Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 148

July 9, 2022

Gajah Mengamuk Di Sekitar Jalan Gerik – Jeli

Sedang orang ramai berpusu-pusu untuk balik ke kampung halaman bagi merayakan Hari Raya Aidiladha, viral di media sosial TikTok beberapa hantaran video yang memaparkan detik-detik cemas di sekitar jalan Gerik – Jeli.

Menerusi video tersebut, seekor gajah dilihat bekeliaran dan menghampiri kenderaan pengguna jalan raya.

Baca juga:

Tarikh Dan Jumlah Bayaran Untuk BKM Fasa 3 Tahun 2022Syamsul Yusof Enggan Menjawab Isu Beli Emas Bersama KazarGajah Naik Berang:

Difahamkan, gajah itu menjadi berang selepas sebuah kenderaan jenis Perodua Viva memecut laju untuk menyelamatkan diri daripada haiwan liar itu.

Gara-gara terkejut dengan tindakan pemandu Viva itu, gajah itu kemudiannya meluru ke arah kenderaan lain yang berada di belakang Viva tersebut.

Mujur, haiwan liar itu tidak bertindak buas selain hanya mengangkat kaki dan belalai pada kenderaan lain sebelum masuk ke arah hutan semula.

Doakan Keselamatan Pengguna Jalan Raya:

Menjengah di ruangan komen, rata-rata orang ramai telah mendoakan keselamatan pengguna jalan raya di musim perayaan ini.

Peringatan dekat semua if ada situasi macam ni baca surah al fil (tentang gajah) inshaallah dia tak datang or kacau – netizen.

 

Sumber: TIKTOK
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 09, 2022 01:59

Garam Boleh Atasi Masalah Rambut Gugur

Keguguran rambut boleh disebabkan tekakan dan penjagaan rambut yang tidak bagus sehingga menyebabkan rambut tidak terurus dan mengalami keguguran rambut hingga boleh menyebabkan kepala botak.

Proses rawatan rambut terkadang menggunakan wang yang banyak malah memakan masa yang lama untuk dipulihkan tetapi terkadang ianya juga tidak berkesan dan menjadi lebih teruk kerana telalu banyak menggunakan bahan kimia.

Terdapat petua tradisional tanpa menggunakan bahan kimia yang mungkin boleh digunakan untuk mengurangkan masalah rambut gugur dan ianya hanya menggunakan barang daripada dapur sahaja.

Caranya:
Ambil sedikit garam dan campur dalam shampoo yang digunakan. Bole gunakan apa sahaja jebis dan jenama syampoo dan gunakan seperti biasa dan lihatlah hasilnya nanti.

 

 

Kelebihan:

– Rambut akan lembut dari biasa.
– Sesuai untuk seisi keluarga .
– Goncang botol selepas dicampur garam supaya sebati campuran tersebut.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 09, 2022 00:49

Cara Hilangkan Kesan Hangus Pada Periuk Dan Kuali

Para ibu yang gemar memasak terkadang mengalami masalah untuk membersih dan mengilatkan periuk belanga dan mengambil masa yang lama untuk melakukannya.

Periuk yang hangus juga memberikan tekanan kepada orang yang memasak kerana ianya melibatkan barang kesayangannya yang sering digunakan ketika memasak. Wanita selalunya suka pada satu sahaja periuk yang memberikan keselesaan kepadanya tetapi masih mempunyai pelbagai jenis bentuk dan warna periuk yang disimpan .

 

 

Jom cuba beberapa petua mudah tanpa kos yang tinghi agar periuk tidak terbuang begitu sahaja :

Baking Soda atau Serbuk Penaik

Bahan ini sering digunakan untuk membuat pelbagai jenis kek dan kuih muih. Tetapi ianya boleh juga digunakan untuk menghilangkan kesan hangus pada bahagian periuk atau kulai.

Caranya dengan, rendamkan periuk atau kuali yang sudah hangus berkerak bersama dengan satu sudu serbuk penaik. Biarkan selama beberapa jam dan hasilnya kesan hangus tadi akan menjadi lembut dan lebih mudah untuk dibasuh dan disental.

Cuka makanan dan Serbuk penaik

Caranya , masukkan 1 cawan air dan 1 cawan cuka ke dalam periuk atau kuali yang sudah hangus tadi dan kemudian didihkan ia . Selepas itu padamkan api dan campurkan pula dengan dua sudu serbuk penaik atau soda bikarbonat . Sental sehingga kesemua kerak hangus dan tertanggal.

Garam dan Limau Nipis

Caranya , perahkan beberapa biji limau nipis (ikut kesesuaian besar periuk dan kuali) dan kemudian campurkan dengan satu sudu garam kasar lalu biarkan selama satu jam. Akhir sekali sental dan cucilah seperti biasa.

Tomato

Gunakan buah tomato yang tidak terlalu masak dan masih muda kerana ianya mempunya kandungan asid yang lebih tinggi. Caranya ialah dengan lenyekkan beberapa biji buah tomato ke dalam periuk atau kuali yang hangus tadi lalu biarkan semalaman sebelum mencucinya.

Minuman berkarbonat atau bergas

Caranya, rendamkan periuk atau kuali yang hangus tadi dengan minuman berkarbonat lalu biarkan selama beberapa jam. Selepas itu kikis atau cungkil kesan kerak tersebut menggunakan sudu besi lalu cuci bersih.

Sabun Mandi

Potong  sabun mandi menjadi kepada empat bahagian. Ambil satu bahagian sabun mandi tersebut dan rendamkan  ke dalam periuk atau kuali yang hangus dan biarkan sehingga kembang. Kemudian, sental periuk tadi dengan sabun tersebut, Kemudian teruskan pula menyental menggunakan berus dawai.

Selamat Mencuba dan semoga bermanfaat…

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 09, 2022 00:22

July 8, 2022

Sukar Untuk Bernafas , Datin Alyah Terpaksa Lakukan Pembedahan

Penyanyi bersuara merdu ,  Datin Alyah telah mendedahkan dirinya pernah melalui saat-saat sukar apabila berat badannya mencecah hampir 70kg suatu ketika dahulu. Namun kini, berat badan Datin Alya semakin berkurangan dan dia bersyukur dengan perkembangan kesihatannya yang semakin baik

Dalam perkongsian di laman IG miliknya , Alyah memuat naik dua keping gambar yang memaparkan perbezaan susuk tubuhnya sebelum dan selepas menjalani pembedahan bariatrik.

“Masa tu saya start sakit-sakit kaki terutama lutut, ada sesetengah waktu saya macam rasa sesak nafas dan saya sering lapar ketika tengah malam.”

“Bukan tak berdiet semua dah cuba, segala produk pon saya cuba. Sampai ada waktu tu saya muntah hijau dan sering sakit dibahagian ulu hati.”

Malah Alyah juga mendedahkan bahawa dirinya terpaksa menolak banyak undangan persembahan kerana mengalami kesukaran bernafas ketika ingin bernyanyi.

“Ramai yang kata (kan muda lagi takkan lah). Tapi itulah hakikatnya.Yang saya alami sebelum ini.”

Menurut Alyah, berat badannya berjaya turun sehingga 52 kilogram selepas menjalani pembedahan dan dia memanjatkan rasa syukur kepada pembedahan yang dilakukan berjaya dan dia sudah kembali sihat seperti biasa.

 

 

Dia yang sebelum ini sukar bernafas kerana berat badan semakin naik kini lega kerana dapat bernafas dengan baik dan menjalani kehidupan harian seperti biasa.

Malah tubuh badan Alyah juga kelihatan lebih langsing daripada sebelumnya dan sering berkongsi aktiviti hariannya dan seninya untuk tatapan peminat.

Difahamkan, doktor yang merawat Alyah adalah merupakan seorang pakar bedah bariatrik yang terbaik dia Asia Pasifik.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 08, 2022 23:34

Amir Raja Lawak Masih Ok , Tiada Sebarang Tekanan

Selebriti serba boleh , Amir Raja Lawak kini masih berdua dengan pasangannya , Nur Intan Syafinaz dan belum dikurniakan cahaya mata namun pasangan ini menerima ketentuannya dengan hati yang terbuka walaupun sudah melayari bahtera perkahwinan selama tujuh tahun.

Malah Amir, 34, atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi berkata , dia sangat bersyukur dengan kehidupannya sekarang dan tidak mahu mengambil peduli jika ada yang berkata buruk mengenainya kerana semuanya atas keredhaan Allah.

“Saya dari dulu memang macam ini. Kalau orang kecam pun saya buat tak tahu je. Orang kata, tak hidup dipuji tak mati dikeji. Kami tiada tekanan walaupun tiada anak. Saya dan isteri jalani hidup macam biasa saja,” katanya .

Amir dan isteri tidak pernah berhenti berusaha dan patah semangat untuk mendapatkan anak malah pelbagai usaha dibuat dari segi perubatan moden dan juga tradisional.

“Ada juga usaha yang dibuat dari segi perubatan. Urutan badan itu dan rawatan tradisional itu kami ada buat,” katanya

Apabila ditanya mengenai anak angkat , Amir sama sekali tidak pernah terfikir tentang soal tersebut kerana menurutnya perkara tersebut mempunyai banyak risiko yang perlu dihadapi dan banyak mulut juga yang harus ditutup.

 

 

 

“Tak pernah terfikir. Takut kalau ambil anak orang tiba-tiba tak boleh nak teruskan. Kami pula yang akan kena kecam nanti. Saya fikir belum masanya lagi. Biar semua ada dulu macam kereta dan rumah. Biar betul-betul stabil dulu,” katanya.

Amir juga sempat berkongsi bahawa karier seninya masih berjalan dengan lancar dan kini sedang menjalankan usaha menjual air jagung yang mendapat sambutan hangat daripada orang ramai.

“Setakat ini alhamdulillah semuanya okay saja. Lagipun isteri saya bekerja dan saya juga ada perniagaan lain. Jadi kedua-duanya bekerja, macam itulah,” katanya.

Amir dan Intan melangsungkan perkahwinan pada 14 Mac 2015 dan masih belum dikurniakan cahaya mata.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 08, 2022 22:28

Kampung Agong Penang | Aktiviti Menarik & Awesome Views

Kampung Agong ialah “Taman Bertema Agro” luar bandar yang terletak di tanah besar Pulau Pinang. Taman ini adalah kebun kelapa di sebelah sawah padi, dihiasi dengan struktur tradisional Melayu desa dan dipenuhi dengan aktiviti kebudayaan.

Ia adalah konsep berasaskan rumah “Gaya Kampung” dan merupakan tempat terbaik untuk percutian singkat dari kesibukan kota. Anda boleh menghabiskan hari anda menikmati keindahan alam semula jadi dan suasana desa “Kampung” untuk merasai pengalaman terbaik.

Baca juga: Teratak Sofea | Homestay Tradisional 2022 Dengan Private Pool (Beautiful & Affordable)

Latar Belakang Kampung Agong

Bermula pada tahun 1942, pengasas tanah itu mula menanam pokok kelapa dan sawah sejurus berinovasi kepada Agro Themed Park. Kampung Agong diberi nama jolokan pengasas tanah yang penduduk kampung menggelar pengasasnya sebagai ‘Agong’.

Kemudian, Kampung Agong telah diubah oleh pemilik persendirian sebagai percubaan untuk mencipta replika kehidupan kampung lama. Pemiliknya menamakan tempat itu ‘Agong’ sempena nama panggilan datuknya yang merupakan pemilik ladang kelapa itu sejak 1942.

Selepas Kampung Agong mula menarik kunjungan ramai pengunjung pada 2019, pemiliknya memutuskan untuk menaik taraf kawasan ini menjadi ruang mesra pengunjung.

Kini pengunjung boleh mengambil gambar di sekitar ruangan laman serta menyertai pelbagai aktiviti kampung termasuk memetik kelapa, memancing, memakai pakaian tradisional, dan belajar cara menganyam daun kelapa menjadi penyapu kelapa!

Persekitaran

Jika anda berjalan-jalan di sekitr kawasan, anda boleh menemui lebih daripada 15 saiz dan bentuk sarang burung yang berbeza yang diilhamkan oleh burung penenun sebenar di sekitar sini. Selain itu, terdapat juga buaian gergasi di sebelah sawah padi diiringi matahari terbenam pada waktu petang.

 

Kredit: najwastory.com

Piano kayu besar berwarna putih yang dikelilingi sawah padi dan ratusan pokok kelapa juga merupakan salah satu tempat yang amat instagrammable.

Kampung Agong juga kaya dengan seni bina tradisional yang merangkumi jelapang padi, rumah kampung, dan sebagainya. Selain itu, anda juga boleh bersantai dan meneroka kawasan lain di Kampung Agong seperti kolam yang dipenuhi bunga teratai.

Selepas berjalan-jalan dan tenggelam dalam landskap yang menenangkan, anda boleh menaiki basikal untuk melihat sudut yang berbeza di sini.

Aktiviti Di Kampung Agong

Antara aktivit-aktiviti menarik yang disediakan di sini ialah;

Berbasikal

Berbasikal di Kampung Agong
Kecergasan fizikal adalah penting untuk menjadi cergas dan sihat. Di Kampung Agong, laluan berbasikal disediakan untuk anda mengemudi roda anda untuk kecergasan fizikal anda. Manfaatkan peluang besar berbasikal dalam siri kampung yang menenangkan dan indah.

Berkhemah


Perkhemahan mempunyai banyak faedah untuk golongan muda dan dewasa, di sini terdapat  tempat perkhemahan yang menarik untuk menghabiskan masa berkualiti anda bersama keluarga di udara terbuka dan segar.  Juga terdapat pakej barbeku jika anda berminat.

Tram Tour


Anda boleh menikmati lawatan trem bersama anak, rakan dan keluarga anda. Anda akan menyukai lawatan ini untuk berasa lebih tenang semula jadi dengan ketenangan. Anda boleh menerokai pemandangan luar biasa Kampong Agong dalam 10 hingga 15 minit perjalanan menaiki trem.

Hammock


Anda boleh menikmati hari yang cerah di laman sambil menikmati pemandangan yang indah. Iaitu dengan berbaring di buaian yang mempunyai sambil anda bersantai, merehatkan diri anda dengan tumpuan pada minda dan badan.

Ladang Ayam Mini

Yang menariknya, anda juga boleh melawat ladang ayam mini yang ada di sini. Anda juga berpeluang untuk melihat bagaimana burung ini diternak oleh petani tempatan untuk telur, daging dan bulunya. Satu pengalaman baru yang luar biasa bagi anak-anak yang selalu tinggal di bandar.

Menunggang Kuda

Buat masa ini, anda boleh menikmati menunggang kuda dan boleh merakam momen indah bersama lima ekor kuda kecil yang comel. Temui kuda comel hari ini!!! Puteri, Bushra, Uncle Lucky, Snoopy dan Princess Appalosa. Tempahan dalam talian disediakan. Untuk maklumat lanjut, anda boleh WhatsApp pihak pengurusan Kampung Agong.

Harga Tiket

Tempatan MyKad/ MyKid/MM2H/i-Kad

Dewasa RM10Bayi (0-3 tahun) – PERCUMAKanak-kanak (4-11 tahun) – RM5.00

Warga Asing

Dewasa RM18Bayi (0-3 tahun) – PERCUMAKanak-kanak (4-11 tahun) – RM12.00

ORANG KURANG UPAYA(OKU)

Dewasa RM6Bayi (0-3 tahun) – PERCUMAKanak-kanak (4-11 tahun) – RM3.00

Alamat: 841, Kampung Bakar Kapor, 13100 Penaga, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap Hari, 9pagi-6petang

Website | Facebook | Whatsapp | Tempah Tiket | Lokasi

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 08, 2022 10:07

Elakkan Simpan Makanan Ini Dalam Peti Sejuk

Penyimpanan makanan boleh mempengaruhi zat pada makanan tersebut malah boleh menyebabkan ianya cepat rosak dan rasa yang tidak segar malah boleh menyebabkan kerosakkan kepada makanan.

Terdapat beberapa makanan yang tidak boleh disimpan di  dalam peti ais dan boleh menyebabkan kerosakan pada makanan tersebut :

Kopi

Walaupun kopi mempunyai fungsi sebagai bahan yang mampu menyerap bau yang kurang menyenangkan di dalam peti sejuk dan juga ruang tertutup tetapi kopi tidak boleh disimpan dalam peti sejuk kerana ia mampu mengurangkan rasa sebenar kopi dan memberikan rasa yang tidak enak kepada kopi.

Tomato

Masalah utama apabila menyimpan buah tomato di dalam peti sejuk adalah kerana suhu sejuk boleh menyebabkan tekstur tomato menjadi lembik dan mungkin menghasilkan serbuk seperti kristal halus di dalamnya kerana ia berpunca daripada penyimpanan dalam tempoh yang lama.

Bawang

Sama seperti tomato, bawang lebih mudah menjadi lembik dan berkulat jika disimpan terlalu lama di dalam peti sejuk. Malah bau bawang yang kuat akan menyebabkan peti ais berbau tidak enak jika tidak siletakkan kedalam bekas bertutup.

Madu

Meletakkan madu di dalam peti ais akan meningkatkan kelajuan penghabluran gula di mana ianya akan bertukar ke dalam bentuk yang hampir seperti gula beku sehingga sukar untuk dikeluarkan daripada bekas.

Avokado

Buah avokado tidak boleh disimpan di dalam peti ais kerana kebiasaannya buah ini memerlukan jumlah masa yang lama untuk benar-benar ranum dan mempunyai rasa yang sangat enak. Jadi ianya perlu disimpan pada suhu bilik agar cepat masak dan ranum.

Menyimpannya avokado di dalam peti sejuk boleh menghentikan proses pematangan malah avokado akan mengambil masa yang lebih lama untuk masak dan tidak segar.

Roti

Elakkan menyimpan roti dalam peti sejuk kerana ianya boleh menyebabkan roti keras dan berderai . Malah roti juga mempunyai fungsi sebagai penyerap bau dan lembapan yang mana ia mampu mempengaruhi rasa dan kualiti roti itu sendiri,

*Peti ais memang mempunyai fungsi yang baik untuk penyimpanan makanan tetapi tidak semua makanan sesuai disimpan ke dalam peti ais kerana kesemua  tekstur makanan adalah berbeza.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 08, 2022 08:08

Tarikh Dan Jumlah Bayaran Untuk BKM Fasa 3 Tahun 2022

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan sebuah bantuan kewangan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2022 seperti mana diumumkan di Dewan Rakyat tahun lalu.

BKM juga merupakan bantuan kewangan lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan untuk meringankan kos sara hidup dan beban mereka berpendapatan rendah.

Pembayaran BKM Fasa 1 dan 2 telah dibuat pada bulan Mac dan Jun lalu.

Baca juga:

Bakal Jemaah Haji Terkandas Di KLIA Ditipu AgensiJPJ Akan Mengadakan Ops Khas Sempena AidiladhaBKM Fasa 3:

Berikut adalah maklumat berkenaan BKM Fasa 3:

1) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah.

Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500:

Jumlah anak 0: RM200Jumlah anak 1-2: RM300Jumlah anak lebih 3: RM400

Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000:

Jumlah anak 0: RM100Jumlah anak 1-2: RM100Jumlah anak lebih 3: RM100

2) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas.

Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500:

Jumlah anak 0: RM500Jumlah anak 1-2: RM600Jumlah anak lebih 3: RM700

Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000:

Jumlah anak 0: RM400Jumlah anak 1-2: RM400Jumlah anak lebih 3: RM400

3) Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] – Tiada Had Umur Pemohon.

Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500:

Jumlah anak 1-2: RM800Jumlah anak lebih 3: RM900

Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000:

Jumlah anak 1-2: RM600Jumlah anak lebih 3: RM600

4) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

Bayaran BKM Fasa 3: RM150

Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas

Bayaran BKM Fasa 3: RM150 Tarikh Pembayaran:

Untuk BKM Fasa 3, pembayarannya akan dilaksanakan pada bulan September 2022. Akan tetapi, tarikh rasmi secara tepat masih belum dimaklumankan oleh pihak kerajaan dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Pembayarannya pula adalah seperti mana sebelumnya iaitu secara kredit terus ke akaun bank yang didaftarkan atau secara tunai melalui Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang BKM atau hubungi di talian berikut:

Hotline BKM MOF : 03-8882 4565 / 4566.Hotline BKM LHDNM: 1-800-88-2747.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 08, 2022 07:07

Jawatan Kosong Di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) – Mohon Sekarang!

Permohonan Jawatan Kosong di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan:

1. Assistant Manager, Payroll
2. Executive, Contract & Procurement Management

Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan :  Rujuk Iklan
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM).

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)

Permohonan dan Borang Disini

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 08, 2022 01:52

Jawatan Kosong Di Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) – Pelbagai Negeri Dibuka!

Permohonan Jawatan Kerajaan di Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan:

1. PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI GRED DH41 DAN DH29

Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : 24 JULAI 2022 (AHAD)
Lokasi : Pelbagai Negeri
Sektor : Kerajaan
Gaji : RM1,588.45 – RM6,130.59
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00 – RM225.00
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)

Permohonan dan Borang Disini

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 08, 2022 01:48

Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.