Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 162

June 23, 2022

Ashira Dan Bad Indigo Sah Bercerai

Semalam , penyanyi Ashira dan suaminya Bad Izhan telah mengumumkan status hubungan terbaru mereka di media sosial dan membuat kenytaan berkenaan perkara tersebut.

Ashira dan Bad telah berkongsi video yang di muat naik di Instagram yang mana mereka mengakui keputusan untuk berpisah  itu dibuat atas persetujuan bersama dan berpisah secara baik tanpa ada sebarang perselisihan antara mereka.

Malah menolak dakwaan jika  terdapat orang ketiga antara hubungan mereka dan tidak mahu bercerita lebih lanjut berkenaan perpisahan antara mereka yang didakwa baik – baik sahaja .

 

“Kami dah capai persetujuan bersama, kami dah sah berpisah. Tapi, kami tetap berkawan sebab kami memang nak berkawan sampai bila-bila. Insya-Allah. Saya tetap sayang dia juga. Yang penting, tak ada orang ketiga, keempat, kelima dan keenam.”

Pasangan ini menolak untuk bercerita lanjut mengenai perpisahan mereka dan redho dengan ketentuan yang telah ditetapkan walaupun jodoh hanya sementara dan berpisah juga pada akhirnya.

Bad dan Ashira telah pernah menjadi topik hangat apabila berkahwin pada 11 Mac 2021 yang mana hubungan mereka mulai rapat ketika menyertai program Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) bersama- sama.

Mereka telah mengambil keputusan untuk berumah tangga dan dilihat bahagia bersama sehingga Bad disahkan mengidap penyakit kencing manis serta terpaksa menggunakan kerusi roda kerana penyakit tersebut,

“Sebenarnya, apa sebab semua ini (berlaku), tak boleh nak cerita sebab apa yang berlaku dalam perkahwinan adalah aib. Mendedahkan aib walaupun aib sendiri adalah dosa. Jadi, hanya Allah yang tahu,”katanya.

Mereka telah mengambil keputusan untuk membuat kenyataan di media sosial agar tiada campur tangan daripada orang luar yang boleh menyebabkan perkara tidak baik berlaku kerana ianya melibatkan dua keluarga besar antara mereka.

“Kami nak beritahu dahululah sebelum keluar daripada mulut orang lain sebab banyak sangat cerita-cerita di luar yang tak betul. Diharap, video ini jelaslah untuk semua orang. Tak ada masalah antara kami.”

“Dan nak minta maaf juga kalau ada kawan-kawan wartawan yang nak tanya kenapa, punca dan bila. Yang itu biarlah saya, dia keluarga dan yang di atas (Allah) sahaja yang tahu,” jelas Ashira lagi.

Pasangan ini mengakhiri hubungan mereka tanpa perseketaan kerana tidak mahu perkara ini berlanjutan dan tidak mahu mengumbar aib dan menyebabkan perbalahan ,

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 23, 2022 21:41

Dapatkan Sijil SPM Yang Hilang Secara Online Sahaja Mudah!

Sijil SPM anda hilang? Sekarang musim apply ke University. Jom lihat cara untuk dapatkan sijil anda.

Cara Dapatkan Semula SijilLayari laman web e-Lembaga Peperiksaan >> https://elp.moe.gov.my/auth/loginDaftar sebagai pengguna terlebih dahulu.Kemudian bila dah boleh login, sila ke laman utama.Kemudian, pilih pula Salinan Keputusan.Pilih sijil peperiksaan yang berkenaan.Isikan butiran nombor kad pengenalan dan klik Papar Borang Permohonan.Isikan alamat penghantaran sijil tersebut diposkan.Pilih cara Penghantaran Salinan, iaitu sama ada nak ambil sendiri atau penghantaran melalui pos (dikenakan caj tambahan RM10).Caj sebanyak RM30 akan dikenakan bagi setiap sijil yang dimohon. Sahkan dua kotak di bawah tu sebelum klik Mohon.Sila buat bayaran dan klik hantar permohonan.Tempoh PengeluaranSijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau selepas 1994 – satu (1) jam.Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau sebelum 1993 – tujuh (7) hari bekerja.Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau selepas 1998 – satu (1) jam.Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau sebelum 1997 – tujuh (7) hari bekerja.Lain-lain peperiksaan (STAM, SPMU, MPV, SPMV, SPVM, SVM, MCE, SPDM, SRP, LCE, MPAV, DLL) – tujuh (7) hari bekerja.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 23, 2022 21:05

Tuntutan Khairat Kematian Amanah Saham Nasional Berhad Dengan Mudah

Tahukah anda yang anda boleh tuntut duit Khairat Kematian? Ramai lagi pewaris si mati tidak tuntut khairat kematian yang disediakan oleh ASB ini.

Cara Tuntutan

Nak tahu cara untuk buat tuntutan khairat kematian ASB ini dan maklumat lanjut yang berkaitan, boleh rujuk panduan lanjut di bawah:

Syarat Kelayakan

Syarat-syarat kelayakan untuk memohon bantuan Khairat ASB adalah seperti berikut:

Pemohon:

Pemohon adalah waris kepada si mati / pemegang unit yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun, atau Salah seorang Penerima Hibah Amanah / Pengisytiharan Amanah (HAPA) yang dinamakan oleh si mati

Unit Amanah Terlibat:

Si mati telah mendaftar sekurang-kurangnya satu tabung unit amanah ASNB dan mempunyai baki minimum 1 unit

Tempoh Tuntutan:

Permohonan diterima oleh ASNB dalam tempoh 6 bulan dari Tarikh Kematian pemegang unit

Nota: Waris bukan Islam layak untuk menuntut bantuan Khairat ASNB bagi pemegang unit (si mati) yang beragama Islam

Tempat Memohon

Untuk membuat permohonan bantuan Khairat ASNB ini ianya boleh dilakukan mengikut prosedur terkini di:

Mana-mana cawangan ASNBEjen-ejen ASB (Bank-bank)Kaedah Bayaran

Penuntut akan menerima bantuan Khairat ASNB dengan cara:

Tunai sahaja di kaunter cawangan ASNB atau ejenJumlah Bayaran

Jumlah bayaran bantuan Khairat ASNB seperti berikut:

Jumlah Pegangan Unit

Jumlah Khairat

Bawah 1,000.00 unit

RM200

1,000.00 unit dan ke atas

RM500

Ramai yang terlepas pandang perkara ini namun mana tahu duit ini boleh digunakan untuk membayar hutang si mati dalam membantu menguruskan jenazah.

Maklumat lanjut ASNB:

MyAsnb Login – Cara Daftar & Semak ASB Online

Cara ‘Transfer Online’ Duit Ke Akaun ASB

Cara Mudah Keluarkan Duit ASB

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 23, 2022 20:51

3 Cara Mudah Semak Keputusan STAM 2021

Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2021 akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan pada hujung bulan ini.

Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) ialah satu peperiksaan yang mula diperkenalkan pada tahun 2000 hasil kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Al-Azhar Al-Sharif.

Tujuan STAM diperkenalkan untuk memastikan pelajar lepasan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dan Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) melalui satu sistem pendidikan yang piawai dan diiktiraf di dalam dan di luar negara.

Baca juga:

Giatmara Tawar Kursus 6 Bulan Dengan Elaun RM200Program Pengajian Tajaan JPA Untuk Lepasan SPM 2021

Tarikh Keputusan STAM 2021:

Keputusan Peperiksaan STAM 2021 akan dikeluarkan pada 30 Jun 2022 ini.

Senarai Mata Pelajaran STAM:

Berikut adalah senarai mata pelajaran STAM berdasarkan bidang yang ditetapkan:

BIDANGMATA PELAJARANBahasa Arab1. Nahu dan Sarf
2. Insya’ dan Mutala’ah
3. Adab dan Nusus
4. ‘Arudh dan Qafiyah
5. Balaghah
Syariah6. Fiqh
7. Hadith dan Mustolah
Usuluddin8. Hifz Al-Quran dan Tajwid
9. Tauhid dan Mantiq
10. Tafsir dan Ulumuhu
Kaedah Pelaporan Pencapaian Keputusan STAM:

Berikut adalah format penyataan keputusan peperiksaan STAM melaporkan peringkat bagi setiap mata pelajaran:

PERINGKATTAKRIFMumtazCemerlangJayyid JiddanSangat BaikJayyidBaikMaqbulLulusRasibGagalCara Semakan:

Berikut adalah kaedah dan langkah-langkah untuk membuat semakan STAM 2021:

1) Di sekolah:

Calon sekolah – boleh mendapatkan keputusan peperiksaan dari sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi.

Calon persendirian – slip keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos pada tarikh yang sama.

2) Secara online:

Calon sekolah dan persendirian – boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah secara dalam talian mulai pukul 10 pagi pada 30 Jun hingga 6 petang pada 6 Julai.

3) Secara SMS:

Calon sekolah dan persendirian – boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah secara sistem pesanan ringkas (SMS) akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi pada 30 Jun hingga 6 petang pada 6 Julai.

Dengan menaip STAMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 23, 2022 20:48

Kemaskini Permohonan BKM 2022 Anda Sekarang!

Kemaskini Permohonan BKM Fasa 2 2022 kini boleh dibuat pada minggu ini sehingga 30 Jun 2022.

Kemaskini maklumat BKM ini adalah untuk penerima yang telah lulus status dan tidak membuat sebarang rayuan BKM.

Tujuan Kemas Kini BKM

Kemaskini maklumat Permohonan BKM 2022 adalah untuk membolehkan Permohonan BKM 2022 yang berstatus Lulus mengemaskini maklumat asas seperti maklumat berikut:

Nombor telefon rumahNombor Telefon BimbitAlamat emelNama dan Nombor Akaun Bank*Maklumat Perwakilan

*Terhad kepada akaun bank pemohon sekiranya status pembayaran BKM 2022 adalah Gagal Kredit atau Tunai sahaja

Tarikh Kemaskini Maklumat BKM

LHDN telah mengumumkan tarikh penerima Bantuan Keluarga Malaysia BKM untuk mengemaskini bagi fasa 2.

Tarikh kemaskini dibuka mulai 20 Jun 2022 sehingga 30 Jun 2022.

Selain itu, kemaskini untuk fasa seterusnya adalah pada 8 Julai 2022 sehingga 30 Julai 2022.

Diingatkan sekali lagi, Kemas kini maklumat ini adalah untuk penerima yang telah lulus status dan tidak membuat sebarang rayuan BKM.

Cara Kemaskini

Kemaskini maklumat peribadi anda di BKM boleh dibuat di pautan rasmi semakan BKM :

Layari https://bkm.hasil.gov.my/Tekan Log MasukTekan Kemaskini PermohonanMasukkan No. MyKad dan tekan Semak.Isikan semua maklumat bertanda *Isi Kod Captcha dan klik Sahkan CaptchaTandakan Perakuan Pemohon BerkenaanTekan butang Hantar bagi meneruskan permohonanSetelah permohonan berjaya dihantar, klik butang Cetak untuk simpan rekod permohonanMaklumat Tambahan

Permohonan kemas kini maklumat asas BKM juga dibuka secara manual di cawangan LHDN berdekatan.

Sila download borang kemas kini maklumat permohonan BKM dan bawa ke cawangan LHDN untuk proses selanjutnya.

Hotline BKK LHDNM : 1800 88 2747Hotline BKK MoF : 03 8882 4565Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNMe-Mel : bkm@treasury.gov.my
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 23, 2022 19:51

Restoran Korea Di Malaysia 2022 | Halal Certified

Restoran Korea semakin popular di kalangan rakyat Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini, seiring dengan kebangkitan Kpop dan Kdrama. Sejujurnya, agak sukar untuk menahan keinginan untuk BBQ Korea yang lazat, ayam goreng ala Korea dan jjajangmyeon apabila anda melihat pelakon menjamunya sambil anda beramai-ramai menonton drama Korea!

Untuk membantu anda memburu makanan Korea anda, admin telah menyenaraikan beberapa restoran Korea mesra Muslim kegemaran ramai di sekitar Lembah Klang untuk anda memuaskan craving anda yang begitu inginkan makanan korea!

Baca juga: Hotel Kucing Terbaik Di Malaysia 2022 | Sekitar Lembah Klang

Seoul Garden

Restoran korea, Seoul Garden

Terkenal dengan gril tanpa asap 2-dalam-1 mereka (yang membolehkan anda menikmati daging panggang dan bahan-bahan memasak dalam asas sup pada masa yang sama!) dan daging diperap yang lazat, Seoul Garden adalah jenama BBQ Korea yang diperakui Halal terkemuka di Malaysia.

Dan yang pastinya ia adalah  nama yang biasa di kalangan pencinta BBQ. Dengan pilihan daging yang banyak seperti daging lembu bulgogi, ayam kimchi, dori lada hitam, sotong tom yam dan banyak lagi, Seoul Garden menjanjikan pengalaman menjamu selera yang menyeronokkan bersama rakan dan keluarga.

Dan walaupun harga yang dikenakan per individu agak mahal bagi admin, tetapi apabila anda melihat kepada menu-menu yang tersedia, bayaran yang anda telah keluarkan itu memang berbaloi. Lauk-lauk mentah sentiasa ditambah dan tiada satu bekas pun akan dibiarkan kosong.

Pengambilan sendiri  (self-pickup)juga disediakan di semua cawangan restoran korea Seoul Garden di Lembah Klang seperti Melawati Mall, Paradigm Mall, Sunway Pyramid, 1 Utama, The Mines, dan banyak lagi.

Lokasi: IOI City Mall, Paradigm Mall, Sunway Pyramid, Sunway Putra Mall

EID Authentic Korean Cuisine

Walaupun cawangannya terletak agak jauh dari pusat bandar KL, senarai ini tidak lengkap tanpa EID padanya. Restoran ini dimiliki oleh pasangan Muslim Korea dimana cawangan EID di Itaewon merupakan restoran Korea yang disahkan Halal pertama di Korea. Jangan lupa ya untuk kunjunginya jika anda bercuti ke Seoul.

Dengan cawangan di Bandar Baru Bangi, Shah Alam dan Seremban Gateway, ramai pelanggan setia percaya bahawa makanan di sini pastinya berbaloi.

Beberapa item kegemaran admin dalam menu mereka adalah termasuk bibimbap, bebola nasi kimchi dan bulgogi pedas! Selain itu menu di EID juga mempunyai pelbagai pilihan makanan ringan serta pencuci mulut seperti penkek ladu, soteok (sosej lidi dan kek beras) dan sosej jagung.

Admin memang mengesyorkan agar anda datang bersama rakan atau keluarga supaya anda boleh mencuba segala-galanya!

SweetreeKredit: Website Sweetree

Jika anda sedang mencari restoran Korea yang selesa untuk melepak, Sweetree pasti sesuai dengan jiwa anda. Terletak di Ampang, restoran yang disahkan Halal ini menawarkan menu masakan Korea yang luas, iaitu daripada dakgalbi hingga BBQ Korea, samgyetang, ayam goreng ala Korea dan bingsu yang menyegarkan.

Kepelbagaian dalam rasa pastinya sesuai dengan Sweetree – jangan risau jika anda berkunjung dengan rakan yang tidak begitu menikmati makanan Korea, kerana mereka juga mempunyai menu pasta, kentang goreng, stik ayam atau Vietnam wrap, semuanya dengan sentuhan inventif!

Yang menariknya, restoran ini juga dihiasi dengan pelbagai hiasan menarik dari Korea. Antaranya ialah kasut dan baju tradisional korea, peralatan tradisional Korea, dan macam-macam lagi.

Lokasi: L1, 12 L1 & 13, L2, Jalan Ampang Putra, Taman Putra Sulaiman, 68000 Ampang, Selangor (link google maps)

Mr. Dakgalbi

Tiada apa-apa yang mengalahkan keseronokan dan kepuasan makan yang setanding dengan  pinggan panas bulat gergasi di tengah-tengah meja, sambil anda berbual-bual dengan rakan atau keluarga anda.

En. Dakgalbi ialah restoran korea dakgalbi yang popular di Lembah Klang di mana anda boleh menjamah ayam tanpa tulang yang ditumis bersama kubis, ubi keledek, sos gochujang dan kek nasi Korea.

Anda juga boleh memilih cincin keju di restoran korea ini untuk hidangan yang lebih mengenyangkan (dan cheesy), atau hanya makan dengan nasi atau salad segar. Tamatkan hidangan anda dengan membenarkan kakitangan menambah semangkuk nasi lagi untuk dimasak bersama dakgalbi yang tinggal.

Lokasi: MyTown, PV128, Melawati Mall  (link google maps)

 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 23, 2022 17:30

Program Pengajian Tajaan JPA Untuk Lepasan SPM 2021

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) membuka peluang pengajian ke peringkat tinggi kepada semua Pelajar Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2021.

Mereka yang berminat boleh membuat semakan syarat kelayakan untuk memohon Program-Program Penajaan JPA.

Baca juga:

Senarai Bantuan Khas Untuk Ibu Tunggal & SurirumahBKM Tambahan Fasa 2 | Tambahan Sehingga RM100 untuk Isi Rumah & BujangSenarai Program Tajaan JPA:

Berikut adalah program-program dibawah penajaan JPA untuk calon SPM 2021:

1. Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ):

Penajaan dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah dibuka kepada semua pelajar lepasan SPM tahun 2021 yang berminat dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi (S&T) dan sains sosial di negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman.

Pelajar akan ditaja untuk mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma atau Ijazah Pertama di negara-negara berkenaan.

Syarat Kelayakan:Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.Pemohon mestilah mempunyai kesihatan yang baik.Ibu dan / atau bapa pemohon mestilah tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA.Pemohon mestilah tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama.Pemohon mestilah berumur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.Cara Permohonan:

Untuk memohon, sila rujuk laman sesawang JPA.

Tarikh Permohonan Dibuka:

Permohonan boleh dibuat mulai 16 Jun 2022 sehingga 26 Jun 2022.

Maklumat Lanjut:

Saluran pertanyaan (dibuka sepanjang tempoh permohonan)

E-mel : lepasanspm2022@jpa.gov.myTelefon : 03-8885 32972. Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara (LSPM):

Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara (LSPM) adalah penajaan berbentuk Pinjaman Boleh Ubah kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2021) yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 9A+ untuk melanjutkan pelajaran di dalam negara.

Penajaan secara berpakej daripada peringkat persediaan hingga Ijazah Pertama akan ditawarkan bagi calon yang layak.

Syarat Kelayakan:Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.Pemohon mestilah mempunyai kesihatan yang baik.Ibu dan / atau bapa pemohon mestilah tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA.Pemohon mestilah tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama.Pemohon mestilah berumur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.Keutamaan diberikan kepada calon daripada latarbelakang keluarga dengan kategori pendapatan B40 dan M40.Cara Permohonan:

Untuk memohon, sila rujuk laman sesawang JPA.

Tarikh Permohonan Dibuka:

Permohonan boleh dibuat mulai 20 Jun 2022 sehingga 26 Jun 2022.

Maklumat Lanjut:

Saluran pertanyaan (dibuka sepanjang tempoh permohonan)

E-mel : lepasanspm2022@jpa.gov.myTelefon : 03-8885 32973. Program Penajaan Nasional (PPN):

Program Penajaan Nasional (PPN) Tahun 2022 adalah penajaan berbentuk Pinjaman Boleh Ubah kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.

Calon-calon yang terpilih akan ditawarkan penajaan bagi mengikut pengajian peringkat persediaan sehingga ke peringkat Ijazah Pertama tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dan pengiktirafan bidang pilihan di 10 universiti terbaik dunia di Amerika Syarikat (USA) dan 10 universiti terbaik dunia di United Kingdom (UK).

Syarat Kelayakan:Pemohon mestilah warganegara Malaysia.Pemohon mestilah mempunyai kesihatan yang baik.Ibu dan / atau bapa pemohon mestilah tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA.Pemohon mestilah tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama.Pemohon mestilah menduduki SPM 2021 buat kali pertama.Pemohon mestilah seorang berumur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.Cara Permohonan:

Untuk memohon, sila rujuk laman sesawang JPA.

Tarikh Permohonan Dibuka:

Permohonan boleh dibuat mulai 20 Jun 2022 sehingga 26 Jun 2022.

Maklumat Lanjut:

Saluran pertanyaan (dibuka sepanjang tempoh permohonan)

E-mel : lepasanspm2022@jpa.gov.myTelefon : 03-8885 3297
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 23, 2022 09:36

Giatmara Tawar Kursus 6 Bulan Dengan Elaun RM200

GIATMARA merupakan sebuah institusi Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Pelajar lepasan program ini mampu memenuhi keperluan dan kehendak industri dan ekonomi di dalam dan luar negara.

Tujuannya adalah untuk membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan .

Baca juga:

Bantuan Raja Sehari RM1,000 Sehingga Disember 2022Bantuan RM300 OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)Syarat Kelayakan:

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan untuk memohon:

Pemohon mestilah dalam keadaan sihat.Pemohon mestilah terdiri daripada kumpulan bumiputera di Malaysia.Pemohon mestilah ada kebolehan asas seperti membaca menulis dan memang minat untuk belajar di pusat giat mara malaysia.Pemohon mestilah berumur 15 tahun dan ke atas.Pemohon mestilah ada minat mendalam dengan kursus giat mara yang anda mohon.Senarai Kursus:

Senarai kursus yang ditawarkan bagi tahun 2022 adalah seperti senarai berikut:

Kursus Kluster Komputer dan NetworkingKluster Elektrikal (KEL)Kursus Kluster FabrikKluster Elektronik MekatronikKursus Kluster KulinariKluster HospitalitiKursus Kluster Hairdressing and CosmetologyKursus Kluster MekanikalKluster PembuatanKluster SenibinaKursus Kluster PengangkutanKursus Kluster Creative Media

Kursus Pensijilan

Sijil Profesional GIAT MARASijil Kemahiran GIAT MARASijil Modular GIAT MARASijil Teknologi GIAT MARASijil Kehadiran GIAT MARASijil Kemahiran Warisan GIAT MARASijil Perantisan GIAT MARASijil Suruhanjaya Tenaga (PW1/PW2/PW4 &Penjaga Jentera Elektrik Kategori A0/A1)Sijil Kemahiran MalaysiaSijil CISCO Networking Academy – IT EssentialSijil CISCO Networking Academy – CCNA (Cisco Certified Network Associate)Sijil CISCO Networking Academy – Introduction to CybersecurityCara Permohonan:

Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:

i) Pendaftaran Online:

Langkah 1: Layari laman sesawang portal GIATMARA.

Langkah 2: Lengkapkan maklumat di borang permohonan.

ii) Pendaftaran Manual:

Langkah 1: Pemohon boleh muat turun borang permohonan secara manual dalam link yang tertera di bawah ini jika mengalami masalah untuk pengisian secara dalam talian.

Langkah 2: Lengkapkan borang permohonan.

Langkah 3: Borang permohonan manual ini boleh di hantar terus kepada GIAT MARA yang dipohon mengikut kursus yang ditawarkan @ sila ke GIAT MARA yang berhampiran, bagi proses pendaftaran secara manual.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang GiatMara atau hubungi di talian 03-2691 2690.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 23, 2022 09:30

Bantuan Raja Sehari RM1,000 Sehingga Disember 2022

Orang muda yang ingin berkahwin, Bantuan Raja Sehari Orang Muda Johor merupakan salah satu inisiatif di dalam Bantuan Kasih Bangsa Johor yang diumumkan Menteri Besar Johor, YAB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi pada April yang lalu. Namun bantuan ini untuk perkahwinan kali pertama sahaja.

Kerajaan Negeri Johor akan menyalurkan bantuan sebanyak RM1,000 bagi orang muda Negeri Johor yang kali pertama berkahwin (Islam) yang berpendapatan RM5,000 ke bawah.

Tarikh Permohonan

Bantuan ini dibuka mulai 1 Jun 2022 hingga 31 Disember 2022 menerusi borang permohonan yang disediakan.

Baca juga: Bantuan Beras Percuma Bantuan Kasih Johor

Syarat PermohonanOrang Muda Johor berumur 40 tahun ke bawah.Bermastautin dalam negeri Johor melebihi 3 tahun.Perkahwinan kali pertama sahaja dan didaftarkan di Negeri Johor dari tarikh 14 April hingga 31 Disember 2022.Pendapatan suami dan isteri berjumlah RM5,000.00 ke bawah.Permohonan dibuat bermula pada 1 Jun 2022 hingga 31 Disember 2022 sahaja.Pemohon (suami atau isteri) hendaklah hadir sendiri menghantar permohonan di kaunter Pejabat Kadi Daerah.Satu pasangan layak memohon sekali sahaja bantuan ini.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

Salinan Kad Pengenalan (Lelaki dan Perempuan).Salinan buku bank/penyata bank (Lelaki dan perempuan);Salinan surat perakuan nikah (Sijil Nikah). Jika surat perakuannikah hilang, pemohon perlu mendapatkan salinan asal dariPejabat Kadi Daerah/Pejabat Agama Islam Daerah.Surat Akuan Mastautin daripada Penghulu/Ketua Kampung.Slip gaji suami dan isteri atau pengesahan pendapatan dari ketua kampung atau penghulu.Cara Memohon

Permohonan bantuan ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

Muat turun borang permohonan di pautan >>> https://rb.gy/ujq2w5.Sila Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.Sediakan semua dokumen yang diperlukan.Hantar kedua-dua dokumen tersebut ke Pejabat Kadi Daerah yang berdekatan anda.

Baca juga: Bantuan Kasih Bangsa Johor RM300 Khas Untuk Nelayan

Proses Pembayaran

Jika berjaya, pembayaran akan dikreditkan kepada akaun suami atau isteri atau mana-mana yang layak.

Pertanyaan Lanjut

Boleh hubungi Jabatan Agama Islam Negeri Johor di talian 07-2076330/31/32.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 23, 2022 05:00

Bantuan RM300 OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)

Untuk Makluman anda terdapat Bantuan Bagi Orang Kurang Upaya (OKU) yang tidak berupaya untuk bekerja, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan bantuan bagi golongan ini menerusi Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB).

Menerusi bantuan ini, OKU yang layak akan menerima bantuan BTB secara bulanan sebanyak RM300.

Syarat KelayakanPemohon ialah warganegara dan bermastautin di Malaysia.Pemohon berumur 16 tahun dan ke atas.Pemohon ialah pemegang Kad OKU JKM.Pemohon mestilah tidak berupaya bekerja.Dokumen SokonganKad Pengenalan diri pemohon.Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama.Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama.Salinan penyata gaji (jika ada).Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Baca juga: Bantuan Penjagaan OKU Terlantar (BPT) Dapat RM500

Cara Memohon

Sila ikuti langkah-langkah berikut:

Sila muat turun borang-borang berikut:JKM 18 Borang Permohonan BantuanJKM 20 Borang Kaji Semula BantuanBorang Permohonan Pendaftaran OKUBorang-borang tersebut perlu diisi dengan lengkap dan betul.Bawa borang-borang tersebut beserta dokumen sokongan ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian yang berhampiran.Maklumat Lanjut

Boleh hubungi pihak JKM di talian 03-8000 8000.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 23, 2022 03:44

Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.