Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 156

June 30, 2022

“Minta Kebenaran Sebelum Rakam Lagu Orang!” – Dato Hattan

Penyanyi lagenda , Datuk Hattan baru – baru meluahkan rasa kesal dan menasihati penyanyi baharu dari negara seberang untuk mendapatkan kebenaran terlebih dahulu sebelum merakamkan semula lagu-lagu ‘hit’ dari Malaysia.

Walaupun lagu tersebut sudah menjadi viral sehingga mencecah viewer lebih daripada 22M di aplikasi Youtube namun dia masih tidak berpuas hati dengan pihak yang tidak bertanggungjjwab.

Dalam  satu perkongsian yang dimuat naik di Instagram miliknya ,  Hattan menjelaskan bahawa kebenaran perlu dibuat kerana lagu yang dirakamkan semula itu menggunakan susunan muzik yang baru.

 

“Sekarang ni banyak betul ‘Budak Baru Nak Up’ (BBNU) orang seberang (Indonesia), dia rakam balik lagu ‘hit’ kita dulu-dulu. Okay je kalau kau nak rakam. Tapi kau dah minta kebenaran belum?”

“Sebab kau buat muzik baharu tu. Benda tu kau kena minta kebenaran, ibarat kau dah buat lagu baharu menggunakan lagu sini. Nak rakam boleh, biar betul caranya,” katanya.

Malah Hattan juga meluahkan rasa kecewa kerana lagu itu bertukar menjadi versi slow yang langsung tidak menggambarkan karekter lagu tersebut seolah-olah tidak menghormati karya orang lain dengan melodi lagu yang nampaknya ditukar sepenuhnya.

Perkara begitu dikatakan seperti cetak rompak kerana mengambil karya orang lain tanpa  persetujuan dan merakamkan dengan melodi tersendiri tanpa kebenaran pencipta asal.

“Lagi satu… yang kau lembik-lembikkan lagu tu kenapa? Macam ular kena pukul pula. Belajar menghormati lagu lah, BBNU seberang. Kau rakam lagu orang, entah jadi apa bunyi. Kau tukar-tukar melodi.”

“Siapa entah nama, Raffa ke Zinedine Zidane lah. Kau jangan memandai-mandai. Kau nak rakam, rakam elok-elok. Kalau kau tak bayar royalti, tu dah kira cetak rompak,” katanya.

Lagu tiara menjadi tular di media sosial sehingga ke aplikasi popular , Tik Tok yang mana ia telah dirakamkan semula oleh penyanyi Indonesia, Raffa Affar selepas sebulan dilancarkan.

Ramai yang bersetuju dengan kenyataan Dato Hattan namun ada juga yang tidak setuju kerana lebih gemar dengan melodi lagu terbaru daripada Raffa malah memuji Raffa kerana telah berjaya membawa kembali nostalgia kegemilngan lagu- lagu lama dan meletup.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 30, 2022 22:28

SSM Lanjut 90 Peratus Diskaun Kompaun Sehingga 31 Oktober

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melanjutkan insentif pengurangan kompaun di bawah Akta Syarikat 1965 bermula hari ini sehingga 31 Oktober depan.

SSM dalam satu kenyataan memaklumkan, di bawah insentif itu, syarikat dan pengarah syarikat layak mendapat pengurangan 90 peratus daripada nilai asal kompaun bagi semua kompaun yang ditawarkan di bawah Akta Syarikat 1965.

Baca juga:

Unjuran Subsidi Tertinggi Cecah RM77.7 Bilion Tahun IniSPM, STPM, STAM Akan Dimansuhkan Elak Tekanan Pada Mental PelajarTarikh Tamat Semalam:

“Sebelum ini, insentif berkenaan dilaksanakan selama empat bulan bermula 1 Mac lalu dan tamat semalam.

“Semakan status kompaun boleh dilakukan melalui emel ke ar_compliance@ssm.com.my atau hadir ke mana-mana pejabat SSM di seluruh negara,” katanya.

Inisiatif Membantu Pemulihan Ekonomi Negara:

SSM menyediakan enam inisiatif dalam membantu ke arah Pemulihan ekonomi negara tahun 2022 antaranya meneruskan pelaksanaan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) yang memberikan pendaftaran percuma kepada usahawan kumpulan B40 dan pelajar Insititusi Pengajian Tinggi (IPT) sepenuh masa.

Selain itu, inisiatif lain adalah meneruskan pelaksanaan Skim 1 OKU 1 Perniagaan (S101P), pengurangan kompaun di bawah Akta Syarikat 1965; mencadangkan pindaan menambah baik peruntukan di bawah Akta Syarikat 2016 berkaitan mekanisma penyelamat korporat dan skim atau perkiraan selain memperkenalkan inisiatif sama di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2021.

Semakan Kompaun:

Semakan kompaun juga boleh dilakukan secara dalam talian melalui pautan SSM atau portal EzBiz Online.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh hubungi Pusat Panggilan SSM di talian 03-77214000 atau emel enquiry@ssm.com.my.

 

Sumber: BERITA HARIAN

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 30, 2022 21:23

Penangan Filem Mat Kilau, Ramai Berminat Pelajari Silat

Filem Mat Kilau mencetuskan fenomena luar biasa kepada persatuan silat apabila menerima banyak penyertaan daripada ibu bapa yang mahu anak-anak mereka belajar seni mempertankan diri itu.

Naib Pengerusi Persatuan Seni Silat Gayong Malaysia (PSSGM) Daerah Jempol, Ahmad Shafiq Zulkifli berkata sejak tiga hari lalu, pihaknya menerima pendaftaran lebih 40 pelajar baharu yang mahu belajar silat.

Baca juga:

Unjuran Subsidi Tertinggi Cecah RM77.7 Bilion Tahun IniSPM, STPM, STAM Akan Dimansuhkan Elak Tekanan Pada Mental PelajarImpak Filem:

Katanya, ia cukup luar biasa memandangkan sebelum ini hanya menerima empat atau lima pelajar dalam tempoh setahun.

“Impak dicetuskan filem berkenaan menyebabkan ada ibu bapa yang mahu anak-anak mereka belajar silat.

“Sebelum ini, silat kurang mendapat sambutan berikutan ada yang mendakwa hanya sekadar seni bela diri kampung namun tayangan filem itu mengubah persepsi orang ramai,” katanya.

Ahmad Shafiq yang juga gurulatih muda khalifah berkata dia yakin penyertaan pelajar baharu itu akan bertambah susulan program pengambilan ahli baharu bermula hari ini dan esok.

Pengaruh Silat:

Katanya, pengaruh silat yang dipamerkan dalam filem berkenaan yang memaparkan semangat juang yang tinggi, pembawaan watak persilatan, adab orang Melayu dan junjungan agama Islam yang tinggi sangat memberi impak khususnya kepada ibu bapa.

“Tidak menghairankan apabila ada ibu bapa mendaftar anak mereka berusia lima tahun selain ada golongan dewasa berusia 50 tahun yang turut berminat mahu berlatih silat,” katanya.

Mengulas mengenai demam filem Mat Kilau itu, katanya, seramai 104 ahli PSSGM Jempol sudah dibawa menyaksikan tayangan filem di pawagam di Bahau malah ahli turut mengenakan busana tradisional seperti pahlawan Melayu.

Untuk rekod, Gelanggang Panglima Hitam PSSGM daerah Jempol sudah melahirkan 4,000 pesilat.

 

Sumber: MYMETRO

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 30, 2022 21:05

Now Let’s Go, Let’s Play This Game, Puteri Sarah Failkan Saman

Puteri Sarah dilaporkan mengambil tindakan mahkamah terhadap individu yang menganggu rumah tangga dan cuba menjatuhkan maruahnya.

Menurut Sarah, tindakan itu diambil selepas individu berkenaan yang juga orang ketiga punca keruntuhan rumah tangganya itu telah mencabarnya beberapa kali untuk menyaman.

Baca juga:

Rafidah Ibrahim Keguguran Anak Pertama Pada Bulan Keempat KehamilanNora Danish Hairan Dirinya Sering Menjadi Sasaran Netizen

Pertahankan Maruahnya Yang sudah Tercalar:

Maklum pelakon dan model berusia 37 tahun itu lagi, tujuan utamanya adalah bagi mempertahankan maruahnya yang sudah tercalar namun dia hanya diam sahaja selama ini.

Dia kata pada saya bila mahu saman? Dia minta peguam saya bertindak laju kerana sudah meluat. Maka seperti yang diminta, hari ini lah.”

Sarah telah hadir ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bersama wakil peguamnya bagi menyambung kertas kes yang dibuka sebulan lepas.

Jelas Sarah, dia sudah berulang kali berusaha untuk tidak besarkan isu terbabit serta turut cuba untuk selesaikan secara baik.

Selepas 4 Tahun Berdiam:

Namun, selepas empat tahun berdiam sambil cuba selesaikan tanpa melibatkan ramai pihak, dia akui akan memperjuangkan haknya.

Sarah juga berkata dia memang ada niat untuk bertindak, tetapi masih fikir panjang tentang kesan dan akibat padanya dan orang sekeliling.

Akuinya lagi, sebelum ini dia tidak mahu membabitkan mahkamah atau saman menyaman kerana hal itu melibatkan kewangan.

Now Let’s Go, Let’s Play This Game:

Namun menurutnya, kerana individu tersebut sudah sampai tahap terlalu biadap meskipun dia sudah guna cara lain untuk selesaikan isu antara mereka.

Saya asyik dicabar, orang asyik ingat saya main-main sekarang saya kata Now Let’s Go, Let’s Play This Game.”

Pihak Sarah telah memfailkan tindakan berhubung gangguan kepadanya di mana perintah tersebut meminta defendan untuk berhenti menyebarkan atau mengeluarkan apa-apa bentuk gangguan di media sosial.

 

Sumber: BEAUTIFULNARA

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 30, 2022 20:05

Apakah Puncanya Lambakan Kenderaan Usang Ini Dan Apa Penyelesaiannya?

Sebanyak 7 juta kereta usang tersadai membuatkan ramai masyarakat kita begitu terseksa dengan ‘sakit mata’ melihat kenderaan usang dibiar begitu saja sama ada di tepi jalan malah di kawasan perumahan. Ada kalanya, usia kenderaan usang itu lebih ‘tua’ berbanding penghuni sesebuah kawasan perumahan. Ada yang ‘diangkut’, dicuri aksesori dan pelbagai lagi namun jumlahnya seolah-olah tidak pernah berkurang malah boleh dilihat di mana-mana lokasi.

Apa puncanya lambakan kenderaan usang ini dan juga apa penyelesaiannya?

Telah dianggarkan bahawa terdapat kira-kira tujuh juta kenderaan usang yang tersadai di seluruh negara. Kenderaan ini terbiar di kawasan taman perumahan, padang permainan, di bahu jalan dan sebagainya dalam tempoh yang agak lama. Ini bukan sahaja mencacatkan pemandangan dan boleh memberi kesan kepada alam sekitar malah turut menjadi penyumbang terhadap masalah kesesakan. Kenderaan usang yang telah terbiar ini memakan ruang apabila ia ditinggalkan di bahu jalan sehingga menyebabkan jalan menjadi sempit. Bakal menjadi antara punca kesesakan jalan raya yang serius sejak kebelakangan ini yang mana jumlah kenderaan sentiasa bertambah namun pada masa sama, kenderaan lama tidak dilupuskan.

Gambar sekadar hiasan

Kerana lambakan kenderaan usang ini berlaku berikutan masih belum ada polisi yang membolehkan tindakan sewajarnya diambil dalam menangani permasalahan ini. Pada masa yang sama,tahap untuk kesedaran masyarakat yang masih kurang apabila masih ingin menyimpan kenderaan usang ini dengan pelbagai alasan termasuk kononnya ia mempunyai nilai sentimental menjadikan masalah ini semakin serius.

Gambar sekadar hiasan

Walaubagaimanapun, di beberapa negara maju, polisi ini sudah lama dilaksanakan dan ia berjaya mengatasi masalah lambakan kenderaan usang. Jepun, Singapura dan Eropah umpamanya sudah melaksanakan polisi 10 tahun jangka hayat kenderaan. Singapura misalnya, selepas 10 tahun, pemilik diberi pilihan untuk ‘menamatkan’ riwayat kenderaan atau membayar sejumlah wang untuk menyambung pemilikan dan penggunaannya di jalan raya. Di Jepun, setiap tiga tahun selepas dibeli, pemilik mesti melakukan pemeriksaan keselamatan kenderaan masing-masing manakala kenderaan berusia lebih 10 tahun mesti lulus pemeriksaan keselamatan yang ketat pada setiap tahun sebelum dibenarkan berada di jalan raya. Sebahagian besar bagi pemilik kereta di negara maju ini akan menamatkan riwayat kereta mereka selepas 10 tahun dan membeli kenderaan baharu.

Bagi memperkenalkan polisi seperti ini di negara Malaysia maka kerajaan perlu mengambil kira banyak perkara seperti golongan berpendapatan rendah dan lain-lain. Selain itu juga, kerajaan juga perlu meningkatkan kualiti pengangkutan awam bagi menggalakkan orang awam menggunakan perkhidmatan seperti bas, komuter dan lain-lain.

Disamping itu, Kualiti pengangkutan awam perlu ditingkatkan kerana ia juga satu daripada kaedah yang boleh digunakan bagi mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian, sekali gus mengurangkan kesesakan jalan raya melampau.

 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 30, 2022 18:48

Diskaun Saman PDRM, JPJ Sehingga 80% Bermula Hari Ini

Tawaran diskaun diantara 50% hingga 80% bagi saman terpilih sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Perak yang akan berlangsung di Litar Dato’ Sagor, Pasir Salak, Perak Darul Ridzuan.

Pengurangan Kadar Kompaun SamanPDRM – sehingga 50%JPJ – sehingga 50%MDPT – dari 50% sehingga 80%Tempoh Tawaran Diskaun

Bermula 1 Julai sehingga 3 Julai 2022 dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang di Kaunter Bayaran Saman yang akan dibuka di tapak acara.

Cara Semakan Saman

Cara semakan saman-saman yang lalu secara atas talian >> Check Saman

Tempat Acara

Tempat : Litar Dato’ Sagor, Pasir Salak, Perak Darul Ridzuan

Tarikh : 1 – 3 Julai 2022

Masa : 9.00 pagi hingga 6.00 petang

Daftar awal kehadiran di pautan ini https://bit.ly/PERAKPENGUNJUNG atau imbas Kod QR.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 30, 2022 18:32

awatan Kosong Di Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn Bhd – Mohon Sekarang!

Permohonan Jawatan Kosong di Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn Bhd dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan:

1. MEKANIK MOTOSIKAL
2. ANALYST PROGRAMMER
3. PRODUCTION ENGINEER

Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : Rujuk Iklan
Lokasi : Pelbagai Negeri
Sektor : Swasta
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn Bhd

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)

Permohonan dan Borang Disini

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 30, 2022 00:25

Cuba Teknik Bersihkan Wajah Cara Wanita Korea Untuk Dapatkan Kulit Yang Cantik dan Mulus!

Kulit muka wanita Korea sering dilihat sangat cantik dan licin di kaca tv tidak kira dalam drama ataupun program yang berasal daripada negara tersebut.

Malah banyak wanita dan lelaki kagum dan memuji kecantikan serta kemulusan kulit mereka walaupun sudah sedia maklum tentang mereka yang sering menggunakan teknik solekan dan pernah manjalani pembedahan plastik demi kecantikkan.

Namun sebenarnya wanita Korea sememangnya mempunyai kulit yang cantik dan mulus tanpa perlu bersolek tebal dan itu adalah hakikat yang sebenarnya .

Kaedah pemakanan masyarakat Korea yang bersifat panggang dan rebus juga diambil kira malah  pengambilan sayuran yang balik menjadikan kulit mereka lebuih segar dan sihat,.

Wanita Korea juga mengamalkan cucian muka yang berbeza dengan cara yang biasa orang Malaysia lakukan yang mana mereka lebih selesa melakukan teknik ‘double cleansing.’

Cucian ‘double cleansing’ sebenarnya sangat sesuai dilakukan oleh mereka yang mengenakan solekan tebal ke tempat kerja. Dan inilah yang diamalkan oleh wanita Korea setiap kali mencuci muka dan  ternyata ianya memberikan kesan yang cukup bagus.

Ini teknik double cleansing yang mereka lakukan:

Langkah yang perlu dilakukan :

Gunakan dua jenis pencuci muka iaitu dari jenis minyak (oil cleansing) dan juga pencuci muka biasa (liqiud cleansing) , tidak kisah jenama atau produk asalkan ianya bersesuaian dengan kulit muka anda.

Kombinasi dua campuran ini bertindak untuk menanggalkan segala sisa solekan dan kotoran degil pada kulit wajah.

Campurkan dan jadikan ianya seperti buih lalu cuci muka seperti biasa dan bilas muka sehingga bersih.

Kemudian cuci sekali lagi muka dengan pencuci muka biasa sahaja tanpa oil cleansing ,lakukan step yang sama dan amalkan setiap kali mencuci muka .

Mencuci dengan dua kaedah ini dapat membantu kulit jadi lebih sihat dan licin malah perkara tersebutlah yang diamalkan oleh segolongan wanita di korea tanpa merasa ianya satu pembaziran.Fungsi pencuci muka biasa jenis ‘liquid cleansing’ tidak kira samada jenis, krim atau apa sahaja, dikhaskan khusus untuk mencuci lebih dengan lebih dalam dan ianya adalah langkah terakhir dalam proses membersih kulit wajah.Tujuan cucian kali kedua pula ialah khusus untuk membasmi bakteria, kulit mati dan kotoran yang tertinggal semasa cucian pertama.

Jadi cubalah amalkan kaedah yang telah disarankan agar kulit lebih terjaga dan bersih daripada sisa kotoran yang mana ianya boleh mengelakkan jerawat timbul di muka kerana kulit wajah tidak dicuci dengan bersih.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 30, 2022 00:25

Jawatan Kosong Di Majlis Bandaraya Pasir Gudang – Pelbagai Jawatan Menarik!

Permohonan Jawatan Negeri Johor di Majlis Bandaraya Pasir Gudang dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan:

1. Penolong Juruaudit
2. Penolong Pegawai Undang – Undang
3. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa
4. Penolong Pegawai Senibina
5. Penolong Jurutera Awam
6. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
7. Pembantu Akauntan
8. Pembantu Kesihatan Awam
9. Pembantu Awam
10. Pemandu Kenderaan

Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : 07 Julai 2022 (Khamis)
Lokasi : Johor
Sektor : Kerajaan
Gaji : RM 1,218.00 – RM 5,701.00
Kadar Kenaikkan Gaji Tahunan : RM 80.00 – RM 145.00
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/PT3/PMR/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : KontrakCara Memohon Jawatan:

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Majlis Bandaraya Pasir Gudang.

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)

Permohonan dan Borang Disini

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 30, 2022 00:21

Jawatan Kosong Di Toyota Capital Malaysia Sdn. Bhd – Minima SPM!

Permohonan Jawatan Swasta di Toyota Capital Malaysia Sdn. Bhd dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan:

1. Sales Support Officer
2. Executive, Asset Management
3. Executive, Auto Finance

Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : Rujuk Iklan
Lokasi : Pelbagai Negeri
Sektor : Swasta
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Toyota Capital Malaysia Sdn. Bhd

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)

Permohonan dan Borang Disini

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 30, 2022 00:15

Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.