Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 159
June 27, 2022
Masih Tinggal Sebumbung, Dakwa Lafaz Cerai Tidak Sah
Beberapa bulan lalu, tular kontroversi yang mengejutkan ramai apabila seorang penyampai radio yang dikenali sebagai DJ Wong telah melafazkan cerai talak tiga terhadap isterinya, DJ Sal ketika membuat sesi Live di laman FB.
Terbaharu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad meminta pihak berkuasa agama negeri memanggil pasangan DJ Wong dan DJ Sal yang mencetuskan kontroversi apabila mendakwa kembali tinggal bersama, walaupun berlaku perceraian antara mereka pada April lalu.
Baca juga:
Yang Saya Baca-Baca Itu Untuk Shooting, – Mak WanMangsa Dihempap Buah Kelapa Kini StabilMenganggap Perceraian Sebagai Perkara Biasa:Tambah Idris, pasangan terbabit mungkin menganggap perceraian sebagai perkara biasa berikutan kurang memahami hukum Islam.
Kita hendak kata dia permain agama tak boleh juga kerana mungkin sebab kejahilan mereka anggap benda itu (perceraian) mainan biasa, anggap boleh rujuk begitu sahaja.
Disebabkan itu pihak berkuasa agama perlu panggil mereka kerana ini membabitkan soal nasab dan keturunan.
Dakwa Lafaz Tidak Sah:Beberapa minggu lalu tular di laman media sosial apabila pasangan itu dikatakan kembali bersiaran secara dalam talian di Facebook selepas hampir tiga bulan menyepi.
Lebih mengejutkan, apabila DJ Sal, 47 mendakwa sudah merujuk isu yang timbul kepada ahli keluarga dan bijak pandai agama yang memaklumkan apa dilafazkan suaminya, DJ Wong atau Noor Aziz Johari, 53, sebelum itu sebagai tidak sah.
Kemunculan secara langsung pasangan terbabit menerusi FB ‘Sal Bollywood’ itu menimbulkan pelbagai persoalan.
DJ Sal turut mendakwa, ketika kejadian, dia sedang uzur selain suaminya dikatakan berada dalam keadaan tidak waras sehingga memaksa dia melafazkan cerai secara siaran langsung di media sosial.
Pihak Berkuasa Agama Perlu Siasat:Melihat kepada situasi berkenaan, Idris meminta orang ramai yang bimbang perkara tidak elok berlaku kepada pasangan terbabit membuat laporan kepada pihak berkuasa agama.
Jika berlaku perkara sebegini, orang ramai boleh melaporkannya kepada pihak berkuasa agama di negeri masing-masing.
Apabila ada laporan maka kita boleh ambil tindakan kerana ada ketika pihak berkuasa tidak tahu mengenai sesuatu kes yang berlaku.
Di daerah kita hanya mempunyai seorang kadi sahaja, kita tidak mahu terlepas pandang dan jika kita tahu memang pihak berkuasa agama siasat segera.
April lalu, DJ Wong dilaporkan ‘ghaib’ ketika berada di rumah mereka di Taman Ria Mesra 2 sebelum lelaki berkenaan muncul bersiaran secara langsung melalui FB dan melafazkan cerai talak tiga terhadap isterinya seminggu selepas kehilangannya.
Sumber: HARIAN METRO
Yang Saya Baca-Baca Itu Untuk Shooting, – Mak Wan
Setelah tular tentang video mengenai Mak Wan di aplikasi popular , TikTok , semalam pelakon veteran , Mak Wan Latah tampil untuk menafikan tuduhan telah melakukan perbuatan syirik.
Video yang disebarkan oleh seorang individu yang dikenali sebagai bekas PA Mak Wan sendiri telah merakamkan seorang wanita dipercayai Mak Wan dalam keadaan tidak bertudung sedang menyeru sesuatu.
“Pendampingku, kau datanglah kepadaku. Aku seru engkau datang kepadaku supaya kau halang mereka agar tidak pergi ke sana untuk mengubatkan apa yang telah aku buat kepada mereka,” ucap wanita dalam video itu.
Mak Wan cuba menjelaskan bahawa video yang disebarkan berkenaan adalah latihan untuk lakonannya sebagai watak bomoh jahat dalam drama dan sudah lama .
Mak Wan juga mengakui mengenali individu yang cuba memburukkan dirinya tapi mengambil keputusan untuk tidak membuka aib sesiapa sehingga akhir hayatnya.
Malah menyifatkan individu tersebut sebagai orang yang tidak normal dan sengaja menyebarkan perkara yang bole merosakkan reputasi dan namanya di dalam industri.
“Benda itu benda lama. Yang saya baca-baca itu, untuk ‘shooting’. Saya tak pernah berlakon watak jahat, untuk jadi bomoh,” katanya.
“Saya tak nak buka aib sesiapa. Seperti yang pernah saya beritahu bekas suami saya, saya tak nak buka aib sesiapa. Biar sampai mati, saya tetap dengan pendirian saya.”
“Otak dia tak betul. Dia akan tulis apa sahaja. Dia nak buat apa, itu hak dia. Kenapa sebelum ini dia puji saya? Sebab dia nak duit saya, kan?”
“Kenapa bila saya dah tak nak dia, dia cerita macam-macam pasal saya? Manusia ini, bila kita dah tolong dia, kita digigit balik,” katanya.
Tidak akan berdiam diri apabila diburukkan dan menyebarkan aibnya seperti itu , Mak Wan turut membuat laporan polis berikutan fitnah yang dilemparkan terhadap dirinya.
“Ya, saya tahu dia fitnah saya. Saya dah buat laporan polis. Itu bukan saya nak tunjuk saya hebat, tapi kerana saya nak lindungi diri kalau dia akan buat benda bukan-bukan lagi.”
Mak juga tidak mahu memberikan apa- apa komen lagi tentang perkara yang pernah ditulis dan diperkatakan oleh individu tersebut tentang dan menyerahkan semuanya kepada pihak polis untuk menjalankan tugas.
“Saya akan berdiam selagi Allah beri saya kekuatan. Saya tak mahu bercakap apa-apa lagi,” katanya.
Mangsa Dihempap Buah Kelapa Kini Stabil
Sejak semalam, tular sebuah video memaparkan seorang pembonceng wanita yang terjatuh sebelum tergolek dari sebuah motosikal berikutan sebiji kelapa jatuh menghempapnya.
Video tersebut bagaimanapun meraih perhatian daripada netizen yang risau akan keadaannya ketika itu.
Baca juga:
MPAJ Larang Ubah Suai Rumah Berstrata Tanpa KebenaranAturan Kerja Fleksibel Boleh Dimohon Mulai 1 September 2022Retak Tulang Rusuk Dan Bahu Kiri:Menerusi laporan Kosmo, kejadian tersebut berlaku di Jalan Teluk Kumbar, Pulau Pinang dan mangsa dilaporkan masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.
Mangsa dikenali sebagai Anita Yahaya berusia 59 tahun dipercayai mengalami kecederaan retak pada tulang rusuk dan bahu kiri.
Keadaan Mangsa Stabil:Ujar abang kepada mangsa, Shaari Yahaya, 60, adiknya kini berada dalam keadaan stabil dan berada di bawah pemantauan doktor.
Dia masih boleh bercakap dan kini berada di wad Hospital Pulau Pinang.
Ketika kejadian tersebut berlaku, mangsa sedang membonceng motosikal bersama anak perempuannya dari Titi Teras ke rumah mereka di Teluk Kumbar.
Sumber: KOSMO
MPAJ Larang Ubah Suai Rumah Berstrata Tanpa Kebenaran
Notis yang dikeluarkan MPAJ terhadap pemilik unit yang melakukan ubah suai dan membina struktur tambahan tanpa kebenaran di Flat PKNS AU3, Taman Keramat.
Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah mengeluarkan 62 notis terhadap pemilik unit yang melakukan ubah suai dan membina struktur tambahan tanpa kebenaran di Flat PKNS AU3, Taman Keramat di sini.
Pegawai Perhubungan Awam MPAJ, Norhayati Ahmad berkata, Notis 72(1) Akta Jalan, Parit & Bangunan (Akta 133) dikeluarkan oleh Jabatan Bangunan dan Senibina serta Jabatan Penguat Kuasa MPAJ menerusi rondaan dan pemantauan yang dijalankan pada 1 Jun lalu.
Baca juga:
Bantuan Motosikal Perkhidmatan Penghantaran #BIZRIDER300Geran Rm10,000 Kepada Pertubuhan Berdaftar MyICE 2022Melanggar Syarat Hak Milik Bersama:Menurutnya, ubah suai dan tambahan struktur itu juga melanggar syarat hak milik bersama Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan syarat tanah hak negeri.
“Kesemua unit berkenaan perlu membuka struktur tambahan yang telah dibina dalam masa yang ditetapkan dan kos adalah atas tanggungan pemilik sepenuhnya, sebelum tindakan lanjut akan diambil oleh pihak MPAJ,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata, tindakan notis tersebut adalah susulan tindakan penguatkuasaan terhadap isu meroboh binaan struktur tambahan sebuah unit kawasan flat sama yang turut dikenali Flat UTM AU3 pada 25 Mei lalu yang tular di media sosial.
Pengubahsuaian Rumah Berstrata:“MPAJ ingin menegaskan bahawa tindakan mengubah suai struktur sedia ada atau menambah struktur binaan di bahagian tepi dan belakang kediaman berstrata seperti flat, pangsapuri dan kondominium adalah satu kesalahan dan tidak dibenarkan,” katanya.
Sementara itu memetik laporan The Star, Ahli Majlis MPAJ, Anfaal Saari berkata, kira-kira 100 penduduk telah meminta surat sokongan daripadanya untuk memohon penangguhan penguatkuasaan tersebut.
Katanya, antara alasan aktiviti ubah suai itu disebabkan keluasan unit dua bilik yang dibina pada tahun 1980-an itu sempit.
Tambahnya, rayuan daripada penduduk tersebut akan dipanjangkan kepada MPAJ untuk pertimbangan.
Sumber: SINAR HARIANThe Lemon Tree 2022 | Jom ‘Refreshkan’ Hari Anda
The Lemon Tree ialah sebuah kafe baharu di bandar yang telah kini kian menjadi tarikan utama khususnya bagi penduduk di sekitar Lembah Klang. Ini semua dek perincian estetika bahagian dalaman kafe yang bertemakan warna lemon; kuning yang menyegarkan.
Dan yang penting, kerana makanan yang sangat enak dan unik juga!
Baca juga: Aktiviti Menarik Sungai Lembing 2022
Rekabentuk The Lemon Tree
Terletak di Menara Lien Hoe, Tropicana, The Lemon Tree ialah sebuah kafe baharu seluas 1700 kaki persegi yang cantik dengan warna dalaman cerah dan hangat yang diilhamkan oleh pokok limau itu sendiri.
Reka bentuk inspirasi era Victoria dengan tingkap kaca tinggi, dan siling kubah membolehkan pengunjung menikmati cahaya matahari semula jadi sambil menjamu pastri dan minuman yang mereka tawarkan.
Ini menjadikannya tempat yang sesuai untuk foto Instagram kerana sinaran matahari bersinar melalui bumbung matahari tepat-tepat mengenai pokok limau besar yang diletakkan sebagai bahagian tengah ruang.
Natural Light daripada cahaya matahari ini menjadi kegemaran para ‘instgrammer’ dan tik toker’ untuk mereka mendapatkan foto yang cantik.
MenuKafe ini mempunyai variasi makanan yang menepati citarasa semua orang. Meliputi daripada hidangan utama yang lazat hinggalah ke manisan.
Mereka menawarkan pelbagai jenis pastri artisanal segar termasuk Croissant dan Mille Feuille untuk sarapan pagi istimewa mereka, atau dipanggil Morning Fuel dengan sentuhan croissant mentega, sosej ayam gourmet dan cendawan portobello semuanya dalam satu pinggan.


Anda Anda disajikan dengan paparan pastri yang tersedia di pintu masuk The Lemon Tree. Jadi anda boleh terus memilih makanan kegemaran anda semasa anda masuk melalui pintu.
Segar dibakar oleh tukang masak pastri mereka sendiri, setiap item direka dengan teliti dan diukir mengikut visi The Lemon Tree.
Dengan pelbagai jenis teh dan kopi istimewa, minuman seperti Piccolo Latte pastinya akan membuatkan pengunjung ingin kembali untuk mendapatkan lagi minuman yang kaya dengan rasa mewah ini.
Nampaknya, The Lemon Tree bakal menjadi kafe popular seterusnya untuk penggemar pastri, kopi dan teh di Lembah Klang, serta ruang untuk bergambar yang menarik dan unik.
Lokasi: The Lemon Tree, Ground Floor, Menara Lien Hoe, Persiaran Tropicana, 47410 Petaling Jaya, Selangor (location)Waktu Operasi: (Setiap Hari, 8.00 pagi -6.00petang)
Info Tambahan
Kafe ini adalah kafe pork-free, tetapi semua makanannya diperoleh daripada pembekal yang disahkan halal.
Bantuan Motosikal Perkhidmatan Penghantaran #BIZRIDER300
Berita Baik! Peluang pekerjaan di dalam sektor penghantaran menerusi inisiatif yang diperkenalkan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan dan Pelaburan Sabah (SEDIA) iaitu #BIZRIDER300.
Penerima inisiatif ini akan menerima bantuan motosikal dan penerima adalah terhad kepada 300 pemohon sahaja.
Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:
Belia di Negeri Sabah berumur 18 hingga 40 tahun.Bermastautin di Negeri Sabah.Bumiputera Sabah dan golongan B40 adalah diutamakan.Lesen penuh B2 dan lesen P layak untuk memohon.Pemohon mestilah mempunyai rekod bersih dari aspek kesihatan, jenayah, dan JPJ.Kakitangan SEDIA dan ahli keluarga terdekatnya (ahli keluarga terdekat bermaksud suami, isteri, ibu kandung atau ibu angkat, bapa kandung atau bapa angkat, ibu mertua, bapa mertua, anak kandung, anak angkat yang sah di sisi undang-undang, anak angkat de facto dan anak pelihara) tidak layak untuk memohon.Pemohon yang berminat memohon inisiatif #BIZRIDER300 boleh membuat permohonan secara online sebelum 28 Jun 2022.
Cara MohonPermohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:
Sila layari pautan berikut >> KLIK DISINIBoleh Masukkan email dan klik pada butang ‘Next.’Sila Isi maklumat permohonan yang diperlukan.Klik pada butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.Baca juga: Bantuan RM1,000 Untuk Rider, Ibu Tunggal Dan Penganggur
Info LanjutBoleh layari Facebook SEDIA di pautan https://www.facebook.com/SEDIASabah.
Bekas PA Dedah “Wajah” Sebenar Mak Wan Latah
Semalam , aplikasi Tik Tok telah menjadi perhatian ramai apabila nama Mak Wan diperkatakan oleh seorang individu yang mengaku dirinya sebagai bekas pengurus peribadi Mak Wan Latah,
Individu tersebut mengaku telah menjadi mangsa dan mahu mendedahkan perlakuan Mak Wan yang dikatakan mengamalkan perkara yang tidak baik dan melanggar hukum syarak .
Amell dalam satu temubual menjelaskan bahawa dirinya sudah lama menyimpan rahsia tentang pelakon itu namun mendiamkan diri kerana menganggap wanita itu seperti ibunya sendiri.
Tetapi sudah tidak mampu bertahan untuk membela Mak Wan kerana mendakwa dirinya sendiri turut menjadi mangsa kepada perbuatan pelakon veteran tersebut.
Dia juga tidak mahu orang lain mengalami perkara yang sama dan diperlakukan seperti dirinya dan tidak mahu lagi menyembunyikan perkara tersebut daripada orang ramai.
Pada video yang seterusnya , Amell mempersoalkan tentang amalan Mak Wan yang seperti menyeru sesuatu dan menggunakan minyak yang tidak diketahui ramuannya untuk disapukan pada bahagian tertentu mukanya .
Perkongsian video tersebut mendapat banyak pembelaan daripada orang ramai kerana tidak mahu mendengar fitnah yang terjadi kepada Mak Wan yang terkenal sebagai wanita yang baik dan lemah lembut.
Malah ada yang berpendapat bahawa perkara tersebut adalah amalan syirik yang dilakukan oleh individu untuk membuatkan orang suka kepadanya, terpesona serta merasa kasih dengan si pemakai dan pengamal perbuatan tersebut.
Mungkin itu yang menyebabkan individu tersebut mengambil keputusan untuk terus menyebarkan perkara tentang Mak Wan di media sosial kerana mahu mendedahkan amalan yang dilakukan oleh Mak Wan sehingga orang sangat sukakannya dan sentiasa menyebelahinya.
“Tujuan saya dedahkan video tersebut kerana tidak mahu orang lain terkena sama seperti saya. Selama ini saya banyak simpan rahsia dia walaupun pernah dimaki hamun ketika di set penggambaran.”
“Saya anggap dia seperti ibu sendiri dan menjaga dia kerana sebelum ini dia katakan dibuang keluarga sendiri.”
“Lebih mengecewakan, baru-baru ini ketika berjumpa dengan ibu kandung saya, Mak Wan buat cerita kononnya saya mengambil duitnya sebanyak RM20,000,” ceritanya lagi.
Malah Amell sudah membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Teluk Intan dan mempunyai bukti bahawa pelakon itulah sebenarnya yang mengambil duitnya.
Amell turut memberitahu dia akan membuat satu lagi laporan polis di Ampang berkenaan kehilangan barang kemas miliknya pula.
Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai perkahwinan Mak Wan yang hanya bertahan tiga bulan sahaja selepas bekas suaminya menyifatkan perkahwinan itu sebagai episod hitam dan menyesal mengenali Mak Wan .
Aturan Kerja Fleksibel Boleh Dimohon Mulai 1 September 2022
Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, pekerja hanya perlu membuat surat permohonan kepada majikan sama ada memohon perubahan waktu bekerja, hari bekerja dan perubahan tempat kerja.
Sebelum ini, tinjauan oleh Qualtrics syarikat berpengalaman mengendalikan tinjauan secara dalam talian mendapati, kira-kira 62% pekerja sepenuh masa di negara menyatakan kesediaan untuk bekerja secara fleksibel berbanding hari kerja yang pendek seperti empat hari seminggu.
Secara keseluruhan, di Asia Tenggara keutamaan untuk fleksibiliti adalah sebanyak 60% memilih minggu bekerja yang lebih singkat.
Tiada Paksaan Kepada Majikan:Mengulas lanjut, Awang menjelaskan, keputusan kerajaan dalam AKF itu bagaimanapun tidak memaksa majikan melaksanakannya, sebaliknya ia bergantung kepada kesesuaian agensi serta syarikat masing-masing.
Katanya, pihaknya bersedia membuat kajian mengenai dasar tempoh bekerja 4 hari dalam seminggu seperti mula dilaksanakan di beberapa negara maju.
Namun, kajian mengenai perkara itu perlu dilakukan secara menyeluruh kerana terdapat majikan yang terkesan atas faktor produktiviti rendah.
“Jadi majikan pun perlu ada kajian tersendiri mengenai perkara ini dan kemudian boleh dibawa dalam perbincangan bersama Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan JPPM,” katanya.
Baca juga:
Zara Zya Bakal Mendirikan RumahtanggaBantuan BKM Fasa 2 Dah Masuk | Semak Sini Sekarang!Tarikh Permohonan Dibuka:Permohonan Aturan Kerja Fleksibel (Pindaan Akta Kerja 1955) akan dibuka mulai 1 September 2022.
Cara Permohonan:Berikut merupakan langkah-langkah permohonan:
Langkah 1: Membuat surat permohonan dengan menyatakan:
perubahan waktu bekerja.perubahan hari bekerja.perubahan tempat kerja.Langkah 2: Hantar kepada majikan dan tunggu jawapan dalam masa 60 hari.
Soalan lazim:SOALAN LAZIM : https://www.mohr.gov.my/index.php/ms/pertanyaan/
Maklumat Lanjut:Untuk maklumat lanjut, sila waktu-bekerja-fleksi.
June 26, 2022
Zara Zya Bakal Mendirikan Rumahtangga
Zara Zya yang pernah dikecewakan dengan cinta yang tidak kesampaian apabila tidak jadi meneruskan perkahwinan yang sudah dirancang dan pernah menjadi viral suatu ketika dahulu.
Zara yang sudah lama berdiam diri tanpa berkongsi tentang hal peribadinya , kini dikhabarkan sudah bersedia untuk berumahtangga dengan jejaka pilihannya.
Usia yang kini sudah mencapai 37 tahun membutakan dirinya tidak terlepas daripada persoalan tentang jodoh dan sering dipadankan dengan lelaki lain dalam industri.
Zara mengakui sudah biasa dengan perkara tersebut dan tidak mengambil hati malah sudah bersedia untuk memberitahu kepada umum tentang calon suaminya.
Dia menjelaskan , dirinya bakal membuat pengumuman apabila sudah sampai waktunya dan keadaan yang sesuai untuk berkongsi saat bahagia dengan peminatnya yang tersayang.
Zara tidak mahu perkara yang pernah menimpanya sebelum ini terjadi lagi dan akan berkongsi apabila perkara itu sudah hampir terjadi dan mahukan doa daripada orang ramai agar jodohnya diberkati.
“Tunggu, sabar. Saya nak simpan dulu. Bila sudah tepat pada waktunya, keluar.”
“Tak naklah macam sebelum ini. Orang keluarkan gosip, sampai sekarang orang berteka-teki dan mendoakan saya.”
“Alhamdullilah, orang mendoakan yang terbaik dan sentiasa menanti siapakah gerangannya. Jadi, biar orang tertunggu dulu, sampai masa saya terus umum,” katanya.
Berkongsi tentang bakal suaminya itu , Zara tidak menafikan atau mengiyakan tentang statusnya samaada lelaki tersebut daripada kalangan artis atau tidak.
Malah mengakui lelaki tersebut bukanlah selebriti yang pernah digosipkan dengannya dan tidak akan mendedahkan status individu tersebut sehingga tiba masanya.
“Siapakah dia, tunggu. Belum lagi kisahnya keluar di media sosial. Saya berjaya menyimpan mengenainya. Ramai orang petik yang orang itulah, inilah, tetapi tidak!” katanya.
Semoga Zara Zya bertemu dengan pasangan yang mampu memberikan kebahagian buatnya.
Jawatan Kosong Di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) – Minima SPM!
Permohonan Jawatan Kosong di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:
Senarai Jawatan yang ditawarkan:1. KAUNSELOR
2. PEMBANTU TADBIR
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : KontrakCara Memohon Jawatan:
*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).
*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.
*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-
Borang Permohonan dan Syarat-syarat:(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
