Pengangkutan.Elaun Pengangkutan (pergi & balik) hanya layak dibayar kepada pelajar Semenanjung yang mendapat tawaran pengajian di Sabah/Sarawak atau pelajar Sabah/Sarawak yang mendapat tawaran pengajian di Semenanjung.Pinjaman pelajaran akan diteruskan sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.Cara Permohonan:

Berikut adalah langkah-langkah permohonan:

Langkah 1: Layari Portal MARA.

Langkah 2: Pemohon hendaklah mendaftar pengguna baharu terlebih dahulu.

Langkah 3: Pemohon juga dikehendaki membaca dan memahami garis panduan yang disediakan sebelum membuat permohonan.

Langkah 4: Pemohon dikehendaki melengkapkan maklumat permohonan seperti berikut:

Maklumat peribadi dan keluarga.Cadangan Pengajian.Ujian Psikometrik.Perakuan keterangan.Cara Semakan Keputusan:

Berikut adalah cara untuk membuat semakan:

Layari laman Semakan Keputusan Young Talent Development Programme (YTP) MARA 2022.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang portal YPT MARA.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 20, 2022 21:31

Tempat Percutian Di Malaysia Seperti Overseas | Terkini 2022

Overseas, tapi sebenarnya adalah tempat percutian di Malaysia? Anda jangan terkeliru apabila melihat gambar-gambar destinasi yang admin kepilkan di sini ya. Memang macam di overseas bukan, tetapi sebenarnya semua tempat ini ada terdapat di Malaysia!

Baik dari segi pulau, bangunan, atau kawasan bertemakan filem terkenal di Hollywood, destinasi percutian ini memang salih tak tumpah seperti di overseas. Yang penting, ia semuanya ada di dalam Malaysia sahaja tau.Ha apalagi, anda bolehlah berselfie seperti anda sedang berada di overseas!

Baca juga: Muzium Anatomi di Universiti Putra Malaysia | UPM 2022

Overseas Mongolia: Wind Paradise Mongolian Yurt, Sabah

wind paradise monsolian yurt (like overseas)

Dikelilingi oleh tanah ladang, resort terpencil di lereng gunung ini terletak 9 km dari Taman Kinabalu, taman negara yang mengelilingi Gunung Kinabalu dan 3 km dari Lebuhraya 22.

Menawarkan tempat penginapan yang sesuai untuk percutian Borneo anda, ia mempunyai dek santai yang luas untuk anda duduk-duduk dan menikmati udara segar di kawasan luar bandar.

Yurt Mongolia dan rumah persinggahan kayu menyediakan tempat penginapan yang selesa untuk tetamu. Pada waktu malam, padang bintang yang menakjubkan membentuk seperti hamparan selimut di atas kepala anda, manakala kabus menyelubungi yurt dan persekitaran yang sunyi membuaikan seseorang untuk tidur selepas puas bergembira bersama rakan dan keluarga.

Bilik kasual dan yurt gaya Mongolia yang bulat dilengkapi dengan bilik mandi en suite. Bilik juga dilengkapi dengan pemandangan gunung yang indah.

Kemudahan terdiri daripada 5 kawasan BBQ, meja berkelah dan dapur umum.

Lokasi: Link google maps

 

Overseas Hobbit: Humble Hobbit Home, Sabah

humble hobbit home (like overseas)

Rumah Hobbit Humble ini didedikasikan untuk peminat Hobbit dan Lord of the Rings, dan juga bagi mereka yang sukakan cabaran dan cintakan alam semula jadi. Terletak di bandar Kundasang, terkenal dengan pelancong yang melawat Gunung Kinabalu dan tarikan bersebelahan.

Ia adalah tempat untuk berehat, menyegarkan minda dan mengalami kehidupan sederhana di tepi Gunung Kinabalu yang megah, gunung tertinggi di Asia Tenggara. Bayangkan anda bangun tidur dengan pemandangan penuh Gunung, betul-betul di sebelah katil anda.

Rumah Humble Hobbit dibina dari permulaan yang sederhana. Kebanyakan bahan adalah sumber semula jadi. Kebanyakan pengunjung menikmati pemandangan yang indah, kehidupan yang selesa, dan hanya keselesaan dan masa untuk menghargai cuaca yang sejuk, pemandangan gunung yang indah dan merakam foto.

Yang penting, Humble Hobbit Home adalah sebuah unit sendiri dan tetamu bebas melakukan peribadi mereka tersendiri. Terdapat pantri mini untuk penyediaan makanan dan taman batu di luar untuk menikmati pemandangan gunung sambil memanaskan badan di sekitar unggun api.

Lokasi: Link google maps

 

Overseas Perancis: Colmar Tropicale Berjaya Hills, Pahang

Dibuka sejak tahun 2000, Colmar Tropicale sebenarnya dimodelkan seperti pekan Colmar abad ke-16, timur laut Alsace, Perancis. Selain itu, ia juga menggabungkan elemen seni bina dan reka bentuk daripada kampung sekitar Turckheim, Riquewihr dan Kaysersberg.

Pembinaan kampung yang bertema Perancis ini sebenarnya tercetus hasil lawatan Perdana Menteri Malaysia keempat, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad ke wilayah Alsace. Oleh itu, ia memberi inspirasi untuk Tan Sri Dato’ Seri Vincent Tan meniru dan menghasilkan bandar Colmar sebenar di Malaysia.

Resort ini terdiri daripada 235 bilik dan suite dengan 5 kedai makanan & minuman, yang menawarkan pelbagai pilihan masakan tempatan & antarabangsa. Bilik mesyuarat dan kemudahan jamuan juga disediakan di resort.

Berjaya Hills adalah tempat yang sangat bagus dan romantik untuk berbulan madu. Hiasan dalaman bilik adalah romantik! terdapat kolam renang, ruang menunggu, beberapa restoran dan kafe yang menarik. Resort ini juga menyediakan bas ulang-alik untuk pergi ke taman Jepun dan Ladang Arnab. Sementara itu, sarapan pagi disediakan dan makanan dihidangkan dengan campuran tempatan dan Barat

Lokasi: Link google maps

 

Overseas English Country: The Lakehouse, Cameron Highland

Sebuah rumah desa menawan yang diilhamkan oleh warisan Inggeris, The Lakehouse mempunyai alang siling kayu dan katil empat tiang. Terletak di atas bukit di Cameron Highlands, hotel ini menawarkan trek hutan berpandu.

The Lakehouse Cameron Highlands Resort terletak 1,000 m di atas paras laut dan menghadap ke Tasik Sultan Abu Bakar. Bandar terdekat, Ipoh, terletak sejauh 90 minit pemanduan, manakala Kuala Lumpur terletak sejauh 3 jam pemanduan.

Bilik penginapan di The Lakehouse Cameron Highlands dihiasi dengan barang antik, seperti telefon dail berputar dan kipas meja antik. Setiap bilik juga dilengkapi dengan kemudahan untuk membuat teh atau kopi serta ruang solek dengan cermin yang penuh. Perkhidmatan bilik juga disediakan.

Para tetamu boleh duduk di salah satu kerusi berlengan yang selesa di Bilik Bacaan dan menikmati detik-detik tenang di tepi pendiangan. Terdapat juga bilik permainan di mana tetamu boleh bermain permainan papan. The Lakehouse Resort menyediakan peti deposit keselamatan di kaunter penerimaan tetamu.

Dibuka untuk sarapan dan makan malam, restoran ini menyajikan hidangan istimewa tempatan dan Inggeris, dengan pilihan vegetarian. Lakeview Terrace ialah tempat yang bagus untuk minum teh Inggeris pada waktu petang.

Lokasi: Link google maps

 

Overseas Maldives: Sipadan Kapalai Dive Resort

Nama semata-mata menimbulkan imej air yang jernih dan syurga terapung tidak seperti yang lain. Perjalanan selama 45 minit dari Semporna dengan bot laju, pulau Kapalai adalah salah satu daripada banyak tempat menyelam yang indah di bahagian dunia ini. Namun, Kapalai benar-benar unik kerana ia bukanlah sebuah ‘pulau’, sebaliknya ia adalah tebing pasir di tengah Laut Celebes.

40 buah chalet dibina di atas tiang kayu yang tinggi di tengah lautan. Pengunjung boleh menikmati pemandangan hidupan marin dalam aksi sambil mereka berjalan-jalan di sepanjang laluan pejalan kaki, binaan kukuh yang menghubungkan pelbagai bahagian resort terapung.

Anda akan dapat melihat pemandangan Laut Celebes yang menakjubkan tidak kira ke mana anda berada! Restoran ini adalah geladak kayu, di mana pengunjung boleh makan di dalam rumah atau di kawasan terbuka. Malah terdapat kawasan tontonan di tengah-tengah restoran yang membolehkan anda melihat pelbagai hidupan marin yang melintas di bawah. Sundeck, iaitu kegemaran popular, adalah tempat yang bagus untuk menikmati novel anda atau menikmati tidur siang.

Makanan segar yang dimasak oleh chef secara bufet. Makanan ringan petang yang dihidangkan selepas menyelam ke-3, teh dan kopi, air sejuk dan minuman kordial dihidangkan sepanjang hari.

Lokasi: Link google maps

Kesimpulannya, Malaysia sebenarnya penuh dengan tempat-tempat percutian yang unik dan luar biasa. Jadi pecutian di ‘overseas’ mana yang menjadi pilihan anda? =)

 

 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 20, 2022 21:04

Johor Beri Kelonggaran Solat Rapatkan Saf Tanpa Sejadah

Johor mula membenarkan solat dengan merapatkan saf tanpa perlu menggunakan sejadah atau rapatkan sejadah.

Kelonggaran SOP di Johor hanya membenarkan solat secara merapatkan sejadah berbanding negeri-negeri lain yang sudah memansuhkan penggunaan sejadah mulai 28 Mac lalu.

Bagaimanapun, SOP seperti memakai pelitup muka masih di kekalkan.

Baca juga:

Bantuan Kewangan Khas RM1200 Untuk Golongan BeliaPICKids Program Imunisasi Covid-19 Dibuka Semula Selama 5 Hari Hingga 24 Jun 2022Masih Digalakkan Membawa Sejadah Sendiri:

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid, berkata setiap jemaah bagaimanapun masih digalakkan membawa sejadah sendiri dan tidak digalakkan bersalaman.

Aktiviti pengimarahan masjid dan surau seperti program membudayakan al-Quran, kuliah umum, kuliah khas, kuliah dhuha, kuliah zuhor dan kuliah Jumaat, kelas takmir, kelas al-Quran, taklimat, kursus, forum, majlis zikir, majlis selawat, wirid dan tarikat dan seumpamanya juga dibenarkan.

SOP Terbaharu:

Begitu juga segala aktiviti memasak, kenduri kahwin di dewan serbaguna surau atau masijd dan jamuan dalam kawasan masjid serta surau termasuk aktiviti bermalam turut dibenarkan di bawah SOP terbaharu ini.

SOP seperti pemeriksaan suhu badan dan imbasan QR kod kekal dilupuskan dan had umur jemaah hadir ke masjid dan surau. Namun begitu, sekiranya mempunyai gejala adalah tidak digalakkan hadir ke masjid atau surau.

Kebenaran itu mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar sebagaimana peruntukan Fasal 57 (A) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895 dan Seksyen 6 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003.

 

Sumber: BERITA HARIAN

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 20, 2022 20:50

Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.