Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 152

July 5, 2022

Kekalkan Momentum KL City!

Kuala Lumpur City. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Kuala Lumpur City tidak mempunyai banyak pilihan selain memberi fokus kepada satu demi satu perlawanan kerana merujuk kepada undian sukar buat barisan Bojan Hodak itu dalam Piala FA.


Pengendali kelahiran Croatia itu tidak mahu terburu-buru dalam meletakkan sasaran sebaliknya ‘derby’ Lembah Klang di Stadium MBPJ, Jumaat ini menjadi perkara utama yang perlu diselesaikan sebelum mereka memasuki suku akhir musim 2022.

“Undian semalam adalah sukar apabila laluan kami turut disertai pasukan handalan seperti Terengganu, Kedah, Sabah dan Selangor.”

“Bagaimanapun, laluan JDT lebih beruntung untuk ke final.”


“Halangan kami kali ini adalah Selangor. Ia akan menjadi pertemuan ‘derby’ Lembah Klang dan ianya sangat bagus untuk peminat.”

“Keputusan membabitkan kami agak seimbang dan beberapa faktor kecil akan menjadi penentu, jadi kami akan mengharungi satu persatu perlawanan,” katanya dalam sesi latihan pasukan di ibu kota, petang semalam.

Tambahnya, kem Warga Kota tetap tenang biarpun melakar kisah berbeza dalam saingan domestik dan Piala AFC musim ini berikutan dua perlawanan terakhir Liga Super, barisannya perlu berkunjung ke gelanggang lawan.

“Kami tidak begitu tertekan, hampir setiap perlawanan kami mengharunginya di laman lawan.”


“Tiada istilah ‘kalau’ jadi kami perlu fokus kepada satu persatu perlawanan. Oleh itu, kami perlu beri tumpuan untuk menghadapi Selangor terlebih dahulu, kemudian baru lihat apa yang terjadi. Jika layak maka ia mengagumkan.”

“Kami mempunyai bekalan moral selepas mencatat kemenangan menerusi dua perlawanan dalam Piala AFC.”

“Tapi kami adalah sebuah pasukan bajet kecil jadi kami tidak mampu beri tumpuan kepada semua kejohanan.”

“Saya jangka kami akan berada di kedudukan pertengahan Liga Super seperti musim lalu yang menyaksikan kami menjulang Piala Malaysia. Barangkali musim ini kami akan cuba memenangi piala berbeza pula,” katanya.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 05, 2022 21:14

July 4, 2022

Gara-Gara Barang Subsidi Telah Disalah Gunakan, Rakyat Menderita

Seharusnya penguatkuasaan kini perlu ditingkatkan lagi bagi mengesan penyalahgunaan subsidi barang selain penyeludupan barang bersubsidi hingga menyebabkan bekalan barang berkurangan di pasaran tempatan. Perkara tersebut telah disuarakan dua persatuan peniaga yang melihat isu bekalan barang bersubsidi tidak akan selesai walaupun kerajaan mengambil pelbagai pendekatan membantu rakyat terutama kumpulan B40 dan M40 kesan kenaikan harga akibat cabaran ekonomi global.

Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera (BRO) iaitu Datuk Ameer Ali Mydin telah berkata sudah tiba masanya kerajaan meningkatkan penguatkuasaan di sempadan bagi menyekat penyeludupan barang bersubsidi seperti minyak masak paket berikutan peningkatan RM4 bilion subsidi bahan makanan itu.

Sumber: google image

Dalam isu minyak masak paket pula katanya, bekalan tersebut tidak bermasalah dan pembekal serta pengedar masih membekalkan kepada peniaga mengikut kuota yang telah ditetapkan. Bekalan masih tiba sampai mengikut masa ditetapkan. Setakat ini, pengedar dan pembekal mengikut waktu yang ditetapkan. Masalahnya, bekalan minyak bersubsidi ini tidak pernah cukup walaupun subsidi ditingkatkan dua kali ganda kerana berlaku ketirisan apabila ada yang mengambil kesempatan menyeludup ke luar negara. Malah juga diberitahu minyak bersubsidi ini turut dihantar ke negara di Afrika.

Beliau mengulas usaha kerajaan memberikan subsidi RM77.3 bilion meliputi petrol, diesel, LPG, minyak masak, tepung dan tarif elektrik. Isu minyak masak berpaket ini tidak akan selesai selagi kerajaan memberi subsidi untuk bahan makanan itu, menyebabkan ada pihak mengambil kesempatan dengan menyalahgunakannya.

Jika minyak masak berpaket tidak disubsidi, isu bekalannya dapat diselesaikan, namun ramai yang akan marah dengan cadangan itu. Kerajaan prihatin dengan menambah subsidi minyak paket untuk membantu kumpulan kurang berkemampuan tetapi ia disalah guna oleh kumpulan yang tidak patut menikmatinya.

Disamping itu, Presiden Persatuan Peniaga dan Penjaja Bumiputera Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Rosli Sulaiman, berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) harus perlu meningkatkan penguatkuasaan ke atas barang bersubsidi seperti minyak masak paket, gas memasak dan ayam. Katanya, peniaga termasuk pengusaha restoran menggunakan barang bersubsidi itu untuk beroperasi yang secara tidak langsung menafikan hak kumpulan B40 selaku penerima subsidi.

Penguatkuasaan ini bukan dibuat secara berkala tetapi berterusan kerana tindakan peniaga dan restoran itu tidak adil kepada rakyat. Mereka menggunakan barang bersubsidi tetapi menaikkan harga berlipat ganda dengan alasan kenaikan harga barang di pasaran kesan ekonomi global.

Mengulas untuk isu yang sama, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata pemberian subsidi yang besar oleh kerajaan melegakan pengguna dan kumpulan B40 di negara ini. Walaubagaimanapun, katanya, masih wujud ketirisan termasuk isu penyalahgunaan subsidi dan penyeludupan, menyebabkan subsidi barang tidak sampai kepada pengguna dan kumpulan sasar.

Kini Sudah sampai masanya kerajaan melihat kepada isu penyalahgunaan subsidi dan penyeludupan barang bersubsidi dengan meningkatkan penguatkuasaan. Pada masa yang sama juga, kerajaan harus melihat sikap pembekal memanipulasi bekalan bagi memberi tekanan kepada harga barang. Sebagai contohnya, kes bekalan ayam. Apabila kerajaan tetapkan harga siling RM8.60, pembekal dakwa bekalan kurang dan jika ada pun ayam yang kecil tapi selepas harga siling ayam standard ditetapkan 40, ada banyak pula bekalan.

Ini satu bentuk tekanan dengan manipulasi bekalan untuk menaikkan harga barang dan seperti wujud pakatan daripada pengeluar dalam isu ayam ini. Marilah Kita sama-sama berharap perkara yang sama tidak membabitkan barang keperluan yang lain juga.

 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 04, 2022 22:03

Penerima Bantuan BKM Layak Dapat SKK RM1000

Tahukah anda, penerima Bantuan BKM layak untuk dapat SKK yang bernilai RM1,000.

Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh kerajaan sebelum ini. Ada pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan ada pakej bantuan yang telah lama diperkenalkan, tetapi masih diteruskan sehingga kini.

Salah satu pakej bantuan kerajaan yang masih lagi diteruskan ialah SKK RM1,000 ataupun dikenali sebagai Skim Khairat Kematian yang mungkin ramai yang terlepas pandang.

Berikut adalah maklumat terperinci mengenai SKK RM1,000 yang perlu anda ketahui jika layak.

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini

Kadar BantuanJumlah Tuntutan – RM1,000 untuk setiap individu yang layak.Tarikh Tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) – Mulai 15 April 2022.Syarat kelayakan

Permohonan berstatus Lulus BKM/ BPR 2022 bagi kategori:

Perkahwinan; atauIbu Tunggal atau Bapa / Balu / Duda / Duda dengan anak; atauWarga Emas Bujang / Tiada PasanganTempoh kematian: 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2022SKK ini layak dituntut oleh wakil berdaftar sekiranya pemohon atau pasangan (bagi permohonan taraf Perkahwinan dan pasangan warganegara Malaysia) meninggal dunia.Pasangan bukan warganegara Malaysia yang meninggal dunia tidak layak mendapat SKKDokumen Yang Diperlukan Untuk Tuntutan

Berikut adalah dokumen-dokumen sokongan yang anda perlukan sekiranya anda ingin membuat tuntutan :

Sijil Kematian Asal atau Salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN); danKad Pengenalan Asal wakil; danDokumen yang membuktikan hubungan antara penerima (individu yang layak SKK) dan wakil.Cara Buat Tuntutan

Kaedah Tuntutan Secara Tunai di mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.

Untuk maklumat lanjut bantuan SKK BKM 2022 boleh ke pautan berikut: Tekan Sini

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 04, 2022 20:27

Cara Buat Air Minuman Untuk Kesihatan dan Awet Muda

Jamu adalah salah satu tradisi daripada orang dahulu yang sememangnya cukup bagus untuk kesihatan tubuh badan dan juga kekal cantik dan menawan walaupun sudah beranak pinak.

Namun kini penggunaan jamu sudah jarang digunakan lagi kerana kebanyakkan wanita lebih gemar mengambil makanan tambahan yang dibeli untuk memudahkan urusan mereka.

Tetapi masih ada lagi yangmengamalkan budaya minum jamu untuk tujuan penjagaan kesihatan dan kecantikan  malah banyak perkongsian  tentang penyediaan jus jamu yang mudah dan tidak menggunakan banyak kos .

Jamu atau minuman herba bukan sahaja untuk kaum wanita malah kaum lelaki juga boleh mengamalkannya untuk membantu kesihatan dan kekal muda .

Ini bahan- bahan dan cara penyediaan untuk membuat jamu sendiri :

Bahan-bahannya :

Kunyit

Halia

Daun Sirih

Temu Kunci

Kencur

Asam jawa

Lemon

Gula Organik

Kulit Kayu Manis

( Temu Kunci dan kencur jika tiada , tak perlu pun xpe)

Cara penyediaan :

1. Kisar kesemua bahan sehingga hancur dan halus ( tambahkan beberapa cawan air sebelum kisar).

2. Rebus semua bahan yang sudah dikisar sehingga mendidih.

3. Kemudian tapis bahan yang telah direbus untuk dapatkan air rebusan tersebut.

4 . Sejukkkan dan boleh diminum terus atau disimpan kedalam peti ais.

Amalkan setiap hari untuk mendapatkan kesan yang lebih baik dan simpan ke dalam peti ais dengan bekas bertutup jika dibuat dengan banyak agar  tahan lama dan tidak rosak kerana tidak menggunakan sebarang pengawet .

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 04, 2022 20:07

Bantuan BKM Mungkin Ditambah Jika Kenaikan Harga Berterusan – PM

Akhir-akhir ini ramai yang mengeluh dengan peningkatan kos sara hidup apabila kebanyakan barang asas seperti ayam, minyak masak dan telur semakin mahal di pasaran.

Walaupun BKM Fasa 2 baru disalurkan, namun ia dilihat sebagai langkah yang kurang berkesan untuk menangani isu tersebut.

Memetik laporan akhbar tempatan, Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan bahawa pengurangan subsidi harga ayam yang dibuat adalah bertujuan membolehkannya disalurkan secara terus kepada rakyat melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

“Ketika ini isi rumah golongan B40 menerima manfaat bantuan bernilai RM2,600 secara berperingkat. Dengan penambahan RM500 mereka menerima RM2,600 setahun (termasuk penambahan RM100 baru-baru ini). Dahulu tidak pernah berlaku dalam sejarah kerajaan beri lebih dari RM2,000.

“Kalau kes (kenaikan harga barang dan kos sara hidup) belum selesai mungkin kita akan tambah lagi (BKM) Fasa 3 atau 4,” katanya ketika berucap pada program Kenduri Rakyat pada Penutupan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Perak di Litar Dato’ Sagor semalam.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan pemberian tunai tambahan menerusi BKM kepada B40 yang terkesan dengan kos sara hidup yang memanfaatkan seramai 8.6 juta penerima dengan isi rumah menerima sehingga RM2,500 pada tahun ini.

Kemudian kerajaan mengambil keputusan menyediakan bantuan tunai tambahan kepada golongan B40 sebanyak RM100 untuk golongan isi rumah dan RM50 untuk golongan bujang.

Untuk makluman, pemohon rayuan BKM juga akan mendapat keputusan rayuan dan bayaran bagi yang diluluskan akan dibuat pada BKM Fasa 3 dan 4.

Jumlah Bayaran BKM Fasa 3 & 4

Maklumat LanjutHotline BKK LHDNM : 1800 88 2747Hotline BKK MoF : 03 8882 4565Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNMe-Mel : bkm@treasury.gov.myLaman web BKM: https://bkm.hasil.gov.my/

Baca juga:

Jadual Jangkaan Masuk Duit BKM Fasa 2

Bantuan BKM Fasa 2 Dah Masuk | Semak Sini

BKM Tambahan Fasa 2 | Tambahan Sehingga RM100 untuk Isi Rumah & Bujang

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 04, 2022 19:52

Tular Video Syamsul Yusof & Kazar Berada Di Kedai Emas , Langsung Tak Jaga Hati Puteri Sarah

Setelah Puteri Sarah mengemukakan saman dan Ira Kazar kini mendapat perintah makhamah untuk menjahui Puteri Sarah kini berita lain pula menjadi pendebatan antara netizen.

Walaupun sedar bahawa hubungannya dengan istert menjadi perbualan di media sosial namun Syamsul nampaknya sengaja membuat konten sambil memegang beberapa perhiasan emas di sebuah kedai emas terkemuka.

 

 

Kini tular video di aplikasi TikTok memaparkan Syamsul Yusof dan bapa Ira iaitu Kazar di sebuah kedai emas yang mana kedua pelakon popular itu sedang memilih barang kemas tetapi tiada apa – apa kenyataan dikeluarkan oleh mereka,

Walaupun tidak menidakkan atau mengiyakan tindakannya itu hanya sekadar konten atau sememangnya berada disitu untuk membeli barangan untuk Ira tetapi iainya tetap mendapat kritikan pedas daripada netizen yang melihat video tersebut.

Perkongsian video itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang mengecam tindakan Syamsul dan Kazar kerana merasakan mereka memang sengaja untuk memanaskan lagi suasana yang sedang berlaku.

Terdapat netizen yang mengecam Syamsul kerana tidak menjaga hati isterinya serta keluarga kedua belah pihak namun tetap mendoakan agar Syamsul cepat sedar dan tidak melakukan perkara yang boleh merosakkan reputasinya dan hubungannya dengan keluarga .

Malah para netizen sempat mendoakan agar Puteri Sarah terus kuat dan tabah untuk menghadapi ujian rumah tangga dan bersabar dengan dugaan yang mendatang agar tetap mempertahankan haknya sebagai isteri yang sah.

Syamsul yang hanya mendiamkan diri sejak dari mula perdebatan ini berlaku langsung tidak membela mana- mana pihak dan hanya memerikan komen berkenaan filemnya sahaja .

Malah tiada pembelaan daripada Syamsul buat isterinya itu dan Sarah semakin memanas dengan memuat naik caption berkenaan Istidraj dan dirinya yang bertahan untuk haknya dan tidak akan berganjak.

 

Terdahulu , sejak April lalu, Puteri Sarah telah mengejutkan orang ramai apabila mendedahkan isu rumah tangganya yang diganggu oleh pihak pihak ketiga selama empat tahun dan sudah tidak mampu mendiamkan diri lagi.

Puteri Sarah yang sering diganggu sehingga menyebabkan tekanan kepada dirinya dan minggu lalu Sarah akhirnya mengambil tindakan undang-undang selepas beberapa kali diprovok oleh pihak ketiga tersebut.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 04, 2022 19:35

Ekonomi Jatuh Faktor Mental Bermasalah, Apa Solusinya?

Dalam kebelakangan ini, selepas negara kita sudah mula memasuki fasa peralihan endemik, kos sara hidup dilihat semakin meningkat apabila faktor ekonomi bermasalah. Situasi yang tidak boleh dielakkan ini memberi tekanan tinggi kepada masyarakat yang rata-rata terkesan akibat pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia selama hampir dua tahun lalu.

Apabila kita bercakap mengenai peningkatan kos sara hidup, ia akan sangat berkait rapat dengan kesihatan mental dikalangan masyarakat kita.

Pakar Psikiatri iaitu Dr Rozanizam Zakaria berkata, kesihatan mental ini adalah bergantung rapat dengan keadaan persekitaran dan sosioekonomi individu kerana ia akan menyumbang kepada punca serta pada masa yang sama boleh menjadi faktor pelindung kepada masalah mental. sebagai contoh, Kedudukan ekonomi, kerjaya, kestabilan sumber pendapatan, kesejahteraan tempat tinggal, bilangan tanggungan dan bebanan hutang antara faktor yang akan menentukan status kesihatan mental seseorang.

Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) secara global, kadar bunuh diri berkait rapat dengan kadar jurang kesamarataan pendapatan yang diukur berdasarkan ‘Gini Coefficient.’ Ini bermakna, semakin besar jurang antara yang kaya dan miskin, semakin banyak berlaku tekanan yang akhirnya membawa kepada masalah mental seperti bunuh diri.

Menurutnya juga kenaikan kos sara hidup memberi kesan terhadap kesihatan mental kerana ia boleh menjadi faktor yang mengganggu keperluan asas individu seperti makan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan pendidikan.

Sumber: google image

Apabila faktor keperluan asas kini telah terjejas, ia akan mencetus tekanan dan ia juga memberi kesan kepada kemampuan individu untuk mendapatkan bantuan.

Sebagai contoh juga individu mungkin tidak mampu untuk pergi mendapatkan rawatan kerana perlu bekerja lebih masa bagi menampung kenaikan kos hidup. Agak jelasnya, situasi ini jika tidak ditangani boleh mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan mental seperti stres, kemurungan, kebimbangan melampau, penyalahgunaan dadah dan alkohol, perbuatan mencederakan diri dan bunuh diri dan keganasan rumahtangga.

Antara faktor gejala yang boleh dikenal pasti adalah perubahan emosi iaitu (murung, mudah marah, cemas dan gelisah), perubahan tingkahlaku (menyendiri, mencederakan diri, hilang selera makan, gangguan tidur) dan perubahan fikiran (putus asa, hilang harapan, sukar fokus, idea mencederakan diri). Isu kesihatan mental yang tidak dirawat boleh membawa penyakit mental yang kronik seperti kemurungan berpanjangan dan skizofrenia.

Sumber: google image

Jika perkara ini tidak dibantu, individu boleh berisiko mendapat komplikasi seperti risiko mencederakan diri/orang lain dan ia juga akan mengganggu kefungsian seperti hilang kemampuan bekerja, mengurus diri dan keluarga untuk rawatan bagi individu yang berdepan dengan masalah mental bergantung kepada punca dan tahap ia Sebagai contoh, individu yang tertekan dengan masalah kekurangan keperluan asas perlu diberi bantuan asas supaya isu keperluan asas ini diselesaikan terlebih dahulu untuk membantu diri keluar dari tekanan yang dihadapi.

Rawatan ini boleh datang dalam bentuk kaunseling bagi kes yang ringan ataupun rujukan ke pakar psikiatri bagi kes yang lebih serius seperti kemurungan dan risiko membahayakan diri. Dari situ doktor akan menentukan rawatan spesifik yang diperlukan bergantung kepada tahap keseriusan masalah yang akan dihadapi. Dalam kita menangani masalah ini, semua pihak bermula dari individu sehingga pihak berkuasa juga perlu mengambil berat.

Sumber: google image

Perlu adanya mekanisme yang efektif dalam mengesan individu yang berisiko untuk meningkatkan akses bantuan, mengutamakan bantuan kewangan yang lestari kepada individu terkesan dan sentiasa ambil berat golongan rentan seperti wanita, ibu tunggal dan golongan muda.

Di samping itu Sediakan lebih banyak fasiliti kerajaan dengan akses kaunseling sebagai penampan bagi menampung bebanan rujukan ke klinik pakar psikiatri. Badan bukan kerajaan (NGO) dan juga Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), institusi agama dan wakaf perlu menggembleng tenaga untuk bersama-sama membantu mereka.

Akhir sekali masyarakat perlu mengambil tahu kebajikan jiran dan keluarga jauh, hulurkan bantuan, jangan stigma individu yang memerlukan bantuan psikiatri.

 

 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 04, 2022 19:35

Entopia Pulau Pinang 2022 | Dunia Rama-Rama Yang Massive & Fascinating !

Entopia Penang Butterfly Farm ialah konservatori rumah kaca gergasi di mana rama-rama berterbangan bebas di tengah-tengah taman tropika subur berlandskap indah yang juga menempatkan pilihan reptilia dan makhluk kecil lain. Dalam reka bentuk ia mengingatkan Kubah Bunga Singapura walaupun agak kecil.

Bahagian luarnya terdiri daripada dinding hijau besar, atau taman menegak, yang terbesar seumpamanya di Malaysia. Anda peminat rama-rama? Jom bawa anak anda bersama..

Baca juga: Lost World Hot Springs Night Park 2022 | Trip Malam Yang Mengasyikkan

Sejarah Entopia

Entopia dibuka secara rasmi pada tahun 2016. Ia menggantikan Ladang Rama-rama Pulau Pinang yang lama yang sudah pun terbina sewal tahun 1980-an. Pameran rama-rama di tempat lama cukup memuaskan tetapi proses pengubahsuaian yang baru ini  meletakkannya setanding dengan ladang rama-rama eksklusif yang lain di Malaysia mahupun di seluruh dunia.

Entopia Building

Berkeluasan 8 hektar secara keseluruhan, Entopia dibahagikan kepada dua bahagian utama, Natureland dan Cocoon.

Natureland

Natureland adalah kawasan rumah kaca ‘luar’ utama dengan air terjun, gua buatan, taman dan denai di mana rama-rama hidup bebas terbang dan anda boleh juga melihat reptilia dan makhluk lain.

Ini termasuk katak, labah-labah, ular, koi, ikan keli, biawak, iguana, serangga daun, serangga kayu dan penyu (alligator snapping turtle)

Rama-rama yang mungkin anda lihat di sini termasuk;

Great MormonRaja Brooke’s BirdwingChocolate AlbatrossChocolate Grass YellowArchdukeAutumn LeafClipper ButterflyMagpie CrowPalm KingPlain NawabStriped Blue CrowCocoon

Cocoon pula ialah ‘pusat penyelidikan’ dalaman dua tingkat yang disasarkan terutamanya kepada pengunjung yang lebih muda di mana anda boleh belajar tentang kitaran hidup rama-rama dan kepelbagaian telur rama-rama.

Dan juga melihat bagaimana Entopia menjalankan program pembiakan rama-rama yang berjaya dan banyak lagi selainnya. Entopia mengeksport pupa rama-rama ke lebih 50 zoo dan santuari rama-rama di seluruh dunia.

Aktiviti Lain

Pelbagai aktiviti dijalankan pada waktu siang bertujuan untuk meningkatkan pengalaman pengunjung. Ini terdiri daripada:

Bicara Alam (Nature Talks)Vita Nova (melepaskan rama-rama yang baru muncul)Penerokaan serangga & pepijatTapestreeTapstree EntopiaKredit: penang-traveltips.com

Tapstree adalah tempat makan yang disediakan di sini. Terdapat banyak pilihan menu yang boleh anda pilih, dan juga sesuai untuk kanak-kanak. Yang penting, ada sijil halal tau! Ini antara gambar menu yang ada:

Kredit: Website EntopiaHarga TiketDewasa (Berumur 13 hingga 59) RM 69 MyKad RM 49Kanak-kanak (Berumur 4 hingga 12) RM 49 MyKad RM 29Warga Emas (Berumur 60 tahun ke atas) RM 49 MyKad RM 29Masuk Percuma untuk kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah dan individu kurang upaya (dengan ID OKU yang sah).

Alamat: No.830, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang

Lokasi | Website | Facebook

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 04, 2022 19:06

Lost World Hot Springs Night Park 2022 | Trip Malam Yang Mengasyikkan

Lost World Hot Springs Night Park di Tambun merupakan percutian yang akan menghilangkan segala kepenatan dan keluh kesah yang hinggap pada tubuh badan anda – walaupun hanya berendam kaki! Jika anda bercuti ke Ipoh dan telah kepenatan melakukan segala aktiviti yang memerah tenaga anda pada siang hari, apa kata anda ke kolam air panas di Lost World Of Tambun pula.

Terdiri daripada beberapa tempat dan aktiviti yang boleh anda pilih untuk menyegarkan kembali badan anda, kolam air panas dan spa di Lost World of Tambun ini tidak mewajibkan pun anda untuk menginap di sana. Jadi jika anda telah pun mempunyai tempat bermalam anda sendiri dan hanya ingin ke kolam air panas/spa, anda amat dialu-alukan!

Baca juga: 8 Starbucks Unik Di Malaysia | Best & Perfect Untuk Peminat Starbucks!

Lost World Hot Springs Night Park

Diperluas dan diperbaharui, Lost World Hot Springs and Spa kini mempunyai sejumlah 12 kolam termasuk Saphira’s Bistro, sebuah restoran baharu yang menyajikan hidangan ringan yang lazat di tepi Hot Springs. Selain itu, anda boleh bersantai dan berehat di kolam air panas semula jadi.

Mari lihat apa yang anda boleh lakukan di sini, khususnya aktiviti untuk merehatkan badan dan minda:

Crystal Spacrystal spa lost world hot springs night parkKredit: Website Lost World Of Tambun

Crystal Spa ialah kemudahan spa di mana pengunjung boleh menikmati terapi badan dengan bayaran nominal. Spa menawarkan aromaterapi dan urutan kepala & bahu dalam privasi dan keselesaan pondok urut anda sendiri. Manjakan diri anda dengan urutan yang menyegarkan pilihan anda dan berasa segar dari dalam ke luar. Crystal spa dibuka dari jam 12 tengah hari hingga 11 malam.

Crystal PoolKredit: jomjalan.com

Crystal Pool di Lost World Hot Springs Night Park direka khas dengan jubin kristal yang berkilauan memantulkan cahaya matahari pada siang hari. Dan pada waktu malam Kolam Kristal ini akan dimandikan dengan lampu berwarna-warni yang akan menjadikan aktiviti berenang di kolam ini menarik dan santai. Kolam Kristal ini juga boleh ditempah secara peribadi sebagai kolam VIP.

Saphira’s Lair

Saphira’s Lair dicipta khas untuk kanak-kanak, menggambarkan dunia maya yang lengkap dengan cahaya bercahaya dan berwarna-warni untuk menerangi hutan hujan yang bercahaya. Apabila matahari terbenam pada waktu petang, Saphira’s Lair akan menjadi begitu menonjol di Lost World Hot Springs Night Park, Ipoh.

Bukan sahaja kanak-kanak dapat menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga dan rakan-rakan mereka juga boleh mendapat manfaat daripada air mata air panas yang amat bermanfaat.

Infinity Pool

Tidak seperti mata air panas buatan manusia yang lain, ia direka khas untuk berfungsi sebagai spa sejati. Kolam Infiniti ini boleh memuatkan sehingga 300 orang sekaligus dan dikelilingi oleh bunyi tenang dan menenangkan dari air terjun Ipoh yang berapi.

The Geyser Of Tambun

Mata air panas terma terletak di Tambun setinggi 40 kaki dan akan memberi kesan yang luar biasa dan kejutan yang menyenangkan apabila ia meletus setiap jam. Dengan kesan pencahayaan yang halus, ia memberikan pengalaman indah bagi mereka yang berkunjung ke Lost World Hot Springs Night Park pada waktu malam.

Top Of The World Pool

Betul-betul di bahagian paling atas Lost World Hot Springs Night Park, terletaknya Top of the World Pool. Kolam ini ialah kolam jakuzi dengan jet air urut yang memanjakan yang membolehkan rangkaian penuh terapi hidro-urutan untuk otot, sendi dan titik tekanan.

Steam Cave

Untuk mengalami spa sebenar di Ipoh, Malaysia, Lost World Steam Cave sangat bagus kerana ia bertindak sebagai sauna, menggalakkan detoksifikasi menjadikan kulit bersih dan segar, di samping menggalakkan peredaran darah. Kunjungan ke Lost World Steam Cave mungkin perkara yang anda perlukan untuk menghilangkan tekanan.

Foot Spa

 

Kredit: commons.wikimedia

 

Foot Spa ialah kolam unik kerikil refleksologi yang dipasang pada lantai dan merupakan tarikan yang popular di Lost World Hot Springs Night Park ini. Pengunjung boleh berjalan di atas batu-batu kecil sambil menikmati air mata air panas Ipoh semulajadi yang menenangkan kaki mereka.

Ia membersihkan badan daripada toksin dan kekotoran dan juga merangsang pengeluaran endorfin, membawa kepada sistem imun yang lebih baik dan rasa nyaman.

Lokasi: Lost World Of Tambun, No. 1, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Perak, Ipoh, 31150 Ipoh, Perak

Harga Tiket

Berikut ialah harga tiket untuk Lost World Hot Springs Night Park

UmurHarga Tiket (MYR)Dewasa (13 tahun dan ke atas)RM64.00Kanak-kanak (12 tahun dan ke bawah)RM56.00Warga Emas (60 tahun dan ke atas)RM56.00

Nota PENTING:

Kadar tiket untuk kanak-kanak dikenakan kepada kanak-kanak dengan ketinggian melebihi 90cm atau berumur 12 tahun ke bawah.Masuk percuma untuk kanak-kanak di bawah ketinggian 90cm.

Location | Website | Facebook | Instagram

 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 04, 2022 08:52

Jawatan Kosong Di Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd (PTP) – Mohon Sekarang!

Permohonan Jawatan Negeri Johor di Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd (PTP) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan:

1. Executive, Material Planning
2. Constable, Port Police Department
3. Senior Manager Electrical Management (Facilities Management Department)
4. Assistant Manager, Free Zone Development
5. Senior Manager, Legal & Company Secretarial
6. Executive, Material Planning
7. Fleet Executive – Equipment Control, Operations Execution Department

Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : Rujuk Iklan
Lokasi : Johor
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd (PTP).

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)

Permohonan dan Borang Disini

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 04, 2022 06:30

Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.