Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 154
July 3, 2022
Pendaftaran Sukarelawan Sukan SUKMA 2022 Kini Dibuka
Program Sukarelawan Temasya Sukan Malaysia XX MSN 2022 dan Para SUKMA XX MSN 2022 adalah satu landasan untuk rakyat Malaysia turut serta dan memberikan sumbangan kepada penganjuran temasya Sukan Malaysia dan Para SUKMA ini, iaitu temasya dwi-tahunan yang mempunyai pelbagai acara sukan dan melibatkan 14 kontinjen seluruh negara.
Program ini adalah di bawah seliaan Jawatankuasa Pengelola Temasya Sukan Malaysia XX MSN 2022 dan Para SUKMA XX MSN 2022 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan.
Secara keseluruhannya, Jawatankuasa Pengelola Temasya Sukan Malaysia XX MSN 2022 dan Para SUKMA XX MSN 2022 menjangkakan untuk mengambil seramai 700 sukarelawan on-field di bawah program ini.
Baca juga:
Senarai Bantuan Perniagaan 2022BINGKAS Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor RM300 SebulanBidang Tugas:Berikut adalah antara bidang tugas untuk para sukarelawan:
Pertamanya, setiap sukarelawan akan bertugas dalam salah satu dari 9 bidang tugas seperti yang dinyatakan di bawah.
Apabila ditugaskan nanti, setiap sukarelawan akan dipertanggungjawabkan dengan tugasan mengikut ketetapan yang diberikan.
Baca TERMA & SYARAT di SINI.
Tugas-Tugas Am:Berikut adalah tugas-tugas para Sukarelawan SUKMA 2022:
Anti Doping.Teknologi Maklumat & Komunikasi.Pengangkutan.Media.Kesihatan Dan Perubatan.Sajian.Penginapan.Persiapan Venue.Nota: Rujuk perincian bidang tugas di SINI.
Tarikh Pendaftaran Dibuka:Pendaftaran dibuka mulai 1 Julai sehingga 15 Julai 2022.
Tarikh-Tarikh Penting:Tarikh SUKMA XX 2022
16 September 2022 – 24 September 2022
Tarikh PARA SUKMA XX 2022
01 November 2022 – 06 November 2022
Maklumat Lanjut:Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang portal Sukarelawan MSN 2022.
Nak Harumkan Peti Ais? Guna Bahan Ni Je Ok
Peti ais digunakan untuk menyimpan pelbagai jenis bahan mentah dan juga bahan kering sehingga terkadang ianya mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan apabila dibuka dan terkadang meninggalkan bau pada makanan yang disimpan.
Bau yang terhasil daripada peti ais juga memberikan kesan kepada kualiti pada makanan malah menyebabkan bekas yang digunakan juga berbau . Ini juga kerana jarang membersihkan peti ais kerana tidak mempunyai masa terluang untuk melakukannya.
Namun penjagaan peti ais seharusnya dilakukan secara berkala supaya peti ais tidak mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan hingga mengganggu deria bau.
Terdapat beberapa bahan semulajadi yang boleh digunakan untuk mengelakkan peti ais berbau dan tidak menggunakan sebarang kos yang mahal malah peti ais akan kekal harum dan wangi. Jom cuba cara ini :
Bahan – bahan :
Lemon
Esen vanila bau ros
Caranya:
1. Keluarkan semua barang dan makanan dari peti ais dan cairkan ais beku dalam peti juika ada.
2. Basahkan tuala bersih dan bersihkan dahulu bahagian dalam peti ais dan 2 kali untuk kesan yang lebaih baik.
3. Golekkan dahulu sebiji lemon supaya lebih lembut dan mudah untuk digunakan . Potong lemon berkenaan dan sapukan pada semua bahagian peti ais lalu gunakan kain tadi untuk mengelap peti ais .
4. Biarkan peti ais seketikan sehingga kering.
5. Setelah kering , tuangkan sedikit esen vanila dengan haruman ros pada tuala basah dan sapukan pada keseluruhan peti ais.
6. Tutup peti ais dan biarkanlah seketika sekitar 30 minit supaya bau yang enak meresap ke dalam peti ais.
7. Selepas itu , boleh masukkan kembali semua barang dan makanan ke dalam peti ais.
8 . Susun kemas dengan teratur dan pastikan barang basah dan telah dibuka disimpan didalam bekas yang bertutup agar tiada kontaminasi berlaku terhadap makanan yang disimpan di dalam peti ais.
Setelah semua langkah dilakukan , anda akan mendapatkan bau yang harum dan menyenangkan daripada peti ais dan nescaya hidup akan lebih tenang kerana tidak perlu menghirup bau busuk daripada peti ais anda.
Pastikan pembersihan dilakukan secara berkala dan sentiasa kemaskini peti ais daripada bahan yang lama dan sudah rosak supaya dapat makanan yang elok tidak terdedah kepada penceraman makanan,
Selain daripada lemon dan essen vanilla, ramai juga yang menggunakan cara lama iaitu menyimpan daun pandan ke dalam peti ais agar meyerap bau busuk peti tetapi yang sebenarnya petilah yang harus dibersihkan agar kekotoran yang lama mempungaruhi baunya.
July 2, 2022
“Sebab Nak Glamor Habis Bukanya , Bangga Pulak Tu , Dasar Artis Murahan,” – Netizen Kritik Intan Najwa
Pelakon kecil molek , Intan Najuwa yang banyak menghiasi daram tv dengan personaliti comel dan begitu sopan kini menjadi perbincangan hangat apbila berkongsi gambar percutiannya di media sosial miliknya.
Intan yang sedang bercuti di lokasi penggambaran dilihat mengenakan busana rona hijau dimana bahagian perut dan peha dari sisi yang sedikit terdedah.
Dia yang juga berkongsi tentang hidupnya yang memerlukan percutian kerana sebelum ini dirinya sangat sibuk dengan jadualnya penggambaran yang padat sebagai pelakon juga banyak menghabiskan masa untuk menyambung pelajarannya.
Suasana menjadi hangat apabila banyak komen daripada netizen yang mengecam tentang pakaian yang dipakainya itu terlalu ketat dan terdedah hingga menimbulkan rasa kurang senang netizen dan mendakwa dirinya semakin seksi dan keterlaluan.
Malah mereka sempat menyuarakan rasa kecewa kerana perubahan Najwa yang begitu drastik dan tidak sesuai dengan imej lakonan yang sering di bawanya.
Nampaknya netizen lebih suka Najwa lebih tertutup dan tidak menjaja tubuh untuk mendapatkan perhatian ramai kerana dia sememangnya berbakat besar dalam industrti dan tidak memerlukan kontroversi murahan seperti itu.
Najwa juga dikenali sebagai model dalam kerjayanya apabila sering menghiasi papan iklan kerana memiliki wajah cantik dan jelita malah menjadi banyak duta bagi produk terkenal di Malayisa.
Dia juga sudah membintangi banyak drama tv malah menjadi pelakon utama untuk beberapa telefilm dan pernah tercalon dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 .
Najwa bukan sahaja cantik tetapi tergolong sebagai artis cantik dengan otak kerana memiliki keputusan cemerlang dalam peperiksaan dan telah menyambung pengajian peringkat asasi dalam jurusan undang-undang sebuah kolej di Singapura.
Netizen juga menegur pelakon itu supaya menjaga cara berpakaian serta tidak menaikkan nafsu lelaki malah memburukan imej sendiri yang sentiasa aggun tanpa perlu mendedahkan tubuh.
Walaupun ada yang melabel Najwa sebagai artis murahan , namun masih ada lagi netizen yang memuji kecantikkan pelakon tersebut malah tidak menghiraukan kritikan orang lain.
Najwa pula hanya mendiamkan diri dan membiarkan bahagian komen menjadi pendebatan antara netizen dan sama sekali tidak membalas komen daripada netizen yang cuba menegurnya.
Kia EV6 Salah Satu Rekod Pencapaian EV Jarak Jauh Telah Sampai Di Malaysia
Penawaran untuk kenderaan elektrik (EV) yang kini semakin meriah dengan pengenalan model termaju dari serata dunia dan yang terkini, Kia EV6 Serba Baharu dilancarkan untuk tembusi pasaran Malaysia oleh Dinamikjaya Motors.
Untuk rekod, Kia EV6 telah dianugerahi iaitu Kereta Rekaan Terbaik Reddot 2022 dan Kereta Terbaik Eropah 2022.
Sumber: youtube
Kia EV6 ini menggunakan model import sepenuhnya (CBU) dari Korea ini adalah kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz pertengahan. Ia memenuhi gaya futuristik menerusi falsafah rekaan baharu di atas Platform Modular Global-Electric (E-GMP) serba baharu. Dan ia hanya didatangkan dalam satu varian iaitu GT LIne. Ia dilengkapi kuasa pacuan semua roda (AWD) menerusi kuasa bateri 77.4kWh dengan dwi-motor elektrik yang terletak pada gandar hadapan dan belakang.
Menerusi sekali pengecasan penuh, ia mampu menjangkau perjalanan sehingga 506 kilometer (km). Menerusi sistem Unit Kawalan Pengecasan Bersepadu (ICCU) vehicle-to-load (V2L), ia juga berfungsi untuk membekalkan tenaga sehingga 3.6 kwj untuk alatan aksesori elektronik gaya hidup. Dengan kekuasaan 320 kuasa kuda (hp) dan tork 605Nm, ia mampu mencapai kelajuan maksimum 185 kilometer/sejam (km/j) dan daripada 0 ke 100km/j dalam tempoh 5.2 saat. Rekaannya berkonsepkan ‘Power to Progress’ dan antaranya menerusi ciri ‘wajah harimau digital’ pada lampu nyalaan siang (DRL).
Sumber: google image
Dengan bergayakan crossover pula terserlah menerusi sentuhan profil sisi garisan tajam, termasuk cermin hadapan yang dicondongkan ke belakang. Di bahagian ruang kabin pula, ia telah didatangkan dengan ciri termaju sistem infotainmen bersaiz 12.3 inci dengan Apple CarPlay dan Android Auto dengan pengecasan telefon bimbit tanpa wayar dan keterhubungan Bluetooth.
Begitu juga datang dengan sistem bunyi dan pembesar suara menyeluruh Meridian bagi kualiti akustik serta hiburan sepanjang perjalanan. Disamping itu, ia juga mampu memuatkan kargo sehingga 520 liter dengan bonetnya terdapat ruang simpanan berkapasiti 20 liter.
Sumber: google image
Kia EV6 juga dengan penarafan lima bintang Program Pemeriksaan Kereta Baharu (NCAP) Eropah juga didatangkan dengan Sistem Bantuan Pemandu termaju (ADAS) dan tujuh beg keselamatan ciri standard. Buat pasaran di Malaysia, Kia EV6 Serba Baharu bakal dijual pada harga RM300,668 (harga atas jalan tanpa insurans).
Danial Zaini Selamat Bergelar Suami kepada Yasmine Umaira
Pelakon , pelawak dan penyampai radio Era FM , Danial Zaini kini telah selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya, Yasmine Umaira Yahya dengan sekali lafaz pada di upacara pernikahan yang diadakan di Timorra Avenue, Kuantan, Pahang pada hari ini.
Pasangan ini dinikahkan sendiri oleh bapa kepada pengantin perempuan iaitu Yahya Abdul Rashid yang mana pihak pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM22.50 berserta wang hantaran berjumlah RM17,777.77.
Danial, 29 juga turut menyerahkan seutas rantai emas dan sebentuk cincin kepada kepada isterinya Yasmine, 29.
Berita ini telah menjadi topik hangat apabila ramai yang tidak mengetahui hubungan antara mereka dan tiba- tiba sudah menikah tanpa mengumumkannya di media sosial.
Rata – rata peminat terkejut namun tidak lupa untuk mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagiaa buat pasangan pengantin baru ini apabila sudah berkongsi perkara tersebut di medai sosial.
Danial atau Mohamad Danial Mohd Zaini, 29 sempat berkongsi rasa gembira dan menyatakan bahawa pernikahannya itu adalah saat indah yang paling dinantikannya .
Dia mengakui terpaksa menyembunyikan hubungan mereka hingga ke jinjang pelamin kerana tidak mahu menggangu hubungan antara mereka dan menghormati keputusan kedua belah pihak keluarga.
Daniel juga memanjatkan rasa bersyukur kerana berjaya menghadapi ujian dan cabara sewaktu bertunang walaupun pelbagai dugaan yang mendatang dan ternyata Yasmine adalah jodohnya yang terbaik.
“Sejujurnya ini adalah pengalaman indah dan sangat dinantikan, banyak rakan-rakan artis terkejut dan tak sangka saya sudah bergelar suami hari ini.
“Pelbagai dugaan telah kami hadapi sepanjang tempoh pertunangan, tapi Alhamdulillah kami berjaya hadapi semua dugaan,” katanya.
Dalam majlis pernikahan tersebut , Danial telah menyerahkan tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang daripada pihak pengantin perempuan.
Pasangan mempelai juga telah diraikan dalam sebuah majlis resepsi di lokasi sama pada tengah hari tadi dan majlis berjalan lanja dan dihadiri keluarga terdekat serta media.
Busana pasangan ini mendapat sentuhan daripada designer Amzar Atelier untuk busana akad nikah dan busana songket mewah daripada Man Kajang untuk majlis resepsi.
Dalam majlis resepsi yang berlangsung , Daniel sempat menyampaikan lagu terbaru daripadanya buat isteri tercinta dan kelihatan isterinya itu terharu dengan kesungguhan suaminya itu.
Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 25 Disember tahun lalu namun merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan ramai demi menjaga privasi Yasmine serta keluarga.
Majlis resepsi di sebelah pihak lelaki pula akan diadakan di Pulau Pinang pada 16 Julai nanti.
5 Petua Agar Suami Isteri Kekal Bahagia Hingga Akhir Usia
Perkahwinan adalah satu hubungan baru yang melibatkan dua hati yang perlu difahami agar menjadi lebih baik dan saling memahami dan menghargai antara satu sama lain.
Terdapat beberapa jenis perkahwinan yang masih diamalkan di dunia hingga kini yang mana terdapat perkahwinan atas saling mencintai malah ada yang tidak pernah mengenal hati budi dan tiba- tiba perkahwinan diaturkan keluarga.
Maka pelbagai cabaran dan dugaan yang perlu dilakukan untuk mengekalkan hubungan yang harmoni kerana sudah mengambil keputusan untuk bersama hingga ke akhir usia.
Namun terkadang perkahwinan yang dibina tidak mampu untuk bertahan malah merasa lebih menderita dan sememangnya ramai pasangan yag mengalami perkara ini hingga menyebabkan penceraian dan mengaibkan antara satu sama lain.
Pakar motivasi keluarga pernah menyarankan 5 perkara ini untuk memperoleh rumah tangga bahagia hingga ke akhir usia. Cuba perikasa adakah anda sudah mencuba kesemua perkara tersebut ?
1 ) Komunikasi
Berkomunikasilah dengan pasangan kerana komunikasi lebih mudah untuk menyuarakan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Walaupun perkara tersebut seperti sukar untuk dilakukan namun ketahuilah bahawa masalah besar dalam rumah tangga muncul adalah disebabkan komunikasi.
Sehebat mana pun hubungan , manusia tidak mampu membaca fikiran orang lain jadi berkomunikasilah agar merasa lebih lega dan memudahkan segala urusan.
2) Kepercayaan
Jujurlah dalam membina sesebuah hubungan kerana kejujuran mampu membina kepercayaan yang luar biasa kepada pasangan dan mampu memberikan rasa selesa dalam perhubungan .
Hubungan akan jadi lebih baik dan tidak mempunyai rasa cemburu yang keterlaluan sehingga merosakkan hubungan yang dibina dek kerana merasa tidak percaya kepada pasangan.
Elakkan merasa curiga dan bersangaka buruk hingga menyakiti hati pasangan kerana rasa dituduh adalah lebuh menyakitkan daripada perbuatan hingga boleh menyebabkan hubungan semakin dingin dan pergaduhan yang tiada hujungnya.
3) Sentiasa bersyukur dengan rezeki yang dimiliki
Sentiasa menerima dan menghargai pasangan walaupun merasa kekurangan dan bersyukur dengan segala kurnian yang diberikan Allah .
Wang sentiasa menjadi punca kepada perbalahan tidak kira dalam kehidupan harian dan juga rumahtangga malah menjadi sebab kepada peceraian yang berlaku di seluruh dunia.
Menjalani kehidupan dengan mensyukuri segala yang dimiliki menjadikan diri lebih bahagia tanpa memikirkan perkara yang sememangnya tidak mampu kita miliki.
Sebuah kebahagiaan bukanlah bergantung kepada wang ringghit yang dimiliki walaupun wang adalah salah satu keperluan dalam kehidupan tetapi ianya dapar diselesaikan jika mengikut keperluan diri berbanding kehendak yang hanya dipengaruhi nafsu semata – mata.
Ketahuilah banyak perkara yangboleh membuta kita bahagia bukan sahaja bergantung kepada wang ringgit terkadang orang yang berharta juga memiliki masalah sehingga tidak mempunyai masa untuk bersama keluarga.
Binalah kebahagiaan dengan cara tersendiri tanpa melihat dan membezakannya dengan cara orang lain.
Bersikap Toleransi
Perkahwinan yang dibina sememangnya satu proses untuk menyatukan dua hati namun ketahuilah bahawa banyak watak dan perlakuan yang tidak pernah kita ketahui akan wujud apabila berumahtangga walaupun semasa mengenali hati budi peribadi seperti itu belum pernah dilihat.
Cara berfikir dan adat daripada kedua keluarga juga terkadang berbeza dan haruslah mengambil sikap take and give apabila perkara seperti itu terjadi dan cuba berbincang jika terdapat perselisihan faham dan ketidakpuasan hati.
Cinta yang tulus pada keluarga
Curahkan rasa cinta kepada keluarga dan hargai pasangan supaya kehidupan lebuh dan saling mencintai satu sama lain tanpa mengharapkan sebarang balasan .
Keberkatan rumahtangga itu akan lebih dapat dinikmati apabila rasa kasih sayang itu tulus dan ikhlas.
July 1, 2022
Tiada Lagi Rasa Cemburu , Ellie Suriati Yakin Tak Mahu Rujuk Kembali
Meskipun sudah 19 tahun hidup bersama, Ellie menjelaskan bahawa keputusan untuk rujuk kembali setelah bercerai tiada dalam prinsip hidupnya dan tidak mahu mengambil tahu tentang apa yang dilakukan oleh bekas suaminya.
Dia sudah mengakuinya beberapa kali apabila sering ditanya tentang hubungannya dengan Azri tetapi tetap menghormati dan masih sayang kepada bekas suaminya itu.
Ellia juga berharap agar Azri mengambil berat soal perkahwinan yang bakal dibinanya kerana ia akan melibatkan dua hati dan tidak mahu perkara lama berulang kembali.
“Untuk saya pula, bila sudah buat keputusan tak nak menyesal. Tak nak patah balik. Saya tak nak ada perkataan jikalau. Ia hanya perlu ya atau tidak sahaja,” katanya.
“Kita dah pernah hidup bersama, cuma saya tak mahu lihat hidup dia sedih. Kalau dia nak kahwin lain, jangan main-main dengan perkahwinan atau hidup orang,” katanya.
Seringkali ditanya adakah dia cemburu bekas suaminya mahu berkahwin lagi dengan wanita lebih cantik dan muda , Ellie mejelaskan yang dirinya tidak mempunyai perasaan malah berharap agar bekas suamiya itu berkahwin sebaik sahaja tempoh edahnya habis.
“Pasal cemburu, saya memang tak cemburu. Saya tak sakit hati, malah saya sudah bersiap sedia untuk setiap perkara yang akan terjadi di depan.”
“Cuma mustahil kenal dua atau lima hari sudah ajak bernikah. Saya rasa ya, dua hari selepas bercerai nak kahwin tapi sebelum kami bercerai mungkin hubungan itu sudah berlaku.”
“Kalau tanya, saya berpendapat pergi merisik senyap-senyap, kahwin. Edah saya 100 hari. Kahwinlah pada hari ke-101 apabila edah saya sudah habis. Ini masa untuk anak-anak juga tinggal sendirian dengan saya dan Azri,” katanya.
Sebelumnya , Azri telah mengejutkan orang ramai apabila mengakui dirinya bercinta dengan seorang wanita muda yang dikenalai sebagai Dr Azra Diera selepas 12 hari bercerai tetapi masih belum berkongsi wajah dan identiti sebenar wanita tersebut hanya.
Bakal isterinya itu hanya di kenali media melalui penjelasan daripada Azri sahaja dan mereka dikatakan sangat mencintai antara satu sama lain dan bakal mendirikan rumahtangga dalam masa terdekat .
Harga Kereta Baharu Telah Kembali Kepada Asal Tanpa SST
Kembalinya harga untuk semua kereta baharu akhirnya telah kembali kepada yang asal selepas pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) telah berakhir, dengan jangkaan kenaikan sehingga 10 peratus bagi model pemasangan tempatan (CKD) dan sekitar lima peratus bagi model import sepenuhnya (CBU).
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings Bhd (PROTON), Roslan Abdullah, berkata pengeluar kereta nasional itu akan mengumumkan harga baharu untuk semua model. Beliau berkata berikutan susulan berakhirnya tempoh pengecualian SST itu juga, PROTON menjangkakan jumlah tempahan akan berkurangan mendadak pada bulan ini dan seterusnya.
Gambar sekadar hiasan
Di samping itu ada satu lagi pengeluar kereta yang dihubungi turut mengesahkan akan berlaku perubahan harga pada semua kereta yang dijual dengan pengumuman berhubungnya akan dibuat pada masa terdekat. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 20 Jun lalu mengumumkan tarikh akhir pengecualian cukai jualan kenderaan penumpang kekal pada 30 Jun 2022, namun tempoh pendaftaran kenderaan bagi menikmati insentif pengecualian cukai itu dilanjutkan sehingga 31 Mac 2023.
Tengku Zafrul berkata ia akan melanjutan tempoh pendaftaran kenderaan itu adalah satu penyelesaian titik tengah bagi mengimbangi kepentingan pengguna dan hasil cukai negara yang perlu ditingkatkan semula pascapandemik untuk memastikan kebajikan rakyat serta kesejahteraan ekonomi negara terus terpelihara.
Bagi Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad sebelum ini juga berkata, keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh pendaftaran bagi menikmati insentif pengecualian cukai sehingga 31 Mac 2023 akan dapat memberi peluang kepada pembeli memiliki kenderaan pada harga jualan lebih rendah tanpa SST.
Gambar sekadar hiasan
Katanya, persatuan itu akan menjangkakan tempoh kurang 10 hari sebelum berakhirnya insentif pengecualian SST pada akhir bulan bagi kereta penumpang menjadi hari paling sibuk di bilik pameran susulan ramai yang mahu bagi memanfaatkan peluang membuat tempahan kenderaan dan dalam pada itu juga, Presiden Persekutuan Persatuan Syarikat Kereta dan Kredit Malaysia (FMCCAM), Datuk Tony Khor Chong Boon, beliau sekali lagi meminta kerajaan untuk mempertimbangkan pelanjutan pengecualian cukai itu sehingga 31 Mac 2023. Katanya, lanjutan penuh itu penting kerana banyak tempahan semasa yang tertunggak susulan isu gangguan rantaian bekalan global, di mana keadaan sedemikian dijangka berterusan sehingga akhir tahun ini.
Elakkan Beli Air Zam Zam Di Pasaran Malaysia – KKM
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, tindakan penolakan konsainan akan dilaksanakan sekiranya terdapat pengimportan air zam zam yang tidak berlesen, justeru air zam zam yang diiklan atau dijual di pasaran diragui ketulenannya.
Baca juga:
Mahligai Cinta Nikki dan Audi Terlerai Selepas 13 Tahun BersamaNeelofa Kagum Dengan Ketabahan Puteri Sarah Dibuli Orang KetigaKesalahan Penjualan Air Zam Zam:“KKM mengambil maklum isu penjualan air zam zam secara online yang disiarkan oleh media tempatan pada 28 Jun lalu dan pemakluman berkaitan kesalahan penjualan air zam zam ini telah diuar-uarkan kepada orang ramai sejak tahun 2015 lagi.
“Air zam zam dikategorikan sebagai air mineral semulajadi yang termaktub dibawah Peraturan 360A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan pengimportan produk itu memerlukan lesen punca air KKM setelah mendapat dokumen pengesahan pihak berkuasa geologi dan hidrologi dari negara pengeksport,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tidak Boleh Dieksport Dan Diperdagangkan:Tambah beliau, kerajaan Arab Saudi juga tidak mengeluarkan pengesahan tersebut kerana air zam zam tidak boleh dieksport dan diperdagangkan.
“Hasil daripada aktiviti penguatkuasaan yang telah dijalankan sejak 2012 hingga kini, nilai rampasan ke atas air zam zam di pasaran adalah berjumlah RM83,618.20.
Dikhuatiri Air Zam Zam Tiruan:“BKKM turut menjalankan saringan berterusan ke atas platform online dan sejumlah 237 iklan makanan telah dipadamkan kerana pelbagai kesalahan dibawah Akta Makanan 1983 juga Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Daripada jumlah tersebut, 32 iklan makanan yang dipadam adalah iklan air zam zam,” katanya.
Dr. Noor Hisham turut menasihati orang ramai agar tidak membeli air zam zam dari mana-mana kedai atau secara online terutamanya pada musim haji ini kerana dikhuatiri ianya air zam zam tiruan.
“Dibawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985, pesalah yang disabitkan kesalahan menjual air minuman berbungkus dan air mineral semulajadi yang tidak berlesen boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun,” tegas beliau.
Sumber: KOSMO! ONLINE
World Of Phalaenopsis 2022 | Fascinating Heaven Untuk Pencinta Orkid + Kafe
World of Phalaenopsis ialah tapak semaian dan tarikan pertanian seluas 6 ekar di Ulu Yam, dengan pelbagai jenis orkid dan tumbuhan lain yang dipamerkan dan untuk dijual. Mereka mempunyai kafe yang dinilai tinggi dan kawasan tapak semaian yang besar dan dihias dengan cantik untuk pengunjung bersiar-siar.
Anda penggemar bunga orkid hidup dan teringin juga bersantai bersama rakan-rakan sambil menghirup secangkir kopi panas? Jom ke World of Phalaenopsis!
Baca juga: GSC Play Plus 2022 | Anda Boleh Rileks Tengok Movie Sambil Anak Berkejar-Kejaran
Apa itu Phalaenopsis?
Ia adalah tumbuhan tropika yang berasal dari hutan Asia Tenggara: Indonesia, Malaysia dan Filipina, di mana ia ditemui di dalam hutan tebal. Orkid Phalaenopsis ialah sejenis orkid epifit yang biasanya berpaut pada dahan pokok menggunakan akar bawaan udara mereka yang membantu menyerap lembapan dari udara lembap di dalam hutan, dan memperoleh nutrien yang mereka perlukan untuk berkembang maju dari alam semula jadi.
Secara semula jadi, ia biasanya menyukai zon sederhana kediaman manusia dalam lingkungan 15 hingga 30 °C dan memerlukan kelembapan yang tinggi dan cahaya rendah. Oleh itu, orkid jenis ini menjadikan hiasan dalaman yang sangat baik untuk tempat-tempat seperti rumah, hotel, hospital dan bangunan komersial !
Orkid di World of PhalaenopsisTerdapat lebih 390 jenis orkid yang ditanam di World of Phalaenopsis dan boleh didapati dalam pelbagai warna merah jambu, kuning, ungu dan putih. Ia dijual pada harga yang berpatutan kerana jumlah tinggi yang mampu dihasilkan oleh ladang tersebut.
Apabila anda melangkah ke ladang orkid ini, admin yakin anda akan pasti amat terpegun dengan kepelbagaian orkid yang ada.
Orkid Phalaenopsis mampu berkembang dengan hanya sedikit penjagaan dan air dan ia juga sesuai di kebanyakan persekitaran rumah. Bunga-bunga eksotik dan luar biasa boleh didapati dalam pelbagai warna dan saiz. Jika anda sedang mencari tumbuhan tanpa kekecohan yang menambahkan warna pop pada rumah anda, inilah bunganya!
Selain orkid eksotik, terdapat pelbagai jenis tumbuhan lain juga – daripada tumbuhan tropika, bunga, paku pakis, sukulen seperti pelbagai kaktus, malah bonsai pun ada juga, semuanya dijual pada harga yang berbeza.
Jika anda suka menanam, mereka juga mempunyai taman dengan banyak pilihan pasu dengan saiz yang berbeza untuk anda bawa pulang bersama tanaman anda.
Florescence CafeSebenarnya, selain orkid, tarikan utama yang terdapat di sini ialah kafenya yang terletak di tempat eksklusif, seolah-olah anda ke satu tempat rahsia. Florescence Cafe dikelilingi oleh tumbuhan hijau dan pelbagai jenis orkid. Tasik yang terletak betul-betul bersebelahan, ditemani dengan beberapa ekor itik akan membuatkan anda berasa disambut mesra.

Kafe ini menawarkan pelbagai panorama indah dan berbeza mengikut citarasa anda. Jadi, terpulang lah pada anda untuk mengambil tempat di mana-mana yang anda gemari. Tetapi yang penting, semua sudut kelihatan cantik.
Kafe ini juga dipenuhi dengan pencahayaan semula jadi dan dihiasi dengan orkid sebenar di setiap sudut ruangnya yang selesa, menjadikannya amat ‘instagrammable’!
Pelbagai jenis makanan disediakan di sini, ada makanan berat seperti mihun, nasi lemak dengan ayam goreng atau ayam rendang. Selain itu, makanan ringan seperti waffle beraiskrim, roti bakar dan pelbagai jenis kek dan pastri turut ada di sini.
Yang penting, ia dilengkapi dengan beraneka jenis teh dan kopi yang boleh anda pesan sebagai minuman sejuk ataupun panas.
Tempat Perjumpaan
Ia juga merupakan tempat yang bagus untuk keluarga dan rakan-rakan berkumpul, malahan untuk ‘date’ romantik anda bersama pasangan anda. Suasana yang menyenangkan dan reka bentuk dalaman yang selesa akan membuatkan pengunjung berasa damai dan tenang seperi berada di rumah.
Selain boleh menjadi perjumpaan beramai-ramai, kafe ini juga menawarkan ruangan privasi untuk anda menikmati makanan jika anda lebih prefer kawasan makanan yang tidak terbuka.
LokasiUlu Yam : Lot 1017, Kampung Sungai Kamin, Ulu Yam Baru, 44300 Batang Kali, Selangor (location)Website | FacebookInfo Tambahan
Jika anda bercadang untuk membuat trip dan lawatan pendidikan atau komersial, sila hubungi pihak pengurusan ladang orkid ini untuk membuat panggilan pertanyaan sebelum lawatan.
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
