Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 155
July 1, 2022
KKM Jelaskan Tiada Isu Kekurangan Pegawai Perubatan
Kementerian itu berkata, pihaknya merujuk kepada surat daripada HKL yang tular berkaitan dengan isu kekurangan pegawai perubatan di dua hospital tersebut berikutan pertukaran keluar pegawai perubatan dari HKL bermula pada 18 Julai depan.
Baca juga:
DBKL Teruskan Wilayah Bebas Berniaga Sehingga 31 Dis 2022JPJ Keluarkan 143,630 Saman Warga Asing Memandu Tanpa LesenUrusan Pertukaran:“Untuk makluman, surat yang dikeluarkan oleh pengurusan HKL tersebut adalah bertujuan melaksanakan penyelarasan dalaman bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan khususnya di Jabatan Kecemasan HTA terus berjalan lancar.
“Selaras dengan pertukaran keluar pegawai perubatan dari HKL dan HTA pada 18 Julai depan, KKM juga telah merancang pertukaran masuk pegawai perubatan dari negeri lain ke HKL dan HTA pada tarikh yang sama bagi menggantikan pegawai perubatan yang bertukar keluar,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Prosedur Biasa:Tambah beliau, urusan pertukaran itu adalah prosedur biasa yang dilaksanakan oleh KKM bagi melaksanakan arahan dan memproses permohonan pertukaran pegawai dari semasa ke semasa.
Terdahulu, Hartal Doktor Kontrak menerusi platform Twitter mendedahkan satu surat daripada Unit Pengurusan Pegawai Perubatan HKL bertarikh 30 Jun 2022 berhubung sesi perjumpaan pegawai perubatan bidang pengurusan susulan ‘krisis kekurangan pegawai perubatan di HKL dan HTA.
Sumber: KOSMO! ONLINE
DBKL Teruskan Wilayah Bebas Berniaga Sehingga 31 Dis 2022
Inisiatif Program Wilayah Bebas Berniaga (WBB) untuk Lesen Sementara KL Prihatin yang tamat semalam akan diteruskan hingga 31 Dis ini dengan beberapa penambahbaikan diperkenalkan mulai bulan ini.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata antara penambahbaikan termasuk bayaran fi lesen, penetapan waktu operasi perniagaan dan penyusunan atau pemindahan penjaja bagi mengatasi isu seperti halangan lalu lintas, kebersihan dan pembinaan struktur kekal.
Baca juga:
JPJ Keluarkan 143,630 Saman Warga Asing Memandu Tanpa LesenNeelofa Kagum Dengan Ketabahan Puteri Sarah Dibuli Orang KetigaPenjaja Akan Dikenakan Fi:Pihak Berkuasa Tempatan itu berkata setiap penjaja akan dikenakan bayaran fi pembaharuan lesen sebanyak RM20 sebulan dan caj perkhidmatan RM30 sebulan bertujuan menampung kos kerja pembersihan dan pengurusan.
“Waktu operasi perniagaan pula dihadkan dua sesi berbanding sepanjang hari sebelum ini bagi mengawal keadaan di tapak dan bagi memudahkan kerja pembersihan.
“Peniaga boleh memilih satu sesi sahaja tertakluk kesesuaian lokasi sama ada sesi satu yang bermula jam 7 pagi hingga 7 petang atau sesi dua bermula pukul 6 petang hingga 12 tengah malam,” menurut DBKL dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurut DBKL, pemegang Lesen Sementara KL Prihatin diberi tempoh mulai sekarang hingga 15 Julai ini untuk mengemukakan permohonan pembaharuan secara dalam talian melalui laman sesawang DBKL atau hadir ke Kaunter Lesen Berpusat Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan.
Semakan keputusan boleh dibuat melalui laman sesawang di https://elesen.dbkl.gov.my/ mulai 1 Ogos hingga 15 Ogos ini dan pemegang lesen dikehendaki menjelaskan bayaran fi lesen dan mencetak lesen sekiranya lulus.
Pembaharuan Lesen Aktiviti Perniagaan:Bagaimanapun, DBKL berkata pembaharuan lesen aktiviti perniagaan barangan basah tidak dibenarkan dan peniaga dikehendaki mengemukakan permohonan masuk ke pasar terbuka, pasar pagi, pasar malam dan pasar DBKL atau menukar jenis jualan selewat-lewatnya 30 Sept depan.
Mengenai penyusunan dan pemindahan penjaja, DBKL memaklumkan penjaja di lokasi terlibat aduan atau kacau ganggu akan disusun atau dipindah tertakhluk kepada kekosongan antaranya di Pusat Penjaja; Pasar Berbangunan DBKL; pasar malam atau pasar terbuka sedia ada dan penempatan semula penjaja di lokasi dibenarkan DBKL.
“Penambahbaikan yang dilakukan bagi memastikan program WBB dapat diteruskan secara holistik untuk jangka masa panjang bagi memastikan permasalahan dapat diselesaikan supaya warga kota dan peniaga mendapat manfaat bersama dalam Keluarga Malaysia,” katanya.
Sumber: ASTRO AWANI
Mahligai Cinta Nikki dan Audi Terlerai Selepas 13 Tahun Bersama
Nikki dan Audi sepakat untuk membesarkan anak walaupun mereka tidak lagi bersama.
TIADA pasangan yang berkahwin dan memiliki anak inginkan mahligai rumah tangga dibina dengan asas ‘cinta’ berakhir menerusi perceraian. Begitu juga bagi penyanyi popular, Nikki Palikat, 36.
Apatah lagi, dalam keluarga Nikki sendiri iaitu perkahwinan ibu bapanya masih utuh hingga kini. Bagaimanapun, dia perlu akur jodohnya dengan bekas suami yang juga komposer, Audi Mok tidak sekukuh itu dan harus terlerai.
Baca juga:
JPJ Keluarkan 143,630 Saman Warga Asing Memandu Tanpa LesenNeelofa Kagum Dengan Ketabahan Puteri Sarah Dibuli Orang KetigaTarikh Perkahwinan 13 Tahun Lalu:
Mengumumkan lebih lanjut kisah perceraiannya Isnin lalu, Nikki atau nama sebenarnya Nicolette Louisa Palikat berkata, tarikh itu amat istimewa kerana ia adalah tarikh perkahwinannya dengan Audi, kira-kira 13 tahun lalu.
“Saya dan Audi bergelar suami isteri pada 27 Jun 2009. Jadi, kalau nak diikutkan sekarang sudah 13 tahun usia perkahwinan itu. Tapi, saya minta maaf kerana perlu mengumumkan kisah perceraian kami pula.
“Apa pun, tarikh ini (27 Jun) akan terus menjadi istimewa dan ‘happy’ dalam hidup saya untuk terus melangkah maju ke depan. Saya tidak akan sesekali mengenangnya sebagai tarikh duka walaupun perceraian ini sesuatu yang amat menyakitkan. Kini, saya ingin terus ke depan,” katanya.
Nikki dan Audi juga dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia 12 tahun.
Sepakat Untuk Bercerai:Nikki dan Audi mencapai kata sepakat untuk bercerai pada Mac tahun lalu, selepas tidak lagi mampu menahan rasa tidak bahagia dalam rumah tangga dibina mereka.
Menurut Nikki, dia memendam perasaan tak bahagia selama 10 tahun dan pernah banyak kali cuba memulihkan perhubungan.
“Saya tidak bahagia selama menjadi isteri dia (Audi). Tapi, sebagai ahli keluarga dan sahabat, kami berdua menjadi sangat baik terutama dalam urusan membabitkan anak. Kami berdua boleh memberi keutamaan itu kepada Liam.
“Dengan penjelasan ini, kami berdua harap semuanya terlerai kerana saya tidak mahu terus berselindung lagi dan tipu siapa-siapa. Saya nak biar semuanya habis di sini kerana bukan senang untuk saya menceritakannya.
Hadir sama dalam majlis itu, Audi yang kelihatan cukup sebak dan tidak banyak berbicara.
Katanya, hubungan dia dan bekas isteri dingin mungkin disebabkan sibuk bekerja.
Tidak Ada Keserasian:Mengulas punca sebenar perceraiannya, Nikki berkata, dia dan bekas suami tidak ada keserasian.
Katanya, barangkali ia disebabkan dia juga berkahwin pada usia muda dan belum betul-betul mengenal diri sendiri.
“Banyak perselisihan faham dan percanggahan berlaku dalam rumah tangga kami kerana tiada keserasian sebenarnya. Tapi, saya pendam benda ini agak lama kerana kami juga cuba untuk memulihkan keadaan. Kami betul-betul mencuba dan banyak kali juga mendapatkan khidmat bimbingan dan kaunseling.
“Tapi, kalau dah tak ada jodoh dan tak ada keserasian, nak cuba macam mana pun ia tak akan berhasil. Hubungan kami sebagai keluarga iaitu ibu bapa kepada anak sangat bagus, namun untuk hubungan suami isteri itu tidak ada. Saya tak boleh tipu diri sendiri, begitu juga dengan dia (Audi),” katanya.
Berbicara juga mengenai hak penjagaan anak, Nikki berkata, mereka sepakat untuk membesarkan Liam bersama-sama.
Katanya, walaupun mereka sudah tidak lagi berstatus suami isteri, namun kegembiraan dan kebahagiaan anak adalah paling utama dan akan sentiasa didahulukan.
Sumber: HARIAN METRO
JPJ Keluarkan 143,630 Saman Warga Asing Memandu Tanpa Lesen
Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Aedy Fadly Ramli berkata, jumlah tersebut melibatkan 136,448 warga asing dari tahun 2019 sehingga bulan Mei tahun.
Baca juga:
Kerajaan Digesa Kurangkan Subsidi, Bantuan Rakyat B40 Perlu DinaikkanTiada Lesen Memandu Kelas F, Lelaki Nekad Langgar Kenderaan JPJKesalahan Tidak Mempunyai Lesen Memandu:“Bagi Selangor pula, sebanyak 6,851 notis saman dikeluarkan kepada 566 warga asing dalam tempoh sama.
“Kebanyakan kesalahan adalah tidak mempunyai lesen memandu termasuk lesen kenderaan motor dan kenderaan perkhidmatan awam,” katanya dalam Ops Pemandu Warga Asing (PeWA) di Seksyen 25, di sini, hari ini.
Mengulas berhubung Ops PeWA hari ini, beliau memberitahu sebanyak 714 buah kenderaan telah diperiksa dalam operasi bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang.
Kata Aedy Fadly, hasil pemeriksaan mendapati 22 buah kenderaan disita selain turut mengeluarkan 132 notis saman.
Sumber: KOSMO! ONLINE
Neelofa Kagum Dengan Ketabahan Puteri Sarah Dibuli Orang Ketiga
Melalui video yang dimuat naik oleh Sarah di Instagramnya, dia mengakui sudah berfikir panjang sebelum mengambil tindakan terhadap wanita yang cuba mengacau suaminya, Shamsul Yusof.
Baca juga:
“Aku Bukan Jodohnya” – Shuk Sahar Hadir Ke MahkamahSerra Bagi ‘Hint’ Sudah Ada Pengganti, Doakan Shuk ‘Move On’Neelofa Kagum Dengan Sarah:Namun, hal yang mencuri perhatian ramai adalah respon daripada selebriti terkenal, Neelofa di dalam hantaran terbabit yang merasakan Sarah seorang wanita yang amat kuat dan dirinya juga tidak mampu menjadi seperti wanita terbabit.
Bukan itu saja, Neelofa turut meluahkan rasa kagum kerana biarpun pelakon terbabit lalui detik-detik ‘hitam’ itu, dia masih tetap menjaga maruah dan aib suaminya.
“Banyak Kita Borak Hal Ni..”:
Dalam pada masa yang sama, usahawan berkenaan berkata dia selalu berbual mengenai hal ini dan turut mengakui orang ketiga itu sememangnya banyak melakukan perkara teruk terhadap Sarah.
Di samping itu, Puteri Sarah sempat memuat naik satu status di Insta Story menjelaskan pihak peguam yang digunakan tidak sama dengan peguam yang mewakili Siti Bainun.
Sumber: BEAUTIFULNARA
Kerajaan Digesa Kurangkan Subsidi, Bantuan Rakyat B40 Perlu Dinaikkan
Kerajaan telah mengawal harga dan memberi subsidi dalam tempoh yang lama kepada beberapa produk seperti minyak masak dan ayam.
Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera (BRO), Datuk Ameer Ali Mydin menyifatkan penetapan harga siling dan pemberian subsidi akan menyebabkan ekonomi terbantut.
Beliau berpandangan, kerajaan telah mengawal harga dan memberi subsidi dalam tempoh yang lama kepada beberapa produk seperti minyak masak dan ayam.
Baca juga:
Tiada Lesen Memandu Kelas F, Lelaki Nekad Langgar Kenderaan JPJSerra Bagi ‘Hint’ Sudah Ada Pengganti, Doakan Shuk ‘Move On’Kawal Harga:“Kalau kita pegang (kawal) harga lama sangat, pengeluaran tidak akan cukup dan kerajaan akan terus memberi subsidi.
“Masalahnya, kerajaan kita pegang (kawal harga) lama sangat, kenapa perlu sampai Ogos? Kita tengoklah satu bulan dulu, mana tahu kalau ekonomi negara telah bertukar, kita boleh naikkan sikit demi sedikit.
“Kita tahu kerajaan prihatin dan nak tolong rakyat. Jadi bantuan kepada rakyat itu kena dinaikkan.
“Bantuan rakyat kita naikkan, kurangkan subsidi. Salurkan kepada mereka yang memerlukan,” katanya ketika di temu bual dalam program Niaga AWANI di Pasaraya Besar Mydin, di sini, hari ini.
Tambah Bantuan:Ameer yang juga Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad berkata, penarikan subsidi secara berperingkat wajar dilakukan dan wang tersebut, sebaliknya, boleh disalurkan kepada golongan yang memerlukan termasuk golongan M40 yang kini turut terbeban akibat kenaikan kos sara hidup.
“Kalau boleh, kita keluarkan semua subsidi tetapi bantuan kita kena naikkan. RM100 untuk tiga bulan tidak mencukupi dan sekarang ini kita bagi bantuan ini kepada B40 sahaja.
“Sekarang ini, M40 juga sudah ramai jadi B40, jadi data kerajaan mungkin perlu dinilai semula.
“Pendapatan isi rumah ditetapkan RM4,000, mungkin boleh dinaikkan kepada RM6,000. Barulah cukup.
“Katalah suami isteri, sorang bergaji RM2,000, sorang lagi bergaji RM2,500, dah jadi RM4,500 dengan anak-anak ada 4 atau 5 orang.
“Mana nak tahan, dapat RM100 lebih? Tak mencukupi,” tegasnya.
Justeru beliau berpandangan subsidi minyak paket dengan jumlah keseluruhan hampir RM1.8 bilion itu distrukturkan semula, salurkannya kepada golongan yang memerlukan.
Sumber: ASTRO AWANI
“Aku Bukan Jodohnya” – Shuk Sahar Hadir Ke Mahkamah
Dalam rakaman itu, Shuk seakan seperti memberi bayangan rumah tangganya dengan isteri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah bakal menemui titik noktah.
Menerusi kapsyen yang ditulis, Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar tidak menjelaskan tujuannya ke mahkamah namun meletakkan tanda pagar (hashtag) melibatkan soal jodoh.
Baca juga:
Now Let’s Go, Let’s Play This Game, Puteri Sarah Failkan SamanKritikan Mas Idayu Terlalu Keras Untuk Penyanyi CilikKifarah Is Real:Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen berharap agar pengacara berumur 36 tahun ini mengambil pengajaran atas kesilapan yang berlaku.
Kifarah is real. Semoga ada sifat keinsafan dan penyesalan buat Syuk. Kekal kuat Sera.
Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada guna. Moga jadi pengajaran hari depan dan lebih berhati-hati dalam setiap tindak tanduk selepas ini.
Moga menjadi pengajaran hidup bro dan segala yang berlaku ada sebabnya. Allah itu maha adil, tidak ada yang berlaku dengan sia-sia tanpa kehendaknya.
Macam sedih pula tengok kau dik. Sayangnya isteri dia cantik. Jodoh, ajal ketentuan ilahi. Semoga kau akan menjadi insan yang lebih baik dik.
Bersyukur la dengan setiap nikmat rezeki yang Allah bagi. Bila dia nak ambil semula sekelip mata saja semua boleh hilang. Terus kuat dan belajar dari kesilapan.
Meletakkan Titik Noktah:
Selain itu, ada juga segelintir peminat berasa sedih mengenangkan nasib kedua puteri Shuk dan Rossalennah atau lebih mesra disapa Sera yang masih kecil.
Pada Selasa lalu, Sera mendedahkan dia sudah meletakkan titik noktah terhadap hubungan mereka ketika hadir di program MeleTOP. Katanya, itu keputusan yang terbaik untuk kedua-dua belah pihak.
Sebelum ini, Sera pernah mendedahkan dia sudah memfailkan cerai terhadap Shuk pada November lalu.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 5 dan Nur Assyifatu Aimi, 2 tahun.
Sumber: OH BULAN
Perlukah Malaysia Menggunakan Kenderaan Elektrik Bila Harga Minyak Naik Melambung?
Ramai masyarakat Malaysia mengeluh dengan harga minyak yang naik melambung sekarang ini. Perkara ini memang agak memberi kesan pada pengguna jalan raya apabila harga minyak naik. Namun Sekarang ini kenderaan elektrik EV sudah ramai syarikat dari pasaran luar sudah mulai masuk di Malaysia tanpa menggunakan minyak yang kini berada di Malaysia sudah mulai semakin hangat diperkatakan dengan kehadiran model-model menarik dari Jerman dan Korea Selatan seperti BMW iX, Mercedes-Benz EQA dan Hyundai IONIQ 5.
Gambar sekadar hiasan
Ada kebaikkan juga bila kita menggunakan kenderaan elektrik EV ini namun masih banyak kekurangaannya juga kerana tidak semua station minyak mempunyai pengecasan elektrik buat kenderaan EV ini.
Jom kita tengok kebaikan mengunakan kenderaan elektrik EV:
Kenderaan elektrik bateri BEV mempunyai bahagian yang kurang bergerak daripada kereta petrol / diesel konvensional. Terdapat servis yang agak sedikit dan tiada sistem ekzos mahal, motor starter, sistem suntikan bahan api, radiator dan banyak bahagian lain yang tidak diperlukan dalam EV. Bateri habis pakai sehingga bateri pengganti akhirnya diperlukan. Kebanyakan pengeluar kereta menjamin bateri EV selama 8 tahun.
Bagi Kenderaan Elektrik Hibrid Plug-in (PHEVs) mempunyai enjin petrol yang memerlukan servis secara berkala supaya lebih banyak kos untuk dikekalkan. Walau bagaimanapun, kerana motor elektrik memerlukan penyelenggaraan yang sedikit disebabkan komponen yang jauh lebih sedikit, ini menyebabkan kurang haus dan lusuh komponen enjin petrol 3.
Gambar sekadar hiasan
Baik buat alam sekitar
Dengan memilih untuk memandu EV anda telah membantu untuk mengurangkan pencemaran udara yang berbahaya daripada pelepasan ekzos. kenderaan EV juga mempunyai kemasukan ekzos sifar 5 .
Dan tenaga yang boleh diperbaharui jika anda menggunakan tenaga boleh diperbaharui untuk mengisi semula EV anda, anda boleh mengurangkan pelepasan gas rumah hijau anda lebih jauh lagi. Anda boleh mengisi semula EV anda dari sistem PV solar pada siang hari dan bukannya dari grid. Idea lain ialah membeli GreenPower dari peruncit elektrik anda.
Disamping itu, walaupun anda mengecas EV anda dari grid, pelepasan gas rumah hijau anda dikurangkan dan terdapat juga trend ke arah pengeluaran dan bahan yang lebih mesra alam untuk EV. Ford Focus Electric terdiri daripada bahan kitar semula dan padding diperbuat daripada bahan berasaskan bio. Bahagian dalaman dan badan Nissan Leaf sebahagiannya diperbuat daripada bahan hijau seperti botol air kitar semula, beg plastik, bahagian kereta lama dan peralatan rumah tangga kedua 6 .
Dapat memberi kesihatan yang baik
Jika Pengurangan pelepasan ekzos yang boleh merosakkan adalah berita baik untuk kesihatan kita dan kualiti udara yang lebih baik akan membawa kepada masalah kesihatan yang kurang dan kos yang disebabkan oleh pencemaran udara. dan kenderaan EV juga lebih senyap daripada kenderaan petrol / diesel, yang bermaksud kurang pencemaran bunyi.
Di samping itu juga, Penemuan baru-baru ini menunjukkan beberapa ciri EV dapat meningkatkan keselamatan. kenderaan EV cenderung mempunyai pusat graviti yang lebih rendah yang membuat mereka kurang cenderung untuk menggulung. Mereka juga boleh mempunyai risiko yang lebih rendah untuk kebakaran atau letupan besar dan pembinaan badan dan ketahanan EV boleh membuat mereka lebih selamat dalam perlanggaran 7 .
Gambar sekadar hiasan
Bagi syarikat tempatan automobil kita seperti Proton dan Perodua harusnya sudah mulai untuk mengeluarkan kenderaan elektrik EV sendiri ini malah untuk kebaikan dinegara kita sendiri banyak kebaikkan yang kita boleh perolehi dari kenderaan EV ini.
Krim Pemutih Tanpa Bahan Kimia , Boleh Buat Sendiri Je
Pelbagai jenis produk pemutih yang dihasilkan oleh pengasas yang tidak berpengalaman dan kini ianya masih lagi berterusan kerana terdapat banyak permintaan daripada pengguna yang terdiri daripada lelaki dan wanita.
Malah terdapat juga suntikan yang dikatakan mampu memutihkan kulit dengan segera dan dijamin berkesan tetapi semestinya mengenakan bayaran yang mahal dan perlu dilakukan secara berkala .
Walaupun cara ini mendapat kritikan ramai dan pernah menjadi isu kerana terdapat pengguna yang mengalami kerosakkan pada organ dalaman dan juga kerosakkan luaran pda tubuh mereka kerana mengamalkan produk dan kaedah suntikan untuk pemutihan.
Ramai yang juga mendakwa produk pemutih serta suntikan tidak memberikan kesan kepada mereka walaupun diamalkan secara berterusan hingga menghabiskan banyak wang.
Malah terdapat juga kajian daripada pihak KKm dan mengesahkan bahawa sesetengah pemutih menggunakan bahan yang berbahaya dan tidak sesuai buat tubuh badan manusia yang normal.
Bagi mengelakkan perkara buruk berlaku pada tubuh badan yang kita cintai , mari kita cuba menggunakam bahan semulajadi untuk mendapatkan kulit yang putih dan mulus tanpa bahan kimia.
Bahan yang diperlukan :
1 biji sengkuang saiz sederhana3 sudu besar air perahan lemon1 sudu besar madu1 gelas airCara membuatnya :
Basuh bersih sengkuang dan kupas kulitnya lalu parut halus untuk mendapatkan ekstraknya.Masukkan sengkuang ke dalam bekas besar berisi 1 gelas air lalu ramas sengkuang yang telah diparut sehingga warna air berubah menjadi keruh.Kemudian tapis dengan penapis halus dan perah untuk mendapatkan ekstraknya.Simpan air perahan sengkuang tadi dalam peti sejuk semalaman.Keesokkan harinya , mendapan bewarna putih akan kelihatan dan buangkan air yang terdapat dipermukaannya.Biarkan mendapan didalam bekas berkenaan dan kemudian tambahkan air lemon, madu dan kacau hingga sebati hingga menjadi krim.Masukkan krim ke dalam bekas bertutup yang bersesuaian dan sudah boleh digunakan.
Krim tersebut boleh digunakan sebagai krim pelembab muka dan perlu dipakai secara teratur iaitu 2 kali sehari untuk mendapatkan kesan yang lebih cepat.
Dalam 1 ke 2 minggu , pengguna akan dapat meliha tkulit muka atau bahagian badan tertentu lebih cerah , bersih dan halus selepas menggunakan krim berkenaan setiap hari tanpa skip .
Krim ini sesuai untuk semua jenis kulit dan krim perlu disimpan di dalam chiller untuk tahan lama kerana ianya tanpa bahan kimia .
June 30, 2022
Claim PERKESO Jika MC Atau Cuti Sakit Dengan Mudah!
Adakah anda tahu bahawa pencarum boleh claim duit bantuan Perkeso untuk sesiapa yang dapat MC atau Cuti Sakit?
Jika anda pencarum PERKESO, Ya anda layak, boleh lihat cara tuntutan yang dikongsikan dibawah.
Syarat Buat TuntutanAnda boleh buat tuntutan bayaran sekiranya anda mendapat cuti sakit atau Medical Certicate (MC).
Di bawah PERKESO ada Skim bencana Pekerjaan (Employment Insurance Scheme – EIS) dan Skim Keilatan (Invalidity Scheme).
Dengan adanya skim ini pekerja buat tuntutan duit dari PERKESO untuk pelbagai situasi
Baca Juga: Mohon Bantuan Elaun RM1000 Daripada PERKESO
Skim Bencana PekerjaanDiberhentikan kerja (atas sebab-sebab yang ditetapkan)Meninggal dunia (waris akan menerima jumlah tuntutan)Kemalangan atau MC (Cuti Sakit)Jenis Kemalangan Yang Boleh DituntutDengan Skim Bencana Pekerjaan, pekerja layak untuk membuat tuntutan bil rawatan untuk apa-apa kecederaan atau kemalangan bagi situasi berikut:
Mengikut laluan di antara tempat kediamannya atau tempat tinggalnya dengan tempat kerjanyaDibuat bagi apa-apa sebab yang secara langsung berkaitan dengan penggajiannyaDi antara tempat kerjanya dengan tempat pergi makan dalam masa rehat yang dibenarkanKemalangan yang ditimpa ketika berada di tempat kerja atau sedang menjalankan urusan kerja.Kemalangan yang berlaku semasa pekerja berada dalam atau berdekatan dengan mana-mana premis tempat bekerjanya bagi tujuan menyelamatkan, membantu atau melindungi orang yang mendapat bencana atau bahaya semasa kecemasan.MC Yang Boleh DituntutFaedah Hilang Upaya Sementara dibayar kepada pekerja sepanjang tempoh cuti sakitnya yang disahkan oleh doktor dan mestilah sekurang-kurangnya 4 hari termasuk hari kemalangan. Faedah Hilang Upaya Sementara TIDAK akan dibayar pada hari di mana pekerja hadir bekerja dan dibayar gaji.
Kadar harian Faedah Hilang Upaya Sementara adalah 80% daripada gaji harian purata anggapan pekerja. Kadar minimum bayaran faedah adalah RM30.00 sehari dan maksimum RM105.33 sehari.
Baca Juga: Mohon Saringan Kesihatan Pekerja Secara Percuma Di PERKESO
Cara PermohonanUntuk memohon, sila isikan borang melalui pautan dibawah:
Butiran Notis dan Tuntutan Faedah – Borang 34Panduan Mengisi Borang 34Senarai Semak Borang 34Maklumat lanjutEmail: eis@perkeso.gov.myHotline: 1 300 22 8000Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
