Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 157
June 29, 2022
Sila Anda Kenali Dahulu Kereta Mercedes-AMG GT Black Series Yang Kini Berada Di Malaysia
Mercedes-AMG GT Black Series kereta Sport paling elegen dan bergaya yang kini telah pun sampai di Malaysia harga bagi model ini bermula dari RM3 juta sahaja. Mula Diperkenalkan di peringkat global pada Julai 2020, GT Black Series merupakan jentera paling berkuasa tinggi yang keluar dari ibu pejabat AMG di Affalterbach. Ia dikuasakan oleh enjin 4.0-liter biturbo V8 yang telah dinaik taraf dengan aci engkol jenis ‘flat-plane’, manifold ekzos baharu serta intercooler yang lebih besar.
Sumber: youtube
Walaubagaimanapun hasilnya, enjin yang diberi kod nama M178 LS2 itu menghasilkan 730 PS pada 6,700 rpm dan 800 Nm dari 2,000 hingga 6,000 rpm. Enjin tersebut dipadankan dengan transmisi klac berkembar AMG Speedshift DCT 7G yang membolehkan ia memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 3.2 saat, dan dari 0 hingga 200 km/j dalam kurang lebih sembilan saat dengan Kelajuan maksimum pula adalah 325 km/j.
Sumber: google image
Bukan sahaja enjin malah Mercedes-AMG turut mempertingkatkan sistem suspensi iaitu menerusi penggunaan komponen-komponen iaitu (wishbone, steering knuckle dan hub carrier) yang telah diperbuat daripada aluminium untuk mengurangkan berat. Seperti GT R, model ini juga dilengkapi dengan suspensi coilover dengan pra-muat spring boleh laras. Turut disertakan adalah sistem AMG Traction Control yang menyediakan sembilan tahap cengkaman yang boleh dipilih mengikut keperluan. Tayar yang digunakan adalah Michelin Pilot Sport Cup 2 R yang dibangunkan khas untuk GT Black Series dengan ukuran 285/35 ZR 19 di hadapan dan 335/30 ZR 20 di belakang.
sumber: google image
Bagi aerodinamik pula, Mercedes AMG GT Black Series ini dikatakan mempunyai persamaan dengan kereta lumba iaitu AMG GT3 dan AMG GT4 bermula bukaan udara yang besar pada bampar depan dan splitter depan yang telah diperbuat daripada gentian karbon dan yang paling menariknya, splitter tersebut boleh dilaraskan menerusi dua mod iaitu Street dan Race dan di belakang pula terdapat diffuser yang lebar serta spoiler aerofoil yang boleh dilaras mengikut keadaan pemanduan. Menurut Mercedes, sudat bilah atas aerofoil tersebut boleh diubah sebanyak 20 darjah ini sekaligus membolehkan ia menjana sehingga 400 kg downforce pada kelajuan 250 km/j.
sumber: google image
Untuk ruang dalaman pula yang telah dihiasi dengan upholsteri campuran kulit nappa dan mikrofiber Dinamic, serta jahitan kontras berwarna oren. Seperti varian-varian lain dalam barisan AMG GT, GT Black Series didatangkan dengan kluster instrumen berukuran 12.3 inci dan skrin multimedia 10.25 inci yang mempunyai tiga mod paparan AMG iaitu Classic, Sporty dan juga Supersport.
Nak Tidur Yang Nyenyak dan Lena ? Jom Cuba 4 Jenis Makanan Ini
Insomnia yang terjadi kepada seseorang indiviidu mampu memberikan kesan buruk pada kesihatan tubuh badan hingga menyebabkan individu tersebut menjadi stress , penat dan tidak fokus dalam melakukan aktiviti harian. Untuk mendapatkan tidur nyenyak setiap malam, tentu ada beberapa perkara yang perlu anda amalkan.
Bagi mendapatkan tidur yang lena banyak faktor yang perlu dititikberatkab belum tidur seperti kebersihan dan suasan bilik tidur , pakaian serta pemakanan,
Terdapat beberapa makanan yang bole membantu seseorangtidu dengan lebih lena dan nyenyak hingga ke subuh seperti :
1. Kacang badam
Kacang badam adalah salah satu kacang yang mempunyai pelbagai nutrisi yang sangat baik untuk kesihatan dan kecantikan. Ia telah diamalkan dari zaman silam lagi.
Menurut kajian nutrisi, segenggam biji badam sangat bagus diamalkan setiap hari kerana ia mengandungi nutrisi seperti protein, lemak sihat tidak tepu, serat, kalsium, magnesium, kalium, zinc, selenium, biotin, riboflavin, niacin, zat besi, vitamin E tocopherol dan banyak lagi. Ia juga dilabelkan sebagai kudapan yang tinggi bahan antioksida.
Nutrisi dalam kacang dapat membantu untuk melenturkan otot – otot tubuh dan saraf pada otak punca kepada insomnia. Beberapa kajian mendapati bahawa nutrisi pada almond MAMPU menjaga kestabilan paras gula darah ketika seseorang sedang tidur. Untuk dapatkan tidur nyenyak dan berkualiti, cubalah untuk mengamalkan kacang badam sekurang-kurangnya 5 – 7 butir setiap hari.Biji kacang badam yang dipanggang boleh dimakan begitu saja, atau ia dikisar untuk dijadikan serbuk bagi untuk masakan atau minuman. Kandungan lemak sihat didalamnya sangat baik untuk kesihatan kerana 90% dari lemak dalam badam adalah lemak tidak tepu
2. Buah pisang


Malah ceri juga mempunyai sumber antioksidan dan senyawa anti-inflamasi yang kuat yang mana ia mampu manjaga kesihatan dengan melambatkan penuaan dan mengelakkan penyakit kronik , seperti sakit jantung ,kanser, Alzheimer, diabetes, dan obesiti.
Sunset Paradise, Sepang 2022 | View Cantik Untuk Anda Bersantai Bersama Keluarga
Sepang bukan hanya tempat untuk anda beraksi dengan kereta F1 anda sahaja tau, di Sunset Paradise ini mempunyai pelbagai jenis tarikan dan aktiviti-aktiviti yang anda boleh lakukan bersama orang yang tersayang.
Seperti namanya, tarikan utama yang membuatkan ramai penduduk Malaysia, khususnya yang berada di sekitar Bagan Lalang menggemari port yang unik ini adalah pemandangan matahari terbenam yang ada di Sunset Paradise. Selain itu, anda jangan risau. Bukanlah semata-mata nak datang lihat sunset, dan terus pulang. Ada banyak lagi aktiviti lain yang disediakan di sini.
Baca juga: MyKori 2022 | Nikmati Mouth-Watering Aiskrim Dan Waffle Yang Yummy!
Dinosaur Park
Taman Dinosaur yang ada di Sunset Paradise ini adalah salah satu yang paling digemari dan yang paling ramai dikunjungi oleh pelawat. Di sebalik harga tiket yang murah, terdapat banyak replika dinosaur yang terdiri daripada bermacam-macam spesies dinosaur. Jika anak anda seorang penggemar dinosaur (macam anak admin), pasti dorang sangat teruja untuk melihat makhluk pra-sejarah ini!
(Klik LINK untuk lihat taman dinosaur lain di Malaysia)
Funfair Sunset Paradise
Ha..kalau dah namanya funfair, mestilah ada bermacam-macam permainan yang disediakan. Di sini ada karnival besar yang mengandungi pelbagai rides, merry-go-round, mini train dan banyak lagi. Oh ya, permainan klasik seperti tangkap ikan laga pun ada, tau!
Kesimpulannya, para ibubapa bila dah lepas menikmati pemandangan sunset dan mengimbau kenangan sewaktu dating zaman bercinta dahulu tu, sila lah bersedia untuk ke funfair pulak, ye. Konfem anak-anak anda akan menarik tangan anda untuk ke sana pula.HUHU
MakananSesudah lapar dan kehabisan tenaga akibat bermain-main dengan anak anda di funfair tadi, pasti perut anda sekeluarga berkeroncong pula minta diisi, bukan? Jangan bimbang, di sini juga terdapat beberapa tempat makan yang boleh anda pilih.
Antaranya kedai makanan berat seperti Restoran BBQ dan Tai Yummy Seafood. Jika anda lebih prefer makanan ringan, makanan seperti pastri pun ada disediakan di situ. Tempat makan ini sangat selesa dan perhiasannya juga unik!
Kudapan di foodtruck seperti chicagochickencity pun ada juga.
Panorama LED
Jika anda datang dengan pasangan dan belum memiliki anak untuk bermain di funfair, apa kata anda hanya berjalan-jalan di sekitar kawasan Sunset Paradise ini. Terdapat pelbagai bentuk figura atau objek menarik yang dihiasi indah dengan LED. Oh, romantik sungguh!
Lokasi: Sunset Paradise at Sepang, Jalan Pantai Bagan Lalang, Kampung Bagan Lalang, 43950 Sepang, Selangor (location)Waktu Operasi: Setiap Hari, 10.00pagi-10.00malam
Indah Ruhaila Nekad Mahu Keluar Dari Zon Selesa
Penyanyi, Indah Ruhaila, 30, memaklumkan sikap profesional dan layanan sama rata yang diamalkan Rocketfuel Entertainment menjadi faktor yang membuka hatinya untuk menerima tawaran bernaung di bawah syarikat tersebut.
Indah atau nama penuhnya Siti Ruhailah Hussein berkata, dia yakin dengan kewibawaan syarikat itu dalam membawa hala tuju kerjaya seninya yang beberapa tahun lalu sedikit perlahan akibat penularan Covid-19.
Baca juga:
Penduduk Orang Asli Rayu Kerajaan Naik Taraf Jalan PerhubunganNora Danish Hairan Dirinya Sering Menjadi Sasaran NetizenMaklum Balas Positif:“Rocketfuel Entertainment sebenarnya telah membuka tawaran kepada saya sejak dua tahun yang lalu.
Tetapi disebabkan ketika itu kita lebih banyak di rumah kerana Covid-19, saya merasakan tiada keperluan untuk terikat dengan mana-mana syarikat pengurusan.
“Kewibawaan syarikat ini dalam menguruskan kerjaya artis, terbukti. Tengok sahaja bagaimana mereka uruskan Hael Hussaini.
Pada masa yang sama, saya banyak bertanya kepada rakan rapat tentang syarikat ini. Rata-rata memberikan maklum balas yang positif.
Tertarik Dengan Sikap Profesionalisme:“Selain itu, saya tertarik dengan sikap profesionalisme yang ditunjukkan Ketua Rocketfuel Entertainment, Feros Sayna Andreas yang terbuka dalam menerima pandangan dan mendengar keperluan artis,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Penyanyi kelahiran Johor Bahru ini pernah menyertai pertandingan One In A Million bersama nama-nama besar seperti Dayang Nurfaizah dan Alyah.
Kerjaya nyanyiannya secara profesional bermula pada 2008 bersama sebuah album, Indah Ruhaila.
Keluar Dari Zon Selesa:Dalam pada itu, Indah juga memaklumkan dirinya bakal tampil dengan hala tuju muzik yang berlainam dengan konsep yang pernah dibawakan sebelum ini.
“Projek dengan Rocketfuel adalah berlainan. Saya akan keluar dari zon selesa.
“Tentunya saya akan masih membawakan lagu-lagu balada, mungkin satu dalam satu tahun. Tetapi selebihnya saya akan tampil berlainan. Nak tahu kenalah tunggu,” ujarnya.
Sumber: UTUSAN
Penduduk Orang Asli Rayu Kerajaan Naik Taraf Jalan Perhubungan
Penghulu Kampung Perawas, Pos Balar, Alek Busu, 60, berkata, sudah lama mereka mengimpikan pembinaan jalan yang lebih selesa untuk melakukan urusan di bandar Gua Musang termasuklah ke hospital dan sekolah.
Baca juga:
Diskaun Saman PDRM Dan JPJ Sehingga 80% Bermula 1 Julai 2022Penentuan Harga Maksimum Ayam Dan Telur Berkuatkuasa 1 JulaiLaluan Keluar Masuk Setiap Hari:“Jalan amat pentinglah kerana inilah laluan keluar masuk kami setiap hari untuk hantar pesakit dan pelajar sekolah.
“Apabila kami buat aduan pihak berkuasa tak ambil endah. Guru yang nak masuk mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Balar pun berdepan masalah apabila motosikal dan kereta sering terbalik,” katanya.
Penghulu Kampung Manjun, Aja Along, 69, pula mendakwa sebelum ini mereka dijanjikan dengan Projek Pembangunan Bersepadu di kawasan perkampungan Orang Asli Gua Musang termasuklah pembinaan jalan.
Katanya, namun setakat ini mereka tidak tahu mengenai status serta perkembangan projek berkenaan.
Bimbang Keselamatan Anak-Anak:“Baru-baru ini ketika musim tengkujuh, pelajar dari Pos Balar bertolak pada pukul 3 petang untuk ke asrama, pukul 5 pagi baharu sampai di bandar Gua Musang disebabkan jalan rosak.
“Kami sebagai ibu bapa bimbang dengan keselamatan anak dan berharap agar projek naik taraf jalan yang dijanjikan sebelum ini dipercepatkan,” ujarnya.
Sementara itu, seorang bapa dari Pos Balar, Kamal Alek pula berkata, selaku ibu bapa mereka amat risau mengenai keselamatan anak-anak.
Katanya, sebelum ini sudah banyak kali penduduk mengemukakan aduan kepada pihak berwajib mengenai masalah tersebut.
Mengambil Tindakan Segera:“Pada Mac lalu kami sekali lagi menghantar surat aduan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) supaya mengambil tindakan segera menaik taraf jalan kampung Orang Asli yang amat teruk sehingga mengancam keselamatan.
“Selain Pos Balar, pos penempatan yang masih menggunakan jalan balak ialah Pos Belatim, Pos Hau, Pos Bihai, Pos Gob, Pos Simpor, Pos Pasik dan Pos Tohoi,” katanya.
Sumber: UTUSAN ONLINE
Nora Danish Hairan Dirinya Sering Menjadi Sasaran Netizen
Kata Nora, dia bagaimanapun tidak pernah melatah kerana beranggapan mereka mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat lantaran sedar kehidupan seorang selebriti itu lazim mendapat perhatian.
Baca juga:
Penentuan Harga Maksimum Ayam Dan Telur Berkuatkuasa 1 JulaiDiskaun Saman PDRM Dan JPJ Sehingga 80% Bermula 1 Julai 2022Tidak Terlalu Seksi:“Sebenarnya saya tak suka berlawan-lawan dengan netizen sebab bagi saya, mereka ada hak untuk bercakap apa-apa pun. Saya pun seorang selebriti.
“Bidang yang saya ceburi ini pun ada kait rapat dengan masyarakat terutama peminat. Bagi saya, apa yang mereka katakan, saya anggap sebagai doa.
“Saya pun kalau boleh tak naklah seksi sangat. Tapi kadang-kadang naluri saya sendiri. Saya rasa bila pakai tak seksi, tapi orang kata seksi,” katanya.
Nora berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran telefilem lakonannya berjudul 7 Minggu Sebelum Kahwin (7MSK) di Dadi Pavilion, Kuala lumpur, kelmarin.
Doa Yang Baik-Baik:Dalam pada itu, Nora bersyukur mempunyai suami, Nedim Nazri Aziz yang sentiasa tenang apabila berdepan dengan kecaman netizen.
“Nasib baik, saya mempunyai seorang suami yang sangat kuat. Dia pun macam ‘whatever la’ dan okay saja. Macam saya katakan, dia pun kahwin dengan selebriti.
“Jadi dia pun faham selok-belok dalam industri macam mana. Dia tenang saja sebab ada lagi masalah lebih besar untuk difikirkan.
“Saya pun anggap inilah dugaan saya dan dia pun sama-sama sokong. Doa yang baik-baik dan jangan pandang negatif, bila pandang positif, semuanya akan jadi positif, “ujarnya.
Teguran Memberi Kesedaran:Sementara itu, pelakon drama Puteri Reunion ini mengaku bahawa komen dan kritikan netizen banyak memberi kesedaran kepadanya dalam soal berpakaian.
“Sebenarnya kadang-kadang kata-kata mereka (netizen) ini buat saya terfikir dua tiga kali juga sebelum nak menggayakan pakaian. Mungkin saya ini seorang yang tidak la terlalu seksi.
“Tapi bila orang kata seksi, mungkin lepas ini saya kurangkan berkongsi di laman sosial. Mungkin saya ambil terlalu lewa, sebab apa netizen kata ada baiknya,”katanya.
Sumber: UTUSAN
Jungle Gym 2022 | Indoor Playground Yang Superb Di Lembah Klang
Jika sedang mencari indoor playground yang selamat dan menyeronokkan untuk anak-anak anda – Jungle Gym ialah jawapannya. Indoor Playground ialah tempat yang menawarkan ruang permainan dalaman untuk kanak-kanak, berbeza dengan taman permainan yang biasanya terdapat di ruang terbuka.
Sejak tahun 2000, indoor playground makin banyak dibina di negara kita. Sala satunya ialah Jungle Gym yang terletak di Bangsar Shopping Centre, Atria Shopping Gallery dan SkyAvenue Genting.
Baca juga:
Tsutaya Books-Kedai Buku Tercantik Bakal Dibuka Di Pavillion 2022Taman Tema Dinosaur Di Malaysia 2022 – Prehistoric Adventure!Geng’s Corner Kedai Makan Upin Ipin Flava | 2022Latar Belakang Jungle Gym
Taman Permainan Indoor ini sesuai untuk kanak-kanak berumur pertengahan remaja. Jungle Gym dilengkapi dengan ciri-ciri yang disukai semua kanak-kanak iaitu lubang bola, gelongsor, terowong merangkak, trampolin, senapang angin, papan aktiviti dan banyak lagi.
Di Jungle Gym, kanak-kanak boleh bermain secara bebas dengan semua peralatan yang direka sesuai dengan lingkungan umur mereka, sambil mengembangkan kemahiran motor halus dan perkembangan kognitif yang penting.
Di sebalik semua ciri keseronokan yang tidak berkesudahan, yang menariknya, Jungle Gym bukan sahaja disediakan untuk kanak-kanak, tetapi juga tempat untuk orang dewasa; ibu dan ayah untuk bersantai bersama rakan-rakan di ruangan yang disediakan.
Zon Mengikut UmurTaman permainan dalaman di Jungle Gym dibahagikan kepada beberapa kawasan dan bahagian permainan. Kanak-kanak yang lebih kecil boleh menikmati kawasan permainan lembut dan peralatan interaktifnya yang bertujuan untuk membina perkembangan fizikal, kognitif dan mental mereka di kawasan khusus yang dibina khusus untuk mereka; Babyland.
Sementara itu Zon utama, iaitu Funland, menampilkan playscape berbilang peringkat dan pelbagai peralatan interaktif lain seperti halangan permainan lembut, trampolin, lubang bola, meriam, tanjakan, jambatan dan gelongsor yang lebih besar adalah untuk kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas.

Struktur pendakian di Funland biasanya besar, dengan banyak sudut dan celah untuk menghiburkan kanak-kanak selama berjam-jam.
Review Jungle GymTerdapat beberapa ulasan positif mengenai playground yang menyeronokkan ini.
Kakitangan yang mesra dan sedia membantu“Tempat menarik untuk membawa anak anda ke sini untuk berseronok. Tempat ini mesra kanak-kanak dan saya sangat mengesyorkan tempat ini kepada semua ibu bapa. Kakitangannya membantu dan amat mesra. Ini sudah kali ke-6 saya berkunjung ke sini dan pasti akan menjadi pelanggan tetap mereka.”- ulasan di Klook
2. Juga boleh melakukan aktiviti lain seperti menonton wayang (Atria Shopping Gallery)
LokasiBangsar Shopping Centre4th Floor, Bangsar Shopping Centre,“Tempat yang bagus untuk kanak-kanak. Kali kedua ke sini. Anak saya menikmati gelongsor dan memanjat lagi dan lagi. Sangat mudah dan sesuai untuk percutian hujung minggu kerana anda juga boleh menonton wayang kemudian di mbo kecil di pusat membeli-belah yang sama.”- ulasan di Klook
No.285, Jalan Maarof, Bukit Bandaraya,
59000 Kuala Lumpur, MalaysiaSetiap Hari, 10pagi – 7petangLocationAtria Shopping Gallery2 Floor, Atria Shopping Gallery,
Jalan SS22/23, Damansara Jaya,
47400 Petaling Jaya, Selangor, MalaysiaSetiap Hari, 10pagi – 7petangLocationSkyAvenue Genting4th Floor, SkyAvenue,
Genting Highlands,
69000 Pahang, MalaysiaIsnin-Jumaat (10:30pagi – 9:30malam)
Sabtu & Ahad (10:30pagi – 10:30malam)Location
Klik untuk book tiket di Klook (untuk cawangan Bangsar dan Atria Shopping Gallery)
June 28, 2022
20 Lelaki Diburu Kes Khianat Pecah Cermin Kereta
Kira-kira 20 lelaki yang terlibat dalam kes khianat pecah cermin kereta di Jalan Radin Bagus Sri Petaling, ibu negara pada 27 Jun, isnin lalu sedang diburu polis.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor memaklumkan laporan polis dibuat seorang lelaki, pemilik kepada kenderaan berkenaan.
“Ketika kejadian mangsa yang sedang makan di sebuah restoran berdekatan, secara tiba-tiba dikejutkan dengan kehadiran kira-kira 20 lelaki yang bergaduh antara satu sama lain.
“Kumpulan lelaki itu bergaduh menggunakan senjata besi dan botol arak, selain bertindak merosakkan beberapa buah kenderaan yang berada di kawasan terbabit dengan memecahkan cermin,” katanya dalam satu kenyataan.
Kes disiasat dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Baca juga:Bekas Suami Lufya Dituduh Sebagai Punca“Comelnya Baby Bump”, Peminat Heliza Helmi TerujaBertindak Merosakkan Beberapa Buah Kereta:Kata beliau, rentetan pergaduhan itu, suspek turut bertindak merosakkan beberapa buah kereta termasuk keretanya yang diparkir di kawasan itu.
“Hasil pemeriksaan mendapati, kereta pengadu mengalami kerosakan pecah cermin belakang dan cermin penumpang belakang sebelah kanan.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Dalam pada itu, Amihizam berkata, orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu boleh tampil membantu siasatan.
“Mereka boleh menghubungi talian hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan,” jelasnya.
Sumber: UTUSAN
Bekas Suami Lufya Dituduh Jadi Punca Kejadian Yang Menimpanya
Semalam satu kejadian mengerikan berlaku kepada pelakon jelita Lufya apabila dia telah dipukul dan anaknya hampir menjadi mangsa kepada penculikan kanak- kanak .
Kejadian ini menjadi topik utama dan menular di media sosial sehingga ada netizen yang menuduh bekas suami Lufya sebagai orang yang terlibat dalam kes tersebut.
“Ex husband (bekas suami) awak kan? Ya Allah, jahatnya. Please buat police report (tolong buat laporan polis), “tulisnya.
Komen tersebut dilihat di Instagram milik Lufya yang memut naik kisah tentang kejadian yang menimpa dirinya dan anaknya Laana Haura, 5, ketika berada di taman permainan di Kota Damansara.
Malah individu tersebut seperti sangat yakin dengan tuduhan yang dilemparkan kepada bekas suami Lufya iaitu Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum, 32, dan menulis bahwa Hafiz sebagai lelaki yang dayus selepas ditanya adakah dia mengupah orang untuk melakukan perkara itu.
“Not sure (tak pasti) but (tapi) memang kerja ex husband (bekas suami) dia ni. Dayus,” tulisnya.
Namun , pihak media tidak hanya mendiamkan diri lalu cube untuk menghubungi Hafiz dan telah telah mendapat penafian daripada pihak Hafiz dengan mendakwa tuduhan netizen itu adalah fitnah semata – mata.
Hafiz mengakui dirinya masih berfikiran waras dan tidak akan menggunakan kekerasan semata-mata mahu berjumpa anaknya kerana itu adalah darah dagingnya dan dia tidak tergamak untuk menyakitinya.
“Tuduhan netizen itu adalah fitnah. Sebagai bapa saya tak sanggup buat macam tu. Kalau nak jumpa anak, saya akan minta izin. Kalau tak dapat jumpa, saya runding baik-baik.”
“Kalau nak jumpa saya akan cakap baik-baik dan bukan mengamuk. Kalau dia tak bagi, saya cuba dan minta lagi. Bukan dengan kekerasan. Saya akan cuba faham jika tak dapat jumpa. Saya tetap sabar dan tak putus asa.”
“Kalau nak jumpa kenapa perlu serang. Saya bukan jenis berdendam. Perkara lepas biarlah berlalu. Saya sudah lama ‘move on’ dan sudah ada kehidupan baru. Takkan nak upah samseng,” jelasnya lagi.
Hafiz tutur mengakui dirinya tidak megetahui tentang kejadian tersebut tetapi telah dimaklumkan oleh pengguna laman sosial yang menghantar mesej (DM) di Instagram miliknya.
“Saya pun baru tahu daripada orang dan kawan yang ‘forward’ perkara itu. Kalau tak, memang tak tahu apa-apa. Sepatutnya dia perlu cakap pada saya awal lagi. Saya ini masih bapa kepada anak kami, walaupun bukan lagi suami kepadanya.”
“Selepas dapat tahu terus saya menghubunginya dan buang segala ego sebab mengenangkan keselamatan dan keadaan anak. Alhamdulillah, dia kata anak okay dan dirinya stabil. Saya doakan dia semoga dalam keadaan baik-baik saja. ”
Dia juga telah menasihati isterinya untuk membuat laporan polis dan berpesan agar bekas isterinya itu lebih berhati – hati di masa akan datang apabila berasa di kawasan awam.
“Saya harap dia buat laporan polis segera. Selepas ini kena lebih berhati-hati jika nak bawa anak bermain di kawasan awam. Apatah lagi sekarang banyak kes jenayah,” katanya.
Bantuan Baiki Rumah Mengikut Negeri Di Malaysia 2022
Bantuan Baiki Rumah ini diwujudkan adalah untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar dengan menyediakan kemudahan asas dan kediaman yang selesa bagi mereka yang memerlukan.
Syarat KelayakanSyarat kelayakan baiki rumah di setiap negeri :
Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar dan miskin yang ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa yang berkuat kuasa.Kriteria kumpulan sasar penerima bantuan PPRT yang LAYAK adalah seperti berikut:
Disahkan sebagai miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih); atauDiperaku dan disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FGD) atau Negeri (FGN) atau jawatankuasa yang setara dengannya di peringkat negeri; atauDiperaku oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan; atauDiperaku oleh jawatankuasa di peringkat KementerianKeutamaan DiberikanWarga emasOrang kurang upaya (OKU)Ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan ramaiMangsa bencana yang berskala kecilPermohonan BantuanBantuan baiki rumah bagi setiap negeri di Malaysia :
WP Kuala Lumpur >> https://www.maiwp.gov.my/
Perlis >> https://www.maips.gov.my/
Pulau Pinang >> https://v2.zakatpenang.com/bantuan-baik-pulih-rumah/
Perak >> https://yayasanperak.gov.my/v6/sayangi-rumahku/
Kedah >> https://pbt.kedah.gov.my/index.php/baik-pulih-rumah-mpsp/
Selangor >> https://www.selangor.gov.my/
Melaka >> https://www.maim.gov.my/index.php/my/berita-terkini/920-maim-bantu-baik-pulih-rumah-asnaf
Kelantan >> https://www.e-maik.my/v2/index.php/skim-bantuan/bantuan-pemulihan-kediaman
Terangganu >> http://www.maidam.gov.my/index.php/ms/arkib/arkib-berita/itemlist/category/3-profil
Pahang >> http://www.muip.gov.my/v4/baitulmal/zakat/skim-bantuan-zakat/
Negeri Sembilan >> https://www.pknns.gov.my/inisiatif/program-rumah-harapan-rakyat-negeri-sembilan
Johor >> https://www.maij.gov.my/archives/5329
Sarawak >> https://mpp.sarawak.gov.my/
Sabah >> https://egjpkn.sabah.gov.my/
Baca juga : Bantuan Deposit Sewa Rumah MAIWP Khas Golongan Miskin, Perumahan Inovatif PR1MA 2022 Untuk Golongan Muda
Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog
- Mohd. Asri Zainul Abidin's profile
- 126 followers
