Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 158

June 28, 2022

Bekas Suami Lufya Dituduh Sebagai Punca

“Ex husband (bekas suami) awak kan? Ya Allah, jahatnya. Please buat police report (tolong buat laporan polis).”

Itu komen seorang pengguna media sosial di Instagram Lufya susulan pendedahan dibuat penyanyi dan pelakon itu yang mendakwa seorang lelaki cuba menculik anak perempuannya, Laana Haura, 5, ketika berada di taman permainan di Kota Damansara, Ahad lalu.

Komen itu turut mendakwa bekas suami Lufya iaitu Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum, 32, sebagai dayus selepas ditanya adakah dia mengupah orang untuk melakukan perkara itu.

“Not sure (tak pasti) but (tapi) memang kerja ex husband (bekas suami) dia ni. Dayus,” tulisnya.

Baca juga:

Bantuan Perkahwinan Negeri Selangor IGEMSTarikh Hari Raya Aidil Adha (Hari Raya Haji / Qurban) 1443HSaya Bukan Jenis Berdendam, Itu Fitnah:

Hafiz ketika dihubungi Harian Metro menafikan dia terbabit dengan insiden itu dan mendakwa tuduhan netizen itu adalah fitnah.

Katanya, dia masih berfikiran waras dan tidak sanggup menggunakan kekerasan semata-mata mahu berjumpa anak.

“Sebagai bapa saya tak sanggup buat macam tu. Kalau nak jumpa anak, saya akan minta izin. Kalau tak dapat jumpa, saya runding baik-baik.

“Kalau nak jumpa saya akan cakap baik-baik dan bukan mengamuk. Kalau dia tak bagi, saya cuba dan minta lagi. Bukan dengan kekerasan. Saya akan cuba faham jika tak dapat jumpa. Saya tetap sabar dan tak putus asa.

“Kalau nak jumpa kenapa perlu serang. Saya bukan jenis berdendam. Perkara lepas biarlah berlalu. Saya sudah lama ‘move on’ dan sudah ada kehidupan baru. Takkan nak upah samseng,” katanya kepada Harian Metro.

Terus Hubungi Tanya Keadaan Anak:

Menurut Hafiz, dia mengetahui insiden itu apabila dimaklumkan pengguna laman sosial yang menghantar mesej (DM) di Instagram.

“Saya pun baru tahu daripada orang dan kawan yang ‘forward’ perkara itu. Kalau tak, memang tak tahu apa-apa. Sepatutnya dia perlu cakap pada saya awal lagi. Saya ini masih bapa kepada anak kami, walaupun bukan lagi suami kepadanya.

“Selepas dapat tahu terus saya menghubunginya dan buang segala ego sebab mengenangkan keselamatan dan keadaan anak. Alhamdulillah, dia kata anak okay dan dirinya stabil. Saya doakan dia semoga dalam keadaan baik-baik saja.

“Saya harap dia buat laporan polis segera. Selepas ini kena lebih berhati-hati jika nak bawa anak bermain di kawasan awam. Apatah lagi sekarang banyak kes jenayah,” katanya.

 

Sumber: HARIAN METRO

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 28, 2022 23:18

Bantuan Perkahwinan Negeri Selangor IGEMS

Program bantuan perkahwinan di Selangor diberikan khas kepada pasangan yang baru berkahwin.

Bantuan atau insentif kewangan diberikan di bawah program Insentif Generasi Muda Selangor (IGEMS).

Nilai insentif yang diberikan adalah RM 300 seorang (salah seorang suami atau isteri atau kedua-dua suami dan isteri – tertakluk kepada yang menepati syarat layak program IGEMS).

Pemberian melalui Baucer Cenderahati Premium (BCP) bernilai RM 300 dan diserahkan kepada penerima pada hari kursus. *Penerima perlu hadir ke bank BSN untuk menukarkan BCP dalam bentuk sijil simpanan premium dan boleh ditunaikan selepas 45 hari berkerja atau boleh disimpan sahaja.

Tujuan pemberian adlah untuk kos melangsungkan perkahwinan sememangnya tidak murah dan diharapkan dengan pemberian insentif sagu hati ini dapat mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh pasangan baru berkahwin.

Baca juga:

Bantuan Peralatan Perniagaan RM10,000 MAIM Untuk Asnaf, Fakir & Miskin 2022Sah Bercerai , Tegar Akui Hubungan Dengan Isteri BermasalahSyarat Permohonan:

Berikut adalah syarat-syarat permohonan:

Pemohon mestilah membuat pendaftaran secara atas talian (online) sahaja.Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.Pemohon mestilah kelahiran Negeri Selangor atau bukan kelahiran Negeri Selangor.Pemohon mestilah bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun (Alamat MyKad mesti Negeri Selangor).Pemohon mestilah pengundi berdaftar di Negeri Selangor sewaktu pendaftaran dibuat.Pemohon mestilah telah berkahwin dalam tempoh 6 bulan ke bawah sewaktu pendaftaran dibuat.Perkahwinan kali pertama sewaktu pendaftaran dibuat.Pemohon mestilah berumur 40 tahun dan ke bawah sewaktu pendaftaran dibuat.Syarat Kelayakan Insentif RM300:

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan untuk memohon:

Suami atau isteri atau kedua-duanya sekali mesti memenuhi syarat Permohonan iGems.Mereka WAJIB hadir kursus secara berpasangan (suami dan isteri).Hadir dan menamatkan modul kursus yang dilaksanakan.Cara Permohonan:

Berikut adlah langkah-langkah untuk memohon:

Langkah 1: Layari laman sesawang IGEMS.

Langkah 2: Lengkapkan maklumat yang diperlukan.

Langkah 3: Hantar permohonan.

Langkah 4: Semak permohonan anda.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang IGEMS.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 28, 2022 20:22

Bantuan Peralatan Perniagaan RM10,000 MAIM Untuk Asnaf, Fakir & Miskin 2022

Bantuan Peralatan Perniagaan MAIM khas untuk Asnaf, Fakir & Miskin

Jumlah bantuan ini adalah dari RM500 hingga RM10,000 disediakan untuk pemohon yang layak.

Tarikh Permohonan

Dibuka sepanjang tahun

Syarat UmumBeragama IslamWarganegara MalaysiaBermastautin di Melaka tidak kurang dari (2) dua tahun dan masih menetap di MelakaMerupakan asnaf fakir dan miskin di negeri MelakaPendapatan kurang / tidak melebihi pengiraan Had al-Kifayah yang ditetapkan oleh MAIMDokumen Yang di PerlukanBorang permohonan (Borang Bantuan Am MAIM)Salinan Kad Pengenalan MalaysiaSijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang lengkap dan masih aktifPengesahan Pendapatan Bulanan (Yang telah disahkan)Salinan Penyata Bank (Bank yang masih aktif)Sebut Harga Alat PerniagaanDokumen SokonganGambar Perniagaan / Produk JualanKertas Kerja PerniagaanRekod Aliran Perniagaan (Dalam format Buku Lejar)

Baca juga: Bantuan Motosikal Perkhidmatan Penghantaran

Cara MohonDapatkan borang di Pusat Islam Pejabat Cawangan Agihan Zakat dan Pejabat Badan Sukarelawan Al-Taqwa MAIMSila isi borang permohonan dan lengkapkan beserta dokumen-dokumen yang diperlukan dan dokumen sokongan.Hantar permohonan ke Pejabat Cawangan Agihan Zakat dan Pejabat Badan Sukarelawan Al-Taqwa MAIM

SEKSYEN PEMBANGUNAN INSAN,
Badan Sukarelawan Al-Taqwa
No B-3 Jalan PNBB Seksyen 2,
Bukit Baru 75150 Melaka

Maklumat LanjutLayari website https://maim.gov.my/Hubungi talian 06-2868109 atau 011-58914140
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 28, 2022 19:22

Tsutaya Books-Kedai Buku Tercantik Bakal Dibuka Di Pavillion 2022

Anda peminat Tsutaya Books di Jepun? Kedai buku yang terkenal tersebut akan dibuka tidak lama lagi di Malaysia. Kedai buku yang bertempat di Pavillion ini merupakan yang pertama sekali dibina di Malaysia.

Baca juga: Tower Walk 100, Menara Kuala Lumpur 2022 | Adrenaline Surge

Tsutaya Books Pertama1st Tsutaya BooksKredit: ccc-my.com

BUKU TSUTAYA yang pertama, “BUKU TSUTAYA DAIKANYAMA” dibina di DAIKANAYAMA yang dikelilingi oleh tumbuhan-tumbuhan hijau walaupun ia adalah bandar Shibuya yang sibuk, di Tokyo pada 5 Disember 2011.

Ini bukan kedai buku yang ringkas dan yang biasa kita temui tetapi sebaliknya ia adalah tempat di mana gaya hidup baharu ditawarkan untuk orang dewasa yang matang dan bijak serta orang kreatif yang ingin meningkatkan kecerdasan.

Juga terdapat sebuah kafe di kedai, di mana anda boleh menikmati kopi di tangan sambil membaca buku.

Pada masa ini terdapat 26 kedai di Jepun yang mewarisi DNA “BUKU TSUTAYA DAIKANYAMA” dan merancang untuk membuka BUKU TSUTAYA pertama di negara Asia Tenggara pada 2021 di Malaysia.

Cawangan Di Malaysia

Tsutaya Books in Malaysia

Tsutaya Books, rangkaian kedai buku terbesar Jepun, telah mengumumkan akan membuka kedai buku pertamanya secara rasmi di Malaysia di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 7 Julai jam 3 petang.

Bukit Jalil Tsutaya Books juga akan menjadi kedai luar pertama rangkaian itu di Asia Tenggara.

Ia digambarkan dalam satu kenyataan media sebagai “kompleks kedai buku berskala besar yang berasaskan konsep ”Cultivate Lifestyle & Culture,” yang menawarkan inspirasi gaya hidup yang tersusun.

Terkenal sebagai “salah satu kedai buku tercantik di dunia”, rangkaian Jepun yang terkenal itu akan membuat promosi secara besar-besaran untuk memastikan Buku Bukit Jalil Tsutaya menjadi bualan ramai apabila pintunya dibuka bulan depan.

Ruang dan Cafe

Direka bentuk sebagai destinasi Insta-worthy, Bukit Jalil Tsutaya Books akan menawarkan ruang seluas 31,000 kaki persegi (2,880 meter persegi) yang terdiri daripada kedai buku, dengan lebih daripada 264,000 buku, pelbagai jenis alat tulis, seni dan cenderahati yang dipamerkan serta sebuah kafe.

Kafe Jepun moden akan menjadi asas kepada kedai buku kami, ruang untuk menyelak buku sambil menghirup kopi yang baru dibancuh dan menikmati hidangan ringan,” – siaran media sosial oleh Bukit Jalil Tsutaya Books.

Pilihan Buku

Buku-buku yang terdapat di kedai itu adalah dalam bahasa Inggeris, Jepun, Mandarin dan Bahasa Malaysia.

Di dalm kedai buku ini, ia akan mempunyai bahagian edu-tainment kanak-kanak terbesar berbanding mana-mana kedai buku di Malaysia, iaitu tempat penerokaan untuk pembaca kecil.

Dengan lebih 20,000 judul buku kanak-kanak daripada lebih 10 genre termasuk sastera kanak-kanak, perkembangan kognitif, buku bergambar dan buku seni, ensiklopedia, kraftangan kreatif dan banyak lagi.

Ia juga akan menjadi ruang komuniti untuk kanak-kanak menemui, meneroka dan belajar.

Bahagian kanak-kanak menampilkan tajuk pilihan tangan untuk pembaca muda (daripada kanak-kanak kecil hingga pra-remaja) – edisi vintaj, lama, jarang dan boleh dikumpulkan bagi klasik kanak-kanak, serta buku terlaris yang menduduki carta kontemporari.

Ketengahkan konsep lebih daripada sekadar buku – BUKU TSUTAYA BUKIT JALIL akan memaparkan permainan papan, Montessori dan mainan perkembangan, himpunan alat tulis yang lebih luas dan pengalaman menakjubkan.

Jadi, ia akan menarik minat kanak-kanak yang biasanya penuh dengan rasa ingin tahu.

Lokasi📍 Level 2 (Orange Zone), Pavilion Bukit Jalil (location)📆 Mulai 7 Julai 2022, Khamis, 3PM – 10PM (dan 10AM – 10PM dari 8Julai dan seterusnya)Info Lanjut: FB Bukit Jalil Tsutaya Books
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 28, 2022 18:43

Tarikh Hari Raya Aidil Adha (Hari Raya Haji / Qurban) 1443H

Hari Raya Haji atau Hari Raya Aidil Adha adalah salah satu perayaan terbesar yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia selain Hari Raya Aidil Fitri.

Hari Raya Haji disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun.

Untuk mendapat kepastian tarikh Hari Arafah dan Hari Raya Aidiladha, umat Islam perlu menunggu pengumuman rasmi tarikh Aidiladha 1443H pada 29 Jun 2022.

Seperti Hari Raya Haji, tarikh ini juga akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dan disiarkan secara langsung di televisyen tempatan.

Menurut kalendar / Takwim Islam yang dikemaskini oleh JAKIM, tarikh jangkaan Hari Raya Haji 2022 adalah pada 10 Zulhijjah 1443H, iaitu bersamaan dengan 10 Julai 2022.

Baca juga:

Kerajaan Digesa Kaji Semula Jumlah Bantuan Tambahan BKMDasar 4 Hari Bekerja Dalam Seminggu Wajarkah Di MalaysiaCuti Hari Raya Haji Setiap Negeri:

Terdapat negeri yang mengambil cuti 2 hari bagi Hari Raya Haji iaitu:

KelantanTerengganuPerbezaan Sambutan Hari Raya Aidil Adha Dengan Hari Raya Aidil Fitri Di Malaysia

Di Malaysia, Hari Raya Aidil Adha tidaklah semeriah Hari Raya Aidil Fitri kecuali di beberapa negeri seperti Kedah.

Berbeza dengan Solat Sunat Aidil Fitri, pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban.

Adalah disunatkan makan selepas solat Sunat Aidil Adha supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat.

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan.

Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang portal e-solat JAKIM atau hubungi di talian berikut:

+03 8870 7000+03 8870 7003
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 28, 2022 06:01

Tower Walk 100, Menara Kuala Lumpur 2022 | Adrenaline Surge

Tower Walk 100. Adakah anda berani untuk berjalan dengan ketinggian 100 kaki dari atas tanah? Jika anda cukup berani dan sering mengimpikan untuk melakukan aktiviti yang akan melonjakkan adrenalin, anda kini boleh bersiar-siar merentasi langit di tebing kaca di Tower Walk 100 sambil menikmati pemandangan bandar Kuala Lumpur yang indah.

Anda berani? Jom teruskan membaca artikel ini..

Baca juga: SHELL OUT-Restoran Shellout Popular 2022

Apakah Tower Walk 100Tower Walk 100Kredit: libur.com.my

Tower Walk 100 ialah tarikan terbaru di Menara Kuala Lumpur yang baru-baru ini dibuka kepada orang ramai pada 27 November 2021. ‘100’ dalam namanya menunjukkan bahawa anda berada pada kedudukan lebih 100 kaki (30.48 meter) dari atas tanah! Jika anda tidak kisah dengan ketinggiannya, anda boleh cuba berjalan melalui platform lutsinar kaca dengan bunyi retak yang boleh didengari semasa anda melangkah ke atasnya.

(Tetapi jangan risau, itu hanya sound effect!)

Terletak di aras T02 di menara ikonik ini, anda akan dapat menikmati pemandangan 360 darjah dengan gambar Insta-layak bandar yang sibuk. Sebelum memulakan aktiviti Tower Walk 100 ini, anda akan disarungkan dengan peralatan abah-abah untuk memastikan keselamatan anda semasa anda berseronok. Untuk anda mencuba aktiviti, anda mestilah sekurang-kurangnya 120 cm tinggi dan berat antara 30 kg dan 140 kg. Juga, pastikan anda diberi vaksin sepenuhnya!

Tower Walk 100 tidak cukup mencabar untuk anda? Selain daripada ketinggiannya yang mengagumkan iaitu 421 meter, terdapat pelbagai perkara menarik yang boleh anda rasai di Menara KL!

Aktiviti Lebih MencabarSky Deck

Sila lupakan ketakutan anda terhadap ketinggian jika anda ingin mencuba di Sky Deck terbuka 300 meter! Di sinilah anda akan menikmati pemandangan terbaik dari latar langit 360 darjah bandar KL yang meriah. Ia sesuai untuk foto OOTD yang unik yang anda impikan! Semak cuaca dahulu untuk memastikan anda mendapat foto terbaik sepanjang perjalanan anda di sini.

Sky Box

 

Jika anda sedang mencari sesuatu yang lebih mendebarkan, Sky Box mesti dicuba! Ia merupakan ciri pilihan di Sky Deck, menawarkan pengalaman yang unik dan menakjubkan. Anda akan terpesona dan ketakutan pada masa yang sama dengan melangkah melalui kotak kaca gergasi.

Kotak kaca adalah lanjutan daripada platform Sky Deck yang membolehkan anda menyaksikan pemandangan sejernih kristal dari bawah kaki anda dan ia benar-benar selamat dan terjamin untuk anda mencubanya.

Aktiviti LainObservation Deck

Selain daripada aktiviti-aktiviti ‘mendebarkan’ seperti Tower Walk 100, Sky Deck dan Sky Box, Dek Pemerhatian/ Obervation Deck ialah pilihan yang baik untuk individu yang ingin berada di dalam tempat tertutup dan bukannya di kawasan terbuka seperti di Sky Deck. Tiada tempat lain yang boleh menawarkan anda dengan pemandangan bandar seperti Dek Pemerhatian Menara KL.

Upside-Down House

Bagi yang acrophobic, anda boleh lihat rumah terbalik di tanah Menara KL, sebuah rumah dua tingkat yang berdiri di atas bumbungnya! Karya seni ini menunjukkan rumah pinggir bandar moden yang serba terbalik dan dilengkapi sepenuhnya.

Apabila tiba, anda akan bertemu dengan sebuah kereta kuning terang dengan tayar di udara, pemandangan yang anda tidak selalu dapat lihat dalam kehidupan sebenar! Rumah ini mendakwa sebagai rumah terbalik tertinggi di Malaysia, dan rumah terbalik pertama di Kuala Lumpur.

Rumah terbalik Kuala Lumpur juga dikelilingi oleh rumput berwarna-warni, pokok-pokok, dan pavilion dengan pemandangan pusat bandar KL. Di dalam, anda juga boleh meneroka bilik yang berbeza dalam suasana rumah semula jadi, seperti dapur, ruang tamu, bilik tidur utama dan loteng. Sudah tentu, semuanya terbalik!

Blue Coral Aquarium

Selain itu, anda boleh menikmati akuarium bawah air mini dengan pelbagai dan eksotik makhluk laut dari seluruh dunia, seperti Fiji, Hawaii dan Kepulauan Caribbean. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut, panduan juga disediakan untuk memberikan maklumat tambahan tentang hidupan marin ini hanya di Blue Coral Aquarium @ KL Tower.

KL Tower Mini ZooKredit: FB KL Tower Mini Zoo

Sebelum pulang, anda boleh beramah mesra dengan makhluk eksotik di KL Tower Mini Zoo. Cuba cabar ketakutan anda dengan bergambar dengan phyton di leher anda, atau bermain-main lah dengan meerkat, rakun, dan pelbagai haiwan lain, yang semuanya dijamin mencairkan hati anda.

Alamat Menara KL : No. 2 Jalan Punchak Off, Jalan P. Ramlee, 50250 Kuala Lumpur (location)Info Lanjut: Website Menara KL
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 28, 2022 05:59

SHELL OUT-Restoran Shellout Popular 2022

SHELL OUT, seperti namanya adalah merupakan satu restoran yang menyajikan pelbagai jenis menu makanan seafood secara shell out. Shell out adalah sejenis cara hidangan makanan, dimana ianya bertentangan dengan cara tradisi. Bermaksud, makanan yang sudah siap dimasak bukan dihidangkan di dalam pinggan atau mangkuk seperti kebiasaan, tetapi lauk-lauk tersebut dihidangkan di tengah-tengah meja dengan dilengkapi nasi di hadapan setiap orang.

Shell out kini kian menjadi kegemaran rakyat Malaysia, dan rata-rata setiap bandar di setiap negeri pasti mempunyai beberapa restoran shell out.

Baca juga: The Lemon Tree 2022 | Jom ‘Refreshkan’ Hari Anda

Latar Belakang SHELL OUT

Diasaskan oleh pasukan suami-isteri sejak tahun 2013, SHELL OUT adalah salah satu nama yang paling dikenali dalam suasana makan di Malaysia baru-baru ini. Matlamat restoran ini adalah untuk memberikan para pelanggan jangkaan perkhidmatan yang sempurna dengan menunjukkan kemesraan, kesopanan, kecekapan, pengetahuan, profesionalisme dan integriti dalam kerja mereka.

STAIL/TEMA

Shell Out tidak asing kepada orang ramai,  dan ia terbukti oleh kasih sayang yang dipaparkan melalui media sosial. Populariti restoran ini adalah bukti bahawa para pelanggannya tidak  merasa cukup dengan makanan laut gaya Cajun yang ada pada restoran ini. Gaya hidangan ini telah menjadi ikon yang unik.

MENUKredit: FB Shell Out

Di sini, mereka hanya akan menyajikan anda makanan laut segar yang lazat & menyelerakan dalam suasana yang menakjubkan di mana anda menghabiskan masa berkualiti bersama rakan dan keluarga anda.

Untuk menu, anda boleh memilih samada sedikit sos mereka yang berperisa berapi atau yang lembut mentega, untuk melengkapkan hidangan anda seterusnya memberikan anda pengalaman Shell Out yang menakjubkan!

BUTTER GARLIC

Gabungan mentega dan bawang putih yang mencampurkan kedua-dua aroma dan rasa ke dalam adunan lelangit yang sempurna. Sos yang sesuai untuk keluarga dan mereka yang inginkan semua rasa tanpa hangus.

LEMON PEPPER

Dipenuhi dengan rasa limau masak matahari dan lada segar tempatan yang dikisar. Sos lada lemon padat dengan rasa yang memberikan anda rangsangan hari yang anda perlukan.

SHELL BANG

Gabungan Lada Limau dan Bawang Putih Mentega, menonjolkan sorotan dan sensasi setiap sos dan keseimbangan semua rasa.

CURRY-CURRY

Sos kari-kari adalah sos yang sesuai untuk penggemar kari, aroma kari yang kuat yang mencuit deria anda, deria aromatik menimbulkan keseimbangan sensasi kari.

BLACK PEPPER

Sos berperisa lada pedas yang mencuit deria dan menyerikan hari anda. Bau harum lada itu kekal dalam citarasa anda.

MENU DINE-IN

MENU SHELL OUT

MENU SHELL OUT

MENU SHELL OUT

 

RATING SHOPEE

Baru-baru ini pada 3 Jun 2022, restoran ini juga telah mendapat pengiktirafan dan penilaian daripada #ShopeeFood sebagai salah satu restoran makanan laut terbaik di KL & PJ dari segi kesegarannya.

“Menjamu selera di Shell Out adalah pengalaman tidak seperti pengalaman yang anda dapat di restoran makanan laut konvensional. Tiada kutleri dan pinggan mangkuk. Anda perlu memakai bib, memakai sarung tangan, dan benar-benar menggali pesanan anda dengan tangan anda. Memesannya juga mudah. Hanya pilih makanan laut dan sos pilihan anda, masukkan beberapa lauk sampingan yang diperlukan, dan anda telah pun siap. Selain lokasi utamanya di Kota Damansara, Shell Out juga menjalankan tujuh cawangan lain di Lembah Klang.” – shopeefood

LOKASIAyer 8Alamat: C1-G-3A, Ayer @ 8, Jalan P8G Presint 8, 62250 Putrajaya, Malaysia.Klik untuk lihat lokasi di mapsBangiAlamat: No. 48, Jalan Medan Pusat 2c, Section 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia.Klik untuk lihat lokasi di mapsMain PlaceAlamat: 1F-16, Level 1, The Main Place, Jalan USJ 21/10, Persiaran Kewajipan, 47630 Subang Jaya, Malaysia.Klik untuk lihat lokasi di mapsVista AlamAlamat: B-LG-6, Vista Alam, Jalan Ikhtisas 14/1, Seksyen 14, 47000, Shah Alam, Selangor, Malaysia.Klik untuk lihat lokasi di mapsSunsuria ForumAlamat: Unit E-G-03, Sunsuria Avenue Forum, No. 1, Jalan Setia Dagang, AL U13/AL, Bandar Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor, Malaysia.Klik untuk lihat lokasi di mapsKota DamansaraAlamat: 16-1 Jalan PJU 5/15, Dataran Sunway Damansara, 47810 Petaling Jaya, Malaysia.Klik untuk lihat lokasi di mapsPublikaAlamat: A2-G2-1, Solaris Dutamas, No.1, Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia.Klik untuk lihat lokasi di mapsG-VillageAlamat: Lot G-12, Ground Floor Pusat Perniagaan G, No. 35, Jalan Desa Pandan, Desa Pandan, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia.Klik untuk lihat lokasi di maps

 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 28, 2022 00:38

June 27, 2022

Bantuan Mahasiswa BSH Negeri Sembilan 2022

Jangan Lepaskan Peluang INi! Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Negeri Sembilan Fasa 2 bagi tahun 2022 sudah dibuka.

Syarat KelayakanPemohon mestilah anak kelahiran di Negeri Sembilan (05/59/31) dan alamat menetap pemohon mestilah di Negeri Sembilan sahaja.Sekiranya pemohon tidak lahir di Negeri Sembilan dan telah menetap di Negeri Sembilan lebih dari 8 tahun, pemohon perlu memuat naik sijil tamat berhenti sekolah Darjah 6 dan Tingkatan 5.Pemohon masih belajar sepenuh masa di peringkat pengajian Diploma/Ijazah Sarjana Muda di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Politeknik sahaja.Permohonan bantuan ini hendaklah dibuat bagi pelajar semester 2 ke atas (tahun akhir tidak layak memohon).Pemohon perlulah mempunyai akaun Bank Islam sahaja (lain-lain bank ditolak).Ibu bapa pemohon tergolong dalam kategori kumpulan B40 terkini.Borang pengesahan mestilah dimuat turun menerusi laman web Yayasan Negeri Sembilan dan dokumen sokongan yang perlu disahkan oleh pejabat DUN/wakil (sila rujuk pejabat DUN berdasarkan alamat tempat tinggal pemohon).Borang permohonan dan dokumen sokongan yang telah disahkan oleh pejabat DUN/wakil perlulah dimuat naik di ruangan yang disediakan.Dokumen SokonganBorang pengesahan Pejabat Dun/Pejabat Penyelaras Dun >>> https://www.yns.gov.my/v7/images/2022/PDF/surat_akuan_pengeshan_dun_2022.pdfBorang Akuan Pengesahan Pendapatan >>> https://www.yns.gov.my/v7/images/2022/PDF/slip_gaji_sah2022.pdfTarikh Tutup

Permohonan BSH 2022 (Fasa 2) dibuka bermula dari 7 Jun 2022 sehingga 30 Jun 2022.

Baca Juga: Bantuan Tunai One-Off Pendaftaran IPT

Cara Mohon

Permohonan BSH Mahasiswa Anak Negeri Sembilan adalah melalui atas talian (online) di laman web Yayasan Negeri Sembilan.

Maklumat Lanjut

Boleh layari laman web YNS iaitu https://www.yns.gov.my/.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 27, 2022 23:50

“Comelnya Baby Bump”, Peminat Heliza Helmi Teruja

KALAU betul seperti apa yang disangka, tahniah diucapkan kepada penyanyi dan juga aktivis kemanusiaan cantik, Datin Seri Nur Heliza Helmi.

Pasalnya, ramai yang mendakwa bahawa Heliza kini sedang berbadan dua. Betul ke?

Semuanya gara-gara sebuah video yang dimuat naik Heliza serta suaminya, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman sedang bermain badminton.

Baca juga:

“Selamat tinggal Ferrea”, Shuk Sahar Lepaskan Banglo RM1.2 JutaMasih Tinggal Sebumbung, Dakwa Lafaz Cerai Tidak SahSeolah-olah ‘Baby Bump’:

Namun apa yang mencuri perhatian adalah kelihatan bentuk seolah-olah ‘baby bump’ pada perut Heliza.

Rata-rata komen pengikutnya juga turut mendakwa penyanyi bermata bulat itu kini sedang hamil.

“Dah nampak perut ‘babybump’ kak Jah (Heliza),” kata seorang netizen.

“Nampak seperti Heliza sedang hamil,” dakwa seorang lagi netizen.

“Comelnya ‘baby bump’ Heliza,” ujar seorang pengguna Instagram.

Sama ada hamil atau buncit, Heliza mahupun suaminya masing-masing belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengesahkan tentang perkara tersebut.

 

Sumber: KOSMO! ONLINE

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 27, 2022 22:06

“Selamat tinggal Ferrea”, Shuk Sahar Lepaskan Banglo RM1.2 Juta

Pelawak Shuk Sahar akhirnya terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada rumah banglo bernilai RM1.2 juta miliknya selepas kediaman mewah tersebut sudah mempunyai pembeli.

Shuk atau nama sebenarnya, Mohammad Shukri Mohamed Sahar berkongsi perkara terbabit menerusi satu muat naik video yang agak memilukan dalam Instagram.

Baca juga:

Masih Tinggal Sebumbung, Dakwa Lafaz Cerai Tidak SahMangsa Dihempap Buah Kelapa Kini Stabil“Selamat tinggal Ferrea”:

Dalam video dimuat naik, kelihatan perabot-perabot mula dipunggah keluar daripada rumah tersebut dengan menggunakan sebuah lori.

Satu per satu barangan yang semestinya memiliki nilai tersendiri kepada diri Shuk, 36, dan keluarga dikosongkan dari rumah yang terletak di Denai Alam, Shah Alam, Selangor itu.

“Insya-Allah, ada yang lebih baik. Selamat tinggal Ferrea (nama rumah tersebut),” ujar bekas penyampai radio Hot FM itu.

Berkongsi Rasa Dukacita Dan Nasihat:

Menjengah ruangan komen, ramai yang berkongsi rasa dukacita namun pada sama mengingatkan Shuk bahawa apa yang terjadi patut menjadi pengajaran dalam hidupnya.

“Sebenarnya jadi pengajaran buat semua. Isteri itu pintu rezeki buatmu. Kau berjaya macam mana sekalipun sebahagian rezeki itu milik isteri dan anak-anak.

“Tetapi, apabila hati isteri tak dijaga anak-anak terabai kasih sayang dan masa, Allah bagi pengajaran.

Rahsia takkan kekal selamanya sebab seorang isteri ada naluri yang kuat yang suami tiada.

“Kasihan pada isteri yang diseksa hati dan perasaannya. Penderaan mental,” ujar pengguna Instagram tersebut.

Jelaskan Hutang Kad Kredit Dan Cukai LHDN:

Terdahulu, menerusi sesi live di TikTok Shuk Sahar memaklumkan mahu menjual rumah banglo miliknya pada harga RM1.2 juta.

Katanya, alasan menjual rumah berkenaan adalah kerana memerlukan wang untuk meneruskan kehidupan.

Kata Shuk lagi, dia nekad menjual rumah berkenaan kerana dalam masa yang sama perlu menjelaskan hutang kad kredit dan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Ya, saya memang nekad. Kalau saya tak bayar nanti, rumah kena lelong pula. Susah pula kan. Jadi lebih baik jual dulu. Duit yang dapat itu nanti saya nak selesaikan hutang seperti kad kredit dan cukai LHDN,” katanya.

Sehingga kini, status hubungan Shuk dan isterinya juga belum dapat dipastikan selepas wanita asal Sabah itu memfailkan perceraian pada November tahun lalu.

 

Sumber: KOSMO! ONLINE

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 27, 2022 21:46

Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.