Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 166
June 20, 2022
Bantuan Deposit Sewa Rumah MAIWP Khas Golongan Miskin
Berita Baik! Salah satu skim bantuan yang ditawarkan MAIWP ialah Skim Bantuan Deposit Sewa Rumah & Sewa Rumah Bulanan yang bertujuan untuk membantu asnaf menjalani kehidupan dengan baik dan sempurna dengan mendiami rumah yang selamat dan selesa.
Asnaf Yang TerlibatTerdapat 3 kategori asnaf yang layak memohon skim bantuan ini iaitu:
FakirMiskinMualafBaca juga: Pembiayaan Perumahan Inovatif PR1MA 2022 Untuk Golongan Muda
Syarat UmumPemohon mestilah beragama IslamPemohon ialah warganegara MalaysiaPemohon bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari 1 tahun dan masih menetap di Wilayah PersekutuanTertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah.Dokumen SokonganDokumen sokongan yang diperlukan bagi permohonan skim bantuan ini adalah seperti berikut:
Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (perlulah menutup aurat bagi perempuan)Satu salinan kad pengenalan:PemohonSuamiIsteriAnak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin/bekerja). Untuk anak angkat, perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau disertakan bersama akuan sumpah penjagaan.Satu salinan penyata gaji/pencen/PERKESO. Bagi yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhajaya Sumpah. Bagi di Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampungSatu salinan surat tawaran menyewa rumah dari agensi berkaitan (contohnya: DBKL,Perbadanan Labuan,Perbadanan Putrajaya dan lain-lain).Satu salinan kad pengenalan pemilik rumah (permohonan sewaan individu).Satu salinan surat penjanjian sewaan (permohonan sewaan individu).Satu salinan penyata akaun/surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemilik rumah dan transaksi terakhir/terkini.Dokumen Lain Yang DiperlukanPemohon perlu mengemukakan dokumen-dokumen berikut sekiranya tergolong dalam kategori ini:
Keluarga bercerai: Satu salinan surat perakuan cerai/prosiding mahkamah terkini/pengesahan masalah keluarga dari BahagianPerkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini.Ahli keluarga telah meninggal dunia: Satu salinan sijil kematian ibu/bapa/suami/isteri.Saudara baru: Satu salinan kad memeluk Islam.Orang Kelainan Upaya: Salinan kad Orang Kelainan Upaya (OKU).Pengidap sakit kronik: Surat pengesahan sakit kronik dari hospital kerajaan sahaja.Sedang mengikuti pengajian di IPT: Satu salinan pengesahan pengajian/kad pelajar/surat tawaran belajar.Keluarga bermasalah: Satu salinan laporan polis/surat penjara.Muflis: Satu salinan surat pengesahan bankrupsi dari Syarikat InsolvensiBaca juga: Bantuan Warga Emas RM500 Sebulan
Cara MemohonUntuk memohon skim bantuan ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:
Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.Sediakan dokumen sokongan.Hantar borang permohonan dan dokumen sokongan ke kaunter-kaunter Baitulmal MAIWP.Pertanyaan LanjutUntuk pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak MAIWP ditalian 013-851 3066/013-851 4066/017-851 6066 atau melayari laman web https://www.maiwp.gov.my/ untuk maklumat lanjut.
Semakan BKM 2022 : BKM Fasa 2 Tarikh Rasmi & Semakan Status
Semakan BKM 2022 Fasa 2. Tarikh bayaran rasmi dan login myBKM semakan status permohonan lulus atau tidak kategori bujang, isi rumah B40 & M40.
Tarikh pembayaran bagi BKM Fasa 1 telahpun diumumkan iaitu bermula pada 28 Mac 2022 – 8 April 2022.
Kini tiba masanya untuk pembayaran bagi BKM Fasa 2 pula.
Penerima BKM 2022Tiga golongan yang akan menerima BKM ini ialah golongan isi rumah, warga emas bujang dan golongan BKM bujang.
Kriteria & SyaratGolongan berikut ini layak untuk terima bantuan sekiranya memenuhi syarat Bantuan Keluarga Malaysia seperti berikut:
Jumlah bantuan pembayaran BKM untuk fasa 2 2022 ini adalah seperti berikut :
a) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Umur 59 tahun dan ke bawah
b) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Umur 60 tahun dan ke atas dengan jumlah bantuan tambahan Isi Rumah Warga Emas RM300
c) Kategori Isi Rumah (Ibu Bapa Tunggal yang Mempunyai Anak) – Jumlah bantuan tambahan RM500
d) Kategori Bujang & Ibu Bapa Tunggal (IBT) tidak mempunyai anak – Pemohon umur bawah 59 tahun dan ke bawah
e) Kategori Bujang & Ibu Bapa Tunggal (IBT) tidak mempunyai anak – Pemohon umur 60 tahun dan ke atas
Nak tahu BKM masuk bila?
Kami akan update dengan pantas dalam group ini.
Join WhatsApp Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini
Semakan dan kemaskini maklumat peribadi BKM kini boleh dibuat dengan pergi ke laman web rasmi BKM di :https://bkm.hasil.gov.my
BKM Log MasukUntuk log masuk ke dalam sistem, masukkan nombor MyKad pemohon dan tekan semak. Masukkan juga kata laluan yang telah anda tetapkan.
Paparan dalam sistem BKM adalah seperti berikut :
Anda boleh lakukan kemaskini maklumat permohonan, semakan status dan cetak permohonan anda.
FAQ Soalan Lazim Fasa 2 bila masuk?Kemungkinan pada akhir bulan Jun 2022.
Nak buat permohonan baru macam mana?Untuk permohonan baru, anda hanya perlu isi borang permohonan dan hantar ke LHDN.
{ "@context": "https://schema.org", "@type": "FAQPage", "mainEntity": [ { "@type": "Question", "name": "Fasa 2 bila masuk?", "acceptedAnswer": { "@type": "Answer", "text": "Kemungkinan pada akhir bulan Jun 2022." } } , { "@type": "Question", "name": "Nak buat permohonan baru macam mana?", "acceptedAnswer": { "@type": "Answer", "text": "Untuk permohonan baru, anda hanya perlu isi borang permohonan dan hantar ke LHDN." } } ] }June 19, 2022
Emma Maembong Tak Terima Dirinya Ditegur Netizen
Nama Emma Maembong kembali hangat diperkatakan oleh media sosial dan juga netizen apabila sering berkongsi gambar tampil seksi selepas bergelar ibu.
Namun perkara itu seharusnya tidak menjadi pendebatan netizen kerana Emma sememngnya seksi sebelum dia mengambil keputusan untuk membuka hijab eberpa tahun yang lalu.
Walaupun sering mendapat pelbagai kririkan daripda orang ramai namun dia masih tetap memegang prinsipnya dan tidak mahu berubah hanya kerana desakan netizen yang sentiasa tidak berpuas hati dengan keputusan orang lain.
Baru -baru ini , Emma sempat berkongsi bahawa dia lebih memilih untuk memakai apa yang selesa untuk dipakai malah tidak mengakui dirinya akan berhijab apabila sudah sampai waktunya.
“Sebenarnya, saya pakai apa yang saya selesa. Kalau ikutkan, dari zaman remaja saya pakai begitu. Saya tak mahu bila sudah kahwin saja, terus berubah seratus-peratus.”
“Saya pakai jeans dikatakan tak sesuai dan kelihatan seperti budak-budak. Seperti yang saya pakai kain itu, saya pun kat pulau tapi netizen tak sedap hati. Mereka tak senang tengok, tapi tak apa.”
“Saya pun wanita dan suatu hari nanti, memang pasti akan berhijab juga. Cuma untuk saya, perlahan-lahan berubah ke arah itu. Tapi janganlah kaitkan kerana saya sudah ada anak, saya tak boleh itu, tak boleh ini,” jelasnya lagi.
Emma juga menjelaskan bahawa sekrang dia lebih tumpukan perhatian untuk menghargai hidupnya dan sentiasa berfikiran positif dan gembira apabila terdapat netizen yang menuliskan doa yang posiitif untuknya.
“Zaman saya nak bergaduh, berperang dengan netizen sudah tamat. Saya sudah capai sasaran hidup seperti yang saya impikan.
“Saya cuma nak hargai diri sendiri, pakai apa yang saya nak. Tak adalah sampai saya pakai bikini cuma kadang-kadang nampak betis, mereka sedihlah.”
“Saya sentiasa positif dan mereka juga mendoakan yang terbaik untuk saya. Kalau suatu hari nanti saya berhijab balik, saya berhijab,” katanya.
Sementara itu, Emma mengakui ketika muda dulu dia seorang yang lantang namun kini baginya tiada keperluan untuk memuaskan hati netizen.
Emma juga mengambil sikap yang sambil lewa dan tidak mahu terlalu serius memikirkan pendapat orang lain terhadap dirinya kerana sudah penat dengan situasi seperti itu sejak penglibatannya dalam dunia industri.
Malah sekarang lebih menumpukan sepenuh perhatian buat anak tunggalnya dan dirinya sendiri daripada memuaskan hati orang lain yang sememangnya tidak pernah puas dengan segalanya.
“Buat apa saya nak puaskan hati netizen, asalkan saya tahu apa saya buat, keluarga saya okey. Saya memang seratus-peratus fokus dekat anak saja,” katanya.
Jawatan Kosong Di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) – Pelbagai Jawatan Menarik!
Permohonan Jawatan Kosong di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. PENERBIT RANCANGAN
2. PENOLONG PEGAWAI PENGUAT KUASA
3. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK
4. JURUFOTOGRAFI
5. PEMBANTU PENGUAT KUASA
6. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
Lokasi : Pelbagai Negeri
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/PT3/PMR/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
Jawatan Kosong Di Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) – Mohon Sekarang!
Permohonan Jawatan Kerajaan di Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. Personel MYSTEP – Pegawai Teknologi Maklumat
Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : 23 Jun 2022 (Khamis)Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
Jawatan Kosong Di Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) – Pelbagai Jawatan Menarik!
Permohonan Jawatan Kosong di Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. PEGAWAI PENYELIDIK
2. PEGAWAI TADBIR
3. AKAUNTAN
4. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
5. JURUFOTOGRAFI
6. PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK
7. PENOLONG PEGAWAI TADBIR
8. PENOLONG AKAUNTAN
9. JURUTEKNIK KOMPUTER
10. PEMBANTU PENYELIDIK
11. PEMBANTU TADBIR (PENGKERANIAN / OPERASI)
12. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT
13. PEMBANTU AKAUNTAN
14. PEMANDU KENDERAAN
15. PEMBANTU AWAM
16. PEMBANTU OPERASI
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan
Gaji : RM1,216.00 – RM13,248.00
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/PT3/PMR/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
Terdapat Keraguan Atas Kematian , Keluarga Arwah Pengasas Kosmetik Dnars Mohon Siasatan Semula Dijalankan
Selepas pemergian yang begitu memilukan buat keluarga Allahyarham , terdapat beberapa video dan juga kenyataan yang memperkatakan tentang keraguan atas kematian pengasas tersebut.
Malah anak perempuannya juga dilihat pernah berkongsi cerita tentang perkara yang berlaku selepas pemergian ibunya itu yang didakwa mempunyai unsur yang meragukan dan terdapat pengkhianatan daripada pihak tertentu.
Melalui laporan yang telah dibuat oleh abang sulung Allahyarham, Mohd Faisal Rohban Ahmad melalui Tetuan Shaharuddin Hidayu dan Marwaliz di Pejabat SPRM Lundang, Kota Bharu, Kelantan pada hari ahad lalu.

Menurut Peguam bela dan peguam cara, Leftenan Kolonel Bersekutu Azhar Ahmad, pihak keluarga pengasas kosmetik telah memohon satu siasatan dilakukan oleh SPRM kerana mendakwa urusan jenazah tidak melalui kedutaan Malaysia di Bangkok atau Konsul Malaysia di Songhkla yang disahkan oleh pegawai di Wisma Putra, Putrajaya.
“Jenazah Faziani dikatakan tiba terlalu cepat ke Malaysia melalui pintu sempadan Sungai Golok-Rantau Panjang pada jam 4 petang hari sama kemalangan pada 18 Mei 2019.”
“Malah urusan penghantaran jenazah arwah didakwa tidak mengikut prosedur yang ditetapkan oleh undang-undang iaitu dipercayai tidak mempunyai Surat Kebenaran dari Perwakilan Malaysia di negara yang berlaku kematian.”
Keraguan ini disebabkan oleh tempoh jenazah pengasas kosmetik itu dibawa pulang adalah sangat cepat dan terlalu mudah , yang mana perkara seperti itu perlu melalui beberapa prosedur di Thailand dan mengambil masa beberapa hari.
Tujuan laporan itu dibuat adalah untuk mendapatkan keadilan terhadap kematian Allahyarham kerana merasakan terdapat unsur salah guna kuasa atau sebagainya dalam proses yang dijalankan.
“Keluarga sememangnya bersyukur apabila jenazah dapat dibawa pulang awal, namun kami mengesyaki berlaku salah guna kuasa atau unsur rasuah dalam urusan penghantarannya.”
“Laporan baru dibuat sekarang kerana kekangan keadaan Covid-19 dalam negara dan kami keluarga memohon pihak berkuasa menyiasat perkara ini.”

Sekadar info , Allahyarhamah Faziani Rohban Ahmad telah meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan di Thailand bersama suaminya pada tahun 18 mei 2019.
Kemalangan tersebut membabitkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima yang dinaiki mangsa serta suaminya dengan sebuah lori yang mana mereka dikatakan dalam perjalanan ke sebuah pondok di Yala, Thailand untuk memberi sumbangan.
Beliau sememangnya seorang yang mempunyai hati yang sangta baik dan suka memberikan sumbangan tidak tanpa mengira bangsa dan negara, Dek kerana kepergiannya itu , ramai yang terkesan dan merasa kehilangan.
Namun anak perempuannya itu masih lagi meneruskan kerja kebajikkan yang telah menjadi amanah yang besar buat keluarganya mereka dan begitu terbuka hati memikul tanggungjawab tersebut.
Kiosk JPJ Kaunter Layan Diri Tak Perlu Beratur Lagi
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menyediakan Kiosk JPJ untuk kemudahan orang ramai. Kiosk adalah sebuah kaunter layan diri yang boleh untuk mendapatkan perkhidmatan di kaunter.
Kiosk JPJ ni boleh digunakan walaupun kaunter telah ditutup. Hal ini amat memudahkan kita yang sibuk bekerja dan tiada masa untuk ke JPJ.
Laman Tamara Retreat, Penginapan Di Negeri Sembilan 2022
Laman Lamara Retreat. Lokasi Shooting Suamiku Lelaki Pendosa ini nampak begitu cantik, bukan? Dengan rumah tersergam indah, laman luas yang terbentang hijau. Puas admin godek sana-sini untuk mencari di mana sebenarnya tempat ini. Dan..admin dah jumpa!
Jadi kalau anda mempunyai plan untuk bercuti ke Negeri Sembilan, dan masih tercari-cari tempat penginapan yang best, jom lah ke Laman Tamara Retreat.
Baca juga: Gunung Ledang, Tempat Menarik Tangkak 2022
Mengenai Laman Tamara Retreat
Ianya terletak di Sri Menanti, Malaysia. Tempat penginapan yang sejuk ini bagus untuk percutian hujung minggu yang tenang di mana anda bangun dengan bunyi kicauan burung dan ayam jantan berkokok.
Sambil menghirup udara sejuk dan segar di tengah-tengah perkampungan tropika.
Di sini, anda boleh merasai kehidupan kampung yang sudah tentunya dilengkapi dengan keselesaan kemudahan moden.
Terletak kira-kira 90 minit dari Kuala Lumpur, vila 5 bilik 3 bilik mandi ini terletak di atas tanah seluas ekar dengan kolam renang, pavilion BBQ, kebun buah-buahan dan kolam memancing.
Ruang Penginapan Laman Tamara Retreat
Laman Tamara ialah rumah kampung Melayu yang dibina pada tahun 1960-an. Bentuk dan reka bentuknya adalah tipikal dalam iklim tropika. Kebanyakan reka bentuk asalnya telah dikekalkan untuk menawarkan pengalaman unik kepada para tetamu.
Pengalaman untuk hidup dalam pesona dunia lama, pada masa yang sama dalam lingkungan ciri gaya hidup hari ini.
Ciri-ciri seperti kolam renang, wifi, bilik tidur reka bentuk retro dan bilik mandi adalah beberapa ciri yang ditonjolkan di vila ini.
Secara dalaman, ruang makan/dapur terbuka adalah seluas 800 kaki persegi baharu yang menghadap pemandangan panoramik kolam, kolam dan hutan di sekitarnya. Ruang makan mempunyai 2 set meja makan 8 tempat duduk.
Semua bilik tidur berhawa dingin sepenuhnya, lengkap dengan bantal segar, cadar dan hiasan. Bilik tidur dilengkapi dengan katil bersaiz queen dan katil sofa di dua bilik tidur.
Secara luaran, kami mempunyai kolam renang 20’x 10′ (dalam 4 kaki). Dek kolam dilengkapi dengan kerusi kolam dan payung.



Kolam Pancing, suatu ketika dahulu sawah padi mempunyai mata air semula jadi yang timbul serta anak sungai mengalir di belakangnya. Jambatan baharu, astaka dan dek bot telah ditambah.
Banyak tumbuhan baru, pokok buah-buahan, pokok hiasan, dan pokok renek telah ditanam untuk menggabungkan dengan lancar dengan taman sedia ada dalam mewujudkan persekitaran yang lazat dan menyejukkan.
Pada masa yang sama kami juga telah menambah ciri-ciri baru pada taman seperti gelanggang badminton, lubang barbeku, dan bangsal basikal.


Laman Tamara boleh memuatkan bilangan maksimum 15 tetamu pada satu-satu masa (tidak termasuk bayi 3 tahun ke bawah).
Bilangan tetamu ini akan cuba dikekalkan supaya pihak Laman Tamara dapat memastikan semua tetamu menikmati kemudahan dan perkhidmatan sepenuhnya.
P/s: Jika kumpulan anda melebihi 15 orang, maklumkan kepada pihak pengurusan lebih awal supaya mereka boleh menyediakan penginapan tambahan di rumah kedua dalam kawasan yang sama.
Akses tetamuTetamu biasanya disambut oleh pemilik atau oleh kakitangan yang tinggal di pintu pagar hadapan. Semasa mendaftar masuk, tetamu boleh mengakses keseluruhan perkarangan kecuali bilik/kuarters kakitangan yang tinggal di dalam premis.
Kakitangan tinggal kami tinggal di dalam bilik yang bersambung dengan rumah utama tetapi dengan akses yang berasingan.
Kemudahan di Laman Tamara RetreatTetamu Laman Tamara mempunyai penggunaan eksklusif semua kemudahan yang disediakan di dalam kawasan. Kemudahan tersebut adalah seperti berikut:
Kolam renangKolam pancing & astakaBasikalPavilion & kemudahan barbekuBadmintonTanah lapangTempat letak kenderaan persendirianLaman Tamara disewa sebagai asas keseluruhan rumah. Setelah tempahan disahkan, ia tidak akan disewakan atau dikongsi kepada mana-mana individu atau tetamu lain.
Info Tambahan dari Pihak Pengurusan
Kami sangat berhati-hati untuk memelihara dan mengekalkan rumah dalam keadaan asal sebaik mungkin. Kami juga berusaha untuk memastikan tempat itu selesa, selamat dan terjamin kepada semua tetamu kami.
Oleh itu, kami memohon pemahaman anda dalam mengekalkan bilangan maksimum tetamu seperti yang dinyatakan dalam penyenaraian kami semasa anda membuat tempahan anda.
Berkenaan dengan kemudahan asas, kami menyediakan anda dengan tuala asas, sabun dan syampu. Ia diisi semula sebelum daftar masuk anda.
Memandangkan Laman Tamara ialah sebuah rumah dan bukannya sebuah hotel, kami tidak akan memasuki rumah untuk melakukan sebarang pengemasan sepanjang tempoh penginapan anda. pengecualian dibuat semasa kecemasan.
Kami juga menggalakkan anda untuk sentiasa memastikan pintu pagar hadapan berkunci pada setiap masa. Ini adalah untuk tidak menggalakkan orang luar memasuki premis dan untuk memastikan privasi anda.
Lokasi: No. 62, Kampung Sikai, 71550 Seri Menanti, Negeri Sembilan (link google maps)
Bonus


Bantuan Kewangan Asasi IPTA Selama Setahun Pelajar B40 & M40
Bantuan ini mensasarkan pelajar daripada golongan sasaran B40 dan M40 yang sedang mengikuti program bertaraf asasi di Universiti Awam menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau yang setaraf dengannya.
Kadar Bantuan Kewangan AsasiElaun Wang Saku : RM 2,500.00 setahunYuran Pengajian dan Yuran Penginapan : RM1,420.00 setahunTambang penerbangan sekali (pergi dan balik untuk pelajar Sabah, Sarawak dan Labuan atau sebaliknya).Baca Juga: Cara Semak Keputusan SPM
Terma Dan SyaratTiada bayaran balik dikenakan tetapi pelajar perlu membayar balik jumlah bantuan kewangan yang telah diterima sekiranya gagal mengikuti program pengajian dengan jayanya.Pelajar dikehendaki menandatangi perjanjian dengan seorang penjamin.Syarat KelayakanSyarat-syarat dan kriteria untuk memohon Bantuan Kewangan Asasi ialah:
Pemohon adalah warganegara Malaysia;Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk pelajar yang mengikuti program bertaraf asasi di Universiti Awam dengan pendapatan keluarga dari kelompok B40 dan M40;Pelajar yang telah mendaftar mengikuti kursus dengan menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau yang setaraf dengannya; danKursus pengajian telah diperakui dan diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.Cara Menerima TawaranLayari laman sesawang Portal Rasmi Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, KPM.Lengkapkan maklumat yang diperlukan.Lampirkan dokumen sokongan yang diperlukan.Hantar permohonan melalui Pejabat Pendaftar Universiti Awam (UA) masing-masing dan tidak boleh dikemukakan terus kepada pihak KPM.Semakan Kelayakan Dan TawaranSemakan dan tawaran program boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Portal Rasmi Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, KPM. Pemohon hendaklah menyemak dan mencetak sendiri dokumen tawaran seperti berikut :
Surat tawaran;Borang perjanjian (3 salinan, borang kosong boleh difotokopi);Borang penyata kewangan penjamin;Panduan mengisi borang perjanjian;Dokumen perjanjian yang telah lengkap hendaklah diserahkan semasa hari pendaftaran; danTuntutan bayaran pelajar asasi sedia ada akan dibuat melalui pihak pentadbir UA masing-masing pada setiap semester.Maklumat LanjutHotline: +603-8888 1616 (Hotline) / +603-8870 6368 (Hours of Operation: 8.30 am-4.30 pm, Monday-Friday)
Email: bkasasi@mohe.gov.my
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
