Permohonan YTP MARA Untuk Lepasan SPM 2021

Young Talent Development Programme (YTP) adalah program penajaan pinjaman pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Permohonan dibuka kepada pelajar cemerlang SPM 2021 untuk melanjutkan pengajian tinggi bermula peringkat persediaan hingga ke peringkat ijazah sarjana muda di institusi terpilih dalam dan luar negara.

Baca juga:

Bantuan Kewangan Khas RM1200 Untuk Golongan BeliaPICKids Program Imunisasi Covid-19 Dibuka Semula Selama 5 Hari Hingga 24 Jun 2022Tarikh Permohonan Dibuka:

Permohonan boleh dibuat mulai 17 Jun 2022 (Jumaat) hingga 27 Jun 2022 (Isnin).

Syarat Permohonan:

Berikut adalah syarat-syarat untuk memohon:

Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berstatus Bumiputera dan Warganegara Malaysia.Ibu, bapa, penjaga, penjamin serta pelajar TIDAK DISENARAI HITAM atau sedang dalam tindakan undang-undang MARA.Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian pada peringkat yang sama.Lulus pemeriksaan kesihatan.Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat kali pertama pada tahun 2021.Memenuhi SYARAT KELAYAKAN PROGRAM seperti yang diiklankan.Jumlah Pinjaman:Pinjaman pelajaran di peringkat persediaan merangkumi Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup serta Elaun Pengangkutan.Elaun Pengangkutan (pergi & balik) hanya layak dibayar kepada pelajar Semenanjung yang mendapat tawaran pengajian di Sabah/Sarawak atau pelajar Sabah/Sarawak yang mendapat tawaran pengajian di Semenanjung.Pinjaman pelajaran akan diteruskan sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.Cara Permohonan:

Berikut adalah langkah-langkah permohonan:

Langkah 1: Layari Portal MARA.

Langkah 2: Pemohon hendaklah mendaftar pengguna baharu terlebih dahulu.

Langkah 3: Pemohon juga dikehendaki membaca dan memahami garis panduan yang disediakan sebelum membuat permohonan.

Langkah 4: Pemohon dikehendaki melengkapkan maklumat permohonan seperti berikut:

Maklumat peribadi dan keluarga.Cadangan Pengajian.Ujian Psikometrik.Perakuan keterangan.Cara Semakan Keputusan:

Berikut adalah cara untuk membuat semakan:

Layari laman Semakan Keputusan Young Talent Development Programme (YTP) MARA 2022.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang portal YPT MARA.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 20, 2022 21:31
No comments have been added yet.


Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.